6 New Messages
Digest #3630
Messages
Mon Jun 24, 2013 9:41 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Basri sudah dibenarkan pulang
Posted by Kedah Lanie
Wartawan Sinar Harian
Keadaan Basri selepas selesai dibedah.
ALOR SETAR - Keluarga Mohd Basri Basharudin, 19, kini boleh menarik nafas lega selepas pembedahan anak mereka lancar.
Bapanya, Basharudin Bakar, 46, berkata, mereka gembira dengan keadaan Basri yang lebih baik berbanding sebelumnya, malah bersyukur kerana dia berada dalam keadaan sihat.
"Jam 6 petang kelmarin, akhirnya Basri dibenarkan keluar hospital. Kami bersyukur serta gembira kerana dia kelihatan sihat, dan kemudiannya terus membawanya pulang ke kediaman kami di Perlis.
"Walaupun Basri sudah selamat dibedah dengan bantuan dana dihulurkan orang ramai, namun kami masih memerlukan sejumlah wang untuk barangan keperluannya terutamanya susu khas dan lampin pakai buang," katanya.
Sementara itu, ibunya, Jamilah Kamis, 41, berkata, mereka percaya bahawa Basri akan sembuh, namun semuanya mengambil masa dan mereka tidak akan berputus asa membantunya supaya sihat semula.
"Di rumah, Basri gemar menonton televisyen dan mendengar radio. Saya percaya, ia boleh menjadi terapi kepada dirinya," katanya.
Katanya, Basri kelihatan tenang apabila mendengar muzik terutamanya lagu seperti nasyid dan zikir, malah dengan persekitaran rumah yang tenang serta sunyi sepi, dia tidur dengan nyenyak sekali.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin meringankan beban keluarga Mohd Basri boleh melakukannya melalui nombor akaun Bank CIMB (0902-0057-1525-29) mahupun menghubungi talian 012-5087526 milik Basharuddin Bakar.
Posted by Kedah Lanie
Wartawan Sinar Harian
Keadaan Basri selepas selesai dibedah.
ALOR SETAR - Keluarga Mohd Basri Basharudin, 19, kini boleh menarik nafas lega selepas pembedahan anak mereka lancar.
Bapanya, Basharudin Bakar, 46, berkata, mereka gembira dengan keadaan Basri yang lebih baik berbanding sebelumnya, malah bersyukur kerana dia berada dalam keadaan sihat.
"Jam 6 petang kelmarin, akhirnya Basri dibenarkan keluar hospital. Kami bersyukur serta gembira kerana dia kelihatan sihat, dan kemudiannya terus membawanya pulang ke kediaman kami di Perlis.
"Walaupun Basri sudah selamat dibedah dengan bantuan dana dihulurkan orang ramai, namun kami masih memerlukan sejumlah wang untuk barangan keperluannya terutamanya susu khas dan lampin pakai buang," katanya.
Sementara itu, ibunya, Jamilah Kamis, 41, berkata, mereka percaya bahawa Basri akan sembuh, namun semuanya mengambil masa dan mereka tidak akan berputus asa membantunya supaya sihat semula.
"Di rumah, Basri gemar menonton televisyen dan mendengar radio. Saya percaya, ia boleh menjadi terapi kepada dirinya," katanya.
Katanya, Basri kelihatan tenang apabila mendengar muzik terutamanya lagu seperti nasyid dan zikir, malah dengan persekitaran rumah yang tenang serta sunyi sepi, dia tidur dengan nyenyak sekali.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin meringankan beban keluarga Mohd Basri boleh melakukannya melalui nombor akaun Bank CIMB (0902-0057-1525-
Mon Jun 24, 2013 9:42 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Antara JEREBU PUSAT dan JEREBU HIDUNG bagi kaum wanita...!!!
Posted by Kedah Lanie
Nie Makan Dia.... Menginsafkan Atau Tak, Itu Terpulang..
Tapi Nasihat Yang Baik Perlu Diterima Walaupun Dia Seorang Mat Rempit..
"Jangan Hanya Tengok Pada Yang Bercakap, tapi Dengar Apa Yang Di Beritahu Olehnya" - UAI...
So, Kalau Nasihat Yang Baik, Ikut Laa... ::.kikiki.::
Mon Jun 24, 2013 9:42 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Apa perlu dilakukan bila anda hadapi JEREBU...??
Posted by Kedah Lanie
Saya selaku Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia menyarankan orang ramai supaya menjaga kesihatan masing-masing semasa kita menghadapi situasi jerebu ini dan ikut nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Saya juga mohon jasa baik semua untuk sama-sama berkongsi ("share") maklumat yang dimuatkan di dalam Facebook ini dari semasa ke semasa sebagai tanda kita sebagai satu masyarakat mengambil berat terhadap satu sama lain.
GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitive kepada habuk, orang yg merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah
NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU
i. Orang ramai dinasihatkan supaya, sejauh mana yang boleh, berada di dalam bangunan.
ii. Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
iii. Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
iv. Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
v. Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa
dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod: kitaran dalam) dan menutup semua tingkap
vi. Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
vii. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
viii. Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
ix. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.
* Penulis adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
Posted by Kedah Lanie
Saya selaku Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia menyarankan orang ramai supaya menjaga kesihatan masing-masing semasa kita menghadapi situasi jerebu ini dan ikut nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Saya juga mohon jasa baik semua untuk sama-sama berkongsi ("share"
GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitive kepada habuk, orang yg merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah
NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU
i. Orang ramai dinasihatkan supaya, sejauh mana yang boleh, berada di dalam bangunan.
ii. Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
iii. Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
iv. Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
v. Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa
dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod: kitaran dalam) dan menutup semua tingkap
vi. Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
vii. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
viii. Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
ix. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.
* Penulis adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
Mon Jun 24, 2013 9:47 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Apa pandangan hangpa jika MUFTI KELUAQ FATWA TAK WAJIB SOLAT JUMAAT sebab JEREBU..??
Posted by Kedah Lanie
Jerebu: Timbang fatwa tak wajib solat Jumaat
Mufti-mufti di negeri yang mengalami masalah jerebu serius digesa mempertimbangkan fatwa tidak mewajibkan solat Jumaat seperti dilaksanakan di Singapura.
Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan pensyarah terkenal Dr Maszlee Malik berkata, ini kerana fatwa Singapura itu menepati sunah seorang sahabat Ibn Abbas.
Kata mereka lagi, Ibn Abas pernah menyuruh penduduk Madinah bersolat di rumah pada hari Jumaat kerana hujan lebat.
Di dalam kes jerebu yang melibatkan kesihatan, maka lebih utama untuk kaum Muslimin tidak memberatkan diri untuk menghadiri solat Jumaat," kata mereka dalam kenyataan bersama kepada Malaysiakini semalam.
Mereka juga menggesa agar pihak berkuasa agama negeri-negeri yang terlibat serius dengan masalah jerebu agar mengadakan solat istisqa (solat meminta hujan) di setiap peringkat.
Pejabat Mufti Singapura mengeluarkan fatwa bahawa penganut Islam di republik itu tidak perlu ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat berikutan masalah jerebu yang semakin serius, lapor AFP.
Ini kerana jerebu memberi kesan negatif kepada kesihatan dan mungkin boleh mengancam nyawa, kata pejabat Mufti Singapura.
Orang ramai dinasihatkan menunaikan solat Zohor di rumah atau di mana-mana sahaja. Berdasarkan data 2012, umat Islam Singapura mewakili kira-kira 13 peratus populasi keseluruhan negara itu.
Indeks jerebu Singapura sebelum ini mencatat tahap kritikal iaitu 401 yang mampu mengancam nyawa pihak yang mengalami masalah kesihatan dan warga emas sekiranya keadaan itu kekal selama 24 jam.
Mon Jun 24, 2013 9:47 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Tu dia sampai kena duit sendiri nak turap jalan..rakyat SENANG macamana nie..?
Posted by Kedah Lanie
Kumpul duit sendiri turap jalan
ALOR SETAR - Empat keluarga di Kampung Alor Sekawan, dekat sini, bimbang keselamatan mereka terancam kerana terpaksa menggunakan jalan rosak, kecil dan tidak berturap setiap hari.
Penduduk, Zaleha Hussain, 57, berkata, penduduk terpaksa mengumpulkan wang sendiri semata-mata untuk menurap jalan berkenaan, malah sudah beberapa kali mereka perlu berbuat sedemikian untuk membeli tanah dan membayar upah orang.
Menurutnya, kali pertama, masing-masing menyumbangkan RM100 seorang dan yang terbaru mereka menyumbangkan RM250 supaya jalan dapat dibaiki.
"Ada juga individu yang baik hati menyumbang tanah kepada kami, bagaimanapun masalah jalan ini tetap tidak dapat diselesaikan.
"Kami terpaksa bersusah payah keluar ke jalan besar setiap hari. Malah, keadaan bertambah teruk apabila hujan lebat berikutan kenderaan tidak dapat bergerak disebabkan tanah menjadi lembap," katanya kepada Sinar Harian.
Zaleha berkata, keadaan itu sudah berlarutan kira-kira 30 tahun sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk setempat dan orang luar yang menggunakan jalan tersebut kerana dikhuatiri kenderaan terjunam ke dalam sawah.
"Bayangkan, mana-mana penduduk yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan terpaksa memperuntukkan sejumlah wang sendiri, demi menggelakkan kenderaan tetamu mereka tergelincir ke sawah, namun kadang kala ia tetap terjadi," katanya.
Sementara itu, Nor Hashimah Ismail, 44, berkata, penduduk boleh menggunakan tiga laluan berbeza untuk ke kampung terbabit, bagaimanapun semua jalan mengalami masalah sama kerana mengalami kerosakan dan ditumbuhi semak-samun yang mengganggu laluan.
Katanya, keadaan ini menyebabkan penduduk sering kemalangan akibat terjatuh ke dalam sawah berhampiran walaupun sudah biasa dengan persekitaran dan keadaan jalan berkenaan terutama pada waktu malam.
Permasalahan itu mendapat perhatian Ketua Pemuda Umno cawangan Lubuk Lunas, Ahmad Isnizan Kassim, yang turut sama mengumpulkan wang untuk menurap sebahagian jalan terlibat demi meringankan beban dan membantu penduduk setempat.
Bagaimanapun, katanya, wang yang dikumpulkan tidak mencukupi bagi menampung semua jalan dan berharap pihak berkenaan dapat memberi perhatian serius.

GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments:
Post a Comment