Thursday, September 18, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4008

6 Messages

Digest #4008

Messages

Wed Sep 17, 2014 8:10 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Cucu Yang Comel Hilang : Nenek Yong Gayah Tawar RM1,000 Di Facebook Untuk Hadiah Cari Cucunya
telokbakong.blogspot
kachipemas.blogspot
Posted by Abu Luqman

Seorang nenek menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM1,000 kepada sesiapa yang membantu sehingga cucunya itu kembali ke pangkuan keluarga.

Berita itu disiarkan di laman Facebook nenek tersebut yang bernama Yong Gayah semalam yang berbunyi:-


Saya kehilangan cucu bernama Fatin @ Baby berusia 15 tahun.. mohon
beri maklumat dan sebarkan kepada orang ramai..
Sesiapa yang dapat memberi maklumat hingga menjumpai anak ini..
akan diberikan ganjaran RM1000.00..

Difahamkan cucunya bernama Fatin atau panggilan manja Baby berusia
15 Tahun, hilang sejak dua hari lalu di Teluk Intan, Perak.

Kepada sesiapa yang menjumpai atau boleh menghubungi Fatin maklumlah
kepadanya bahawa keluarganya sedang mencarinya.. Sesiapa mempunyai
maklumat untuk membantu nenek Yong Gayah mencari cucunya salurkanlah
kepada nenek Yong Gayah di laman Facebooknya https://www.facebook.com/yong.gayah.. Mudah-mudahan Fatin berada dalam keadaan selamat dan kembali
ke pangkuan keluarganya segera..

Berikut beberapa gambar Fatin..

Wed Sep 17, 2014 8:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

WAKIL RAKYAT DUA PENGGAL SUDAH ADA ARGAM ALA-ALA RUMAH PUTIH DAN BEBERAPA BUAH KERETA MEWAH?????
omakkau.blogspot
Posted by OMAK KAU!!

Omak Kau mendapat kiriman beberapa gambar yang mengisahkan seorang Ahli Parlimen penggal kedua sudah memiliki sebuah argam (mansion) ala-ala rumah putih dan beberapa buah kereta mewah.

Pemberi maklumat mengatakan ini bukan Ahli Parlimen dari PAS mau pun PKR atau UMNO katanya.

Kalau betul apa yang diceritakan oleh pemberi maklumat ini .. kalau baru dua penggal menjadi wakil rakyat sudah boleh miliki rumah semacam ini punya besar dan indah serta beberapa buah kereta mewah sudah kira dahsyat!!!!

Kalau tengok kepada nombor pendaftaran kereta ini semacam wakil rakyat ini berasal dari Perak .. TETAPI SIAPA DIA EK??????

Mungkin rakyat Perak boleh respon untuk pencerahan dan kebenaran sebab kini sudah mula menjadi perbualan dikalangan rakyat.

Omak Kau tidak pandai nak menilai harga argam tersebut .. tetapi kalau sekali pandang sudah pasti harganya jutaan ringgit .. berapa juta itu tidak pasti .. belum masuk peralatan rumah dan perabot.

Lihat perangai Ahli Parlimen Taiping ..
telokbakong.blogspot
manjongmari.blogspot
Posted by Manjungmari

Mungkin dia dah lama jadi Adun Pantai Remis, kemudian ambik pula Parlimen Taiping, sempat jadi exco selama 11 bulan, jadi banyaklah kumpul harta..

Itu tak kisah, tapi sebagai ahli politik tunjuklah sikap yang boleh dicontohi,, jangan jadi serupa samseng...

Tengok brand lah kereta apa.. bukan proton saga BLM...

Kereta mahal,, mana boleh lari 110 kmh/j..tarak syok...

Kereta mahal,, ada lambang stiker ahli parlimen, boleh sesuka parking kat tempat motosikal,,, apa ni.. belum lagi jadi menteri...

Ada sepuloh saman,, apa mau hairan.. wang banyak.. boleh bayar punya...

Wed Sep 17, 2014 8:13 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

8 Foto Ilustrasi Yang Menguji Kepintaranmu, Berani Coba?
bloglist-malaysia.blogspot.
motherof3mohd.blogspot
Foto: kapanlagi.com
Posted by Muji Sudiono

8 Foto Ilustrasi Yang Menguji Kepintaranmu - Oke update lagi, kita tinggalkan fenomena jilboobs yang sudah berlalu :D dan sekarang mari kita uji kecerdasan otak, pencermatan dan konsentrasi kita dengan sebuah foto ilustrasi yang jika kalau di lihat semang membuat pusing yah, di butuhkan konsentrasi tinggi untuk memahami foto foto tersebut.

Oke langsung saja ke foto yang pertama.

Foto di atas adalah sebuah foto siluet orang namun jika di cermati dengan seksama maka ada sebuah tulisan yang bisa di katakan memiliki arti pendusta, bisa di tebak apa tulisan itu ?

Kemudian pada foto berikutnya adalah urutan atau barisan angka 6 namun di antara barisan angka 6 tersebut ada satu angka yang berbeda , bisa di tebak angka berapa itu?

Foto di atas terlihat seorang botak yang memiliki jenggot tebal yang terlihat sedang manyun atau melamun, sedang ngelamunin jilboobs kali yah ..hehe,, bila di perhatikan dengan seksama foto tersebut terdapat dua ekspresi wajah lho, tidak hanya ekspresi wajah pria botak saja.

Sebuah ilustrasi cermin, coba tebak ada berapa ekor kucing dalam foto di atas tersebut, dan yang mana kucing aslinya ??

Sebuah lukisan gambar kuda yang indah namun menyimpan misteri :D pasalnya di lukisan tersebut hanya ada 1 ekor kuda saja yang terlihat, tapi sebenarnya dalam lukisan itu terdapat 7 ekor kuda jadi perhatikan dengan baik baik yah di mana 6 kuda itu bersembunyi.

Foto di atas terlihat dua orang sedang naik kuda dan di belakang kedua orang tersebut ada bangunan dengan kincir angin raksasa. tapi yang perlu anda tebak adalah berapa wajah orang kah dalam foto tersebut ? konsentrasi ya :D

Nah foto yang satu ini yang bener bener bikin pusing menurut saya, tapi mungkin berbeda dengan anda. kalau anda tidak pusing coba hitung titik hitam pada foto di atas jumlahnya ada berapa.

Dan yang terakhir adalah sebuah foto pot bunga biasa, namun jika melihatnya lebih teliti lagi pasti anda akan menemukan sesuatu yang lain selain pot bunga warna putih tersebut.

Oke saya akhiri sampai disini saja, semoga artikel ini bisa menghibur anda semua ya :)

Wed Sep 17, 2014 8:13 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Mulut Berbau Dosa Berpunca Dari Hati Yang Kotor
bloglist-malaysia.blogspot
kitabantai.info
Kita Bantai

MULUT BERBAU DOSA BERPUNCA DARI HATI YANG KOTOR
oleh: Muaz Fiqwa
Pendahuluan
Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan. (Surah al-Mutaffifin:14)
Ayat ini menjelaskan tentang orang-orang yang melakukan dosa dan sukar untuk menerima ayat-ayat Allah.
Mulut yang berbau dosa ini sering mendatangkan masalah terhadap hubungan di antara sesama manusia.
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Pepatah ini sering kita sebut-sebutkan dalam hal berkaitan dengan kesalah mulut.
Persoalannya ialah kenapa mulut ini boleh berbau dosa? Apakah sukar untuk mulut ini dijaga dengan baik demi menjaga kemaslahatan dan kebaikan sejagat.
Apabila mulut sudah berbicara perkara-perkara dosa, maka banyak perkara negatif akan muncul seperti dendam, permusuhan, pertelingkahan dan sebagainya.
Kadang-kadang kita pelik, bagaimana mulut yang sentiasa membaca al-fatihah ketika solat, tetapi pada masa yang sama bekata-kata buruk di luar solat.
Andai dosa itu boleh berbau, sudah tentu mulut orang yang suka berkata-kata buruk akan berbau busuk mulutnya.
Jika demikian, sudah tentu orang yang suka bekata-kata buruk itu akan memilih untuk berdiam diri.
Sedangkan berdiam diri itu adalah perbuatan yang lebih baik dari berkata-kata yang keji dan dusta.
Kita sering mendengar wujudnya segelintir pekerja yang gemar mencetuskan propaganda dan krontoversi.
Dan apakah yang menyebabkan mereka ini suka membiarkan mulut mereka berbau dosa? Sedangkan bahayanya mulut itu mampu membuatkan yang baik menjadi buruk.
Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Sayyidina Ali k.wj. yang bermaksud :
"Wahai Ali ! Allah tidak menjadikan apapun dalam tubuh manusia yang paling utama, kecuali mulut (lisan). Sesungguhnya mulutnyalah yang mengiring dirinya masuk syurga atau masuk neraka. Maka dari itu penjarakanlah (jagalah) mulut kerana mulut itu bagaikan anjing (gila)".
Apabila Hati Mula Kotor
Apabila mulut mula berbau dosa, dan ia sudah pasti bermula dari hati yang kotor. Apakah yang dimaksudkan dengan hati yang kotor?
Hati yang kotor ialah hati yang terdedah kepada dosa dan maksiat. Ibarat makanan yang tidak dipelihara atau dijaga dengan baik, sudah tentu makanan tersebut akan menjadi basi dan tidak elok.
Begitu jugalah hati. Jika ia tidak dipelihara dengan baik, maka banyak perkara-perkara negatif akan berlaku.
Apakah hal sebegini yang kita mahukan sebagai umat Islam? Tidak pernahkah kita memikirkan perasaan baginda Muhammad s.a.w.
Sudah pasti baginda akan sedih jika terdapat umatnya yang mulutnya sentiasa berbau dosa.
Hati yang kotor berpunca apabila hati tersebut tidak disirami dengan ayat-ayat Allah. Apakah ayat-ayat Allah yang perlu disirami?
Itulah dia ayat-ayat al-quran. Ayat-ayat inilah yang boleh membuatkan hati kita menjadi lembut dan taat kepada perintah Allah s.w.t.

Bersihkan Hati Dengan Ayat-Ayat Al-Quran
Kita digalakkan untuk membaca al-quran dalam seharian hidup kita bagi tujuan untuk melembutkan hati yang keras, membersihkan hati yang kotor.
Bukankah diturunkan ayat al-quran itu untuk sekalian manusia? Apakah kita ingin memilih untuk menolak al-quran sedangkan hakikatnya ia adalah kalam Allah s.w.t?
Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa. (Surah al-Baqarah:41)
Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik. (Surah al-Baqarah:99)
Maka jelas dari ayat ini bahawa al-quran itu diturunkan untuk memberi keterangan kepada manusia dan sesiapa yang mengingkarinya maka dia adalah orang yang fasik.
Jadi bersihkanlah hati kita dengan ayat-ayat al-quran agar hati kita tidak menjadi punca kepada mulut kita menjadi busuk dek dosa.

Pagar Hati Dengan Mengingati Allah
Kadang-kadang punca hati menjadi kotor kerana ia terdedah dengan hasutan syaitan. Syaitan tidak pernah putus asa dalam memporak-perandakan umat Islam.
Mereka suka untuk menyesatkan umat Nabi Muhammad agar mereka mendapat teman di neraka kelak.
Apakah kita ingin bersama-sama syaitan di neraka atau bersama para nabi dan orang-orang soleh di syurga? Pilihan di tangan kita. Untuk memagarkan hati kita dari gangguan syaitan ini ialah dengan memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t
Hati cepat kotor apabila kita melakukan dosa. Maka pagarkanlah ia dengan segera mengingati Allah s.w.t. Takutlah pada balasan dan azab Allah s.w.t. Apakah azab Allah itu? Kita boleh lihat banyak azab yang disebutkan di dalam al-quran.
Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan. (Surah al-Baqarah:48)
Dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat; dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara). (Surah al-Baqarah:123)
Jelas bahawa manusia yang melakukan dosa pasti akan mendapat azab yang sangat keras dari Allah s.w.t. Apakah peringatan lagi yang kita inginkan dan kita tunggukan?
Maka peliharalah hati dan mulut kita dari melakukan sebarang dosa-dosa kerana jelas setiap perbuatan itu pasti akan dihisab.
Jangan kita biarkan mulut kita berbau dosa dengan berkata-kata buruk, memfitnah, mengaibkan sesama manusia, berdusta dan sebagainya.
Bersihkanlah hati dari kekotoran dosa dengan sentiasa mengingati Allah agar hati itu tidak menjadi punca kepada berbaunya dosa pada mulut kita.

Penutup
Pengajaran yang boleh diambil:
1.. Janganlah kita biarkan mulut kita berbau dosa kerana ia sudah pasti akan mendatangkan perkara negatif pada diri kita sendiri.
2.. Mulut yang tidak dijaga dengan baik boleh menjadi punca timbulnya api permusuhan.
3.. Bersihkanlah hati dengan sentiasa membaca ayat-ayat Allah iaitu al-quran.
4.. Pagarkanlah hati kita dari gangguan syaitan dengan memperbanyakkan mengingati Allah dan mohonlah perlindungan dariNya.
5.. Mulut yang berbau dosa di dunia pasti akan mendapat azab dan balasan di akhirat kelak.
"Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak"
Wallahualam
Read more: http://www.kitabantai.info/2014/09/mulut-berbau-dosa-berpunca-dari-hati.html#ixzz3DIYQaHpt

Wed Sep 17, 2014 11:35 pm (PDT) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

Terima kasih atas perkongsian..

2014-09-17 23:13 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil] <automobil@yahoogroups.com>:

>
>
> 
>
> Mulut Berbau Dosa Berpunca Dari Hati Yang Kotor
> <http://www.kitabantai.info/2014/09/mulut-berbau-dosa-berpunca-dari-hati.html>
> bloglist-malaysia.blogspot
> kitabantai.info
> Kita Bantai
>
>
> <https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiYF-Yu87doHj2MdKgvanIMW-yQJNsiyx1dKrSUR1XUWpQAs-ZwRnIaoQU8WrvFImzHJTJjW1PkdQiojew8ALAPaTQVndpsBIH03SZarYDSWNknM3mQk6Rm86m4B9wTOQq45SdDstjhOIRX/s1600/mengaji1.jpg>
> *MULUT BERBAU DOSA BERPUNCA DARI HATI YANG KOTOR*
> *oleh:** Muaz Fiqwa*
> *Pendahuluan*
>
> *Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati
> mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan
> maksiat) yang mereka kerjakan.** (Surah al-Mutaffifin:14)*
>
> Ayat ini menjelaskan tentang orang-orang yang melakukan dosa dan sukar
> untuk menerima ayat-ayat Allah.
> Mulut yang berbau dosa ini sering mendatangkan masalah terhadap hubungan
> di antara sesama manusia.
> Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Pepatah ini sering
> kita sebut-sebutkan dalam hal berkaitan dengan kesalah mulut.
> Persoalannya ialah kenapa mulut ini boleh berbau dosa? Apakah sukar untuk
> mulut ini dijaga dengan baik demi menjaga kemaslahatan dan kebaikan sejagat.
> Apabila mulut sudah berbicara perkara-perkara dosa, maka banyak perkara
> negatif akan muncul seperti dendam, permusuhan, pertelingkahan dan
> sebagainya.
> Kadang-kadang kita pelik, bagaimana mulut yang sentiasa membaca al-fatihah
> ketika solat, tetapi pada masa yang sama bekata-kata buruk di luar solat.
> Andai dosa itu boleh berbau, sudah tentu mulut orang yang suka
> berkata-kata buruk akan berbau busuk mulutnya.
> Jika demikian, sudah tentu orang yang suka bekata-kata buruk itu akan
> memilih untuk berdiam diri.
> Sedangkan berdiam diri itu adalah perbuatan yang lebih baik dari
> berkata-kata yang keji dan dusta.
> Kita sering mendengar wujudnya segelintir pekerja yang gemar mencetuskan
> propaganda dan krontoversi.
> Dan apakah yang menyebabkan mereka ini suka membiarkan mulut mereka berbau
> dosa? Sedangkan bahayanya mulut itu mampu membuatkan yang baik menjadi
> buruk.
> Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Sayyidina Ali k.wj. yang bermaksud :
>
> *"Wahai Ali ! Allah tidak menjadikan apapun dalam tubuh manusia yang
> paling utama, kecuali mulut (lisan). Sesungguhnya mulutnyalah yang
> mengiring dirinya masuk syurga atau masuk neraka. Maka dari itu
> penjarakanlah (jagalah) mulut kerana mulut itu bagaikan anjing (gila)".*
>
> *Apabila Hati Mula Kotor*
> Apabila mulut mula berbau dosa, dan ia sudah pasti bermula dari hati yang
> kotor. Apakah yang dimaksudkan dengan hati yang kotor?
> Hati yang kotor ialah hati yang terdedah kepada dosa dan maksiat. Ibarat
> makanan yang tidak dipelihara atau dijaga dengan baik, sudah tentu makanan
> tersebut akan menjadi basi dan tidak elok.
> Begitu jugalah hati. Jika ia tidak dipelihara dengan baik, maka banyak
> perkara-perkara negatif akan berlaku.
> Apakah hal sebegini yang kita mahukan sebagai umat Islam? Tidak pernahkah
> kita memikirkan perasaan baginda Muhammad s.a.w.
> Sudah pasti baginda akan sedih jika terdapat umatnya yang mulutnya
> sentiasa berbau dosa.
> Hati yang kotor berpunca apabila hati tersebut tidak disirami dengan
> ayat-ayat Allah. Apakah ayat-ayat Allah yang perlu disirami?
> Itulah dia ayat-ayat al-quran. Ayat-ayat inilah yang boleh membuatkan hati
> kita menjadi lembut dan taat kepada perintah Allah s.w.t.
> *Bersihkan Hati Dengan Ayat-Ayat Al-Quran*
> Kita digalakkan untuk membaca al-quran dalam seharian hidup kita bagi
> tujuan untuk melembutkan hati yang keras, membersihkan hati yang kotor.
> Bukankah diturunkan ayat al-quran itu untuk sekalian manusia? Apakah kita
> ingin memilih untuk menolak al-quran sedangkan hakikatnya ia adalah kalam
> Allah s.w.t?
>
> *Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang
> mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi
> orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu
> menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan
> yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.*
> *(Surah al-Baqarah:41)*
> *Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad)
> ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang akan
> mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik.* *(Surah al-Baqarah:99)*
>
> Maka jelas dari ayat ini bahawa al-quran itu diturunkan untuk memberi
> keterangan kepada manusia dan sesiapa yang mengingkarinya maka dia adalah
> orang yang fasik.
> Jadi bersihkanlah hati kita dengan ayat-ayat al-quran agar hati kita tidak
> menjadi punca kepada mulut kita menjadi busuk dek dosa.
>
> *Pagar Hati Dengan Mengingati Allah*
> Kadang-kadang punca hati menjadi kotor kerana ia terdedah dengan hasutan
> syaitan. Syaitan tidak pernah putus asa dalam memporak-perandakan umat
> Islam.
> Mereka suka untuk menyesatkan umat Nabi Muhammad agar mereka mendapat
> teman di neraka kelak.
> Apakah kita ingin bersama-sama syaitan di neraka atau bersama para nabi
> dan orang-orang soleh di syurga? Pilihan di tangan kita. Untuk memagarkan
> hati kita dari gangguan syaitan ini ialah dengan memperbanyakkan mengingati
> Allah s.w.t
> Hati cepat kotor apabila kita melakukan dosa. Maka pagarkanlah ia dengan
> segera mengingati Allah s.w.t. Takutlah pada balasan dan azab Allah s.w.t.
> Apakah azab Allah itu? Kita boleh lihat banyak azab yang disebutkan di
> dalam al-quran.
>
> *Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang
> padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa)
> sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan
> tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah
> itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.* *(Surah al-Baqarah:48)*
> *Dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya)
> seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun, dan
> tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak akan memberi
> manfaat kepadanya sebarang syafaat; dan orang-orang yang salah itu tidak
> akan ditolong (dari azab sengsara).* *(Surah al-Baqarah:123)*
>
> Jelas bahawa manusia yang melakukan dosa pasti akan mendapat azab yang
> sangat keras dari Allah s.w.t. Apakah peringatan lagi yang kita inginkan
> dan kita tunggukan?
> Maka peliharalah hati dan mulut kita dari melakukan sebarang dosa-dosa
> kerana jelas setiap perbuatan itu pasti akan dihisab.
> Jangan kita biarkan mulut kita berbau dosa dengan berkata-kata buruk,
> memfitnah, mengaibkan sesama manusia, berdusta dan sebagainya.
> Bersihkanlah hati dari kekotoran dosa dengan sentiasa mengingati Allah
> agar hati itu tidak menjadi punca kepada berbaunya dosa pada mulut kita.
> *Penutup*
> Pengajaran yang boleh diambil:
>
> 1. Janganlah kita biarkan mulut kita berbau dosa kerana ia sudah pasti
> akan mendatangkan perkara negatif pada diri kita sendiri.
> 2. Mulut yang tidak dijaga dengan baik boleh menjadi punca timbulnya
> api permusuhan.
> 3. Bersihkanlah hati dengan sentiasa membaca ayat-ayat Allah iaitu
> al-quran.
> 4. Pagarkanlah hati kita dari gangguan syaitan dengan memperbanyakkan
> mengingati Allah dan mohonlah perlindungan dariNya.
> 5. Mulut yang berbau dosa di dunia pasti akan mendapat azab dan
> balasan di akhirat kelak.
>
> *"Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak"*
> Wallahualam
> Read more:
> http://www.kitabantai.info/2014/09/mulut-berbau-dosa-berpunca-dari-hati.html#ixzz3DIYQaHpt
>
>
>

Wed Sep 17, 2014 8:13 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

CARA BELI KERETA TUNAI - AWAS : BANK SANGAT TIDAK SUKA ARTIKEL INI
bloglist-malaysia.blogspot
megachannelz.blogspot

Keperluan : Perlu kereta untuk kerja
Batasan : Nak kumpul duit cukup sampai tua tak beli kereta
Solusi biasa : Pinjam Bank
Harga Kereta : RM40,000 - D/P RM4000 - bulanan RM438.33 Interest : 3.5% Tempoh : 9 Tahun
Keuntungan Bank : RM11,339.64 (lebih tinggi jika buat ZERO d/p dan ini tidak termasuk jika selalu kena penalti bayaran lewat)
Documentation Pembelian : RM4000 (Bank, Agreement, Insurance, JPJ yang semua ini biasa car dealer tak benarkan kita buat sendiri kecuali menggunakan runner mereka dengan rate yang telah mereka tetapkan...kita sain jer, lepas tu kita juga kena bayar bulan-bulan).
Jumlah EXTRA yang perlu dibayar kerana buat loan : RM25,339.64

Kita nak buat begini

Harga kereta : RM40,000 (RM38,000 - biasa boleh nego kalau tunai)
Bayaran : RM38,000
Untung bank : ZERO
Masalah biasanya ialah susah orang nak tunggu kerana kerata sangat perlu untuk pergi dan balik kerja. Mari saya cadangkan satu cara yang pernah berjaya dibuat oleh mereka yang pernah datang meminta nasihat sebelum ini (kita panggil beliau "Najib").
Anda target untuk memiliki sebuah Perodua Myvii berharga RM40,000 atau yang setaranya.
Misi : Kumpul duit RM40,000
Tapi : Perlu kereta segera
Kumpul RM4,000 dan mula dari situ. Dengan RM4000 itu boleh bayar downpayment HUTANG kereta baru ATAU dengan RM4000 itu boleh dapatkan sebuah Perodua Kelisa / Kancil yang berusia lebih 12 tahun. Masa ini biasanya bank sudah tak bagi finance kereta seumur itu dan harganya akan drop serendah-rendahnya kerana sasaran hanya kepada pembeli tunai. RM4000 boleh dapatkan sebuah kereta Kancil yang sangat mungkin kosmetiknya kurang tapi kerosakannya mungkin kurang.
Najib pilih ikuti nasihat untuk beli sebuah Perodua Kancil EX660 yang masih berkeadaan baik dengan harga RM3500. Sekarang, untuk tujuan pergi dan bali kerja sudah tercapai. Yang tak tercapai ialah tiap-tiap raya tak boleh nak eksyen dengan bekas gelfren kononnya nak tunjukkan "achievement". Tahap ni, kena sabar sikit kerana kawan-kawan sebaya termasuk junior sekolah pun dah mula tayang Honda City mereka (hutang) bayar tempoh maksimum.
TETAPI walaupun tiada komitmen bulanan, Najib dinasihatkan untuk membuat tabungan sebanyak RM450 sebulan di dalam pelaburan koperasi yang menguntungkan. Dalam kes ini, Najib saya sarankan untuk melabur dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) kerana beliau juga anak Peneroka. Untuk pengetahuan, KPF bayar dividen sangat tinggi juga (selain itu dengarnya Koperasi Angkatan Tentera juga tinggi pulangannya). Jika tidak, paling teruk pun boleh masukkan dalam ASB atau Tabung Haji dengan kadar dividen yang "not bad" lah...jangan simpan dalam akaun simpanan yang ada ATM dan kemudian susah nak disiplinkan diri bila Sarcasteek keluarkan design-design baru...gatal jer nak gi shopping. Boleh juga cari prospek pelaburan lain, cuba intai-intai perunding kewangan yang terbukti rekodnya (saya cadangkan perunding dari The Millionaire Sister Group -https://www.facebook.com/millionairesisters )
RM450 x 89 bulan = RM40,050
Apabila disekalikan dengan dividen pelaburan, tempoh 89 bulan itu boleh dikurangkan sehingga 70 bulan ataupun pada tempoh yang sama boleh dapat sampai RM55k-60k
Untuk kes Najib, beliau dapat disiplinkan diri untuk menyimpan RM450 dan dilabur dalam prospek pelaburan yang cerdik. Bulan ke 70 sahaja, beliau dah ada RM40k (kira-kira 5 tahun lebih). Mari kita mula kira
Dalam simpanan : RM40,000
Harga Perodua Kancil lama : RM2000
Tempoh tahan sabar kerana tak macho : 70 bulan
Ok, asalnya beliau nak beli sebuah kereta MyVii baru RM40k kan? Tapi selepas beliau dah ada kuasa tunai, beliau dapat beli sebuah Honda CRV terpakai yang masih dalam kondisi "Nora Danish" (cun) dan mempunyai maintenance yang rendah serta trade-in value yang tinggi dengan apa yang beliau ada. Disebabkan pembelian secara tunai, sebuah kereta Honda CRV dengan harga buka RM55k boleh tawar sampai harga RM45,000.
Sekarang, Najib sedang mencarum semula dalam dana keretanya sebanyak RM600 sebulan. Dalam tempoh 7 tahun akan datang, Najib boleh memiliki sebuah Mercedes S320 terpakai dengan harga RM100k (harga beli baru RM800k)
Kita tak perlu jadi penganalisis ekonomi untuk jadikan kita bijak. Kita cuma perlu BERPUASA sedikit. 7 tahun sahaja orang rasa tak cool bawa kereta cabuk. Lepas 7 tahun...kawan yang pakai Hondai City tu masih terkial-kial bayar bulanan. Awak dah bawa kereta lebih tinggi statusnya secara TUNAI.
Boleh cuba sekarang. Saya tahu kerana saya pernah jadi orang bodoh yang rakus mahukan impresi orang dengan kereta baru yang HUTANG dan dari situ saya belajar...untuk BERPUASA dan beli kereta bukan untuk tayang pada orang lalu saya mampu bebas dari hutang kereta. Saya juga pernah berkata, kenapalah aku bodoh sangat kerana tidak tahu perkara ini dari zaman muda dahulu lagi.
Jaguar S-Type (muka jongos) pada zaman kegemilangannya pada tahun 2001 dahulu berharga sekitar RM800k dan hanya RM50k pada hari ini. Orang tetap lihat...itu ialah Jaguar. Bawa Jaguar baru RM800k dan Jaguar terpakai RM50k jenamanya tetap sama. Pak Bilal yang taknak kahwinkan anaknya kepada kamu kerana kamu pakai Kancil 660 pun tak tahu beza harga Jaguar baru dan 2nd hand pun.
Beli kereta untuk keperluan...jangan bayar lebih untuk puaskan hati sendiri dengan sakitkan mata dan hati orang lain yang melihat. Lagi satu, orang kata kalau beli kereta tunai nanti income tax cari...jangan takut pasal perkara ini jika anda bukan jenis orang lari dari cukai. Cukai hanya kutip berdasarkan pendapatan kita dan bukan kerana kita beli kereta tunai.
Sekian tips kewangan dari kisah sendiri. Ini SEKADAR TIPS dari saya dan saya pasti ada ribuan tips lain yang lebih baik. ALASAN TETAP ADA UNTUK TIDAK MELAKUKANNYA DAN ITU SEMUA PILIHAN ANDA. Tidak ada paksaan dan satu statement mengatakan apa yang saya tips kan ini satu ketetapan negara...maka, tak perlu pertikaikan sangat Selamat mencuba.
Sila share supaya anda dibenci oleh bank-bank. Takpe biar bank benci anda tak mengapa, jika kereta anda rosak...bukan bank datang tolong pun.
SAIFUL NANG
Street Learner
* Pengiraan di atas bukan figure tepat tetapi sekadar anggaran untuk menunjukkan idea merancang kewangan sahaja. Harap tiada yang mempersoalkan matematiknya

sumber: saiful nang
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: