Tuesday, December 1, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4345

8 Messages

Digest #4345

Messages

Mon Nov 30, 2015 7:11 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

KKM Putuskan Akan Kenakan Caj Parking Di Hospital Untuk Elak Salah Guna

siakapkeli.my

Pihak Kementerian Kesihatan dilaporkan telah memutuskan untuk mengenakan caj bagi tempat letak kereta di kawasan hospital di zon tengah Semenanjung bagi mengelak salah guna kawasan parkir, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, langkah ebrkenaan perlu diambil bagi mengelakkan berlaku salah guna mereka yang tidak mempunyai urusan di hospital yang menggunakan tempat aprkir berkenaan.

Sehingga kini, kementerian sedang menawarkan tender terbuka kepada mana-mana syarikat yang ingin menguruskan tapak parkir di hospital secara sementara dengan kadar yang ditetapkan kementerian.

"Kadar tempat letak kereta akan kita tetapkan dan penender yang ingin libatkan diri kena ikut kadar yang telah ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (BN-Kuala Kangsar) yang mempersoalkan penyalahgunaan kemudahan tempat letak kereta di hospital oleh orang awam yang tidak mempunyai urusan di hospital.

Selain itu, kementerian juga sedang mempertimbangkan untuk menambah bilangan parkir di hospital di seluruh negara dan tender berkenaan akan dikeluarkan.

Terdahulu, semasa menjawab soalan Julian Tan Kok Ping (DAP-Stampin) yang bertanyakan mengenai Hospital Umum Sarawak (HUS), beliau berkata kementerian sedang dalam perancangan untuk membina blok jagaan harian, blok patologi dan tempat letak kereta bertingkat yang bakal dilaksanakan secara kerjasama pihak awam dan swasta.

"Pembinaan blok jagaan harian akan melibatkan tujuh dewan pembedahan, empat bilik endoskopi serta kemudahan wad yang diperlukan untuk memberi rawatan harian," katanya dipetik BH Online.

Dr Hilmi berkata, blok tempat letak kereta bertingkat pula bakal memuatkan 1,750 lot yang turut melibatkan pembinaan kemudahan medihotel dengan kapasiti 160 bilik. Katanya, projek pembinaan tempat letak kereta akan melibatkan kos RM351 juta. - Siakapkeli.my

Hospital Kerajaan Perkenalkan Caj Parking - Kementerian Kesihatan Dikritik Hebat Netizens.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

Ini laporan dari BERNAMA.
Kementerian Kesihatan memutuskan untuk mengenakan caj bagi tempat letak kereta di kawasan hospital di zon tengah Semenanjung bagi mengelak salah guna kawasan parkir, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata langkah ini adalah untuk mengelak mereka yang tidak mempunyai urusan di hospital daripada menggunakan tempat parkir di hospital.
Beliau berkata kementerian sedang menawarkan tender terbuka bagi syarikat yang ingin menguruskan tapak parkir di hospital secara sementara dengan kadar yang ditetapkan kementerian.
"Kadar tempat letak kereta akan kita tetapkan dan penender yang ingin libatkan diri kena ikut kadar yang telah ditetapkan," katanya.
Beliau menjawab soalan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (BN-Kuala Kangsar) yang mempersoalkan penyalahgunaan kemudahan tempat letak kereta di hospital oleh orang awam yang tidak mempunyai urusan di hospital.
Dr Hilmi juga berkata kementerian itu juga sedang berurusan untuk mengeluarkan tender bagi menambah bilangan parkir tambahan di semua hospital di seluruh negara.
Terdahulu semasa menjawab soalan Julian Tan Kok Ping (DAP-Stampin) yang bertanyakan tentang Hospital Umum Sarawak (HUS), beliau berkata kementerian sedang dalam perancangan untuk membina blok jagaan harian, blok patologi dan tempat letak kereta bertingkat yang bakal dilaksanakan secara kerjasama pihak awam dan swasta.
"Pembinaan blok jagana harian akan melibatkan tujuh buah dewan pembedahan, empat bilik endoskopi serta kemudahan wad yang diperlukan untuk memberi rawatan harian," katanya.
Dr Hilmi berkata blok tempat letak kereta bertingkat pula bakal memuatkan 1,750 lot yang turut melibatkan pembinaan kemudahan medihotel dengan kapasiti 160 bilik.
Katanya projek pembinaan tempat letak kereta akan melibatkan kos RM351 juta.

Masalah pihak hospital ;

1. Orang yang takde kena mengena dengan urusan hospital suka parking di kawasan hospital.

2. Ini menafikan mereka-mereka yang ada urusan di hospital untuk parking kenderaan.

Masalah tersebut memang menganggu betul tak?

Tindakan kerajaan ;

1. Kenakan caj parking kepada orang awam.

2. Gunakan tender untuk urusan kawasan parking.

3. Juga gunakan tender untuk besarkan/luaskan/tambahkan kawasan parking.

Tambah atau perluaskan kawasan parking memang patut guna tender. Kita faham. Tapi macam mana dengan pengurusan kawasan parking. Adakah ini patut guna tender juga?

Lepas tu nanti yang jaga kawasan parking semua muka-muka warga asing, ye tak? Dah company yang amek tender nak bayar gaji murah. Nampak sangat menteri sohai kau neh memang takde otak.

Sepatutnya ;

1. Masalah = ruang parking kena abuse.

2. Macam mana nak elak dari kena misuse di kemudian hari?

3. Buat satu sistem. Setiap kenderaan yang park masuk, kena tinggal nama, IC, butiran diri, no wad, nak melawat siapa dan etc-etc.

4. Macam ko letak pondok pengawal di kawasan masuk parking.

5. Dan guard akan alert jika ada penipuan disitu. Yela, kalau dah hari-hari kereta yang sama parking pada waktu tertentu, ko boleh buat sport-check, dan berkuasa keluarkan perintah saman atau seperti denda.

6. Atau buat sistem kupon. Tapi sistem kupon nak kena keluarkan duit juga. Aku tak galakkan sistem neh. Aku lebih suka guna sistem keluarkan IC tu. Macam nak melawat pesakit, kena bagi IC. Kali neh nak park kenderaan, kena bagi IC, pihak pengawal akan keluarkan pas lawatan.

7. Nak lagi ketat. Boleh bagi sistem masa. Setiap kenderaan yang park lebih 2 jam, akan dicaj jika bukan individu yang bertanggungjawab untuk temankan pesakit di hospital.

8. Cara yang betul ada. Friendly rakyat, tetapi kerajaan tetap nak guna cara kapitalis. Macam mana kelemahan, kecuaian dan sikap pentingkan diri sendiri oleh sesetengah rakyat boleh dipergunakan dan dimanipulasikan oleh kerajaan bagi menjana keuntungan kepada mereka.

9. Bila dah guna sistem tender, sudah tentu kerajaan sasarkan keuntungan.

10. Kalau dah bukan pada kerajaan, at least syarikat yang masuk tender tentu mahu untung bila dah meniaga jaga kawasan parking hospital.

11. Mana nak bayar gaji kakitangan lagi, kos operasi lagi, modal dan sebagainya.

12. Patut yang jaga kawasan parking, diserahkan kepada pihak hospital untuk cari pekerja.

13. Cara tersebut bukan sahaja lebih selamat bahkan jimat.

14. At least warga asing tak boleh kerja dengan kerajaan sebab nak apply kerja kerajaan pun kena ada certain kriteria kan..

15. Dan satu lagi pihak hospital berkuasa pantau dan kawal staff-staff tue berkerja. Ini kalau bawah company, hmmmmmm.. macam-macam boleh berlaku sebab company cenderung pentingkan keuntungan apa-apa hal.

16. Terus-terang aku kata, cadangan neh cadangan bodoh. Aku harap BN boleh laju-laju mati.

Dan aku terbaca satu respon netizen tentang cadangan tersebut.

Katanya lah..

Tu dia.

Bukan tak ada. Sudah ada yang dicaj. Rupanya kena caj mahal-mahal. Kita faham kerajaan nak bendung kegiatan 'parking haram'. Tapi tolong la gunakan kaedah yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah. Kenapa mesti mencari untung juga dalam pada beria nak menyelesaikan masalah tersebut?

Ini pula respon-respon netizens tentang saranan tersebut ;

Memang ramai yang marah, tapi marah-marah pun macam kerajaan kau heran. Aku setuju gak dengan cadangan guna token tu. Lepas habis melawat, pulang token, dapat balik duit. Had masa ditentukan. Macam neh susah juga yang salah guna kawasan parking hospital nak main tipu-tipu.

Menteri takde otak nak fikir idea-idea begini. Sebab pada mereka semua free. Semua ada elaun. Semua boleh claim. Semua ditaja. Tol free. Minyak free. Kereta pun dapat free. Apatah lagi parking. Siap ada kawasan khas lagi. Kita bayar roadtax, mereka tak bayar roadtax guna kenderaan rasmi, kita yang tolong bayarkan penyelenggaraan kos kenderaan semua dan macam-macam lagi tetapi mereka yang diescort beria-ria, kita yang kena ke tepi untuk beri laluan supaya mereka cepat sampai ke destinasi.

Dalam dunia apa, di negara apa yang kita hidup neh. Kita neh yang beria-ria bersabar dan tanggung biawak hidup yang telah/sedang menyusahkan hidup kita neh dah kenapa. Aku tertanya-tanya apa benda yang aku makan sampai aku begitu lemah, benak dan biarkan diri aku diperkotak-katikkan oleh menteri-menteri tak guna macam neh. Hmmmmpffffftt.

Mon Nov 30, 2015 7:11 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Rakan Serumah Sempat Berseloroh Dengan Pak Yus Sebelum Sesak Nafas Semasa Dalam Kereta

siakapkeli.my

Industri hiburan tanah air semalam dikejutkan dengan berita pemergian pelawak Allahyarham Yussry Edoo atau lebih dikenali sebagai Pak Yus ataupun Yus Jambu kira-kira jam 12.20 pagi semalam.

Berkongsikan kisah pelawak yang diminati ramai ini, rakan serumah Pak Yus, Wan Sharizon Rahim menyatakan beliau tidak menyangka perubahan sikap arwah baru-baru ini yang tidak banyak bercakap kebelakangan ini menjadi petanda beliau akan pergi selama-lamanya.

Menurut Wan Shahrizon lagi yang telah mengenali Yus sejak 20 tahun lalu, perkara ini hanya disedari beliau selepas arwah meninggal dunia akibat sesak nafas malam tadi, barulah beliau perasaan perubahan sikap teman baiknya itu.

"Sepanjang mengenali arwah, dia suka bergurau. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini saya dapati dia kurang bercakap. Selalunya dalam kereta dia suka berbual, tetapi kebelakangan ini lebih banyak mendiamkan diri.

"Sebenarnya, saya tidak perasaan perubahan sikap beliau sehinggalah malam tadi. "Banyak lagi perubahan sikap arwah sebelum dia pergi, tetapi sukar untuk saya mengingati semuanya," kata Shahrizon yang berada di sisi ketika Yus menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Beliau juga memberitahu, semalam semasa Yus membuat persembahan terkahir pertandingan akhir Raja Band di Dataran Merdeka, malam tadi, beliau melihat Yus seperti termengah-mengah.

Sebaik persembahan berakhir, Yus meminta dihantar pulang dengan segera.

"Yus kelihatan sangat penat sehingga menolak permintaan beberapa peminat yang ingin bergambar dengannya di belakang pentas. Sebelum ini, dia bukan macam itu.

"Yus biasanya akan melayan setiap peminatnya. Sebaik masuk ke dalam kereta, beliau membuka kasut dan bajunya serta bersandar kepenatan," katanya dipetik BH Online.

Shahrizon berkata, di dalam kereta beliau sempat berseloroh dengan Yus mengenai jenis pekerjaan disukainya.

"Saya cakap antara main bola sepak dan menyanyi, mana satu lebih penat. Lantas Yus jawab menyanyi."

"Namun, sebaik kami melalui Jalan Ipoh, Yus seperti terkena serangan sawan dan terus tidak sedarkan diri."

"Kami sangka Yus hanya pengsan. Kami segera membawanya ke Hospital Selayang. Apabila tiba di bahagian Zon Merah, Unit Kecemasan, doktor yang memeriksanya mengatakan Yus sudah meninggal," katanya.

Shahrizon berkata, arwah sebelum ini pernah mengalami masalah jantung dan kencing manis. - Siakapkeli.my

"Jaga Kesihatan, Jangan Jadi Seperti Saya." Pesanan Terakhir Dari Yus Buat Misha Omar Begitu Terasa
siakapkeli.my

"Jaga kesihatan, jangan jadi seperti saya." itulah kata-kata terakhir yang merupakan pesanan terakhir pelawak Allahyarham Yussry Edoo yang lebih dikenali sebagai Yus Jambu kepada rakan sekumpulannya di dalam Juara Parodi iaitu Misha Omar.

Menurut Misha, dia masih lagi terkejut dengan pemergian arwah yang merupakan ahli kumpulannya itu di mana sebelum ini arwah memberikan pesanan nasihat berkenaan kepadanya yang tidak akan lupakannya sampai bila-bila.

"Sepanjang hampir sebulan saya bersama Yus dalam program Juara Parodi, arwah sangat menyenangkan dan tidak lokek."

"Saya tidak menyangka rupa-rupanya keakraban kami pada sesi latihan tempoh hari akan menjadi kenangan terakhir saya dengan arwah.

"Sebelum ini, ketika sesi latihan, kami lebih banyak buat hal sendiri. Tetapi entah kenapa, Jumaat lalu, saya banyak meluangkan masa dengannya.

"Banyak yang kami bualkan terutama sekali mengenai hal kehidupan. Dalam perbualan itu, Yus sempat menasihatkan saya supaya menjaga kesihatan dan tidak menjadi sepertinya.

"Arwah bukan saja mengambil berat kepada saya, malah krew dan juga teman rapatnya yang lain," katanya dipetik BH Online.

Misha berkata, arwah sering membawa alat menguji kandungan gula dalam darah dan menasihatkan rakan-rakan melakukan ujian sama.

"Jadi setiap kali hendak menguji darahnya, arwah akan suruh rakan-rakan yang lain menguji darah mereka.

"Walhal kertas ujian gula itu bukannya murah, tetapi arwah tidak lokek demi menjaga kesihatan rakan-rakannya," kata Misha.

Dengan pemergian Yus, Misha memberitahu dia tidak mampu untuk berfikir mengenai perjalanan Kobis Pedas buat ketika ini.

"Bagaikan ada kebetulan apabila tugasan yang menanti kumpulan kami Jumaat ini adalah sketsa menggunakan sebuah bingkai gambar dengan tajuk 'Aku Suka Benda Ini Kerana Ia Mengingatkan Aku Kenangan Pada Kau'."

"Saya tidak tahu bagaimana kami akan membuat persembahan Jumaat ini lebih-lebih lagi dengan tugasan yang diberi.

"Nampaknya saya sudah tahu gambar siapa yang perlu diletakkan pada bingkai yang diberikan kepada kami tempoh hari," katanya yang menyifatkan seolah-olah kena dengan situasi sekarang. - Siakapkeli.my

Mon Nov 30, 2015 7:12 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Harga Terbaharu Petrol Bermula Tengah Malam Ini 1 Disember 2015

siakapkeli.my

Bermula tengah malam ini, harga petrol RON95 akan turun 10 sen kepada RM1.95 manakala harga petrol RON97 dan diesel kekal.

Harga terkini petrol & diesel bermula malam ini :

a.. RON 95 : RM 1.95 (turun 10 sen)
b.. RON 97 : RM 2.45 (kekal)
c.. Diesel : RM1.90 (kekal)
- Siakapkeli.my

Sumber : Malaysikini

Mon Nov 30, 2015 7:12 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Dua Kereta Bertembung, Kanak-Kanak 2 Tahun Jadi Yatim Piatu

siakapkeli.my/

REMBAU, 29 Nov - Seorang kanak-kanak dua tahun, Muhammad Khair Maizudin, menjadi yatim piatu dalam sekelip mata apabila dia dan ibu bapanya terbabit dalam satu kemalangan di KM14.7, Jalan Seremban - Tampin dekat sini pagi tadi.

Arwah ibu kanak-kanak tersebut, Murni Muhamat, yang difahamkan mengandung lapan bulan berusia 26 tahun manakala arwah bapa kanak-kanak tersebut, Khairul Anwar Tajuddin berusia 34 tahun.

Muhammad Khair Maizudin bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan akibat dari kejadian. Kanak-kanak itu ditenteramkan oleh anggota paramedik ketika kejadian.

Kejadian yang berlaku pada jam 6 pagi itu membabitkan sebuah Proton Persona yang dinaiki keluarga tersebut dan sebuah Honda Civic.

Kedua-dua kereta tersebut dipercayai bertembung sebelum kreta mangsa terbalik ke dalam longkang di tepi jalan dan menyebabkan pasangan tersebut tersepit di tempat masing-masing.

Menurut pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Kasim Hassan, pihak bomba menerim panggilan kecemasan pada jam 6.23 pagi dan sebuah jentera bersama 6 anggota bomba dikerah ke tempat kejadian.

Menurut beliau, pihak bomba mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mangsa. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Pemandu kereta Honda Civic juga telah dibawa ke HTJ untuk rawatan berikutan kecederaan yang dialami.

Punca kejadian masih lagi disiasat. - Siakapkeli.my

Mon Nov 30, 2015 7:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kadar Tol Plus Akan Naik 5 Peratus Bermula Tahun 2016

siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shrilin di Parlimen hari ini berkata kesemua lebuhraya di bawah PLUS akan mengalami kenaikan sebanyak lima peratus bermula dari tahun hadapan sehingga 2038.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan kadar tol Jamabtan Pulau Pinang terkecuali dan kadar yang sedia ada akan kekal sehingga 31 Disember 2018.

"Perjanjian terkini juga menetapkan kenaikan kadar tol sebanyak lima peratus sahaja setiap tiga tahun mulai 2016 hingga tamat tempoh konsensi pada 31 Disember 2038," katanya di dalam satu jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Johari Abdul Ghani.

Johari dalam soalannya meminta penjelasan sama ada benar atau tidak kenaikan tol akan berterusan sehingga 2038.

Rosnah berkata berdasarkan perjanjian konsesi tambahan PLUS yang ditandatangani pada 2011, kerajaan dan PLUS Expressway Berhad bersetuju untuk tidak menaikkan kadar tol bagi semula lebuh raya PLUS bagi tempoh lima tahun sehingga 2015, lapor FMT.

Kenaikan kadar tol bagi pihak PLUS sebelum tahun 2011 adalah sebanyak 10 peratus bagi setiap tiga tahun.

"Bagaimanapun kerajaan akan menyemak dahulu permohonan PLUS untuk kenaikan tol dengan memgambil kira 'consumer price index (CPI) dan ini bermakna tiada kenaikkan secara outomatik untuk PLUS," katanya. - Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Friday, November 27, 2015 11:46 PM
Subject: Fw: Dibenarkan Untuk Menaikkan Kadar Tol 2016

8 Senarai Pengendali Lebuhraya Yang Dibenarkan Untuk Menaikkan Kadar Tol 2016

siakapkeli.my

PARLIMEN: Belum pun sebulan kadar baru 18 tol lebuhraya dinaikkan, kerajaan melalui Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof di dewan parlimen semalam membuat satu lagi kejutan baru apabila mengumumkan bahawa lapan pengendali lebuh raya di negara ini dibenarkan untuk menaikkan kadar mereka pada tahun depan.

Memetik laporan Malaysiakini, Perkara ini diumumkan oleh Fadillah ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Menurut Fadillah, jika kerajaan menolak permintaan pemegang konsesi berkenaan untuk menaikkan kadar tol, Putrajaya terpaksa membayar pampasan sebanyak RM593.32 juta seperti yang dinyatakan dalam Bajet 2016.

Berikut adalah senarai 8 lebuhraya yang akan dibenarkan menaikkan kadar tol pada tahun hadapan,

1.. Lapan lebuh raya berkenaan adalah Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus)
2.. Lebuh Raya Link Kedua,
3.. Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite)
4.. Lebuhraya Seremban- Port Dickson (SPDH)
5.. Lebuhraya Shah Alam (Kesas)
6.. Lebuhraya Damansara -Puchong (LDP)
7.. Lebuhraya Selat Klang Utara (NKSB)
8.. Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)

"(Ini) adalah lebuh raya yang dibenarkan menaikkan kadar tol mengikut kontrak mereka. Saya belum membuat keputusan mengenai kuantum kenaikan kadar itu," kata Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petrajaya.

Butiran pampasan adalah Plus (RM214 juta), Link Kedua (RM 8.2 juta), Elite (RM79.44 juta), BKE (RM3.11 juta), SPDH (RM1.95 juta), LDP (RM185.89 juta ), Kesas (RM92.8 juta) dan NKSB (RM7.85 juta).

Beliua dalam apda itu berkata, pihak kerajaan telahpun melakukan penambahbaikan terma-terma perjanjian berkenaan kenaikan kadar tol dengan syarikat konsesi lebuh raya sedia ada.

Antara terma yang ditambah baik itu ialah memansuhkan kenaikan kadar tol secara automatik walaupun sudah ditetapkan tempoh masa tertentu bagi kenaikan dalam perjanjian sebelum ini.

"Setiap kali ada permohonan (dari syarikat konsesi) untuk kenaikan tol, kita akan melihat dan kaji balik semua kenyataan syarikat. Adakah mereka mencapai anggaran aliran trafik yang melalui kawasan itu.

"Kalau aliran trafik (di lebuh raya) mencapai seperti yang dianggarkan, maka kita tidak akan benarkan kenaikan tol," katanya.

Beliau juga memberitahu bahawa kadar tol sesuatu lebuhraya ditentukan oleh kos pembinaan dan anggaran aliran trafik, dan kenaikannya dikaji semula setiap tempoh masa tertentu seperti yang termaktub dalam perjanjian.

Selain itu, antara terma yang dilakukan penambahbaikkan ialah, kerajaan boleh menamatkan perjanjian lebih awal dari tarikh yang dipersetujui dalam perjanjian jika syarikat konsesi mencapai keuntungan yang tertentu.

Kerajaan akan melakukan perbincangan dari semasa ke semasa dengan syarikat konsesi, pemegang bon dan pembiaya projek lebuh raya mengenai kadar tol.

"Kita kena mengimbangi beberapa perkara seperti kemampuan kerajaan, kepentingan syarikat konsesi dan kepentingan pengguna."

"Kerajaan akan perlu menanggung pembiayaan beratus bilion ringgit jika bercadang mengambil alih semua lebuh raya di negara ini, dan langkah itu bukanlah tindakan yang wajar," katanya. - Siakapkeli.my

Mon Nov 30, 2015 7:14 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Memalukan

bloglist-malaysia.blogspot
cipantapirtenuk.blogspot
Ngomelan SysOp

Bhai/DeeDee semua..

Sekeping gambar ada seribu cerita. Adoyailah Malaysia.

comments:
1..
Bravocharlie
What to do...itulah sistem yang kita terima pakai...kalau wujudkan 100 agensi pun tak boleh ubah selagi sistem tak berubah

2..
Anonymous
Moral of story - Siapa yang makan cili dia yang terasa pedas! Spesis ini kian membiak...

3..
Anonymous
rasanya kartunis indon. malunya sifat korup pemimpin m'sia dikenali serata dunia

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2015/11/memalukan.html#ixzz3sz2oOBMd

Mon Nov 30, 2015 7:14 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Ayah Yang Disihir Isteri Muda Simbah Dan Halau Anak Sendiri

bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Viral sebuah rakaman video berdurasi 3 minit di laman Facebook yang menunjukkan beberapa adik beradik disimbah dengan air oleh seorang lelaki.

Difahamkan, 4 beradik berkenaan datang mahu berjumpa dengan bapa kandung mereka itu untuk meminta diwalikan, namun disimbah dengan air sebanyak tiga kali.

Menurut individu yang memuat naik video tersebut, lelaki itu bekerja sebagai seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Sanglang, Perlis.

"Kesan hasutan bini muda janda beranak tiga akibat terkena sihir. Selepas berkahwin dengan isteri muda, pertalian dengan anak hilang. Si bapa sudah menjadi seperti dikawal oleh si bini muda. Moga Allah memberi balasan yang setimpalnya pada si bini muda yang meruntuhkan pertalian darah daging," katanya.

Tampil pula seorang individu yang mendakwa kejadian itu berlaku pada saudaranya sendiri.

"Ayah kepada saudara saya telah berkahwin dengan isteri baru. Apa yang berlaku ialah ayahnya seolah-olah bukan dirinya yang dulu. Dia melupakan anak-anak dan ibu kandungnya sendiri. Tanggungjawab sebagai ayah dan anaknya juga telah diabaikan. Walaupun begitu, anak-anak selalu merinduinya.

"Mereka pergi ke rumah lama mereka untuk bertemu dengan ayah. Apa yang berlaku ialah si anak disambut dengan 3 simbahan air baldi oleh ayah, isteri baru dan anak-anak tirinya. Si anak menunggu untuk bertemu dengan ayah sambil membaca rukyah dan sehingga azan berkumandang.

"Tiba-tiba keluar perkataan 'Lada Ayah' di dinding rumah lama mereka yang kini didiami oleh ayah dan isteri mudanya. Jadi saya ingin tahu, apa maksud kejadian ini? Lada Ayah? Dari mana datangnya tulisan ini? Apa yang harus mereka lakukan? Hubungi saya untuk tindakan yang perlu kami ambil," kata Adam Haziq.

- mymediahub

Mon Nov 30, 2015 7:15 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

WAJIB BACA | Taktik Terkini Penjualan Power Bank Palsu

bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com

WAJIB BACA | Taktik Terkini Penjualan Power Bank Palsu | Satu masalah besar apabila anda menggunakan smartphone adalah baterinya yang tidak tahan lama. Bagi mengatasi masalah ini, powerbank dijual bagi membolehkan pengguna mengecas smartphone mereka dimana-mana sahaja tanpa perlu menggunakan elektrik.

Kebanyakan peranti terkini di pasaran menggunakan bateri 'Li-Polymer' sebagai sumber kuasa, manakala kebanyakan powerbank pula menggunakan bateri 'cylindrical/prismatic Li-Ion'.
Masalah utama bateri Li-Ion dan Li-Polymer ini adalah ia akan menjadi sangat panas jika dicas terlalu lama. Terdapat satu cip IC untuk menghalang 'overcharge' pada papan litar untuk memotong cas apabila bateri tersebut sudah penuh. Jika IC tersebut rosak, bateri tersebut mungkin terbakar dan boleh meletup jika dicas terlalu lama.
Selain itu, satu lagi kekurangan bateri Li-Ion adalah jangka-hayatnya akan berkurangan dengan banyak jika ia beroperasi pada suhu 45°C ke atas. Bateri Li-Polymer pula lebih tahan panas, mampu beroperasi pada suhu sehingga 85°C tanpa sebarang masalah.
Sejak akhir-akhir ini, anda boleh melihat begitu banyak powerbank di pasaran yang ditulis mempunyai kapasiti yang sangat tinggi seperti 12,000mAh, 18,000mAh, 20,000mAh dan banyak lagi sehingga 30,000mAh, kebanyakannya dijual di internet. Jika jenama yang tidak dikenali dan harganya murah, anda perlu berhati-hati sebelum membeli.
Powerbank yang lebih pendek di dalam gambar di atas mempunyai 4 bateri Li-Ion 18650, manakala powerbank yang lebih panjang mempunyai 6 bateri Li-Ion 18650. Saiz bateri yang digunakan adalah 18.25x65mm, dan nombor siri kebiasaannya di dalam bentuk XXX18650-XX.
Kualiti bateri Li-Ion mempunyai perbezaan.
Bateri yang dibuat di Jepun seperti Sanyo dan Panasonic mempunyai kapasiti 3100mAh, dan mempunyai waranti setahun. Harganya mahal dan sudah pasti tidak akan dipilih untuk membuat powerbank yang murah seperti yang dijual di internet.
Bateri yang dibuat di Korea seperti Samsung juga agak baik. Nombor sirinya berbeza seperti ICR18650-30A, ICR18650-28A, ICR18650-26F, ICR18650-26D, ICR18650-24E, ICR18650-24F, ICE18650-22F, dan lain lain. 30F bermakna kapasitinya adalah 3000mAh, 22F bermakna 2200mAh dan seterusnya.
Samsung juga mempunyai bateri Li-Ion yang dibuat di China dan ianya mempunyai 4 gred. Gred yang paling tinggi adalah A01, khas untuk kegunaan Samsung sendiri. Gred yang lain adalah A02, A03 dan A04, ketiga-tiganya untuk dijual kepada pengguna. Jika sesebuah powerbank ditulis menggunakan bateri Samsung, baterinya berkemungkinan gred A02~A04, bergantung pada harganya.
Sesetengah bateri buatan China yang tiada jenama hanya mempunyai kapasiti 1600-1800mAh tetapi menggunakan nombor siri 18650, membuatkan pengguna berfikir ianya berkapasiti 3000mAh. Powerbank yang sangat murah kebiasannya menggunakan bateri jenis ini.
Powerbank 12,000mAh di atas, kapasitinya dikira seperti ini :
3000mAh x 4 = 12,000mAh.
Tetapi, jika kapasiti sebenar bateri di dalamnya hanya 2200mAh contohnya, anda hanya mendapat 2200mAh x 4 = 8800mAh.
Untuk powerbank yang mempunyai kapasiti 18,000mAh pula, kapasitinya dikira seperti ini :
3000mAh x 6 = 18000mAh
Tetapi, jika kapasiti sebenar bateri di dalamnya hanya 2200mAh contohnya, anda hanya mendapat 2200mAh x 6 = 13,200mAh.
Selain penipuan kapasiti sebenar, memandangkan semua saiz bateri Li-Ion adalah sama, ada juga powerbank yang menggunakan bateri yang telah dikitar semula

Gambar di atas diambil daripada sebuah powerbank yang baru dibeli, pemiliknya membuka untuk melihat bahagian dalamnya. Anda boleh lihat kesemua 6 bateri Li-Ion tersebut mempunyai warna yang berbeza, sesuatu yang tidak mungkin berlaku kepada bateri baru.

Dari bahagian tepi pula, anda boleh lihat pematerian yang telah karat dan telah dipateri lebih daripada sekali. Juga terdapat sisa-sisa gam yang digunakan pada permukaan bateri tersebut.
Persoalannya, adakah cip IC pada powerbank ini berfungsi dengan baik? Risikonya sangat tinggi, mudah terbakar jika dicas terlalu lama.

Ada kes yang lebih teruk, seorang pembeli membeli powerbank di internet dengan harga yang sangat murah, hanya ada sebiji bateri di dalamnya dan untuk menambah berat, mereka meletakkan 2 bungkus plastik berisi pasir.
Nasihat kami, berhati-hatilah ketika mahu membeli powerbank terutamanya daripada internet, yang menjual dengan harga yang sangat murah, kapasiti yang sangat tinggi serta tiada jenama.
Lebih baik anda membeli produk original daripada pengedar sah, harganya sedikit mahal bergantung kepada kapasiti, tetapi kualitinya terjamin, mempunyai waranti dan tidak membahayakan anda. Alah membeli, menang memakai.
sumber: mymediahubonline.blogspot.com
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: