Thursday, September 25, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4014

5 Messages

Digest #4014

Messages

Wed Sep 24, 2014 8:01 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tips Kecil Elak Anak Terkunci Dalam Kereta
greenboc.blogspot
Posted by Green Boc

Kanak-kanak terperangkap dalam kereta

JASIN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun nyaris lemas selepas terperangkap dalam kereta milik bapanya di sebuah stesen minyak di bandar Jasin, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, kanak-kanak terbabit ditinggalkan berseorangan dalam kereta jenis Proton Exora selepas bapanya ke kaunter minyak sebelum kereta yang dimatikan enjin itu terkunci secara tiba-tiba.

Seorang pekerja stesen minyak itu yang enggan dikenali berkata, tidak lama selepas lelaki berusia 40-an itu ke kaunter stesen minyak, penggera keretanya berbunyi sebelum dia mendapatkan kenderaannya dan mendapati kunci kereta tertinggal di dalamnya.

Menurutnya, ketika itu kanak-kanak terbabit sedang tidur dalam kenderaan berkenaan sebelum terjaga beberapa minit kemudian.

"Saya kemudian meminta pelanggan menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk membantu membuka pintu kereta tersebut.

"Biarpun tersedar dari tidur, kanak-kanak itu tidak menangis dan sempat diagah oleh orang ramai bagi menghilangkan rasa ketakutan," katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi JPAM daerah Jasin Sarjan Mejar Muhamad Alif Abd Rahman berkata, dia mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit selepas terpaksa memecahkan salah sebuah cermin kenderaan itu.

Menurutnya, sebelum itu, dia bersama empat anggotanya berusaha membuka cermin tingkap kereta sebelah kiri dengan cara manual, namun tidak berjaya.

"Disebabkan itu, kami terpaksa memecahkan cermin kereta berkenaan bagi menyelamatkan mangsa," katanya.

ULASAN GB

Alhamdulillah, mujur anak itu selamat. Jika tidak bukankah sesal tak sudah sang bapanya...

Sudah banyak kes anak tertinggal di dalam kereta berlaku. Dan di dalam kes-kes berkenaan, kebanyakannya pula adalah kerana kereta terkunci dari dalam.

Ia sepatutnya menjadi pengjaran kepada semua, jangan samasekali tinggalkan kunci kereta di dalam sewaktu anda meninggalkan kereta berkenaan.

Kedua, sentiasa bawa kunci pendua (kuncinya sahaja tanpa alat penggera) dan simpan di dalam dompet.

Ini memudahkan anda untuk membuka kereta secara manual apabila pintu kereta tertutup secara automatik.

comments:
Anonymous said...
Sayang anak ke sayang cermin kete, klu dah takde jln, pecahkan je la cermin kete tu, kemudian ganti je la.

Anonymous said...
jangan tinggal anak, bawak jer gi kaunter tu....kalau yg jenis takut bila parking lupa anak ada kat belakang, bila nak start memandu letak sebelah kasut kat tempat belakang,bila nak keluar mesti nak pakai kasut dan automatiknya nampak anak...takderlah lupa anak...

Anonymous said...
Anak tidur dlm kete - matikan enjin, lock kete, bwk kunci kete ke kaunter byrn stesen minyak...n isi minyak....apa yg susahnya...nk g toilet pn blh lg..anak tu x lemas...yg penting kunci itu di bawa...

Anonymous said...
lenkali mnta tlg pencuri kete...baru x pecah cermin...gurau je.pepun yg baik jdkan teladan.

Anonymous said...
Yup, saya selalu kat stesen minyak atau singgah sekejap nak beli barang kat kedai, turunkan sikit cermin tingkap dan matikan enjin kereta dan bawak kunci. saya tidak akan sesekali meninggalkan anak kecil saya dengan enjin 'on' atau walaupun enjin dah matikan tapi kunci dibiarkan di tempat switch tu.

Anonymous said...
Satu lagi tertinggal, buka tingkap depan kiri dan kanan sikit kasi udara masuk. Ini untuk pemandu yang hanya bawa budak kecil. Kalau ada orang dewasa sekali yang tinggal di dalam kereta tak perlu buat semua ini.Apa-apapun kena bijak menafsir keadaan sekeliling. bahaya tak bahaya.Satu lagi kerajaan kena wajibkan stesen minyak besar mengadakan kaunter pembayaran di tengah-tengah kawasan pam.Jadi pemandu tak perlu pergi jauh-jauh semata-mata nak buat pembayaran.

Amuraria said...
lagi senang jangan bawa keta kah kah kah ! naik basikal kahkahkah ! ABU !

Wed Sep 24, 2014 8:02 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Ngeri! Pemandu Lori Sampah Dihempap Batang Besi Kren Maut
bloglist-malaysia.blogspot
depalma-sp.blogspot
By Famili Ceria

Assalamualaikum, berita mengejut dari Melaka yang melibatkan seorang pemandu lori sampah syarikat Southern Waste Management (SWM) maut setelah dihempap batang besi kren seberat 25 tan yang jatuh secara tiba-tiba ketika kerja menaikkan sebuah generator ke atas bumbung kompleks beli-belah Mahkota Parade.

Anas Tawi, 55, sedang mengutip sampah di belakang bangunan pusat beli-belah itu ketika kejadian pada jam 5.35 pagi dan tidak sempat melarikan diri. Palang besi kren berkenaan jatuh secara tiba-tiba.

Mangsa yang juga warga Indonesia cedera parah di kepala akibat dihempap. Dia yang mempunyai taraf penduduk tetap meninggal di tempat kejadian.

Sabari Bidin, 45, merupakan rakan sekerja mangsa dan juga kelindan lori berkenaan, berkata dia hanya mampu melihat dan tidak sempat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku dengan pantas.

Beliau juga berkata ketika itu dia sedang berada di belakang lori dan nampak besi kren jatuh sebelum menghempap mangsa.

"Rasa pilu dan sedih melihat rakan yang sudah lebih 30 tahun bekerja dengan SWM terkorban dalam kejadian ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengkategorikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

Wed Sep 24, 2014 8:03 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


[PENGAJARAN] Kisah Seorang Ibu Membeli Kambing Untuk Qurban
malaysiaberih.blogspot
greenboc.blogspot
Posted by Green Boc

Seorang pedagang haiwan qurban berkisah tentang pengalamannya:

Seorang ibu datang memperhatikan dagangan saya. Dilihat dari penampilannya sepertinya tidak akan mampu membeli. Namun tetap saya cuba hampiri dan menawarkan kepadanya, "Silakan bu…", lantas ibu itu menunjuk salah satu kambing termurah sambil bertanya,"kalau yang itu berapa Pak?".

"Yang itu 700 ribu (RM190) bu," jawab saya. "Harga terrendahnya berapa?", Tanya kembali si Ibuu. "600 (RM160), harga itu untung saya kecil, tapi tak apalah…… . "Tapi, uwng saya hanya 500 ribu (RM130), boleh pak?", pintanya. Waduh, saya bingung, karena itu harga modalnya, akhirnya saya berbincang dengan teman sampai akhirnya diputuskan diberikan saja dengan harga itu kepada ibu tersebut.

Sayapun mengantar haiwan qurban tersebut sampai kerumahnya, begitu tiba dirumahnya, "Astaghfirullah……, Allahu Akbar…, terasa menggigil seluruh badan kerana melihat keadaan rumah ibu itu.

Rupanya ibu itu hanya tinggal bertiga, dengan ibunya dan seorang anak lelaki dirumah usang berlantai tanah tersebut. Saya tidak nampak pun tilam, kerusi di ruangtamu, apalagi perabot mewah atau barang-barang elektronik,. Yang terlihat hanya katil kayu beralaskan tikar dan bantal lusuh.

Diatas katil, tertidur seorang nenek tua kurus. "Mak…..bangun mak, ni.. lihat saya bawa apa?", kata ibu itu pada nenek yang sedang tidur sampai akhirnya terbangun. "Mak, saya sudah belikan emak kambing buat qurban, nanti kita hantar ke Masjid ya mak….", kata ibu itu dengan penuh kegembiraan.

Si nenek sangat terkejut meski nampak bahagia, sambil membelai kambing, nenek itu berucap, "Alhamdulillah, akhirnya kesampaian juga kalau emak mau berqurban".

"Ni Pak, wangnya, maaf ya kalau saya menawar harga kambing ini terlalu murah, kerana saya hanya tukang cuci di kampung sini, saya berusaha mengumpulkan wang untuk beli kambing yang akan diniatkan buat qurban atas nama ibu saya….", kata ibu itu.

Kaki ini bergetar, dada terasa sesak, sambil menahan titis air mata, saya berdoa, "Ya Allah…, Ampuni dosa hamba, hamba malu berhadapan dengan hamba-Mu yang pasti lebih mulia ini, seorang yang miskin harta namun kekayaan imannya begitu luar biasa".

"Pak, ini sedikit wang upah menghantar kambing itu…", panggil ibu itu," sudah bu, biar tambang kendaraanya saya yang bayar', kata saya.

Saya cepat pergi sebelum ibu itu tahu kalau mata ini sudah basah kerana tak sanggup mendapat teguran dari Allah yang sudah mempertemukan dengan hambaNya yang dengan kesabaran, ketabahan dan penuh keimanan ingin memuliakan orang tuanya…….

Untuk mulia ternyata tidak perlu harta berlimpah, jawatan tinggi apalagi kekuasaan, kita dapat belajar keikhlasan dari ibu itu untuk menggapai kemuliaan hidup. Berapa banyak diantara kita yang diberi kecukupan penghasilan, namun masih saja ada kengganan untuk berkurban, padahal boleh jadi harga handfon, tablet, jam tangan, tas, ataupun aksesoris yang menempel di tubuh kita harganya jauh lebih mahal dibandingkan seekor haiwan qurban. Namun selalu kita sembunyi dibalik kata tidak mampu atau tidak dianggarkan. -Aidil Heryana

Wed Sep 24, 2014 8:04 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

[EKSKLUSIF] Petua Menghalau Lipas Di Rumah

bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com
by Que Achmad

Lipas merupakan serangga yang di katakan ramai yang tidak mengemarinya. Jom ketahui petua halau lipas dari rumah anda.

Lipas, salah satu binatang yang mengelikan dan selalunya ia akan dipukul menggunakan penyapu, selipar dan sebagainya sehingga mati. Tahukan anda, jika binatang ini dipukul akan mendatangkan keburukan yang mana puncanya berada di bahagian isi perut lipas.

Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.

Anda tidak percaya! Ia boleh dibuktikan melalui kaedah ini dengan cara meletakkan isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin dan anda dapat lihat cacing yang keluar dari perut lipas yang meronta-ronta mencari tempat baru.

Sangat bahaya, jika cacing ini memasuki kulit tubuh kita terutama kaki kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka.

Anda ingin tahu petua untuk menghalau lipas di dapur atau ruang tamu anda. Jom ketahuinya!
a.. Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.
a.. Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.
a.. Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas. Kemudian lihat lipas akan mati.
a.. Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.

a.. Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedel dan letak di tempat banyak lipas.

a.. Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.
sumber

comments:

careno said...
Nice sharing... kat rumah mmg ada lipas tp xde la byk sgt...

Umikalsum Umi said...
Saya nak petua halau cicak

Akif Imtiyaz said...
Adusss geli la pulak tgk lipas2 tuu ..jap nak tutup dulu baru leh baca hehehe .geliiiiiiii !!!!!!!!!!!!!!

Ibu Ann said...
Mesti try ni..

Wed Sep 24, 2014 11:19 pm (PDT) . Posted by:

"MHZ" mohamad_hadi

terjah jer..

On 24/09/2014 3:10 PM, MetalWorks Calibra muazck@gmail.com [automobil]
wrote:
> saya pun pikir2 nak jual oilyman pakai kereta, banner tergantung, ala2
> car boot sale, tepi2 jalan atau diluar tapak pasar. tapi risiko mungkin
> sama macam uncle kacang puteh jugak la kot.
>
> pendapatan tetuan macam mana? betul kah telahan ini?
>
>
> *ada kaitan automobil woo.. oilyman. car boot.
>
> 2014-09-24 14:21 GMT+08:00 Sukri Farah farah33sukri@gmail.com
> <mailto:farah33sukri@gmail.com> [automobil] <automobil@yahoogroups.com
> <mailto:automobil@yahoogroups.com>>:
>
> __
>
> ...ari tu pak cik india jual kacang puteh pun kena sapu
> jugak...habis barangan kena rampas..sbgai bahan bukti...padehal naik
> motor .....
> ..nampaknye penguatkuasa bersikap adil la gak...sume dia sapu.......
> ..ini ade kena mengena ngan automobil@yahoogroup.....sbb jual pakai
> motor...
>
> 2014-09-24 12:21 GMT+08:00 'A. Nawi' gemaalam@yahoo.com
> <mailto:gemaalam@yahoo.com> [automobil] <automobil@yahoogroups.com
> <mailto:automobil@yahoogroups.com>>:
>
> __
>
> Sungguh kesian, Ya Allah engkau kesianilah kakak ini, semoga
> beliau mendapat rezeki yg limpah meruah.. Melayu dihina di
> tanahair sendiri.. Di mana pejuang2 sekalian?? Perkasa? Jati?
> Ppim? Umno?? Pas??
>
> On Sep 24, 2014 10:58 AM, "bashah bwasi@yahoo.com
> <mailto:bwasi@yahoo.com> [automobil]" <automobil@yahoogroups.com
> <mailto:automobil@yahoogroups.com>> wrote:
>
> __
> [Attachment(s)
> <#148a652d2f816fd4_148a5e45f91b5e53_148a5989e3438c3b_TopText> from
> bashah included below]
>
> di jalan kepong***. bersepah Cina meniaga tepi jalan...dah
> sah ada papan tanda takleh niaga..
> takpayah nak bergusti mcm akak ni...kesian
> Hidup Menteri Melayu.
>
> ** automobil
>
>
> On Tuesday, September 23, 2014 11:57 PM, "'-:eSpAcE9808:-'
> rienacom@yahoo.com.sg <mailto:rienacom@yahoo.com.sg>
> [automobil]" <automobil@yahoogroups.com
> <mailto:automobil@yahoogroups.com>> wrote:
>
>
> 
>
>
> _Nak cari sesuap nasi yang halal untuk
> keluarga........ sanggup kah para ibu menanggung seksa
> ini....... _
>
> telokbakong.blogspot
> cikgu-pencen.blogspot
> Posted by cikgu pencen
> <http://www.blogger.com/profile/15348907409667667453>
> Ratu Perang
>
> * Clasher yang disegani
> <https://www.facebook.com/pages/clasher-yang-disegani/544455262346745>
> at Clash of Clans <https://www.facebook.com/ClashofClans>
>
> haram jadah punya penguatkuasa kat malaysia nih.. kot yea
> pon nk bergaya dgn uniform tu tak yah la nk berkasar same2
> melayu nk cari mkn... akal ada, hangpa org cerdik pandai
> selesai kan la secara berhemah.. ini la melayu bila ada
> kuasa, melayu jugalah yg jd mangsa... melayu mmg berani
> sesama melayu je... phuuuiiihhh
>
>
>
>
>

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: