Tuesday, February 19, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3514

3 New Messages

Digest #3514
1
Fw: Banjir kat Puchong by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
2
Fw: Kenapa Pendidikan Mesti Percuma by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
3
Fw: Kesan Membunyikan Sendi Jari Jemari by "-::eSpAcE9808::-" rienacom

Messages

Tue Feb 19, 2013 8:19 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom


Puchong Dilanda Banjir Teruk Semalam
Posted by greenboc

Gambar banjir teruk di Puchong, Selangor 18 Februari 2013

Nampaknya, bencana banjir kilat yang sebelum ini berlaku di Kelantan, Pahang dan Terengganu telah menyerang negeri Selangor selepas hujan lebat berterusan, tanpa henti. Kejadian banjir kilat berkenaan berpunca daripada kegagalan Majlis Perbandaran Sepang untuk membersihkan sampah yang terkumpul di dalam longkang.

Ekoran daripada itu, beberapa kawasan di Selangor telah dinaiki air seperti Kg Tengah dan Kg Kenangan di Puchong, serta Kg Baru Hicom dan Desa Kemuning di sempadan Shah Alam dan Klang. Berikut ialah beberapa gambar banjir teruk yang telah di capture oleh rakan-rakan Facebook di sekitar Bandar Puchong.

sumber: plbgaimacam

comments:
Anonymous said...
Assalammu'alaikum,
Kera jaan bn / umno dan syabas kata Selangor akan kekurangan dan menghadapi masalah air, SEKARANG SIAPA BIJAK DAN LEBIG MENGTAHUI otak-otak kecil jurutera dan penganalisa syabas atau ALLAH yang memberikan mereka SEDIKIT nia' mat berfikir......
KENAPA PUCONG..... KAN ULAMA MUDA BUAT DERAMA KONON ADA PEJUANG ISLAM DAH MASUK GULONGAN MUNAFIK........
MUHASABHLAH........

Tokwan Perak.

XUMNO said...
Apabila Kerajaan Pusat (UMNO/BN) tidak menjalankan tanggungjawab mengagihkan peruntukan yang WAJIB diberikan kepada kerajaan2 negeri yang diperintah Pakatan, inilah jadinya. Umno/Bn gunakan masaalah banjir sebagai modal politik menghentam kerajaan Pakatan, kemudian buat janji2 bodoh.Lihat saja sendiwara Najib dan Mohyddin di Kelantan, Sg Golok nak di dalamkan, penduduk akan dapat air kelas mineral.

Anonymous said...
tak perlulah nak salahkan majlis daerah yang tak membersihkan sampah... semuanya berpunca dari sikap kita yang suka buang sampah rata-rata. inilah realiti yang kita semua kena ubah. tak perlu nak menuding jari kat sapa-sapa pun

Anonymous said...
Setuju ngan Anon 11.01, ubah sikap kita & jgn lupa ubah BN ke PR diPutrajaya ..he..he..

Ammy Hassan said...
Semenjak pentadbiran PR ade saja masalah kemudahan dan utiliti di Selangor. Jawapannya tak lain tak bukan akibat sabotaj Pembangkang iaitu UMNO-BN yang "gila kuasa". Pencacai2nya dah diarahkan membuang sampah merata2 supaya berlaku banjir kilat, heh! Saman mereka RM500 sekor!

Banjir kat Puchong pun mau jadi isu politik ke.... umno ohh umno...!!!
Posted by Kedah Lanie

Lori, kereta tersadai akibat banjir kilat di Puchong

Penyelia Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Puchong Haswan Wasir berkata satu banjir kilat berlaku di kawasan kompleks membeli belah IOI dan juga turut menenggelamkan sebahagian Lebuh Raya Damansara-Puchong.

Katanya, air naik sehingga 1.5 meter di kawasan persimpangan Bandar Puteri kira-kira jam 5.30 petang tadi yang menyebabkan sebuah bas, dua buah lori dan dua buah kereta mengalami kerosakan.

"Bagaimanapun saya tidak pasti ke dalaman air yang naik di IOI mall kerana tidak mendapat maklumat. Saya juga tidak dapat memastikan jumlah kerosakan di IOI Mall," katanya yang menambah, banjir berkenan surut kira-kira sejam kemudian.
Sementara itu, NGO pro-Umno Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menyalahkan pentadbiran Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang didakwanya tidak menyelenggara saliran longkang, parit dan sungai dengan baik sehingga menyebabkan banjir tersebut.

"Banjir yang melanda IOI puchong pada petang ini adalah sudah dijangkakan. Banjir yang sama pernah menyerang Klang beberapa kali dalam tahun lalu. Banjir yang sama juga pernah melanda Kajang tahun lalu," kata presidennya Hamidzun Khairuddin.

Beliau mendakwa bantuan kerajaan pusat lebih RM350 juta setahun dari peruntukkan Geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) kepada kerajaan Selangor tetapi "kelekaan Menteri Besar bermain politik setiap hari menjadinya lena dalam buaian politiking yang tak berkesudahan".

Hamidzun mendakwa peruntukan yang sepatutnya dibelanjakan untuk baiki jalan, selenggara parit, longkang dan sungai dibazirkan kepada projek Merakyatkan Ekonomi Selangor yang didakwanya menguntungkan kroni politik PKR, DAP dan PAS.

"Air hak rakyat seperti yang dilaungkan setiap hari oleh MB, adalah air banjir juga milik rakyat ? Mohon MB memberikan jawapan yang pasti," katanya.

----- Original Message -----
From: Mat Rock

Subject: Banjir kilat landa Puchong

DH LEBIH 10 THN WA DUK KT PUCHONG.. NI 1ST TIME BANJIR BESAR KT LDP DPN IOI MALL..

DLM TV ALASAN.. AIR SG KLANG NAIK.. BUSUT LAA!!!!
SG KLANG DGN IOI MALL.. JARAK 1.5KM..
SG KLANG DGN TOL SUNWAY.. 300M JER..

YG PELIKNYA.. TOL SUNWAY X BANJIR.. KAT IOI MALL LAK BANJIR..
LOGIK KE??
AKUI JELAH YG BANJIR TU DISBBKAN PROJEK LRT...
KIRI KANAN IOI MALL TU NK BUAT STESEN LRT..
BILA DH BUAT PROJEK.. SALIRAN X DIENDAHKAN.. INILAH NATIJAHNYA..
18 Feb 2013 06:36pm

Banjir kilat yang melanda Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) di Puchong.

PUCHONG — Hujan lebat sejak jam 4 petang tadi menyebabkan banjir kilat di sekitar Puchong mengakibatkan kenderaan terperangkap di Lebuhraya Damansara Puchong berhadapan pusat membeli belah, IOI Mall.

Menurut peniaga di pusat membeli-belah terbabit, hujan lebat menyebabkan paras air naik hingga memasuki bahagian bawah IOI Mall.

"Air naik sekitar satu inci didalam Mall, tetapi keadaan kini semakin pulih dan pekerja sedang membersihkan lantai," katanya ketika dihubungi ABN news.

Foto yang dirakam beberapa pengunjung di pusat membeli-belah terbabit turut menunjukkan air naik di kawasan parkir menyebabkan beberapa kenderaan tenggelam.

Selain itu, beberapa kenderaan turut dirakam tenggelam di LDP.

Banjir kilat menyebabkan kesesakan lalulintas di kedua-dua arah iaitu ke Sunway serta Subang Jaya dan Puchong Perdana.

Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

Tue Feb 19, 2013 8:19 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom



Kenapa Pendidikan Mesti Percuma

selatanonline.net
Blog drhalimahali.blogspot.com

Pembiayaan pendidikan tinggi di Amerika Syarikat ditanggung oleh individu manakala kebanyakan negara Eropah pula menyediakan pendidikan tinggi secara percuma di institusi-institusi awam. Sistem Eropah lebih sesuai dan baik untuk diamalkan di Malaysia. Harus diingat, pembentukan dasar pendidikan negara tidak hanya bergantung pada satu faktor, tetapi melibatkan interaksi pelbagai faktor ekonomi, sosial dan politik dalam jangka masa yang panjang. Kenapa penting untuk kerajaan membiayai pendidikan tinggi sepenuhnya.

Pertama Faedah pendidikan itu dinikmati segenap masyarakat. Kedua Malaysia kini terperangkap di tengah-tengah status maju dan mundur. Ketiga Pendidikan sebagai batu asas ekonomi berdaya saing tinggi. Keempat Ekonomi berteraskan kecekapan dan ekonomi berteraskan inovasi. Kelima Pendidikan merupakan satu pelaburan. Keenam Potensi pulangan pelaburan bersih yang positif. Ketujuh Pendidikan berkadar langsung dengan kekayaan dan pendapatan. Kelapan Pendidikan solusi untuk merapatkan jurang pendapatan kaya miskin.

Lapan realiti mengapa kerajaan Malaysia wajar biayai pendidikan tinggi

Anas Alam Faizli/Malaysian Insider

16 FEB — Penubuhan institusi pendidikan ialah satu usaha murni dalam mewartakan proses penggarapan ilmu pengetahuan dan penyelidikan secara formal. Universiti-universiti terawal dalam sejarah dunia seperti Al-Azhar, Bologna, Oxford, Palencia, Cambridge dan University of Naples (universiti awam tertua dunia, 1224) telah dibina oleh tamadun-tamadun awal dunia berlandaskan satu tujuan — sebagai pusat penyelidikan, penyampaian ide, pendidikan dan pembelajaran, serta perkembangan ilmu pengetahuan melalui medium penulisan.

Realitinya hal ini bercanggah sama sekali dengan tujuan penubuhan kebanyakan universiti hari ini yang kelihatan berubah menjadi institusi pengiktirafan, pengijazahan dan yang paling malang sekali, sebagai satu perniagaan bertunjangkan keuntungan.

Ibnu Khaldun, tokoh sejarawan, sosiologi dan ekonomi dalam makalah beliau Muqadimmah (Prolegomenon) telah mengemukakan hujah berikut: rakyat ialah wadah mencapai kedaulatan dan kekuatan sesebuah kerajaan. Kekuatan ini lahir daripada kemakmuran ekonomi yang dibina oleh pembangunan modal insan (pendidikan). Kemajuan ini hanya boleh terhasil melalui keadilan dan keterangkuman untuk semua. Aristotle turut mencadangkan bahawa "Pendidikan itu seharusnya bersifat tunggal dan sama rata untuk semua."

Sesebuah sistem yang mengamalkan diskriminasi dalam pendidikan berdasarkan kemampuan ekonomi bakal menatijahkan ketidakseimbangan dalam kualiti modal insan dan tenaga kerja yang bakal menjadi tulang belakang sesebuah masyarakat. Kedua-dua hujah di atas ialah tesis utama artikel ini.

Pembiayaan pendidikan tinggi di Amerika Syarikat ditanggung oleh individu manakala kebanyakan negara Eropah pula menyediakan pendidikan tinggi secara percuma di institusi-institusi awam. Sistem Eropah lebih sesuai dan baik untuk diamalkan di Malaysia. Harus diingat, pembentukan dasar pendidikan negara tidak hanya bergantung pada satu faktor, tetapi melibatkan interaksi pelbagai faktor ekonomi, sosial dan politik dalam jangka masa yang panjang. Berikut terdapat beberapa realiti tentang Malaysia yang disingkap dan disampaikan di sini untuk memahami peri pentingnya untuk kerajaan membiayai pendidikan tinggi sepenuhnya.

Realiti #1: Faedah pendidikan itu dinikmati segenap masyarakat

Nilai positif sebenar sesebuah masyarakat yang berpendidikan itu sukar diukur dari segi kuantitatif semata-mata. Dalam konteks Malaysia sebagai negara yang sedang membangun, pendidikan tinggi menjadi resipi utama dalam membentuk masyarakat berkesedaran sivik, tenaga kerja berkemahiran tinggi dan nilai modal insan serta hasil keluaran negara yang kompetitif. Tidak dinafikan pembiayaan pengajian tinggi oleh kerajaan memerlukan pengorbanan dari segi wang ringgit, tetapi jika kita lalai dalam pelaburan ini, masa depan negara yang bakal "terkorban". Walter W. McMahon (pakar ekonomi University of Illinois) telah menggariskan manfaat individu berkelulusan ijazah seperti kesihatan tubuh badan yang lebih baik serta pembangunan kognitif yang lebih baik di kalangan anak-anak mereka. Kestabilan politik, kemakmuran ekonomi, penurunan kadar dan kos jenayah seperti kos penjara adalah antara manfaat lain yang disumbangkan oleh individu berpendidikan kepada masyarakat.

Realiti #2: "Terperangkap di tengah-tengah"

Malaysia kini terperangkap di tengah-tengah status maju dan mundur, dan peluang pendidikan merupakan salah satu faktor utama penyebab keadaan ini. Hujah Robert Reich, mantan Setiausaha (Menteri) Tenaga Buruh dan Profesor di UC Berkeley, boleh dianggap cocok untuk menerangkan belenggu yang sedang dihadapi oleh Malaysia kini. Untuk menarik pelaburan modal dan kontrak asing, sesebuah negara itu mempunyai dua pilihan; sama ada menawarkan kepada para pelabur asing sebuah ekonomi yang bersaing melalui harga yang rendah dengan mengenakan cukai dan gaji pekerja yang rendah, ataupun ekonomi yang menawarkan modal kerja dan infrastruktur berkualiti tinggi hasil pelaburan kerajaan yang tinggi.

Di Malaysia, pertumbuhan gaji hanya setanding dengan pertumbuhan produktiviti sehingga lewat 1990-an. Sejak 1996 pula, kita terperangkap dalam "middle-income trap", di mana majoriti isi-isi rumah Malaysia berpendapatan sederhana-tinggi, menurut definisi World Bank. Malah, Malaysia mengalami pertumbuhan gaji riil (real) yang negatif secara puratanya sejak 10 tahun lepas; pertumbuhan gaji di Malaysia negatif jika tidak kerana inflasi. Bagaimanakah Malaysia ingin memacu ke arah negara berpendapatan tinggi jika 77 peratus tenaga kerja Malaysia hanya berkelulusan SPM atau lebih rendah? Majoriti pekerja Malaysia dikategorikan sebagai kurang mahir yang mana tidak akan memungkinkan mereka mendapat gaji yang lebih tinggi.

Realiti #3: Pendidikan sebagai batu asas ekonomi berdaya saing tinggi

Dalam konteks pelaburan asing secara langsung (FDI) pula, Malaysia perlu menawarkan sesuatu yang mampu menarik minat pelabur asing secara komersial. Permasalahannya berlaku, sekali lagi di mana Malaysia berada di tengah-tengah; tenaga kerja Malaysia tidak murah namun tidak juga berkemahiran tinggi. Justeru itu, nilai komersial yang ditawarkan oleh Malaysia kepada bisnes-bisnes asing tampak kerdil berbanding negara-negara seperti Vietnam, yang tenaga buruhnya murah atau Singapura, yang tenaga kerjanya mahal tetapi berkemahiran tinggi. Hasilnya, proses-proses yang bernilai rendah seperti pemasangan dan pembungkusan berlokasi di Malaysia menggunakan khidmat mesin dan teknologi sederhana moden, manakala proses-proses yang bernilai lumayan seperti R&D dan inovasi tidak mampu ditawarkan kerana kurangnya dari segi kemahiran dan kepakaran. Sehubungan dengan itu, tidak hairanlah jika Malaysia satu-satunya negara di rantau ini yang mengalami kemasukan FDI bersih yang negatif sejak 2007.

Hal ini menggagalkan Malaysia menaik taraf menjadi ekonomi perkhidmatan bernilai tinggi dan tetap terus bergantung kepada pengeluaran bahan agrikultur dan minyak. Kita hanya berjaya dalam industri ringan seperti barangan pengguna dan perkakasan elektrik. Malaysia memerlukan lebih ramai tenaga pekerja mahir serta berpendidikan tinggi untuk memperkasakan sektor perkhidmatannya.

Realiti #4: Ekonomi berteraskan kecekapan dan ekonomi berteraskan inovasi

Kajian yang dijalankan oleh Global Entrepreneurship Monitor (GEM) melabel Malaysia sebagai ekonomi yang berteraskan kecekapan, meletakkan Malaysia di belakang ekonomi-ekonomi berteraskan inovasi. Kita hanya mampu menambahbaik sistem dan proses yang sedia ada, tetapi ketinggalan dari segi daya inovasi yang membolehkan negara mencapai pendapatan yang jauh lebih lumayan. Malaysia wajar bergerak ke arah ekonomi berteraskan inovasi. Kita tidak lagi berdaya saing tinggi menawarkan tenaga buruh mahupun tanah dan kilang-kilang yang murah lagi seperti dahulu.

Kekuatan tenaga penyelidik di Malaysia bagi setiap 1 juta penduduk hanyalah 365 orang berbanding 5,416 orang di Jepun dan 4,231 di Korea Selatan. Berapa banyakkah bakat yang boleh muncul sebagai tenaga penyelidik hebat dari Malaysia tetapi malangnya tidak dapat dicungkil kerana kurang peluang melanjutkan pendidikan tinggi?

Realiti #5: Pendidikan merupakan satu pelaburan…

Seperti ibu bapa yang melabur demi kecerahan masa hadapan anak-anak mereka, kerajaan juga wajib melabur dalam masa depan modal insan rakyat Malaysia. Negara-negara maju seperti Denmark dan Norway melaburkan 7.8 peratus dan 6.8 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) mereka untuk pendidikan, manakala Malaysia hanya membelanjakan peruntukan sebanyak 4.1 peratus! Majoriti daripada peratusan itu dilaburkan untuk infrastruktur dan gaji! Malah, bajet pendidikan telah dicantas daripada RM50 bilion kepada RM37 bilion tahun ini. Bayangkan logikanya, jika Cuba (13.6 peratus) dan Timor Leste (16.8 peratus) sekali pun mampu membelanjakan lebih daripada Malaysia.

Kira-kira 80 peratus daripada isi rumah dalam kelompok 40 peratus pendapatan paling rendah di Malaysia hanya mempunyai kelulusan setinggi sijil SPM atau lebih rendah, manakala hanya 5 peratus yang menerima pendidikan peringkat tinggi. Baki selebihnya langsung tidak pernah bersekolah. Hal ini berbeza dengan kelompok tertinggi pendapatan yang 65 peratus berpendidikan tinggi. Jelaslah bahawa taraf pendidikan berkadar langsung dengan pendapatan. Peluang pendidikan tinggi yang sama rata dapat menegakkan keadilan sosial serta memberi peluang yang sama rata kepada semua terutamanya golongan miskin. Seterusnya, apabila golongan ini diberi peluang pendidikan tinggi, sekurang-kurangnya negara akan mendapat pulangannya melalui cukai pendapatan.

Realiti #6:… dengan pulangan pelaburan bersih yang positif

Jika kerajaan menanggung penuh pembiayaan pendidikan tinggi kosnya berjumlah sekitar RM60,000 (kejuruteraan) dan RM160,000 (perubatan), 94 peratus dan 90 peratus daripada kos-kos ini sudahpun dibiayai kerajaan kini. Jika graduan itu mula bekerja dengan gaji RM2,500 dan mendapat peningkatan sebanyak 5 peratus setahun secara purata selama 30 tahun, graduan tersebut akan telah membayar lebih daripada RM290,000 kepada kerajaan hanya dalam bentuk cukai pendapatan. Jika graduan dengan prestasi minimum ini mampu membayar pulangan kepada kerajaan bayangkan graduan berprestasi tinggi dengan kadar peningkatan gaji yang lebih tinggi?

Realiti #7: Pendidikan berkadar langsung dengan kekayaan dan pendapatan

Individu yang berpendidikan tinggi secara puratanya memiliki harta bernilai RM182,000, iaitu 2.2 kali ganda berbanding individu lepasan SPM dengan RM82,000 sahaja. Akan tetapi, kadar kemasukan rakyat Malaysia ke dalam sistem pendidikan tinggi cuma 36.5 peratus. Nombor ini bukan sahaja jauh di belakang berbanding purata negara-negara "very high human development" iaitu 75 peratus, malah juga di belakang negara-negara "high human development", iaitu 50 peratus. Sebagai perbandingan, kadar kemasukan di negara lain adalah; Amerika 86 peratus, New Zealand 84 peratus, Korea 100 peratus, British 99 peratus, Thailand 45 peratus, Turki 38.4 peratus.

Hal ini menyebabkan majoriti pekerja di Malaysia hanya mampu memenuhi keperluan sektor tenaga pekerja kurang mahir. Bagaimanakah Malaysia mampu memacu seluruh rakyatnya ke arah negara berpendapatan tinggi secara sama rata? Perbelanjaan dalam projek-projek mega yang menjadi shortcut sebagai satu usaha untuk melonjakkan pendapatan purata rakyat Malaysia sebelum ini bukanlah satu solusi yang mapan dan bersifat jangka panjang. Penyediaan pendidikan tinggi secara percuma kepada seluruh rakyat ialah satu-satunya usaha penggerak Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi secara holistik.

Realiti #8: Pendidikan solusi untuk merapatkan jurang pendapatan kaya miskin

Malaysia menduduki tempat ketiga tertinggi di Asia dari segi jurang antara golongan kaya dan miskin, mengikut ukuran GINI 0.4621 (sumber: World Bank). Memang zahirnya rakyat Malaysia tidak semiskin kebanyakan rakyat Indonesia ataupun India namun jurang antara kaya dan miskin kita sangat besar. Dengan pendapatan isi rumah RM15,000 sebulan (jumlah) sahaja sudah boleh meletakkan anda sebagai 1 peratus terkaya di Malaysia. 75 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan!

Cuba kita teliti statistik ini; 60 peratus isi rumah berpendapatan tertinggi mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli yang menerima pendidikan tinggi manakala 60 peratus daripada isi rumah berpendapatan paling rendah di Malaysia pula paling tinggi kelulusannya ialah SPM. Jurang pendapatan di antara yang kaya dan yang miskin semakin lebar sejak tahun 1970. Hanya peluang pendidikan tinggi yang adil untuk semua rakyat yang akan dapat merapatkan jurang pendapatan ini, lalu menggerakkan Malaysia menjadi satu negara yang ekonominya lebih adil.

Amerika mengganggap bahawa manfaat pendidikan tinggi adalah lebih kepada individu, maka rakyat Amerika membiayai pendidikan tinggi mereka sendiri. Warga Skandinavia pula percaya bahawa kerajaanlah yang bertanggungjawab membiayai kos pendidikan tinggi. Bagaimana pula situasi jurang pendapatan di negara-negara terbabit? Di Amerika, hutang pinjaman pelajar melarat sehingga sebesar US$902 bilion (sumber: Federal Reserve New York). Natijahnya, jurang kaya dan miskin Amerika juga antara yang semakin melarat di dunia. Negara-negara Skandinavia yang memberikan pendidikan tinggi percuma pula diletakkan pada kedudukan tertinggi di kalangan negara-negara paling sama rata di peringkat global. Justeru, hubungkait sistem pendidikan dan akibatnya terhadap jurang pendapatan kaya dan miskin sukar dinafikan.

Pendidikan percuma akan memberikan individu yang layak satu peluang untuk menaikkan taraf kehidupan mereka serta generasi seterusnya dan juga merapatkan jurang pendapatan. Jika halangan ekonomi ini tidak dibantu, nasib kelompok berpendapatan rendah ini tidak akan berubah. Mereka akan tetap dalam kepompong yang sama, dan jurang pendapatan di Malaysia akan terus melebar dengan parah.

Satu Keluarga, Satu Graduan

Malaysia memerlukan satu sistem pendidikan yang merangkumi setiap pelusuk masyarakat, bagi yang cemerlang mahupun yang lemah dalam bidang akademik. Bagi mereka yang lemah akademik, kemahiran vokasional perlu diberi penekanan yang lebih berat. Paling penting, sistem pendidikan itu perlu memastikan pelajar tidak menamatkan pendidikan dengan bebanan hutang di atas bahu mereka, tanpa kemahiran mahupun prospek pekerjaan, meskipun sekadar untuk membayar kembali hutang itu.

Malaysia telah menikmati banyak manfaat positif dengan menyediakan pendidikan rendah dan menengah percuma. 100 peratus rakyat Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan sekolah rendah dan 68 peratus berjaya tamat Tingkatan Lima.

Tetapi, keadaan sosio-ekonomi Malaysia dewasa ini menuntun kepada semua rakyat Malaysia diwajibkan secara undang-undang untuk sekurang-kurangnya menamatkan tingkatan lima, serta sebuah sistem pembiayaan pendidikan tinggi oleh pihak kerajaan.

Saya dengan rendah diri menyeru kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, pembuat dasar, dan kumpulan-kumpulan lobi untuk memastikan pendidikan tinggi yang percuma di semua IPTA. Jika IPTA tidak mampu menampung bilangan pelajar yang layak, adalah dicadangkan jumlah yang sama dibiayai oleh kerajaan melalui IPTS, secara berperingkat. Ini bertujuan memastikan peluang pendidikan tinggi disediakan sebanyak mungkin dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Saya turut mencadangkan sasaran Satu Keluarga, Satu Graduan; iaitu setiap satu keluarga mempunyai minimum satu graduan. Tuntasnya sasaran ini bakal menyaksikan mobiliti antara generasi direalisasikan; di mana seorang anak nelayan, mahupun anak pekerja kilang bergaji rendah, bakal menjadi ejen pengubah yang membawa keluarganya keluar dari status ekonomi rendah kepada kehidupan yang lebih selesa. Mekanisme ini seterusnya dijangkakan bercambah kepada generasi-generasi berikutnya, dan memakmurkan keadaan ekonomi bagi kelompok-kelompok rakyat yang asalnya terperangkap dalam kemiskinan.

Pendidikan merupakan asas paling penting dalam memastikan kedaulatan sesebuah negara. Tiada sebarang salah tadbir atau kesalahan polisi dalam pendidikan yang mampu ditoleransi, sama ada dari sudut pelaksanaan, pengawasan mahupun perbelanjaan. Sebuah sistem pendidikan yang berkualiti dengan urus tadbir yang cekap bakal menjadi penentu hala tuju Malaysia. Sekiranya baik sistem itu, maka baiklah negara Malaysia. Hanya dengan menyediakan peluang pendidikan kepada semua, Malaysia mampu menuju ke arah negara berpendapatan tinggi yang bersifat inclusive dan untuk semua. Di sini marilah kita muhasabah kata-kata Nelson Mandela: "Pendidikan merupakan senjata yang paling berkuasa untuk mengubah dunia."

* Anas Alam Faizli berkhidmat di industri minyak dan gas dan sedang menamatkan ijazah kedoktoran serta merupakan pengarah eksekutif Teach for the Needs (TFTN).

* Data dan statistik diperolehi dari EPU, DOSM, HIS 2009, HDR 2011, World databank dan BNM. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk BLINDSPOT (http://www.facebook.com/blindspot.msia).

Posted by ahmadi

Tue Feb 19, 2013 8:19 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom


Amaran Kesan Membunyikan Sendi Jari Jemari Anda

revolusifikiran.blogspot
sehinggit.blogspot.
Posted by Encik Sehinggit

Ketika badan sengal itu memang terasa melegakan sesudahnya. Namun, sebaiknya kita jangan terlalu sering melakukan ini, mengapa?

Menurut Brian Cassaza, MD, dari Universiti California, Amerika, kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari bila salah satu urat saraf tersepit di antara tulang ekor leher. Maka, kesannya boleh bemacam-macam, bergantung kepada rangkaian saraf itu menuju ke mana. Tapi, pada umumnya, akan mengakibatkan organ tubuh seperti kaki dan tangan sukar diarah oleh otak.

Orang yang mengalami hal tersebut, biasanya berjalan seperti robot, kerana, otak gagal memberi arahan kepada organ-organ tubuh untuk melakukan apa yang diiinginkan.

Sama halnya dengan membunyikan tulang leher, gerakan membunyikan sendi di jarijuga merupakan kebiasaan yang salah kerana menyalahi peraturan sendi biasanya dan boleh menghancurkan tulang-tulang rawan di dalamnya. Jika kebiasaan ini dilakukan terus menerus maka dapat menimbulkan penyakit sendi yang kronik di kemudian hari.

Para saintis bioperubatan telah mempelajari Kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari apa yang sebenarnya berlaku ketika kita menekuk tulang sendi jari dengan menggunakan mikrofon yang sensitif.

Di dalam ruang sendi antara tulang-tulang terdapat cecair dan ikatan sendi (ligamen) di setiap sisi ruang sendi yang menyatukan tulang.

Saat anda menarik jari, hal ini membuat ruang sendi makin besar. Akibatnya, tekanan dalam ruang sendi makin menurun. Maka, ikatan sendi tersedut ke dalam. Ketika tekanan menurun, muncullah gelembong (karbon dioksida), hanya dalam satu per ribuan saat. Gas inilah yang menimbulkan bunyi letupan yang merupakan suara pertama.

Gelembong itu mengisi 15% ruang sendi yang sekarang menjadi lebih besar. Kerana ruang sendi diisi oleh gelembong, cairannya tiba-tiba mendorong ikatan sendi dan menolaknya ke posisi semula. Pada saat ligamen "didorong kembali" muncullah bunyi kedua.

Tenaga yang hilang dalam sendi sangat rendah, hanya sekitar 7% daripada yang diperlukan untuk merosakkan tulang. Tetapi, bila terlalu sering melakukannya, boleh dikira sendiri dan hasilnya tentu sangat berbahaya.

Sebuah penelitian melibatkan 300 orang yang telah membunyikan buku jarinya selama 35 tahun. Kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari Memang, hasilnya tidak ada kes artritis pada tangan mereka. Namun, kesan lain adalah mereka mempunyai sendi yang membesar, tangan mereka menjadi lebih lemah, berkurang satu perempat dari kekuatan tangan yang seharusanya.

Jadi, membunyikan buku jari tangan dan sendi tulang yang lain akan terasa saat kita tua nanti, 35 hingga 40 tahun akan datang.
We are making changes based on your feedback, Thank you !
The Yahoo! Groups Product Blog
GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: