Friday, July 19, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3652

6 New Messages

Digest #3652

Messages

Thu Jul 18, 2013 9:45 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Puasa dan Facebook
Yahoo Newsroom
Oleh Siti Shamsiah bt Md Supi, Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Kajian Shariah Undang-undang dan Politik IKIM

Apa agaknya hukum menziarahi dan bertandang di Facebook semasa bulan Ramadan? Mungkinkah hukumnya haram? Atau …

Apa agaknya hukum menziarahi dan bertandang di Facebook semasa bulan Ramadan? Mungkinkah hukumnya haram? Atau barangkali juga makruh? Jika ia haram, apa yang akan berlaku terhadap puasa kita, dan jika ia makruh apakah mungkin ia akan memberi kesan terhadap pahala puasa kita?

Sebelum kita membuat sebarang kesimpulan berkenaan aktiviti ini, adalah baik sekiranya kita memahami terlebih dahulu tentang Ramadan itu sendiri dan apa yang diharapkan oleh agama Islam terhadap umatnya. Apakah sebenarnya pandangan Allah terhadap bulan Ramadan.

Di hujungnya nanti, barulah akan kita akan faham di mana letaknya Facebook dan yang seangkatan dengannya di sisi Ramadan.

Pada suatu ketika pada bulan Syaaban dan ia merupakan hari yang terakhir dalam bulan Syaaban berkebetulan ia merupakan hari Jumaat, Rasulullah SAW menyampaikan khutbah Jumaat kepada umat Islam yang berkaitan dengan Ramadan. Ujar Baginda SAW, Ramadan merupakan bulan yang agung kerana di dalamnya sarat dengan keberkata dan salah satu malamnya, mempunyai nilai yang jauh lebih baik berbanding seribu bulan.

Padanya bulan itu terdapat kewajipan pelaksanaan puasa. Dalam khutbah berkenaan juga, Rasulullah SAW turut menyebut tentang ganjaran-ganjaran yang bakal diraih oleh individu Muslim yang melaksanakan ibadah fardu dan amalan-amalan sunat (Mafhum Hadis yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi).

Manakala dalam sebuah Hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, antara mesej yang hendak disampaikan ialah fahaman bahawa setiap amalan yang dikerjakan oleh manusia itu adalah untuk dirinya sendiri (manfaatnya adalah untuk yang melakukannya). Walau bagaimanapun, puasa itu adalah untuk Allah SWT.

Apabila disebut ia adalah "untuk Allah", bermakna puasa itu merupakan suatu persembahan makhluk ataupun hamba kepada Pencipta atau Tuhannya. Manifestasi ketundukan, kepatuhan atau ketaatan oleh seorang hamba yang tidak punya sebarang daya kecuali dengan izin Tuhannya.

Ibarat seseorang yang ingin memberi hadiah kepada orang yang dikasihi, tentulah ia akan memilih barangan yang hebat dan berkualiti tinggi untuk dijadikan sebagai hadiah dan persembahan kepada orang yang disayangi. Maka, sewajarnya kualiti puasa yang akan dipersembahkan kepada Allah SWT adalah puasa yang berkualiti tinggi.

Jika logam emas mempunyai gred-gred yang tertentu, sedangkan emas itu sendiri sudah merupakan logam yang bernilai tinggi, begitulah analoginya untuk puasa, yang kita bicarakan di sini puasa dalam bulan Ramadan.

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab beliau, Ihya Ulumuddin, terdapat tiga tingkat puasa iaitu, iaitu puasa umum, puasa khusus, dan puasa khusus yang lebih khusus lagI.

Puasa umum berada di tingkat yang paling bawah iaitu puasa yang sekadar menahan diri dari makan, minum dan perbuatan yang menyebabkan terbatalnya puasa.

Manakala puasa khusus pula (tingkat kedua), di samping menahan perkara-perkara yang dinyatakan tadi, turut memelihara seluruh anggota tubuh dari perbuatan maksiat atau tercela. Ataupun, menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh mengurang atau menghilangkan pahala puasa.

Sementara puasa khusus yang lebih khusus (tingkat teratas) adalah menahan hati dari segala hasrat yang sia-sia dan bertahan daripada memikirkan perkara-perkara yang bersifat duniawi semata-mata. Tidak ada perkara yang difikirkan dan dihayati melainkan Allah SWT sahaja.

Kembali kepada persoalan utama tentang lawatan ke Facebook yang sebenarnya boleh juga digunakan dalam mencari rumusan tentang sebarang aktiviti di internet dalam bulan Ramadan. Setelah difahami tentang ketiga-tiga tingkatan puasa, atau tiga jenis kualiti puasa, maka di sinilah kita akan hubung kaitkan dengan aktiviti "berziarah" dan "bertandang" ke laman-laman sosial di internet--tentang implikasinya terhadap puasa yang sedang dilaksanakan.

Sebenarnya, jika lawatan kita ke internet itu menyebabkan kita melihat perkara-perkara yang ditegah, tentunya ia akan mengurangkan bahkan barangkali melupuskan pahala puasa, bahkan, kita mungkin akan mendapat dosa sekiranya mata kita melihat atau melayari perkara-perkara maksiat.

Selagi apa yang wujud dalam internet itu tidak menyebabkan puasa kita terbatal, maka puasa kita tetap sah tetapi ia sesuatu yang tidak menguntungkan kita, sedangkan sebagai umat Islam kita amat disarankan untuk mengumpulkan pahala sebanyak mungkin ketika dalam bulan Ramadan.

Pada saya, Facebook ialah perkampungan maya, setiap pemilik akaun merupakan tuan rumah dan friends adalah jiran-tetangga. Dalam perkampungan maya ini, terdapat "kedai", "tempat hiburan", "berita atau maklumat terkini", "bank resepi" dan pelbagai bentuk informasi. Kita bebas menyapa jiran-tetangga, begitu juga sebaliknya.

Seperti dalam kehidupan realiti, kita juga bebas untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling. Persoalannya, apakah bahan yang dijadikan sebagai bahan bualan? Apakah bahan-bahan yang boleh meningkatkan kualiti iman atau, sebaliknya adakah kita berbual tentang hal yang sia-sia?

Dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan juga Muslim, Rasulullah SAW memberi amaran kepada umat Baginda yang sedang menjalani ibadah puasa dengan mengatakan bahawa terdapat lima cara pahala puasa musnah sama sekali iaitu dengan berbohong, mengumpat, mengadu domba, bersumpah palsu dan melihat sesuatu dengan hawa nafsu.

Tentu kita tidak menafikan bahawa semua aktiviti yang dinyatakan oleh Baginda Rasulullah SAW ini boleh berlaku dalam Facebook dan yang seangkatan dengannya.

Facebook merupakan medium semata-mata, tetapi manusialah yang akan menjadikan ia sebagai sesuatu yang boleh memangkinkan pahala ataupun sebaliknya. Telah pun dinyatakan sebelum ini bahawa Facebook ibarat sebuah kampung dalam bentuk maya.

Jika kita seorang yang cintakan agama, tentunya kita akan mencintai puasa kita dan seterusnya kitalah yang akan menjadikan suasana akaun Facebook yang dimiliki sebagai suasana yang memelihara pahala puasa. Bukankah kita boleh mewujudkan sebuah perkampungan yang mesra Ramadan?

Pilihlah jiran-tetangga yang akan mempunyai jiwa yang mencintai Islam, tentunya kita tidak akan gundah dengan pahala puasa kita. Ini kerana, status-status yang akan kita baca di halaman rumah kita hanya status yang baik-baik.

Akan wujudlah perkampungan yang akan saling ingat-mengingati. Perkampungan maya yang baik akan mempengaruhi pemikiran yang baik dari semua aspek termasuklah untuk menghargai masa yang ada. Contoh yang mudah adalah, pada setiap hari Jumaat akan ada pemilik akaun yang mengemas kini statusnya dengan menyatakan kebaikan membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat. Status sebegini sebenarnya mampu memberi pengaruh kepada friends dan menarik friends untuk membaca al-Quran.

Ujar Rasulullah SAW, "Perumpamaan teman yang baik, ibarat seorang penjual wangian. Ada kalanya engkau diberinya atau membeli daripadanya atau beroleh bau wanginya. Dan, perumpamaan sahabat yang jahat ibarat peniup tukang besi, ada kalanya engkau terbakar dengan percikan apinya atau terkena bau busuknya" (Hadis riwayat Bukhari).

Maka, untuk merumuskan apakah hukumnya melawat Facebook semasa Ramadan, hukumnya ada pada diri kita.Tepuk dada, tanyalah iman.

comments
a.. A Yahoo! User •
a.. fb is innocent.. hanya penggunanya
b.. Rococo •
Hukumnya.....gunakan besi panas cucuk mata....! huduh.....lah.
c.. Matthew •
follow yours heart and brain...says.....think good get the good.
d.. Zhumba585 •
Tepat dan adil jawapannya, ' hukumnya ada pada diri kita.Tepuk dada, tanyalah iman.'...A well written topic Siti Shamsiah...'syabas' and keep up the good work.
e.. The-Infidel-Imam •
Hukum nya ialah HALAL.

Bukti nya:

Sura An-Nahl Ayat 116: (وَلَا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَـٰذَا حَلَالٌ وَهَـٰذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُوا عَلَى اللَّـهِ الْكَذِبَ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّـهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ)
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "ini HALAL (حَلَالٌ) dan ini HARAM (حَرَامٌ)", untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.
f.. terri •
pengasas laman sosial ini iaitu seorang yang berbangsa Yahudi-Amerika bernama Mark Zuckerberg. Mark Zuckerberg seorang yang aktif. Salah satu pertubuhan peringkat mahasiswa atau universiti yang beliau sertai sewaktu di Harvard ialah AEPi atau Alpha Epilson Pi.Alpha Epilson Pi merupakan sebuah pertubuhan persaudaraan Mahasiswa Yahudi yang kuat pengaruhnya di Amerika Syarikat dan Kanada. Facebook telah difatwakan haram oleh Majlis Ulama Indonesia pada Jun 2009.
Sebelum itu, pada 23 Mei 2009, kerajaan Iran telah menyekat akses Facebook bagi menghalang penyalahgunaannya semasa kempen pilihanraya Presiden. Israel begitu ghairah dan sangat berminat dengan politik Iran.Langkah teknikal ini berjaya membendung wujudnya pengaruh langsung daripada Zionis Israel.
g.. Anis •
Yup. Terpulang pada diri kita sendiri on how we go about with our facebook.
Memang menginsafkan bila ada kawan-kawan yang berkongsi cerita duka insan-insan malang semasa di bulan Ramadan, yang berkongsi hadis-hadis, ayat-ayat alQuran dengan maknanya sekali untuk dihayati, yang berkongsi kisah kematian dan kehilangan ahli keluarga sepanjang Ramadan.
Ada juga stories yang menggembirakan dengan berita kelahiran di bulan Ramadan.
Yang berkongsi resepi untuk berbuka dan bersahur.
Yang berkongsi pengalaman pertama berpuasa anak-anak mereka.
Ada juga pancingan untuk mengumpat dan mengata...and yet it still comes back to our very ownself, whether kita nak respond atau tidak.
Yang penting nawaitu semasa berfacebook itu penting!
Wallahua'alam....
h.. M.A. •
Buruk atau baik bergantung kepada niat pengguna....pisau bukan baik bukan jahat (neutral). Pada tangan doktor, pisau membantu. Pada tangan penjenayah membunuh.
i.. teQah khairy •
terpulang pada diri sendiri. Kalau niat kita baik, okey lah. Kalau niat tak baik, sia2 lah puasa tu kan.
j.. Shawn •
I think this is a stupid statement. FB is a social site... If you can't go to this site then don't go out your house or interact with others.
k.. Highstone •
Jangan komen JIKA anda naïf dan cetek tentang agama!!!!!!!! Serahkan pada pejabat agama. Dan orang pejabat agama bertindak ASAP.
l.. joe •
persoalannya ialah, soalannya tiada jawapan yg titik noktah, tergantung2.....
m.. Sarawana •
n.. tak ada benda lain yang nak dipernilaikan ke.......
o..
lolita sane •
i never had one. regardless ramadhan. hoping i'll never make one unless there's necessity i can't avoid. praying i can always live without it. if you think i'm old-brained aunty, lemme clarifiy i'm under 25.
p.. PALUT •
Wow! No comments yet? Tak syok ke baca artikel nih? Baca artikel alvivi lagi syok ke?
q.. Ninena •
Nice

Thu Jul 18, 2013 9:46 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pegawai Polis Putus Kaki Kanan Dirempuh Kereta
Posted by greenboc

comments:
Anonymous said...
Suatu masa dulu selepas Anwar kena lebam, seorang trafik terbabas di selekoh bulatan. Tertiarap dia tercedera tak boleh bangun. Amat malang, orang awan hanya lalu sambil berkata "Oh Polis" dan tak seorang pun tolong. KP amat marah, wahai orang awan "kalau kamu jadi mayat, kita Polis jugak yang tukang kutip"

Pada masakini wahai Polis Diraja, kami rakyak amat bohsan lagi boring asyik2 satu pihak jer yang cakap. Dahlah cakap Polis dah banyak terbukti tak boleh pakai, yang ini boleh ke? Inikan kemalangan, tak pernah dengar pun mulut Polis berbunga sebegini merdu kalau yang mangsa itu orang awan. Budak tu pandu laju tapi bila pulak motosikal berkuasa tinggi Trafik pernah jalan selow. Budak tu baru 19 tahun, nak cas cubaan bunuh tak perlu berbelit2 seperti ular.

Misai Kucing said...
Kifarah tu

Anonymous said...
Sudah ketentuan Allah. Biarlah kita berbaik sangka. Tak semua Polis tu buruk sikapnya. Kepada kedua2 mangsa & ahli kluarga brsabarlah & tabah mghadapi ujian ini. Amln.

fidel castro said...
tu kan polis BN bukan polis malaysia.sikit pon aku tak kesian.
tau tak berapa ramai polis dah berkemah di besut mulai minggu lepas?

Anonymous said...
Inna liLlahhi wainna liLlah hirojioun,
Semoga menerima ini sebagai ujian Allah, dan peringatan Allah bahawa apa saja yang ada pada jasad ini BUKAN HAK MUTLAK Allah boleh mengmabilnya bila-bila masa.
Kuun Fayakuun
Semoga segera sembuh dan bertugas dengan jujur dan ikhlas.

Pegawai polis putus kaki kanan dirempuh kereta
Bernama Media
a..
b..
c.. KUALA BESUT, 17 Julai (Bernama) -- Seorang pegawai polis trafik yang bertugas untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut putus kaki kanan setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Peroi di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 4.40 petang itu, Insp Farid Hasni Mamat, 33, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, terhumban kira-kira 10 meter berhampiran tembok sekolah akibat impak rempuhan itu.

Ketika kejadian mangsa bersama Pegawai Penguatkuasa Tadbir Trafik Ibu Pejabat Kontinjen Pahang ASP Zainalabidin Othman, 48, sedang melakukan rondaan berhampiran kawasan sekolah itu.

Menurut Zainalabidin, selepas selesai melakukan pemeriksaan di sekolah tersebut, mereka berdua menuju ke Sekolah Kebangsaan Kampung Baru apabila sebuah kereta dari arah bertentangan dipandu laju memotong sebuah kenderaan lain.

Katanya beliau yang berada kira-kira 50 meter di hadapan mangsa sempat mengelak kereta Proton Saga yang dipandu seorang pemuda berusia 19 tahun itu namun mangsa gagal berbuat demikian.

Zainalabidin berkata selepas melanggar mangsa, kereta berkenaan yang hilang kawalan melanggar tembok pagar sekolah sehingga runtuh.
"Melihat kejadian itu saya menghampiri mangsa dan melihat sebelah kaki mangsa putus dan dijumpai berhampiran tembok yang runtuh," katanya ketika ditemui di Hospital Besut, di sini.

Menurutnya mereka berdua baru bertemu sejak Sabtu lepas dan ditugaskan untuk membantu kelancaran trafik sempena PRK DUN Kuala Besut.

Mencerita saat beliau menghampiri mangsa, Zainalabidin berkata beliau terdengar mangsa merintih "Apa dosa saya? Kenapa dia langgar saya?".

Mangsa yang berasal dari Kuala Ibai, Terengganu itu dikejarkan ke Hospital Besut dengan ambulan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi rawatan lanjut.

Keadaannya kini dilaporkan stabil.

Sementara itu Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Alias Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian kemalangan itu.

Katanya suspek yang mengalami kecederaan ringan itu kini ditahan bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

NF LES RS

comments
a.. Mat Tak Rempit •
a.. Takziah dan simpati dari aku. Semoga cepat sembuh dan dapat berhari raya mcm biasa.
b..
shan •
i am not a big fan of the PDRM especially the Traffic Police, but in this case, condolences are in order and hopefully the institution has some kind of a insurance scheme to help out the family of the victim for future loss of income / promotions/ etc.
c..
Bahram •
Tabahkan hati, terima dugaan dengan sabar. Budak-budak sekarang baru dapat pandu kereta dah macam pandu jet pejuang. Orang selalu bilang hati mati, ikut rasa binasa.
d..
Temasek •
Saya sedeh dan berdoa InshAllah polis tersebut sembuh secepat nya dengn izin Allah.
a..
Mat Tak Rempit
Ada jugak yg tak setuju dgn komen temasek ni???????
OA •
e.. Buat road block, ada kan system online dalam kereta polis, boleh linkkan ke JPN, JPJ, POLIS dll..untuk lihat latar belakang budak-budak muda ni yg baru mula memandu. Ada kan point system balik, 3 kali salah, gantung lesen, selain mandu mabuk dan cuai. Buat kempen kat TV dan Suratkahbar tentang pandu berhemah, biar lama, buat 2 - 3 tahun. Lori driver, Bas driver, buat operasi spot check, road block, tahan bas, kereta, lori bukan hanya motor...ramai orang bukan Malaysia yang bawak, entah ada lesen ke tidak atau entah entah lesen terbang.
f..
ZIELA •
Sgt bersimpati dgn kejadian yang menimpa. Hanya Allah SWT saje yang tahu betapa peritnya dugaan yang menimpa. Semoga cepat sembuh, kuatkan hati dan semangatmu..
g..
wong •
I am praying for the police officer, may god bless him and his family. They are the people who work under the sun and rain in order to maintain a smooth traffic flow.

h..
Cinasmart •
My heart goes for this policeman............may he recover quickly.
i..
CTK •
bole sambung balik x?
j..
Norlela •
inilah manusia yg suka bawa laju2 mcam nak berlumba, keselamatan org lain dia tak pikir langsung. Bila dah terjadi baru nak menyesal, itupun kalau dia menyesal.
k..
Curioscity • 3
feel sorry for the policeman... Hope to get well soon!!
l..
4 wifes •
Merintih "Apa dosa saya? Kenapa dia langgar saya?".?????.Ini la soalan yang sentiasa Dihati Pemandu-pemandu jalan reya dimalaysia..semasa Ditahan Oleh Trafik yang sentiasa tungu untuk Pesalah....Tugas Mereka Bukan Cari Salah Pengguna..Tugas Mereka ialah Untuk Selesaikan Masalah Jalan Raya....
m..
Melati Jasmine •
this is really heart breaking news.. am really sorry. be strong . get well soon sir..
n..
AIRUL •
Besuk? Gannu? hmmm....
o..
MaRKIX •
budak yg bawak kereta tu patut disumbat dalam penjara trus
p.. Saladin •
Kata Menteri Dalam Negeri kadar jenayah dah turun. Betul ke???
q..
joe •
majoriti bdk muda skrg mmg suka bwk laju .. akibat nye org lain yg t'pksa tanggung ..
r..
ShoppingFlower7 •
apa salah saya ? apa dosa saya? salah n dosa kerana menjaga keamanan & menguatkuasakan undang2... inilah nasib pasukan penguatkuasa kita. sabar & tabahlah sahabat penguatkuasa terlalu ramai di belakangmu yang menyokongmu. redho dgn ketentuan Allah sbg kifarah dosa2 yg lalu...
s..
ChieamZ •
inalillahiwainnailaihiroji'un....smga polis tersebut sembuh dan sihat secepat yang mungkin luar dan dlm.amin..

Thu Jul 18, 2013 9:46 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Hutang meningkat Loan di Ketatkan - Jangan salahkan bank negara, salahkanlah rakyat yang pangkah tuu..!!
Posted by Kedah Lanie
Mohammad Agus Yusoff

PADA 5 JULAI 2013, Bank Negara menguatkuasakan peraturan baru menghadkan: (i) pinjaman peribadi setakat 10 tahun maksimum (dahulu 25 tahun); pinjaman hartanah dan rumah 35 tahun (dahulu 45 tahun), dan (iii) tidak membenarkan lagi pinjaman pra kelayakan.

Alasan yang diberikan Bank Negara adalah untuk menangani kenaikan hutang isirumah yang meningkat dari RM465.2 bilion pada tahun 2008 kepada RM754.6 bilion pada pertengahan tahun 2013. Dengan harga rumah mahal, harga kereta mahal dan kos hidup yang mahal, rakyat Malaysia adalah 'juara' dalam membuat hutang, iaitu hutang isirumah kita adalah 140% berbanding dengan pendapatan, Singapura 105%, Amerika 123%, Korea 101%, Thailand 53% dan Indonesia 38%.

Akibat hutang yang banyak ini, kadar individu yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2012 ialah 19,575 ataupun 53 orang sehari dalam setahun, di mana 50% adalah dari golongan berumur 25-44 tahun. Jumlah individu yang bankrap dari tahun 2007 sehingga 2013 adalah 245,000 orang yang mana faktor utamanya adalah disebabkan oleh kegagalan untuk membayar pinjaman (hutang).

Persoalannya, kenapa hutang rakyat kita tinggi? Menurut data Bank Negara, 64% pinjaman yang dibuat oleh isirumah adalah dari pinjaman perumahan dan kereta sahaja. Pinjaman peribadi jatuh ke tempat ketiga paling banyak.

Pertanyaannya, mengapa harga rumah mahal sehingga boleh membuatkan kita terhutang sampai ke tua? Bila rakyat bertanya hal ini, jawapan pemaju mudah sahaja, iaitu kerana barang kos pembinaan seperti simen, pasir, batu-bata dan seribu satu macam perkara lain lagi naik harga. Bagi ahli ekonomi, mereka menjawab kerana permintaan melebihi penawaran.

Saya pun hairan kenapa kerajaan tidak boleh mengawal harga rumah ini? Apakah payahnya sangat untuk kerajaan menetapkan harga rumah mampu milik kepada rakyat, iaitu rumah yang boleh dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana yang harganya dalam lingkungan RM100-RM200 ribu sahaja.

Ini kerana saya lihat harga rumah yang ditetapkan oleh pemaju sekarang sudah di luar dari istilah rumah mampu bilik. Bayangkan bagaimana seorang yang baru bekerja boleh memiliki rumah jika harga rumah dua tingkat di Bandar Baru Bangi dengan keluasan 20"X70" pun sudah mencecah RM500 ribu. Bayangkan harga rumah kondominium di Bangsar yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit dan harga sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta. Siapakah yang mampu membelinya?

Bayangkan pula kalau ada hutang kereta, anak kecil 3 orang, kena beli lampin anak, bayar orang gaji, kad kredit, pakaian, persekolahan, minyak kereta dll, maka apa lagi yang tinggal? Bagaimana mungkin mampu untuk membeli rumah semahal ini jika pendapatan suami isteri hanya RM5 ribu sebulan sahaja dengan bayaran yang ditetapkan dalam masa 35 tahun. Jika suami isteri berpandapatan RM5 ribu pun tidak mampu, bagaimana bagi mereka yang berpendapatan lebih rendah dari itu?

Saya cukup risau dengan harga rumah yang tidak terkawal dan over priced ini. Sekarang ini pun dengan gaji RM6 ribu sebulan, belum tentu dapat membeli rumah yang berharga RM400 ribu. Andaikan si pembeli meminjam RM400 ribu sahaja daripada bank dengan purata kadar faedah enam peratus setahun, peminjam perlu membayar ansuran bulanan sebanyak kira-kira RM2,400 selama 30 tahun. Ini bermakna peminjam yang membeli rumah teres pada usia 30 tahun hanya akan habis membayar hutang pada usia 60 tahun. Persoalannya, berapa ramaikah rakyat kita memiliki pendapatan RM6 ribu sebulan sekarang?

Apabila melihat kepada masalah harga rumah yang semakin 'tidak masuk akal' sekarang ini, saya terpanggil untuk membincangkan masalah ini. Saya sedih melihat nasib rakyat yang terhimpit dengan masalah ini kerana biarpun sudah berumur 45 tahun dan berkelulusan universiti, sehingga sekarang pun masih 'menyewa' lagi. Itu belum lagi mengambil kira mereka yang bekerja di bawah dari tahap gaji pegawai yang berkelulusan universiti.

Atas masalah harga rumah yang tinggi ini, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya mengambil tindakan berikut:

i. Turunkan kadar faedah daripada 4% kepada 2% sahaja untuk pinjaman kerajaan dan dari 6% kepada 3% sahaja untuk pinjaman bank bagi rumah pertama. Ambil perhatian kerajaan Kelantan tidak mengenakan faedah kepada kakitangan awamnya dan Public Bank hanya mengenakan kadar faedah sebanyak 1% sahaja kepada kakitangannya.

ii. Naikkan elaun perumahan untuk kumpulan sokongan dari RM180 sebulan kepada jumlah yang lebih wajar. Di Kuala Lumpur, sewa sebilik pun sudah RM250-500 sebulan. Bagi pekerja swasta pula, kerajaan perlu mewajibkan syarikat membayar elaun perumahan kepada pekerjanya campur dengan gaji minimum yang baru diwajibkan.

iii. Kerajaan sendiri membina lebih banyak rumah sesuai dengan permintaan dengan tidak lagi menyerahkannya kepada pemaju swasta. Sekiranya syarikat swasta mahu juga membinanya, kerajaan perlu meminda akta supaya segala pembangunan perumahan yang dilakukan oleh syarikat swasta hendaklah mengikut syarat-syarat ketat harga yang ditetapkan kerajaan supaya harga menjadi terkawal dan tidak lagi melampau.

iv. Menteri Perumahan yang baru sepatutnya merangka mekanisme untuk menurunkan harga rumah sama ada dengan mengurangkan kos pembinaan dan lain-lain tindakan yang wajar.

v. Jika harga rumah mahal disebabkan oleh harga tanah, maka kerajaan hendaklah menetapkan harga siling bagi setiap kaki persegi tanah kerana tanah adalah milik kerajaan yang boleh dikawal.

vi. Jika harga tanah di bandar mahal untuk membangunkan perumahan, maka binalah apartment 'layak duduk' yang sesuai untuk golongan berpendapatan rendah. Mereka tetap perlu disediakan rumah kerana itu adalah keperluan asas manusia yang perlu disediakan oleh kerajaan untuk rakyatnya. Jangan pula cari alasan 'kalau ayam mahal jangan makan ayam', atau 'kalau rumah di bandar, mahal sewa atau belilah rumah di kampung'.

Saya yakin jika kerajaan boleh membuat pelbagai program seperti Hari Sukan, Hari Wanita dan Hari Belia dengan kos yang berjuta, tentunya tidak sukar bagi kerajaan untuk mengambil langkah lebih adil bagi menyediakan perumahan kepada rakyat ini.

Mengingatkan tentang hutang rakyat kita yang terlalu tinggi dan ramai lagi dari kalangan mereka yang masih belum mempunyai rumah sendiri, hati saya mengeluh. Semoganya tidak lagi selepas ini.

Thu Jul 18, 2013 9:46 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Doa sebenar berbuka puasa dqan sunnahnya
telokbakong.blogspot.
gigitankerengga.blogspot.
mahmod

Di dalam hadis daripada Anas katanya:
"Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air."

Di sana ada doa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:

"Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda:

Bismillahirrohmanirrohim: Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh yakni hilang kekeringan dan telah tetaplah pahala, Insya-Allah."

(Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)

Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya, hendaklah merebut peluang doa yang makbul ketika dia berbuka.

-tranungkite-

Thu Jul 18, 2013 9:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Perghh, best gila habaq hang - Balik Kampung Dari UK Ke Kedah naik Caravan
Posted by Kedah Lanie
Posted by Johan Harith
Balik Kampung Dari UK Ke Kedah Dalam Masa 75 Hari Di Bulan Puasa!!
Perghh, best gila habaq hang!

Sebuah keluarga seramai enam orang dari Malaysia, bakal menghasilkan rekod baru dengan balik kampung dari United Kingdom ke Kedah, Malaysia hanya dengan memandu sebuah Caravan iaitu sejenis van yang mempunyai kelengkapan seperti di dalam rumah. Menariknya disini, mereka melakukan trip balik ke kampung ini pada bulan ramadhan. Kalau di negara barat, menggunakan Caravan untuk berpindah satu tempat ke satu tempat memang dah perkara biasa, cuma perbezaannya adalah jarak. Perjalanan keluarga ini akan merentasi 38 buah negara, selama 75 hari, dan sejauh 28, 646 km merentasi dua benua.

Keluarga ini juga menggunakan Caravan jenis Mercedes Sprinter 1998, dari Seaham, Sunderland ke Kubang Pasu, Kedah. Jamal Ismail, 44, bersama-sama isterinya, Sofinee, 38, dan 4 orang anaknya, iaitu Sabeera, 17, Sumrah, 13, Syameem, 15, dan Seif, 10, sudah lama merancang trip balik kampung yang awesome ni. Peh, aku drive dari KL ke Kelantan pun dah rasa penat gile, inikan plak dari UK ke Kedah, peh! Layankan gambar mereka dibawah yang awesome ni.

Thu Jul 18, 2013 7:19 pm (PDT) . Posted by:

"MHZ" mohamad_hadi

Ada sponsor tak?

On 19/07/2013 12:46 AM, -:eSpAcE9808:- wrote:
>
> 
>
>
> _Perghh, best gila habaq hang - Balik Kampung Dari UK Ke Kedah
> naik Caravan_
>
> Posted by Kedah Lanie
> Posted by Johan Harith
>
>
> Balik Kampung Dari UK Ke Kedah Dalam Masa 75 Hari Di Bulan Puasa!!
>
> Perghh, best gila habaq hang!
>
> Sebuah keluarga seramai enam orang dari Malaysia, bakal menghasilkan
> rekod baru dengan balik kampung dari United Kingdom ke Kedah, Malaysia
> hanya dengan memandu sebuah Caravan iaitu sejenis van yang mempunyai
> kelengkapan seperti di dalam rumah. Menariknya disini, mereka
> melakukan trip balik ke kampung ini pada bulan ramadhan. Kalau di
> negara barat, menggunakan Caravan untuk berpindah satu tempat ke satu
> tempat memang dah perkara biasa, cuma perbezaannya adalah jarak.
> Perjalanan keluarga ini akan merentasi 38 buah negara, selama 75 hari,
> dan sejauh 28, 646 km merentasi dua benua.
> <http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=6879413623935203229>
>
> Keluarga ini juga menggunakan Caravan jenis Mercedes Sprinter 1998,
> dari Seaham, Sunderland ke Kubang Pasu, Kedah. Jamal Ismail, 44,
> bersama-sama isterinya, Sofinee, 38, dan 4 orang anaknya, iaitu
> Sabeera, 17, Sumrah, 13, Syameem, 15, dan Seif, 10, sudah lama
> merancang trip balik kampung yang awesome ni. Peh, aku drive dari KL
> ke Kelantan pun dah rasa penat gile, inikan plak dari UK ke Kedah,
> peh! Layankan gambar mereka dibawah yang awesome ni.
> <http://www.blogger.com/null>
>

GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: