Saturday, December 17, 2011

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3156

Messages In This Digest (4 Messages)

1.
Fw: Proton Exora Bold dan Exora Prime From: ::-eSpAcE 9808-::
2.
Fw: TAWARAN Peluang Amal Jariah From: ahmad sopuan abdullah
3.
Fw: Berita Kemalangan From: ::-eSpAcE 9808-::
4.
Fw: Berita Pencuri From: ::-eSpAcE 9808-::

Messages

1.

Fw: Proton Exora Bold dan Exora Prime

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Fri Dec 16, 2011 7:35 am (PST)



----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

Proton Exora Bold dan Exora Prime akan dilancarkan januari 2012
Posted by KedahLaNie

Exora Bold Premium

SUBANG JAYA, 15 DISEMBER - Proton Holding Berhad pada hari ini mengumumkan penjualan varian baru MPV pertama Malaysia iaitu Exora yang dilengkapi enjin 1.6 liter Campro Charge Fuel Efficiency (CFE) dengan prestasi yang boleh dibandingkan dengan enjin 2 liter.
Enjin CFE tersebut didatangkan pada varian Exora Bold Premium dan Exora Prime yang turut disertakan dengan transmisi CVT.

"Kombinasi enjin Campro CFE dengan transmisi CVT mejadikan kedua varian itu lebih efisyen dan ekonomikal," kata Dato' Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Pengarah Urusan Grup Proton Holding Berhad.

Exora Bold turut ditawarkan dengan varian executive dengan enjin 1.6 liter Campro CPS dengan transmisi manual dan automatik. Turut ditawarkan ialah varian standard dengan enjin dan transmisi yang sama.

Exora Prime

Exora Prime pula lebih eksklusif dengan hanya enam tempat duduk dan beberapa perkakasan standard lain seperti cermin sisi elektrik boleh lipat, brek cakera belakang, roda aloi 16 inci dan warna baru iaitu Absolute Brown.

Bahagian interior pula didominasi dengan balutan kulit dan dimewahkan lagi dengan panel tengah, panel gear dan corong penyaman udara berwana kayu (walnut). Exora Prime turut dilengkapkan dengan kerusi kapten pada barisan kedua, dua monitor pada perehat kepala dan sistem audio dengan navigasi dan kamera undur.

Sejak dilancarkan pada April 2009, sebanyak 65,049 unit Exora telah terjual dengan 82,854 unit tempahan. Purata jualan sebulan Exora pula ialah sebanyak 1,800 unit dan Proton optimistik untuk mencapai jualan sebanyak 2,000 unit dengan pengenalan varian baru itu.

Exora Bold Premium dan Exora Prime akan mula didaftarkan pada minggu kedua Januari 2012 dan pelanggan yang memandu uji pada 16 - 18 Disember akan menerima cenderamata sempena kempen Proton 4 U Day. Walau bagaimanapun, Exora Prime hanya boleh dilihat dan dipandu uji di Bilik Pameran Kristal di Juru, Plentong dan Mutiara Damansara.

Variant Tentative OTR

1.6 Standard MT RM59,998
Bold 1.6 Executive MT RM70,998
Bold 1.6 Executive AT RM74,998
Bold 1.6 Premium CVT RM79,998
Prime 1.6 Premium RM88,998

EXORA BOLD PREMIUM AND EXORA PRIME FOR GREATER EXCLUSIVITY AND PERFORMANCE

SUBANG JAYA, 15 December 2011 - PROTON Holdings Berhad today announced the availability of two new variants of Malaysia's first MPV, the Exora which features an all-new 1.6-litre Campro Charge Fuel Efficiency (CFE) engine with performance comparable to that of a 2-litre engine.

The CFE engine is available in the new Exora Bold Premium and the top-of-the-line Exora Prime model that comes equipped with a CVT transmission.

"The combination of the Campro CFE engine and CVT transmission not only gives the Exora Bold Premium and Exora Prime greater efficiency and fuel economy," said PROTON Holdings Berhad Group Managing Director Dato' Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

He added that CFE uses the force induction technology which provides maximum power at lower RPM. "Boosted with the more efficient 1.6L engine, customers will experience powerful performance which is comparable to a 2.0L engine, with much lower fuel consumption. The additional power kicks in to provide more pulling power when accelerating or overtaking. In short, it's what you can aptly describe as a "pay-as-you-go" engine, which gives you more "vroom" for every litre of petrol used."

The benefits of the CVT transmission include the intelligence of selecting the best ratio that would suit a particular driving condition thus allowing the Exora to become extremely fuel efficient, and what is known as "steepless" smooth acceleration due to its discreet gear changing for best comfort.

The Exora Bold is also being offered in executive trim powered by a 1.6-litre Campro CPS engine available in both manual and automatic transmissions. PROTON is also offering a 1.6 standard trim which is powered by the same engine and a manual transmission.

The exclusive, six-seater Exora Prime features a number of enhancements. The exterior upgrades include an all-new front and rear bumper design; electric folding door mirrors; rear disc brakes; blacked-out headlamps; smoked rear combi lights; 16" inch gold-finished alloys; a rear garnish finishing; and available in a newly-introduced colour which is Absolute Brown.

An all-new leather interior is complemented by the walnut centre panel finishing, gear panel bezel, air-conditioning vent outlets and metallic beige door switch covers and inner door handles. The Exora Prime is also equipped with a second row Captain Seat, head rest monitors and an audio system incorporating navigation and a reverse camera.

The Exora Bold Premium meanwhile, also sports electric folding door mirrors, rear disc brakes, 16" inch alloys, and a new front and rear bumper design. The interior however, benefits from a sportier treatment in the form of a dual-tone combination leather seats with liquid silver appointments to its gear panel bezel, door switch cover, air-conditioning vent outlets and inner door handles. The vehicle is also equipped with a reverse camera and rear view mirror with LCD.

"The Exora Bold Premium and Exora Prime offer consumers exclusive and elegant styling combined with Lotus Ride and Handling for excellent grip, stability, response and safety, all, at an affordable price and the best value for money for a vehicle in its class, in line with our brand promise of 'Committed to be Better'," said Dato' Sri Haji Syed Zainal Abidin.

Since it was first launched in April 2009, a total of 65,049 units of the Exora have already been registered with PROTON receiving some 82,854 bookings. The Exora has a monthly sales average of 1,800 units and with the introduction of Exora Bold Premium and Exora Prime, the company is optimistic of securing a monthly sales volume of 2,000 units.

With buyers opting for the Exora because of its interior spaciousness, exterior styling, features and reasonable pricing, it has also won numerous awards which include being named Midi MPV of the year at the NST/Maybank Car of the Year Awards in 2009; Best Local Assembled MPV at the Asian Auto-VCA Awards in 2009; and Small/Mid-size MPV of the year at the Autocar Asean Car of the Year Awards in 2009. The Exora also received the Frost & Sullivan 2010 Malaysia Excellence Awards for Best Automotive Debut Model of the Year in 2010.

The popularity of Exora is also evident in other Proton markets. Last year, the Exora was the only MPV named as one of the top ten cars in Thailand by a renowned English newspaper in Bangkok. And more recently this year, the Exora Star won two separate awards in Indonesia; the "Best Budget MPV 2011" at the Indonesian Automotive Awards and MobilMotor magazine's ICOTY (Indonesian Car of the Year) Best Small MPV 2011.

The Exora Bold Premium and Exora Prime models will only be available for registration by the second week of January 2012.

In the meantime, customers are invited to test drive the Exora Bold Premium with CVT transmission at the nearest PROTON showroom. In conjunction with the launch of the new variants, PROTON is also organising a Proton 4 U Day from 16-18 December at all Proton sales outlets nationwide. Door gifts are being offered to those who test drive the Exora. The Exora Prime however, will not be available for test drive and can only be viewed at these selected outlets: Crystal Showroom, Juru Branch, Plentong Branch and Mutiara Damansara.
2.

Fw: TAWARAN Peluang Amal Jariah

Posted by: "ahmad sopuan abdullah" asafahaha@yahoo.com.my   asafahaha

Sat Dec 17, 2011 12:15 am (PST)





----- Forwarded Message -----
From: Siti Najwa Ali <ctnajwaali@gmail.com>
To:
Sent: Friday, 16 December 2011 12:02 PM
Subject: TAWARAN Peluang Amal Jariah


(Setelah anda membaca maklumat ini, harap dapat sebar-sebarkan kepada kenalan anda agar mereka juga dapat beramal jariah seperti  anda, terima kasih)
السلام عليكم
 
LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (LIMPAH)adalah pusat kebajikan dan penempatan yang menaungi golongan yang layak menerima zakat (asnaf), fakir-miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.
 
LIMPAHmemulakan operasinya pada Disember 2005 dengan menyewa sebuah rumah di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor dengan menempatkan 10 orang kanak-kanak pada waktu itu dari sekitar Selangor.
 
Berkat kesungguhan dalam memperjuangkan nasib golongan asnaf ini, LIMPAHkini sedang menanggung 70 orang pelajar yang tergolong dalam kategori ini. Mereka di tempatkan beberapa buah bangunan yang digunakan sebagai asrama dan sekolah. Anak-anak ini dididik dan diajar agar menjadi insan yang kenal diri dan Penciptanya, berperibadi mulia serta mampu memajukan diri, dan akhirnya akan memberi manafaat kepada orang lain di suatu masa nanti.
 
Untuk melengkapkan sistem tarbiah, bermula Mei 2009, LIMPAHtelah diamanahkan untuk mengambil alih Sekolah Maahad Tahfiz Aiqan bertempat di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan yang menampung pelajar seramai 55 orang yang terdiri daripada golongan miskin dan anak yatim.
 
Oleh itu, dengan tanggungan yang bertambah dan kapasiti yang terhad, LIMPAHsangat mengalu-alukan sumbangan yang berterusan dari orang ramai untuk menjayakan hasrat ini. Sumbangan-sumbangan berbentuk barangan keperluan rumah dan sekolah, pakaian, makanan dan wang akan terus dimanafaatkan oleh golongan yang layak menerima ini tanpa melalui kerenah birokrasi yang menyulitkan.
 
Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah setiap dari kamu memelihara wajahnya dari api Neraka walaupun dengan (bersedeqah) dengan sebiji kurma".
 
Marilah kita membela orang lain, mudah-mudahan Tuhan akan membela diri kita.
 
 
BENTUK-BENTUK SUMBANGAN YANG BOLEH DIHULURKAN:
 
 
1)      Wang tunai: dengan masukkan terus ke akaun Maybank Berhad atas nama; 
 
LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (no akaun MBB: 5120-1701-4255)
 
2)       Zakat: zakat wang simpanan/zakat harta/zakat perniagaan/zakat emas dan sebagainya.
 
3)       Bayaran Fidyah: mengganti bagi mereka yang tidak berupaya mengqadha' puasa Ramadhan kerana uzur syar'ie.
 
4)       Menaja bahan-bahan mentah untuk makanan (basah atau kering). (RM3,000 sebulan)
 
5)       Menaja barang-barang keperluan dapur, bilik mandi, sekolah dan sebagainya.
 
6)       Menaja peralatan rumah dan dapur.
 
7)       Menaja peralatan pejabat baru/terpakai.
 
8)       Menaja anak angkat: Melalui tajaan kos perbelanjaan anak-anak yang dipilih menjadi anak angkat (RM300 seorang/sebulan).
 
9)       Menaja sewa premis pejabat dan asrama. (RM5,000 sebulan)
 
10)    Menaja pembayaran bil utiliti (TNB, Syabas, Indah Water dan Telekom). (RM1,500 sebulan)
 
11)    Kenderaan: van atau kereta untuk pengangkutan ke sekolah, mengambil dan menghantar barang-barang bantuan. (Pengangkutan RM2,500 sebulan)
 
 
LIMPAHsangat mengalu-alukan sumbangan dari tuan/puan, badan-badan korporat, agensi-agensi kerajaan, NGO dan sebagainya demi memastikan segala keperluan mereka ini sentiasa terbela.
 
Semoga sumbangan ikhlas tuan/puan akan mengeratkan lagi ukhuwah serta menyuburkan rasa kasih-sayang di kalangan kita dan mendapat nilaian di sisi Allah, agar mendapat keredhaanNya untuk keselamatan di dunia dan di akhirat.
 
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi;
 
LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU
No. 9954, Jln BBN 1/3G, Putra Point Fasa 2A, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus
E-mail: lamanasnaf@yahoo.com
 
Cikgu Mustaffa Kamil b Ahmad (018-2183001)
Ustazah Normala bt Muhammed (013-2931490)
3.

Fw: Berita Kemalangan

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Sat Dec 17, 2011 3:06 am (PST)



----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

Jururawat Pelatih Maut Selepas Kena Ragut
Posted by greenboc

Georgetown - Kejam perkataan paling sesuai diberikan kepada individu yang bertanggungjawab menyebabkan kematian seorang jururawat pelatih sebuah hospital swasta dekat sini, malam kelmarin.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, G Malathi, 24, maut dipercayai diragut sebelum terbabas berikutan gagal mengawal moto­sikalnya di Jalan Residensi, dekat sini.

"Mangsa dipercayai bergelut dengan peragut yang menyebabkan dia tidak dapat mengawal motosikalnya lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal Yamaha Lagenda berseorangan.

"Mangsa anak kedua daripada tiga beradik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius," katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai terbabas, namun punca kemalangan masih disia­sat.

Menurutnya, dompet dan telefon bimbitnya juga gagal ditemui.

Difahamkan, mangsa yang baru setahun bekerja di sebuah hospital swasta di Jalan Macalister dekat sini mempunyai kelulusan Diploma Kejururawatan dari sebuah institut pengajian tinggi swasta di negeri ini dan berasal dari Gelugor.

Ketika ditemui, mangsa berpakaian kemeja T dan dalam keadaan terbaring, manakala motosikalnya berada berhampiran pada jarak kurang lima meter dari lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan kejadian itu dan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1989.

"Mayat mangsa dihantar ke HPP untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya," katanya. -SH

3 comments:
Amuraria said...
BILA UNDANG-UNDANG CIPTAAN MANUSIA DIGUNAPAKAI INILAH AKIBATNYA ,BUAT SALAH BAGAIMANA PUN ASAL ADA DUIT BOLEH BAYAR DENDA ATAU SETTLE KOWTIM BEB !

ajibangsat said...
kalu tanya ameno dan apek porno, hudud yg kejam. meragut sampai org mati no problem

amirullah said...
Kerajaan perlu gubal undang2 jenayah meragut di hukum mandatory gantung sampai mati atau potong tangan supaya kejadian seumpama ini tidak berulang lg.

Jentera Bomba Redah Rumah, 4 Anggota Cedera
Posted by greenboc

Kepala Batas: Empat anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Muda cedera dalam satu kemalangan apabila jentera bomba yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh dua buah rumah di Kampung Pasir Gebu, Penaga di sini, malam tadi.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Azmi Tamat, berkata kejadian itu berlaku pada jam 9.25 malam ketika jentera berkenaan dalam perjalanan ke satu kejadian kebakaran di Pajak Song di sini.

Katanya, mereka yang cedera termasuk seorang parah ialah Shawal Dahaman, Nordin Hassan, Shamsuddin Mohd Nahu dan Ridzuan Hamid, kesemuanya dalam lingkungan usia antara 25 dan 40 tahun.

"Kejadian itu berlaku ketika jentera bomba berkenaan melalui satu selekoh di persimpangan jalan dan tiba-tiba sebuah motosikal datang dari arah bertentangan.

"Pemandu jentera cuba mengelak bagaimanapun hilang kawalan dan terbabas sehingga merempuh dinding bahagian dapur dua buah rumah di situ," kata Azmi ketika ditemui di tempat kejadian selepas kerja-kerja menyelamatkan mangsa selesai.

"Bomba terpaksa mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan seorang daripada mangsa yang tersepit kerana jentera bomba itu tersepit antara pokok dan rumah," katanya.

Beliau bersyukur kedua-dua penghuni rumah yang terbabit dalam kemalangan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, seorang pemilik rumah yang terbabit dalam kemalangan itu, Noriah Wahab, 61, berkata ketika kejadian dia sedang solat dalam biliknya manakala anak lelakinya, Nurizwan Abdul Razak, 31, berada di ruang tamu.

"Tiba-tiba dengar bunyi kuat, mak cik ingat bunyi pokok tumbang, rupa-rupanya dinding rumah mak cik yang kena rempuh, nasib baik tiada sesiapa yang cedera... anak-anak mak cik yang lain tiada di rumah," katanya.

Noriah berkata, dapur rumahnya mengalami kerosakan teruk akibat rempuhan kuat. - BERNAMA

Bas Sekolah Rempuh Lapan Kenderaan Termasuk Ambulan
Posted by greenboc

Akibat hilang kawalan, bas sekolah rempuh lapan kenderaan lain

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera parah apabila bas sekolah dipandunya bertembung sebuah ambulans sebelum merempuh tujuh kenderaan lain ketika cuba memotong sebuah kereta dalam kemalangan di Dutamas Raya, Segambut di sini, hari ini.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP Abdullah Roning berkata, dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, bas tanpa penumpang yang dipandu lelaki berumur 30-an itu dalam perjalanan menghala ibu negara.

"Bas dikatakan cuba memotong sebuah kereta, namun pada masa sama sebuah ambulans datang dari arah bertentangan.

"Ekoran itu, bas terbabit dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh tujuh kenderaan lain termasuk dua buah teksi yang kebanyakannya diletakkan di sebelah kiri bahu jalan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, akibat kemalangan itu, pemandu bas tersebut cedera parah sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan, manakala pemandu ambulans tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketika kejadian tiada orang lain dalam ambulans tersebut kecuali pemandu.

Menurutnya, susulan kejadian itu, lapan buah kenderaan rosak termasuk sebuah kereta Perodua Kembara yang remuk teruk akibat dihempap bas berkenaan.

"Siasatan mendapati, kejadian itu berpunca daripada bas sekolah yang gagal dikawal ketika memotong yang pada masa sama sebuah ambulans dipandu laju dari arah bertentangan menyebabkan bas tersebut hilang kawalan sehingga merempuh kenderaan lain.

"Siasatan terperinci sedang dilakukan dan polis akan mengambil keterangan daripada beberapa mangsa termasuk pemandu bas," katanya. - BERNAMA

Bas sekolah rempuh 8 kenderaan

KUALA LUMPUR: Demi tugas, seorang pemandu ambulans memandu kenderaannya yang remuk ke pejabatnya di Sri Hartamas untuk menukarnya dengan ambulans lain bagi menghantar pemandu bas sekolah yang parah ke hospital.

Difahamkan, dalam kejadian jam 7.30 pagi semalam, seorang pemandu bas sekolah parah selepas kenderaan dipandunya merempuh sebuah ambulans dan tujuh kenderaan lain di Dutamas Raya, Segambut.

Bagaimanapun, pemandu bas dikenali sebagai Deeva, 30-an, kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) menggunakan ambulans hospital berkenaan yang tiba beberapa minit selepas ambulans gantian tiba.

Sumber trafik berkata, kejadian itu berpunca daripada bas sekolah berkenaan yang dalam perjalanan menghala ke ibu negara hilang kawalan dipercayai mengalami masalah brek sebelum merempuh lapan kenderaan lain.

"Bas sekolah yang dalam perjalanan pulang dari menghantar pelajar sebuah sekolah antarabangsa itu merempuh empat kenderaan lain yang berada di hadapannya dan tiga kereta yang diletakkan di bahu kiri jalan termasuk sebuah kereta mewah jenis Lexus.

"Sebuah kereta kembara dirempuh dan dihempap bas itu kemudian diheret beberapa meter sebelum bas berkenaan melanggar sebatang pokok kelapa," katanya.

Menurut seorang mangsa yang terselamat, Mohd Norrizki Mohd Suffian, 25, kejadian berlaku begitu pantas dan sekelip mata sebaik dia melalui selekoh menuruni bukit di jalan berkenaan.

"Saya nampak melalui cermin pandang belakang keadaan bas yang terhuyung-hayang dan hilang kawalan sebelum merempuh belakang kereta saya dengan kuat.

"Akibat rempuhan itu, saya melanggar sebuah teksi yang berada di hadapan sebelum terbabas ke laluan masuk sebuah kondominium," katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan terperinci sedang dilakukan termasuk mengambil keterangan daripada beberapa mangsa.

Dalam kejadian berasingan di Kilometer 34.1 Lebuh Raya Karak arah Genting Sempah, sebuah bas ekspres yang membawa 20 penumpang hampir hangus selepas terbakar di bahagian enjin.

Difahamkan, kejadian itu disedari seorang penumpang yang ternampak kepulan asap sebelum menjerit memberitahu pemandu bas berkenaan.

Semua penumpang bagaimana pun selamat selepas pemandu bas bertindak memberhentikan bas di tepi jalan dan mengarahkan semua penumpang keluar menyelamatkan diri.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang tiba di lokasi kejadian kira-kira 15 minit kemudian berjaya memadamkan kebakaran. -hm
4.

Fw: Berita Pencuri

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Sat Dec 17, 2011 3:07 am (PST)



----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

Pencuri Wanita Dibogel dan Dimalukan Depan Khalayak

selatanonline

Seorang wanita dibogel dan dimalukan di depan khalayak ramai setelah dia ditangkap mencuri di China.Orang ramai mengoyak pakaiannya dan menulis "saya pencuri" dalam karakter cina dengan menggunakan marker di belakang badannya.Insiden memalukan itu berlaku di Kota Taizhou, timur China.

Satu sumber online mengatakan pencuri tersebut juga diseksa secara fizikal. Dia terpaksa mengikat dadanya dengan menggunakan kain buruk untuk mengelak dibogel.

Setelah puas menyeksa pencuri wanita itu, orang ramai memanggil polis untuk tindakan lanjut.

Insiden ini menarik perhatian pelbagai pihak terutama komen-komen dari pengguna internet seluruh dunia.

Seorang pengguna internet mengatakan hukuman seperti itu memang sesuatu yang biasa berlaku di Taizhou. Penduduk setempat sering menghukum dengan memalukan pencuri di khalayak umum dan melakukan kekerasan fizikal sebelum membuat laporan polis.

Insiden sama turut berlaku tahun lepas apabila seorang pencuri dilucutkan pakaian sehingga ke pinggang sebelum diarak di jalan. Perkataan 'pencuri' turut ditulis di badannya.

Kejadian seumpama ini menaikkan kemarahan ramai pengguna internet yang berpendapat kurangnya polisi dan hukuman yang tepat di Taizou merupakan penyebab kejadian berulang.

Manakala satu pihak lagi mengatakan hukuman yang tidak efektif dari pihak berkuasa dalam mencegah jenayah turut menyumbang kepada kejadian ini.

sumber http://www.info-gallery.org/2011

Posted by velo

Pencuri Kereta Cedera Parah Dibelasah Penduduk Kampung
Posted by greenboc

Besut - Seorang lelaki dipercayai terbabit kes curi kereta parah dibelasah penduduk kampung apabila keretanya tidak dapat dihidupkan sebaik rakannya melarikan sebuah kereta curi di Kampung Limbongan dekat Kampung Raja, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, suspek berusia 37 tahun cedera parah di kepala akibat dipukul penduduk yang berang dengan tindakan rakan suspek mencuri sebuah Proton Wira Aeroback hijau di depan sebuah rumah di perumahan belakang Kompleks Sekolah Kebangsaan (SK) Nur Zahirah di sini.

Sebelum kejadian, pemilik kereta yang berada dalam rumah terdengar bunyi sesuatu yang mencurigakan di depan rumahnya.

Pemilik kereta berusia 32 tahun itu keluar memeriksa bunyi tersebut dan mendapati keretanya yang diparkir di depan rumah telah dihidupkan seorang wanita yang duduk di kerusi pemandu.

Belum sempat mangsa menghalang, wanita itu terus melarikan keretanya dan pada masa sama, mangsa terpandang dua lelaki menolak Proton Iswara berwarna putih berhampiran rumahnya.

Mangsa menghampiri lelaki tersebut lalu menegur menyebabkan mereka bertempiaran melarikan diri.

Mangsa meminta bantuan penduduk sekitar dan akhirnya salah seorang daripada suspek berjaya ditangkap orang ramai yang kemudian bertindak membelasah lelaki itu sebelum diserahkan kepada anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kampung Raja.

Sinar Harian difahamkan suspek lelaki dan wanita yang melarikan diri itu dikatakan pasangan suami isteri.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Kata beliau, lelaki yang berjaya ditangkap itu beralamat dari Kampung Kulim, Pasir Puteh, Kelantan dihantar ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut akibat kecederaan di kepala dan ditahan di wad berkenaan sebelum dibenarkan keluar semalam.

Menurutnya, dua lagi rakan suspek yang juga dikatakan rakan sekampung berjaya meloloskan diri tetapi usaha mengesan mereka giat dilakukan.

"Proton Wira Aeroback yang dicuri dijumpai semula ditinggalkan suspek di tepi jalan di Kampung Nail, Kuala Besut kira-kira jam 8.30 malam hari sama," katanya.

Beliau berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 379 (a) Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan motor dan suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut. -SH

comments:

..FaTihaTuL zahRa... said...
tula kan, nk ckp padan muka,tak elok, tp xde penyakit,pergi cari, ni baru kene belasah...dunia..dunia...
Recent Activity
Visit Your Group
Moderator Central

Get answers to

your questions about

running Y! Groups.

Y! Sports for TV

Access it for free

Get Fantasy Sports

stats on your TV.

Yahoo! Search

Find it faster

with Yahoo!

shortcuts.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

No comments: