Messages In This Digest (8 Messages)
- 1.
- Fw: Bas Kilang Rempuh Treler, 2 Maut, 9 Cedera From: -::eSpAcE9808::-
- 2.
- Fw: Teknik baru PENCURI...Akai sungguh bergeliga... From: -::eSpAcE9808::-
- 3a.
- Re: masalah kereta kancil saya From: Nazri Ahtar
- 3b.
- Re: masalah kereta kancil saya From: bashah
- 4a.
- KISAH ENCIK MIE From: Harris Bin Haron
- 4b.
- Re: KISAH ENCIK MIE From: suhaimi ibrahim
- 5a.
- AWAS PENIPUAN KREDIT KAD MELALUI TELEFON!!!!!!!! From: MHZ
- 5b.
- Re: AWAS PENIPUAN KREDIT KAD MELALUI TELEFON!!!!!!!! From: bashah
Messages
- 1.
-
Fw: Bas Kilang Rempuh Treler, 2 Maut, 9 Cedera
Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg rienacom
Tue Apr 24, 2012 8:22 am (PDT)
Bas Kilang Rempuh Treler, 2 Maut, 9 Cedera
Posted by greenboc
Kampar - Dua pekerja kilang terbunuh manakala sembilan cedera termasuk pemandu bas apabila kenderaan yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di KM38.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Kampar malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Abdul Aziz Salleh berkata mangsa yang terbunuh Rohani Ramli, 38, berasal dari Taman Mesra Raya, Kampar dan Russiah Md Yusof, 44, berasal dari Kampung Simpang Tiga Sungai Lesung, Ayer Kuning, Kampar.
Kedua-dua mangsa pekerja kilang elektronik Unisem di Simpang Pulai.
Rohani yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat, manakala Russiah yang juga cedera parah di kepala meninggal dunia di Hospital Raja Permasuri Bainun pagi ini ketika sedang dirawat, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Aziz berkata, sembilan lagi penumpang termasuk pemandu bas kilang yang mengalami kecederaan turut dirawat di hospital Kampar.
Beliau berkata, kejadian berlaku pada pukul 8 malam tadi ketika bas kilang itu yang membawa sepuluh penumpang dari sebuah kilang di Simpang Pulai menuju ke Teluk Intan apabila dirempuh di bahagian tengah oleh sebuah treler membawa
muatan sarung tangan getah dari arah bertentangan.
Ketika kejadian treler berkenaan dari Kuala Lumpur ke Teluk Intan dipercayai melanggar isyarat lampu merah, katanya.
Akibat kejadian itu bahagian tengah bas tersebut remuk teruk dan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Pemandu treler berusia 64 tahun ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu, katanya. - Bernama
comments:
Anonymous said...
pemandu bas kalau bawak memang serupa mcm celaka...aku selalu follow bas dari belakang memang macam pelesit diorg bawak...
syahidahtul akmar said...
nie kes pemandu treler yg salah le, pemandu bas dh ikut peraturan yg betul... tak semua org bwk bas laju... takziah kpd keluarga mangsa dan semoga cepat sembuh mangsa2 yg lain. terutamanya kak liza yg patah bahu, sue yg berjahit dikepala...
- 2.
-
Fw: Teknik baru PENCURI...Akai sungguh bergeliga...
Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg rienacom
Tue Apr 24, 2012 8:24 am (PDT)
Teknik baru PENCURI...Akai sungguh bergeliga...
Posted by Kedah Lanie
Taktik licik 'profesional', buka cermin hadapan kereta
Wartawan Sinar Harian
GUAR CHEMPEDAK (Yan) - 'Pencuri profesional'. Demikian pendapat penduduk di Kampung Banggol Lalang berhubung kejadian kereta seorang penduduk di sini yang menjadi mangsa kes kecurian, Jumaat lalu.
Pencuri terbabit dikatakan 'profesional' kerana berjaya membuka cermin hada-pan kereta jenis Perodua Kancil milik Hasnah Ariffin, 51, dan mengangkat cermin tersebut serta diletakkan di atas bumbung kenderaan itu tanpa memecahkannya.
Difahamkan, modus operandi yang digunakan untuk memecah masuk kereta itu amat licik tanpa melibatkan kerosakan teruk dan mangsa langsung tidak menyedari kehadiran si pencuri.
Suami Hasnah, Sirozi Mohd Noh, 52, berkata, dia menyedari keadaan kereta kancil itu yang di parkir di garaj hadapan rumahnya pada jam lapan pagi Jumaat lalu apabila ingin keluar menghantar anaknya ke kelas tuisyen.
"Semasa keluar dari rumah, saya terkejut apabila diberitahu oleh anak bahawa cermin kereta itu telah dileraikan daripada bingkainya dan diletakkan di atas bumbung kereta.
"Setelah diperiksa, saya dapati radio pemain cakera padat di dalam kereta itu telah tiada, dipercayai dikebas oleh pencuri terbabit," katanya.
Sirozi berkata, dia juga mendapati pintu kereta sebelah pemandu cuba dikopak, namun gagal, berdasarkan kesan kopak yang terdapat pada pintu terbabit.
Sementara itu, Hasnah berkata, dia tidak perasan keadaan cermin hadapan keretanya telah dileraikan dan diletakkan di atas bumbung kereta ketika membuka tingkap rumahnya pagi itu.
"Selepas bangun daripada tidur, saya membuka tingkap rumah dan menjenguk keluar rumah memerhatikan keadaan sekeliling. Saya perasan terdapat getah panjang berwarna hitam di atas lantai garaj.
"Saya sangka ular, namun setelah diperhatikan dengan teliti baru saya perasan itu getah. Namun tidak menyangka getah itu adalah getah yang dilekatkan antara cermin hada-pan kereta dan bingkai cermin itu. Saya langsung tidak perasan mengenai keadaan kereta itu sehingga diberitahu suami," katanya.
Sirozi kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Guar Chempedak dan nilai kerugian dianggarkan sebanyak RM1,200.
- 3a.
-
Re: masalah kereta kancil saya
Posted by: "Nazri Ahtar" littlenoti@yahoo.com littlenoti
Tue Apr 24, 2012 6:07 pm (PDT)
as salam,
tok mod, saya tak tahu sapa sender email, tapi since berkenaan motor, saya cc skali dalam group.
1. adakah bunyi macam besi patah tu sama dengan bunyi semasa bawa slow ?
2. banyak juga kebarangkaliannya saya rasa.
a. lower arm
b. spring terkeluar dari tapak
c. absober rosak
d. mounting absober koyak
e. stabalizer longgar ke
harap otai2 kat sini dapat beri pendapat/pandangan.
rgds,
Nazri Ahtar
_____________________ _________ __
From: ccmin4 <ccmin4@yahoo.com >
To: Nazri Ahtar <littlenoti@yahoo.com >
Sent: Tuesday, April 24, 2012 7:13 PM
Subject: Re: masalah kereta kancil saya
> nak tanye la,sy pakai kete kancil 850 thn 2000,
> masalah dia ada bunyi la semasa jalan jika bawa slow,kalo laju dia ok.
> satu lagi kalo lalu ikut tempat yg berbonggol skit dia ada bunyi ketak macm besi patah.
>
tanya bang, kancil saya juga 850 thn 2000. Ada masalah ini juga, apa yang rosak? mahalkah untuk repair? - 3b.
-
Re: masalah kereta kancil saya
Posted by: "bashah" bwasi@yahoo.com bwasi
Tue Apr 24, 2012 7:06 pm (PDT)
.hmmm. tak bagi contoh bunyi macam mana nak tau....kalau macam berdesing halus masa gear rendah tu mungkin bunyi frekuensi gear..dia mintak tukaq keta kut ...atau tukar minyak gear, tengok ader bunyi tak lepas tu, ...kalau bunyi macam tik tik tik masa slow kona tu drive shaft atau bering
bunyi patah tu...bahaya ni...betulla tu kena cek semua 2a-e dan cek stering rack sekali...suruh mekanik rempit keta tu dia sure tau.
_____________________ _________ __
From: Nazri Ahtar <littlenoti@yahoo.com >
To: ccmin4 <ccmin4@yahoo.com >; "automobil@yahoogroups.com " <automobil@yahoogroups.com >
Sent: Wednesday, April 25, 2012 9:07 AM
Subject: www.groupautomobil.blogspot. com - Re: masalah kereta kancil saya
as salam,
tok mod, saya tak tahu sapa sender email, tapi since berkenaan motor, saya cc skali dalam group.
1. adakah bunyi macam besi patah tu sama dengan bunyi semasa bawa slow ?
2. banyak juga kebarangkaliannya saya rasa.
a. lower arm
b. spring terkeluar dari tapak
c. absober rosak
d. mounting absober koyak
e. stabalizer longgar ke
harap otai2 kat sini dapat beri pendapat/pandangan.
rgds,
Nazri Ahtar
_____________________ _________ __
From: ccmin4 <ccmin4@yahoo.com >
To: Nazri Ahtar <littlenoti@yahoo.com >
Sent: Tuesday, April 24, 2012 7:13 PM
Subject: Re: masalah kereta kancil saya
> nak tanye la,sy pakai kete kancil 850 thn 2000,
> masalah dia ada bunyi la semasa jalan jika bawa slow,kalo laju dia ok.
> satu lagi kalo lalu ikut tempat yg berbonggol skit dia ada bunyi ketak macm besi patah.
>
tanya bang, kancil saya juga 850 thn 2000. Ada masalah ini juga, apa yang rosak? mahalkah untuk repair?
- 4a.
-
KISAH ENCIK MIE
Posted by: "Harris Bin Haron" Harris@maa.com.my
Tue Apr 24, 2012 7:01 pm (PDT)
AS-SALAM....
BOLEH BACA KISAH ENCIK MOD KITA (ENCIK AZMIE) DALAM KOSMO....
DISCLAIMER:-
This email is confidential and intended only for the use of the
individual or entity named above and may contain information that
is privileged.
If you are not the intended recipient, you are notified that any
dissemination, distribution or copying of this email is strictly prohibited.
If you have received this email in error, please notify us immediately by return email or telephone and destroy the original message.
Thank you.
- 4b.
-
Re: KISAH ENCIK MIE
Posted by: "suhaimi ibrahim" designplanet78@yahoo.com designplanet78
Wed Apr 25, 2012 3:31 am (PDT)
ada dalam kosmo online? bahagian mana?
sembang-automobil
Artikel bebas mengenai kereta, automobil dan perkara yang sewaktu denganya
http://sembang-automobil. blogspot. com
_____________________ _________ __
From: Harris Bin Haron <Harris@maa.com.my >
To: "automobil@yahoogroups.com " <automobil@yahoogroups.com >
Sent: Wednesday, April 25, 2012 10:01 AM
Subject: www.groupautomobil.blogspot. com - KISAH ENCIK MIE
AS-SALAMâ¦.
BOLEH BACA KISAH ENCIK MOD KITA (ENCIK AZMIE) DALAM KOSMOâ¦.
DISCLAIMER:- This email is confidential and intended only for the use of the
individual or entity named above and may contain information that
is privileged. If you are not the intended recipient, you are notified that any
dissemination, distribution or copying of this email is strictly prohibited.
If you have received this email in error, please notify us immediately by return email or telephone and destroy the original message. Thank you.
- 5a.
-
AWAS PENIPUAN KREDIT KAD MELALUI TELEFON!!!!!!!!
Posted by: "MHZ" cekelatgetah@gmail.com mohamad_hadi
Tue Apr 24, 2012 9:34 pm (PDT)
Salam,
Sekadar nak berkongsi cerita agar kita semua lebih berhati2 tak kena tipu..
Baru sebentar tadi (10:30am 25/4/2012) saya dapat satu panggilan telefon
dari nombor 0060321677722. Pemanggil adalah seorang lelaki bercakap
dalam bahasa melayu dengan loghat cina/sabah/sarawak. Semasa perbualan
saya dapat bayangkan suasana di tempat pemanggil tersebut seolah2 satu
bilik penuh dengan operator telefon yang sedang sibuk membuat panggilan.
Pemanggil memperkenalkan diri sebagai seorang pegawai yang bertugas di
MBF cawangan Sibu. Tujuan menelefon adalah untuk bertanya sama ada saya
ingin menambah kredit limit. Saya nyatakan bahawa saya tak pernah pun
mempunyai atau apply kredit kad MBF. Pemanggil tersebut mendakwa saya
ada apply Kad MBF di cawangan Sibu pada 15/3/2012, kredit limit 10k dan
pada 17/3/2012 ada transaction di Singapore 9K+. Pemanggil ni siap buat
pengesahan IC & address lagi. Mana dia dapat info ni pun saya kurang pasti.
Bila saya menafikan semua yang dia cakap tu, disinilah time dia nak
cucuk jarum. Dia minta saya buat laporan pada bank negara dengan segera,
dapatkan surat dari bank negara bahawa saya tidak pernah apply kad
tersebut dan faxkan ke MBF Hq KL. Jika saya gagal, segala transaction
yang telah dibuat sebanyak 9K+ tu saya yang kena tanggung.
Masa ni saya rasa ada juga kebenaran dia tapi masih lagi rasa syak, jadi
saya terus aje layan apa lagi yang dia nak cakap. Seterusnya pemanggil
ni memberi segala detail tentang kad yang kononnya saya telah apply tu
(nombor kad, tempat apply, tarikh apply dsb..) utuk kegunaan bank
negara. Dia juga memberi satu nombor telefon bank negara (03-27884722
siap dengan extension 1128) dan berurusan dengan pegawai bertugas di
pusat kad palsu.
Disini saya dapat hidu ini satu penipuan kerana mujurlah saya ada
pengalaman berurusan dengan Bank Negara sebelum ini. Bank Negara tidak
akan berurusan berkenaan maklumat peribadi pelanggan melalui telefon
melainkan wajib hadir sendiri ke Bank Negara.
Untuk kepastian saya call Bank Negara tapi bukan guna nombor yang
diberi, tetapi saya dapat dari laman web www.bnm.gov.my. Setelah
mendapat penjelasan dari BNM memang sah lah panggilan yang saya terima
itu satu penipuan dan ada yang sudah terkena.
selepas itu saya cuba call nombor yang diberi oleh si penipu. Memang
professional taktik mereka. Nombor yang dihubungi siap ada auto
attendance "terima kasih kerana menghubungi bank negara malaysia.. bla
bla bla.." dan boleh masukkan extension yang diberi. Kalau kita tak
hati-hati memang akan terkena tak kiralah cerdik macam mana pun kita ni.
Kesimpulannya berhati-hatilah dan sentiasa ada rasa was-was kalau dapat
call dari orang yang tak dikenali walaupun dari company2 besar.
- 5b.
-
Re: AWAS PENIPUAN KREDIT KAD MELALUI TELEFON!!!!!!!!
Posted by: "bashah" bwasi@yahoo.com bwasi
Tue Apr 24, 2012 11:30 pm (PDT)
Kroni aku dapat pangilan dari insuran dari sebuah bank, dia cakap semua betul - nama, alamat, kemudian dia minta no kad kredit ?
sampai sini aku yg tengah drive terus mencelah...kalau dia dari bank yg jual insuran kenapa pulak
1. Kroni aku tak pernah request insuran tu , tapi dia kata ada request...biasanya bank insuran akan offer dulu
2. call utk bukak akaun , bukankah biasanya semua bersurat
3. tanya no kredit kad, suka hati kitalah nak bayar pakai aper
Aku cakap, kalau dia betul insuran dan urusan tu rasmi, dia akan call balik...haram tak call.
Kalau taadi bagi no cc, siaplah bayar bil beribu
_____________________ _________ __
From: MHZ <cekelatgetah@gmail.com >
To: melayu-trade@yahoogroups. ; Auto <automobil@yahoogroucom ps.com >; SahabatInteraktif@yahoogroups. ; melayucyber@com yahoogroups. com
Sent: Wednesday, April 25, 2012 12:34 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot. com - AWAS PENIPUAN KREDIT KAD MELALUI TELEFON!!!!! !!!
Salam,
Sekadar nak berkongsi cerita agar kita semua lebih berhati2 tak kena tipu..
Baru sebentar tadi (10:30am 25/4/2012) saya dapat satu panggilan telefon
dari nombor 0060321677722. Pemanggil adalah seorang lelaki bercakap
dalam bahasa melayu dengan loghat cina/sabah/sarawak. Semasa perbualan
saya dapat bayangkan suasana di tempat pemanggil tersebut seolah2 satu
bilik penuh dengan operator telefon yang sedang sibuk membuat panggilan.
Pemanggil memperkenalkan diri sebagai seorang pegawai yang bertugas di
MBF cawangan Sibu. Tujuan menelefon adalah untuk bertanya sama ada saya
ingin menambah kredit limit. Saya nyatakan bahawa saya tak pernah pun
mempunyai atau apply kredit kad MBF. Pemanggil tersebut mendakwa saya
ada apply Kad MBF di cawangan Sibu pada 15/3/2012, kredit limit 10k dan
pada 17/3/2012 ada transaction di Singapore 9K+. Pemanggil ni siap buat
pengesahan IC & address lagi. Mana dia dapat info ni pun saya kurang pasti.
Bila saya menafikan semua yang dia cakap tu, disinilah time dia nak
cucuk jarum. Dia minta saya buat laporan pada bank negara dengan segera,
dapatkan surat dari bank negara bahawa saya tidak pernah apply kad
tersebut dan faxkan ke MBF Hq KL. Jika saya gagal, segala transaction
yang telah dibuat sebanyak 9K+ tu saya yang kena tanggung.
Masa ni saya rasa ada juga kebenaran dia tapi masih lagi rasa syak, jadi
saya terus aje layan apa lagi yang dia nak cakap. Seterusnya pemanggil
ni memberi segala detail tentang kad yang kononnya saya telah apply tu
(nombor kad, tempat apply, tarikh apply dsb..) utuk kegunaan bank
negara. Dia juga memberi satu nombor telefon bank negara (03-27884722
siap dengan extension 1128) dan berurusan dengan pegawai bertugas di
pusat kad palsu.
Disini saya dapat hidu ini satu penipuan kerana mujurlah saya ada
pengalaman berurusan dengan Bank Negara sebelum ini. Bank Negara tidak
akan berurusan berkenaan maklumat peribadi pelanggan melalui telefon
melainkan wajib hadir sendiri ke Bank Negara.
Untuk kepastian saya call Bank Negara tapi bukan guna nombor yang
diberi, tetapi saya dapat dari laman web www.bnm.gov.my. Setelah
mendapat penjelasan dari BNM memang sah lah panggilan yang saya terima
itu satu penipuan dan ada yang sudah terkena.
selepas itu saya cuba call nombor yang diberi oleh si penipu. Memang
professional taktik mereka. Nombor yang dihubungi siap ada auto
attendance "terima kasih kerana menghubungi bank negara malaysia.. bla
bla bla.." dan boleh masukkan extension yang diberi. Kalau kita tak
hati-hati memang akan terkena tak kiralah cerdik macam mana pun kita ni.
Kesimpulannya berhati-hatilah dan sentiasa ada rasa was-was kalau dapat
call dari orang yang tak dikenali walaupun dari company2 besar.
Need to Reply?
Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web: Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com
Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz
Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com
OILYMAN - http://oilyman.com.my

Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Individual | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
No comments:
Post a Comment