Monday, December 14, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4354

7 Messages

Digest #4354

Messages

Sun Dec 13, 2015 5:49 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Keputusan PT3 Boleh Diambil Esok Walaupun Cuti di Selangor

siakapkeli.my

Shah Alam, 13 Dis: Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim berkata calon-calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di Selangor boleh mengambil keputusan di sekolah masing-masing walaupun esok adalah cuti umum bagi Selangor.

Beliau berkata calon boleh mula mengambil keputusan dari jam 10 pagi.

Tambah beliau juga, Jabatan Pendidikan Selangor sudah memberi arahan kepada Pengetua di semua sekolah yang terlibat dalam PT3 supaya beroperasi seperti biasa.

"Walaupun esok cuti umum, calon boleh mengambil keputusan PT3 di sekolah masing-masing seperti biasa. Sekolah yang terbabit juga akan beroperasi seperti biasa," katanya memetik laporan Harian Metro.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan cuti umum untuk negeri ini berikutan kejayaan pasukan Selangor menjulang Piala Malaysia. - Siakapkeli.my

Menang Piala Malaysia, Selangor 'Cuti Peristiwa' Isnin
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


Susulan kejayaan pasukan itu menjulang Piala Malaysia, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan cuti peristiwa pada Isnin
Selangor mendahului pasukan lawan pada separuh masa pertama dengan keputusan 1-0 menerusi jaringan Ahmad Hazwan Baki pada minit ke-3.

Hazwan sekali lagi memberikan gol kemenangan kepada Selangor di minit ke-47 pada separuh masa kedua.
Senarai pemain Selangor pada malam ini ialah Robert Richard Cornthwaite, Muhd Shahrom Kalam (kapten), Andik Vermansah (Mohd Fitri Shazwan Raduan), Leandro Dos Santos Oliveira Nazmi Faiz Mansor, Ahmad Hazwan Bakri (S.Veenod), Guilherme De Paula Lucrecio, Abdul Hadi Yahaya (K.Gurusamy), Mohd Raimi Md Nor, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dan Norazlan Razali.
Pasukan Kedah dibarisi pemain Seungwhan Bang, Shafizan Hashim (Muhd Syafiq Ahmad), Baddrol Bakhtiar, Chidi Edeh, Khairul Helmi Johari (kapten), Mohd Rizal Ghazali, Muhamad Syazwan Tajudin (Muhd Farhan Roslan), Mohd Syazwan Zainon, Mohd Firdaus Muhamad (M Shazwan Abdullah), Liridon Krasniq dan Sandro Da Silva Mendonca. – Bernama

Sun Dec 13, 2015 5:50 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

ANGGOTA POLIS WANITA PUTUS URAT LEHER DISAMUN KETIKA BELI SARAPAN TAK JAUH DARI RUMAH

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


Seorang anggota polis wanita putus urat leher akibat dikelar dua lelaki yang cuba menyamunnya di Danau Kota, Setapak, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 7 pagi itu, anggota berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Balai Polis Gombak itu, sedang berjalan dari rumah untuk membeli sarapan tidak jauh dari kawasan kediamannya.

Bagaimanapun, ketika melalui kawasan Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, anggota berusia 27 tahun itu dihampiri dua lelaki yang menunggang dua motosikal sebelum tiba-tiba mengacukan sebilah pisau ke arahnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, berkata suspek kemudian mengarahkan anggota terbabit menyerahkan barangan berharga miliknya sebelum berlaku pergelutan.
"Ketika mempertahankan diri, anggota dan dua suspek berusia dalam lingkungan lewat 20-an bergelut sebelum seorang daripada suspek mengelar leher mangsa dengan objek tajam dipercayai pisau. "Meskipun dalam keadaan kecederaan yang serius, anggota berkenaan berusaha menahan suspek, namun mereka dapat melarikan diri tanpa sempat merampas barangan berharga milik mangsa," katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Beliau berkata, sekumpulan remaja yang melalui lokasi kejadian kemudian membantu menghantar mangsa pulang ke rumahnya sebelum dihantar oleh adik iparnya ke Klinik Kesihatan Gombak Setia, bagi mendapatkan rawatan. "Akibat kecederaan serius dan memerlukan pembedahan segera, anggota berkenaan dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Kita sedang berusaha mengesan kedua-dua suspek berdasarkan maklumat daripada mangsa sebaik dia selesai menjalani pembedahan pada lehernya," katanya sambil menambah siasatan dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang ada maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Rakan Cop Polis KL di talian 03-21159999 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata anggota polis itu yang bertugas di Bahagian Tugas Am, Balai Polis Gombak, kini masih menjalani rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Sun Dec 13, 2015 5:50 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

"Bukan Darah Pahlawan Tanpa Telur"- Harga Naik, Ini Rungutan 'Makan Dalam' Daripada Mahasiswa

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


Berdasarkan pemerhatian kami, nampaknya ramai juga rakyat melemparkan rasa tidak puas hati terhadap kenaikkan harga yang diumumkan baru-baru ini.
Bebanan itu jelas sekali dirasai oleh masyarakat umum terutamanya sekali dalam kalangan mahasiswa yang sedang menjalani pelajaran di mana-mana institut pengajian di Malaysia yang masih belum mempunyai sumber pendapatan mereka sendiri.

Pemimpin. Gunakanlah kuasa untuk membantu. Bukan menekan
Bila harga minyak naik, rakyat dinasihati berkongsi kenderaan.
Bila berkongsi kenderaan, harga tol pulak naik, rakyat dinasihati guna laluan tanpa tol.
Bila guna laluan tanpa tol berlaku kesesakan lalu lintas. Rakyat dinasihatkan pula menggunakan pengangkutan awam.
Bila guna pengangkutan awam, harga tambang pulak naik.
rakyat dinasihatkan berjimat cermat.
Bila semua harga naik, Gaji menteri dinaikkan kerana terbeban dengan ekonomi semasa. (27 Julai 2015)
Dah rakyat tak terbeban ke? Kalau gaji menteri yg berbelas-puluh ribu pun terbeban inikan pula rakyat marhaen bergaji minima RM1000.
Pemimpin.
Gunakanlah kuasa untuk membantu. Bukan menekan.
Berhadapan dengan isu sebagai anak jantan. Bukan darah pahlawan tanpa telur.
Buktinya, rungutan daripada seorang mahasiswa ini mendapat persetujuan daripada netizen terutamanya dalam kalangan pelajar sendiri.
Setuju..

Mesej yang disampaikan oleh Helmi Muktar ini ternyata mendapat perhatian umum dan mempunyai lebih daripada 1,000 perkongsian oleh pengguna Facebook.

Sun Dec 13, 2015 5:51 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Putera Alwaleed kutuk Trump dalam Twitter

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


PETALING JAYA: Usahawan Donald J Trump digesa menarik diri daripada pertandingan jawatan Presiden Amerika Syarikat ekoran kenyataannya baru-baru ini yang mahu menghalang umat Islam daripada memasuki negara itu.

Gesaan itu dibuat oleh jutawan Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal menerusi muat naik status akaun Twitter rasminya.

Beliau menyatakan, Trump bukan sahaja memalukan parti Republican, tetapi seluruh AS menerusi kenyataan akhbar kempen pencalonannya.

"Tarik diri sebab anda tidak akan menang," tulis Putera Alwaleed di Twitter yang kemudiannya di'retweeet' sebanyak 18,400 kali dengan lebih 7,000 Likes.

Dalam pada itu, sebagai membalas Tweet tersebut, Trump membalas dengan berkata Putera Alwaleed mahu kawal politik Amerika Syarikat menggunakan wang bapanya.

Trump pada Isnin lalu mengeluarkan kenyataan tidak mahu membenarkan umat Islam ke negara itu berikutan kejadian tembakan di California baru-baru ini yang melibatkan pasangan suami isteri yang dikaitkan dengan kumpulan militan IS. - FMT

Donald Trump Gesa Larangan Masuk Orang Islam Ke AS

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

WASHINGTON: Calon Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Isnin menggesa mewujudkan larangan masuk orang Islam ke negara itu susulan insiden tembakan oleh pasangan suami isteri yang dikaitkan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) di Calfornia pada minggu lalu.

"Kita tidak mempunyai pilihan," kata Trump pada perhimpunan di South Carolina sambil memberi amaran lebih banyak serangan sebagaimana yang berlaku dalam insiden 11 September sekiranya tindakan tegas tidak diambil.

Kenyataan Trump mengenai "mencegah kemasukan pendatang Islam" mencetuskan pelbagai reaksi banyak pihak termasuk Rumah Putih dan pencabarnya dalam pemilihan presiden 2016, Hillary Clinton dari parti Demokratik dan bekas Naib Presiden Republikan, Dick Cheney.

Mereka menyifatkan kenyataan kontroversi Trump bertentangan dengan segala pendirian dan kepercayaan mereka.

"Donald Trump tidak waras. Cadangan 'dasar' beliau tidak serius," kata calon Republikan, Jeb Bush di akaun Twitternya.
Bilionair dan bekas bintang realiti TV itu sering menggunakan isu perkauman menggesa supaya larangan penuh terhadap kemasukan orang Islam ke Amerika Syarikat sehingga wakil rakyat negara itu mengenal pasti apakah yang sedang berlaku.

"Negara kita tidak boleh menjadi mangsa kepada serangan dahsyat oleh individu yang hanya percaya dalam jihad dan tiada sebab munasabah untuk menghormati nyawa manusia, sehingga kita dapat mengenal pasti dan memahami masalah ini dan ancaman berbahaya yang ditimbulkan mereka," kata Trump.

Minggu lalu, insiden tembakan berlaku di pusat untuk orang kelainan upaya di California mengakibatkan 14 orang terbunuh. - Reuters

Sun Dec 13, 2015 5:51 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pakar Tampil Jawab Isu Wanita Dakwa Doktor Jahit Kaki Orang Macam Jahit Guni

siakapkeli.my

Sejak dua hari lepas menjadi viral di laman sosial beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh seorang wanita yang mendakwa doktor di Malaysia yang tidak bertanggungjawab dengan menjahit kaki orang seperti menjahit guni.

Selain itu, dia mempertikiakan keikhlasan doktor Malaysia yang membaut kerja selain menyatakan doktor tersebut akan merangkak meminta maaf di akhirat nanti sedangkan dia sendiri tidak tahu apa-apa dalam bidang tersebut.

Melihat gambar-gambar tersebut mula dikongsi oleh netizen dan rata-rata netizen menempelak kerja doktor berkenaan tanpa tahu apa-apa mengenai apa yang sebenarnya dilakukan menyebabkan seorang doktor bernama Aznil Hisham tampil membuat kenyataan menjelas.

Menurutnya jahitan berkenaan adalah jahitan yang baik di matanya sebagai seorang doktor dan jahitan ini di namakan sebagai "Interrupted mattress suture".

"Kalau nak cantik, hantar lah ke butik, bukan hantar ke hospital, di Hospital, kita tidak utamakan jahitan ropol-ropol."

"Kita utamakan kesan komplikasi infeksi pada luka atau lain-lain komplikasi. Kita mahu luka itu sembuh dan bercantum dengan baik. Itu yg kami mahu," katanya.

Beliau juga bertanyakan berapa sen sangat yang dibayar oleh wanita berkenaan untuk membayar gaji mereka doktor-doktor di Malaysia.

"Kami pun bayar cukai dan mungkin lagi banyak dari kakak, jadilah org bersyukur," katanya lagi.

Berikut adalah kenyataan dan penjelasan panjang lebar oleh Dr. Mahyuddin Mohamed yang merupakan doktor Pakar Ortopedik di Sultan Haji Ahmad Shah Hospital, Temerloh, Pahang.

1. Profesi ini memang tak lekang dek kutukan & kritikan. Baru sahaja semalam sahabat saya Dr. Abdul Rahman, Pakar Kecemasan Hospital Melaka menjawab post FB seorang jururawat yang dikatakan tidur di sebuah hospital awam di Johor. Hari ini viral pula post FB (post yang dibuat semalam) mengenai jahitan luka seorang pesakit di Hospital Sungai Buloh yang dikatakan ala menjahit guni. Dan doktor ni dikatakan sangat tak bertanggungjawab dan tak Ikhlas bekerja.

2. Buat saudari yang mengata ni, saya nak bagitahu satu perkara. Jahitan guni yang saudari katakan inilah jahitan yang TERBAIK bagi pesakit ini. Izinkan saya bercerita ringkas, nak fokus pasal jahitan luka sahaja. Tak perlu nak cerita bab lain pun. Bab ni pun saudari Dah silap besar.

3. Buat pengetahuan pembaca sekalian, kulit manusia pada bahagian lutut adalah agak kendur bagi membenarkan pergerakan sendi lutut (seperti juga siku) dan tidak seperti kulit di kepala atau di kawasan muka. Luka pada bahagian lutut perlu dijahit menggunakan teknik "mattress suture" seperti yang telah dilakukan oleh doktor yang melakukan pembedahan ni. Doktor yang dikatakan "tak bertanggungjawab & tak Ikhlas" ni.

4. Doktor ni boleh sahaja memilih untuk menggunakan teknik yang lebih mudah seperti simple interrupted suture atau memakai stapler bedah yang lebih cepat dan mudah. Namun doktor ini telah memilih untuk berdiri lebih lama dan menjahit menggunakan teknik ini kerana beliau tahu ia adalah teknik yang terbaik bagi luka di kawasan ini.

5. Jahitan yang dilakukan kemas dan tidak terlalu ketat. Hujung2 luka dirapatkan dengan sempurna. Jika terlalu ketat, bahagian tepi luka (edge of wound) boleh mati dan menjadi hitam (necrosis). Luka pesakit ini merah dan berdarah menunjukkan bahagian tepi kulit itu hidup.

6. Dalam Perubatan, Ilmu menjahit ni amat luas. Pegawai Perubatan Siswazah yang baru masuk kerja pun tak mampu melakukan jahitan ini. Kaedah jahitan (interrupted versus continuous, simple versus mattress, horizontal, vertical or hiding mattress etc), jenis jarum (curve versus straight, round body versus cutting etc) & jenis benang (absorbable vs non absorbable, synthetic vs non synthetic etc) yang perlu digunakan adalah berbeza bagi jenis luka, kawasan luka dan organ yang perlu dijahit. Bukan macam nak jahit guni yer cik Puan.

7. Nasihat saya buat semua Rakyat Malaysia, kalau ada apa2 kemusykilan, TANYA kami. Kami sedia bercerita dan menjelaskan kemusykilan anda. Bukannya kami ada apa2 yang nak disembunyikan pun. Tugas kami ialah memberi Rawatan dan Perkhidmatan sebaik mungkin buat semua Rakyat Malaysia. Tiada apa yang kami mahu melainkan melihat pesakit kami kembali sembuh dan dapat berjalan seperti sediakala. Masalahnya segelintir Rakyat Malaysia ni berat mulut nak bertanya, lebih suka "assume" dan berprasangka buruk terhadap Perkhidmatan Kesihatan Awam.

8. Melihat kepada keadaan luka lutut dan tulang keting pesakit yang ada besi (tibial pin traction on tibia bone), dan daripada komen2, pesakit yang terlibat dalam kemalangan jalanraya ini telah mengalami luka di lutut dan patah tulang peha beliau. Pesakit ini perlu menjalani Pembedahan lagi bagi membetulkan kepatahan tulang peha beliau. Saya doakan yang terbaik buat beliau. Semoga Pembedahan beliau berjalan lancar. Saudari tak malukah nak berhadapan dengan doktor2 yang masih merawat beliau ni?

9. Buat saudari, saya nasihatkan anda mohon maaf kepada semua doktor di Malaysia terutamanya di hospital sungai Buloh. Takut nanti saudari pula yang merangkak mintak maaf kat akhirat.

10. Buat kakitangan kesihatan, saya nasihatkan kita sama2 protect each other, defend each other dalam masa yang mencabar ni. Begitu ramai di luar sana yang berusaha mencari salah silap kita. Di hospital saya Skrg Dah Ada yang dengan sengaja merakam gambar dan video dengan harapan kita membuat kesilapan. Maklumlah, disaat ekonomi yang mencabar dan kos sara hidup yang meningkat ni, jika dapat menang saman memang lega la hidup kan? Make sure setelah kita explain to patients, document properly. Protect ourselves. And maybe we can go on the offense too, insyaAllah.
Ingat, KOMUNIKASI DAN DOKUMENTASI!

Nampaknya perkara seperti ini sering terjadi melibatka bidang perubatan, ramai pesakit tidak tahu S.O.P dalam bidang ini tetapi sering mempertikaikan, ini kerana pada pengalaman admin sendiri menulis, terlalu banyak isu tidak faham tugas doktor atau jururawat ini tetapi sering diviralkan dn akhir sekali terkena balik ke batang hidung.

Contoh Isu seperti Dipatuk Ular Tetapi Diabaikan Oleh Hospital Kerajaan dan Isu Kenapa Patah Kaki, Bila Hendak Bedah Perlu Bogelkan Pesakit, ternyata ramai tidak tahu prosuder-prosuder ini tetapi ambil keputusan untuk viralkan. - Siakapkeli.my

Sun Dec 13, 2015 5:52 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Jangan Beli Jika Tong Gas Ada Yang Macam ni!!!

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan harian kerana seluruh penduduk samada di Malaysia atau di serata dunia menggunakan gas untuk memasak

Kalau sewaktu anda ingin membeli gas yang baru dan jika terjumpa atau ternampak besi samada satu atau dua yang dilekatkan di tangkai pemegang tog gas tersebut, elakkan daripada membelinya

Tujuan besi tersebut dilekatkan di situ adalah bagi menipu pengguna. Ianya bertujuan menambah berat tong tersebut sedangkan isinya kurang dan tidak mencukupi sebagaimana yang tercatat pada tong gas tersebut

Begitu ramai pengguna telah terpedaya kerana gas cepat habis walaupun hanya digunakan beberapa kali untuk memasak berbanding sebelumnya

Jika terjumpa atau terbeli tong gas tersebut, bolehlah dibuat aduan kepada KPDNKK untuk diambil tindakan. Dan tong gas yang sudah terbeli akan digantikan semula dengan tong gas yang sebenar atau wang akan dikembalikan semula selain daripada tindakan yang dikenakan ke atas peniaga yang menjualnya

Mohon Share kepada Semua....

Sun Dec 13, 2015 5:52 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

RAHSIA RAKAMAN GAMBAR MAYAT BERKAFAN NAIK BASIKAL AKHIRNYA TERBONGKAR??????
Posted by OMAK KAU!!!!

 

Isu ini isu lama .. pernah Omak Kau muat naik kisah ini pada awal tahun ini betapa kos mengurus pengkebumian yang dikenakan oleh Karyah Masjid Lama Sungai Bakap , Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang ialah sebanyak RM4,375.

Harganya cukup mahal untuk rakyat berpendapatan rendah dan susah .. seolah-olah pengurusan jenazah sekarang ini sudah menjadi suatu perniagaan lumayan sedangkan menguruskan jenazah adalah suatu Fardu Kifayah.

Fardu Kifayah ialah perkara yang wajib dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam. Jika diabaikan atau tiada siapa pun yang melakukannya maka seluruh masyarakat berdosa.

Jadi mengapa perlu nak caj kepada waris simati sehingga begitu keras sekali .. kalau warisnya tidak mempunyai kemampuan dari segi wang ringgit maka jenazah berkenaan tidak akan dikebumikan????

Sebab itu sudah mula kata-kata sindir tajam agar sesiapa yang nak mati pastikan mempunyai wang atau warisnya ada wang yang mencukupi ... jika tidak baik tangguhkan dahulu ... atau tidak pergilah merayau mana-mana mohon derma dan belas ehsan bila sudah cukup bolehlah serahkan wang berkenaan kepada pihak yang mengurus jenazah.

Mungkin ini dianggap sebagai bahan lawak tetapi perlunya dipandang serius agar tidak berlaku jenazah tidak dikebumikan disebabkan warisnya tidak mempunyai cukup wang.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: