Wednesday, December 7, 2011

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3146

Messages In This Digest (5 Messages)

Messages

1.

Fw: Accidents Yang Pelik

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Tue Dec 6, 2011 6:47 am (PST)



----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

Accidents Yang Pelik
Posted by mountdweller

Yang ni accident apa saya pun tak faham

2.

Fw: Seronok beli belah, lupa rahsia terdedah!

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Tue Dec 6, 2011 6:47 am (PST)



----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

Seronok beli belah, lupa rahsia terdedah!
By AH Mohd | Daunpisang

Masyarakat Malaysia memang suka membeli-belah, terutamanya pada waktu 'Mega Sale'

Cara tradisional beli-belah biasanya banyak sangat bergantung kepada pusat beli-belah yang bersepah macam cendawan tumbuh di pagi hari di negara ini.

Tapi cara tersebut sangat konvensional. Berjalan, masuk kereta, parkir kereta, masuk ke pintu pusat membeli-belah, bayar parkir adalah kebiasaan ketika melakukan aktiviti itu. Tetapi, beli-belah secara online juga menjadi tumpuan, terutama masyarakat yang tinggal di pusat bandar.

Asalkan ada komputer seperti laptop dan pakej broadband atau jalur lebar yang laju sikit sudah memadai. Baru-baru ini operator pembayaran digital, PayPal telah melakukan kajian terhadap aktiviti beli-belah online dan hasilnya tampak positif.

Dalam kajian yang dijalankan terhadap 1,000 responden itu dengan kerjasama Nielsen Research, data jelas menunjukkan masa depan beli-belah online akan menjadi trend masa depan penduduk negara ini.

Data jelas menunjukkan peningkatan dengan pasaran di negara ini saja telah mencecah RM1.8 bilion pada tahun 2010 dan ia dijangka bertambah dalam tempoh lima tahun lagi kepada RM5 bilion.

Peniaga online di negara ini juga begitu kerana jumlah keseluruhan transaksi melibatkan mereka ialah RM825 juta berbeza dengan perbelanjaan yang dikeluarkan untuk pembelian laman web atau blog luar iaitu hanya RM627 juta.

Jumlah 45% tersebut memanglah menarik dan ia sepatutnya menambah banyak lagi perniagaan online sehinggalah menjadikan kedai maya berderet-deret disenaraikan dalam enjin carian nanti.

Pada masa sama, pengguna sepatutnya mengambil langkah berhati-hati dan tidak terlalu ghairah ber'shopping' sakan dan syok memberikan nombor kad kredit atau nombor akaun bank atau maklumat peribadi lain begitu saja.

Ia memandangkan kegiatan jenayah siber memang tidak dapat dielakkan malah akan bertambah dan penjenayah akan sentiasa mencari jalan 'vulnerable' untuk meloloskan diri bagi mencuri data pengguna. Tujuaannya hanya satu, data peribadi peribadi anda walaupun hanya satu nombor atau alamat sudah memadai buat mereka untuk dijual.

Penjenayah siber sentiasa mencari kelemahan di sistem-sistem IT

Berbalik kepada laporan PayPal tersebut, terdapat kajian yang menunjukkan juga kebanyakan pembeli online tidak tahu pun jumlah laman web yang memegang maklumat peribadi mereka dan tidak pula mengetahui maklumat apa yang dipegang (nombor IC? Alamat? Nombor kad kredit?) Penulis yakin mereka juga tidak mengetahui sejauh mana kekuatan 'firewall' laman tersebut dalam memelihara laman web mereka daripada diceroboh.

Memandangkan tiada jalan lain yang dianggap selamat, pengguna terpaksa juga memberikan maklumat untuk mendapatkan barang diidamkan. Jadi, nasihat paling mudah ialah gunakan transaksi yang diyakini seperti PayPal. Sama ada anda pengguna atau peniaga, PayPal disifatkan cara bayar paling selamat sekarang.

Masa depan beli-belah online akan tertumpu kepada sejauh mana teknologi mudah alih mampu berkembang seperti telefon pintar atau tablet tetapi yang paling ketara setakat ini ialah penggunaan telefon pintar.

Mengikut kajian, pengguna telefon pintar di negara ini telah mencecah hingga 48% dan bakal bertambah kepada 89% dalam masa 12 bulan manakala pasaran tablet kini 18% tapi mampu pergi sejauh 75% untuk tempoh setahun juga. Ia bermaksud, pengguna mahukan pengalaman membeli-belah online yang pantas, cepat dan bila-bila masa yang hanya boleh dilihat bagi peralatan mudah alih.

Untuk tujuan itu, vendor peralatan mudah alih dan pembangun apps atau aplikasi perlu memikirkan kaedah terbaik untuk memperketatkan tahap keselamatan dan mengoptimumkan pengalaman kepada pengguna.

Setakat ini, perkara yang memisahkan pengguna mungkin hanya terletak pada skrin kecil yang tak cukup untuk memaparkan visual produk yang hendak dibeli selain tempoh transaksi yang mengambil masa agak lama.

Sehubungan itu, kesemua masyarakat di negara ini perlu bersedia dengan evolusi baru dunia beli-belah dalam tempoh 12 bulan akan datang. Pastikan anda melihat sejauh mana ia berkembang!
3a.

Fw: Honda Civic baru generasi ke-9

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Tue Dec 6, 2011 8:01 am (PST)



----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

Honda Civic baru generasi ke-9 bakal dilancarkan 2012
warkahdaily
Diterbitkan oleh: Editor@WD

Honda telah pun membuat pendedahan berkaitan rupa bentuk rasmi jentera baru Civic generasi ke-9 namun dikatakan ada persamaan dengan Civic generasi ke-8.

Pendedahan gambar rupa bentuk rasmi Civic generasi ke-9 itu turut ditampilkan info rasmi berkaitan varian dan enjin model berkenaan.

Dipetik dari web arenakereta.com, gambar dan info berkaitan jentera baru Honda Civic itu dikeluarkan oleh American Honda Motor Co., Inc. Dengan kata lain dan lebih tepat lagi, kesemua varian yang dipertonton Honda Amerika itu adalah untuk pasaran Amerika Syarikat (US) sahaja

Seperti model sebelumnya, Civic generasi ke-9 untuk pasaran rantau asia termasuk Malaysia mempunyai beberapa perbezaan (reka bentuk depan dan belakang) berbanding model untuk pasaran US.

Pasaran di AS menyaksikan Honda Civic generasi ke-9 tampil dengan beberapa varian seperti Sedan dan Coupe. Versi sedan terbaru sepenuhnya HF berenjin petrol (bukan hibrid) tetapi mempunyai tahap penjimatan petrol mengkagumkan.

Varian Si pula merupakan jentera berprestasi tinggi bagi model ini. Varian lain ialah hibrid dan varian bahan api alternatif gas asli.

Menurut Honda, walaupun tanpa bantuan sistem hibrid, varian terbaru HF merupakan model baru yang mempunyai sasaran untuk penjimatan penggunaan bahan api dengan hanya enjin petrol, dengan sasaran "EPA-estimated fuel-economy rating" kepada 14.5km/l atas lebuhraya.

Varian sporty dan berprestasi tinggi Si ditawarkan dalam dua versi sedan dan coupe. Varian ini didatangkan dengan enjin 2.4 liter i-VTEC yang menghamburkan kuasa 200hp dan 230Nm tork di samping bersama kotak gear manual 6 kelajuan.

Varian Si dan coupe sudah tentu tidak akan memasuki pasaran Malaysia, cuma kita mungkin boleh berharap versi Type R sedan sekali lagi akan dipasarkan di sini.

Model Civic Si dikatakan menampilkan kejuruteraan paradox, di mana penampilan enjin berkuasa disusuli dengan tahap penggunaan bahan api lebih cekap dan menjimatkan. Kesemua varian dan versi Civic generasi terbaru ini menonjolkan rekaan diperbaharui, prestasi dan pembakaran bahan api lebih cekap serta menjimatkan.

Bagi mendapatkan gambaran lebih jelas, anda boleh melihat dengan lebih dekat gambar rasmi yang disiarkan oleh Honda US, dan model itu akan dijual di sana pada musim bunga akan datang (Spring Season).

Untuk pasaran tempatan (Malaysia) pula, ,model terbaru ini dijangka akan tiba bermula awal 2012, dengan hanya varian sedan dan hibrid sahaja akan dibawa masuk.
3b.

Re: Fw: Honda Civic baru generasi ke-9

Posted by: "bashah" bwasi@yahoo.com   bwasi

Tue Dec 6, 2011 5:03 pm (PST)



bontot tonggek tu but pity for u.s .market only

________________________________
From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, December 7, 2011 12:00 AM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Honda Civic baru generasi ke-9


 
----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

Honda Civic baru generasi ke-9 bakal dilancarkan
2012
warkahdaily
Diterbitkan oleh: Editor@WD
 
Honda telah pun membuat pendedahan berkaitan rupa bentuk
rasmi jentera baru Civic generasi ke-9 namun dikatakan ada persamaan dengan
Civic generasi ke-8.

Pendedahan gambar rupa
bentuk rasmi Civic generasi ke-9 itu turut ditampilkan info rasmi berkaitan
varian dan enjin model berkenaan.

Dipetik dari web arenakereta.com, gambar dan info berkaitan jentera baru Honda Civic itu
dikeluarkan oleh American Honda Motor Co., Inc. Dengan kata lain dan lebih tepat
lagi, kesemua varian yang dipertonton Honda Amerika itu adalah untuk pasaran
Amerika Syarikat (US) sahaja

Seperti model
sebelumnya, Civic generasi ke-9 untuk pasaran rantau asia termasuk Malaysia
mempunyai beberapa perbezaan (reka bentuk depan dan belakang) berbanding model
untuk pasaran US.

Pasaran di AS menyaksikan Honda Civic generasi ke-9 tampil
dengan beberapa varian seperti Sedan dan Coupe. Versi sedan terbaru sepenuhnya
HF berenjin petrol (bukan hibrid) tetapi mempunyai tahap penjimatan petrol
mengkagumkan.

Varian Si pula
merupakan jentera berprestasi tinggi bagi model ini. Varian lain ialah hibrid
dan varian bahan api alternatif gas asli.

Menurut Honda,
walaupun tanpa bantuan sistem hibrid, varian terbaru HF merupakan model baru
yang mempunyai sasaran untuk penjimatan penggunaan bahan api dengan hanya enjin
petrol, dengan sasaran "EPA-estimated fuel-economy rating" kepada 14.5km/l atas
lebuhraya.

Varian sporty dan
berprestasi tinggi Si ditawarkan dalam dua versi sedan dan coupe. Varian ini
didatangkan dengan enjin 2.4 liter i-VTEC yang menghamburkan kuasa 200hp dan
230Nm tork di samping bersama kotak gear manual 6 kelajuan.

Varian Si dan coupe sudah tentu tidak akan memasuki pasaran
Malaysia, cuma kita mungkin boleh berharap versi Type R sedan sekali lagi akan
dipasarkan di sini.

Model Civic Si
dikatakan menampilkan kejuruteraan paradox, di mana penampilan enjin berkuasa
disusuli dengan tahap penggunaan bahan api lebih cekap dan menjimatkan. Kesemua
varian dan versi Civic generasi terbaru ini menonjolkan rekaan diperbaharui,
prestasi dan pembakaran bahan api lebih cekap serta menjimatkan.

Bagi mendapatkan
gambaran lebih jelas, anda boleh melihat dengan lebih dekat gambar rasmi yang
disiarkan oleh Honda US, dan model itu akan dijual di sana pada musim bunga akan
datang (Spring Season).

Untuk pasaran tempatan (Malaysia) pula, ,model
terbaru ini dijangka akan tiba bermula awal 2012, dengan hanya varian sedan dan
hibrid sahaja akan dibawa masuk.
4.

Fw: Ford tampil dengan MPV S-Max lebih sporty

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Tue Dec 6, 2011 8:04 am (PST)



----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

Ford tampil dengan MPV S-Max lebih sporty

warkahdaily
Diterbitkan oleh: Editor@WD

WarkahDaily - Ketika semua pengeluar kenderaan memperagakan keluaran MPV mereka, Ford tidak terkecuali dengan model terbaru yang dilihat lebih hebat dan menarik iaitu Ford S-Max.

Pada Jun lepas, Ford telah memperkenalkan MPVnya, S-Max dengan penampilan yang lebih bergaya dan menarik perhatian peminat MPV walaupun ia bersaing hebat dengan Peugeot 5008.

S-Max ditampil dengan ciri-ciri keselamatan yang inovatif baru termasuk Sistem Maklumat Spot Buta (BLIS ®) dengan pemasangan cermin yang lebih besar.

Ia juga turut dipasang dengan alat pengesan di setiap sudut termasuk di bahagian hadapan bagi memudahkan pemandu berdepan ruang parking yang sempit atau berdepan pelanggaran halangan di bahagian hadapan. S-Max turut meletak cermin besar bagi meminimumkan titik buta buat pemandu.

S-Max turut tidak terlepas dari ciri-ciri keselamatan apabila dilengkapkan dengan kuasa 'Power Child Lock' di pintu belakang bagi keselamatan kanak-kanak.

Gril radiator yang lebar memberi penampilan S-Max lebih garang disamping sepasang lampu LED DRL (Day Running Lights) dan lampu tama yang berbucu tajam. Tidak ketinggalan, lampu kabus yang baru melihat menekankan pengaruh reka bentuk kinetik Ford.

Di bahagian belakang S-Max, ia tampak lebih moden dan menyerlah berbanding MPV keluaran lain dengan turut dipasang lampu LED yang memanjang ke rusuk sebelah belakang. Turut disemat dengan krom bar antara lampu ekor LED disamping logo timbul yang tampak lebih timbul.

Kelihatan S-Max ditampilkan lebih sporty berbanding MPV keluaran lain di pasaran. Disamping penampilan lebih sporty, S-Max turut dipasang dengan 'sirip' pada sisi arca roda hadapannya supaya kelihatan lebih mantap dan bergaya.

Ciri-ciri lain, S-Max turut dikemaskan dengan jalur krom di bahagian sisi mengelilingi kawasan tetingkap kaca yang kelihatan lebih anggun dan sporty.

Buat pencinta muzik, S-Max memberi satu pengalaman lain dari yang lain apabila ia dilengkapi sistem bunyi berkuasa 265 dengan speaker yang dinaik taraf dengan pusat saluran tambahan di tengah-tengah dashboard dan sub-woofer besar yang dipasang di belakang kerusi hadapan sebelah kiri.

S-Max merupakan MPV pertama menawarkan enjin EcoBoost SCTi Ford serba baru 2.0 liter yang menandakan satu era baru dalam pembangunan enjin petrol Ford.

Pembinaan berasas aluminium yang ringan, generasi terbaru sistem injection tekanan tinggi. Enjib 2.0 S-Max turut mempunyai sistem pembakaran yang memberi tahap prestasi yang bagus dan kecekapan bahan api untuk enjin petrol.

Namun begitu, walaupun dengan prestasi ini responsif, ekonomi bahan api dan pengeluaran CO2 dari enjin baru dengan ketara bertambah baik. Berbanding dengan sebelumnya 161 PS 2.3 liter powertrain automatik, pelepasan CO2 dapat dikurangkan sebanyak 19 peratus kepada 189 g / km, walaupun enjin SCTi baru 2.0 liter mempunyai kuasa lebih daripada 25 peratus.

EcoBoost SCTi enjin 2.0-liter mempunyai output maksimum 203 PS (149kW) pada 5500 rpm, digabungkan dengan tork maksimum 300 Nm, yang dihantar di seluruh julat 1,750-4,500 rpm yang luas. Dengan powertrain baru ini, Ford S-MAX mencapai 0-100km / h (0-62 mph) pecutan dalam 8,5 saat dan kelajuan tertinggi 221 km / h (137 mph).

Pada masa yang sama, Ford S-Max menawarkan enjin diesel yang telah dipertingkat secara signifikan. Ia dinaik taraf enjin 2.0-liter Ford Duratorq TDCi, mematuhi peringkat V pelepasan peraturan-peraturan dan juga boleh didapati dalam tiga peringkat kuasa - 115, 140 dan 163 PS (85, 103 dan 120 kW).

Turut direka bentuk untuk prestasi yang ditapis dan kos pemilikan yang rendah, enjin-baru Duratorq TDCi turut ekonomi penggunaan bahan apinya dan prestasi yang mengagumkan gabungan CO2. Dengan pengambilan 5,7 l/100 km dengan transmisi manual enam kelajuan, membuktikan bahawa ia adalah mungkin untuk menggabungkan pemanduan yang menyeronokkan dan menarik prestasi dengan kecekapan yang tinggi.

Walaupun direka lebih besar, namun S-Max yang dibekalkan kawalan stereng yang lebih responsif dan mantap disampiing kuasa menerusi kotak gear enam kelajuan yang lancar menyebabkan pemanduannya lebih ringan.

Turut dikategori sebagai kelas mewah, S-Max yang bersaiz besar turut menyediakan tujuh ruang tempat duduk yang selesa bagi penumpang dan pemandu.

Sesuai dengan rekaan yang kembung dan besar, ruang kargo S-Max ditampilkan dengan lebih luas disamping tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh dilipat sepenuhnya bagi membolehkan barang bersaiz besar diletak tanpa sebarang masalah.

S-Max ditawarkan dengan harga bersesuaian dengan penampilan hebatnya di pasaran tempatan iaitu RM185,888 (harga atas jalan beserta insurans).
Recent Activity
Visit Your Group
Y! Sports for TV

Access it for free

Get Fantasy Sports

stats on your TV.

Yahoo! Groups

Mental Health Zone

Find support for

Mental illnesses

Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

No comments: