Wednesday, October 23, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3748

5 New Messages

Digest #3748
1
2a
Fw: NAMPAK MACAM BODOH TAPI SELAMAT by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3
Fw: jumlah saman AES dan potongan kompaun by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
Fw: PAJERO TERHUMBAN KE DALAM SUNGAI by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Tue Oct 22, 2013 8:42 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Penjelasan Isu Parking Di KL RM40 Sejam.
telokbakong.blogspot.
amenoworld.blogspot

Masih ingat isu neh? Isu yang kecoh dulu pasal idea menaikkan kadar parking di KL kepada rm40 sejam untuk mengatasi kesesakan lalulintas di KL?

Rujuk sini beb ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/10/naikkan-kadar-parking-di-kl-rm40-sejam.html

Oke, sekarang neh dia bagitau bahawa kenyataan asal dia telah disalah petik. Tak pernah pun dia nak bagi idea macam tue secara membuta tuli. Yang sebenarnya cadangan dia tue susulan selepas jaringan sistem pengangkutan di Malaysia terbukti cekap dan tiptop. Lepas tue kalau masih lagi berlaku kesesakan lalu lintas juga hah naikkan aje kadar parking. Biar masing2 rajin naik pengangkutan awam [yang terbukti cekap dan effisen].

Rujuk kenyataan dia kat bawah neh ;

Agak lambat beb penjelasan ini dibuat. Pun begitu tak pula aku nafikan sebarang usaha untuk membetulkan keadaan. Memang aku pelik sangat macam mana ah makcik neh tergamak bagi idea bangang. Rupanya statement dia disalahertikan. Sepatutnya pihak media yang siarkan kenyataan tersebut betulkan la balik. Kira ramai gak yang salah anggap dengan aku2 sekali.

Fikirlah peranan anda sebagai wartawan. Tak dinafikan sebagai manusia kita sering terkhilaf. Aku pun sama. Tapi laporan tue jangan la sampai macam neh. Ini la yang selalu dialami oleh pemimpin2 pembangkang. Sekali tak kena kat kita, kita tak rasa. Bila dah kena kat kita, baru kita sama2 faham.

Fikir2kan la ek.

Anyway, makcik maaf le pasal aku pun sentap juga lepas baca berita tersebut. Bahasa agak kasar le juga. Maaf ye.

Terima Kasih.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/10/penjelasan-isu-parking-di-kl-rm40-sejam.html#ixzz2hq4doGXi

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
Sent: Tuesday, October 01, 2013 11:59 PM
Subject: Fw: Naikkan Kadar Parking DI KL RM40 Sejam

Naikkan Kadar Parking DI KL RM40 Sejam Untuk Kurangkan Kesesakan - Satu Lagi Idea Bangang Kerajaan.
telokbakong.blogspot.
amenoworld.blogspot

Rakyat tak bodoh. Kamu yang bodoh. Rakyat tak bodoh. Kamu yang bodoh. Rakyat tak bodoh. Kamu yang bodoh.

Yang undi bn memang bodoh.
Yang undi bn memang suka menyusahkan orang lain.
Yang undi bn memang sakit otak.

Idea yang pelik2 + bangang2 dilontar dari hari ke hari untuk memaksa rakyat sakit ahti. Takde langsung perasaan nak jaga ahti rakyat ke nak pujuk ke nak gunakan budi bicara ke nak berlembut ke apa ke, memang takde.

Dah dipaksanya kita sakit ahti, lepas tue marah sebab kita emosi ataupun mengeluarkan kata2 kasar.

Patut ke?

Lihat ;

Harga meletakkan kereta bandaraya Kuala Lumpur patut dinaikkan sehingga RM40 sejam dengan tujuan mengurangkan kesesakan lalulintas di dalam bandar, demikian cadangan seorang Ahli Jawatankuasa Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Khairiah Mohd Talha.
Menurut laporan laman web btimes.com.my hari ini, beliau berkata harga parkir sepatutnya dinaikkan untuk menggalakkan orang ramai meninggalkan kenderaan mereka di rumah dan menggunakan sistem pengangkutan awam untuk pergi ke tempat kerja.
Petikan dari btimes versi english.

Yang neh ditranslate oleh MNH. Rujuk ==> http://mynewshub.my/2013/09/30/cadangan-kadar-parkir-kereta-di-kl-rm40-sejam/

Dan macam biasa, setiap idea2 mereka, mesti mereka akan bandingkan punya dengan negara lain. Wajib sangat2. Kalau tak banding bab neh memang tak sah. Tapi bab kebajikan, bab rasuah, bab mereka mereka melayan rakyat apa seme, taknak banding. Bab yang membuatkan rakyat kena keluarkan duit jek kita bandingkan. Bab yang memberikan kebaikan kepada rakyat jangan sesekali ikut negara lain oke, jangan.

Kegampangan yang nyata.

Menurutnya, sistem itu terbukti berjaya di beberapa negara lain yang melaksanakannya.
Beliau mengambil contoh Australia dan Singapura yang mengenakan caj masing-masing RM120 DAN RM100 sejam dan Amerika Syarikat dengan caj RM130 sejam berjaya mengurangkan kesesakan trafik.

Wahai Khairiah Mohd Talha ;

Adakah ko mahu tahu kenapa di negara2 tersebut mengenakan caj parking yang mahal? Itupun kalau betul la kata2 ko tue. Pertama, ko convert duit kita kepada duit dorang. So memang la nampak mahal. Cuba ko jangan convert2 boleh tak? Boleh tak ko jangan sesekali beranggapan bahawa ko sedang memberikan idea2 tersebut kepada sekumpulan monyet2, boleh tak? Hello, tengok wajah kami neh gunakan mata ko oke, kami neh ialah MANUSIA. Bukan nya sekumpulan beruk2 yang memang tak pernah pergi sekolah dan tak faham sepatah haram pun pasal perjalanan menguruskan negara neh, oke.

Yang keduanya, cuba ko banding sekali bab pembangunan infrastructure kat negara neh. Ko sedar tak bukan semua tempat di sekitar lembah klang boleh diakses dengan bas. Itu satu. Lepas tue ko ingat seme yang parking kat KL tue orang2 yang memang duduk, tinggal, bekerja kat KL ke? Ada yang datang KL untuk buat urusan dan sebagainya, ada yang luar KL. Ko tak fikir ke bab2 macam tue pula?

Kita katakanla ada sekeluarga tue datang ke KL untuk uruskan hal anak. Orang tue pula miskin, ada la kereta sebijik untuk memudahkan pergerakkan. Dah la bajet2 nak lepas duit minyak dan makan. Alih2kan ko cadangkan agar parking di KL dikenakan charge rm40 sejam?

KESOHAIAN APAAN INI SIH?

Logik ke meh? Mana ada logik. Kalau dah parking RM40 sejam lagi la orang akan parking bersepah2. Lagi la jalan jem, ngokngek. Lagi la tak menyelesaikan masalah berbangkit. Lagi la menyusahkan. Sedangkan yang parking rm10 pun orang merunggut2. Kos sara hidup tinggi. Ini ko nak letak rm40 sejam? Nampak sangat ko neh tak pernah berkawan dengan orang2 biasa kan? Mesti standard golongan atasan je tue sebab ko pandang rm40 tue macam ko pandang 40sen.

Tolongla.

Nak selesaikan masalah kesesakkan lalulintas neh ko upgrade jek jaringan sistem pengangkutan. Makan masa. Ya, makan masa sebab apa yang BN buat memang tak tersusun sejak mula. Jadi kena betulkan secara berperingkat.

Lepas tue perlahan demi perlahan orang akan beralih ke pengangkutan awam. Pastikan kadar tambang dan ketepatan memenuhi jadual masa perjalanan juga diambilkira. Lepas tue jaringan pengangkutan awam mestila meluas dan meliputi semua tempat. Jangan ada yang tertinggal dan terlepas. Ko ingat memandu sendiri neh best? Memandu manual tak penat?

Jika kita boleh menggunakan kenderaan awam, duduk santai, selamat, selasa, mudah diakses, jadual perjalanan teratur dan murah, apa kita takmo gunakan pengangkutan awam? Mesti kita nak guna punya. Tapi masalahnya kita tak dapat nak guna disebabkan masalah2 di atas. So tolong la faham sama. Nak berjalan setakat 100 meter, 200 meter aku fikir ia tak la menjadi isu. Tapi agak2 la kalau dah sampai nak menapak 1,2 km untuk pergi ke LRT ke station BAS ke, itu tak melampau ke namanya? Itupun kalau jalan2 takde lampu, gelap dan sunyi, tak melampau ke? Jadi fikir2 sama apa masalah kami, amek tahu, cari punca sebelum bagi idea bodoh sebarangan lagi. Tolong la wehhh.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/10/naikkan-kadar-parking-di-kl-rm40-sejam.html#ixzz2gSxJZUzv

Cadangan Kadar Parkir Kereta di KL RM40 Sejam
Dilulus untuk paparan oleh memo

telokbakong.blogspot.
tranungkite.net

Harga meletakkan kereta bandaraya Kuala Lumpur patut dinaikkan sehingga RM40 sejam dengan tujuan mengurangkan kesesakan lalulintas di dalam bandar, demikian cadangan seorang Ahli Jawatankuasa Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Khairiah Mohd Talha.

Menurut laporan laman web btimes.com.my hari ini, beliau berkata harga parkir sepatutnya dinaikkan untuk menggalakkan orang ramai meninggalkan kenderaan mereka di rumah dan menggunakan sistem pengangkutan awam untuk pergi ke tempat kerja.

Menurutnya, sistem itu terbukti berjaya di beberapa negara lain yang melaksanakannya.

Beliau mengambil contoh Australia dan Singapura yang mengenakan caj masing-masing RM120 DAN RM100 sejam dan Amerika Syarikat dengan caj RM130 sejam berjaya mengurangkan kesesakan trafik.

Menurut beliau kadar harga letak kereta yang tinggi juga akan mengurangkan kadar pengeluaran karbon di dalam bandar untuk mewujudkan suasana udara yang lebih bersih.

Beliau membuat cadangan itu pada satu Persidangan Lebuh Raya di Johor baru-baru ini.

Khairiah berkata selain itu satu pelan strategik berkaitan pengangkutan perlu diperkenalkan terlebih dahulu sebelum mengenakan caj berkenaan.

"Pelan strategik itu perlu memberi fokus kepada kepentingan orang ramai dan bukan entiti perniagaan," katanya.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini sedang mengkaji keperluan kawasan letak kereta di Kuala Lumpur khasnya kawasan yang mempunyai akses kepada sistem pengangkutan awam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata kajian turut melibatkan keperluan mengurangkan kawasan letak kereta jika bilangan sistem pengangkutan awam meningkat.

Ketika ini, populasi warga Kuala Lumpur ialah 6 juta orang dan ia bakal bertambah kepada 10 juta orang menjelang tahun 2020.-mynewshub.my

Tue Oct 22, 2013 8:42 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



NAMPAK MACAM BODOH TAPI SELAMAT
telokbakong.blogspot.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Sementara tunggu gaji masuk....

Tue Oct 22, 2013 9:54 pm (PDT) . Posted by:

"MHZ" mohamad_hadi

tak selamat..

On 22/10/2013 11:45 PM, -:eSpAcE9808:- wrote:
> 
>
>
> _NAMPAK MACAM BODOH TAPI SELAMAT_
>
> telokbakong.blogspot.
> naimnikmat.blogspot
> Dicatat oleh Na'im Nikmat
> <http://www.blogger.com/profile/03432287966399183682>
>
> Sementara tunggu gaji masuk....
>
>

Tue Oct 22, 2013 8:42 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jawapan Parlimen berkenaan dengan jumlah saman AES yang dikeluarkan dan potongan kompaun saman AES
telokbakong.blogspot

http://teresakok.com

by Seputeh Office

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN

DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : BAGI JAWAB LISAN

DARIPADA : PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH]

TARIKH : 22 OKTOBER 2013 (SELASA)

SOALAN : 22

PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta MENTERI PENGANKUTAN menyatakan jumlah saman dan jumlah wang yang dikutip daripada saman AES yang dikeluarkan. Memandangkan Kerajaan telah memutuskan saman AES akan dikurangkan kepada RM150, adakah Kerajaan akan memulangkan separuh denda yang telah dibayar oleh mereka yang membayar RM300 saman AES secara penuh.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Sehingga 8 Oktober 2013, sebanyak 882,298 saman AES telah dikeluarkan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 91,457 saman telah dibayar dengan jumlah kutipan sebanyak RM27,437,100.

Tuan Yang di-Pertua,

Kadar kompaun AES telah diselaras dengan kadar kompaun PDRM berkuatkuasa mulai 18 September 2013. Bagi maksud ini, secara amnya kadar kompaun permulaan adalah sebanyak RM150 bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan tersebut, dan akan meningkat mengikut tempoh ianya dijelaskan. Kadar ini menggunapakai prinsip "the more you delay, the more you pay".

Penguatkuasaan kadar kompaun AES sebanyak RM150 ini adalah melibatkan kesalahan-kesalahan AES yang dilakukan mulai 18 September 2013.

Berhubung dengan pemulangan semua bayaran saman yang telah dikutip, perkara ini masih lagi dalam pertimbangan Kerajaan.

AES ooo AES

selatanonline.net

Dipetik dr Facebook Mohammad Taslim

DULU ATES SDN BERHAD dan BETA TEGAP SDN BHD punya…..SEKARANG KERAJAAN (AES Solutions) punya…..

Butiran perjanjian RAHSIA kerana tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Mulai 18 September kadar permulaan kompaun RM150 (sahaja) dan akan meningkat mengikut prinsip "the more U delay the more U pay"Satu lagi prinsip mengikut "Rakyat didahulukan, janji ditepati ?"

Admin adalah Adun Maharani

Posted by ibn_bacoks

Tue Oct 22, 2013 8:44 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

PAJERO TERHUMBAN KE DALAM SUNGAI DI JITRA, JURUTEKNIK MADA DIKHUATIRI LEMAS
Bernama Media
JITRA, 21 Okt (Bernama) -- Seorang juruteknik awam Lembaga Kemajuan

Pertanian Muda (Mada) dikhuatiri lemas apabila pacuan empat roda yang dinaikinya

terhumban ke dalam sungai ketika mengelak seorang kanak-kanak yang melintas

jalan di Kampung Telaga Batu, Sungai Korok, di sini hari ini.

Wan Mohd Azri Wan Mansor, 25, dikatakan dalam perjalanan dari Jitra ke

Kubang Sepat untuk melawat tapak Mada di sana pada pukul 9.45 pagi dengan

menaiki sebuah Pajero yang dipandu seorang kontraktor, Adnan Ahmad, 44.

Bagaimanapun, ketika melalui jalan itu, seorang kanak-kanak lima tahun cuba

melintas jalan, menyebabkan kenderaan itu mengelak lalu terhumban ke dalam

sungai.

Rakan mangsa, Mohd Hasril Firdaus Hashim, 30, berkata beliau dimaklumkan

bahawa rakannya dan pemandu kenderaan itu berjaya keluar daripada kereta dan

cuba berpaut pada Pajero itu tetapi air sungai deras menyebabkan mereka dibawa

arus.

Pada awalnya, pemandu kenderaan itu cuba menyelamatkan Wan Mohd Azri tetapi

air deras yang disebabkan hujan menggagalkan usaha itu.

"Dia tak tahu berenang jadi orang ramai yang menyedari kejadian itu cuba

membantu dengan menghulurkan buluh, tetapi dia gagal untuk berpaut," katanya.

Ketua Operasi Balai Bomba Jitra, Mohammad Darus berkata pihaknya menerima

panggilan pada pukul 9.59 pagi dan sebuah bot dengan tujuh anggota dihantar

untuk operasi mencari dan menyelamat.

"Unit skuba juga telah dipanggil untuk membantu mencari mangsa kerana kami

bimbang mangsa ditindih oleh kenderaan yang dinaikinya. Kami juga telah minta

kerjasama pihak Mada untuk menutup saliran air dari pintu B dan C sepanjang

tiga kilometer bagi mengesan mangsa.

"Kira-kira pukul empat petang tadi, kenderaan Pajero yang terhumban ke dalam

sungai telah dijumpai kira-kira 100 meter daripada tempat kejadian tetapi mangsa

belum dijumpai. Operasi mencari ditamatkan pada pukul 6 petang ini dan akan

disambung semula esok," katanya.

Pemandu dan kanak-kanak yang terlibat dalam kejadian itu dihantar ke

Hospital Jitra untuk rawatan.

-- BERNAMA

IAN KAY SN

Comments
a.. OP Gan •
a.. Siapalah mak ayah budak tu ya? Skrg ada org lain dah mati kerana budak tu. Siapa lak nak jaga anak org mati tadi tu? Siapa salah? Pemandu Pajero, pasal memandu sambil berborak & laju? Atau budak yg melintas?
b..
ash •
- Operasi mencari ditamatkan pada pukul 6 petang ini dan akan
disambung semula esok -

kenapa x terus kn mencari???? dlm tempoh seminit mcm2 boleh berlaku inikan pula satu mlm, ini melibatkan nyawa, mmg betul bkn mudah tp selain sbg tanggungjawab tidak kah ada ihsan & belas di hati???
c..
Nenek Sungkung •
Pertama, kenapa nak biarkan budak berkeliaran di jalanraya.
Kedua, harus awas dan perlahankan kenderaan di kawasan kampong berdekatan.
d..
Teoh •
Jangan salahkan budak melintas...salahkan diri sendiri kerana memandu dengan LAJU....!!
e..
richard •
harap harap pemandu tak mengguna telepon bimbit semasa memandu.
f..
Jak •
sepatutnya budak itu yg mati......utk diberi iktibar pada ibubapanya.....kerna membebaskan anak spt anak ayam......
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: