Monday, April 2, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3244

Messages In This Digest (1 Message)

1.
Alfredo "Dino" Ferrari From: suhaimi ibrahim

Message

1.

Alfredo "Dino" Ferrari

Posted by: "suhaimi ibrahim" designplanet78@yahoo.com   designplanet78

Sun Apr 1, 2012 7:46 pm (PDT)



Alfredo "Dino" Ferrari
Tags Alfredo, Dino, Ferrari, personaliti

Enzo and Alfredo
"Dino"
Alfredo "Dino"  Ferrari adalah anak kepada pengasas Ferrari,  Enzo
Ferrari yang mati pada usia semuda 24 tahun. Pernah mencadangkan
penghasilan enjin 1.5 dohc V6 untuk kereta kereta Ferrari dan Fiat. Dari kecil dia di asuh dan dididik untuk menjadi pengganti Enzo. Dihantar
sekolah terbaik di Eropah, dan kolej jurutera yang bagus, tapi kecundang di tawan penyakit otot yang menyebabkan pengecutan otot, sukar
bernafas, dan kematian.

Tahukah anda litar Autodromo Enzo e Dino
Ferrari adalah untuk mengingati Dino dan nama Enzo ditambah setelah
pengasas Ferrari itu meninggal dunia. Litar Autodromo juga tidak kurang
dengan kontroversi dari segi aspek keselamatanya.

Litar tersebut untuk menguji kelajuan dan kehebatan kereta. Oleh
itu ada laluan lurus untuk menguji kepantasan memecut. Tapi kelajuan
tinggi tanpa kawalan sangat merbahaya. Ia di kritik kerana banyak
kemalangan berlaku di situ. Apa yang di perlukan ialah "chicanes"
(penghalang/pengurang kelajuan seperti selekoh kecil atau lencongan).
Setelah litar itu meragut nyawa Arton Senna pada 1994 litar tersebut di
reka semula supaya lebih selamat

Walau pun Dino meninggal dunia pada usia muda. Dalam keadaan sakit
di hospital dia masih berhubung dan berbincang dengan ketua jurutera
Vittorio Jano tentang menghasilkan enjin kuasa rendah untuk Ferrari .
Seperti yang anda tahu nama Ferrari begitu sinomin dengan kuasa kuda
yang tinggi dan jika ia bukan V12 ia tidak bukan Ferrari. Walau tenat
beliau masih bersemangat untuk menghasilkan enjin kuasa rendah V6 V8
untuk syarikat ayahnya. Hajatnya untuk melihat produk akhir tidak
kesampaian setelah dia meninggal dunia. Kenapa kuasa rendah? Kerana Dino
mahu meluaskan empayar Ferrari dengan memberi pilihan kepada pengguna
untuk mengunakan produk Ferrari dengan kerap. Yelah kalau ketedarah
petrol jer sape nak drive hari hari. boleh jadi tensen dibuatnye

Atas penghargaan Enzo pada anaknya dia memberi nama Dino pada
model Ferrari Dino yang mengunakan enjin kuasa rendah hasil idea fikiran
anaknya. Ferrari tidak meletak logo "prancing horse" (logo kuda la..)
cuma grafik tulisan "DINO" pada siri siri model Dino. Ada yang berkata
Enzo malu dengan kuasa rendah dan tidak mahu meletakkan lambang kuda di
situ. Ada yang berkata logo "DINO" supaya nama Dino kekal dalam sejarah.
Betul atau tidak Ferrari Dino telah menjadi antara 10 kereta sport
klasik tercantik dalam sejarah.

Logo Dino

Ada beberapa siri Ferrari Dino dalam sejarah dan semuanya dalam siri V6
dan V8. Goggle dan lihatlah. Bagi saya ianya memang menarik. Terima
kasih Alfredo.

cantik kan?
 
sembang-automobil

Artikel bebas mengenai kereta, automobil dan perkara yang sewaktu denganya

http://sembang-automobil.blogspot.com
Recent Activity
Visit Your Group
Y! Groups blog

the best source

for the latest

scoop on Groups.

Y! Sports for TV

Game Day Companion

Live fantasy league

& game stats on TV.

Yahoo! Search

Start Searching

Find exactly

what you want.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

No comments: