Saturday, January 25, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3826

2 New Messages

Digest #3826

Messages

Fri Jan 24, 2014 8:24 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

[KUASA ILAHI] Wanita Hamil Selamat Merangkak Naik Setelah Kereta Terhumban Ke Dalam Cerun
greenboc.blogspot
Posted by greenboc

Kereta mangsa dikeluarkan dari curam. gambar kecil : Nurzati yang hamil tujuh bulan dan Mohd Rizwan bersyukur kerana terselamat selepas kereta yang mereka naiki terjunam ke dalam cerun dekat Bandar Seri Bandi, pagi semalam.

Kemaman – "Semasa kereta melayang ke dalam cerun sedalam lima meter, saya hanya fikir kami berdua sudah berdepan dengan ajal dan anak sulung dalam kandungan isteri akan keguguran.

Demikian kata pekerja kilang batu kapur, Mohd Rizwan Muda, 27, yang terselamat bersama isterinya yang sarat mengandung tujuh bulan selepas kereta Proton Persona yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam cerun kira-kira jam 7 pagi semalam.

Mohd Rizwan dan isterinya, Nurzati Akmal Roslan, 19, hanya mengalami kecederaan ringan dalam nahas di Kilometer 19 Jalan Seri Bandi-Padang Kubu dekat Bandar Seri Bandi.

Mohd Rizwan berkata, ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari rumah bapanya di Kerteh dan mahu ke tempat kerjanya di Bukit Sagu, Kuantan.

Namun, setibanya di tempat kejadian dia cuba mengelak sebuah bas sekolah yang datang dari arah bertentangan menyebabkan kereta dipandunya terbabas.

"Keadaan bahu jalan yang dibasahi embun dan licin menyebabkan saya hilang kawalan lalu kereta melayang ke dalam cerun. Waktu itu saya memandu dalam kelajuan sekitar 80 kilometer sejam.

"Nasib baik pokok resang tebal di tepi jalan, jadi ia memperlahankan kelajuan kereta saya menyebabkan saya dan isteri tidak mengalami kecederaan parah dan terselamat dari maut," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu Nurzati berkata, dia dan suaminya merangkak naik ke atas jalan selepas keluar dari kereta yang terperosok dalam rimbunan pokok resang.

"Ketika kereta dipandu suaminya meluncur ke dalam cerun, saya sempat mengucap dua kalimah syahadah.

"Saya juga seperti suami, kami bayangkan itu pengakhiran hayat kami namun, syukurlah kami berdua selamat terutama sekali anak dalam kandungan saya," katanya yang masih kelihatan terkejut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Hitam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 - SH

comments:

Anonymous said...

ALHAMDULLILLAH SELAMAT !!!!!!!

KUASA ALLAH SWT AMAT LUAS......

Anonymous said...
Jangan biasakan diri sebut 'nasib baik..'. sebaliknya sebut lah alhamdulillah. Yang baik datang dari Allah swt, bukan nasib kita baik

Anonymous said...
Syujud syukur dek, . alhamdulillah!

Fri Jan 24, 2014 8:25 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Inila Kereta Yang Pakai No Plat Mahal W1N RM748K !!!!
telokbakong.blogspot.
amenoworld.blogspot

Harga no plat lagi mahal dari harga kereta. Dasat betul. Kalau bagi aku confirm aku beli rumah. Tak silap aku baru2 neh kat Johor juga. Ada keluarga yang merempat sebab kena halau dari rumah sewa yang dimiliki oleh orang Singapura.

Pehhhhhhh.

Warga sendiri dihalau oleh warga asing tue derrrrrr.

Bukan pasal tak bayar sewa. Tapi nak bayar lambat sikit jer. Itupun kena halau. Memang berapi ah juga dengar citer pasal keluarga tue. Kalau aku ada 748k time tue dah sah2 aku beli rumah lelong sebijik, cash punya boleh dapat bawah 100k sekarang, then bagi kat family tue. Then aku beli rumah untuk aku sekali. Pasal aku pun takde rumah sendiri neh.

Keh Keh Keh

Btw, sejak semalam kami dapat satu gambar. Pasal tender no plat. Rujuk yang tertera kat bawah neh hah ;

Yang rare tue no W9N der. Pasal nama dia unuk. Gan Da Wang. Gila ahh. Mesti wang berganda2 yang dia ada. Kalau la dia kawan aku. Memang aku pow dia.

HAHAHAHA..

Yang pertama dan macam biasa, W1N semestinya Sultan Johor kesayangan rakyat Johor. Aku tak sayang Sultan Johor. Lagipun aku takde keperluan pun nak sayang2 sultan neh. Orang KL beb. Mana ada sultan2 neh.

HAHAHAH..

Lihat gambar Sultan Johor dengan no plat dia yang lagi mahal dari kereta tue..

Suprima S neh lebih kurang RM70k ke atas la juga. Tak silap aku la.

No plat W1N = RM748k

Berganda2 dari harga kereta. Kadang2 aku rasa nak je jadikan Sultan2 neh kawan aku. Kot2 boleh pow RM100ribu ka RM200ribu ka. Buat beli rumah lelong sebijik pun jadi la.

Sultan takmo ka kawan dengan rakyat yang merempat macam aku neh?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2014/01/inila-kereta-yang-pakai-no-plat-mahal.html#ixzz2rIxmXNaT

Syukur Alhamdulillah, Sultan Johor berjaya menang bida plat W1N RM748,000
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

Sultan Johor menang bida plat W1N RM748,000

JAMILAH HAMZAH

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

SHAH ALAM - Berita yang tersebar mengenai nombor plat W1N bernilai RM748,000.00 yang dibida oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ternyata benar.

Memetik laporan News Straits Time, Sultan Ibrahim bertitah baginda tidak keberatan membayar sejumlah wang tersebut untuk nombor plat yang diingininya.

Menurut Sultan Ibrahim, wang yang dibelanjakan tersebut akhirnya akan dikembalikan kepada rakyat.

"Rakyat akan mendapat manfaat daripadanya. Jadi, jumlah yang dibayar adalah kecil berbanding dengan faedah yang rakyat akan terima," katanya dalam laporan itu.

Tambahnya, proses pembidaan yang dilakukan itu adalah mengikut prosedur yang betul.

"Saya bukan jenis yang suka melangkau prosedur untuk mendapatkan sesuatu. Ini adalah 'cara Johor' untuk membayar apa yang kita mahukan kerana semua perlu mendapat peluang yang adil dan seperti kata pepatah, 'the best man win'," katanya.

Semalam, Pengerusi badan pemantau jenayah Mywatch, R Sri Sanjeevan mendedahkan sultan Johor telah membelanjakan RM174,000.00 dalam bidaan nombor plat pendaftaran kenderaan.

"DYMMM Sultan Ibrahim telah sekali lagi menang bidaan untuk W1N, sebelum ini WWW1," tulisnya.

Sultan Johor menang bida plat W1N RM748,000
telokbakong.blogspot
blog-hangit.blogspot.
Posted by hangit

(sinarharian)

Sultan Johor Beli Nombor Plat WWW1 - RM748,000
telokbakong.blogspot
ibnuhasyim.com
Posted by Ibnu Hasyim

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (gambar) berjaya membida nombor plat W1N dengan harga RM748,000.

Akhbar bahasa Inggeris, New Straits Times, melaporkan Sultan Ibrahim bertitah, baginda tidak keberatan membayar jumlah wang tersebut untuk nombor plat yang diingininya. Sultan Ibrahim bertitah, wang yang dibelanjakan tersebut akhirnya akan dikembalikan kepada rakyat.

"Rakyat akan mendapat manfaat daripadanya. Jadi, jumlah yang dibayar adalah kecil berbanding dengan faedah yang rakyat akan terima," titahnya, dipetik daripada akhbar berkenaan.

Tambahnya, proses pembidaan yang dilakukan itu mengikut prosedur yang betul.
"Saya bukan jenis yang suka melangkau prosedur untuk mendapatkan sesuatu. Ini adalah 'cara Johor' untuk membayar apa yang kita mahukan kerana semua perlu mendapat peluang yang adil dan seperti kata pepatah 'the best man wins'," katanya.

Semalam, pengerusi badan pemantau jenayah Mywatch, R Sri Sanjeevan mendedahkan bahawa Sultan Johor membelanjakan RM174,000 dalam bidaan nombor plat pendaftaran kenderaan.

"DYMMM Sultan Ibrahim sekali lagi menang bidaan untuk W1N, sebelum ini WWW1," kata Sanjeevan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: "Rakyat akan mendapat manfaat daripadanya. Jadi, jumlah yang dibayar adalah kecil berbanding dengan faedah yang rakyat akan terima," titah Sultan Johor. Begitukah kepimpinan Islam, kepimpinan Rasullillah SAW? Ulama-ulama UMNO tolong jawab.

comment:

mohd azrul said...
kenapa nak pertikai sultan johor beli nombor plat itu baginda ada hak nak beli nombor plat itu jangan sampai menghina sultan johor dan ibnu hasyim janganlah pertikai ini dah menghina sultan johor

Sultan Johor beli nombor plat W1N RM748,000 demi kepentingan rakyat?
telokbakong.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Comments
Lagit dan Bumi ·

Dah tgk keta Proton Suprima warna biru dgn plat W1N tu..sekali pandang mcm bunyi "win" @ menang jer...mmg cantik...nasib tak de duit banyak tu...klu byk duit tak de hal punya...
"Saya bukan jenis yang suka melangkau prosedur untuk mendapatkan sesuatu. Ini adalah 'cara Johor' untuk membayar apa yang kita mahukan kerana semua perlu mendapat peluang yang adil dan seperti kata pepatah, 'the best man win'," kata Sultan Johor dipetik News Straits Time...
tule untung nya jadi kaya kat M'sia @ dunia ne...semuanya senang jer dapat....

Nayborhoodbully ·

....menikkus nampak....? tanduk org pinjam tk pulang balik lagi ka..?

....nasib badan......kesian kat kucing asyik raba kepala kot2 tumbuh tanduk baru...

no2ajal ·

manusia berebut rebut untuk jadi terbaik didunya tapi sedikit untuk jadi terbaik di akhirat

YanaamCD ·

Untung la rakyat Johor dpt Sultan yg sanggup belanja 3/4 juta untuk rakyat jua ada nya.

Maulana NS ·

Heran lah . Kata lah ada rakyat biasa yang dapat W1N dan semasa di highway di lane 3 tiba tiba bunyi siren .Polis motorsikal lambai tangan . Orang tu kena ketepi ke? Ok lah orang tu ketepi tapi yang Polis escort kereta plat warna kuning tertulis 'YTM Sultan xxx' ..

kalau kira kebaikan memang duit tersebut pergi kepada rakyat jugak dibandingkan dengan kalau sultan buat filem di US. Dah lah kena potong .. rakyat sendiri pun tak boleh tonton ..

JebatMustDie ·
...hypothetical question jer ni...,

..klu seorg pemerintah negara yg sanggup jd traffic controller, tiba2 lalu Pak Cik tua selepas meragut, menaiki kereta lembu....baginda agaknya hadiah kondo nk tinggal..?

SulaimanRaja ·

Daripada Ziyad bin Kasib al-Adwi katanya: Aku bersama Abu Bakrah di bawah minbar Ibn Amir ketika dia sedang berkhutbah dengan memakai pakaian yang nipis maka berkata Abu Bilal: 'Lihat pemimpin kita itu, dia memakai pakaian orang fasiq'. Maka berkata Abu Bakrah r.a: Diamlah, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menghina Sultan Allah di bumi maka Allah akan menghinanya". [al-Tarmizi, sahih]

Abu Ishaq al-Sabi'i r.h, daripada pembesar ulama Tabiin berkata:
"Tidak ada suatu kaum yang mencerca pemimpin mereka melainkan akan terhalang daripada mendapat kebaikannya". [al-Tamhid, Ibn Abdil Barr, al-Fitan, Abu Amru al-Dani].

Maulana NS ·

Ini Sultan yang macam Sultab Brunei tu ke?
We are making changes based on your feedback, Thank you !
The Yahoo! Groups Product Blog
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: