Thursday, September 6, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3356

5 New Messages

Digest #3356
1
Fw: S Pen Sebenar Samsung Galaxy Note II by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
3a
Fw: Meninggal Dunia Akibat Tusukan Buluh by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
4
Fw: Waspada penyamar TNB by "-::eSpAcE9808::-" rienacom

Messages

Thu Sep 6, 2012 5:05 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

S Pen 'SuperPEN' Sebenar Samsung Galaxy Note II
By AH Mohd | Daunpisang –

Baru-baru ini, Samsung mendedahkan lagi inovasi terbaru mereka hanya setelah lebih seminggu diarahkan mahkamah supaya membayar lebih kurang $1 bilion kepada Apple berkaitan perang paten yang melanda kedua-dua syarikat tersebut.

Kali ini, Samsung cepat mempertaruhkan Samsung Galaxy Note versi kedua atau Galaxy Note II yang menjadi kesinambungan Galaxy Note yang dikeluarkan tahun lepas. Menariknya, Galaxy Note boleh dikatakan produk 'hot' laku macam pisang goreng panas di Malaysia.

Galaxy Note II mempunyai saiz skrin 5.5 inci (Galaxy Note I adalah 5.3 inci) HD Super AMOLED, menawarkan visual yang menakjubkan dengan kejelasan terperinci. Nisbah skrin 16:9 memastikan tontonan mendalam dan dimewahkan grafik yang membuatkan kita seakan menonton pawagam apabila memainkan video yang juga sempurna untuk menonton video HD.

Kali ini, Samsung mencuba untuk memperkenalkan teknologi baru iaitu Air View di mana ia membolehkan pengguna untuk berlegar membaca e-mel, S Planner, galeri imej atau video hanya menggunakan S Pen (pen stylus untuk kegunaan Galaxy Note) yang popular untuk pratonton kandungan tanpa perlu membuka aplikasi tersebut. Ciri-ciri ini membolehkan pengguna untuk cepat mencari dan melihat maklumat yang lebih terperinci tanpa menjejaskan transisi skrin.

Satu lagi ciri baru yang diperkenalkan termasuk konsep membuka nota menggunakan teknik Pop up Play di mana ia akan membuka aplikasi nota pada bila-bila masa di mana saja tidak kita apa yang kita lakukan dengan butang maya khas yang kecil tersedia setelah kita menarik keluar S Pen. Sebagai contoh, apabila pengguna menarik keluar Pen S semasa panggilan telefon, aplikasi S Note tersebut secara automatik akan muncul di skrin, membenarkan pengguna untuk mencatat nota dengan cepat. Tentu sekali ia berguna ketika kita mahu mencatatkan sesuatu seperti nombor telefon orang lain, nota penting dan sebagainya.

Di samping itu, S Pen baru juga memperkenalkan fungsi baru berkaitan isyarat pantas ke pad dengan inovasi dinamakan Quick Command, membolehkan pengguna mengaktifkan aplikasi yang kerap digunakan dengan S Pen dengan cepat. Pad arahan akan muncul dengan pengguna hanya perlu leretkan S Pen ke bahagian atas pada skrin dan menekannya. Pengguna dapat menghantar e-mel, membuat panggilan, atau mencari lokasi dengan cepat malah mereka juga boleh menetapkan pra-aplikasi dengan yang kerap digunakan membolehkan akses cepat dan mudah.

Selain itu, pengguna akan dapat untuk berkongsi pengalaman mereka dengan orang lain dengan pantas dan mudah menggunakan fungsi Screen Recorder. Ia membolehkan pengguna untuk merakam urutan keseluruhan tindakan yang telah diambil dalam skrin mereka — contohnya demonstrasi bagaimana untuk menggunakan aplikasi - dan kemudian berkongsi dengan rakan-rakan untuk mendapatkan komen, atau hanya sekadar suka-suka.

S Pen baru Samsung tidak lagi terlalu atau tebal malah kali ini ia direka secara ergonomik untuk cengkaman yang sempurna. Oleh itu, anda boleh menulis dengan lebih tepat, selesa dan semula jadi. S Pen kali ini dipertingkatkan kecanggihannya dengan butang pada yang pen di mana pengguna mahu klip atau mengedit kandungan yang dipilih pada skrin. Ciri-ciri seperti Easy Clip membolehkan pengguna untuk segera menggariskan sebarang kandungan pada skrin untuk menyimpan, berkongsi atau salin. Setelah selesai menggariskannya, pengguna bebas boleh mengedit kandungan yang melalui set warna atau tulisan mereka sendiri. Satu lagi ciri menakjubkan dipanggil Idea Visualiser membolehkan pengguna dengan mudah menambah ilustrasi S Note. Ia menyediakan imej ilustrasi yang sepadan dengan apa yang ditulis tangan.

Galaxy Note II datang dengan teknologi perkakasan terkini, pemproses 1.6GHz Quad-Core dan sambungan 4G LTE menyampaikan pelbagai tugas atau multitasking dengan mudah, dijana pula OS Android paling baru iaitu 4.1 (Jelly Bean). Pilihan memori disediakan termasuk 16 GB, 32 GB dan 64 GB. Terima kasih kepada bateri jenis 3100 mAh, pengguna boleh menikmati kandungan multimedia dan sentiasa menjadi produktif di mana sahaja tanpa mengalami batasan tenaga.

Perbezaan utama Galaxy Note II dengan Galaxy Note boleh disaksikan menerusi jadual di bawah:

Galaxy Note Galaxy Note II
OS Android 2.3 (boleh kemaskini ke 4.0) Android 4.1
Saiz Skrin 5.3 inci 5.5 inci
Resolusi Skrin 1280 x 800 piksel 1280 x 720 piksel
Jenis Skrin Super AMOLED Plus HD Super AMOLED
Bateri 2500mAh 3100mAh
Storan Dalaman 16GB 16/32/64GB
Pemprosesan 1.4GHz Dual Core 1.6GHz Quad Core
RAM 1GB 2GB

Thu Sep 6, 2012 5:05 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom



[WASPADA] Bahaya Simpan Air Tin Berkabonat Dalam Peti Ais
Posted by greenboc

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, biasanya ramai yang suka meletak atau menyimpan air gas coca cola terutamanya di dalam peti ais, betul.. lagi sejuk lagi enak di minum.. tapi ramai yang tak tahu bahaya mungkin di hadapi jika meletakkan tin coca cola dalam freezer.

Terdapat satu kes berlaku di mana tin coca – cola itu mengeras dan meletup. Lihat gambar di atas.

25 ogos yang lalu, seorang anak menderita luka di mulut dan pipinya, akibat tin coca cola-nya meletup kerana disimpan di freezer. Dan dia terpaksa menerima 38 jahitan, 31 jahitan di pipi dan 7 jahitan di bibir dan mulut. Sadisnya luka itu.. Bayangkan betapa deritanya dia apabila kejadian itu berlaku.. Nasib baik pecahan tin coca cola itu tidak mengenai matanya. Ibu si anak ini telah menyebarkan foto ini, agar kejadian serupa tidak akan berulang lagi kepada sesiapa pun..

P/s: Jadi kepada yang suka menyimpan atau meletak tin air gas ni di dalam freezer baik hentikanlah, mungkin kita tidak pernah kena tapi kebarangkalian untuk kena itu sangat tinggi, jadi berhati-hatilah. Mohon sebarkan artikel ini kepada orang ramai supaya tidak ada lagi yang menjadi mangsa. -lamankongsi

Ulasan GB

Bukan saja di dalam peti ais, malah di mana-mana juga seperti di dalam kereta yang bertutup dan diletakkan di tempat panas, tin itu meletup dan akhirnya boleh memecahkan cermin kereta dan mencederakan. Berwaspada.

comments:

Anonymous said...
tk perlu minum pun air berkarbonat ini..yg ada kandungan gula tinggi...kenapa tk de iklan di tepi jalan "TAK NK PD AIR KARBONAT"
sebab risiko air ini pun seperti rokok jugak..

Anonymous said...
tak payah minum la air macam ni. saya minum air kosong je dah boleh hidup sampai sekarang. badan pun fit and tough.hikhiik

Anonymous said...
utamakan larangan beli coca cola...gas nya paling tinggi...minum selalu kencing manis...banyak mudarat dari nikmat....dah la coke tu israel supporter.

Anonymous said...
GB, baru2 ni saya simpan air gula melaka dlm bekas air tupperware, dal peti ais (bukan freezer). Ada la kira2 3 minggu.

Tadi masa saya buka pintu frigde tu, tutup bekas air tu tiba2 tercabut sendiri, terbang ke atas. Dia tak kena dahi, mata atau muka saya sbb saya lum pegang.

Saya lupa nak baca Bismillah masa buka fridge tu le.

fayirullizal bin alias said...
sy confius dengan fakta ini..adakah dimpan ditempatbeku atau sebaliknya...lagi satu berkemungkinan air berkarbonat itu telah digoncang dahulu oleh individu sebelum dimasukan didlam freeze...jika difikirkan logik...habis semua kedai2 dan pasaraya besar kena saman oleh pengguna disebabkan masalah ini

Thu Sep 6, 2012 5:07 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom


Kanak-Kanak 4 Tahun Meninggal Dunia Akibat Tusukan Buluh Di Kepala
nusajayakini.com
Nusajaya Kini

KEMPAS: Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah meninggal dunia akibat tertusuk buluh ampaian dari tingkat 12 di Flat Sri Tanjung, Taman Kempas Permai semalam.

Muhammad Alias Ceh Samad,4, bersama bapanya Che Samad Che Omar, 51 ketika kejadian berlaku. Menurut bapanya, sebatatang buluh sepanjang dua meter yang dipercayai terjatuh dari tingkat 12 flat berkenaan menusuk kedalam kepala anaknya.

Akibat tusukan daripada buluh tersebut, Muhammad alias terus tidak sedarkan diri dan Che Samad terus membawa anaknya yang berlumuran darah itu ke hospital dengan motosikal. Menurut beliau lagi, satu laporan polis telah dibuat untuk menyiasat kejadian yang berlaku ini.

Suhaizan bersama ibu kanak-kanak tersebut.

Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Kempas yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Suhaizan Bin Kayat turun padang ke tempat kejadian untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada keluarga mangsa. Beliau turut menyatakan rasa sedih dengan ansib yang menimpa keluarga mangsa dan mengharapkan keluarga mangsa dapat bersabar menghadapi ujian yang menimpa ini.

Thu Sep 6, 2012 6:37 am (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

sepatutnya En. Suhaizan tidak macam senyum sbb ini berita sedih. Seseorg patut bagitau dia supaya "sensitif gambar" sikit..esok kalau jadi YB taklah senang disalahtafsir. 

Cakap teori  dg kelakuan praktkal kena selari baru jadi pemimpin yg disayangi.

________________________________
From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, September 6, 2012 12:01 AM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Meninggal Dunia Akibat Tusukan Buluh


 

 
Kanak-Kanak 4 Tahun Meninggal Dunia Akibat Tusukan Buluh Di
Kepala
nusajayakini.com
Nusajaya Kini
KEMPAS:
Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah meninggal dunia akibat tertusuk buluh
ampaian dari tingkat 12 di Flat Sri Tanjung, Taman Kempas Permai
semalam.

Muhammad Alias Ceh Samad,4, bersama bapanya Che Samad Che Omar,
51 ketika kejadian berlaku. Menurut bapanya, sebatatang buluh sepanjang dua
meter yang dipercayai terjatuh dari tingkat 12 flat berkenaan menusuk kedalam
kepala anaknya.

Akibat tusukan daripada buluh tersebut, Muhammad alias
terus tidak sedarkan diri dan Che Samad terus membawa anaknya yang berlumuran
darah itu ke hospital dengan motosikal. Menurut beliau lagi, satu laporan polis
telah dibuat untuk menyiasat kejadian yang berlaku ini.

Suhaizan bersama ibu
kanak-kanak tersebut.
Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan
Rakyat DUN Kempas yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Suhaizan
Bin Kayat turun padang ke tempat kejadian untuk menghulurkan bantuan dan
sumbangan kepada keluarga mangsa. Beliau turut menyatakan rasa sedih dengan
ansib yang menimpa keluarga mangsa dan mengharapkan keluarga mangsa dapat
bersabar menghadapi ujian yang menimpa ini.

Thu Sep 6, 2012 5:07 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom


Waspada penyamar TNB

selatanonline.net
Portal Sinar Harian

penyamar TNB

SEREMBAN - Orang ramai diminta sentiasa berwaspada dengan individu yang menyamar sebagai pasukan kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan masing-masing.

Naib Presiden (Hal Ehwal Korporat) TNB, Adelina Iskandar berkata, ia berikutan kes kecurian yang berlaku di Rembau, baru-baru ini.

Menurutnya, setiap petugas yang diarahkan ke mana-mana premis, mereka hanya membuat pemeriksaan sehingga ke meter elektrik sahaja, bukannya di dalam rumah.
"Bagi pasukan kerja TNB yang ditugaskan ke premis pengguna, mereka dibenarkan membuat pemeriksaan setakat meter elektrik sahaja.

"Pasukan kerja ini tidak dibenarkan sama sekali membuat pemeriksaan dan pembaikan pendawaian di dalam rumah kerana ia di luar bidang kuasa TNB," katanya, semalam.

Adelina berkata, pasukan kerja berkenaan hanya memasuki halaman rumah pengguna dengan kebenaran penghuni setelah menunjukkan kad kerja atau kad pengenalan diri yang dibekalkan TNB.

"Selain itu, semua petugas ini juga mewajibkan memakai pakaian seragam syarikat, berupa baju T berwarna merah dengan logo TNB, berserta jaket biru dengan sulaman logo TNB berwarna merah dan mempunyai nama pekerja," katanya.

Menurutnya, sekiranya didatangi pihak mencurigakan yang mendakwa sebagai pasukan kerja TNB, mereka diminta segera menghubungi mana-mana pejabat TNB berdekatan, seperti tertera di dalam bil elektrik atau menghubungi polis.

Posted by ahmadi
GROUP FOOTER MESSAGE
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

No comments: