Saturday, February 2, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3499

4 New Messages

Digest #3499
1
Fw: Kereta Ini Bergerak Guna Udara by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
2
Fw: Kemalangan Maut by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
3
Fw: 10 Perkara Yang Dilarang Di Dunia by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
4
Proton february promotion by "Jagathies Kannasan" vishnu_vd

Messages

Sat Feb 2, 2013 7:05 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Kereta Ini Bergerak Guna Udara
ibnuhasyim.com
Posted by Ibnu Hasyim

KERETA hibrid keluaran PSA Peugeot Citroen yang bergerak menggunakan tenaga udara mampat.- Agensi

PARIS - Gergasi pengeluar kereta Perancis, PSA Peugeot Citroen menyatakan rancangan untuk menjual kereta hibrid berkuasa udara mampat menjelang 2016. Menurutnya, kereta hibrid itu mampu menjimatkan petrol sebanyak 45 peratus manakala penjimatan 85 peratus dapat dicapai bagi pemanduan dalam bandar.

Penjimatan tersebut, kata PSA Peugeot Citroen, dapat dicapai ekoran kereta itu bergerak menggunakan tenaga udara mampat untuk hampir keseluruhan pemanduan bandar melibatkan kelajuan kurang 70 kilometer sejam. Kebanyakan kereta hibrid masa kini dijana oleh petrol dan tenaga elektrik. Teknologi terbaharu itu juga tidak memerlukan kereta tersebut dicaj semula seperti kereta elektrik kerana udara mampat itu disedut dari persekitaran.

Kereta hibrid terbaharu itu juga lebih murah untuk diselenggara kerana tidak memerlukan pertukaran sel elektrik seperti kereta hibrid masa kini. - Agensi

Sat Feb 2, 2013 7:05 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Maut Dirempuh Kerbau
kakisembang.com
Posted by Kaki Sembang
KUALA TERENGGANU - Seorang pembantu jualan Astro maut akibat merempuh seekor kerbau yang sedang melintas jalan di Kampung Banggol Tuan Muda, Manir awal pagi tadi.

Mohd Abdul Wafi Adha Abd Wahab, 26, maut di tempat kejadian setelah motosikalnya melangar haiwan tersebut kira-kira pukul 3 pagi.

Mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kampung itu dipercayai gagal mengawal motosikalnya apabila kerbau itu tiba-tiba melintas jalan.

Seorang penduduk Fauzi Mohd berkata dia dan dua lagi rakannya melihat seekor kerbau di atas jalan raya yang kesakitan dan mengesyaki ia telah dilanggar.

Mereka kemudiannya melihat pula sebuah motosikal tidak jauh dari situ yang di sebelah motosikal itu kelihatan seorang lelaki sedang terbaring.

"Saya cuba mengejutkannya tetapi tiada tindak balas. Saya lalu menelefon ambulans," katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Shamsuddin mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu. - Bernama

LELAKI MAUT KERETA DIHEMPAP LORI PASIR
Bernama Media –
a..
b..
c.. KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Seorang lelaki maut manakala rakannya
parah apabila sebuah lori pasir terbalik lalu menghempap kereta Proton Perdana

yang dinaiki mereka di Lebuhraya Persekutuan, berhampiran Pusat Perubatan

Universiti Malaya (PPUM), di sini hari ini.

B. Delvandra Kumar, 41, yang memandu kereta itu maut di tempat kejadian

manakala rakannya, juga lelaki, kini dirawat di PPUM.

Difahamkan lori pasir yang tidak membawa muatan itu mengalami kerosakan

akibat kotak gear meletup secara tiba-tiba dan terbabas kira-kira 50 meter.

Pegawai operasi pasukan Bomba dan Penyelamat Zainal Aziz berkata kejadian

pada pukul 9 malam itu menyebabkan pemandu lori gagal mengawal kenderaannya lalu

merempuh penghadang jalan menyebabkan lori itu terbalik ke laluan bertentangan

dan menghempap kereta berkenaan.

Beliau berkata kejadian itu turut melibatkan dua kereta lain apabila sebuah

pacuan empat roda jenis Toyota Harrier dan Perodua Kancil yang berada di

belakang kereta itu tidak sempat mengelak lalu merempuh lori terbabit.

"Dua lelaki dan seorang wanita yang berada dalam Toyota Harrier serta

seorang wanita yang memandu kereta Kancil tidak cedera," katanya.

-- BERNAMA

ASHAB AKT SN

comments
a.. Senyum •
a.. Minta perlindungan Allah setiap kali memasuki jalan raya
b.. Xanc •
Takdir Tuhan. Memang tak boleh dielakkan. My condolences to victim family.
c.. twister •
Capuccino..Hang memang musibat...buta perut...orang bincang pasal kemalangan jalan raya hang sondoi macam babi cakap pasal politik
d.. C H •
(JANGAN) sokong PROTON, kereta yang paling (TIDAK) selamat di dunia.............
e.. Kassim •
Capuccino, awak nak main politik atas kemalangan orang ka...Tak ada hati perut...
f.. kondakondi •
Ajal maut di tangan Allah dulu kawan aku menemui Ajalnya ditempat yang sama berhampiran PPUM ni sebuah lori yang hilang kawalan rempuh divider dan melanggar kereta kancil dia di laluan bertentangan. Innalillah wainna ilaihiroji'oon.
g.. Capuccino •
Mana DAP? X mahu tolong ka? Demo depan Bukit Aman? Ada issue ni....kah kah kah
h.. Nofavour •
Lori pasir ni byk nya tak ada pengelulusan dari puspakom, ada yg tak ada inspection langsung. Selalunya lori ' hantu ' ni brake tidak sempurna, menyebab byk kemalangan. JPJ mesti haaramkan hantu ni dari jalanraya, hantu ni mmg bahaya

Sat Feb 2, 2013 7:05 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

10 Perkara Yang Dilarang Di Dunia
syokperasit.blogspot
Posted by azrul perasit

Just FYI,

Jika anda berkunjung ke Singapore, sebaiknya jangan mengunyah gula getah di khayalak ramai! kerana gula getah dilarang beredar di Singapore. Pelik juga la kadang-kadangkan?

Selain gula getah, ada banyak produk lain yang juga dilarang beredar di beberapa negara. Apa saja? Ikuti selengkapnya seperti yang dinyatakan dari Huffington Post berikut ini.

Gula-gula Getah
Singapura sudah melarang peredaran barang ini, baik import mahupun penjualan, gula getah di negaranya selama lebih dari 20 tahun. Alasannya sederhana, agar tempat awam di sana boleh terjaga kebersihannya.

Majalah wanita
Jangan sekali-kali melakukan aksi jual beli majalah wanita di Iran. Entah apa alasannya. Namun yang jelas tidak akan ada orang yang tahu atau peduli tentang gosip mahupun berita para artis Hollywood.

Hiasan Hari Natal
Kerana sebahagian besar penduduknya adalah pemeluk agama Islam, Arab Saudi pun melarang ada barangan hiasan Hari Natal di restoran atau tempat awam yang lain. Selain hiasan Hari Natal, hiasan yang hal-hal berbau non-Islam juga dilarang untuk dipasang.

PlayStation
PlayStation 3 dan kebanyakan peralatan video game dilarang diedarkan di China. Alasannya adalah pemerintah tidak mahu generasi muda di sana membuang-buang waktu hanya untuk bermain game.

Tembakau
Di Bhutan, aksi jual beli tembakau dianggap sebagai perbuatan yang haram. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kebahagiaan penduduk melalui penunjuk Gross National Happiness (GNH).

Senjata api
Hampir sama seperti di Malaysia, sukar untuk sekali membeli atau mendapatkan izin memiliki senjata api di Jepun. Fungsinya tentu saja untuk mengurangkan jumlah kematian akibat serangan dengan senjata api oleh warga tempatan.

Pokemon
Tayangan kartun yang satu ini juga di larang beredar di stesen televisyen negara Turki. Sebab pernah ada kecelakaan pada tahun 2000 yang menyebabkan dua budak kecil maut terjun dari balkoni rumahnya. Dua budak tersebut percaya bahawa dirinya adalah Pokemon.

Hari Valentine
Menjual hadiah untuk hari Valentine, termasuk mawar merah atau kad juga dilarang di Arab Saudi. Negara tersebut menganggap perayaan ini jauh dari kepercayaan Islam.

Foie Gras
Foie Gras adalah hidangan mewah yang dibuat dari hati angsa. Beberapa negara melarang peredarannya, seperti California, Chicago, Jerman, Italia, Argentina, Polandia, Norwegia, Denmark, dan Republik Ceko. Proses pembuatan Foie Gras memang kejam, jadi beberapa negara tersebut melarang peredaran makanan itu.

Four Loko
Four Loko merupakan produk minuman yang mencampurkan caffeine dan alkohol. Produk tersebut sebenarnya dijual di Amerika. Namun pada akhir tahun 2010, pihak Food and Drug Administration melarang peredarannya.

Itulah beberapa produk yang dilarang beredar di negara-negara seluruh dunia. Pastikan Anda tidak berusaha untuk memiliki atau memakainya saat melancong di negara yang sudah disebutkan di atas.

Sumber: Fb

Sat Feb 2, 2013 8:59 am (PST) . Posted by:

"Jagathies Kannasan" vishnu_vd

Promotion from authorised of Proton Edar Sdn Bhd
Dear friends,

Thank you for your continuous support.Please grab this opportunity if you plan to buy or change your car.We also accept trade in.Thank you all again to your continues support.

Promotion from authorized Sales Proton Edar Sdn Bhd.

 
Graduate scheme and government scheme available for full loan-need only offer letter
Zero down payment available for selected model.

2013 model
Proton Inspira discount Rm2000
Proton Preve discount up to Rm2000
Proton Saga FLX  discount Rm1500 

Proton Persona discount Rm1500 or free body kit

Proton Exora BOLD discount up to Rm2000

Proton Satria discount Rm1500

So for all the friends please grab this opportunity if you plan to buy or change your car.We also accept trade in.Thank you all again to your continues support. 

For more info please call/sms to jega at  012-3332230

Regards,
jega 012-3332230
Authorized Sales Dealer Proton Edar Sdn Bhd  
Kuala Lumpur,Selangor and Negeri sembilan,Pahang
GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: