6 New Messages
Digest #3634
Messages
Sat Jun 29, 2013 9:27 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Dua kanak-kanak berusia 10 dan lapan tahun dilaporkan hilang
telokbakong.
idhamlim.com
Posted by Idham Lim
Dua kanak-kanak berusia 10 dan lapan tahun dilaporkan hilang selepas keluar membeli lampin adik bongsunya di sebuah kedai serbaneka di Jalan Ipoh, 13 Jun lalu.
Kehilangan Nordiana Shafiza Abdullah, 10 dan Muhammad Shafiz Denial Abdullah, 8, dikesan pada jam 2 petang selepas diminta bapanya untuk membeli lampin. Normaliza Mustafa, 33, ketika hadir ke Balai Berita Harian Metro, di sini, semalam, berkata, dia datang ke Kuala Lumpur untuk beberapa hari bersama suami dan lima anaknya atas urusan kerja suami. "Pada hari kejadian, saya berada di kawasan bandar dan meninggalkan anak-anak bersama suami di hotel. "Suami hanya dapat memberitahu saya mengenai kehilangan anak sembilan jam kemudian kerana saya tidak mempunyai telefon bimbit," katanya. Menurutnya, suami merancang untuk pulang ke Johor keesokan harinya sebelum kedua-dua anak mereka hilang.
"Saya tak (tidak) sangka Diana dan Shafiz menghilangkan diri kerana mereka (anak) diajar untuk tidak mempercayai orang asing dan terus pulang ke rumah selepas membeli barang di kedai," katanya yang sudah melaporkan kehilangan kedua-dua anaknya di Balai Polis Jalan Ipoh. Sehubungan itu, Normaliza merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Diana dan Shafiz menghubungi polis atau pegawai penyiasat Inspektor Shahrul Nizam di talian 012-3002795 .
metro/-
Sat Jun 29, 2013 9:28 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Rakyat Di dahulukan apabila 45% penjawat awam hanya mampu sewa rumah sebab nak beli tak mampu..!!
Posted by Kedah Lanie
Cuepacs: 45 peratus tak mampu beli rumah
KUALA LUMPUR - Kira-kira 45 peratus atau 650,000 daripada 1.5 juta penjawat awam masih tidak mampu memiliki rumah kerana faktor harga, kata Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman hari ini.
Katanya kajian yang dijalankan kesatuan itu baru-baru ini menunjukkan harga rumah yang semakin meningkat menjadi kekangan utama kepada impian tersebut.
Menurutnya rata-rata penjawat awam terbabit adalah daripada kumpulan sokongan dan bergaji rendah, manakala bagi golongan berusia 40 tahun ke atas, bergred tinggi selain telah berkhidmat lebih 20 tahun telah memiliki rumah.
"Golongan 45 peratus ini terpaksa terus menyewa atau tinggal di kuarters dan terpaksa mengutamakan kos sara hidup," katanya kepada Bernama.
Beliau turut meluahkan kebimbangan akan implikasi masalah itu jika ditangani segera.
"Antaranya ialah jika mereka membeli rumah pada usia lanjut, ini bermakna mereka akan mengambil masa lebih panjang untuk membayar balik pinjaman.
"Kesannya mereka akan menggunakan semua simpanan dan duit pencen yang sepatutnya digunakan untuk hari tua untuk membayar balik pinjaman itu. Kehidupan mereka selepas bersara akan terus dibelenggu hutang," katanya.
Malah katanya, mereka juga tidak mampu memohon skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) kerana harga rumah PR1MA yang mencecah RM250,000 adalah di luar kemampuan penjawat awam.
Justeru katanya, Cuepacs menggesa kerajaan mengkaji isu itu dan mencadangkan supaya Jabatan Perumahan Negara menyediakan rumah kos sederhana untuk penjawat awam.
"Seboleh-
Rakyat Tiada Rumah: Baru Nak sedar ?
telokbakong.
perantaukite.
Hampir separuh tiada rumah
HARGA rumah yang semakin meningkat menjadi halangan utama kepada penjawat awam untuk memiliki rumah sendiri. - Gambar hiasan
------------
Sat Jun 29, 2013 9:29 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Universiti Malaysia tiada dalam senarai 400 terbaik dunia
anakmuaallaf.blogspot
dmptambun.blogspot.
Posted by DMP Tambun
Tidak ada universiti dari Malaysia disenarai dalam 400 universiti terbaik dunia seperti yang dikeluarkan Times Higher Education World University Rankings 2012/2013. Ini merupakan tamparan hebat buat kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib !
Editor THE World University Ranking, Phil Baty, dalam ulasannya berkata keseimbangan kuasa sedang berganjak. Universiti terkemuka dari rantau Asia-Pasifik menunjukkan peningkatan ketara kedudukan mereka untuk sebelum ini tradisinya dikuasai Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK). Malang bagi Malaysia ! 56 tahun memerintah, institusi pendidikan negara makin tercorot di peringkat dunia.
NEGARA UNIVERSITI RANKING 2012/2013
Australia University of Melbourne 28
University of Adelaide 176
China Universiti Peking 46
Universiti Tsinghua 52
Universiti Fudan 250
Universiti Shanghai Jiao Tong 257
Singapura Universiti National Singapura 29
Universiti Teknologi Nanyang 86
Korea Selatan Universiti National Seoul 59
Universiti Yonsei 183
Taiwan Universiti National Taiwan 134
Thailand Universiti King Monghut Lingkungan 351-400
anakmuaallaf.
dmptambun.blogspot.
Posted by DMP Tambun
Tidak ada universiti dari Malaysia disenarai dalam 400 universiti terbaik dunia seperti yang dikeluarkan Times Higher Education World University Rankings 2012/2013. Ini merupakan tamparan hebat buat kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib !
Editor THE World University Ranking, Phil Baty, dalam ulasannya berkata keseimbangan kuasa sedang berganjak. Universiti terkemuka dari rantau Asia-Pasifik menunjukkan peningkatan ketara kedudukan mereka untuk sebelum ini tradisinya dikuasai Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK). Malang bagi Malaysia ! 56 tahun memerintah, institusi pendidikan negara makin tercorot di peringkat dunia.
NEGARA UNIVERSITI RANKING 2012/2013
Australia University of Melbourne 28
University of Adelaide 176
China Universiti Peking 46
Universiti Tsinghua 52
Universiti Fudan 250
Universiti Shanghai Jiao Tong 257
Singapura Universiti National Singapura 29
Universiti Teknologi Nanyang 86
Korea Selatan Universiti National Seoul 59
Universiti Yonsei 183
Taiwan Universiti National Taiwan 134
Thailand Universiti King Monghut Lingkungan 351-400
Sat Jun 29, 2013 9:55 pm (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Pesta Raja Buah
telokbakong.blogspot.
dollahyankee.blogspot.
Posted by dollah yankee
Festival durian Pulau Pinang kini kembali lagi, dan akan berakhir pada 31 Julai 2013. Bagi penggemar 'Raja Buah' ini pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati keenakannya di dua buah lokasi festival itu iaitu di Anjung Indah (R&R jalan ke Balik Pulau) dan di Pasar Baru pekan Balik Pulau. Pengunjung dan penggemar-penggemar durian boleh datang seawal jam 11 pagi hingga jam 7 malam untuk menikmati pelbagai jenis durian yang terbaik di pasaran.
Festival Durian Pulau Pinang ini adalah hasil inisiatif Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membangunkan durian Balik Pulau sebagai salah satu produk pelancongan disamping mahu mempromosikan pekan Balik Pulau sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Festival kali ini juga akan diselitkan dengan makanan-makanan yang berasaskan durian yang merupakan sejenis buah yang unik dan eksotik.
dollah yankee -
Now everyone can fly eat ... but it's not FREE ! Kah..Kah..Kah..
telokbakong.
dollahyankee.
Posted by dollah yankee
Festival durian Pulau Pinang kini kembali lagi, dan akan berakhir pada 31 Julai 2013. Bagi penggemar 'Raja Buah' ini pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati keenakannya di dua buah lokasi festival itu iaitu di Anjung Indah (R&R jalan ke Balik Pulau) dan di Pasar Baru pekan Balik Pulau. Pengunjung dan penggemar-penggemar durian boleh datang seawal jam 11 pagi hingga jam 7 malam untuk menikmati pelbagai jenis durian yang terbaik di pasaran.
Festival Durian Pulau Pinang ini adalah hasil inisiatif Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membangunkan durian Balik Pulau sebagai salah satu produk pelancongan disamping mahu mempromosikan pekan Balik Pulau sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Festival kali ini juga akan diselitkan dengan makanan-makanan yang berasaskan durian yang merupakan sejenis buah yang unik dan eksotik.
dollah yankee -
Now everyone can fly eat ... but it's not FREE ! Kah..Kah..Kah.
Sat Jun 29, 2013 9:56 pm (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Antara Anak Gadis, Ibu & Majikan..!!!
Posted by Kedah Lanie
Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.
Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.
Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak.
Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"
Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"
Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.
Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"
Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."
Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.
Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.
Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.
Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.
Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.
Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.
Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.
Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"
Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."
Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"
Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan.
Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."
Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.
Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.
Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.
Sat Jun 29, 2013 9:57 pm (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Apabila kanak-kanak beli tuala wanita...
Posted by Kedah Lanie
MUHAMAD MAT YAKIM
GAMBAR HIASAN
CUTI hujung minggu lalu, saya bawa anak-anak ke Kuala Selangor. Sudah agak lama tidak ke bandar yang kini semakin popular dengan cendol Bakar itu.
Tidak. Saya bukan silap tulis 'B' dengan huruf besar pada nama kedai cendol itu. Sebab, memang pun nama taukenya Bakar.. Oleh kerana namanya Bakar, maka jenamanya Cendol Bakar. Begitu saya difahamkan. Silap sendirilah jika anda ke Kuala Selangor untuk cari cendol bakar.
Iyalah kalau sudah macam-macam nama diberi pada makanan, minuman kita, disebut cendol Bakar pun orang sangka cendol bakar. Burger bakar, air kelapa bakar adalah. Cendol bakar tidak ada, yang ada cendol Bakar!
Saya ke Kuala Selangor hari itu selain untuk pekena cendol Bakar, menziarah lotong di Bukit Malawati, juga kerana di sana berlangsung wacana anjuran bersama PKNS dan Sinar Harian yang turut membariskan bos saya, Datuk A Jalil Ali sebagai panelis. Kena hadirlah, KPI!
Usai wacana, saya bawa anak isteri panjat Bukit Malawati. Kali terakhir naik Bukit Malawati sebelum ini, semasa anak dua. Sekarang sudah empat tetapi saya bawa dua sahaja supaya tidak terlalu terasa akan peningkatan usia sendiri.
Di puncak Bukit Malawati, ada banyak lotong. Kalau tak tahu apa itu lotong, mereka (?) adalah spesies monyet berekor panjang, bulunya agak kehitaman berbanding kera yang kelabu keperangan. Ekor lotong lebih panjang daripada ekor kera.
Penjual kacang panjang (untuk dibeli pengunjung dan diberi kepada lotong) berhampiran rumah api Bukit Malawati beritahu saya, lotong lebih baik (jinak) daripada kera.
"Itu kera cukup jahat, selalu kacau orang. Yang hitam ini (lotong) sangat baik, diorang mau kacang saja, tak kacau orang, jangan takut sama diorang," kata lelaki India itu.
Dalam asyik memerhatikan gelagat lotong-lotong itu, anak bongsu saya, Aliff Zafran yang berusia empat tahun bertanya kepada emaknya, apa yang dibuat dua haiwan itu tatkala melihat mereka (?) hampir berpelukan dan begitu mesra membelai satu sama lain. Dijawab isteri saya bahawa lotong itu bantu membantu mencari kutu.
Memang betullah! Dua lotong itu cari kutu, bukan buat kerja lain!
Aliff kemudian bertanya lagi: "Mak, kakak dengan abang tu pun cari kutu jugak ke?" sambil menunjuk ke arah sepasang teruna dara tidak jauh dari kami yang juga sedang mempersembahkan aksi lebih kurang sama.
Terkedu terus saya dan isteri. Kalaulah kata-kata anak saya itu didengar orang lain ...
Kanak-kanak macam itulah, pemikiran mereka masih lurus. Apa yang mereka dengar, itulah yang mereka faham dan itulah juga yang mereka akan sebut semula apabila tiba situasinya.
Kadang kala pemahaman mereka yang disebut semula itu boleh buat kita sebagai ibu bapa jadi cemas. Sebabnya bimbang kata-kata mereka yang lugu itu didengar orang dan disalah anggap kita pula yang ajar anak berkata begitu!
Apa yang disebut Aliff di puncak Bukit Malawati itu mengingatkan saya pada satu cerita - hal seorang budak lelaki yang ke kedai membeli tuala wanita.
Ditanya tuan kedai, untuk siapa dia beli tuala wanita itu, budak itu jawab: "Untuk adik saya!"
Terkejutlah tuan kedai lalu bertanya lagi: "Awak beli untuk adik awak buat apa? Budak kecik mana boleh pakai benda ni. Emak awak suruh beli pampers (lampin pakai buang) kut?"
Dibalas oleh kanak-kanak itu: "Bukan pakcik, memang saya nak beli yang ini. Sebenarnya adik saya tu tak tahu berenang, tak tahu tunggang basikal. Cuti sekolah ni, ayah janji nak bawak kami balik kampung. Saya teringin nak tunggang basikal, mandi sungai dengan adik. Kalau dia tak boleh sama-sama dengan dia, sedihlah saya!"
"Tengok iklan kat TV tadi, kakak dalam TV tu cakap, kalau pakai tuala jenis ni, kita boleh berenang, berbasikal dan hidup aktif seharian dengan penuh yakin. Tanpa rasa ragu-ragu...
"Sebab itulah saya nak beli tuala ni, saya nak adik saya pakai. Mana tahu lepas pakai tuala ni, dia pandai berenang. Seronoklah kami bercuti di kampung nanti," katanya.
Itulah. Fikiran kanak-kanak biasanya straight forward, sesuai dengan fitrah mereka yang belum tercemar. Namun kita tidak boleh semberono memberikan mereka maklumat atas sesuatu persoalan yang dibangkitkan.
Menjawab soalan mereka dengan cara yang tidak sesuai dengan tingkat kefahaman mereka, boleh menambah kekeliruan anak-anak. Apa lagi jika kita cuba menipu untuk mengelak mereka bertanya dengan lebih lanjut, yang mungkin boleh menyebabkan kita berasa sukar dan tersepit.
Apa pun, itulah comelnya anak-anak kita!
GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com