Thursday, January 30, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3831

4 New Messages

Digest #3831
2
Fw: Mayat Diseret Tanpa Disedari by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3
Fw: Anak pemandu bas kini tauke by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4

Messages

Wed Jan 29, 2014 8:19 am (PST) . Posted by:

"faizal hamdan" faizalmjc

Lebih baik diam dri berckp... Allah kan ade, biar dia menentukan...
On Dec 28, 2013 4:10 PM, "KARL8 MYPERSONAMEDIA"; <alidariff@yahoo.com> wrote:

>
>
> Fanatik ketaksuban ..boleh buat org jd bangang xberfikir sblm kluar
> kenyataan..
>
>
> Sent via Galaxy Note
>
>
>
> -------- Original message --------
> From: ML <allmailinglist@gmail.com>
> Date: 28/12/2013 11:18 AM (GMT+08:00)
> To: automobil@yahoogroups.com
> Cc: automobil@yahoogroups.com
> Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: buat jalanraya 1 meter
> dengan kos RM7220...!!
>
>
>
>
> Jgn risau, kalau ada penyokong pembangkang yg boleh buat jauh lebih rendah
> utk tarik jalan sampai hutan tu offer2 aaa.. Ckp bnyk pun tak guna...
>
> Tapi sebelum tu try a tengok a mukabumi tu dulu.. :-)
>
> Cakap dari bilik selesa boleh aa haha
>
>
>
> On 28 Dec, 2013, at 8:33 am, muhamad zuki bin abdul kadir <
> melayu83@gmail.com> wrote:
>
>
>
> Kalau kos mahal sebab kerja sukar takpe,takut mahal sebab rasuah,kualiti
> barang low class,skill pekerja pula tahap bina tandas cangkung.site
> engineer sebulan sekali baru tengok site.nanti pakai jalan tak dan 5
> tahun,dah runtuh.
> On Dec 28, 2013 7:16 AM, "Kamarudin Kamre" <kamarcam@yahoo.com> wrote:
>
>>
>>
>> Ko kena ingat kat sana tu banyak sungai dan hutan tebal, kos nak buat
>> jambatan dah berapa, sungai kalau kecik x pa ni sungai beso2 dgn buaya yg
>> banyak mkn orang lagi, aku pun sedih jugak (masa aku posting kat sana)
>> menyeberang sungai guna sampan kecik kadang belum sampai dah kena telan
>> buaya, satu hari tu sorang cikgu dari semenanjung kena rogol dan bunuh sbb
>> tumpang org yg x dikenali naik sampan kat Song setelah balik dari antar
>> duit kat mak dia kat bank sibu, maklum la gaji pertama, Muka bumi sarawak
>> bukan mcm semenanjung, tanah pun banyak tanah gambut, 10 kali repair jalan
>> pun tetap mcm tu juga.
>>
>> Sent from my iPad
>>
>> On Dec 28, 2013, at 12:14 AM, "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
>> wrote:
>>
>>
>>
>> Gila ka apa NAJIB buat jalanraya 1 meter dengan kos RM7220...!!<http://www.kedahlanie.info/2013/12/gila-ka-apa-najib-buat-jalanraya-1.html>
>> kedahlanie.info
>> Posted by Kedah Lanie
>>
>> <1525512_668683433181785_775447872_n.jpg>
>>
>> King Jason
>>
>> Buat jalan sampai RM722juta
>> Mcm tak logik
>>
>> *100km 722juta*
>> *1km 7.22juta*
>> *100m = RM722ribu*
>> *10m = RM72.2ribu*
>> *1m = RM7220*
>> *10cm = RM722*
>> *1cm = RM72.20*
>> *1mm = RM7.22*
>>
>> Hurmm.....Ilang akai ke...
>>
>> Lagi projek rembat duit rakyat. Jangan bantah. Korang demo bantah nanti
>> digelar *GULING KERAJAAN...............*
>>
>> Syhhhhh.. diam jer.. redho!!
>>
>> Okbai..
>>
>>
>

Wed Jan 29, 2014 8:29 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Mayat Diseret Tanpa Disedari
Berita TV9

Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan di Ipoh, Perak awal pagi tadi. Lebih tragis sebahagian anggota mangsa dipercayai diseret oleh kenderaan yang merempuhnya sejauh 43 kilometer.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 2:30 pagi tadi di Kilometer 274.2 lebuh raya utara selatan dekat susur keluar Ipoh. Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan ke selatan dirempuh sebuah kenderaan dari arah sama.

Mayat mangsa dipercayai tersangkut di bawah kenderaan yang merempuhnya. Bagaimanapun, polis belum dapat memastikan jenis kenderaan yang melanggar motosikal berkenaan. Polis tidak menolak kemungkinan pemandu tidak menyedari mangsa tersangkut di bawah kenderaan dan terus bergerak selepas kemalangan itu.

Kami difahamkan pihak polis sudah menghubungi keluarga mangsa untuk memaklumkan kejadian berkenaan.

Wed Jan 29, 2014 8:33 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Anak pemandu bas kini tauke
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
Wartawan Sinar Harian

Zambri (kiri) bersama sebahagian pekerjanya.

ALOR SETAR - Meskipun tanpa pengetahuan dalam dunia perniagaan, namun Zambri Mat, 35, nekad berhenti kerja sebagai akauntan profesional bagi menjalankan perusahaan bas persiaran pada 2006.

Katanya, pekerjaan arwah bapanya sebagai pemandu bas sedikit sebanyak mempengaruhi perjalanan dan perancangan hidupnya, sekali gus menjadi inspirasinya untuk mencapai impian tersebut.

Sambil dibantu SME Bank yang menyalurkan dana kewangan, Zambri bekerjasama dengan keluarga mentuanya, Adzmi Saad dan Che Jariah Osman untuk membangunkan perusahaan bas persiaran berbanding bergantung kepada satu punca rezeki semata-mata.

Tempuh pelbagai cabaran

"Pada awalnya, kami menempuh pelbagai cabaran dalam memperkenalkan perkhidmatan kepada orang awam. Pernah satu ketika, saya terpaksa menunggu dua hingga tiga jam semata-mata untuk berurusan dengan individu tertentu.

"Apabila kami mengedarkan risalah perkhidmatan, ada juga yang tidak mahu ambil dengan alasan selalu guna bas lain. Bayangkan, susah payah perlu dialami untuk memastikan produk dikenali, meskipun enggan diterima segelintir umum ketika itu," katanya.

Bagaimanapun, berkat kesabaran, katanya, selain dorongan ahli keluarga khusus isteri dan keluarga mentua, dia berjaya menjadi salah seorang ahli perniagaan berjaya di utara pada masa kini.

Pelajari aspek berkaitan bas

Menjadi majikan, katanya, tidak bermakna dirinya tidak memiliki pengetahuan asas berkaitan bas, sebaliknya semua perkara tidak kira aspek operasi, pemasaran mahupun kewangan perlu diberi perhatian untuk memastikan perkhidmatan berjalan baik.

"Saya sendiri belajar melayan pelanggan, malah belajar kaedah membaiki bas dalam memastikan perjalanan ke destinasi lancar, manakala pelanggan selesa mendapatkan perkhidmatan dengan kami. Malah, saya sendiri turun padang membeli alat gantian bas," katanya.

Dalam pada itu, katanya, dia memilih pekerja secara ketat, malah sering mengadakan ujian air kencing secara mengejut kalangan pemandu basnya bagi mengelak kejadian tidak diingini, khususnya kemalangan berlaku.

Untuk itu, Zambri berkata, dia juga menetapkan seorang pemandu khas untuk setiap bas sahaja bagi memastikan perjalanan penumpang tidak terganggu, manakala kenderaan dalam keadaan baik.

Bakal luas perkhidmatan

Kini Zambri sudah boleh tersenyum dengan kejayaan diperolehnya apabila memiliki 55 bas yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan seperti persiaran dan ekspres berbanding hanya tiga buah pada awal penubuhan.

Katanya, mereka menawarkan perkhidmatan bas lengkap dengan khidmat pemandu pelancong ke kawasan terkenal seperti Melaka, Nilai, Terengganu dan Kelantan.

Malah, katanya, orang awam tidak perlu bersusah payah menunggu di mana-mana stesen kerana mereka akan mengambil penumpang berhampiran kediaman penumpang.

Difahamkan, dalam tempoh beberapa tahun sahaja, Bintong Express & Holidays Sdn Bhd sudah berada di beberapa cawangan seperti Alor Setar, Langkawi, Perlis dan Kuala Lumpur.

Zambri berkata, mereka bakal memperluaskan perkhidmatan bas persiaran mulai April 2014 dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai platform perkhidmatan bas pelancongan ke seluruh negeri.

Wed Jan 29, 2014 8:33 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



KANTOI ~ Remaja Perempuan Bertudung Curi Wang ATM
malaysiaberih.blogspot
laksamanabukitbintang.blogspot.
Posted by Roslan Alan

Dua orang remaja perempuan kini dicari apabila gambar-gambar CCTV mendedahkan mereka sebagai suspek pencuri duit dalam mesin ATM.

Kejadian berlaku apabila pengadu, Puan Sanizabri Nurul 'Ain terlupa mengambil kad banknya semula daripada ATM RHB di Festival City. Beliau menyedari kejadian itu setelah balik ke pejabat. Namun semuanya sudah terlambat apabila beliau menyemak baki akaunnya menunjukkan terdapat transaksi pengeluaran sebanyak RM2000.

Setelah membuat laporan Polis, Puan Sanizabri kembali semula ke bank tersebut untuk mendapatkan salinan rakaman CCTV. Melalui rakaman itu, jelas menunjukkan dua orang remaja perempuan mengambil peluang dengan mengeluarkan duit beliau.

Bertambah kecewa apabila melihat kedua-dua remaja itu tersengih-sengih keluar daripada bank seolah-olah mendapat durian runtuh.

Beliau mengaku turut bersalah kerana kecuaian diri sendiri. Namun, perbuatan remaja itu yang mengambil kesempatan tidak boleh dibiarkan. Semoga kedua-dua orang suspek itu berjaya dikesan agar menjadi pengajaran kepada orang lain.

Comment
sadogol ·

Kecuain sendiri nak buat macamana , dah tak ada rezeki namaonya.
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: