Thursday, December 3, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4347

8 Messages

Digest #4347

Messages

Wed Dec 2, 2015 6:12 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

KADAR TAMBANG PERGI BALIK KOMUTER KTMB SEMALAM DAN HARI INI DARI SALAK SELATAN KE BATU CAVES .. KENAIKKAN SEBANYAK RM2.40 SEN ATAU MELEBEHI 50%
Posted by OMAK KAU!!!!

 

Semalam diumumkan bahawa mulai hari ini akan berlaku kenaikkan kadar tambang yang menggunakan perkhidmatan Komuter KTMB ... hari ini salah seorang pengguna Komuter KTMB telah memuat naik gambar kadar tambang tiket yang semalam dengan hari ini yang ternyata sudah berlaku kenaikkan melebehi 50%.

Kenaikkan yang dianggap oleh para pengguna yang sering menggunakan perkhidmatan ini sebagai terlalu tinggi dan drastik naik secara mencanak dan mendadak.

Bermakna kos pengangkutan awam mereka sudah naik melebehi 50% sebulan.

Suka atau idak pihak kerajaan kena akui ianya memberi kesan agak kuat juga kepada aliran urus kewangan mereka. Apa yang lebih menyedihkan mereka ialah walaupun kadar tambang naik melebehi 50% tetapi mutu perkhidmatan masih ditakuk lama.

Sudah pasti kena akui keputusan menaikkan kadar tambang ini akan memberi kesan kepada sokongan rakyat kepada UMNO/BN pada PRU ke-14 nanti kerana rata-rata yang menggunakan perkhidmatan Komuter ini untuk berulang alik ke tempat kerja atau sebagainya adalah mereka sama ada yang hidup dengan berpendapatan sederhana atau anak-anak muda yang baru bekerja.

Kelompok dan golongan ini akan menjadi penentu kepada menang kalah parti yang bertanding pada PRU ke-14 nanti.

Jangan dipandang enteng akan suara dan pengaruh mereka semasa PRU nanti ... mereka akan memberontak dan akan mencurahkan perasaan dan menterjemahkan isi hati mereka dipeti undi apabila perut dan kualiti hidup mereka mulai diusik dan dijentik.

Penjelasan yang amat menyakinkan perlu diberikan .. Ingat!!! jangan sesekali beri penjelasan yang jelas bertaraf badut sarkas menghina dan memperlekeh kebijaksanaan mereka untuk berfikir dan menilai.

LIHATLAH BETAPA SAYANGNYA RAKYAT MALAYSIA DENGAN UMNO/BN...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

comments:

Anonymous said...
Sekarang bolehlah menaikkan harga barangan dan perkhidmatan sesuka hati......Tunggulah PRU14 baru tahu langit itu tinggi atau rendah!

Anonymous said...
Undilah UMNO BN dulu kini dan selamanya.

Anonymous said...
Hampa tok sah dok sembang la bila barang naik cukai naik tambang naik tol naik itu naik ini naik hampa mula nak buka sora tapi bila dekat nak PRU kerajaan UMNO suap mulut hampa denga kepala rimau hampa sengap dan bisu bahkan hampa puji meleleh UMNO konon UMNO prehatin dengan kesusahan dan kepayahan rakyat,bagitulah juga bila duit BR1M dibayaq hampa puji kerajaan baguih depa tau rakyat susah bagi 500 suruh belanja 6 bulan dan menteri bodoh pula suruh simpan tak mahu bagi habih duit tu,itulah rupa bentuk menteri yang duk dalam kebinet bodoh najib.

BERITA GEMBIRA UNTUK PARA PENGGUNA PENGANGKUTAN AWAM ...... KADAR TAMBANG LRT DAN MONORAIL AKAN DINAIKKAN MULAI ESOK.

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Tambang Transit Aliran Ringan (LRT) dan Monorail akan dinaikkan mengikut jarak perjalanan mulai 2 Disember.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata syarikat perkhidmatan rel itu akan mengenakan tambang kepada penumpang mengikut jarak perjalanan mereka.

Dalam sidang media pada Isnin, Azmi mengumumkan tambang baru tiket yang bermula dengan tambang 70 sen mengikut blok jarak perjalanan yang berbeza.

Katanya, tambang ini tidak semestinya dilihat sebagai satu peningkatan berbanding dengan yang telah berkuat kuasa pada Isnin.

Untuk empat kilometer pertama, penumpang LRT akan dikenakan 30 sen perkilometer perjalanan.

Tambah Azmi, lagi jauh penumpang itu pergi, tambang yang dikenakan untuk setiap blok jarak perjalanan akan dikurangkan.

Jarak 4.1 kilometer hingga 9 kilometer, penumpang akan dikenakan tambang 26.4 sen perkilometer.

Untuk 9.1 kilometer hingga 14 kilometer, tambang 21.5 sen perkilometer.

Bagi 14.1 kilometer hingga 19 kilometer, tambang menjadi 18 sen perkilometer dan 19.1 kilometer hingga 24 kilometer, 14.4 sen perkilometer.

Untuk perjalanan melebihi 24 kilometer, tambang akan dikenakan sebanyak 10.8 sen perkilometer.

Perjalanan Monorail juga akan menggunakan blok jarak perjalanan dengan penumpang dikenakan 58.8 sen perkilometer untuk empat kilometer pertama dan 37.2 sen perkilometer untuk 4.1 kilometer hingga 9 kilometer blok.

Azmi menambah perjalanan yang akan dikenakan tambang istimewa Sistem.

Sebelum ini, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar menunjukkan tanda-tanda bahawa tambang LRT dan Monorail akan dinaikkan.

Syed Hamid berkata SPAD telah mendapat kelulusan Kabinet untuk menaikkan tambang.

Pada Julai, Prasarana berkata tambang LRT tidak berubah sejak 2002.

Pagi Isnin, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan tambang Komuter juga akan dinaikkan dari 11 sen per kilometer hingga 15 sen per kilometer mulai 2 Disember.

Wed Dec 2, 2015 6:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Al=Fatihah.Seniwati Mariani meninggal dunia

bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot
Posted by canang
Written By canang

KUALA LUMPUR : Primadona Mariani atau Mariam Ismail, 82, disahkan meninggal dunia di kediamannya di Sentul pada 7.32 malam tadi. Berita sedih itu disahkan sendiri oleh anak pelakon itu, Melissa Saila. Setakat ini, Melissa ketika dihubungi sedang menguruskan jenazah ibunya.

Seniwati Negara, Mariani Ismail, Meninggal Dunia
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 1 Dis : Primadona Mariani atau Mariam Ismail, 82, disahkan meninggal dunia malam tadi akihat kanser usus di kediamannya di Sentul pada jam 7.32 malam tadi.

Berita itu disahkan sendiro oleh anaknya, Melissa Saila, yang juga pelakon di laman Twitter dan Facebook miliknya.

"Bismillahirohmanirahim..Ibu saya Mariam @ Mariani Bt. Ismail baru menghembuskan nafas terakhir beliau pada 7.32 mlm..Jenazah di 12A,Lorong Sentul Jaya 3,Taman Kosmo Jaya..Sentul. Rancangan pengkebumian akan diupdate kelak," kata Melissa. - Siakapkeli.my

Wed Dec 2, 2015 6:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Betapa Celakanya Mereka

bloglist-malaysia.blogspot
cipantapirtenuk.blogspot.
Ngomelan SysOp

Bhai/DeeDee semua...

Lu orang tengok la.. Betapa celakanya mangkuk-mangkuk nih... Benda celaka yang macam nih semua tak berani nak lapor...

Hanya kerana takutkan manusia yang depa dok angkat sembah hari-hari. Wei... Nak jadi kafir ka dok layan sembah manusia nih? Bongok...

Mufti yang ader pon dah ilang telor... Tak berani nak tegur.... Majlis Fatwa dah jadi serupa macam khinzir kenyang... Tido dan tak berani nak tegur...

Khianat terhadap alam.. Khianat twrhadap manusia... Dok giler lagi sembah manusia... Haram jadah betullah... Yang manusia kena sembah nih... Kalu mampus nanti kita tanam dier kat dalam lombong bauksit jer... Biarkan dia rasa...

Celaka punya manusia... Sumpah 700 keturunan jadi celaka.... Kenapa la lu orang bodoh dan bangang sangat dok angkat sembah pada celaka ni....

Kerja syirik la wei...

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2015/12/betapa-celakanya-mereka.html#ixzz3tANenW8p

Wed Dec 2, 2015 6:14 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Sumber Dedah 13 Pilot AirAsia Selsema Bukan Satu Kebetulan Tetapi Dirancang

siakapkeli.my

Berikutkan isu kapal terbang milik AirAsia Bhd yang menangguhkan beberapa pejalanan Isnin dan semalam membuatkan ramai tertanya-tanya kenapa ianya boleh terjadi.

Jawapan yang diberikan oleh pengasas AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Tony Fernandes di laman Twitternya mengatakan kelewatan dan pembatalan adalah disebabkan 13 orang juruterbang jatuh sakit dengan selesema.

Memetik laporan Malaysiakini, dalam satu kenyataan media hari ini, syarikat penerbangan itu mengesahkan bahawa beberapa penerbangan terganggu kerana masalah operasi.

AirAsia, kata kenyataan itu sedang mencarai penyelesaian untuk memastikan semua tetamu menikmati perjalanan yang lancar.

"Semua tetamu yang terjejas telah dimaklumkan dengan sewajarnya dan bantuan sedang disediakan. AirAsia ikhlas memohon maaf atas kesulitan yang berlaku."

Bagaimanapun, Malaysiakini melaporkan bahawa satu sumber dalaman AirAsia mendedahkan bahawa 13 orang juruterbang yang dikatakan sakit serentak itu sebenarnya bukan satu kebetulan tetapi satu rancangan untuk menunjukkan rasa tidak puas hati juruterbang kepada pihak pengurusan.

Ramai daripada juruterbang syarikat penerbangan itu dikatakan tidak berpuas hati mengenai keadaan kerja, khususnya berhubung jadual penerbangan yang ketat serta tahap gaji yang tidak setimpal.

"Ramai yang bosan kerja di sini. Jadi banyak ambil cuti sakit untuk membuktikan sesuatu. 13 juruterbang jatuh sakit dan syarikat bakal rebah," kata sumber itu.

Apabila ditanya kenapa syarikat tidak memanggil juruterbang 'standby', sumber berkenaan berkata, ramai juruterbang telah meninggalkan syarikat berkenaan, jadi mereka kekurangan juruterbang.

Ramai juruterbang tidak berpuas hati dengan persekitaran kerja dalam AirAsia dan cara mereka melayan juruterbang dan anak kapal( bekerja terlalu keras) dan ada fleksibiliti.

"Mereka terlalu letih tetapi terpaksa bekerja lebih masa atau gaji terpaksa menerima gaji yang sedikit, pihak pengurusan sebelum ini ada menaikkan sedikit gaji tetapi amsih jauh dengan gaji yang ditawarkan berbanding dengan syarikat penerbangan lain," kata sumber kepada Malaysiakini dan KiniBiz.

AirAsia tidak mempunyai kesatuan pekerja sehingga tidak ada cara untuk juruterbang atau mana-anak kapal untuk menjelaskan ianya mogok rasmi yang menyebabkan kenapa juruterbang memilih untuk mengambil cuti sakit pada waktu yang sama. - Siakapkeli.my

Ramai Juruterbang AirAsia Ambil MC Hari Ini, Jadual Penerbangan Terjejas
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Jadual penerbangan Air Asia hari ini 'bermasalah' apabila sekurang-kurangnya 12 juruterbangnya mengambil cuti sakit kerana selesema.

Ini menyebabkan beratus penerbangan terpaksa ditangguhkan dan 10 penerbangan pula dibatalkan.

Rata-rata penerbangan yang terjejas adalah dalam negara, manakalan penerbangan ke Bangkok menerusi Lapangan Terbang Don Mueang pula dibatalkan.

Ekoran kejadian ini juga, beratus penumpang Air Asia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sejak pagi tadi.

Moto syarikat penerbangan Air Asia juga 'ditukar' oleh beberapa penumbang kepada 'Now everyone can sleep at airport' dan menyifatkan ia sebagai hari paling buruk.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia Sdn Bhd, Tan Sri Tony Fernandes juga mengesahkan beberapa juruterbangnya mengambil cuti sakit pada hari ini.

Bagaimanapun, sehingga tengah hari tadi dilaporkan jadual penerbangan sudah kembali beroperasi seperti sedia kala. -Siakapkeli.my

Misteri 13 Juruterbang AirAsia Jatuh Sakit Serentak
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Tanda tanya timbul berhubung mengapa AirAsia Bhd terpaksa menangguh atau membatalkan beberapa penerbangan dari KLIA2 pada Isnin dan semalam yang menyaksikan beratus-ratus penumpang terkandas di terminal kos rendah itu.

Bercakap kepada New Straits Times(NST), pengasas AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Tony Fernandes berkata kelewatan dan pembatalan adalah disebabkan oleh sejumlah juruterbang jatuh sakit dengan selesema.

Katanya, terdapat wabak selesema di AirAsia dan 12 juruterbangnya sakit. Jadi, syarikat tidak mempunyai pilihan.

Seorang jurucakap AirAsia kemudian memberitahu Berita Harian, bahawa 13 juruterbang mendakwa mereka tidak sihat.

Dalam satu kenyataan media hari ini, syarikat penerbangan itu mengesahkan bahawa beberapa penerbangan terganggu kerana masalah operasi.

AirAsia, kata kenyataan itu sedang mencarai penyelesaian untuk memastikan semua tetamu menikmati perjalanan yang lancar.

"Semua tetamu yang terjejas telah dimaklumkan dengan sewajarnya dan bantuan sedang disediakan. AirAsia ikhlas memohon maaf atas kesulitan yang berlaku."

Sumber dalaman AirAsia bagaimanapun mendedahkan bahawa 13 juruterbang yang sakit serentak itu bukannya satu kebetulan tetapi sebenarnya satu rancangan untuk menunjukkan rasa tidak puas hati juruterbang kepada pihak pengurusan.

Ramai daripada juruterbang syarikat penerbangan itu dikatakan tidak berpuas hati mengenai keadaan kerja, khususnya berhubung jadual penerbangan yang ketat serta tahap gaji yang tidak setimpal.

"Ramai yang bosan kerja di sini. Jadi banyak ambil cuti sakit untuk membuktikan sesuatu. 13 juruterbang jatuh sakit dan syarikat bakal rebah," kata sumber itu.

Wed Dec 2, 2015 6:14 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

LEBUH RAYA SUNGAI BESI DI LANDA BANJIR KILAT TERUK SEMALAM.
Posted by OMAK KAU!!!!

 

Pengguna jalan raya menuju ke bandar raya Kuala Lumpur terkandas selepas lebuh raya Sungai Besi dibanjiri air sedalam 2 kaki air semalam berikutan hujan lebat.

Lalu lintas menuju ke bandar terhenti terus, dengan hanya kenderaan berat dan beberapa motosikal dapat menyeberangi kawasan banjir.

Beberapa buah kenderaan terpaksa berhenti ditepi jalan raya menunggu sehingga air surut.

Wed Dec 2, 2015 8:51 pm (PST) . Posted by:

Mana perginya terowong SMART?? Tenggelam jugak ke??





From: "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]"
<automobil@yahoogroups.com>
To: "zzxmelayucyber" <melayucyber@yahoogroups.com>,
Date: 02/12/2015 10:14 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: LEBUH RAYA SUNGAI
BESI DI LANDA BANJIR KILAT TERUK
Sent by: automobil@yahoogroups.com





LEBUH RAYA SUNGAI BESI DI LANDA BANJIR KILAT TERUK SEMALAM.
Posted by OMAK KAU!!!!
 






Pengguna jalan raya menuju ke bandar raya Kuala Lumpur terkandas selepas
lebuh raya Sungai Besi dibanjiri air sedalam 2 kaki air semalam berikutan
hujan lebat.
Lalu lintas menuju ke bandar terhenti terus, dengan hanya kenderaan berat
dan beberapa motosikal dapat menyeberangi kawasan banjir.
Beberapa buah kenderaan terpaksa berhenti ditepi jalan raya menunggu
sehingga air surut.


Wed Dec 2, 2015 6:15 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Keputusan Kontroversi Dalam Perlawan PKNS Bertemu Kedah, Pengadil Dikenakan Tindakan

siakapkeli.my

Berikutkan keputusan kontroversi yang dibuatkan oleh pengadil di dalam pelawanan suku akhir Piala Malaysia, PKNS FC bertemu Kedah di Stadium Majlis Perbandaran Selayang baru-baru ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menggantung tugas pengadil-pengadil yang terlibat mengadili perlawanan berkenaan.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Haji Hamidin Hj Mohd Amin, Jawatankuasa pengadil FAM semalam telah membuat keputusan menggantung tugas sementara pengadil Samsudin Ibrahim; penolong pengadil 1, Busrah Eri dan pegawai ke-4, Khairul Rizal Ismail buat sementara waktu sehingga satu tindakan lanjut diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang akan datang sementara Penolong pengadil 2, Asmadi Noor Hasni pula digantung selama dua minggu.

"Samsudin, Busrah dan Khairul Rizal dikenakan hukuman berkenaan kerana kesilapan dilakukan mereka dalam melaksanakan undang-undang permainan iaitu berkaitan syarat permulaan semula permainan selepas gol dihasilkan pada perlawanan suku akhir kedua TM Piala Malaysia 2015 antara PKNS FC dan Kedah di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Sabtu lalu (28 November 2015)."

"Mereka bertiga jelas telah melakukan kesilapan dalam membenarkan pemain PKNS FC untuk melakukan sepak mula ketika dua pemain Kedah masih berada di kawasan pasukan lawan selepas gol kedua Kedah menerusi Sandro Da Silva pada minit ke-57," jelasnya dalam satu kenyataan media.

Susulan daripada situasi itu, PKNS FC berjaya menjaringkan gol pertama mereka menerusi Mohd Faiz Isa pada minit ke-58 dan selepas perbincangan antara kesemua pegawai perlawanan berkenaan, gol PKNS FC itu tetap disahkan lalu Samsudin meneruskan baki permainan.

Asmadi pula hanya digantung dua minggu kerana kedudukannya yang jauh dari tempat insiden berlaku tetapi tetap dianggap bersalah kerana tidak menggunakan konsep untuk membantu pengadil dalam membuat keputusan berkenaan.

Keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Pengadil FAM itu adalah berdasarkan analisis video dan juga laporan daripada penilai pengadil bagi perlawanan berkenaan, Zainal Abidin Yaacob.

"FAM memandang serius perkara ini dan terus mengambil tindakan serta merta dengan membuat keputusan penggantungan ini tanpa perlu menunggu laporan atau aduan rasmi daripada pasukan terlibat."

"Keempat-empat pegawai perlawanan ini akan dipanggil menghadiri kursus 'refreshment&#39; dalam masa terdekat untuk pihak Jabatan Pengadil FAM menjelaskan lebih mendalam tentang undang-undang permainan kepada mereka," katanya lagi.

Samsudin merupakan antara pengadil berpengalaman di negara ini dengan mengendalikan perlawanan-perlawanan penting Liga Malaysia (Liga-M) termasuk final Piala FA 2014 antara Pahang dan Felda United.

Keputusan dibuatnya pada perlawanan Sabtu lalu mungkin kerana beliau terlepas pandang serta terburu-buru dalam membuat keputusan.

Bagi memastikan para pengadil FAM yang lain sentiasa dapat mengendalikan perlawanan dengan baik, FAM dari semasa ke semasa melakukan kursus 'refreshment&#39; sebanyak dua atau tiga kali setahun yang dikendalikan instruktor dari FIFA untuk menjelaskan undang-undang permainan dengan menggunakan klip-klip video dari liga domestik supaya lebih dekat dengan situasi sebenar.

"Jawatankuasa Pengadil FAM juga telah memberi peringatan kepada pengadil-pengadil yang akan mengendalikan dua perlawanan separuh akhir pertama TM Piala Malaysia 2015, malam esok supaya lebih fokus dalam melaksanakan tugas mereka bagi memastikan insiden seumpama ini tidak berulang," jelas Hamidin. - Siakapkeli.my

Wed Dec 2, 2015 6:16 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

JKM Jumpa RM7,377 Dan Barang Kemas Dalam Beg Tangan Penggemis

siakapkeli.my

JOHOR BAHRU: Seorang penggemis wanita warga Indonesia yang ditahan dalam Operasi Peminta Sedekah dan Kutu Rayau semalam mengejutkan pihak penguatkuasa apabila mereka menemui wang sejumlah RM7,377 dan barang kemas di dalam beg tangan penggemis berkenaan.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, wanita warga Indonesia berusia 57 tahun berkenaan adalah antara enam yang ditahan hasil Operasi Peminta Sedekah dan Kutu Rayau di sekitar bandar raya ini dan Pasar Malam Larkin, di sini, malam kelmarin.

Keitka ditahan, dia mendakwa hanya menjula tisu di jenjantas menghubungkan sebuah pusat membeli-belah dengan JB Sentral bagaimanapun perbuatannya menjurus kepada kesalahan meminta sedekah.

"Dia turut meletakkan bekas berisi wang syiling yang menjurus kepada perbuatan meminta sedekah ketika menjual tisu. Wanita itu mendakwa dia terpaksa menjaja untuk mendapatkan wang disebabkan kesempitan hidup.

"Paling mengejutkan, kami berjaya menjumpai wang tunai mata wang Indonesia yang dianggarkan berjumlah RM7,377 selain barang kemas di dalam beg yang dibawa. Jadi kami percaya alasan kesempitan hidup diberikan hanya helah untuk melepaskan diri," katanya dipetik Sinar Harian.

Dalam operasi yang sama, pihak JKM Johor turut menahan seorang wanita Rohingya berumur 27 tahun kerana meminta sedekah dengan membawa dua anak kecil berumur tujuh bulan dan tiga tahun di percayai untuk meraih simpati.

Hasil siasatan yang dilakukan, wanita itu mengakui mengalami masalah kewangan dan tiada pilihan sehingga terpaksa mengemis kerana tidak mempunyai pekerjaan.

Ketika ditahan, dia hanya berjaya memperoleh sekitar RM5 hasil pemberian orang ramai.

"Dalam operasi berkenaan kita turut menahan dua lelaki tempatan kerana mengemis. Semua yang ditahan berumur tujuh bulan hingga 61 tahun dibawa ke Rumah Seri Kenangan (RSK), di sini, untuk tindakan lanjut," katanya.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 3 (2) Akta Orang Papa 1977. - Siakapkeli.my
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: