Friday, November 22, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3771

6 New Messages

Digest #3771

Messages

Thu Nov 21, 2013 7:33 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Rakyat Malaysia Pertama Dikebumikan Disamping 60 Sahabat Nabi
malaysiaberih.blogspot
hijabulcrewz.blogspot
Posted by hijabul crewz

Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki.

Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai "Syahid yang tertangguh" oleh para sahabatnya.

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya', panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Gambar Pengebumian Ahmad Ammar Ahmad Azam

Sumber: Link
comments:
1.. Khalid Al-walid
Ya Allah, ampunilah Ahmad Ammar, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekalian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.Amin

a.. hijabul crewzInsyaAllah,amien.

2.. Anonymous
3.. Tidurlah wahai anakanda! Semoga keharuman firdausi yang kau hidu hendaknya! Ameen.
a.. hijabul crewzAmien.

4.. Anonymous
Allahu Akbar!!!

a.. hijabul crewz:")

Thu Nov 21, 2013 7:33 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Marilah membantu anak ini, derita sakit barah tulang
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

Pilu lihat derita ditanggung anak

Wartawan Sinar Harian

Mohd Esa dan Asiah sentiasa berada di sisi anak kesayangan mereka.

KULIM - Dulu dia seorang kanak-kanak yang periang, manja dan juga penghibur kepada keluarga.

Kenakalannya mengusik abang dan dua adik perempuannya tetap menjadi hiburan kepada pasangan Mohd Esa Mohd Rejab dan Asiah Jusoh yang tinggal di Taman Sungai Kob.Bagaimanapun, ia berubah apabila anak kedua mereka, Mohd Arif Wajdi, 9, yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Ular sering tidak hadir ke sekolah kerana sentiasa mengadu sakit dan lenguh pada kaki kanannya.

Mohd Esa berkata, kejadian berlaku April lalu ketika di sekolah. Menurutnya, dua rakan tertendang kaki kanan anaknya bagaimanapun tidak diendahkan Mohd Arif.

"Masalah berlarutan sehingga paha kanannya mula membengkak.

Mohd Arif kemudiannya dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum diarahkan doktor mendapatkan nasihat pakar di Hospital Kulim.

"Setelah pemeriksaan dijalankan, dia diarahkan untuk menerima rawatan susulan di Hospital Besar Pulau Pinang," katanya.

Masalah bertambah berat Mohd Esa berkata, pembedahan kecil dijalankan pada paha kanan anaknya itu dan doktor mengesahkan Mohd Arif menderita akibat penyakit barah tulang.

"Sehingga kini, pelbagai kaedah sudah dilakukan dan doktor menasihatkan supaya Mohd Arif menjalani perubatan kemoterapi. Bengkak yang ada pada pahanya semakin membesar dan ini membuatkan dia tidak boleh berdiri atau duduk.

"Selain paha, di bahagian umbun kepala anak saya itu juga mula membengkak dan matanya tidak dapat melihat akibat penyakit dialami.

Kos rawatan yang diperlukan mahal dan ubat barah yang dibekalkan kepadanya berharga RM1,000 dan ia hanya dapat bertahan selama sebulan.

Selain itu anak kami terpaksa memakai lampin pakai buang," katanya.

Katanya, pendapatan yang diperoleh sebagai jurujual dan isterinya sebagai guru tidak mampu untuk menampung kos perubatan anak mereka.

Mohd Esa meminta jasa baik orang ramai dan mana-mana agensi untuk membantunya bagi membolehkan Mohd Arif mendapatkan rawatan dengan segera.

Rakan sering bertanya khabar Selain itu, khidmat dari Majlis Kanser Negara (Makna) sangat diperlukan bagi membolehkan anaknya dapat ditempatkan ke hospital pakar di Kubang Kerian, Kelantan.

Sinar Harian sudah memaklumkan masalah berkenaan kepada pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan bantuan diberikan kepada Mohd Arif.

Abangnya, Mohd Nasrul Ashraf, 12, berkata, dia sering membantu adiknya.

"Saya beri dia makan dan menjaga setiap hari. Adakalanya saya mengurut perut dan kakinya apabila dia berasa tidak selesa.

"Saya sedih melihat keadaan adik dan mahu dia cepat sembuh. Mohd Arif pun sudah lama tidak pergi sekolah. Semua kawan-kawan di sekolah sering bertanyakan khabarnya," katanya.

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Mohd Esa di talian 013-5195877 atau 019-5447188 atau menderma melalui akaun simpanan CIMB ibunya, Asiah Jusoh bernombor 0208-0036497-52-8.

Thu Nov 21, 2013 7:34 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


PENGAWAL PERIBADI PARAH , MENTERI CEDERA DI TENGKUK !
malaysiaberih.blogspot
pascawanganbukitsentosa2.blogspot
Dicatat oleh PAS Cawangan Bukit Sentosa 2
Menteri Kesihatan cedera, pengawal peribadi parah kereta terbabas

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam dibawa ke Hospital Melaka selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 220.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan malam ini. - Foto Mohd Khairul Helmy
Alor Gajah: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, cedera selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 220.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan malam ini.

Kejadian kira-kira jam 8 malam ketika beliau yang menaiki PROTON Perdana sedang dalam perjalanan dari Putrajaya menuju Ayer Keroh untuk menghadiri mesyuarat MIC Melaka.

Beliau yang dihantar ke Hospital Alor Gajah sejurus kejadian dikatakan cedera di tengkuk akibat terhentak. Keadaanya dilaporkan stabil sehingga lewat malam tadi.

Bagaimanapun pengawal peribadi beliau Zulkifli Abd Wahab parah dan sedang menerima rawatan lanjut di hospital sama.

Pemandu kereta yang hanya dikenali Anuar cedera ringan dan turut mendapat rawatan di hospital sama.

Siasatan awal polis mendapati kereta yang dinaiki Subramaniam terbabas selepas dipercayai hilang kawalan sejurus tiba di tempat kejadian.

Kereta berkenaan didapati berhenti di tengah lorong lebuh raya berkenaan.
comment:

Anonymous said...
confirm.....sbb guner kereta yg berusia lebih dari 12 tahun nie.....atau yg betul2 pasti sbb malaysia masih di perintah oleh kerajaan penyamun yg telah memerintah lebih dari setengah abad......hihihihihihi

Miros, Apakah Kemalangan Ini Disebabkan Jangkahayat Kereta Lebih 12 Tahun?
greenboc.blogspot
Posted by greenboc

Melaka: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam cedera di bahagian leher manakala pengawal peribadinya parah apabila kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Km220.6 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan berhampiran kawasan Pedas-Linggi, malam ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Chua Ghee Lye berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, kereta berkenaan dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori yang secara tiba-tiba menukar laluan daripada laluan tengah ke laluan kanan lebuh raya itu.

"Kecederaan datuk seri (Dr Subramaniam) tidak serius manakala pengawal peribadinya dipercayai mengalami kecederaan dalaman di bahagian perut dan masih berada dalam 'operating theater' (dewan bedah) Hospital Besar Melaka.

"Mereka pada awalnya dirawat di Hospital Alor Gajah dan dibawa ke Hospital Besar Melaka untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Beliau berkata Dr Subramaniam dimasukkan ke wad hospital itu sebagai langkah berjaga-jaga serta mendapatkan rawatan lanjut manakala pemandu kereta menteri berkenaan tidak cedera.

Chuah berkata lori yang terlibat dalam kemalangan itu melarikan diri dari tempat kejadian dan polis akan mengambil tindakan pantas untuk mengesan lori terbabit.

Sementara itu, Pengerusi MIC Negeri Melaka Datuk M.S Mahadevan berkata Dr Subramaniam dalam perjalanan ke Melaka untuk menghadiri mesyuarat membincangkan penganjuran Perhimpunan Agung MIC yang akan berlangsung pada 30 Nov di sini.

Ambulans yang membawa Dr Subramaniam tiba Hospital Besar Melaka pada pukul 11.10 malam dan beliau berbaring dalam keadaan sedar dengan 'neck braces' dipasang di leher bagi menyokong lehernya yang cedera.

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob turut melawat menteri berkenaan di Hospital Besar Melaka.

Suami isteri maut Proton Exora langgar tembok

TANGKAK - Sepasang suami isteri maut apabila kenderaan mereka terbabas dan merempuh tembok di Km9.5 Lebuh Raya Air Keroh-Melaka-Jasin (AMJ) dekat Parit Fajar, Kesang di sini hari ini.

Kemalangan pada pukul 4 petang itu menyebabkan Dharil Yusof, 42, mati di tempat kejadian manakala isterinya Roslina Mahmod, 40, mati di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ledang Deputi Superitendan Mohd Salleh Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Ketika kejadian, Roslina dan suaminya yang bekerja sebagai juruteknik kilang itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu 5, Tanjung Gading, Jalan Kesang di sini, tidak jauh dari tempat kejadian.

Kereta Proton Exora yang dipandu Roslina dikatakan hilang kawalan dan merempuh tembok tepi jalan menyebabkan kereta itu remuk dan kedua-dua mereka tersepit di tempat duduk mereka.

Pasangan itu meninggalkan empat orang anak berusia antara empat hingga 15 tahun. - Bernama

comments:

kama said...

Salam,

Bukan masaalah usia kenderaan tetapi masaalah :

- Pemandu yang cuai, lalai,tidak berhati-hati ketika memandu dan gagal mematuhi undang2 jalanraya seperti memandu perlahan dilorong laju dan lorong memotong, memggunakan talipon bimbit ketika memandu serta meletak kenderaan di lorong kecemasan.
- Pelan Jalanraya yang tidak mengikut speksifikasi yang diluluskan

Anonymous said...
Biasalah kereta barulah katakan. Kalau tidak pandu laju sampai accident mana diaorg berhenti punya.

Skg ni usia kereta bukan faktor utamanya beb. Faktor utamanya ialah sikap pemandu itu sendiri dan sikap kerajaan yg nak sangat berbusiness dgn rakyat yg menyebabkan lebuhraya yg selamat tidak digunakan adalah punca utama accident makin meningkat.

Apalah susahnya hapus shj tol tersebut supaya rakyat dpt guna jalan yg selamat tapi lu tetap nak berbusiness dgn rakyat.

Ingat rakyat malaysia bukannya semuanya bodoh. Yang bodoh hanya umat melayu shj. (title umat islam hanya utk org yg bijak)

Amuraria said...
buta perut & buta akal saja kata kenderaan lebih 12 tahun selalu ikealangan ! kerap kereta baru yang pecut laju selalu kemalangan dengan dreber bodoh sombong & bongkak serta ego,penting diri dari orang lain ,ABU !

Anonymous said...
biasanya pemilik kereta umur lebih 12 tahun sedar akan diri mereka. mereka pandu slow kat lorong kiri.

yg tak sedar diri ni biasanya yg kereta baru, kereta jenama ternama. bawak laju macam pelesit sebab nak tayang kereta baru.

cuba jalan kat highway. yang laju bedesyum, yg selalu kena saman polis, yang selalu eksiden bukan kereta umur lebih 12 tahun. yang selalu buat hal ialah kereta baru, yg banyak eksiden ialah kereta baru.

habis tu kenapa tuduh kereta lama jadi penyebab eksiden? Sebab kereta baru nasional dah kurang orang beli. Sebab nak untung cukai gst. Paling penting sebab nak bagi susah golongan kurang berkemampuan dan keluarga anak ramai. Sebab nak suruh orang bawahan naik basikal supaya highway tak banyak kereta dan kereta baru boleh pandu laju mengalahkan pelesit dan syaitan....

Anonymous said...
Mungkin kereta kepunyaan menteri tersebut sudah usang kerana melebihi usia sepatutnya berada dijalanraya atau pun pemandu beliau sendiri yang sudah usang, melebihi usia yang sepatutnya. Lepas ni JPJ kena kaji pula tentang pemandu yang sudah berusia melebihi 56 tahun perlu ditamatkan lesen memandu mereka demi untuk keselamatan pengguna jalanraya yang lain

Anonymous said...
Cuba cter!! cuba Cter berapa kelajuan kereta ketika itu sampai cedera parah . ini mesti kereta berusia lebih 12 tahun dan bawa bawah 110 km sejam

Anonymous said...
Kalo korang nak tau apa yang ade dalam kepala Menteri2 UMNO korg cuba scan, mane ade otak. tak caya try p scan...dalam kepala dorg ada taik, akal pn xde. Kalo ade akal dorg tak berfikir seperti Lembu belaan Shahrizat

Anonymous said...
Kereta menteri tu dah lebih 12... bulan sepatutnya kena lupus. Elok Najib ganti semua kereta menteri dengan kereta baru.

Thu Nov 21, 2013 7:35 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Golongan yang menunggang motosikal dengan membahayakan diri sendiri semakin banyak
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

Bawa anak dalam raga

Wartawan Sinar Harian

Menunggang motosikal tanpa topi keledar membahayakan diri sendiri.

SUNGAI KOB - Penduduk di Taman Mutiara meminta pihak berkuasa untuk membuat rondaan di sekitar kawasan perumahan itu berikutan ramai dalam kalangan penunggang motosikal di situ tidak mematuhi undang-undang ditetapkan.

Pekerja swasta, Mohd Rizal Hanafi berkata, setiap hari golongan remaja berusia antara sembilan hingga 17 tahun akan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Apa yang lebih menyedihkan ada kalangan mereka yang membawa anak kecil dalam raga hadapan motosikal, turut tidak memakai topi keledar.

"Pihak berkenaan seharusnya membuat pemantauan di kawasan ini. Taman Mutiara ini sudah seperti pekan koboi yang mana penduduknya boleh menunggang motosikal tanpa undang-undang.

"Saya berharap PBT dapat menjalankan operasi dan menangani masalah ini dengan segera sebelum ada dalam kalangan mereka yang terbunuh dalam kemalangan," katanya.

Kakitangan awam, Hassan Md Ali berkata, selain menunggang motosikal tanpa topi keledar, kebanyakan golongan remaja terutama mereka yang berusia 18 tahun ke bawah berlumba di sekitar kawasan taman.

Katanya, sehingga kini dua kemalangan maut dilaporkan berlaku dan ada antaranya tidak ada lesen memandu.

"Kami minta pihak berkenaan lebih kerap mengadakan operasi atau sekatan jalan raya," katanya.

Sementara itu, Adun Kulim, Chua Tiong Gee meminta pihak terlibat menyelesaikan masalah ini dengan seberapa segera.

"Kegiatan mereka terlibat ini bukan sahaja mengganggu keselamatan penduduk, malah ia boleh mengakibatkan kemalangan serius.

Thu Nov 21, 2013 7:05 pm (PST) . Posted by:

"MHZ" mohamad_hadi

hmmm.. kalau blk kg aku pun biasa buat mcm tu.. bwk anak dlm raga tak
pakai helmet siar2 pusing kampung..

On 11/21/2013 11:33 PM, -:eSpAcE9808:- wrote:
> 
>
>
> _Golongan yang menunggang motosikal dengan membahayakan diri
> sendiri semakin banyak_
>
> kedahlanie.info
> Posted by Kedah Lanie
> Bawa anak dalam raga
> Wartawan Sinar Harian
>
> Menunggang motosikal tanpa topi keledar membahayakan diri sendiri.
> <http://www.blogger.com/null>
> SUNGAI KOB - Penduduk di Taman Mutiara meminta pihak berkuasa untuk
> membuat rondaan di sekitar kawasan perumahan itu berikutan ramai dalam
> kalangan penunggang motosikal di situ tidak mematuhi undang-undang
> ditetapkan.
>
> Pekerja swasta, Mohd Rizal Hanafi berkata, setiap hari golongan remaja
> berusia antara sembilan hingga 17 tahun akan menunggang motosikal tanpa
> memakai topi keledar.
>
> Apa yang lebih menyedihkan ada kalangan mereka yang membawa anak kecil
> dalam raga hadapan motosikal, turut tidak memakai topi keledar.
> "Pihak berkenaan seharusnya membuat pemantauan di kawasan ini. Taman
> Mutiara ini sudah seperti pekan koboi yang mana penduduknya boleh
> menunggang motosikal tanpa undang-undang.
>
> "Saya berharap PBT dapat menjalankan operasi dan menangani masalah ini
> dengan segera sebelum ada dalam kalangan mereka yang terbunuh dalam
> kemalangan," katanya.
>
> Kakitangan awam, Hassan Md Ali berkata, selain menunggang motosikal
> tanpa topi keledar, kebanyakan golongan remaja terutama mereka yang
> berusia 18 tahun ke bawah berlumba di sekitar kawasan taman.
>
> Katanya, sehingga kini dua kemalangan maut dilaporkan berlaku dan ada
> antaranya tidak ada lesen memandu.
>
> "Kami minta pihak berkenaan lebih kerap mengadakan operasi atau sekatan
> jalan raya," katanya.
>
> Sementara itu, Adun Kulim, Chua Tiong Gee meminta pihak terlibat
> menyelesaikan masalah ini dengan seberapa segera.
>
> "Kegiatan mereka terlibat ini bukan sahaja mengganggu keselamatan
> penduduk, malah ia boleh mengakibatkan kemalangan serius.
>
>

Thu Nov 21, 2013 8:15 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Perodua's new concept car: GMS Buddyz
By Naveen Victor | Motor Trader Malaysia
a..
a.. Perodua's concept car aims to be the highlight of 2013

Malaysia's second largest national automaker, Perodua unveiled what it calls its glocal car at the Kuala Lumpur International Motor Show and it is pretty impressive to say the least.

With the threat of a drop in foreign car prices looming ever closer, Perodua have had to step up their game in order to remain competitive and relevant to Malaysians and the car market in general. The company has done just that by revealing its next generation car called the GMS (Global Model Sedan) Buddyz at the 2013 Kuala Lumpur International Motor Show.

THe GMS Buddyz is meant to appeal to both generation Y and Z, hence the name Buddyz
According to Perodua, it is meant to appeal to those of the digital age, most notably generation Y and Z. The Buddyz concept car boasts Perodua's next generation design language. It features a low roofline and sharp curves giving the car a more aggressive presence. Despite being touted as a next generation design, the front fascia to some extent still resembles the Myvi.

It may look futuristic but there is still a hint of Myvi in there

It may just be me but the rear looks a lot like the one on the Saga BLM
That being said, extensive changes have been made including more prominent contours on the bonnet and front bumper as well as the addition of stacked fins on each side of the front bumper. The rear features a one-piece LED taillight design and at first glance, the entire rear looks like it was made to resemble a cross between the Proton Tuah and Saga BLM.

It is meant to appeal to those from the digital age and that is why the Buddyz does not have a single analog m …

The interior is quite impressive to say the least

the full view of the car's Interior
For the interior, the Buddyz features a futuristic layout with its tan and dark brown colour scheme. The meter cluster is all-digital with the speedometer resembling a countdown timer. No clear information is given regarding what everything does so we will just have to assume the dashboard mounted LCD panel is probably meant for the infotainment system. The "i-Drive" style controls placed on the centre console looks like it's used to control the infotainment system as well as the air-conditioning system.

Perodua's future pride and joy
During the unveiling at KLIMS13, Perodua also revealed an all-new aluminium engine concept, which it calls 1KR. It is said to be Perodua's most advanced engine yet and it will be produced here in Malaysia. This 998cc Euro IV compliant engine is based on a long stroke ratio and is able to run quieter, burn cleaner and is more powerful than other similar engines to come from the automaker.

The GMS Buddyz
Also new is the EAT or Electronic Controlled Automatic Transmission, which will have technologically advanced but locally manufactured parts such as the transmission case, oil pan, oil pump and other various components.

Specific details regarding the GMS Buddyz and other new tech is still a little sketchy but if the new Myvi is anything to go by, Perodua is trying its best to offer Malaysians the best bang for their buck. The company has enjoyed Daihatsu/Toyota expertise and technical know how for years, which is why its cars have been incredibly reliable and easy to live with. If this continues, though it may not be the exact car, we might see something close to this minus the futuristic meter cluster in the not so distant future.
We are making changes based on your feedback, Thank you !
The Yahoo! Groups Product Blog
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: