Tuesday, July 23, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3656

2 New Messages

Digest #3656

Messages

Mon Jul 22, 2013 6:35 pm (PDT) . Posted by:

"Mohd Naazri Ishak" mohdnaazri

Kalau fikir balik, sampai bila ASTRO / Goverment nak ambil cukai atas gambar yang memang banyak percuma.
Di negeri Timur Tengah contoh Yemen, iraq,oman boleh bagi TV siaran percuma, Cuma beli receiver dengan piring kecil semua channel tanah arab dapat di tonton. Kuwait, Oman, Yemen, Iraq, Iran, semuanya chanel percuma.
Kita sepatutnya tak perlu bayar doh .


To: automobil@yahoogroups.com
From: rxzabd@yahoo.com
Date: Sun, 21 Jul 2013 18:26:38 -0700
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Sindiket jual saluran TV internet haram dibongkar

Pihak astro tak boleh detect ke dorg ni? -Dak Lan-
From: -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, July 21, 2013 7:29 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Sindiket jual saluran TV internet
haram dibongkar




Sindiket jual saluran TV
internet haram dibongkar

Posted by Kedah Lanie

BUTTERWORTH - Polis
menahan 12 orang termasuk seorang guru dan berjaya membongkar sindiket yang
menjalankan aktiviti menjualsaluran televisyen Internet berbayar tanpa lesen
dalam lima serbuan berasingan di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis semalam.


Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah
Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusuf berkata sembilan
lelaki dan tiga wanita berusia 28 hingga 40 tahun itu ditahan dalam operasi
bersepadu bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta
Siber Sekuriti.


"Hasil pemantauan dan risikan bersama SKMM dan
Siber Sekuriti sejak sebulan lepas, kita mendapat maklumat ada sebuah sindiket
yang menjalankan aktiviti menjual saluran televisyen Internet berbayar tanpa
lesen.


"Bertindak atas maklumat, kita serbu sebuah
premis di Padang Besar, Perlis dan menahan dua lelaki bersama beberapa barangan
yang digunakan sindiket terbabit dalam aktiviti berkenaan," katanya pada sidang
akhbar di sini hari ini.


Mohd Rodwan berkata susulan penangkapan itu,
pihaknya menyerbu tiga lokasi lain dan menahan lima orang lagi iaitu pengedar
serta juruprogram bagi sindiket terbabit.


"Hasil penahanan itu, kita menyerbu sebuah
premis di tingkat enam Park View Tower di sini dan berjaya menahan lima orang
termasuk dua wanita dan hasil siasatan mendapati salah seorang daripada mereka
adalah pengarah urusan syarikat terbabit manakala isterinya ialah seorang guru
sebuah sekolah menengah di sini.


"Siasatan juga mendapati mereka menggunakan
premis di situ sebagai pusat operasi untuk menjalankan aktiviti pemberian
aplikasi kandungan kepada pelanggan di seluruh Malaysia," katanya.


Mohd Rodwan berkata siasatan lanjut mendapati
syarikat terbabit tidak mempunyai lesen yang sah dan sindiket itu juga
menjalankan aktiviti memberi perkhidmatan aplikasi kandungan tanpa
kebenaran.


Katanya sindiket itu menjual aplikasi kandungan
televisyen dari luar negara kepada pelangan secara tidak sah dan melanggar
peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 205 Akta Komunikasi dan Mulimedia
(AKM) 1998.


"Berdasarkan siasatan, sindiket terbabit telah
beroperasi sejak setahun lalu dan mengaut keuntungan jutaan ringgit serta telah
mengakibatkan syarikat penyiaran swasta berbayar mengalami kerugian kira-kira
RM60 juta," katanya.


Mohd Rodwan berkata sindiket itu bergerak
dengan menjual alat 'decoder&#39; kepada pelanggan yang berminat dengan harga RM400
dan mengenakan caj bulanan serendah RM29.


"Menerusi MY IPTV itu, pelangan boleh menonton
pelbagai program televisyen dari luar negara terutamanya dari China dan Jepun
serta terdapat lima saluran pornografi. Lebih 2,000 pengguna telah melanggan
sejak setahun lalu," katanya.


Beliau berkata dalam lima serbuan itu, pihaknya
merampas pelbagai peralatan yang digunakan sindiket itu seperti decoder,
'server&#39; dan komputer bernilai lebih RM400,000.


Katanya serbuan oleh 36 pegawai dan anggota
polis, SKMM dan Siber Sekuriti itu merupakan kejayaan terbesar dan merupakan
serbuan pertama di Malaysia.


"Daripada 12 yang ditahan, tujuh dibebaskan
dengan jaminan polis manakala lima termasuk dua wanita direman selama empat hari
bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya.


Mohd Rodwan berkata kes itu disiasat menurut
Seksyen 239 Akta AKM 1998 iaitu pemilikan, penggunaan dan peralatan komunikasi
yang tidak standard dan Seksyen 40 Akta Hak Cipta 1987 iaitu membuat atau dalam
milikan bagi tujuan salinan. - Bernama

cerita lama nie... saja update
bagi panas zaman astroxx dok bergelap nie...
http://www.sinarharian.com.my/semasa/sindiket-jual-saluran-tv-internet-haram-dibongkar-1.91796



Mon Jul 22, 2013 6:40 pm (PDT) . Posted by:

"MHZ" mohamad_hadi

gomen & astro buat sindiket takpe.. cukai masyukk..
rakyat buat sindiket tak boleh.. cukai tak masyuk, astro bankrap.

On 23/07/2013 9:35 AM, Mohd Naazri Ishak wrote:
> Kalau fikir balik, sampai bila ASTRO / Goverment nak ambil cukai atas
> gambar yang memang banyak percuma.
>
> Di negeri Timur Tengah contoh Yemen, iraq,oman boleh bagi TV siaran
> percuma, Cuma beli receiver dengan piring kecil semua channel tanah
> arab dapat di tonton. Kuwait, Oman, Yemen, Iraq, Iran, semuanya chanel
> percuma.
>
> Kita sepatutnya tak perlu bayar doh .
>

GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: