Sunday, June 2, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3608

5 New Messages

Digest #3608
2
Fw: Pengusaha feri Langkawi charge GST by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3
Fw: Apalah nasib badan... by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
Fw: Cara Memproses Spaghetti Di Indonesia by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
stream vs wish.. by "Mohammad Razi" razi_bazin

Messages

Sat Jun 1, 2013 7:14 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

larang motorsikal ikut luar negara konon.....luar negara minyak murah dari Msia  tak nak pulak ikut

________________________________
From: -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, June 1, 2013 11:50 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Aduhai KPN.. Larangan motosikal masuk bandar


 

 
Larangan
motosikal masuk bandar tidak masuk akal, tidak adil dan diskriminasi terhadap
golongan penunggang motosikal
biaqpila.blogspot.
 
wengsan.blogspot.
posted by Weng San
Lau
Blog@Wengsan...博客@永山
 
Aduhai KPN.. orang suruh
pikiaq kurangkan kadar jenayah bukan suruh sekat kebebasan rakyat bergerak!
Posted by Kedah Lanie
Larangan motosikal masuk bandar satu diskriminasi
Lau Weng San

Cadangan Ketua
Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk melarang kemasukan motosikal ke
sesetengah zon di bandar besar yang akan dikategori sebagai "zon selamat" ialah
satu cadangan drastik yang tidak masuk akal dan tidak adil kepada para
penunggang motosikal.

Malahan cadangan ini juga satu cadangan yang
bersifat diskriminasi terhadap penunggang-penunggang motosikal di
Malaysia.

Sebagai seorang penunggang motosikal, saya akan menentang dasar
ini habis-habisan bukan kerana ia dasar yang tidak masuk akal, tidak adil dan
diskriminasi, malahan saya berpendapat ia langsung tidak menyelesaikan masalah
jenayah jalanan.

Cadangan ini adalah tidak masuk akal seolah-olah pihak
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) gagal membanteras kegiatan jenayah sehingga mereka
perlu melarang kemasukan motosikal ke dalam kawasan bandar.

Jika logik
ini boleh diterima, mengapakah polis tidak melarang penggunaan senjata-senjata
seperti parang, pisau yang juga boleh disalahguna untuk kegiatan
jenayah?

Cadangan ini tidak masuk akal kerana ia akan menjejas sesetengah
sektor perkhidmatan di pusat-pusat bandar seperti perkhidmatan kurier,
perkhidmatan penyampaian (delivery services) dan perkhidmatan
pos.

Bagaimana surat, dokumen dan barang-barang kurier yang dikirim ke
alamat-alamat dalam "zon selamat" dapat dihantar tepat pada masanya tanpa
menggunakan motosikal?

Cadangan ini tidak adil kerana ia pasti akan
menjejas sumber pendapatan golongan berpendapatan rendah dan golongan pekerja.
Mereka terpaksa bergantung kepada kenderaan kecil seperti motosikal untuk
berulang-alik antara rumah dengan tempat kerja kerana motosikal menawarkan cara
pengangkutan yang murah, cekap dan efisyen lebih-lebih lagi kehidupan golongan
pekerja semakin terhimpit dengan kos kehidupan yang meningkat dan gaji yang
rendah.

Ini bertambah teruk apabila golongan pekerja tidak boleh
bergantung kepada pengangkutan awam di Malaysia yang masih berada di takuk
lama.

Cadangan ini juga ialah satu bentuk diskriminasi terhadap
penunggang motosikal. Mengapakah golongan penunggang motosikal perlu
dipersalahkan sedangkan terdapat cara-cara lain untuk menyelesaikan masalah
ini?

Misalnya, kerajaan harus membina lebih banyak lorong motosikal di
kawasan bandar agar pejalan-pejalan kaki dapat dipisahkan daripada laluan
motosikal. Bukankah cara ini jauh lebih efektif dan berkesan dalam mengurangkan
jenayah jalanan?

Malahan lebih banyak lorong motosikal perlu dibina untuk
memisahkan penunggang-penunggang motosikal daripada pengguna-pengguna jalan raya
yang lain demi mengurangkan kadar maut penunggang motosikal.

Apabila Tan
Sri Khalid Abu Bakar menyebut tentang adanya beberapa bandar di luar Negara yang
melarang kemasukan motosikal ke dalam kawasan bandar, soalan timbul sama ada
larangan ini dikeluarkan atas alasan yang sama? Kalau ada, beliau harus namakan
bandar-bandar ini. Jika ya, soalan yang kedua ialah adakah ia berkesan dalam
mengurangkan jenayah jalanan?

Barangkali Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu
memberi penjelasan yang lebih mendalam tentang cadangan ini sebelum beliau
membawanya untuk pertimbangan dan pelaksanaan selanjutnya oleh agensi-agensi
kerajaan yang lain. Jika tidak, ianya hanya akan mengundang lebih banyak
kritikan daripada kaum penunggang motosikal.

Lau Weng San adalah ADUN DAP
Kampung Tunku. Beliau antara ratusan ribu penunggang motosikal di Lembah Klang.
Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan
pendirian rasmi Malaysiakini.
 
 
KPN Cadang Larang Motor Masuk Bandar.
telokbakong.blogspot
amenoworld.blogspot
Idea neh aku tolak. Aku ada sebab2 tertentu kenapa aku
tolak idea neh. Bukan kerana yang bagi idea neh KPN maka aku membuta tuli tolak.
Jangan salah faham. Tapi aku ada sebab2 tertentu yang bakal aku explain kejap
lagi.
Aku faham. Aku percaya KPN ada sebab tersendiri kenapa
dia bagi idea tersebut. Mungkin dia ada kaji beberapa aspek. Tapi siyes aku
cakap idea neh takan menyelesaikan masalah berbangkit.
Tujuan KPN nak kurangkan kadar jenayah jalanan. Nak
mewujudkan zon selamat di kawasan bandar2 utama. Bagus. Jangan kita nafikan yang
KPN ada matlamat yang bagus. Seperti yang kita sedia maklum, jenayah ragut dan
rempit memang sebati ahh dengan penunggang2 motorsikal. Ini fakta
beb.
Tapi wajarkah tindakan sebilangan penunggang motorsikal,
yang tak terbabit sama turut terhukum sekali tak pasal2?
Idea nak mewujudkan zon selamat itu dah cantik dah. Tapi
biar la kita gunakan pendekatan yang tak menyusahkan dan tak mendiskriminasikan
orang lain.
Kena faham. Bukan semua mampu beli kereta beb. Dan kena
faham, bandar2 utama selalu jam beb. Kalau ko larang penggunaan motor tak ke itu
keterlaluan? Adakah jenayah hanya boleh dilakukan menggunakan motor?
NOOOOO
Baru2 neh anak menteri kena ragut beb. Depan shopping
mall. Tahu tak peragut gunakan kenderaan apa ketika lakukan jenayah? Kereta
satria beb. Maksudnya asalkan dorang dah bernekad nak lakukan jenayah, dorang
tetap akan buat tak kira la guna kenderaan apa sekalipun.
Kenderaan tue faktor sampingan jek. Bukan faktor utama.
Faktor utama tue ialah sikap penjenayah tue sendiri. Di samping kawalan
keselamatan yang longgar. Di tambah pula dengan hukuman yang tak menakutkan
penjenayah. Tue yang buat kadar jenayah naik meninggi.
Lagipun cuba fikir masak2. Sejauh mana semua tempat kat
Malaysia neh boleh di akses dengan pengangkutan awam? Sejauh mana semua rakyat
mampu memiliki kereta sendiri? Bagaimana pula dengan pekerja2 yang gunakan motor
seperti Pizza Hut dan posmen?  Despacth?
Sebab tue aku tolak idea neh. Matlamat memang cantik.
Tapi cara nak capai matlamat tue tak berapa ngam. Kena tolak. Berapa ramai yang
guna motor nak elakkan jalan jem? Ramai wooo. Polis pun geng2 motor
juga.
Aku cadangkan KPN buat satu perbincangan umum. Panggil
geng2 motor. Panggil rakyat. Kita bincang dalam satu forum. Kita tukar2 idea.
Kadang2 kita tak faham mesej PDRM. Kadang2 PDRM tak faham
mesej kita. Kalau kita bertemu berbincang dan bertukar2 idea mungkin kita boleh
capai satu resolusi.
Mungkin PDRM tak nampak sejauh mana masyarakat rasa risau
dengan tahap keselamatan dalam negara sekarang neh. Sebab tue perlu untuk KPN
berlapang dada tanya directly pada rakyat sebab kami la golongan sasaran korang.
Keselamatan kami la yang menjadi tanggungjawab korang pun. Jangan buat idea syok
sendiri. Tolong la KPN..
Thanks..
 
________________________________

 
Comments
potpet potpet · 
Islam sangat galakkan kita untuk saling nasihat-menasihati. Islam
adalah agama yang harmoni. Actually, semua orang kena sefahaman baru sesuatu
kerja menjadi mudah dilaksanakan. untuk mendapat 100% perfect sempurna, mungkin
tidak. mungkin kaedah kajian perlu dijalankan terlebih dahulu. kalau semua orang
perfect kan senang kerja.
apapun keputusannya, malaysia akan menjadi negara
contoh yang positif kepada negara-negara luar.
 
C++ · 
DeeDee AmenoWorld....

Agaknyer lepas nih kereta satria pon diharamkan
masuk dalam bandar.... hahahaha.... lawak bodoh betul lar.... hahaha
My recent post Kalaulah Ada...

Sun Jun 2, 2013 12:38 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pengusaha feri Langkawi charge ala-ala GST kat penumpang...
Posted by Kedah Lanie

Alhamdulillah....normal la tuu...charge nie pon ala-ala GST yang dikatakan tu lah... Almaklumlah BN MENANG KEDAH SENANG....

Sun Jun 2, 2013 12:40 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Apalah nasib badan...siapa suruh pangkah BN..???
Posted by Kedah Lanie
Syed Abdullah Jamalullail,

Apabila saya membawa keluarga saya balik kampung keKangar, Perlis dari Seremban melalui Lebuhraya PLUS terdetik dihati saya bila sampai masuk sahaja dikiosk tol Seremban 'kalaulah parti Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya alangkah baiknya', pertamanya kerana janji Pakatan Rakyat akan menghapuskan bayaran tol dan keduanya akan pula mengurangkan harga minyak ke tahap yang sudah tentu rakyat akan sambutnya dengan kesyukuran.

Tetapi kini semuanya menjadi kenangan dan susah untuk dilupakan kerana impian sedemikian masih jauh lagi serta bersedialah wang lebih daripada seratus ringgit untuk bayaran tol sahaja dan bersedialah ongkos untuk harga minyak yang tidak turun-turun itu setiap kali untuk berjalan atau balik kampung.

Apa boleh buat, ia adalah pilihan rakyat itu sendiri yang masih tidak mahu berubah seolah-olah tidak yakin pada perubahan yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat dan masih mahu peneraju yang lama menjaga kebajikan mereka sedangkan dalam satuasi semua barang naik ini sepatutnyalah kita mencuba dahulu kemampuan Kerajaan yang baru yang bermati-matian berjanji untuk menghapuskan tol diseluruh negara saperti petikan ucapan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebelum PRU-13 dahulu 'hari ini kita menang esok tiada lagi tol'.

Begitu juga tentang pinjaman PTPTN yang anak saya masih berhutang itu terpaksalah tanggung membayarnya setiap bulan hingga selesai dan tiadalah anak saya mampu untuk menghulurkan bantuan yang sepatutnya kepada ibu bapa mereka disebabkan terpaksa berhadapan dengan hutang tersebut sehingga langsai.

Nampaknya kenalah tunggu lima tahun lagi apabila diadakan PRU-14 dan itu pun belum tentu nasib Pakatan Rakyat dalam jangka masa yang agak panjang itu apa-apa pun boleh berubah dalam sekelip mata. Yang dikhuatiri adalah harga barang terutama sekali bahan makanan dan barang keperluan dapur sudah tentu tidak akan diturunkan malahan dijangka akan naik dari tahun ketahun.

Bayangkanlah harga sekilo udang dan sotong ketika ini berharga RM25 sekilogram dan harga ikan kembong dan ikan selar yang dahulunya dianggap ikan murahan kini berharga hampitr RM20 sekilogram. Bagaimanakah untuk menyara keluarga jika gaji hanya naik 5 peratus sedangkan harga barang naik 50 peratus? Ini semuanya berpunca kos pengangkutan menjadi salah satu sebab harga barang keperluan harian naik adalah kerana tol yang dikenakan itu.

Kesempitan hidup dibandar semakin terasa dan kadang-kadang terfikir juga untuk balik dan tinggal dikampung sahaja lebih menjamin dimana walaupun tiada berbagai-bagai kemudahan tetapi kemudahan asas untuk hidup pun memadai daripada bertungkus lumus mengabadikan diri kepada kebendaan yang tidak kekal kehidupan dibandar besar itu.

Diharap Kerajaan dapat mengawal harga barang sebaik mungkin dan jangan sampai harga ikan kembong atau udang naik hingga RM50 sekiogram dalam jangkamasa 5 tahun lagi sudahlah. Hal ini kerana kami yang berkeluarga besar ini yang berpendapatan rendah terpaksa makan nasi goreng dengan gulai singgang setiap hari kerana itu sahaja yang kami mampukan. Disarankan gaji pekerja tidak kira pekerja swasta ataupun kakitangan Kerajaan hendaklah dinaikkan sekali ganda lagi agar dapat mengimbangi dengan kos sara hidup sekarang ini.

Sun Jun 2, 2013 12:40 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Cara Memproses Spaghetti Di Indonesia
guablog.com/
amekaw.com
By Amekaw

Penulis menjumpai beberapa gambar cara memproses spaghetti di indonesia yang agak-agak xtahu nak kata apa =) .Patutlah sedap spaghetti dari indon. TU belum lagi tengok maggi.

Sun Jun 2, 2013 9:40 am (PDT) . Posted by:

"Mohammad Razi" razi_bazin

Salam..

Nak tumpang tanya.. ada sape-sape bole komen atau share pasal dua mpv ni..

1. honda stream
2. toyota wish

saje je nak tahu..

1. mudah dan murah nak maintain..
2. pasal performance..
3. dan apa2 info yg bole dikongsikan bersama.. kalau ada personal experience lagi bagus...

Terima kasih...
GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: