Wednesday, November 14, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3417[3 Attachments]

11 New Messages

Digest #3417
2
Fw: Bahaya ketagih main video by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
3
1 Muharram by "tanya saya"
4
Fw: Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
5
Fw: Syabas! Zulfahmi buat kali ke 2 by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
6
Fw: Berang AES dihalang, JPJ tingkat operasi by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
7a
Fw: JIRAN MENCURI WIFI by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
7b
Re: Fw: JIRAN MENCURI WIFI by "Nazri Ahtar" littlenoti
7d
8
Fw: 14 hari tanggalkan kamera AES by "-::eSpAcE9808::-" rienacom

Messages

Tue Nov 13, 2012 4:45 pm (PST) . Posted by:

"Muaz CK" azz95

Dia akan update tu. Kadang2 cepat kadang2 lambat.

So kereta yang mungkin ada seminit lepas, dah keluar dari skrin.

2012/11/13 ML <allmailinglist@gmail.com>

>
> Salam cuma x paham waze ni kejap banyak kereta, pastu tetiba hilang
> pastu naik tiga pastu hilang balik.. Ada sesiapa blh terangkn kenapa?
>
>
>
>
> On 12 Nov, 2012, at 9:54 AM, Nazri Ahtar <littlenoti@yahoo.com> wrote:
>
>
> rasanya bukan salah WAZE.....tapi mmg dah itu yang perlu.... gps untuk
> location.... internet untuk traffic info...... kalau nak yang bukan power
> hungry..... guna la GPS sahaja semata2...dan jangan marah kalau sangkut
> dengan traffic jam.
>
> rgds,
> Nazri Ahtar
>
> ------------------------------
> *From:* "muazck@gmail.com" <muazck@gmail.com>
> *To:* automobil@yahoogroups.com
> *Sent:* Friday, November 9, 2012 10:38 PM
> *Subject:* RE: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: PETUA UNTUK ELAK
> TERKENA AES
>
>
>
> Salam.
>
> Saya pun tak pasti penggunaan backlight tu untk apa. Sbb saya pun tak
> nampak bezanya.
>
> Maksud saya adalah kita activate night mode, walaupun siang hari. Tapi
> bergantung pada mata masing2 lah. Sbb ada yang kurang nampak kalau pakai
> night mode.
>
> Bila activate night mode, penggunaan backlight dikurangkan sebab skrin
> dimalapkan untk sesuai dgn malam. Tp saya pakai juga siang.
>
> Untk lebih jimat lagi, apa kata buat camni.
> -mulakan waze
> -gunakan fungsi drive
> -lepas tu letakkan waze ke background
> -pastikan waze tidak terpapar tapi tidak dimatikan
> -waze tetap akan berbunyi untuk tunjuk arah walau skrin gelap sepenuhnya
>
> Macam saya pakai nokia e72. Boleh la tahan stability. Tapi bateri mcm nk
> kena tukar dah kot.
>
> Okeh keep the enquiries coming!
>
> -original message-
> Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: PETUA UNTUK ELAK
> TERKENA AES
> From: lan loqius <rxzabd@yahoo.com>
> Date: 09.11.2012 5:50 PM
>
> Boleh try jugak cara En. Muaz ni. Tapi 2 benda yg cepat makan bateri phone
> ni. 1 ialah backlight phone dan 2 ialah turn ON data line. Mmg cepat batery
> drain kalau turn ON data line. Kalau tak ON data line tak boleh lah nak
> dapat latest update traffic.
>
>
>
>
>

Tue Nov 13, 2012 4:47 pm (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom



Awasi anak anda :Bahaya ketagih main video terutamanya di musim cuti
ustazcyber.com
Dicatat oleh ustazcyber

KUALA LUMPUR - Ketagih bermain permainan video dalam kalangan kanak-kanak terutamanya pada musim cuti persekolahan sekarang salah satu punca mereka mengalami masalah gagal menguasai kemahiran bersosial dan berkomunikasi.
Pensyarah Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Khaid- zir Ismail berkata, sindrom itu berlaku akibat kurangnya pendedahan dan pergaulan dengan masyarakat.
Mereka, katanya, akan menjadi pendiam dan lebih gemar bersendirian.
"Dari segi psikologi, ciri ketagihan permainan video sama seperti ketagihan lain iaitu keinginan yang sangat tinggi untuk mendapatkan sesuatu yang dikehendaki.....

"Ketagihan ini boleh membawa kepada masalah lain seperti kemerosotan kesihatan dan pengurusan diri serta masa yang tidak teratur," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Khaidzir, faktor yang mendorong ketagihan tersebut berpunca daripada unsur ganjaran dan sikap ingin mencapai tahap tertinggi dalam satu-satu permainan video.

Menurut Khaidzir, selain bermain video di rumah, kesan ketagihan yang sama di kafe siber juga membimbangkan kerana kanak-kanak terdedah kepada kemungkinan terlibat dengan kejadian jenayah seperti samun dan dadah.

"Pengaruh rakan yang turut terlibat dalam hal ini akan menambahkan lagi ketagihan. Adanya dorongan daripada rakan-rakan memburukkan lagi keadaan," ujarnya.

Sebelum ini, pada awal tahun ini seorang remaja mati mengejut di sebuah kafe siber di Taiwan akibat kemaruk bermain permainan video selama 40 jam tanpa henti.

Bulan lepas, seorang remaja Amerika Syarikat berusia 15 tahun dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri selepas bermain permainan video selama empat hari tanpa henti.

Sementara itu, mengulas perkara yang sama, Pegawai Psikologi Kanan Universiti Sains Islam Malaysia, Nurhazreen Mohd. Nor berkata, selain kanak-kanak, ia juga memberi kesan buruk kepada orang dewasa.
"Sindrom yang sama boleh menyebabkan tekanan dalam hubungan antara suami isteri kerana kurang rasa hormat antara satu sama lain.

"Oleh kerana terlalu asyik dengan permainan video, suami kurang meluangkan masa berkualiti bersama keluarga," jelasnya.

Justeru, Nurhazreen mengesyorkan supaya ahli keluarga memainkan peranan penting bagi memberi sokongan kepada ahli keluarga yang mempunyai masalah ketagihan permainan video.

"Dalam sebuah keluarga harus ada seorang yang bertindak sebagai perancang untuk mengembalikan interaksi sesama ahli keluarga termasuk menghentikan tabiat ketagih permainan video," jelasnya.[sini]

Bahaya ketagih main video

Oleh MAHFUZ MOHAMAD
mahfuz.mohamad@kosmo.com.my

CUTI persekolahan yang panjang tanpa aktiviti berfaedah menyebabkan ramai kanak-kanak asyik dengan permainan video. - Gambar hiasan

----------------------------------------------------------

Tue Nov 13, 2012 7:08 pm (PST) . Posted by:

"tanya saya"

Salam,

Kepada semua, diucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434H.

Peristiwa hijrah adalah peristiwa yang besar dan memberi pengajaran
bermakna kepada kita semua. Tindakan pertama Rasulullah SAW selepas hijrah
dalam membangunkan negara Madinah ialah mendirikan masjid dan keduanya
membina pasar. Kedua tindakan nabi ini adalah simbolik kepada pembangunan
insan dan pembangunan ekonomi yang dititik beratkan dalam membina sesebuah
negara. Masjid adalah tempat membangunkan manusia untuk bertaqwa kepada
Allah dan menghubungkan manusia sesama mereka. Manakala pasar pula sebagai
pusat kegiatan ekonomi yang kedua penting dalam membangunkan negara.

Doa akhir tahun - dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum waktu
Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca
doa ini akan mendapat perlindungan Allah S.W.T dari fitnah dan tipu daya
syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

Doa Awal Tahun- dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434H
(Hari rabu malam khamis). Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali
selepas solat rowatib ba'diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram,
Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan
tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

Ibnu Abbas berkata: "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah
mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu".

Selepas doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan
sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah
binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah
mengampunkannya setahun".

Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam
ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat
memeliharanya daripada fitnah syaitan".

*Mutiara Kata*

Apabila kita memudahkan urusan orang lain, Allah SWT memudahkan urusan
kita. Terima kasih kepada sesiapa yang telah memudahkan urusan kita.
InsyaAllah, semoga Allah SWT akan memudahkan urusan kita juga. ;)
~ Ustaz Don Daniyal<http://www.facebook.com/UstazDonDaniyalDonBiyajid?ref=stream>

Setiap Kali peristiwa negatif berlaku pada kita, kita boleh pilih utk
menjadi mangsa keadaan dan rasa kasihan pada diri, Atau memilih untuk
belajar Dari situasi dan lebih dekat pada Allah. Pilihan dan persepsi kita
menentukan kualiti kehidupan.
~ Prof Dr Muhaya
Attachments with this message:
2 of 2 Photo(s)

Tue Nov 13, 2012 11:02 pm (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom


Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah

http://ohislam.com
Kemaskini: Pada tahun ini, akhir tahun hijriah ialah pada 29 Zulhijjah 1433H iaitu bersamaan 14 November 2012 (Rabu) dan 1 Muharram 1434H jatuh pada 15 November 2012 (Khamis). Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan semoga mendapat keampunan Allah SWT, insyaAllah

Doa Akhir Tahun:

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun:

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434H (Hari Rabu malam Khamis).

Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba̢۪diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wed Nov 14, 2012 1:11 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom


Zulfahmi Naik Podium Lagi, Lari Dari Semburan Arak Lagi
Posted by greenboc

Zulfahmi akhiri musim 2012 dengan podium kedua di Valencia

PELUMBA Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin mengakhiri musim MotoGP Dunia 2012 dengan penuh bergaya selepas menaiki podium buat kali kedua pada Grand Prix Valencia di Sepanyol semalam.

Pelumba sensasi pasukan AirASia-SIC-Ajo, yang memulakan perlumbaan ke petak ke-17, menamatkan saingan di tempat ketiga dengan hanya ketinggalan 0.114 saat di belakang juara Danny Kent daripada pasukan Red Bull Ajo.

Kent, pelumba Britain, mencatatkan masa 45 minit 5.891 saat manakala juara dunia baru Moto3, Sandro Cortese dari Jerman, yang juga rakan sepasukan Kent, menduduki tempat kedua dengan ketinggalan 0.056s.

Muhammad Zulfahmi, yang baru memenangi anugerah 'Pelumba Kelas Moto3 Paling Meningkat 2012', berkata keputusan tersebut sukar dipercayai kerana terpaksa mengharungi keadaan sukar pada sesi latihan bebas Jumaat lepas dan sesi kelayakan semalam.

"Bermula dari petak ke-17 dan mengakhiri di tempat ketiga merupakan keputusan hebat.... saya tidak boleh percaya bahawa saya berjaya menaiki podium. Saya amat bangga untuk memenangi podium kedua dalam karier perlumbaan," kata Muhammad Zulfahmi dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Sepang International Circuit (SIC).

"Saya tidak sabar untuk saingan tahun depan dan ia akan menjadi lebih berdaya saing tetapi saya akan bersedia," kata pelumba berusia 21 tahun yang menduduki tempat kedua pada MotoGP Grand Prix Malaysia 2012 di Sepang, bulan lepas.

"Saya juga berasa begitu gembira apabila mengetahui SIC, promoter MotoGP Grand Prix Malaysia, memenangi anugerah 'Acara MotoGP Terbaik 2012'," katanya. - Bernama

KEPUTUSAN PENUH

MOTO3
RACE: (24 laps = 96.12 Km)
POS / RIDER / NAT. / TEAM / MOTORCYCLE / TIME / KM/H / GAP
1 / Danny KENT / GBR / Red Bull KTM Ajo / KTM / 45'05.891 / 127.88 /
2 / Sandro CORTESE / GER / Red Bull KTM Ajo / KTM / 45'05.947 / 127.878 / 0.056
3 / Zulfahmi KHAIRUDDIN / MAL / AirAsia-Sic-Ajo / KTM / 45'06.005 / 127.875 / 0.114
4 / Brad BINDER / RSA / RW Racing GP / KALEX KTM / 45'06.322 / 127.86 / 0.431
5 / Hector FAUBEL / SPA / Andalucia JHK t-shirt Laglisse / FTR HONDA / 45'10.262 / 127.674 / 4.371
6 / Louis ROSSI / FRA / Racing Team Germany / FTR HONDA / 45'13.496 / 127.522 / 7.605
7 / Jakub KORNFEIL / CZE / Redox-Ongetta-Centro Seta / FTR HONDA / 45'20.822 / 127.179 / 14.931
8 / Maverick VIÃ'ALES / SPA / Blusens Avintia / FTR HONDA / 45'24.386 / 127.012 / 18.495
9 / Niklas AJO / FIN / TT Motion Events Racing / KTM / 45'29.071 / 126.794 / 23.18
10 / Luis SALOM / SPA / RW Racing GP / KALEX KTM / 45'29.136 / 126.791 / 23.245
11 / Philipp OETTL / GER / HP Moto Kalex / KALEX KTM / 45'33.423 / 126.592 / 27.532
12 / Juan Francisco GUEVAR / SPA / Wild Wolf BST / FTR HONDA / 45'36.222 / 126.463 / 30.331
13 / Niccolò ANTONELLI / ITA / San Carlo Gresini Moto3 / FTR HONDA / 45'37.146 / 126.42 / 31.255
14 / Alessandro TONUCCI / ITA / Team Italia FMI / FTR HONDA / 45'40.551 / 126.263 / 34.66
15 / Josep RODRIGUEZ / SPA / Moto FGR / FGR HONDA / 45'56.413 / 125.537 / 50.522

Pole Position: Jonas FOLGER 1'41.263 142.381 Km/h
Fastest Lap (New record): Zulfahmi KHAIRUDDIN 1'49.622 131.524 Km/h Lap 24
Circuit Record Lap: New category
Circuit Best Lap: Jonas FOLGER 1'41.263 142.381 Km/h 2012

FINAL CHAMPIONSHIP POSITIONS:>
1 CORTESE 325, 2 SALOM 214, 3 VIÃ'ALES 207, 4 KENT 154, 5 RINS 141, 6 FENATI 136, 7 KHAIRUDDIN 128, 8 OLIVEIRA 114, 9 FOLGER 93, 10 VAZQUEZ 93, 11 ROSSI 86, 12 SISSIS 84, 13 MASBOU 81, 14 ANTONELLI 77, 15 KORNFEIL 71.

Taniah !! Malaysia Boleh..Zul Fahmi lari dari seburan Arak lagi...

Taniah !!!! kepada pelumba negara Zulfahmi kerana mengharumkan nama negara.beliau berjaya menaiki podium buat kali kedua setelah berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di litar Valencia Sepanyol sebentar tadi.

Semasa perlumbaan di litar Sepang tempoh hari beliau telah mengejutkan para peminat pemotoran di tanah air dengan melakarkan sejarah kerana buat julung kali beliau menaiki podium.

Dan kini di Valencia Sepanyol membuktikan kemenangan beliau di litar Sepang bukan faktor nasib. Di Valencia beliau sekali lagi membuktikan bahawa beliau adalah pelumba yang hebat.

Taniahhh ...semangat Zulfahmi Bolehhhh.

Tapi yang membanggakan aku lari tetap lari bila celebtare arak. naik podiumkali ke dua dan lari dari semburan arak pun kali kedua....

syabassss anak muda. -batuvskayu

comments:

Anonymous said...
Alhamdulilah dan tahniah buat fahmi kerna berjaya mengekalkan rasa sayangnya kepada ISLAM dan berada dipentas podium buat kali ke-2...amin...

Anonymous said...
Jutaan tahniah buat Zulfahmi atas keberanian anda. Anda memang layak dijadikan contoh untuk semua.

ayah said...
terharu sgt sy kerana keberanian anak Malaysia kita ni..mempertahankan suci diri dr semburan arak..sanggup lari dihadapan org ramai yg jahil disitu..kita mendoakan kecekalan beliau dpt diteruskan..aminnnn

Anonymous said...
aku bangga dgn zulfahmi yg mengelak arak disaat kemasyuran

Anonymous said...
Atas dasar sesama Islam, aku sokong entry blog ni. Syabas Zulfahmi, hrap 3 thn lg dh boleh bertanding MOTOGP, Mudah-mudahan lebih ramai anak muda Malaysia akan fight dlm MOTOGP dan pamer contoh yg baik.

man siam said...
Tahniah ! Memang la lu Terbaeeekkkk punyer ! Sebagai pencinta sukan bermotor, Gua tumpang bangga tetapi gua harap same lu jangan lupa diri yer !

Anonymous said...
saya pun bangga dengan tindakan zulfahmi..bagus anak muda..saya sokong pendapat diatas..anda jangan lupa diri bila berada di kemuncak..dan orang diluar sana memerhatikan anda kerana mereka sayangkan anda..jagalah maruah bangsa dan agama kita.

Syabas! Zulfahmi lari dari semburan arak buat kali ke 2
Posted by aiyang

Taniah !!!! kepada pelumba negara Zulfahmi kerana mengharumkan nama negara.Beliau berjaya menaiki

podium buat kali kedua setelah berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di litar Valencia Sepanyol.

Semasa perlumbaan di litar Sepang tempoh hari beliau telah mengejutkan para peminat pemotoran di tanah

air dengan melakarkan sejarah kerana buat julung kali beliau menaiki podium.

Dan kini di Valencia Sepanyol membuktikan kemenangan beliau di litar Sepang bukan faktor nasib. Di

Valencia beliau sekali lagi membuktikan bahawa beliau adalah pelumba yang hebat.

Taniahhh ...semangat Zulfahmi Bolehhhh.

Zulfahmi Khairuddin,Pelumba Moto 3 Malaysia Sekali Lagi Lari Dari Arak
malaysiaberih.blogspot
Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Pertamanya tahniah buat pelumba Moto 3 Malaysia Zulfahmi Khairuddin kerana berjaya menaiki podium di tempat ke 3 dalam perlumbaan di Grand Prix Velencia.

Lebih istimewa tahniah sekali lagi buat Zulfahmi kerana tidak meraikan kemenangan dengan Champange.Beliau dilihat meninggalkan pentas ketika acara penyampaian air kencing setan itu disempurnakan.Dan datang semula ketika sesi bergambar.

Beliau melakukan perkara yang sama ketika meriah tempat ke 2 di Grand Prix Sepang pada Oktober lalu.Sebagai pelumba muslim beliau tahu batas halal dan haram dalam Islam walaupun beliau kini berada di pentas dunia dalam arena lumba motosikal.Satu contoh yang baik ditunjukkan Zulfahmi untuk kita semua.Takbirrr !!! NuKiLaN ~ Tinta Hijau DKB

Saksikan Video aksi Zulfahmi yang memotong pesaingnya di selekoh terakhir lap terakhir untuk meraih tempat ke 3 :

Pelumba Negara, Zulfahmi terjun dari podium lari dari arak..

darisungaiderhaka.blogspot.
Posted by Anak Sungai Derhaka

Syabas terlebih dahulu dari penulis kepada anak muda bernama Zulfahmi kerana mencipta sejarah selaku rakyat Malaysia pertama yang menaiki podium kerana berjaya mendapat tempat kedua dalam siri perlumbaan Grand Prix di litar lumba Sepang semalam .

Ini adalah satu kejayaan yang amat menbanggakan buat negara Malaysia.

Tetapi yang paling membanggakan kita ialah sikap beliau yang sanggup terjun podium kerana tak mau bersengkongkol dengan air Setan [arak].

[Lihat Video] bagaimana Zulfahmi lari meninggalkan podium setelah Pelumba Republik San Marino, Alex De Angelis dari pasukan NGM mahu meraikan kemenangan dengan menyembur air arak terhadap satu sama lain.

Taniah kepada anak muda bernama Zulfahmi kerana menjaga adap dan batas agama Bersukan merupakan satu riadah yang digalakan oleh agama dan bukan menyusahkan umatnya ~ Mimpi Senja

Pelumba negara lari dari arak.. tapi anak pemimpin negara pula beli kilang arak...

Comments
Awek Cun ·

Mengaku negara islam, tapi, sukan yg dianjurkan dipenuhi dng dosa arak.

Alias Bin Hasan 77p ·

Salam semua...

ini baru betul lari dari kemurkaan ALLAH, kalau tersiram tu tak pe la, tapi kalau sesaje tu dah sesaje nak neraka!!!

ooo... ini la negara yang mengikut lunas islam, bak kata BN la...

Macam siut!!!
Attachments with this message:
1 of 1 File(s)

Wed Nov 14, 2012 1:11 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Berang AES dihalang, JPJ tingkat operasi di Pulau Pinang?
darisungaiderhaka.blogspot.
Posted by Anak Sungai Derhaka

Minggu lepas, saya cukup berasa tidak selesa menunggang motor di jalan raya sekitar Pulau Pinang, Hari Jumaat, saya ditahan untuk semakan trafik di Bagan semasa pulang dari kerja.

Pegawai Polis yang dibantu oleh RELA memberitahu, "motor banyak hilang."

Saya fikir ada baiknya penguatkuasaan sebegini dilakukan sebagai langkah pencegahan, pada pagi Sabtu pula, saya ditahan dalam sekatan trafik sejurul lepas tol Jambatan Pulau Pinang.

Kali itu, saya ditahan oleh JPJ. Ketua Pegawai Operasi JPJ meminta saya mengemukakan lasen memandu dan roadtax. Alhamdulillah. Dua-dua 'hidup'.

Saya meminta jasa baik ketua operasi trafik berkenaan supaya mempercepat proses penguatkuasaan kerana saya sedang mengejar masa ke Komtar.

"Lesen kamu ni bukan B full. Macam mana boleh naik motor 450cc ni," tegas pegawai tersebut.

Hasrat saya itu mungkin disalah erti, saya kata, "ini bukan motor 450cc. Ini Kawasaki 650cc, Tuan."

Lantas beliau respons, "Tengok...650cc. Kamu boleh bawa dengan tak ada B Full."

Sambil meminta maaf, saya pun memberitahu beliau yang saya berjenaka sahaja sebab beliau serius sangat. "Minta maaf banyak-banyak Tuan. Tadi saya melawak saja sebab saya tension. Saya tengah mengejar masa nak ke Komtar.

"Ini motor kecil...motor Kawasaki ini 250cc saja," kata saya.

Dua pegawai JPJ lain mulai mengeremuni motor saya.

Ketua Operasi tadi mula pakai kaca mata gelap, saya rasa beliau marah saya. "Motor kamu ini saya boleh 'angkut' sebab banyak sangat buat ubah suai. Tengok...'pengadang lumpur belakang' pun tak ada," kata beliau.

Saya berkata, "ubah enjin motor, korek blok mungkin boleh dikatakan salah sebab itu semua di bawah ketegori ubah suai equipment.

"Pengadang lumpur di bawah ketegori aksesori. Takkan salah kot?" saya bertanya sambil meminta beliau memperjelaskan perbezaan antara 'equipment' dan 'aksesori'.

Beliau tetap bertegas bahawa saya salah dengan mengatakan bahawa, "masalahnya kamu bukan setakat ubah suai, tapi buang terus 'pengadang lumpur motor'..."

Saya meminta beliau menunduk kepala sikit sama paras dengan plat nombor motor belakang supaya beliau boleh lihat 'pengadang lumpur belakang'.

Sambil menunjukkan 'pengadang lumpur belakang' itu, saya bertanya, "yang di bawah itu orang panggil apa?" (gambar).

Beliau terus menegaskan bahawa saya tetap bersalah sebab mengubah suai motor.

Ekoran itu, saya minta beliau saman saya atas dakwaan mengubah suai lampu signal juga.

"Kalau macam itu, tolong saman saya atas dakwaan ubah suai lampu signal ini sekali sebab saya guna model LED, bukan lampu standard."

"Tolong saman saya sebab lampu signal ini bukan aksesori, lampu signal ini adalah equipment. Ubah suai lampu signal ini wajib disaman juga.

"Lampu signal 'mati' atau tidak menyalakan lampu 'standard' (kuning) mungkin boleh saman sebab lampu LED equipment, kan?

"Kalau lampu signal (LED) seperti di motor saya yang elok berfungsi ini, boleh samankah?"

Beliau terus menegaskan bahawa saya tetap bersalah sebab mengubah suai 'pengadang lumpur belakang' tanpa menjelaskan itu di bawah ketegori equipment atau aksesori.

Beliau langsung tidak memberi penjelasan mengenai kekaburan status lampu signal saya yang sah-sah ubah suai dangan menggunakan model LED.

"Kamu sudah bersalah, kamu tak payah bertanya itu dan ini kepada saya.

"Nii...exzos pun ubah suai. Satu lagi kesalahan. Lagi banyak kamu tanya, lagi banyak nampak kamu salah (ubah suai motor)," tegas ketua operasi JPJ terbabit.

Saya berkata, motor Kawasaki saya Special Edition a.k.a SE, memang keluar lengkap dengan Exzos model ARROW. (gambar)

Tapi, beliau tak percaya selain tetap 'menekan' saya untuk mengaku semua kesalahan saya.

Oleh kerana saya mengejar masa, saya pun terpaksa bertegas.

"Minta maaf, Tuan. Saya memang nak cepat sebab saya ada PC (sidang media) mengenai AES yang akan disampaikan oleh Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang).

"Dari tadi, dok tuduh saya bersalah. Kerja Tuan (JPJ) bukan menentukan saya salah atau tidak salah sebab itu kerja mahkamah.

"Tuan boleh keluar notis trafik atau saman kalau 'ya' saya mengaku bersalah atau pihak Tuan boleh buktikan saya bersalah termasuk ubah suai motor ini.

"Tuan kakitangan kerajaan. Saya pun kakitangan kerajaan. Jadi, tak payah nak 'melebih-lebih' dengan saya," tegas saya.

Beliau terus pergi ke kereta perondanya dan mengeluarkan satu Notis Pemeriksaan Khas.

"Mesti buat pemeriksaan dalam masa 10 hari. Jangan tak pergi pula," kata ketua operasi JPJ terbabit.

Saya malas nak layan sebab saya sedang mengejar masa ke Komtar. Saya terus ambil saya punya lesen memandu dan roadtax.

Mungkin kerana tiada hujah, maka beliau terpaksa berbuat sedemikian.

"Hujah lawan hujah lah!!!" jerit sekuat-kuat hati dalam hati (sebab takut panjang lagi masalahnya dengan JPJ).

Sejurus selesai temuramah Ahli Majlis MPPP, Cik Ramlah Bee menjelang waktu Zuhur tadi, saya bergegas ke JPJ Seberang Jaya untuk membuat pemeriksaan khas.

Pegawai pemeriksa meneliti Notis Pemeriksaan Khas yang saya berikan lalu membuat pemeriksaan klinikal lanjut.

Beliau kata motor saya "Standard" lalu mengeluarkan akuan tersebut seperti tertera di atas.

Sungguhpun saya Orang Kampung dari keluarga miskin yang tak berpeluang belajar di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, jangan layan saya seperti "langsung tak tahu apa-apa!".

Kalau 'ya' pun mungkin marah Kerajaan Pulau Pinang halang penguatkuasaan AES, tak payahlah protes buat operasi sekatan trafik banyak sangat, yang nyata mengganggu saya dan penunggang lain ke tempat kerja saban hari.

Semoga perkongsian ni jadi pengajaran untuk kita semua.

Siapa 'saya' dalam artikel ini?.. sila lihat di ( SINI )
Comments
baharudin ·

Kalau polis dan JPJ memang aku meluat. Saya menjalankan tugas kepala hotak depa.......kebanyakan depa ni menyalahgunakan kuasa... dgn menakutkan org ramai..

soket ·

hari jumaat hari itu JPJ operasi di tempat masa yg sama.
1) Jln sultan azlan shah
2) Masuk ke jambatan selepas tol
3) bukit dumbar.
polis pula buat operasi di susur keluar dari bayan lepas ke bkit jambul

anak kampong ·

Kan JPJ tu kuda tunggangan AES......

aisroza 77p ·

anjing2 pemburu umnongok-bn mengganas di pulau pinang lah ni....kalu ye pun nk balas dendam ngan kerajaan PR di p pinang, jgn le rakyat yg jadi mangsa !!!? cari le helah yg profesional utk tekan LGE & PR......jadilah 'anak jantan' kalu nk bertarung ?!!

JPJ, saya tak salah lah!!!
faqar.blogspot.
Posted by Zainul Faqar

NOTiS yang dikeluarkan oleh JPJ seperti di atas membuktikan saya tak bersalah.

ZAINULFAQAR YAACOB
Mc Donald, Perda Bukit Mertajam

Wed Nov 14, 2012 1:11 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

JIRAN MENCURI WIFI
yongsukakuning.blogspot.
Posted by Yong

Di zaman moden ini kita tidak boleh memilih siapa harus jadi jiran kita. Mungkin dulu kita ada jiran yang baik. Lepas itu jiran berpindah ke tempat lain. Datang jiran baru. Nampak baik juga. Terpelajar. Maklumlah tinggal di kawasan perumahan kelas pertengahan. Tentu semua terpelajar dan celik IT.

Ooops! di sinilah timbul masalahnya. Melanggan IT di Malaysia mahal. Contohnya Unifi

PAKEJ TERMURAH UNIFI

Pakej termurah Unifi ialah RM149.00 sebulan. Sudah tentu ia membebankan jika dicampur dengan bil handphone dan tenaga litrik. Contohnya:
a.. Unifi = RM149.00 (Pakej termurah)
b.. Litrik = RM300.00 (banyak guna air-cond)
c.. HP = RM200.00 (banyak borak)
d.. Jumlah = RM649.00
Ini tak masuk bil Astro, duit minyak kereta dan barangan pengguna lain. Nak buat camne?

Datang syaitan bertanduk bagi idea. Apa kata nko curi je wifi jiran. Dia bukan rugi apapun.

Itulah yang berlaku.

Beberapa hari lepas, bodyguard Yong mendapati wifi keme diceroboh. Siapa lagi kalau bukan jiran? Tapi tak tahu jiran mana.

Keme tukar password.

Sekarang bila tidak guna Internet keme off - AirPort.

Bukan Yong kedekut. Tetapi kita tak tahu orang yang menceroboh dan mencuri wifi itu buat apa semasa on-line. Adakah dia mencarut dan memaki orang lain, misalnya Raja? Bukankah keme yang tak tahu apa-apa ni akan dapat susah kalau ia berlaku begitu?

Yong minta sesiapa yang mencuri wifi jiran, sila berhenti sekarang juga. Ini kerana perbuatan ini berdosa. Jangan fikir jiran tidak hilang apa-apa jika komer mencuri wifinya. Jiran akan mendapati sistem internet jadi slow. Ini membuang masa jiran. Membuang masa juga berdosa.

Komer yang nak tahu tentang pencuri wifi, tanya pakcik google jer tentang wifi thief.

comments:
1.. Shalehudin
Salam Yong,
Ada lagi cara lain ka nak tau line tenet kita dicuri jiran selain dari slow?? Boleh suggest tak cara terbaik nak elakkannya??

Iskk... Rasa macam nak pi gaduh ngan jiran ja neh...

a.. Yong
Salam Shalehudin

Ada. kita tengok melalui IP. Nanti Yong citer dengan detail.

Nak elak, selalu2 tengok melalui IP dan tukar password. WEP tak berapa secure. WPA2 lebih secure. Itupun masih boleh curi. Maklumle pencuri. Otak dia cume fikir camne nak mencuri jer.

b.. voltrex
salam...
untuk tau sape yang tgh guna wifi kita... boleh install program NirSoft Wireless Network Watcher...
lepas tu install jugak "netcut software 2.1.4"... ni kita boleh putuskan internet dgn komputer atau sebarang gajet yg kita x kenal... kedua2nya percuma.. cuba cari di google... semoga membantu... =D

c.. mangchikla
From Voltron to Voltrex 9, Affirmative n tq, signing out :D

d.. Yong
Salam Voltrex,

Terima kasih. Yong akan download dan test.

2.. PUPPETS
salam yong...
tu tak msuk lg pengalak pd pencuri pencuri wifi tuh...alatan mencuri wifi dijual merata heee

a.. Yong
Salam PUPPETS

Benda ni dah jadi masalah global sebenornya. Semua negara kena duduk dan teliti di mana asas problem ini. Tapi kalau kerajaan bagi wifi free untuk rakyat, masalah selesai! Alat curi wifi tak laku.

Wed Nov 14, 2012 1:44 am (PST) . Posted by:

"Nazri Ahtar" littlenoti

as salam,

default wifi router akan set SSID broadcast. umum akan nampak SSID tersebut. nak curi wifi biasanya orang itu akan scan satu2 kawasan. orang yang scan tu akan dapat senarai available SSID.

bila dia nampak SSID yang dia berkenan, dia akan mula attack SSID tersebut.

cara yang saya buat, set pada router JANGAN broadcast SSID. (hidden). jadi router tak sebarkan kepada umum SSID, jadi bila kena scan, tak nampak juga.

cari dalam wifi security setting, offkan SSID broadcast.

semoga membantu.
 
rgds,
Nazri Ahtar

________________________________
From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, November 14, 2012 4:50 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: JIRAN MENCURI WIFI


 

JIRAN MENCURI
WIFI
yongsukakuning.blogspot.
Posted by Yong
 
Di zaman moden ini kita tidak boleh memilih
siapa harus jadi jiran kita. Mungkin dulu kita ada jiran yang baik. Lepas itu
jiran berpindah ke tempat lain. Datang jiran baru. Nampak baik juga. Terpelajar.
Maklumlah tinggal di kawasan perumahan kelas pertengahan. Tentu semua terpelajar
dan celik IT.

Ooops! di sinilah timbul masalahnya. Melanggan
IT di Malaysia mahal. Contohnya Unifi

PAKEJ TERMURAH UNIFI

Pakej termurah Unifi ialah RM149.00 sebulan.
Sudah tentu ia membebankan jika dicampur dengan bil handphone dan tenaga litrik.
Contohnya:
* Unifi =     RM149.00 (Pakej termurah)
* Litrik =    RM300.00 (banyak guna air-cond)
* HP =       RM200.00 (banyak borak)
* Jumlah =  RM649.00
Ini tak masuk bil Astro, duit minyak kereta dan
barangan pengguna lain. Nak buat camne?

Datang syaitan bertanduk bagi idea. Apa kata
nko curi je wifi jiran. Dia bukan rugi apapun. 

Itulah yang berlaku.

Beberapa hari lepas, bodyguard Yong mendapati
wifi keme diceroboh. Siapa lagi kalau bukan jiran? Tapi tak tahu jiran
mana.

Keme tukar password.

Sekarang bila tidak
guna Internet keme off - AirPort.

Bukan Yong kedekut. Tetapi kita tak tahu orang
yang menceroboh dan mencuri wifi itu buat apa semasa on-line. Adakah dia
mencarut dan memaki orang lain, misalnya Raja? Bukankah keme yang tak tahu
apa-apa ni akan dapat susah kalau ia berlaku begitu?

Yong minta sesiapa yang mencuri wifi jiran,
sila berhenti sekarang juga. Ini kerana perbuatan ini berdosa. Jangan fikir
jiran tidak hilang apa-apa jika komer mencuri wifinya. Jiran akan mendapati
sistem internet jadi slow. Ini membuang masa jiran. Membuang masa juga
berdosa.

Komer yang nak tahu tentang pencuri wifi, tanya
pakcik google jer tentang wifi thief.
 
 
comments:
1. Shalehudin
Salam Yong,
Ada
lagi cara lain ka nak tau line tenet kita dicuri jiran selain dari slow??
Boleh suggest tak cara terbaik nak elakkannya??

Iskk... Rasa macam nak
pi gaduh ngan jiran ja neh...

* Yong
Salam Shalehudin

Ada. kita tengok melalui IP. Nanti Yong citer dengan
detail.

Nak elak, selalu2 tengok melalui IP dan tukar password. WEP
tak berapa secure. WPA2 lebih secure. Itupun masih boleh curi. Maklumle
pencuri. Otak dia cume fikir camne nak mencuri jer.
* voltrex
salam...
untuk
tau sape yang tgh guna wifi kita... boleh install program NirSoft Wireless
Network Watcher...
lepas tu install jugak "netcut software 2.1.4"... ni
kita boleh putuskan internet dgn komputer atau sebarang gajet yg kita x
kenal... kedua2nya percuma.. cuba cari di google... semoga membantu...
=D
* mangchikla
From Voltron to Voltrex 9, Affirmative n tq, signing out :D
* Yong
Salam Voltrex,

Terima kasih. Yong akan download dan test.
 
2. PUPPETS
salam yong...
tu
tak msuk lg pengalak pd pencuri pencuri wifi tuh...alatan mencuri wifi dijual
merata heee

* Yong
Salam PUPPETS

Benda ni dah jadi masalah global sebenornya. Semua negara
kena duduk dan teliti di mana asas problem ini. Tapi kalau kerajaan bagi
wifi free untuk rakyat, masalah selesai! Alat curi wifi tak
laku.

Wed Nov 14, 2012 5:28 am (PST) . Posted by:

"Azahar"

ada sorang pencuri wifi tuu bagitau bukan salah dia...tapi salah signal wifi tu melintas rumah dia...

--- On Wed, 14/11/12, Nazri Ahtar <littlenoti@yahoo.com> wrote:

From: Nazri Ahtar <littlenoti@yahoo.com>
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: JIRAN MENCURI WIFI
To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
Date: Wednesday, 14 November, 2012, 9:44 AM

as salam,
default wifi router akan set SSID broadcast. umum akan nampak SSID tersebut. nak curi wifi biasanya orang itu akan scan satu2 kawasan. orang yang scan tu akan dapat senarai available SSID.
bila dia nampak SSID yang dia berkenan, dia akan mula attack SSID tersebut.
cara yang saya buat, set pada router JANGAN broadcast SSID. (hidden). jadi router tak sebarkan kepada umum SSID, jadi bila kena scan, tak nampak juga.
cari dalam wifi security setting, offkan SSID broadcast.
semoga membantu. rgds,Nazri Ahtar
From: -::eSpAcE9808::-
<rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, November 14, 2012 4:50 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: JIRAN MENCURI WIFI


 



JIRAN MENCURI
WIFI
yongsukakuning.blogspot.
Posted by Yong
 

Di zaman moden ini kita tidak boleh memilih
siapa harus jadi jiran kita. Mungkin dulu kita ada jiran yang baik. Lepas itu
jiran berpindah ke tempat lain. Datang jiran baru. Nampak baik juga. Terpelajar.
Maklumlah tinggal di kawasan perumahan kelas pertengahan. Tentu semua terpelajar
dan celik IT.

Ooops! di sinilah timbul masalahnya. Melanggan
IT di Malaysia mahal. Contohnya Unifi

PAKEJ TERMURAH
UNIFI

Pakej termurah Unifi ialah RM149.00 sebulan.
Sudah tentu ia membebankan jika dicampur dengan bil handphone dan tenaga litrik.
Contohnya:

Unifi =     RM149.00 (Pakej
termurah)
Litrik =    RM300.00 (banyak guna air-cond)
HP =       RM200.00 (banyak borak)
Jumlah =  RM649.00
Ini tak masuk bil Astro, duit minyak kereta dan
barangan pengguna lain. Nak buat camne?

Datang syaitan bertanduk bagi idea. Apa kata
nko curi je wifi jiran. Dia bukan rugi apapun. 

Itulah yang berlaku.

Beberapa hari lepas, bodyguard Yong mendapati
wifi keme diceroboh. Siapa lagi kalau bukan jiran? Tapi tak tahu jiran
mana.

Keme tukar password.

Sekarang bila tidak
guna Internet keme off - AirPort.

Bukan Yong kedekut. Tetapi kita tak tahu orang
yang menceroboh dan mencuri wifi itu buat apa semasa on-line. Adakah dia
mencarut dan memaki orang lain, misalnya Raja? Bukankah keme yang tak tahu
apa-apa ni akan dapat susah kalau ia berlaku begitu?

Yong minta sesiapa yang mencuri wifi jiran,
sila berhenti sekarang juga. Ini kerana perbuatan ini berdosa. Jangan fikir
jiran tidak hilang apa-apa jika komer mencuri wifinya. Jiran akan mendapati
sistem internet jadi slow. Ini membuang masa jiran. Membuang masa juga
berdosa.

Komer yang nak tahu tentang pencuri wifi, tanya
pakcik google jer tentang wifi thief.

 
 
comments:

Shalehudin

Salam Yong,
Ada
lagi cara lain ka nak tau line tenet kita dicuri jiran selain dari slow??
Boleh suggest tak cara terbaik nak elakkannya??

Iskk... Rasa macam nak
pi gaduh ngan jiran ja neh...






Yong

Salam
Shalehudin

Ada. kita tengok melalui IP. Nanti Yong citer dengan
detail.

Nak elak, selalu2 tengok melalui IP dan tukar password. WEP
tak berapa secure. WPA2 lebih secure. Itupun masih boleh curi. Maklumle
pencuri. Otak dia cume fikir camne nak mencuri jer.



voltrex

salam...
untuk
tau sape yang tgh guna wifi kita... boleh install program NirSoft Wireless
Network Watcher...
lepas tu install jugak "netcut software 2.1.4"... ni
kita boleh putuskan internet dgn komputer atau sebarang gajet yg kita x
kenal... kedua2nya percuma.. cuba cari di google... semoga membantu...
=D



mangchikla

From Voltron to
Voltrex 9, Affirmative n tq, signing out :D



Yong

Salam
Voltrex,

Terima kasih. Yong akan download dan test.


 



PUPPETS

salam yong...
tu
tak msuk lg pengalak pd pencuri pencuri wifi tuh...alatan mencuri wifi dijual
merata heee






Yong

Salam
PUPPETS

Benda ni dah jadi masalah global sebenornya. Semua negara
kena duduk dan teliti di mana asas problem ini. Tapi kalau kerajaan bagi
wifi free untuk rakyat, masalah selesai! Alat curi wifi tak
laku.

Wed Nov 14, 2012 5:43 am (PST) . Posted by:

"bashah" bwasi

kalau banyak sgt wifi broadcast ni tak bahaya pd kesihatan ke?...aku rasa ada effect pd migrain aku..bertambah kalu on wifi

________________________________
From: Azahar <regniz67@yahoo.com>
To: automobil@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, November 14, 2012 9:28 PM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: JIRAN MENCURI WIFI


ada sorang pencuri wifi tuu bagitau bukan salah dia...tapi salah signal wifi tu melintas rumah dia...

--- On Wed, 14/11/12, Nazri Ahtar <littlenoti@yahoo.com> wrote:

>From: Nazri Ahtar <littlenoti@yahoo.com>
>Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: JIRAN MENCURI WIFI
>To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
>Date: Wednesday, 14 November, 2012, 9:44 AM
>
>
>as salam,
>
>
>default wifi router akan set SSID broadcast. umum akan nampak SSID tersebut. nak curi wifi biasanya orang itu akan scan satu2 kawasan. orang yang scan tu akan dapat senarai available SSID.
>
>bila dia nampak SSID yang dia berkenan, dia akan mula attack SSID tersebut.
>
>
>cara yang saya buat, set pada router JANGAN broadcast SSID. (hidden). jadi router tak sebarkan kepada umum SSID, jadi bila kena scan, tak nampak juga.
>
>
>cari dalam wifi security setting, offkan SSID broadcast.
>
>
>semoga membantu.
> 
>rgds,
>Nazri Ahtar
>
>
>________________________________
> From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
>To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
>Sent: Wednesday, November 14, 2012 4:50 PM
>Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: JIRAN MENCURI WIFI
>
>
> 
>
>JIRAN MENCURI
WIFI
>yongsukakuning.blogspot.
>Posted by Yong
> 
>Di zaman moden ini kita tidak boleh memilih
siapa harus jadi jiran kita. Mungkin dulu kita ada jiran yang baik. Lepas itu
jiran berpindah ke tempat lain. Datang jiran baru. Nampak baik juga. Terpelajar.
Maklumlah tinggal di kawasan perumahan kelas pertengahan. Tentu semua terpelajar
dan celik IT.
>
>
>Ooops! di sinilah timbul masalahnya. Melanggan
IT di Malaysia mahal. Contohnya Unifi
>
>
>PAKEJ TERMURAH UNIFI
>
>Pakej termurah Unifi ialah RM149.00 sebulan.
Sudah tentu ia membebankan jika dicampur dengan bil handphone dan tenaga litrik.
Contohnya:
> * Unifi =     RM149.00 (Pakej termurah)
> * Litrik =    RM300.00 (banyak guna air-cond)
> * HP =       RM200.00 (banyak borak)
> * Jumlah =  RM649.00
>Ini tak masuk bil Astro, duit minyak kereta dan
barangan pengguna lain. Nak buat camne?
>
>
>Datang syaitan bertanduk bagi idea. Apa kata
nko curi je wifi jiran. Dia bukan rugi apapun. 
>
>
>Itulah yang berlaku.
>
>
>Beberapa hari lepas, bodyguard Yong mendapati
wifi keme diceroboh. Siapa lagi kalau bukan jiran? Tapi tak tahu jiran
mana.
>
>
>Keme tukar password.
>
>Sekarang bila tidak
guna Internet keme off - AirPort.
>
>
>Bukan Yong kedekut. Tetapi kita tak tahu orang
yang menceroboh dan mencuri wifi itu buat apa semasa on-line. Adakah dia
mencarut dan memaki orang lain, misalnya Raja? Bukankah keme yang tak tahu
apa-apa ni akan dapat susah kalau ia berlaku begitu?
>
>
>Yong minta sesiapa yang mencuri wifi jiran,
sila berhenti sekarang juga. Ini kerana perbuatan ini berdosa. Jangan fikir
jiran tidak hilang apa-apa jika komer mencuri wifinya. Jiran akan mendapati
sistem internet jadi slow. Ini membuang masa jiran. Membuang masa juga
berdosa.
>
>
>Komer yang nak tahu tentang pencuri wifi, tanya
pakcik google jer tentang wifi thief.
> 
> 
>comments:
> 1. Shalehudin
>Salam Yong,
>Ada
lagi cara lain ka nak tau line tenet kita dicuri jiran selain dari slow??
Boleh suggest tak cara terbaik nak elakkannya??
>
>Iskk... Rasa macam nak
pi gaduh ngan jiran ja neh...
>
> * Yong
>Salam Shalehudin
>
>Ada. kita tengok melalui IP. Nanti Yong citer dengan
detail.
>
>Nak elak, selalu2 tengok melalui IP dan tukar password. WEP
tak berapa secure. WPA2 lebih secure. Itupun masih boleh curi. Maklumle
pencuri. Otak dia cume fikir camne nak mencuri jer.
> * voltrex
>salam...
>untuk
tau sape yang tgh guna wifi kita... boleh install program NirSoft Wireless
Network Watcher...
>lepas tu install jugak "netcut software 2.1.4"... ni
kita boleh putuskan internet dgn komputer atau sebarang gajet yg kita x
kenal... kedua2nya percuma.. cuba cari di google... semoga membantu...
=D
> * mangchikla
>From Voltron to Voltrex 9, Affirmative n tq, signing out :D
> * Yong
>Salam Voltrex,
>
>Terima kasih. Yong akan download dan test.
> 
> 2. PUPPETS
>salam yong...
>tu
tak msuk lg pengalak pd pencuri pencuri wifi tuh...alatan mencuri wifi dijual
merata heee
>
> * Yong
>Salam PUPPETS
>
>Benda ni dah jadi masalah global sebenornya. Semua negara
kena duduk dan teliti di mana asas problem ini. Tapi kalau kerajaan bagi
wifi free untuk rakyat, masalah selesai! Alat curi wifi tak
laku.
>
>

Wed Nov 14, 2012 1:11 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom


Selangor suruh tanggal Kamera AES yang dipasang secara HARAM dalam negeri
Posted by Kedah Lanie

S'gor beri tempoh 14 hari tanggalkan kamera AES

Kerajaan negeri Selangor akan memberi tempoh selama 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan, bermula hari ini, untuk menurunkan dua kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) yang dipasang di negeri itu.

Anggota exco Ronnie Liu dalam laporan Nanyang Siang Pau berkata, pihak berkuasa setempat akan "membantu" menanggalkan kamera tersebut sekiranya kementerian gagal berbuat demikian.

Liu semalam dilaporkan berkata, pemasangan dua kamera tersebut di Kajang tidak mendapat kelulusan majlis perbandaran termpatan, seperti ditetapkan undang-undang.

Beliau seterusnya menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Pengangkutan Datuk Ser Kong Cho Ha supaya merujuk Akta Kerajaan Tempatan 1976.
“Kerajaan Selangor (juga mengharamkan pelaksanaan) AES di negeri itu.. kerana sistem berkenaan mengandungi banyak kelemahan," katanya.

Selangor menjadi negeri pertama yang menentang AES dengan alasan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan gagal menjelaskan kelebihan sistem tersebut.

GEMPAQ!!! KAMERA AES DIPASANG SECARA HARAM?
biaqpila.blogspot

Oleh: biaqpila hensem

-malaysiakini

Amiruddin Ali Men-men · University School of Law ,Gurney Road

a.. kemakmuran yg dikecapi skang bukan atas usaha pakatan rakyat..pakatan rakyat la yg memhuru harakan negara sejak ditubuhkan..dan selangor akan kearah kemiskinan jika PRU13 rakyat masih lagi memilih PR..buat keputusan yg tepat dan janji hanya tggl janji..
a.. Hazik Kamal · Top Commenter
Undilah Pakatan Rakyat untuk terus memakmurkan rakyat...
Hancurkan Barisan Nasional kerana TERLALU TERUK dan TAK RASIONAL...

a.. Nurhazman Anis · Pembantu Akauntan at Majlis Perbandaran Kajang
syabas kerajaan selangor, berani membuat keputusan yang benar.

Fakta AES yang rakyat wajib tahu.
btmmari.blogspot.
Written By canang

Kenapa AES perlu dilaksanakan oleh UMNO...? kerana UMNO ada kepentingan disebalik perlaksanaan

AES...Apa komen ANDA?
GROUP FOOTER MESSAGE
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info     

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info     

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com     

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

No comments: