Monday, December 5, 2011

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3144

Messages In This Digest (4 Messages)

1a.
Re: Symantec Ghost 11/11.5 From: ahmad sopuan abdullah
1b.
Re: Symantec Ghost 11/11.5 From: Nazri Ahtar
2.
Fw: Sebab Asingkan Penumpang Bas Ikut Jantina From: ::-eSpAcE 9808-::
3.
Fw: GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011 From: ::-eSpAcE 9808-::

Messages

1a.

Re: Symantec Ghost 11/11.5

Posted by: "ahmad sopuan abdullah" asafahaha@yahoo.com.my   asafahaha

Sun Dec 4, 2011 4:32 am (PST)



bro...

software nih utk buat aper?
minat jugak nak tau sebelum cuba2 nak download

________________________________
From: Nazri Ahtar <littlenoti@yahoo.com>
To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 30 November 2011 1:57 PM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Symantec Ghost 11/11.5


 
As salam,

1. download dan install program utorrent ( http://www.utorrent.com )
2. search 'symantec ghost' pada website isohunt. ( http://www.isohunt.com )
3. biasanya dalam isohunt akan keluar macam2 key generator. but since dah request 11/11.5, rasanya macam dah ada key. so guna balik key yg ada tu la ye ? or else kira pirated copy plak.

or.

norton 15.0 trial download link --> http://norton-ghost.en.softonic.com/

 
rgds,
Nazri Ahtar

________________________________
From: "rezal_sapuan@amtek.my" <rezal_sapuan@amtek.my>
To: chainz_of_frenz@yahoogroups.com; mahligai@yahoogroups.com; automobil@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, November 30, 2011 11:21 AM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Symantec Ghost 11/11.5


 
Salam Semua,

Sesiapa yang ada software Symantec Ghost 11.5 or 11, boleh share tak?

Dah puas cari dalam internet tapi tak jumpa ...

Thanks and regards

1b.

Re: Symantec Ghost 11/11.5

Posted by: "Nazri Ahtar" littlenoti@yahoo.com   littlenoti

Sun Dec 4, 2011 8:47 pm (PST)



as salam,

torrent - dikenali juga sebagai P2P program (Peer to Peer). banyak lagik program berkonsepkan torrent, tapi dalam banyak2 program yang sudah saya cuba utorrent yg tak memberatkan (melambatkan) PC.

konsep torrent = tak gunakan server untuk menyimpan file/data. ia gunakan end user (client). seolah2 file sharing dalam rangkaian internet satu dunia.

ambil contoh nak download program Ubuntu dari ubuntu.org website.

katakan Ali ada program Ubuntu. Abu / Ahmad / Busu / Maniam / Ah Chong nak program Ubuntu. semua gunakan program torrent. once Ali connected ke internet, Abu / Ahmad / Busu / Maniam dan juga Ah Chong boleh download program Ubuntu dari Ali. Ali sebagai pembekal (seeder), dan yang lain2 sebagai penyedut (downloader/leecher)

katakan Ahmad terlebih dahulu siap/complete download program Ubuntu dari Ali berbanding orang lain, secara automatik, Ahmad akan jadik seeder, dan secara tak langsung Abu / Busu / Maniam dan juga Ah Chong akan sedut program Ubuntu dari Ali dan Ahmad. bila ada dua seeder, lagi cepat Abu / Busu / Maniam / Ah Chong download program tu.

a good leecher is a good seeder. maksudnya...kalau kita download a program dalam size 100MB, tolong upload balik 100MB utk kekalkan ratio 1:1. ratio ini akan disimpan oleh tracker server. ada sesetengah tracker yg tak kisah sangat ratio nih sebab pada pemikiran tracker tu, akan ada rasa asas tanggungjawab pada tukang download tadik. Ada sesetengah tracker yg keep track ratio. kalau ratio rendah, ada kemungkinan kena ban (tak boleh download selagi ratio rendah). terpulang pada tracker server itu sendiri.

pros,

1. lebih ramai seeder, lebih cepat leecher download.
2. tak melibatkan file server, cuma tracker server. tracker server ini la yg beritahu pada segala client (peers) tadi siapa yang jadi seeder dan siapa yg jadi leecher. Load pada tracker server lebih rendah berbanding load pada file server. kalau file server ada 10...dan tukang download dok ada 1000.... penat kerja dia. konsep torrent ini membolehkan sebahagian dari 1000 yg dah siap download menjadi file server. let say 30%. 300 extra server...utk melayan 700 download. nisbah yg jauh lebih kecil.
3. sesetengah program yg kita nak tu mungkin dah lama, so principals (macam kes ni..symantec) mungkin dah delete program lama tu dengan newer version. jadi torrent ini adalah salah satu alternatif lain utk download program Symantec Ghost 11.5. fyi, sekarang dah version ghost 15.

cons,
1.file baru yg disebarkan mungkin kurang seeder....so download speed rendah.
2. kalau seeder jahat, siap je download, terus disconnect.... so downloader nak kene tunggu seeder lain.
3. nak kena ada internet connection sepanjang masa download dan upload utk kekalkan ratio.
4. file2 yang lama, yg unpopular mungkin tak dapat dah lagi.
5. banyak torrent files yg tipu (program yg kita nak mungkin sama, tapi bila siap download, samada compressed dan password lock, atau different program sama sekali). tapi sekarang dah banyak torrent file yg dikepilkan bersama2 dengan recommen dari user... macam facebook like tu. kalau dah ada yg download, dan program tu legit...dia kasik 'like' satu kali. kalau nak download, dan kita tengok byk like, most probably torrent file program tu boleh dipercayai.

Akan ada orang cakap torrent nih banyak untuk illegal programs/file/movies/games dan sbgnya. Tapi bagi saya semua itu terpulang pada individu. tepuk dada tanya selera....samada nak jadi baik atau jahat.

saya baru sahaja search kat goole 'Symantec Ghost 11.5 torrent'. masih banyak.

 
rgds,
Nazri Ahtar

________________________________
From: ahmad sopuan abdullah <asafahaha@yahoo.com.my>
To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, December 4, 2011 8:32 PM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Symantec Ghost 11/11.5


 
bro...

software nih utk buat aper?
minat jugak nak tau sebelum cuba2 nak download

________________________________
From: Nazri Ahtar <littlenoti@yahoo.com>
To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 30 November 2011 1:57 PM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Symantec Ghost 11/11.5


 
As salam,

1. download dan install program utorrent ( http://www.utorrent.com )
2. search 'symantec ghost' pada website isohunt. ( http://www.isohunt.com )
3. biasanya dalam isohunt akan keluar macam2 key generator. but since dah request 11/11.5, rasanya macam dah ada key. so guna balik key yg ada tu la ye ? or else kira pirated copy plak.

or.

norton 15.0 trial download link --> http://norton-ghost.en.softonic.com/

 
rgds,
Nazri Ahtar

________________________________
From: "rezal_sapuan@amtek.my" <rezal_sapuan@amtek.my>
To: chainz_of_frenz@yahoogroups.com; mahligai@yahoogroups.com; automobil@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, November 30, 2011 11:21 AM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Symantec Ghost 11/11.5


 
Salam Semua,

Sesiapa yang ada software Symantec Ghost 11.5 or 11, boleh share tak?

Dah puas cari dalam internet tapi tak jumpa ...

Thanks and regards

2.

Fw: Sebab Asingkan Penumpang Bas Ikut Jantina

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Sun Dec 4, 2011 6:23 am (PST)



----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

Kes Raba Jadi Sebab Asingkan Penumpang Bas Ikut Jantina
Posted by greenboc

Jakarta: Sistem transit TransJakarta di bandaraya ini dilaporkan melancarkan satu program perintis untuk mengurangkan masalah gangguan seksual dengan mengasingkan penumpang wanita dan lelaki dalam bas membabitkan laluan Ragunan-Dukuh Atas sejak minggu lalu.

"Kami cuba mengarahkan penumpang wanita supaya berada di bahagian depan, manakala penumpang lelaki di bahagian belakang bas," kata Ketua Jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan TransJakarta (BLU), Muhammad Akhbar yang dipetik media di sini.

"Kami cuba melindungi penumpang, jadi mereka perlu diasingkan. Apabila bas ini penuh, penumpang akan berasak-asak."

Kami cuba mengarahkan penumpang wanita supaya berada di bahagian depan, manakala penumpang lelaki di bahagian belakang bas. - Muhammad Akhbar, Ketua Jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan TransJakarta

TransJakarta akan membuat penilaian daripada penumpang sama ada untuk meneruskan program terbabit selepas projek perintis itu berakhir, kata Akhbar.

"Jika kebanyakan mereka bersetuju kami akan melaksanakan terhadap semua laluan."

Akbar berkata, bilangan kes gangguan seksual terhadap bas TransJakarta tahun ini dilaporkan meningkat berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Kes terbaru membabitkan gangguan seksual dilaporkan membabitkan pelajar sekolah tinggi yang hanya dikenali sebagai IF, ketika dalam perjalanan dari Kampung Rambutan ke Kampung Melayu pada 23 November lalu.

Penumpang lelaki dilaporkan sengaja meraba paha dan punggung mangsa. Penumpang lain yang menangkap Ahmad melakukan perbuatan itu membawa suspek ke balai polis Jatinegara di Jakarta Timur.

Akbar juga memberitahu, pelaksanaan terbabit masih lagi terhad kepada laluan tertentu dan masa tertentu.

"Ia tidak dilakukan secara menyeluruh. Pada masa depan, kami akan melaksanakannya di semua laluan." - Agensi
3.

Fw: GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Sun Dec 4, 2011 6:24 am (PST)



----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011
kgmokkan

Pada10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh strong sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam.

Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai. Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam.

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam. Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8)

Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30

Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Video di bawah merupakan simulasi gerhana bulan yang dibuat menggunakan perisian Stellarium.
(sila klik terus ke link youtube ini)

Di bawah ialah laluan bulan ketika ia bergerak di dalam bayang-bayang umbra dan penumbra bumi. (credit to F. Espenak, NASA's GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html)

Di bawah ialah peta dunia yang menunjukkan kawasan mana yang boleh lihat fenomena gerhana kali ini. (credit to F. Espenak, NASA's GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html)

Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.

Oleh itu jangan lepaskan peluang menyaksikan KESELURUHAN fasa Gerhana Bulan Penuh pada bulan Disember nanti.-SOURCE

Posted by MOBYDICK

Read more: http://kgmokkan.blogspot.com/2011/12/pada10-disember-2011-ini-kita-akan.html#ixzz1fWZI52zi
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Yahoo! Groups

Mental Health Zone

Schizophrenia groups

Find support

Health Zone

Look your best!

Groups to help you

look & feel great.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

No comments: