Monday, September 24, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3367[2 Attachments]

5 New Messages

Digest #3367
1
Fw: Senarai Lokasi Pemasangan Kamera AES by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
3
Emailing Lokasi_AES.pdf by "suhaimi ibrahim" designplanet78
4
Fw: Gaji Belum Bayar, Paramugari Bogel.. by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
5
Fw: Disyaki Telah Dipukau Sebelum Dilarikan by "-::eSpAcE9808::-" rienacom

Messages

Sun Sep 23, 2012 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Senarai Lokasi Pemasangan Kamera AES
http://portal.jpj.gov.my/

Pelaksanaan AES akan dilakukan secara berperingkat, untuk fasa pertama, kamera AES telah dipasang di 14 lokasi blackspots yang merupakan lokasi yang sering berlaku kemalangan maut di negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Berikut adalah senarai lokasi pemasangan kamera AES tersebut.

Soalan Lazim - Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)

FAQ – AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM (AES)

1. Apakah AES?

 Penguatkuasaan secara automatik iaitu kesinambungan daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010.

 Usaha berterusan aktivis keselamatan jalanraya (JPJ, PDRM, JKJR, MIROS, JKR) memberi tumpuan kepada 4E (Engineering, Enforcement, Education and Environment).

 Perlu adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.

 Pendekatan kepada system based approach yang mampu mengubah sikap pemanduan rakyat Malaysia.

 Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).

2. Kenapa Perlu AES?

 Penguatkuasaan kesalahan lalulintas secara elektronik adalah salah satu daripada kaedah penguatkuasaan.

 AES adalah pemboleh (enabler) yang merangkumi (embody) semua usaha ke arah mencapai sasaran Pelan Keselamatan Jalanraya 2006-2010 dalam mengurangkan kematian akibat kemalangan.

 Adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.

 AES mampu mengubah sikap, tingkah laku (behaviour) dan budaya pemanduan melalui penguatkuasaan:

o 24 jam

o Tidak bermusim

o Tiada campur tangan manusia

 Meningkatkan tahap PERCEPTION OF BEING CAUGHT (POBC) di kalangan pengguna jalanraya. (Pada hari biasa 25%, meningkat ke 50% di musin perayaan semasa Ops SIKAP berbanding di negara maju – 80% hingga 90%).

 Penyelesaian kepada kos rawatan dan pemulihan kawasan sering berlaku kemalangan yang jumlahnya lebih 800 (blackspot) di seluruh Negara yang amat tinggi dan memakan masa yang lama.

3. Bagaimana AES berfungsi?

 AES berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahan lalulintas di lakukan di kawasan sering berlaku kemalangan sahaja.

 Pelaksanaan AES meliputi kesalahan:

o Tidak mematuhi lampu isyarat

o Memandu melebihi had laju

 Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara real time online ke Pusat Kawalan AES (Control Center). Maklumat diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik/pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.

 Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).

 Sistem juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.

4. Apakah kelebihan penguatkuasaan kesalahan lalulintas melalui AES berbanding kaedah sedia ada?

 Meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan melalui pengesanan (detection) dan pengeluaran saman secara telus, tepat dan berterusan.

 Tidak perlu anggota penguatkuasa merakam kesalahan secara manual di tepi jalan setiap masa.

 Sistem penguatkuasaan yang selamat, kerahsiaan, integriti dan kesediaan (24 jam). Mampu beroperasi 24X 7 X 360 siang dan malam dalam semua keadaan cuaca.

 Tanpa campur tangan manusia. Ini akan meningkatkan integriti penguatkuasaan (tidak bermusim, tiada interaktif dengan pesalah dan unsur rasuah di tepi jalan).

 Mampu mengesan kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan persendirian, komersial dan kenderaan pengangkutan awam.

 Tentusah ukur (Calibration) bagi setiap peralatan pengesanan dan perakam imej kesalahan dibuat mengikut Akta pengukuran Kebangsaan 2007 agar kesalahan menjadi kes prima facie.

 Penghantaran data/gambar sukar diceroboh (encryption) kerana dihantar secara automatik setelah kesalahan dikesan.

 AES secara langsung menjadi pencetus bagi tujuan mengajar/membentuk pemandu agar sentiasa mematuhi peraturan lalulintas jalan.

 Struktur sistem direkabentuk agar tindakan undang-undang tidak boleh disangkal atau dipertikai di mahkamah oleh pesalah. Memudahkan proses pendakwaan melalui penyediaan bahan bukti yang boleh diterima mahkamah (Control Centre di link ke semua Mahkamah Trafik melalui IT).

 Tidak akan menyebabkan kesesakan lalulintas.

 AES boleh digunakan untuk menguatkuasakan kesalahan-kesalahan lain di masa akan datang seperti:-

i. Memotong di garisan berkembar;

ii. Memotong di sebelah kiri jalan;

iii. Lebih Muatan;

iv. Potong barisan;

v. Sekatan ke atas kenderaan berat yang memasuki kawasan bandar;

vi. Penguatkuasaan laluan bas.

5. Apakah AES berkesan dalam mengurangkan kadar kemalangan jalanraya?

 Sistem penguatkuasaan elektronik telah dilaksanakan di 90 negara lain di seluruh dunia.

 Di Asia Tenggara, Thailand dan Vietnam telah mlaksanakan system digital traffic enforcement system.

 Contoh keberkesanan AES di Negara-negara lain:

i. PERANCIS - Di Perancis kadar kematian turun 27% dalam tempoh 3 tahun sejak penggunaan sistem penguatkuasaan automatik.

ii. JERMAN - Di lokasi yang dipasang, penurunan kelajuan telah menjadi budaya di kawasan dipasang sistem AES (penurunan kelajuan kenderaan dan pematuhan sebanyak 80% di mana kamera pengesan kelajuan dipasang).

iii. KUWAIT - Kemalangan menurun 48%.

iv. UNITED KINGDOM - Kadar pelanggaran peraturan trafik menurun pada kadar 6% daripada jumlah kenderaan berdaftar.

6. Jikalau AES begitu efektif, tidakkah sistem ini tidak lagi diperlukan pada masa hadapan?

 Kalau AES begitu efektif, jumlah saman akan menurun namun begitu masih perlu diambilkira:

o 9% pengguna jalanraya adalah yang tegar melakukan kesalahan (habitual offender).

o Volume kenderaan bertambah pada kadar 10% setiap tahun.

o Jumlah pemegang lesen bertambah.

o Kilometer jalanraya bertambah.

o Lokasi blackspot juga akan berubah jika kerja-kerja pembaikan dibuat di kawasan tersebut.

o Isu yang penting adalah bukan jumlah saman dikeluarkan tapi perlu penyelesaian terhadap saman yang tidak diselesaikan.

7. Agensi manakah yang akan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan AES?

 Kementerian Pengangkutan Malaysia merupakan tuanpunya (owner) kepada AES.

 Agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan adalah terlibat secara langsung dalam pelaksanaan AES:

o JPJ bertanggungjawab melaksanakan AES secara langsung dan merupakan end user kepada sistem AES.

o MIROS bertanggungjawab dalam penentuan lokasi pemasangan kamera daripada blackspot (kawasan sering berlaku kemalangan) dan kajian keberkesanan AES.

o JKJR bertanggungjawab dalam advokasi dan kempen kesedaran jalanraya mengenai AES.

8. Apakah peranan PDRM di dalam AES?

 PDRM akan menggunakan AES untuk mengesan jenayah dan tugas-tugas trafik.

 Control Centre AES mempunyai Bilik Kawalan PDRM dan JPJ.

 Mobile unit AES akan dikendalikan PDRM dan JPJ.

9. Apakah asas penentuan lokasi pemasangan kamera?

 Penentuan lokasi pemasangan kamera bagi sistem AES dilaksanakan oleh MIROS dengan bantuan JPJ, PDRM dan JKJR.

 Maklumat asas yang digunakan adalah berdasarkan dari laporan kemalangan PDRM (Pol.27).

 Data daripada maklumat laporan ini dianalisa oleh pihak MIROS bagi mengenalpasti koordinat kawasan lokasi-lokasi kemalangan.

 Seterusnya lokasi-lokasi tersebut diberi markah (ranking) mengikut kes-kes kemalangan. Kes kemalangan diberikan markah mengikut susunan tinggi ke rendah – kes kemalangan, cedera parah, cedera ringan dan kemalangan kecil. Lokasi yang mengumpul markah tertinggi diberi keutamaan untuk pemasangan kamera AES. Lokasi-lokasi juga dibuat sah.

10. Berapa bilangan kamera yang akan dipasang?

 Jumlah kamera speeding 566 buah.

 Jumlah kamera traffic light 265 buah.

 Jumlah keseluruhan kamera 831 buah.

 Mobile kamera (30%) 250 unit – operasi kamera-kamera mudah alih adalah bagi kawasan-kawasan kemalangan yang tiada infrastruktur (bekalan elektrik, liputan komunikasi dan sebagainya) untuk di pasang kamera statik.

11. Adakah rakyat akan marah dengan tindakan kerajaan melaksanakan AES?

 Risiko kepada pelaksanaan sistem AES adalah 'public outcry' kerana sistem secara drastik akan mengubah sikap pemanduan dalam masa yang singkat. Namun begitu rakyat mempunyai pilihan untuk tidak melanggar undang-undang.

 AES akan dilaksanakan secara berperingkat. Dijangka siap sepenuhnya 100% dalam tempoh 18 bulan dari ianya mula dilaksanakan. Tempoh ini adalah cukup bagi kerajaan melaksanakan program kesedaran dan advokasi.

 Program advokasi adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Keselamaatn Jalan Raya (JKJR) bagi memastikan pemahaman dan penerimaan rakyat terhadap pematuhan undang-undang jalanraya, tanggungjawab menyelesaikan kes kesalahan trafik dan kesedaran keselamatan jalanraya.

 Lokasi pemasangan kamera tetap AES bukan rahsia tetapi diwar-warkan sebagai peringatan kepada pengguna jalanraya. Papan

tanda amaran akan dipasang sebelum pengguna jalanraya menempuh kawasan yang dilengkapi kamera AES.

12. Bagaimanakan fizikal kamera AES?

 Kamera statik

 Vehicle Mounted Mobile Unit

 Stand alone mobile unit

13. Bagaimankah contoh output AES?

Sun Sep 23, 2012 5:49 pm (PDT) . Posted by:

"rezal_sapuan@amtek.my"

Salam,

Cuba tukar signboard tu jadi macam ni "Anda baru sahaja melepasi zon
perangkap had laju, berapakah kelajuan anda sebentar tadi...."

Sekadar pandangan je ...




From: "-::eSpAcE9808::-" <rienacom@yahoo.com.sg>
To: "zzxmelayucyber" <melayucyber@yahoogroups.com>,
Date: 22/09/2012 07:46 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Papan tanda yang anda
dan saya mesti hafal.
Sent by: automobil@yahoogroups.com







Papan tanda yang anda dan saya mesti hafal.


amenoworld.blogspot.
(Embedded image moved to file: pic23281.jpg)

Aku mengalami kesukaran untuk memahami kenapa. Kenapa agaknya jabatan
pengangkutan jalan buat perkara seperti itu. Sebenarnya, ikutkan pemikiran
aku, aku setuju dengan idea A.E.S iaitu satu sistem = perangkap laju yang
diaplikasikan untuk mengajar pesalah2 trafik.

Aku setuju. Memang setuju.

Cuma aku tak boleh terima cara ia dilaksanakan. Idea yang baik tetapi tidak
disusuli dengan pelaksanaan yang betul, pun tak guna juga. Daripada harga
alat dan sistem, daripada syarikat yang dibekalkan tender, daripada cara ia
diproses dan diuruselia sehinggalah kepada pemasangan papan tanda, terus
terang aku cakap bermasalah.

Projek ini, tender ini, idea ini, bermasalah sejak awal.

Kerana apa?

Tukang pelaksana idea = tukang perancang = ialah mereka2 yang bermasalah.

Terkini mereka melaksanakan satu langkah. Langkah itu ialah memasang papan
tanda AES. Jika dinilai dari sudut undang2, ini idea bahlol. Tetapi jika
dinilai dari sudut pemikiran mereka2 yang seringkali langgar peraturan
jalanraya plus bn haters, idea neh idea yang bagus.

Kerana apa?

1. Mereka akan alert di lokasi2 mana yang ada perangkap AES.

2. Mereka akan berhati2 di kawasan tersebut.

3. Mereka tidak akan membiarkan diri mereka di saman.

Jadi, adakah ini akan menyelesaikan masalah? Akan mengubah gaya pemanduan
mereka? Mungkin ya jika 100% jalanraya di malaysia dipasangkan dengan
sistem tersebut. Tetapi itu tidak akan berlaku. Ini kerana sejak awal lagi
PDRM bukan mahu mengubah dan menghukum mereka2 yang seringkali memandu
melebihi had laju sebaliknya PDRM hanya mahu buat wang dan tolong rakyat
buang wang.

Bagaimana papan tanda ini mampu mengubah dan menghukum mereka2 yang benar2
suka memandu laju? Jika 1 atau 2 kilometer, ko dah ingatkan mereka ;

Heyy di depan tue ada perangkap laju, please slow down your vehicle dude,
in order to prevent you from being summoned.

Seriously? Ada perangkap di hadapan? Oke fine, i will slow down my car.

Then after 3km, ko fikir dorang akan apa? Akan terus memandu mengikut had
laju yang ditetapkan? Adakah ko benar2 berfikir seperti itu?
Seriously ??????



Kemon.

Ko tidak berfikir. Pesalah trafik berfikir. Selepas 3km mereka akan memandu
seperti biasa. Sambil bersiul mungkin. Dan sesetengahnya sambil tersenyum.
Mengutuk kebodohan dan kebangangan korang. Undang2 dibuat bukan untuk
menjadi perhiasan.

Tetapi mungkin juga ia akan dijadikan modal politik oleh PDRM.


Hai, malaysians. You all yang menentang AES [which is kita menentang
cara ia dilaksanakan, not the idea itself] nampaknya boleh sorokkan
muka dalam guni. Kerana setelah kita melaksanakan sistem neh,
nampaknya di kawasan2 aka jalan2 tertentu, kadar kemalangan, langgar
lampu isyarat dan langgar had laju telah berkurangan sebanyak 50%.
Bravo PDRM kerana melaksanakan idea yang pr kutuk kaw2.

Helllooo..

Ada papan tanda di hadapan yang alert i pasal kamera blablablbala tue ???

Sistem A.E.S memerlukan banyak penambahbaikkan. Aku setuju jika PR kekalkan
sistem neh setelah mengambilalih putrajaya. Namun harus lakukan beberapa
pindaan sehingga mencapai matlamat yang disasarkan. Iaitu membentuk
pemanduan berhemah. Bukan membentuk keuntungan. Pemandu malaysia perlu
diajar. Mereka harus dibimbing untuk menjadi berhemah. Jalanraya bukan
untuk kegunaan peribadi. Ia hak kita bersama.

Namun dalam masa yang sama aku memuji sedikit kebodohan PDRM. Oleh kerana
sistem AES belum lagi mencapai tahap yang ia patut dilaksanakan, maka
eloklah papan tanda peringatan ini digunakan. Walaupun idea ini kurang
cerdik tetapi ada maafnya lagi.

Sekurang2nya ia mengajar kami, rakyat malaysia untuk berhati2 di jalan2
tertentu. Walaupun kami tak mampu halang duit kami dari sampai ke tangan2
pemerintah yang zalim, tetapi yang neh insya-Allah, kami mampu halang. Bai.


Comments
Hetty Helfarizan · Top Commenter · Pengurus Rumah Tangga at Razak Mustafa
kalau aku pun... nmpk sign ni otometik slow...pastu dlm 5km rase selamat
jarak utk dicapturekan aku pecut la....hahahaha!!! adekah aku sorg je
berfikiran sebegitu???


·Amirul Mukmin · Top Commenter · Universiti Teknologi MARA
Tapi kan... cam pelik je... Nama dia perangkap kan... lepas tu tulis besar2
ini Zon Perangkap. Baik takyah buat perangkap...·


Amar Iqbar · Top Commenter
signboard tu wayang je x smua area die letak kamera setengah tmpat je yg
letak hahahahahahah...kalo letak signboard tu byk2 org akan sentiasa alert
so tmpat yg x der signboard tu kite letak speedtrap kamera br best pakat2
kena saman hahahahah




taufik


maaf cakap



C++


DeeDee AmenoWorld...

Hahaha... gua belum lagi kena itu kamera... sebab gua bawak kapchai... jadi
selamat lar... hahaha


kamal


bagi aku yang pernah memandu di uk, memang tanda amaran akan dipasang dalam
beberapa meter sebelum kamera perangkap kelajuan dan siap ada garisan yang
menunjukkan jarak yang akan dirakam sekiranya kita memandu melebihi had
laju. Sistem AES bagus untuk mendidik pemandu di Malaysia untuk memandu
dengan mengikut peraturan dan yang penting sekali kamera akan dipasang
ditempat yang merbahaya dan yang menpunyai kadar kemalangan yang tinggi.
AES lagi bagus daripada sistem sebelumnya dimana polis menyorokkan kamera
untuk merakamkan kesalahan. Tau-tau je dapat saman. Mendidik lebih baik
daripada terus menghukum. pendapat 2 sen akulah.



allam


betul bro...kat Singapore pun ada papan tanda... kamera biasa nya di pasang
di kawasan yg biasa berlaku accident... pengajaran yg harus di fahami
ialah... "aku dah bagi tau kat sini ada kamera... tapi kalau kau langgar
jugak.. kau mmg pemandu yg degil.. mmg patut di saman.."

apa masaalahnya bawak laju kalau keadaan jalan, keadaan traffic, keadaan
kenderaan dan keadaan pemandu mengizinkan?.. aku sebenar nya merasakan,
lebih bermasaalah pemandu yg bawak slow makan angin walaupun di depan nya
tiada apa2 halangan.. selalu naik hangin ngan pemandu mcm neh..lebih
mengganggu aliran traffic... berapa ramai antara kita punya kaki yg hebat
yg boleh control tekanan di pedal minyak sentiasa consistent pada halaju di
tetapkan... masa nak memotong tak leh lebih halaju...maka terhegeh2 lah
kita memotong mengundang peluang bertembung dgn kereta dari hadapan...
siapa yg pernah masuk advance driving class... pasti di ajarkan, tindakan
memotong mesti di laku kan dgn seberapa cepat dan pantas supaya kita cepat
masuk balik ke dalam lane kita yg betul...

kelajuan yg betul dan bersesuaian dgn semua keadaan yg aku cakap kat atas
tu tidak lah memudaratkan... kalau laju itu memudaratkan...jgn benarkan
kenderaan yg boleh memecut melebihi 110 km dari di jual di Malaysia neh...
banyak yg kita boleh jimat kan... tak payah beli kamera, tak payah buat
papan tanda, polis traffic pun boleh di salurkan ke jabatan2 lain yg kurang
kakitangan... .. siapa boleh jamin lepas kuat kuasakan polisi ini tidak
akan ada kemalangan lagi? ada?

memandu perlu ketenangan dan keseronokan... kalau tak seronok kita stress..
dan jadi hilang kewarasan... undang2 mmg perlu sebagai panduan , bukan
sebagai alat untuk menghukum... undang2 seharus nya memudahkan, bukan
menyusahkan.......membuat kita menunggu macam org bodoh di persimpangan
kosong jam 2-3 pagi hanya kerana lampu merah di laluan kita sedang
menyala.... berseorangan begitu pasti memberikan idea untuk penyamun2
mencari mangsa.... di Thailand, selepas jam 10 malam, akan ada polis2 yg
setting balik traffic light di persimpangan2 yg tidak sibuk..menyalakan
lampu luning yg berkerlip2 sahaja sebagai peringatan... di Jepun, pesalah
traffic mmg di saman..tetapi jika kamu tidak ada reocord kesalahan, pemandu
akan di beri ganjaran dalam bentuk rebate cukai dan sebagai nya... di
German ada jalan yg di panggil autobahn...tidak ada speed limit...tetapi
siapa yg memandu di bawah kelajuan 80kmh..akan di saman...

aku rasa yg kita lebih perlu ialah advance driving course... selepas lulus
ujian memandu, untuk sesuatu tempoh, pemandu mesti menghadiri class2 ini...
aku selalu bagi tau keluarga dan teman2 bikers aku prinsip2 hidup yg mudah
ini.... sesuatu perkara akan jadi mudah bila kita ada keyakinan... kita
akan jadi yakin bila kita tau nak buat perkara itu... untuk tahu, kita
perlu dapatkan ilmu nya ... ilmu kekal numero uno..

akhirkata... aku lebih suka mengucapkan..."memandu lah dengan
cekap"...bukan "memandulah dgn hati2"... dalam banyak perkara...terlalu
berhati2 menyebabkan kita lambat bertindak...dan mengizinkan malapetaka
menjenguk... allahua'lam



sjn misai


automated enforcemnt system (aes) pasal apa tak guna bahse 1malaysia?
sistem otomatik saman trafik 1malaysia (sostram)



Aruk


Sistem saman janji ditepati lagi ok kot :)



C++


Hahaha... memang janji dicapati betul lar... hahaha


Aruk


Adoyai ameno, undang2 dibuat untuk mengajar manusia bukan menghukum, negara
maju semua ada peringatan sebelum perangkap laju....lojik hang tak boleh
blah lah kali ni

Read more:
http://amenoworld.blogspot.com/2012/09/papan-tanda-yang-anda-dan-saya-mesti.html#ixzz2717wePTK


Attachments with this message:
1 of 1 Photo(s)

Sun Sep 23, 2012 8:13 pm (PDT) . Posted by:

"suhaimi ibrahim" designplanet78

Lokasi camera. Masukkan koordinat dalam google map dan boleh tahu posisi kamera. Just for share

artikel menarik di sembang-automobil.blogspot.com

Attachments with this message:
1 of 1 File(s)

Mon Sep 24, 2012 3:17 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom


Gaji Belum Bayar Paramugari Ini Demo Bogel..
ibnuhasyim.com
Posted by Ibnu Hasyim

Inilah foto salah satu paramugari Air Comet

MACAM-MACAM cara protes. Paramugari ini protes syarikat penerbangannya yang belum membayar gaji mereka dengan cara berphoto bogel. Seperti dikutip Ananova.com, paramugari perlu menanggalkan bajunya untuk dipamerkan.

Sembilan paramugari, pekerja di sebuah syarikat penerbangan di Sepanyol yang telah muflis, Air Comet. Mereka berpose telanjang untuk sebuah kalender sebagai bukti protesnya. Aksi protes ini dilakukan kerana Air Comet gagal untuk membayar gaji pekerjanya hingga sembilan bulan.
Syarikat tersebut memiliki hutang sekitar 160 juta euro, termasuk upah yang belum dibayar. Kini paramugari ini, telah memutuskan berpose telanjang sebagai cara untuk menarik perhatian membayar gaji paramugarinya.

"Namun mereka juga berharap wang dari berfoto telanjang di kalender dapat membantu situasi kewangan mereka," kata Michel Velasco dari Alzafatas Alta Tacon, sebuah agen untuk paramugari dan model yang menaungi pramugari ini. (IH)

Mon Sep 24, 2012 3:17 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom


Cikgu Azliza Disyaki Telah Dipukau Sebelum Dilarikan
Posted by greenboc

Minta perhatian kepada semua rakan! Andai anda terlihat atau terjumpa wanita seperti di dalam gambar tersebut, sila hubungi ke balai polis terhampir atau anda boleh hubungi terus ke talian 019-7986520 atau 07-8952486 (bapa wanita tersebut). Untuk makluman rakan-rakan, wanita tersebut ialah seorang guru yang dipercayai telah dilarikan oleh seorang lelaki. Wanita tersebut dipercayai menghilangkan diri diluar kesedaran dirinya (berkemungkinan disihir / dipukau). Maklumat mengenai wanita tersebut seperti berikut :
NAMA : SITI AZLIZA BINTI JOHAN
UMUR : 27 TAHUN
STATUS : BUJANG
PEKERJAAN : GURU
WARNA KULIT : CERAH
TINGGI : 5 kaki 6 inci
LOKASI TERAKHIR : BANDAR KOTA TINGGI

HARAP DAPAT DISEBARKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN. PERTOLONGAN rakan-RAKAN AMAT DIHARAPKAN P/s: Wanita ini telah dilaporkan hilang sejak Mac 2012. Saya telah menghubungi ayah kepada wanita ini [yang juga merupakan seorang pesara guru] dan beliau melahirkan rasa sedih dan hampa apabila anak yang dibesarkan, diberi didikan hingga ke peringkat paling tinggi dilarikan orang,

Mohon jasa baik dari orang-orang hebat seperti Tok Belagak, Kiyai Tukul Mohammad Fahmy, dan mata-mata handalan seperti Mohd Pazwannie M H. Jasa kalian amatlah dihargai ibu-bapa wanita ini. Dari esak tangis seorang bapa. Kisah tentang perubahan drastik anaknya setelah mengenali lelaki [yang dipercayai melarikannya] amat meruntun hati. Mohon Petunjuk Al Amin agar dimudahkan sebuah pencarian ini. -fb

comments:

Anonymous said...
smg selamat beliau

Anonymous said...
beginilah perasaan bapa altantuya.
Nak jumpa najib pun najib tak mahu.
seperti syaitan yg masuk lorong lain bila ternampak saidina umar al khattab

Anonymous said...
Anon 11:25....betul tu, syaitan terpaksa masok lorong lain kerana takut di=rejam...hahaha.

Zenal Ambarawa said...
wah info nya ok mas brooo

kak mah said...
Jika masih ada...individu ini diharap beliau segera menghubungi keluarganya...atau yang mengenali beliau..segera bertindak yang sewajarnya.

Osama said...
teringat aku beberapa tahun lampau kesah aisyah budak pontian yg hilang & di murtadkan!
Yg memurtadkan tu xbersalah apa2 krna undang2 Malaysia yg sekular ni tidak melindungi org2 islam dlm bab murtad!
Sesiapa yg telah berumur 18 tahun undang2 membenarkan mereka memilih agama mreka sndri!
Waimah pertukaran agama seseorg tu scra pksa, sihir, pukau, atau pksarela kita have no say klu bwk g court!
anywy akan aku war2kan hal ni..
Smuga Cikgu Azliza kuat mempertahankan imannya & mga Allah memayungi rahmat & ksejahteraan pd beliau.
Alfatehah...
GROUP FOOTER MESSAGE
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

No comments: