Saturday, September 14, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3705

6 New Messages

Digest #3705

Messages

Fri Sep 13, 2013 3:21 am (PDT) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

Seriously, aku ngeri naik bas, ngeri bila bas follow dekat².. sanggup aku
ketepi bagi laluan bas tu memotong..
Bas² persiaran / express yang ada kat negara kita ni ada pasang speed
limiter tak?

2013/9/13 -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg>

> **
>
>
> **
> 3 Cedera 4 Kenderaan Berlanggar Di Lebuhraya Karak<http://greenboc.blogspot.com/2013/09/bergambar-13-cedera-4-kenderaan.html>
> Posted by greenboc
>
> <http://3.bp.blogspot.com/-K3N3k7ZnetA/UjB7kvsAEyI/AAAAAAABjI0/IpXDNfUyWgc/s1600/7.jpg>
>
> Seramai 13 mangsa cedera dalam nahas membabitkan dua buah bas, satu
> treler dan sebuah kereta di Km31.5, Lebuhraya Karak, dekat ibunegara hari
> ini.
>
> Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur
> Azizan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.49 petang dan tiba
> di tempat kejadian setengah jam kemudian.
>
> Katanya, kemalangan membabitkan empat kenderaan itu dari arah Karak menuju
> ke ibu negara dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu sebuah bas
> pelancong mengawal kenderaannya lalu merempuh sebuah bas ekspres dan kereta
> Toyota Vios yang kemudiannya melanggar treler di hadapannya.
>
> "Saya percaya kemalangan berpunca disebabkan ada kenderaan yang dibawa
> laju dan perlahan, namun kami akan menyiasat kemalangan itu bagi mengenal
> pasti punca sebenar," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
>
> Azizan berkata 13 mangsa yang terdiri daripada 11 penumpang bas dan dua
> daripada kereta Vios itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital
> Selayang untuk menerima rawatan.
>
> Beliau berkata kesemua mangsa berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun.
>
> "Laporan awal mendapati bas pelancong membawa 13 penumpang (dan seorang
> pemandu), manakala bas ekspres Temerloh-Kuala Lumpur membawa 25 orang
> termasuk pemandu.
>
> "Pemandu dua bas berkenaan hanya mengalami luka ringan manakala pemandu
> treler tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
>
> Beliau berkata tiga jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian dengan
> kekuatan 30 pegawai dan anggota, masing-masing dari Balai Bomba dan
> Penyelamat Kuala Lumpur, Selayang dan Bentong.
>
> Sementara itu, pemandu treler Aris Embong, 53, berkata ketika kejadian itu
> dia memandu perlahan dan berada di hadapan kereta Toyota Vios.
>
> "Sebelum kejadian saya nampak sebuah bas bergerak laju lalu melanggar
> sebuah bas yang berada di hadapannya...kemudian bas kedua (yang dilangggar)
> itu melanggar treler yang saya bawa," katanya kepada pemberita di lokasi
> kejadian. - Bernama
>
>
> <http://4.bp.blogspot.com/-RWMBUh1VgFE/UjB7avgocsI/AAAAAAABjH4/exjgHlNBq7A/s1600/1.jpg>
> <http://1.bp.blogspot.com/-GyZiKEW0TtM/UjB7ap9uhmI/AAAAAAABjH0/kKwqFwZIMkc/s1600/2.jpg>
> <http://3.bp.blogspot.com/-ptitX4ZNOLw/UjB7a2GohyI/AAAAAAABjIE/Koz3_2dQ3s0/s1600/3.jpg>
> <http://4.bp.blogspot.com/-Uaus7LZMWQY/UjB7cm1w_HI/AAAAAAABjIc/bV3Qwg99H50/s1600/4.jpg>
> <http://3.bp.blogspot.com/-oRG1zr3B7wk/UjB7bthxgQI/AAAAAAABjII/1NKdCtqSvUw/s1600/5.jpg>
> <http://1.bp.blogspot.com/-Gniapf8U_r8/UjB7cLdnLiI/AAAAAAABjIU/hLaDCY3tXsQ/s1600/6.jpg>
> <http://2.bp.blogspot.com/-3uCLHC7f_R0/UjB7dmyu3gI/AAAAAAABjIs/FrJOn0WNQEM/s1600/7.jpg>
> <http://2.bp.blogspot.com/-TCAUDXMonOc/UjB7c8Lfp8I/AAAAAAABjIg/l7MiUVyDXGo/s1600/8.jpg>
>
> Foto-foto ehsan NST
>
>
>
> *comments: *
>
> pakteh said...
>
> kadang2 kita tengok bas memang di pandu laju .kebanyakan pemandu bas suka
> lumba sama sendiri seolah olah macam nak tunjuk pandai,mereka ajalah yang
> pandai bawa bas,nyawa penumpang langsung tak berharga ,dahulu kerajaan ura
> nak pasang kotak hitam ,sekarang mana dia kotak hitam tu, harap kerajaan
> peka dalam soal ini,sebab kamipenguna amat takut keadaan ini berulang
>
>
>

Fri Sep 13, 2013 8:05 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Terbaek Dari Facebook: Sedap Makan McDee?
wasukalu.com
libanglibu.blogspot.
Posted by Libang Libu
Artikel ini aku cedok dari Soffi Jikan FC

SOFFI JIKAN FC
Dah berapa ekor babi ko org makan...?

Berita Penting ... Majlis Kehakiman Islam ( MJC ) dan IQSA telah menarik balik pengesahan daripada McDonald. Acccording ke pejabat dapur
di Florida , Amerika Syarmikat , kajian ke dalam bahan-bahan McDonald telah menunjukkan bukti positif bahan babi yang dipanggil " LM10 "
digunakan dalam Mayo McDonald .

Pegawai Afrika Selatan McDonald telah mengesahkan bahawa semua bahan-bahan berasaskan sos yang diimport dari Amerika Syarikat.
(Muslim) pengguna dinasihatkan untuk menahan diri daripada McDonald. Majlis Kehakiman Islam ( MJC ) dan IQSA juga telah menarik balik
pensijilan di seluruh negara. Ia adalah tanggungjawab anda untuk memberitahu orang lain ....

JAZAQ - ALLAH Khair !

Info utk dikongsi bersama2... ~SEBARKAN~~
SOFFI JIKAN FC

Sebelum-sebelum ini pun aku ada post tentang apa sangat faedahnya makan ayam tanpa nasik.

Kita orang Melayu membesar dengan nasik. Kecik-kecik mak bapak suap dgn bubur nasik.

Orang Melayu tabiat makannya dengan tangan. Ada gulainya. Ada ulamnya. Ada sambalnya.

Tapi bila dah bekerja dan ada duit sendiri ramai yg gemar sesangat makan ayam tak bernasik. Kembang lubang idong bawak anak bini masuk kedai beraircond. Dia ingat ponggong dia putih sangat la bila order makan cakap bahasa orang puteh?

"I like it spicy please..." Ptoooey! Puuui!!

Dia tak tau yg dicekik dalam tembolok itu bukan ada zat. Yg dicekik itu banyaknya, lemak, gula, garam, perisa tiruan dan segala bagai mak nenek bahan kimia lain.

Itu blom sebut '....babi......' kah kah kah kah!

Tak tau ke minyak menggoreng segala benda dalam kedai tu guna minyak recycle? Minyak masak recycle ini ialah minyak masak paling bahaya dalam dunia. Baik menggoreng guna petrol, kah kah kah!

Kalau bagus sangat McDee ni, cuba la suap anak dengan bubur McDee tiap-tiap hari. Tengok apa jadi?

Tengok ponggongnya, makin hari makin putih ke?

Kalau tak putih jugak, sagat dengan kertas pasir aje laaaa. Kah kah kah!!!

Bahan berasaskan BABI "LM10", terdapat dalam hidangan McDonald's
batuvskayu.blogspot.
kerajaanrakyat.blogspot.

Bahan berasaskan BABI ditermakan sebagai "LM10", terdapat dalam hidangan McDonald's

Selepas membaca laporan di bawah dan mengambil kira kelalaian, kealpaan, ketidaktelusan dan amalan rasuah yang amat berleluasa dikalangan pegawai tinggi kerajaan (terutamanya para pegawai penguatkuasa undang-undang) termasuk golongan yang berada di jabatan agama Islam sendiri, seperti para mufti dan menteri yang berkaitan, maka Kerajaan Rakyat merasakan adalah lebih baik bagi seluruh umat Islam negara ini menjauhkan diri daripada hidangan McDonald's.

Selain aspek hukum Islam, dari sudut kesihatan; hidangan McDonald telah terbukti memberi kesan yang amat negatif.

NOTA: Perlu diingat, di Malaysia tidak mustahil 'Sijil Halal' boleh dibeli !

Important News: Muslim Judicial Council (MJC) and IQSA has withdrawn certification from McDonald's. Acccording to the kitchen office in Florida, United States, study into the McDonald's ingredients has shown positive evidence of PORK materials which is called "LM10" are used in the McDonald's mayo.

South African McDonald's officials have confirmed that all sauce based ingredients are imported from the US.(Muslim) consumers are advised to abstain from McDonald's. Muslim Judicial Council (MJC) and IQSA has also withdrawn certification countrywide.

It's our duty to inform others.

Comment


Someone ·

Selain itu, McDonald juga 'support&#39; Israel..
Memang 'wajib&#39; diboikot..

Fri Sep 13, 2013 8:07 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Nampaknya Kita Tidak Akan Terlepas Juga Dari Jerat Ini!
batuvskayu.blogspot.
mountdweller.blogspot
Posted by mountdweller

Penangguhan baru-baru ini hanyalah kerana Pilihanraya
Bukan kerana bantahan rakyat
Bila dah disahkan berkuasa kita akan dikenakan juga....

Kerajaan akan guna budi bicara laksana AES: JPJ

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menggunakan budi bicara dalam pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) apabila mengambil alih operasi dan penguatkuasaan sistem itu kelak.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Ismail Ahmad berkata antara perkara yang akan diambil kira ialah lokasi pemasangan kamera AES.
"Sebelum ini, pemasangan AES terikat kepada perjanjian. Mengikut perjanjian, sebanyak 1,093 kamera AES akan dipasang di seluruh negara dan kadar sama ialah RM300 bagi setiap kesalahan.

"Apabila kerajaan mengambil alih operasi dan penguatkuasaan AES, kita ada formula lain dan boleh guna budi bicara. Lokasi pemasangan akan mengikut keutamaan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata selain mengutamakan laluan dengan had laju 110 kilometer sejam terlebih dahulu, lokasi pemasangan kamera AES juga akan mengambil kira kajian Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). -BERNAMA
comment:

Anonymous said...
apa boleh buat masih ramai suka masuk jerat

Fri Sep 13, 2013 11:16 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

dalam pwerjanjian gomen dan company dah tentu ada ganti rugi jika tamat janji....macm contoh jmbatan bengkok JB tu..agaknya dalam kes aes ni.. akhirnya duit sapa yg bayar ganti tu bila gomen ambil alih ...dan siapa juga yg tetap bayar AES tu? 

________________________________
From: -:eSpAcE amat9808:- <rienacom@yahoo.com.sg>ATo: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, September 14, 2013 11:07 AM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Kita Tidak Akan Terlepas Juga Jerat Ini!


 

Nampaknya Kita Tidak Akan
Terlepas Juga Dari Jerat Ini!
batuvskayu.blogspot.
mountdweller.blogspot
Posted by mountdweller
 
Penangguhan
baru-baru ini hanyalah kerana Pilihanraya
Bukan kerana
bantahan rakyat
Bila dah disahkan
berkuasa kita akan dikenakan juga....

Kerajaan
akan guna budi bicara laksana AES: JPJ

PUTRAJAYA: Kerajaan akan
menggunakan budi bicara dalam pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
apabila mengambil alih operasi dan penguatkuasaan sistem itu kelak.
Ketua Pengarah Jabatan
Pengangkutan Jalan Datuk Ismail Ahmad berkata antara perkara yang akan diambil
kira ialah lokasi pemasangan kamera AES. 
"Sebelum ini, pemasangan AES
terikat kepada perjanjian. Mengikut perjanjian, sebanyak 1,093 kamera AES akan
dipasang di seluruh negara dan kadar sama ialah RM300 bagi setiap
kesalahan. 

"Apabila kerajaan mengambil alih operasi dan
penguatkuasaan AES, kita ada formula lain dan boleh guna budi bicara. Lokasi
pemasangan akan mengikut keutamaan," katanya dalam sidang media di sini hari
ini.
Beliau berkata selain
mengutamakan laluan dengan had laju 110 kilometer sejam terlebih dahulu, lokasi
pemasangan kamera AES juga akan mengambil kira kajian Institut Keselamatan Jalan
Raya Malaysia (MIROS). -BERNAMA

comment:
Anonymous said...
apa boleh buat masih ramai suka masuk jerat

Fri Sep 13, 2013 8:08 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

9 jam tahan gatal digigit pijat

telokbakong.blogspot.
pahangdaily.blogspot.
Wartawan Sinar Harian

Beberapa ekor pijat yang ditangkap Agos sebagai bukti disimpan di dalam botol.

TEMERLOH â€" Seorang penumpang bas ekspres terpaksa menahan gatal seluruh badan selama sembilan jam apabila diserang berpuluh ekor pijat dalam bas yang dinaiki dari Alor Setar menuju ke Temerloh, 8 September lalu.

Penumpang terbabit Agos Salim Mohd Som, 32, mendakwa, akibat serangan pijat itu seluruh badannya mengalami gatal yang teruk dan bengkak pada kaki dan belakang badan.

Menurutnya, turut sama diserang serangga tersebut ialah enam lagi penumpang lain yang menaiki bas sama.

“Kejadian berlaku semasa saya bersama seorang rakan dalam perjalanan pulang selepas mengadili kejohanan mountain bike kebangsaan di Kedah.

“Saya naik bas berkenaan dari Jitra dan apabila sampai di Alor Setar, penumpang bas yang menuju ke Temerloh dan Kuantan diarah pengurusan syarikat bas itu untuk menaiki sebuah lagi bas berasingan.

“Selepas berada 10 minit dalam bas itu, saya terasa digigit di belakang badan. Pada mulanya saya ingat nyamuk, tetapi selepas beberapa kali digigit saya terpaksa menanggalkan baju dan dapati ia adalah pijat,” katanya.

Agos berkata, dia kemudian mengadu masalah itu kepada pemandu bas tersebut, namun pemandu tidak percaya sehinggalah dia menunjukkan bukti beberapa ekor pijat yang ditangkap.

“Apabila berhenti di sebuah hentian, pemandu bas itu menyembur racun serangga, tetapi keadaan tetap sama malah semakin ramai penumpang mengadu gatal seluruh badan.

“Saya terpaksa menahan rasa tidak selesa dan gatal selama sembilan jam hingga sampai ke Temerloh,” katanya.

Menurutnya, pada 10 September lalu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Temerloh mengenai kejadian yang menimpanya.

“Hingga hari ini saya masih gatal seluruh badan termasuk bengkak buku lali. Saya harap syarikat terbabit ambil tindakan segera dengan membunuh pijat itu supaya tidak berulang kepada penumpang lain terutama pelancong luar negara.

“Saya turut sertakan bukti, termasuk pengesahan klinik 1Malaysia dan laporan polis dibuat bagi menunjukkan rasa tidak puas hati saya,” katanya.

Comment using...



a.. Mish Iwani · Universiti Industri Selangor, Bestari Jaya
mmg pyh nk buang dia lau dia da mnetap kt tmpt tu..bis sume dia bertelor...

b..
Boss Liey · Top commenter
ni namanye bedbug, aku nah kene, mmg gatal giler,....
c..
Mohd Syahril
mmg 'berjoget&#39; la dbuatnye...

Fri Sep 13, 2013 8:10 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kanak-kanak 1 TAHUN JATUH Dalam LUBANG NAJIS
telokbakong.blogspot.
pulakdah.blogspot.
Posted by author faethal

Kanak-kanak malang dari Yanji, di wilayah Jilin, China, terjatuh ke dalam lubang najis selepas hilang keseimbangan.

CHINA - Seorang kanak-kanak berusia 1 tahun 8 bulan terjatuh jatuh ke dalam lubang kumbahan najis selepas cuba untuk belajar menggunakan tandas awam. Anggota bomba kemudiannya telah dihubungi bagi menyelamatkan kanak-kanak malang itu selepas terjatuh di dalam lubang najis dalam kejadian yang berlaku di Yanji, timur laut China.

Tandas di China biasanya menggunakan sistem lubang najis di dalam tanah. Kanak-kanak yang masih kecil ini sedang berlatih untuk menggunakan tandas, bagaimanapun telah hilang imbangan dan menjerit memanggil ibunya ketika terjatuh ke dalam kolam kumbahan.

Kanak-kanak lelaki ini meraung dan menjerit dalam usaha untuk tidak tenggelam di dalam lubang najis tersebut. Dalam usaha terdesak untuk membantu anaknya, ibunya menghulurkan satu jeriji besi supaya ia dapat berpaut dan mengekalkan keadaanya tida tenggelam.

Salah seorang anggota bomba terpaksa berusaha masuk ke dalam jurang najis yang sempit sambil memakai topeng pernafasan untuk mencapai kepada kanak-kanak malang ini. Sebaik saja berjaya turun, beliau berjaya membawa kanak-kanak ini naik dan disambut oleh anggota bomba lain untuk dibawa ke tempat yang lebih selamat.

Ketakutan: Kanak-kanak ini meraung sambil berusaha mengekalkan badannya daripada tenggelam ke dalam lubang kumbahan sambil menunggu bantuan kecemasan.

Pasukan bomba dipanggil untuk menyelamatkan kanak-kanak itu. Mereka terpaksa melepaskan diri masuk melalui jurang yang kecil.

Kanak-kanak itu kemudiannnya dibawa ke tepi jalan dan telah dibersihkan sebelum dibawa ke hospital. Selain daripada mengalami trauma, hospital mengesahkan kanak-kanak ini sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan daripada kejadian itu.

Di China, kanak-kanak sering dipakaikan seluar crotchless (ada bukaan di bahagian sulit) sebelum mereka dewasa bagi memudahkan mereka menggunakan tandas. Bagaimanapun oleh kerana sifat tandas orang dewasa yang agak besar, ia adalah sukar bagi kanak-kanak untuk mengekalkan keseimbangan mereka.

Kanak-kanak ini berada dalam keadaan terkejut setelah terendam lama di dalam takungan najis.

Bersihkan: Ibunya yang histeria cuba sedaya upaya untuk membersihkan anaknya dan mengeluarkan sisa najis dari hidungnya.

Mereka cuba untuk membersihkan dan mengeluarkan seberapa banyak najis daripada dalam mata dan mulutnya sebelum dibawa ke hospital
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: