2 New Messages
Digest #3511
Messages
Sun Feb 17, 2013 7:40 am (PST) . Posted by:
"-::eSpAcE9808::-" rienacom
Berita Gembira 1.4 Juta Kakitangan Awam : Lebih 80 Elaun Kakitangan Kerajaan 2013 Akan Naik?
malaysiaberih.
nizar-coretanku.
Posted by Nizar
Alhamdulillah, sejak satu dua bulan terakhir ini satu demi satu berita gembira yang sedap didengar untuk halwa telinga khususnya buat 1.4 juta kakitangan awam. Antaranya….
80 Elaun Kakitangan Kerajaan Akan Dikaji Semula?
Lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup akan dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahan, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini.
Beliau berkata kajian itu bagi memastikan kebajikan penjawat terus terbela dan akan menjadi berita gembira yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri.
"Kesemua ini adalah termasuk daripada jumlah lebih daripada 80 jenis elaun yang akan dikaji semula secara terperinci demi melihat kesamarataan dalam sistem pemberian elaun.
Antara Senarai Penambaikan Untuk Elaun 1.4 Juta Kakitangan Kerajaan :
Di bawah ini adalah antara senarai elaun & kebajikan kakitangan kerajaan yang diberikan penekanan
1.. Gaji yang statik turut juga akan dikaji dan diberi perhatian
2.. Persoalan dan permintaan mengenai status gred
3.. Status perjawatan kontrak
4.. Elaun perumahan
5.. Tuntutan perjalanan
6.. Ada lagi tuntutan kakitangan kerajaan yang cukup pentin, tertinggal?
7.. Ada lagi mahu anda tambah?
Seingat kami, ini kali kedua Ketua Setiausaha Negera mengumumkan tentang kajian yang melibatkan kakitangan kerajaan.
1.. Yang pertama, mengenai gaji kakitangan cemerlang bergaji statik mahu dinaikkan sehingga 5% sehingga menimbulkan kekecohan (SEPERTI DI BAWAH)
2.. Kali ini, yang akan dikaji semula adalah mengenai elaun
Cuma….kalau boleh bagi kami, adalah lebih baik selesaikan dahulu gaji yang sudah langgar dinding itu. Selesaikan yang itu dahulu, kemudian barulah menabur untuk janji-janji yang lain pula. ETP RM180 (DI BAWAH) sekarang ini pun dalam kajian, berapa lama mahu dikaji kami tidak pasti.
P/S : Harapan kami, diharapkan jikalau lakukan kajian janganlah terlalu lama. Bertahun-tahun juga kalangan penjawat awam ini tertunggu-tunggu. Mari kita nantikan….elaun apa yang "terkena". Apa kata orang kerajaan di sini?
berita semasa
Comments
mountdweller ·
Saya pun pencen awal sebab gaji dah sangkut kat siling
kamponglad 4p ·
kaki & tangan (public servant) kerajaan saja rakyat kot???? yg lain pi mampueh la.....
kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahan.
Tengku Rak ·
Listen, Listen, Listen
Ini hanya sekadar kajian sahaja dan kajian ini hanya akan diperhebatkan terutama dah dekat dgn PRU ke 13. Hasil kajian akan diumumkan pada ketika hampirnya pulak PRU ke 14 dan lagi perlaksanaannya pula akan dibincangkan pada PRU ke 15 dan lagi keputusan muktamad akan diumumkan pada ketika hampirnya PRU ke 16 itu pun bergantung kepada kemampuan kewangan negara. Sekian dimaklumkan
Jibol ·
Kalau tak sempat sebelum PRU ,,Pakatan boleh teruskan,,dan membuat penambahbaikan beserta dengan kakitangan swasta,,,
malikrantai ·
umno-bn dah tahu depa akan kalah kot...??? so, depa sengaja bagi macam-macam .... nanti benda itu jadi beban kepada kerajaan pr ...!!!
umno kaki hancing ·
NAK BERI, BERI SAJA TAK PAYAH NAK GEMBAR GEMBUR. LAGI CEPAT LAGI BAIK.BOLEH BUAT BELANJA UNTUK BALIK KAMPUNG MENGUNDI DAN PANGKAH PR.
Semakan Gaji Kakitangan Kerajaan Bukan Untuk 1.4 Juta Tetapi Hanya 20% Penjawat Awam SahaJa!!
http://beritasemasa
by Staff Berita Semasa
Rupa-rupanya berita semakan kenaikan gaji kakitangan kerajaan tidaklah melibatkan 1.4 juta kakitangan awam seperti yang kami laporkan semalam DI SINI. Sebenar-benarnya kajian semula gaji kakitangan kerajaan yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa baru-baru ini, hanya melibatkan 20 peratus penjawat awam yang sudah pun mencapai paras gaji maksimum.
Maknanya yang sudah terhantuk dan langgar dinding sahaja yang dapat bukannya membabitkan kenaikan gaji secara keseluruhan bagi perkhidmatan awam. Oleh itu, kalangan PA yang masih jauh lagi nak langgar dinding, mungkin belum tiba masanya untuk skim gaji anda dikaji sekali lagi.
a.. Ya….memang benar, sekarang ini kira-kira 20 peratus daripada 1.4 juta kakitangan awam sudah pun mencapai tahap maksimum dan kumpulan inilah yang akan diberikan perhatian yang lebih selepas ini
b.. Walaubagaimanapun, semua ini akan diberikan dan dilaksanakan bergantung kepada penjawat awam yang mempunyai prestasi markah yang melebihi 80 peratus
c.. Maknanya di sini, kalangan penjawat awam yang mempunyai prestasi yang baik dan cemerlang, dengan mencatat markah 80 peratus ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tetapi sudah mencapai gaji maksimum dan tidak memperoleh kenaikan pangkat kerana tiada kekosongan akan diberikan perhatian.
d.. Hakikatnya, ada penjawat awam yang terhenti gaji dua tiga tahun tidak ada kenaikan lagi, seterusnya gaji mereka menjadi statik, sedangkan dalam semua hal perlu ada pertumbuhan
e.. Jadi bentuk penyelesaiannya, golongan ini diberi kenaikan pangkat atau diberikan kenaikan gaji biasa.
f.. 20% melibatkan semua kategori jawatan penjawat awam
Sebahagian besar kalangan kakitangan kerajaan yang sudah berada pada paras gaji maksimum adalah kerana telah menerima kenaikan gaji atas prestasi cemerlang mereka semasa berada di bawah Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia sedangkan sekarang ini mereka dilihat ketinggalan di belakang… keadaan ini yang hendak dibaiki.
Cuepacs sebelum ini ada menuntut :
1.. kerajaan menaikkan gaji penjawat awam antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.
2.. kerajaan juga harus menimbang penjawat awam yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred sebelum membuat pembaharuan dalam skim sedia ada
Gred jawatan tinggi yang kebanyakkannya cepat langgar dinding disebabkan tidak memerlukan masa yang lama berbanding gred bawahan. Yang gred rendah dan bergaji kecil ini mungkin perlu tunggu lama baru langgar dinding.
Cuepacs : Elaun Tetap Perumahan ETP Naik (Selaras RM480), COLA Naik (RM400)? Respon Penjawat Awam?
beritasemasa.
by Staff Berita Semasa
Sekarang ini rata pemegang Ijazah yang memohon dengan sektor awam rata-rata ditawarkan gaji pokok sekitar RM2,200 dan kalau dicampurkan elaun semuanya adalah RM800++. Ini kiraan secara kasar.
Secara lebih tepat lagi, jikalau skim bukan beruniform seperti S41, M41 dan lain-lain lagi pokok adalah RM2145, campur elaun semuanya menjangkau RM3000. Kenaikan tahun sekitar RM225. Tetapi apabila sudah naik gred 44, 48, dan sebagainya gaji pokok pun akan turut sama naik.
Bagaimana pula dengan gaji doktor hospital kerajaan?
Jikalau UD41 "fresh houseman" boleh dapat sekitar RM3,800 dicampur sekali dengan elaun. Manakala UD44 fresh MO (Medical Officer) boleh dapat sehingga RM5,000. Tak tolak cukai, tak campur "on call". Kadar "on call" naik banyak sebulan biasanya antara RM1,200 sehingga RM2,000 boleh dituntut. Manakala "Houseman" pula boleh dapat sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan untuk "on call". Jadi macam-macam warna taburan gaji yang ditawarkan untuk penjawat awam berdasarkan gred, kepakaran dan lapangan di sektor awam yang dipilih mereka.
Walaubagaimanapun, Cuepacs merasakan ada beberapa pelarasan yang perlu dilakukan dan tuntutan yang perlu dilaksnakan sesegera mungkin bagi menjaga kebajikan 1.4 juta kakitangan di Malaysia. Oleh itu mereka tampil dengan beberapa dan berharap ia dilaksanakan sesegera mungkin. Antaranya ialah :
1.. Elaun tetap perumahan kepada RM480 sebulan untuk semua penjawat awam sepatutnya mesti diselaraskan kepada semua (KLIK SINI)
2.. Kadar pinjaman perumahan daripada 4 peratus, mestilah diturunkan kepada 1 peratus sahaja dikenakan kepada penjawat awam
3.. Elaun bantuan sara hidup (COLA) kepada RM400 sebulan berbanding RM150 dan RM300 hendaklah diselaraskan
4.. Cuepacs juga mencadangkan kenaikan elaun tetap keraian supaya dilaksanakan sesegera mungkin
Paling penting, tuntutan elaun tetap perumahan kepada RM480 sebulan. Ini kerana sudah 5 tahun sudah berlalu namun tuntutan itu masih tidak dilayan. Sewa rumah tidak sama dengan kadar yang dikenakan pada 5 dahulu. Semakin meningkat…Besarlah harapan Cuepacs supaya Imbuhan tetap perumahan dinaikkan kerana :
"Jika diluluskan (elaun tetap perumahan RM480), sudah tentu tahap perkhidmatan anggota dapat dipertingkatkan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Gaza daripada penjawat awam Kementerian Pertahanan Melaka di Dewan Perwira, Kem Terendak
P/S : Ada yang mengatakan dikala negara Malaysia sedang menempuh satu lagi pertarungan sengit dalam Pilihanraya UMum ke 13, inilah waktu terbaik untuk membuat tuntutan kepada pihak kerajaan. Apa respon balas dan cadangan mengenai tuntutan yang dibuat Cuepacs ketika ini untuk anda semua..
Sun Feb 17, 2013 7:41 am (PST) . Posted by:
"-::eSpAcE9808::-" rienacom
Tayar Kereta Warna-warni?
mail.jurnalmalaysia
шаблоны сайтов
joomla
Teka-teki yang selalu kita dengar waktu kecil "Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa berwarna hitam". Jawapannya bunga pada tayar, kerana secara umumnya kita tahu ianya bewarna hitam.
Tapi pengeluar tayar China, Double Star Tires (DST) telah membuatkan teka-teki tersebut tidak lagi boleh digunakan. Tayar berwarna-warni ini bukan perkara baru kerana sudah digunakan secara meluas pada tayar basikal.
Tapi pada tayar kereta belum lagi mana-mana syarikat pengeluar tayar tampil untuk melakukan perubahan pada tayar keluaran mereka. Di sini, DST sudah pun dalam perancangan untuk menghasilkan tayar dalam pelbagai warna.
Komited DST dalam perkara ini jelas apabila bertindak mendaftarkan idea "Tayar Pelangi" sebagai hak milik intelektual atau paten syarikat.
GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment