Saturday, October 12, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3738

4 New Messages

Digest #3738

Messages

Fri Oct 11, 2013 9:16 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pesawat MASWings Terhempas Di Kudat: Dua Maut
greenboc.blogspot
Posted by greenboc

Kota Kinabali: Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan dua mati dalam nahas pesawat Twin Otter MASWings terhempas di Kudat pada Khamis.

Mereka ialah pembantu juruterbang Marc Joel Bansh, 23, dan penumpang Tan Ah Chai, 96.

Bansh meninggal dunia kira-kira 9 malam ini manakala Tan menghembuskan nafas terakhir kira-kira empat jam lebih awal akibat kecederaan parah.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MAS yang juga Pengerusi MASwings Ahmad Jauhari Yahya berkata setakat ini disahkan dua mati dan dua lagi cedera.

Beliau berkata terdapat seorang warga Filipina manakala lainnya warga Malaysia dalam pesawat itu yang membawa 14 penumpang dan dua krew.

"Kami amat sedih dengan kejadian pesawat MH3002 yang terhempas, yang berlepas dari Kota Kinabalu ke Kudat pada 2.50 petang.

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan kepada yang terbunuh dan mereka yang terlibat dalam nahas ini dan kami sedang melakukan yang terbaik untuk membantu mereka dalam keadaan yang amat sukar ini," katanya dalam sidang akhbar di sini malam Khamis.

Ahmad Jauhari berkata MASwings telah membuka pusat panggilan 24 jam dan anggota keluarga penumpang yang terbabit dalam nahas itu boleh menghubungi 03-78841234 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat.

Sejurus selepas sidang akhbar itu, Ahmad Jauhari berlepas ke Kudat untuk meninjau tempat kejadian dan melawat mangsa.

Terdahulu, pesawat MASWings, MH3002 berlepas dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada pukul 2.05 petang dalam perjalanan ke sebuah daerah utara Sabah yang memakan masa 40 minit.

Pesawat berkenan terhempas ekoran cuaca buruk ketika ia cuba melakukan pendaratan pada aras 900 meter.

Laporan awal mendapati angin kencang menolak pesawat daripada mendarat di landasan.

Terdapat 16 orang dalam pesawat tersebut termasuk juruterbang.

Ini merupakan nahas pertama membabitkan MASwings di Kudat.

Keluarga penumpang pesawat itu diminta menghubungi 03-78841234 untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.

MASWings menawarkan perkhidmatan udara di kedua-dua bandar berkenaan.

Fri Oct 11, 2013 9:17 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Punca Kes Tembak Menembak Di Lebuhraya Duke 9 Oktober 2013
telokbakong.blogspot
kerabubersuara.blogspot.

Laporan Sebenar Tembak Menembak Di Lebuhraya Duke 9 Oktober 2013

Sekumpulan penjenayah dipercayai telah memerhatikan seorang wanita yang memasuki sebuah bank untuk mengeluarkan duit sejumlah RM2000. Apabila mangsa keluar dengan wang dan menaiki keretanya, perompak-perompak itu yang menaiki tiga buah kereta, mengepung kereta wanita itu. Seorang lagi lelaki yang bermotosikal menghampiri kereta wanita itu, memecahkan cermin kereta dan merampas wang tersebut. Pihak polis yang kebetulan berada di kawasan tersebut telah mengejar perompak-perompak itu. Mereka meninggalkan salah satu kereta di tempat kejadian dan melarikan diri menggunakan dua kereta lain dan sebuah motosikal. Polis berjaya mengejar salah sebuah kereta, iaitu Proton Wira berwarna hitam. Semasa berada di Lebuhraya Duke menghala ke Sentul, perompak-perompak itu melepaskan tembakan terhadap pihak polis dan polis bertindak melepaskan tembakan balasan. Tiga maut akibat insiden tersebut.

Fri Oct 11, 2013 9:18 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Sadis, Maut Dikisar mesin pembancuh simen

telokbakong.blogspot.
btmmari.blogspot.
Written By canang

Sadis, Maut Dikisar mesin pembancuh simen ketika membersihkan sisa simen di dalam tangki lori berkenaan di tapak pembinaan rumah di Kampung Cahaya Baru Batu 3 di sini, semalam.Mangsa, Bakis Jaujan, 37, pekerja tapak pembinaan itu dikatakan telah masuk ke dalam tangki pembancuh terbabit untuk mencucinya.

Bagaimanapun, rakannya yang tidak menyedari mangsa berada di dalam tangki pembancuh itu menghidupkan enjin lori menyebabkan mesin pembancuh berkenaan berputar.

Dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian setelah dirinya terkena bilah besi pada mesin pembancuh itu.Kejadian tersebut disedari selepas seorang pekerja di tapak pembinaan itu menjerit mengatakan ada pekerja di dalam mesin pembancuh simen berkenaan.-Sumber

Fri Oct 11, 2013 9:19 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Terkini! Kejadian Kes Tembakan Di Binjai Kota Bharu
telokbakong.blogspot.
kerabubersuara.blogspot.

AS SALAM YDH DATO',

UNTUK MAKLUMAN AWAL YDH DATO',

KES MELEPASKAN TEMBAKAN DI TEPI BALAI POLIS BINJAI.
KEJADIAN BERLAKU L/KURANG 1840 HRS.MANGSA 1 (P) (M) NAMA : NURUL ATIKAH BT SIDIK.
KPT : 91129035616.
ALAMAT : KG. KARANG BINJAI.

MANGSA MENAIKI M/KAR JENIS PERSONA NO PENDAFTARAN : WWB 5519 DARI RUMAH KG KARANG UNTUK KE K/KERIAN.

APABILA SAMPAI DI TRAFIK LIGHT BINJAI DALAM KEADAAN BERHENTI KERANA LAMPU MERAH,MANGSA TELAH DI TEMABAK 2 DAS TEMBAKAN DIBAHAGIAN LENGAN KANAN DAN TAPAK TANGAN KANAN.

MANGSA TELAH DIBAWA KE WAD KECEMASAN DI ZON KUNING HUSM UNTUK RAWATAN LANJUT.

SASPEK DIPERCAYAI 2 (L) (M) MENAIKI M/SIKAL JENIS YAMAHA 135 LC WARNA MERAH DAN BERTOPI KELEDAR WARNA HITAM NO PENDAFTARAN TIDAK PASTI.

TINDAKAN : TELAH MAKLUM KEPADA KJSJ DAN T/KJSJ.
MAKLUM KEPADA FORENSIK.
DCC KOTA BHARU TELAH HEBAHKAN KEPADA SEMUA DCC,MPV,PEMEGANG W/TALKIE KELANTAN.
ARAHAN T/KPD KOTA BHARU MENGADAKAN OPS TUTUP DILOKASI DI SETIAP BALAI DAERAH KOTA BHARU.

T.KASIH DATO'.

ASP HJI. ABDULLAH BIN OTHAMAN
PEG. BERTUGAS CCC KN.
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: