Tuesday, November 12, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3762

5 New Messages

Digest #3762

Messages

Mon Nov 11, 2013 8:11 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Allahu Akhbar . Iklan Bacalah Al Quran Di setesen Keretapi Bawah Tanah , London
telokbakong.blogspot
kachipemas.blogspot.
Posted by Abu Luqman

wow, tahukah dimana iklan ini berada? bukan dinegara fully Islam tapi negara london. al-Quranul Kariim di iklankan di stesen keretapi bawah tanah , London.

mohon kerjasama geng semua, Depa kasi malu sikit sama Kerajaan Najib Razak yang totally dalam malaysia iklan merata riti letak gambar perempuan seksi sampai nak naik tren pun terpaksa hadap perempuan seksi aishhh.. untung masih aman
comments:

XUMNO said...
Di stesen keretapi dan komuter di Malaysia iklan yang banyak ialah gambar dacing berkarat dan memuji2 pemimpin2 yang rajin berbelanja boros wang rakyat.

Nazhade said...
Malaysia diambang kemusnahan.. bersedia

Mon Nov 11, 2013 8:12 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Rakyat Malaysia Seru Kerajaan Jangan Sembang Kencang Bab Rokok Haram Atau Halal.
malaysiaberih.blogspot
amenoworld.blogspot.

Mari sini sekejap pemimpin2 negara.

Terutamanya orang2 dari kementerian kesihatan. Minta tolong korang baca apa benda yang aku cuba nak sampaikan dulu. Aku sesungguhnya memang tak berpuas ahti la dengan pemikiran korang berhubung rokok halal dan haram neh. Siyes.

Cuba korang tengok dulu sikap korang macam mana. Boleh lihat contoh kes kat bawah neh hah ;

Rujukan : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=214931218679980&set=a.169365469903222.1073741827.169361723236930&type=1&relevant_count=1

Apa rokok sah?

Apa pula rokok tak sah?

Rokok sah = yang masuk ikut laluan cukai.

Rokok tak sah = yang masuk tanpa cukai.

Tengok berita yang dilaporkan oleh tv3 pula ;

Biar aku jawab ulasan tv3 kat atas neh terlebih dahulu. Cubaan memperbodohkan rakyat jelata yang rata2 TV3 ingat RAKYAT MALAYSIA takde OTAK.

1. Rokok tidak sah ancaman kepada orang2 yang baru nak merokok ataupun yang takde bajet nak merokok.

2. Kalau beli yang murah mungkin terdedah kepada pelbagai2 penyakit yang sedia ada.

3. Kalau ada kencing tikus, dan mati dia nak rujuk pada sapa.

4. Harga yang murah menyebabkan remaja mudah membelinya.

5. Keuntungan2 dari penjualan rokok tidak sah disalurkan kepada sindiket jenayah.

Jawapan.

1. Ini masalah penyeludupan. Bila kerajaan gagal membanteras penyeludupan maka rokok2 tidak sah boleh bebas masuk terjual di negara ini. Memang la ancaman bila penguatkuasaan tak reti buat tugas dia. Tak betul ke anggapan aku neh?

2. Kalau rokok sah = tidak sah = sama2 membuahkan penyakit, pasal apa rokok sah masih dibiarkan dijual secara berleluasa? Bukan kerajaan dok sembang kencang bab kesihatan rakyat ke?

3. Kalau si penghisap rokok sah mati juga, dia boleh rujuk pada sapa? Ada sesiapa nak bayar pampasan, ganti rugi dan sebagainya? Ini hujah yang memperbodohkan rakyat jelata. Tak kira la rokok apa pun yang depa hisap, kesan dan akibatnya sama saja. Samada rokok sah ataupun tidak sah, bila sesiapa mati angkara rokok jawapannya mati saja la. Terus rujuk pada Allah. Bukan ada special treatment by government pun kalau si penghisap rokok tue mati angkara hisap rokok bercukai.

4. Ya betul, semakin murah semakin mudah la remaja membelinya. So pergi la jalankan penguatkuasa undang2.

5. Keuntungan rokok sah pula disalurkan kepada kerajaan yang rasuah dan penuh dengan pelbagai penyelewengan. Ini bukan fitnah. Rujuk laporan audit tahun demi tahun. Ini fakta tahu tak.

Apa beza disitu? Satu kumpulan penjenayah yang tak berlesen, satu lagi kumpulan yang juga melakukan jenayah kepada rakyat tetapi berlesen. Sama aje pun.

Kesimpulannya?

Jawapan untuk KKM pula.

1. Sebagai orang yang bertanggungjawab bercerita pongpang2 pasal kesihatan. Apa jadah KKM hanya tumpukan perhatian pada rokok tidak sah?

2. Sepatutnya KKM mencegah dan menghalang sesiapa saja menghisap rokok tanpa kecikkan skop rokok sah ke tak sah ke dan sebagainya sebab asal nama saja ROKOK ia membahayakan kesihatan.

3. Tak silap aku pakar dari negara mana tah penah buat ujikaji yang rokok jenama tertentu ada mengandungi DNA babi. Awat taknak perhalusi kajian tersebut untuk mencari tahu fakta? Awat taknak dedahkan benda tue di akhbar2 arus perdana? Melayu kan jijik gila babi dengan babi?

4. Yang hisap rokok neh sebenarnya bukan ikut agama atau bangsa. Semua orang tahu tue. Tapi bila fatwa tak jalan mungkin babi boleh memainkan sesuatu peranan disitu bagi umat melayu [Islam] . Hehe. Bukan nak cakapla. Tak susah nak jumpa orang2 melayu yang merokok. Tapi senang nak jumpa orang2 cina yang tak merokok. Tak caya sudah.

5. Jika kerajaan prihatin jangan biarkan seinci rokok pun tak kira la sah ke tak sah ke masuk ke dalam negara ini. Abu Chin Peng dorang boleh halang takan la rokok dorang tak mampu sekat?

6. Ini baru betul2 menjaga kesihatan rakyat Malaysia. Bukan sibuk naikkan harga gula semata2.

7. Yang sebenarnya semua orang tahu kerajaan sembang kencang bab rokok bukan sebab kesihatan.

8. Tapi sebab cukai. Di ulangi, CUKAI.

9. Sengaja menggunakan ayat untuk mislead pemikiran rakyat. Rokok sah la, rokok haram la apa la. Padahal ayat yang sebetulnya adalah rokok bercukai ataupun rokok lari dari cukai.

10. Tak kira lah hisap rokok apa sekalipun, kesan nya kepada si penghisap rokok dan si penghidu asap rokok = sama. Ia memudaratkan dan mendatangkan pelbagai penyakit.

11. Jangan sembang bab kencing tikus pada rokok tak sah la. Ini semua taktik2 propaganda nak memperbodohkan orang je. HARAM aku PERCAYA. Melainkan ko bagi bukti dan fakta yang JELAS disitu oi TV3.

12. Sepatutnya kempen2 kerajaan mendorong kepada jauhi rokok tak kira la rokok apa2 sekalipun. Sebaliknya dalam sebulan neh boleh tengok kerajaan beria2 canang bab rokok halal dan haram. Bertebaran kempen di laman2 sosial, blog, dan sebagainya.

13. Tak mustahil suatu hari nanti jenama2 rokok yang lari dari cukai ini dibenarkan masuk atas jalan cukai.

14. Korang tunggu dan lihat. Jika korang rasa kerajaan ini cekap, amanah, bersih dan telus, sila tunggu sampai babi boleh terbang.

Oke bai.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/11/rakyat-malaysia-seru-kerajaan-jangan.html#ixzz2k3L21dCH

Mon Nov 11, 2013 8:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Petua Untuk Orang Kedekut | JANGAN BERKIRA UNTUK BERSEDEKAH
biaqpila.blogspot.
queachmad.com
by Que Achmad

Tazkirah perkongsian dari Abe. Seorang anak muda duduk dlm masjid menunggu khutbah jumaat, melihat dgn tdk begitu senang kpd kotak sumbangan yg ditolak ke arahnya..

Dia membuka dompet memilih2 duit.. Akhirnya dgn berat hati dia msukkan 10sen ke dlm tabung dn menolak ke sebelah..

Tiba2 sorang pokcik di belakang menepuk bahunya dan memberikan dia 2keping duit rm50.. Terkesima kejap budak tu, tapi dia terus masukkan juga duit tu dlm tabung dan ditolak ke tepi..

Dia menoleh ke belakang dan berkata "banyaknya pokcik sedekah, skit2 dah le.. Sayang lak rasa"..

Pokcik tu senyum sambil geleng kepala dan cakap..

"sebenarnya tu duit kau yang jatuh dari dompet tadi..."

JGN BERKIRA UTK BERSEDEKAH.. SEBENARNYA ITULAH BAHAGIAN KITA..
[PETUA IMAM SYAFIE]

Mon Nov 11, 2013 8:16 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Antara sofeware SMS guna identiti orang lain dengan bayaran serendah RM5 sahaja
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

IZWAN ROZLIN

SHAH ALAM - Aplikasi Tiger Text yang direka khas untuk tujuan keselamatan dan kerahsiaan maklumat pengguna android atau telefon pintar jenama Apple kini dilihat mampu memberi implikasi negatif apabila ia dikesan boleh digunakan untuk tujuan penipuan.

Apa tidaknya dengan bayaran serendah RM5, pengguna boleh memuat turun aplikasi tersebut dan ianya boleh digunakan untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) menggunakan nombor serta identiti orang lain.

Ini bermakna si penerima akan menerima SMS bukan dari nombor penghantar asalnya dan lazimnya setiap SMS yang dihantar boleh ditetapkan tempoh masanya sebelum ia hilang dari skrin telefon bimbit.

Malah penerima juga tidak boleh mengirimkan pesanan yang diterima kepada pihak ketiga. Hasil carian melalui Wikipedia, aplikasi ini dibangunkan oleh Syarikat Brad Brooks yang berpangkalan di Santa Monica, California, pada 2010.
Dua individu penting terbabit dalam idea asal penciptaan aplikasi ini terdiri daripada pengasasnya Andrew Brooks MD dan Jeffrey Evans.

Pada Februari 2012, Tiger Text memperoleh pembiayaan berjumlah USD8 juta oleh Easton Modal dan Sains New Ventures menjadikan jumlah sokongan syarikat itu melonjak kepada USD10 juta.

Menakjubkan dalam tempoh tiga tahun aplikasi ini direkodkan sebagai antara 18 aplikasi popular bagi pengguna jenama Apple di seluruh dunia.

Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Siber & Multimedia (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din ketika dihubungi, tidak menolak kemungkinan aplikasi itu boleh digunakan untuk menyebarkan khabar angin.

"Perkembangan aplikasi jenis ini masih dipantau kerana boleh dijadikan medium penipuan melibatkan jenayah siber," katanya.

Menurutnya, setakat ini tiada laporan khusus diterima melalui penyalahgunaan aplikasi itu namun orang ramai perlu berhati-hati.

Sementara itu, Ketua Jabatan Komunikasi dan Strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Sheikh Raffie Abdul Rahman berkata, dari Januari sehingga Oktober lalu, Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan (JPS) SKMM menerima 268 aduan yang disiasat di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Daripada aduan diterima, 108 aduan adalah laporan yang dirujuk kepada JPS. Jenis aduan dirujuk oleh PDRM ialah kandungan palsu 35 peratus, sumbang (23 peratus), mengancam (14 peratus), jelik (15 peratus), lucah (10 peratus) dan lain-lain yang bukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (11 peratus)," katanya.

Beliau berkata, aduan yang paling banyak diterima SKMM ialah berhubung akaun palsu atau penyamaran, termasuk penyalahgunaan maklumat dan data peribadi, penyebaran fahaman atau ajaran sesat.

http://infopanaz.blogspot.com/

Mon Nov 11, 2013 10:49 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Polis Dedah Identiti Sebenar Pembunuh Pegawai Bank.
malaysiaberih.blogspot.
amenoworld.blogspot.

Sah. Terbukti.

Mangkok ayun tue dari Indonesia. Berasal dari Sulawesi. Semudah itu jek dapat IC berlakon jadi rakyat Malaysia, bunuh orang dan samun. Macam chelakey.

Aku cakap terus terang neh. Aku tengok muka dia kan. Aku tak rasa dia orang yang baru buat jenayah. Dia neh ada pengalaman buat jenayah. Aku yakin. Tengok muka dia. Langsung takde rasa bermasalah. Berani angkat muka tue. Orang kalau rasa kesal mesti tundukkan muka punya la. Dia angkat muka dia. Tunjuk je depan press. Takde nak tunduk2. Time jalan pun steady je angkat muka. Tak kisah orang nak tangkap gambar ke apa ke.. memang jenis penjenayah ahti kering neh. Siyes.

Polis kan turut bagitau bahawa nama sebenar mangkok ayon di atas ialah ;

Laode Ardina Laode Rasila

Umur : 35 tahun

Dia juga ada rakan subahat dalam kes neh. Nama rakan dia Joemar. Kita juga minta PDRM siarkan wajah sebenar rakan subahat dia. Senang kami nak buru kalau ada maklumat lengkap. Setakat nama aje payah la kami nak membantu siasatan polis. Minta didedahkan seme perkara2 yang berkaitan bagi memudahkan orang awam salur maklumat kepada PDRM.

Laporan dari POLIS lagi, pembunuh neh bersembunyik di beberapa buah rumah kosong. Pergh. Main pecah masuk aje. Maksudnya dah memang terer la neh. Melarikan diri guna laluan tikus. Yang neh aku tak faham sangat apa maksudnya. Agaknya longkang bawah tanah tue ke apa? Gila dowh dia neh. Ada orang cakap dia bekas askar Indonesia. Skuad khas? Tah betul tah tidak.

Dan dia neh juga menggunakan teksi dan bas untuk berpindah dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain. Gila ah kau. Di saat wajah ko bersepah satu Malaysia orang kenal ko boleh lagi transfer dengan selamat? Menyamar agaknya masa tue..

Apa pun rakyat Malaysia menyeru agar tindakan keras di ambil ke atas pembunuh tersebut. Manusia takde ahti perut macam dia tak patut dibagi muka. Nak duit punya pasal sanggup bunuh orang yang tak terbabit sama. Memang dasar KEJAM.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/11/polis-dedah-identiti-sebenar-pembunuh.html#ixzz2kK64CSkn

Betulkah IC perompak AMBANK IC palsu
malaysiaberih.blogspot.
gigitankerengga.blogspot
Penhijau
-tranungkite-

Betulkah IC perompak AMBANK palsu.
IC dikeluarkan di negeri Sabah yang terkenal sebagai tempat penganugerahan IC kepada warganegara asing khususnya dari kalangan pendatang Filipina dan Indonesia.

Sebagai jabatan yang pernah berbohong bukanlah mustahil bagi JPN untuk delete segala maklumat berkaitan pemilik IC sebelum buat pengishtiharan bahawa data ic berkenaan tidak ditemui sekaligus membuktikan ia palsu. Trick seumpama ini pernah dilakukan oleh JPN. Ini boleh dilakukan oleh JPN demi menyelamatkan maruah mereka dari menerima kemaluan yang besar. Ingat lagi kes data IC sah pada waktu pagi dan data IC tidak ditemui pada waktu petang?
1.. Untungnya kali ini sebab belum sempat penyiasat persendirian buat siasatan pengumuman dah pun dikeluarkan bahawa IC berkenaan adalah palsu. Agaknya kalau ada pihak yang buat siasatan lebih awal barang kali lain ceritanya.
2.. Untuk tambah perisa maka dibuatlah cerita bahawa IC berkenaan dibeli dengan harga RM200 sahaja. Supaya menunjukkan ia benar benar IC palsu. Peliknya siapa yang buat cerita RM200 ni. Sedangkan pemilik IC yang didakwa palsu itu belum ditangkap.
3.. Satu lagi persoalan bagaimana agaknya Syarikat Kawalan Keselamatan yang terkenal satu Malaya tersebut bayar gaji pada pekerjanya. Apakah syarikat yang terkenal itu bayar gaji secara cash. Agak mustahil untuk mereka berbuat demikian.
4.. Secara logiknya sebagai syarikat yg jaga hampir kesemua bank di Malaysia, tak logik kalau mereka tidak mengambil manfaat dari kecanggihan sistem bank yang mereka kawal...dalam hal ini sudah barang pasti mereka akan bayar gaji melalui bank in akaun simpanan setiap pekerjanya termasukah si perompak tersebut dan gaji tidak dibayar secara cash. Kalau syarikat gergasi bayar gaji secara cash leceh lah...
5.. Persoalannya kalau gaji dibayar secara bank in dalam akaun, bagaimana pemilik IC palsu berjaya membuka akaun bank. Tidakkah semua bank menggunakan tumb scanner atau alat bio matrik untuk sahkan pemilik IC sebelum apa apa akaun tersebut dibuka.
6.. Apakah sistem bank pengesanan bank begitu longgar sehingga pemilik IC palsu pun boleh buka akaun. Mesti bank tak nak mengaku....sistem kami canggih sebab kami dah guna sistem bio matrik untuk kesan kesahihan, sedangkan pihak SPR sendiri baru terfikir nak nak guna sistem tersebut....
7.. Cuma nak ingakkan ini semua cuma andaian saya kepada sebuah jabatan yang pernah sekali sekala menipu....hehe.
We are making changes based on your feedback, Thank you !
The Yahoo! Groups Product Blog
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: