Friday, January 10, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3815

2 New Messages

Digest #3815
1
Fw: Apa barang pakai kereta COPY PASTE, by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2
Fw: Info Kesihatan, Bahaya Panadol by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Thu Jan 9, 2014 8:35 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Apa barang pakai kereta COPY PASTE, tengok Negeri Sembilan depa bantai HONDA ACCORD original lagik..!!
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

10 Exco dapat kereta baharu

'Honda Accord digunakan sebagai kenderaan rasmi timbalan Exco dan Timbalan Speaker Kerajaan Negeri Melaka.

SEREMBAN – Seramai 10 Exco Kerajaan Negeri Sembilan menerima kereta rasmi baharu apabila Proton Perdana yang digunakan sebelum ini digantikan dengan Honda Accord 2.4 cc berkuatkuasa semalam.

Turut menerima kereta baharu ini adalah, setiausaha kerajaan negeri, mufti negeri, penasihat undang-undang, speaker Dun dan juga pegawai kewangan negeri.

Walau bagaimanapun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemberian kereta baharu ini tidak melibatkan dirinya berikutan beliau tidak pernah menggunakan kereta rasmi kerajaan negeri, sebaliknya menggunakan kenderaan sendiri.

"Sudah tiba masanya kereta lama kerajaan negeri itu ditukar baru memandangkan usia kereta Proton Perdana yang digunakan itu sudah melebihi 10 ke 12 tahun, malah ada di antaranya selalu rosak sehingga menyebabkan Exco kita terkandas di tengah-tengah lebuh raya.
"Kos penyelenggaraan kereta lama itu juga sangat tinggi. Tiga buah kereta yang diselengara sama harga dengan sebuah kereta baharu dan itu merupakan satu pembaziran.

"Saya yakin dengan penggunaan kereta baru ini, ia dapat mengurangkan kos penyelenggaraan, di samping menjimatkan wang untuk membaikinya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, dekat Wisma Negeri di sini, semalam.

Tambah Mohamad, kereta ini ditempah lama pada tahun lalu, iaitu sebelum model Proton Perdana baharu dilancarkan, dan kos keseluruhan bagi pembelian 15 kereta tersebut adalah berjumlah RM1.6 juta, di mana setiap kereta berharga RM110,000.

Dalam pada itu, Mohamad memberitahu semua elaun dan juga gaji Exconya masih kekal pada tahap sama, di mana tiada sebarang kenaikan dibuat setakat ini.

Katanya, tiada keperluan mendesak untuk menaikkan gaji serta elaun mereka buat masa ini, dan yakin ia masih lagi mencukupi.

Di MELAKA, sembilan kereta baharu jenis sama diterima timbalan Exco dan timbalan speaker kerajaan negeri, semalam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kenderaan rasmi berkenaan disewa daripada anak syarikat kerajaan negeri, Panorama Melaka Sdn Bhd.

Menurutnya, menerusi pengalaman sebelum ini, kerajaan terpaksa menanggung kos penyelenggaraan dalam jumlah cukup besar.

"Kita menyewa kenderaan ini mengikut bulan dan bukan belian kerana sewaan lebih menguntungkan. Apabila rosak senang kita hantar penyelenggaraan kepada mereka," katanya selepas mesyuarat Exco di Seri Negeri, semalam.

Sebelum ini timbalan Exco menggunakan kenderaan jabatan atau persendirian bagi menjalankan tugasan.

Katanya, kenderaan berkenaan sudah ditempah sejak tahun lalu.

Thu Jan 9, 2014 8:38 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Info Kesihatan, Bahaya Panadol
telokbakong.blogspot.
ijoks2009.blogspot
Posted by ijoks2009

Pepatah mengatakan api jika kecil menjadi kawan bila besar jadi lawan.Begitu juga dengan panadol atau paracetemol,Bila diambil secara berterusan akan menyebabkan kesan sampingan .
Seperti dua kisah dibawah ini.

Kisah Pertama

"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada
tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang Pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Kisah Kedua

Hari Isnin lepas, ummi sha dapat berita yang mengejutkan. Seorang kawan ummi sha dimasukkan ke wad ICU kerana darahnya naik sehingga 200 lebih. Ummi sha diberitahu yang dia terlibat dengan program sukan pada hari Jumaat lepas.

Dia mula mengadu pening kepala dan mengalami sedikit demam. Setelah mengambil peperiksaan untuk pengajian Masternya, sakit kepalanya makin bertambah dan dia telah mengambil 10 biji panadol seperti kebiasaanya untuk menahan sakit.

Di rumah, dia mulai muntah-muntah dan jatuh pengsan. Ibubapanya membawanya ke hospital dan dia di masukkan terus ke wad ICU kerana koma. Doktor melakukan pemeriksaan menyeluruh termasuk CT scan dan air tulang belakangnya diambil untuk kajian.

Hari Rabu, dia mulai sedar dari koma tetapi tidak boleh menerima tetamu selama 72 jam. Sekarang keadaannya beransur pulih tetapi masih dalam pengawasan doktor.

Untuk pengetahuan semua, kawan ummi sha yang diceritakan di atas telah dipindahkan ke wad biasa.
Tetapi keadaannya amatlah menyedihkan kerana pemikirannya telah terganggu dan dia seolah-olah berada di alam kanak-kanak tadika.

kawan baiknya telah menziarahinya dan dia memanggil kawannya itu sebagai "kakak" dan membahasakan dirinya "adik" walhal umur mereka sebaya (28 tahun).

Dia juga meminta coklat atau aiskrim seperti kanak-kanak tadika dan sentiasa leka bermain dengan "seseorang". Apabila ditanya dengan siapa dia bermain, dia menjawab dia bermain dengan adiknya (adiknya telah lama meninggal dunia).

Hal ini membuatkan keluarganya dan kawan-kawan berasa sedih dan susah hati. Dia juga tidak mengenali sesiapa pun selain kedua-dua ibubapanya sahaja.
Doktor kata keadaannya ini akan mengambil masa untuk sembuh..

Panadol yang terlebih dos dan kerap diambil telah menyebabkan gangguan ini berlaku. Oleh itu hati-hatilah dengan pengambilan ubat-ubatan, mintalah nasihat doktor.

Bukankah Allah telah memperingatkan dlm Al-Quran.

"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui." [an-Nahl : 43]

-ijoks2009-
Peristiwa yang sama berlaku kepada orang yang terdekat dengan saya.Akibat mengambil panadol yang berterusan untuk menghilangkan sakit kepala dan senggugutnya menyebabkan pemikirannya menjadi agak slow sedikit tapi tidak seteruk seperti kisah diatas.

comment:

Anonymous said...
yang pegi ambil overdose sape suruh..Air kosong pun kalau telah 5 liter sekali gus boleh mampus..

Baca Selengkapnya - Kami SokongTokguru: Info Kesihatan, Bahaya Panadol http://ijoks2009.blogspot.com/2014/01/info-kesihatan-bahaya-paadol.html#ixzz2pcyqOAOD
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: