Saturday, December 14, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3791

2 New Messages

Digest #3791
1
Fw: Kemalangan ngeri by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2
Fw: MANA SILAPNYA PROTON...? by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Fri Dec 13, 2013 7:10 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kemalangan ngeri: Kepala mangsa putus dan tercampak keluar dari kereta
telokbakong.blogspot
gigitankerengga.blogspot

Kelihatan anggota bomba dan penyelamat serta anggota polis mengangkat mayat seorang pemandu yang maut selepas kereta yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Km39.1 Jalan Seremban-Tampin berhampiran Kota kira-kira pukul 11 pagi dekat Rembau hari ini. - Foto Bernama

REMBAU: Seorang lelaki putus kepala apabila keretanya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Km39.1, Jalan Seremban-Tampin di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira 11 pagi ketika R.Sivakumar, 39, dalam perjalanan dari arah Tampin menuju Seremban.

Jurucakap polis berkata mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan dan cuba memotong beberapa kenderaan lain dihadapannya sebelum bertembung dengan treler berkenaan.

"Tubuh mangsa tersepit di tempat duduk sementara kepalanya putus dan tercampak keluar dari kereta," katanya.

Pemandu treler berkenaan yang berusia 23 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Mizan Md Dom memgesahkan kejadian itu.
-Bernama-

Fri Dec 13, 2013 7:13 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



MANA SILAPNYA PROTON...?
telokbakong.blogspot

maemahi.blogspot

Copy & Posted By mahi

Kadang-kadang tiba masa, Berita Semasa akan terfikir seketika bagaimana negara gajah putih seperti Thailand menjadi hub automotif iaitu NO.1 di Asia Tenggara diikuti Indonesia. Apa yang hebatnya mereka? Apa kurangnya Malaysia? Di mana silapnya?
Bagi Berita Semasa ini supaya berpunca daripada tabiat golongan yang berkepentingan dan berkuasa mahu terus membela lelaki tua yang telah sakit dan dasar automotif negara hanya bersifat setempat. Berita Semasa tidak menafikan langsung penambaikan yang berlaku pada model-model terbaru seperti Proton. Tetapi atas nama mahu menjaga kepentingan Proton akhirnya industri automotif mendapat tempias buruk sama.
Kereta Proton = Kereta Nasional. Jualan Terjamin!
Konsep kereta nasional yang diperkenalkan di Malaysia adalah satu industri yang tenat. Ia hanya bergantung semangat patriotik bagi melindungi terus industri yang tidak cekap ditambah dengan pelarasan cukai yang tinggi baik kepada kereta Nasonal sendiri mahupun kereta import. Akhirnya? Akhirnya pembeli kereta di Malaysia iaitu rakyat Malaysia menjadi mangsa & "terkorban".
Terbaru atas nama alasan untuk membela Proton iaitu :
Jika kereta nasional dihapuskan jualannnya di Malaysia, ia akan menyebabkan negara kehilangan RM12 bilion dalam pertukaran matawang asing setahun dengan mengandaikan harga sebuah kereta sekitar RM40,000 melibatkan RM300,000 kereta nasional ditambah dnegan kos mengimport kereta import. Siapa kata? Arkitek bagi polisi Proton Tun Dr Mahathir yang dimiliki taikun Syed Mokhtar Al Bukhary melalui DRB Hicom.
Melihatkan pandangan di atas, agak logik juga. Tetapi….ada tetapinya.
Tetapi, jikalau dikaji dengan lebih lanjut melihatkan antara ungkapan yang biasa digunakan oleh kalangan ahli perniagaan. Apa dia? "High pain, high gain"
Buang Tongkat Proton
Apa yang Berita Semasa cadangkan, adalah supaya usah lagi diberikan tongkat dan perlindungan serta keutamaan kepada Proton. Insyaallah, kasar aliran tunai akan mula menyusut dan pendapatan negara akan meningkat dan menjadi ekonomi negara kembali mampan. Dengan menjadikan industri automotif negara lebih liberal, pengeluar kereta akan datang berkumpul dan berkampung untuk melabur ke Malaysia. Akhirnya kita Malaysia akan menjadi pengeksport sebenar kereta dan bahagian-bahagian aksesori. Kuncinya?
Membuat jualan dengan cara mengenakan cukai kereta yang tinggi terhadap kereta import dengan harapan memberikan laluan untuk kereta Nasional untuk membuat jualan, adalah persaingan yang tidak adil dalam industri automotif dan memberikan bebanan hutang yang tinggi pembeli seperti rakyat Malaysia. Hyundai dari Korea Selatan, di mana mereka sekarang? Terus memanjat satu satu tangga untuk menakluk dunia. Apatah lagi umur Hyundai jauh lebih muda berbanding Proton. Tetapi di mana Proton sekarang selepas 28 tahun lamanya?
Tetapi media di Malaysia begitu takut untuk meletakkan kalimah kegagalan kepada Proton. Semacam penghinaan kepada mereka, satu karakter yang sepatutnya tidak patut ada dalam diri syarikat seperti Proton.
Kuncinya adalah membuang idea yang dipanggil istilah keramat dan sebuatan ramai selama ini iaitu, kereta Nasional. Jika ada kereta Nasional, adakah akan ada TV nasional, peti sejuk, loro, motosikal nasional atau apa-apa lagi selepas ini? Buat jualan bukan atas nama kereta Nasional tetapi kualiti.

Sumber : Thailand Automotive Institute (TAI)Industri Automotif Thailand VS Industri Automotif Malaysia
Apa kereta dijual jauh lebih murah dan berpatutan, industri automotif akan terus bertenaga yang akan terbitnya potensi import yang tinggi sekaligus mampu meningkatkan pendapatan negara ke angka yang lebih tinggi :
a.. Cara buat duit sekarang dengan industri kereta : kenakan cukai kereta tinggi RM 7 bilion
b.. Cara buat duit pada masa akan datang yang lebih cekap : perbanyakan penghasilan & pengeluaran kereta untuk tujuan eksport
Mari kita lihat dan bandingkan industri automotif Thailand dengan Malaysia :

a.. Thailand berjaya menghasilkan kira-kira 2.5 juta kenderaan.
b.. Malaysia hanya menghasilkan sekitar 500,000 kenderaan sahaja, hanya satu perlima daripada Thailand
c.. Thailand mengeksport lebih daripada 40 % berbanding Malaysia
d.. Pendapatan eksport kereta untuk Thailand berjumlah US$27 bilion (lebih RM86 bilion) pada tahun 2011! Malaysia?
e.. Thailand adalah pengeluar kereta ke-10 terbesar di dunia. Malaysia?
Bagaimana Thailand boleh berjaya melaksanakan dan mencapainya?
1.. Di Thailand, tiada kereta Nasional. Kerajaan Thailand tidak membela pembuat kereta. Semuanya diberikan lapangan yang sama rata.
2.. Dasar-dasarnya adalah liberal dan peluang yang sama diberikan di kalangan pelabur bermakna bahawa tidak ada diskriminasi dan diwujudkan persaingan bebas.
Sumber : Global Automobile Production Ranking 2012Kita tidak perlu membunuh Proton, tidak perlu. Cuma biarkan mereka berjalan sendiri. Sudah terlalu lama Proton berjalan "bertongkat". Hanya perlu mengumumkan dasar tidak diskriminasi yang akan berkuat kuasa selama lima tahun daripada sekarang. Dan, pada masa itu mahu atau tidak Proton akan terus mencari rakan kongsi teknologi kerana ia perlu untuk terus hidup.
Anggaplah teguran kami ini kerana mahukan industri automotif Malaysia terus berkembang. Kami cemburukan kejayaan negara gajah putih. Jikalau Thailand boleh, mengapa tidak Malaysia?
P/S : Kepelbagaian sumber pendapatan negara bukan hanya berpaksikan kepada GST semata, malah boleh dipelbagaikan lagi, dengan cara merancakkan lagi indystri automotif negara.

sumber

Posted by copy and posted by maemahi
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: