Sunday, October 13, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3739

3 New Messages

Digest #3739
1
Fw: Penipu sudah ada teknologi no. hp by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2
Fw: PELAJAR MAUT DIGILIS LORI by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3
Fw: PP akan membina terowong dasar laut by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sat Oct 12, 2013 8:06 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

[AWAS] Penipu sudah ada teknologi no. hp yang tertera ikut apa yang mereka suka..
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
MiLo SuaM

Minta perhatian semua. Kisah ini berlaku pada salah seorang yang aku kenali..

"Just nak share ngan korang, aku bru buat repot polis..

Lebih kurang pukul 4ptg, ada sorang lelaki yg mengaku pegawai Ambank call aku, no phone yg appear adalah 1800808888. Dia kata nak sahkan penggunaan kad kredit aku RM3000 kat Poh Kong, KLCC. Aku ckp aku xde kredit kad, akaun atau apa2 urusniaga dgn Ambank. So dia kata mungkin ade org guna nama aku untuk apply kredit kad.

Aku suruh dia beritahu aku apa maklumat aku dlm sistem Ambank, tp dia kata dia hanya bahagian pengesahan, x boleh check maklumat. Aku dah curiga. Dia suruh aku complain kat Bank Negara 0327885082. Aku buka website Ambank, mmg talian hotline diaorg 1800808888. Aku call no Bank Negara yg dia bagi tu dan lelaki India, Vijaya yg angkat. Lepas aku cerita, dia kata pegawai penyiasat Bank Negara akan call aku untuk dpt maklumat lanjut.

Tak sampai 15 minit, lelaki cina pulak, Lim call aku dr no 0327885093. Dia kata Bank Negara akan bantu aku untuk membekukan sementara semua kredit kad aku bagi memudahkan siasatan. Dia suruh aku transfer duit dari mana-mana akaun simpanan yg lain ke dalam satu sahaja sebab dia akan bekukan juga akaun-akaun yg lain tu.

Dia tanya aku berapa banyak duit aku dlm akaun2 tu, tapi aku cakap dia kan Bank Negara, tak kan tak boleh check. Suara dia dah lain. Dia suruh aku pergi bank dan call dia bila sampai kat bank sebab dia akan ajar aku cara nak kemaskini akaun. Aku cakap ok. Aku call Ambank guna 1800808888 dan Ambank sahkan tiada apa2 rekod aku dgn Ambank dan mengatakan yg Ambank sendiri telah menerima banyak aduan.

Dlm 10 minit dia call lagi, tanya aku dah pergi bank atau belum. Aku cakap on the way. Tapi, sebenarnya aku kat Balai Polis. Masa tgh buat repot, dia call lagi tp dah mula marah2 sebab kononnya kena kerja overtime nak handle kes aku (baiknya 'pegawai Bank Negara' tu). Aku terus cakap dengan dia yg aku tengah buat polis repot, serta merta dia letak telefon. Pegawai Penyiasat IPD Gombak beritahu aku, hari ini sahaja mereka telah menerima 5 laporan yg sama.

Mohon share dengan orang lain supaya lebih berhati-hati dan buat pengesahan dengan bank berkenaan sebelum buat apa-apa. Mereka skrg ada teknologi supaya nombor telefon yg tertera di handphone kita adalah sama dengan nombor bank. Mereka hanya perlu nama dan no telefon kita sahaja."

Sat Oct 12, 2013 8:56 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

PELAJAR MAUT DIGILIS LORI
telokbakong.blogspot.
jasindaily.blogspot.
Dicatat oleh jasindaily online

JASIN - Seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) maut digilis sebuah lori di Kilometer 175.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, petang kelmarin. Mangsa S.Lavanraj, 19, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor dipercayai dalam perjalanan pulang ke Shah Alam, Selangor sebelum motosikal Honda EX5 yang ditungganginya terlanggar bahagian belakang kenderaan utiliti sukan (SUV), Hyundai Santa Fe dipandu Ho Hong Wei, 28. Pelanggaran itu menyebabkan mangsa tidak dapat mengawal motosikalnya lalu terjatuh ke lorong kanan sebelum digilis sebuah lori dari arah belakang.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala maut di tempat kejadian. Menurut kakak Hong Wei, Ho Ee Ping, 40, ketika kejadian dia bersama adik dan anaknya dalam perjalanan pulang dari Singapura ke Taiping, Perak. Menurutnya, ketika itu adiknya memandu perlahan di lorong kiri kerana mendapati kenderaan dinaiki mengalami masalah teknikal dan mereka bercadang ke susur jalan keluar Jasin untuk berhenti makan serta berehat. Namun, belum sempat berbuat demikian, mereka dikejutkan dengan dentuman kuat dari arah belakang kenderaan.

"Saya segera menoleh ke belakang dan melihat penunggang motosikal itu terjatuh sebelum tergolek ke lorong kanan dan digilis lori sebuah lori "Adik saya kemudian memberhentikan SUV itu tidak jauh dari lokasi dan terus menghubungi talian kecemasan memaklumkan kejadian tersebut," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superitendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim yang dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan. Menurutnya, kemalangan dipercayai berpunca apabila mangsa yang menunggang Honda EX5 dari arah selatan ke utara terlanggar bahagian belakang sebelah kanan SUV dipandu Ho.

"Pelanggaran itu mengakibatkan mangsa terjatuh sebelum dilanggar sebuah lori namun pemandu lori terbabit tidak berhenti di tempat kejadian. "Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian," katanya.

Sat Oct 12, 2013 9:01 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

WALAUPUN RAKYAT TAK SETUJU TAPI EXCO KAMI SETUJU...TEROWONG AKAN DIBUAT JUGA
revolusifikiran.blogspot.
usezworkshop.blogspot.

Walaupun mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak termasuk rakyat di negeri ini, kerajaan negeri tetap dengan pendiriannya untuk membina terowong dasar laut bagi menghubungkan bahagian pulau dengan tanah besar.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri akan meneruskan projek itu setelah cadangan pembinaan terowong dasar laut itu dipersetujui pada mesyuarat Exco yang diadakan pagi semalam.

"Pada mesyuarat Exco yang diadakan tadi (semalam), kita sebulat suara bersetuju dengan cadangan pembinaan terowong dasar laut serta tiga projek lebuh raya untuk dilaksanakan sepertimana yang termaktub dalam manifesto pilihan raya lalu.

"Sehubungan itu, satu majlis menandatangani perjanjian untuk kesemua projek itu akan diadakan pada Ahad ini (esok)," katanya kepada media, semalam.

Sebelum ini, cadangan pembinaan terowong dasar laut sepanjang tujuh kilometer (km) dari Persiaran Gurney yang menghubungkan Bagan Ajam, Butterworth mendapat tentangan dari pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta rakyat di negeri ini.

Selain projek terowong dasar laut itu, terdapat tiga projek pintasan jalan lain turut dicadangkan iaitu 12 km jalan yang menghubungkan Tanjung Bungah dan Teluk Bahang, jalan pintasan sejauh 4.2 km dari Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan jalan pintasan sejauh lima km dari Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu ke Bandar Baru Air Itam.

Guan Eng berkata, pihaknya mendapat maklum balas yang baik daripada masyarakat Pulau Pinang berhubung projek itu dalam usaha kerajaan negeri untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memacu pembangunan ekonomi di Seberang Perai Utara.

Menurutnya, empat projek berkenaan akan dibiayai dengan pertukaran tanah dari tanah yang akan ditambak oleh Tanjung Pinang Development Sdn Bhd (TP).

Guan Eng berkata, projek bernilai RM6.3 bilion itu diberikan kepada China Railway Construction Corporation Ltd dan Beijing Urban Construction Group yang memenangi tender yang mana kedua-duanya adalah syarikat pembinaan gergasi di China yang menjalankan projek besar keretapi, terowong dan juga Stadium Olimpik 'Bird Nest' di Beijing.
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: