Messages In This Digest (2 Messages)
- 1.
- Fw: Hasil Kerja Pakar Tanpa Tauliah From: -::eSpAcE9808::-
- 2.
- Fw: Scirocco; angin kencang dari Jerman From: suhaimi ibrahim
Messages
- 1.
-
Fw: Hasil Kerja Pakar Tanpa Tauliah
Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg rienacom
Fri Apr 13, 2012 9:37 am (PDT)
----- Original Message -----
From: -::eSpAcE9808::-
Hasil Kerja Pakar Tanpa Tauliah Mengubahsuai Kereta Nasional... Memang Hebat Dan Dahsyat....
biaqpila.blogspot.com
Oleh: Biaqpila®
Hobi mengubahsuaikan kereta memerlukan idea yang kreatif serta wang yang banyak. Jika tiada duit yang lebih maka hobi macam ni tak akan tercapai. Untuk mengubahkan sebuah kereta itu jadi cantik dan menarik ia memerlukan perbelanjaan beribu-ribu ringgit. Jika tak ada duit tetapi menjadi hobi anda. Pergi sahajalah ke pameran-pameran yang selalu diadakan oleh mereka.
Begitu juga kereta-kereta yang diubahsuaikan ini. Selamatkah memandu di lebuhraya?? Atau sekadar untuk pameran sahaja dan selepas itu disimpan dalam garage! Tetapi memang idea yang kreatif kerana dapat perhatian dan sambutan dari orang ramai. Bravo!.
sedakasejahtera
Read more: http://biaqpila.blogspot. com/2012/ 04/gambar- menarik-hasil- kerja-pakar- tanpa.html# ixzz1rjmLMkJ0
- 2.
-
Fw: Scirocco; angin kencang dari Jerman
Posted by: "suhaimi ibrahim" designplanet78@yahoo.com designplanet78
Fri Apr 13, 2012 9:25 pm (PDT)
sembang-automobil
Artikel bebas mengenai kereta, automobil dan perkara yang sewaktu denganya
http://sembang-automobil. blogspot. com
----- Forwarded Message -----
From: suhaimi ibrahim <designplanet78@gmail.com >
To: designplanet78@yahoo.com
Sent: Friday, April 13, 2012 9:13 PM
Subject: Scirocco; angin kencang dari Jerman
Scirocco; angin kencang dari Jerman
Tags Golf, Scirocco, VW
"Kau suka Scirocco? cantik kan?" VW adalah antara jenama eropah yang
saya minat kerana rekabentuk ketahanan dan kualitinya. "Buruk aah...
Belakang dia penyek...Lawa lagi Inspira aku" Kata saudara sekampung
saya. Kerana saya malas nak gaduh, elok lah didiamkan sahaja. Selama ni
saya ingat Scirocco adalah model baru VW, sehingga saya terbaca dalam
majalah " model ini harus kena dengan nama dan kehebatan model model
yang lepas" . Dari situ mulah tergerak nak meng'google'nya.
Scirocco. "si-rok-ko" ialah dari perkataan itali dan berasal dari
perkataan Arab (sharqi), "angin dari timur" . Angin Mediterranean yang
datang dari Sahara melintasi Africa dan Eropah yang mencapai kelajuan
ribut (131 - 155 batu sejam. ) Trivia! Tahukah anda kebanyakan model VW
mengunakan metafora angin, Golf dari (gulf stream) dan Polo dari (polar
winds). Terima kasih wikipedia.
Iklan zaman dulu
Seperti yang anda tahu model Golf adalah "bread and butter" bagi VW
(produk cari makan laa..) dan ia menyambung legasi Beetle pada tahun
1974. Scirocco pula adalah untuk menggantikan model Karmann Ghia yang
sudah lama. Dari tahun 70an lagi VW telah mula berexperimen dengan model
ini. Walaupun ia menggunakan chasis Golf, ia direka untuk pemanduan
yang lebih tegap, sport la katakan. Tetapi 6 bulan sebelum Golf di
lancarkan ia dilancarkan terlebih dahulu. Kenapa Scirocco dilancarkan
sebelum Golf? Tujuan itu adalah untuk mengenal pasti masalah masalah
kecil sebelum VW mengeluarkan model hatchback Golf secara besar besaran.
Inilah kehebatan VW, mereka sanggup menghasilkan hasilkan model lain
hanya untuk mengujikaji kelemahan pada produk utama mereka.
Scirocco Mk1
Scirocco Mk1
Model scirocco dijual di Eropah dan America dengan pelbagai varian enjin
dari 1.1 hingga 1.6 dan 1.7 untuk pasaran Amerika dimana penduduknya
gila kuasa. Hanya 2 jenis transmisi untuk kereta ini 3 speed auto dan 4
speed manual. 5 speed manual diperkenalkan pada model model akhir
sebelum Scirocco MK2 di keluarkan. Selepas tahun 75-76 penghawa dingin
mula dipasang sebagai pilihan dan tawaran, untuk pemasangan penghawa
dingin untuk model lama di tawarkan pada pengguna. Kat Malaysia kalau
hawa dingin jadi pilihan baik naik basikal jer.
Golf Mk1
Walaupun Golf lebih kecil dan murah ianya tetap laris. VW memang
terkenal dengan model mesra pengguna dan mesra poket. Scirocco dan Golf
berkongsi chasis platform A1 yang sama, jadi kenapa ia tidak boleh
menjadi lebih 'sport' maka 1976 model Golf GTi MK1 dilancarkan. Untuk
pengetahuan anda chasis A1 sudah hebat dari segi pengendalian yang
stabil. Mesti anda tahu 'i' bermakna injection. Bagaimana dengan GT? Klick untuk bacaan lanjut
sembang-automobil
Artikel bebas mengenai kereta, automobil dan perkara yang sewaktu denganya
http://sembang-automobil. blogspot. com
Need to Reply?
Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web: Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com
Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz
Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web: Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com
Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz
Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Individual | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
No comments:
Post a Comment