Thursday, December 26, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3801

4 New Messages

Digest #3801

Messages

Wed Dec 25, 2013 6:17 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Penjenayah guna tektik tahan kereta lepas tu pukul..!!
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

Jadi trauma tengok motosikal

Keadaan cermin kereta dipandu Chong yang dipecahkan suspek.

BALAKONG – Seorang ejen hartanah mendakwa dirinya trauma setiap kali melihat motosikal selepas kejadian dia ditumbuk beberapa lelaki di tepi jalan berdekatan persimpangan lampu isyarat Langat Jaya, minggu lalu.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chong berkata, dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan tengah hari.

Ketika menghala ke Batu 9, Cheras, Chong mendakwa kenderaannya tiba-tiba dihimpit sebuah motosikal yang ditunggang laju.

Tiada pelanggaran berlaku namun penunggang terus menjerit ke arahnya dan mengarahkan dia memberhentikan kereta di tepi jalan.

Tidak sampai lima saat kereta diberhentikan, Chong mendakwa datang dua van menghalang bahagian depan dan belakang keretanya.

Menurutnya, penunggang motosikal terus menghentak cermin keretanya menggunakan topi keledar dan memaksanya turun dari kereta.

Tiga lelaki dipercayai yang menaiki van menumbuk mukanya beberapa kali menyebabkan mata kanannya mengalami kecederaan.

"Memang sampai sekarang saya rasa trauma dan masih terasa sakit di bahagian mata," katanya sambil memberitahu dia mendapatkan rawatan di Hospital Kajang dan membuat laporan di Balai Polis Batu 9 Cheras sejurus selepas kejadian.

Sementara itu, Adun Balakong, Eddie Ng Tien Chee yang menerima aduan itu percaya musibah menimpa mangsa adalah jenayah terancang dilakukan sekumpulan individu.

Katanya, memang orang ramai akan memberhentikan kereta untuk memberi bantuan sekiranya ada berlaku kemalangan di sesuatu tempat, namun dalam kes itu katanya tiada pelanggaran berlaku.

"Saya syak ini jenayah terancang, justeru saya menasihatkan pengguna jalan raya yang berdepan situasi sama supaya terus ke balai polis terdekat untuk elak insiden serupa," katanya.

Wed Dec 25, 2013 7:53 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



CEO TNB Ini Bikin Menteri Umno Panas Pungkok..
telokbakong.blogspot
karatijau.blogspot.
Nukilan Oleh Juragan

ulasan:
1..
kampong lad
semua orang tau DAH LAMA DAH tnb takdak kene mengena dgn kenaikan tarif eletrik.

2..
Amuraria
bila dajjal-dajjal tamak & penyeleweng perosak negara buat keputusan ? ABU !

Wed Dec 25, 2013 7:54 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Akibat tidak solat, muka mayat jadi HITAM!
telokbakong.blogspot
mimpi-senja.blogspot.
by STONE525i

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata, dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia memang anak yang baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.Mungkin itulah yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,"Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya, tuturannya serta pakaiannya."Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?

Ingatlah..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat..Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat,InsyaAllah.. -via Islam Iman Ihsan

Wed Dec 25, 2013 7:55 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



LAUT TERBELAH DI KOREA SELATAN BUKAN TANDA KIAMAT
telokbakong.blogspot
wasukalu.com
Posted by Hati Muda

Hari ini 24.Disember 2013 orang sibuk dengan peristiwa ikan melompat naik ke darat di kepulauan Tambisan, lahad Datu, Sabah. Ramai yang percaya peritiwa itu ada kaitan dengan Tsunami seperti yang pernah melanda Acheh, India, Phuket dan Malaysia pada 26 Dicember 2004.

Tsunami adalah peritiwa hebat dalam sejarah dunia. Mengubah bentuk muka bumi demi menstabilkan ekologi. Kuasa tuhan tidak terhad dan perancanganNYA adalah sebaik-baik rancangan. Tapi bukan satu-satunya peritiwa yang menunjukkan perancangan hebat ALLAH.

Fenomena taufan, pencairan ais, kewujudan salji di kawasan padang pasir dan lain-lain adalah kerana perancangan ALLAH.

Fenomena hebat yang menakjubkan yang menjadi fokus hari ini ialah fenomena yang pernah berlaku di Korea Selatan seolah-olah ulangan kisah Nabi Musa membelah lautan.

Kejadian laut terbelah yang berlaku di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan. Pulau ini adalah yang ketiga terbesar di negara itu dan terletak berhampiran pulau Jejudo dan Geojodo.

Bayangkan dalam tempoh sejam, anda dapat menyaksikan kekuasaan Ilahi apabila lautan yang sebelum ini dipenuhi air dan secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter.

Namun, kejadian moden belahan laut di Jindo itu lain ceritanya yang berkait rapat dengan faktor semula jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter.

Ini menghasilkan laluan bagi menghubungkan dua daratan yang sebelum ini ditenggelami air. Ia juga lazimnya berlaku pada jam 5 atau 6 petang dan disambut menerusi pesta besar-besaran yang dikenali 'Jindo Yeongdeung Festival' atau Pesta Laut Terbelah Jindo.

Malah Pesta Laut Terbelah Jindo ini selalunya diadakan tiga kali setahun iaitu pada Mac atau Mei serta Julai. Bagaimanapun, sambutan luar biasa pelancong tempatan dan asing yang mencecah 400,000 orang membanjiri pesta itu menyebabkan pihak berkuasa memutuskan untuk turut meraikan pesta berkenaan pada April.

Acara itu juga membolehkan pelancong menikmati pelbagai pengalaman di laut dan menyaksikan pemandangan unik serta budaya Jindo. Pesta itu diserikan dengan lagu rakyat Jindo dan tarian khas Korea, Ganggangsullae, turut dipersembahkan. Tarikan lain sepanjang pesta itu termasuk pertunjukan bunga api, pertunjukan laser, persembahan muzik tradisional serta permainan dram.

Bagi mendapatkan pemandangan paling menarik laut terbelah dan membentuk laluan, orang ramai boleh menikmatinya sama ada dengan memanjat bukit atau berjalan-jalan sendiri di laluan itu.

Malah, siapa yang mahu melepaskan peluang melihat detik-detik keajaiban dan tidak hairanlah sebaik lautan itu terbelah, orang ramai berpusu-pusu melintasi laluan itu dan meraikan rakan dari arah bertentangan berikutan penyatuan daratan kepulauan Jindo dan Modo. Tidak kurang pula yang mengambil kesempatan mencari tiram, rumpai dan hasil lautan lain.

"Inilah keajaiban yang tidak mungkin disaksikan di tempat lain. Dalam sekelip mata, laut terbelah dan mendedahkan dasarnya. Tiada perkataan dapat menggambarkan ketakjuban melihat hidupan laut seperti kerang, kepah dan hidupan marin yang sebelum ini hidup di dasarnya, tiba-tiba timbul," kata pelancong tempatan, Cho Eun-Jun yang dipetik media tempatan, baru-baru ini.

Hakikatnya, tidak ramai yang tahu mengenai kewujudan fenomena itu sehinggalah pada 1975, apabila seorang duta Perancis ketika itu, Pierre Randi, melawat Korea Selatan dan menulis mengenainya dalam sebuah akhbar negaranya.

Namun, seperti juga banyak kejadian aneh lain, ada kisah atau kepercayaan rakyat tempatan di sebalik fenomena itu. Ia dikaitkan dengan sebuah kampung di Jindo yang diserang harimau yang menyebabkan penduduk berlari ke pulau Modo untuk berlindung. Malangnya, seorang wanita tua, Pong, yang tidak berdaya tertinggal. Dalam keadaan serba tersedak dia memohon bantuan Dewa Laut, yang kemudian memisahkan laut dan membantu wanita malang itu lari daripada haiwan liar berkenaan.

Apabila laut itu terbelah, ramai penduduk yang berlari ke Modo, memainkan gong dalam usaha mereka mencari wanita berkenaan. Dia, bagaimanapun meninggal dunia tetapi sebelum mati, wanita berkenaan sempat membisikkan: "Doaku dimakbulkan. Laluan laut terbuka dan aku dapat melihat kamu semua. Kini, harapanku sudah terlaksana. Aku boleh meninggal dengan tenang."

Nama asal daerah itu, Hodong, kemudian ditukar kepada Hoedong, bermakna 'Kampung Orang yang Kembali', bagi mengingati kisah Pong.

Selain di Korea, kejadian itu turut dipopularkan di Jepun, selepas penyanyi wanitanya, Dendo Yomishi, menghasilkan lagu fenomena Jindo itu pada 1996.

Kisah Nabi Musa belah samudera

Fenomena laut terbelah dua bukan perkara baru kerana ia pernah berlaku pada zaman Nabi Musa yang ketika membawa pengikutnya yang taat kepada Allah melarikan diri daripada kekejaman Firaun, pemerintah Mesir.

Namun begitu, besar perbezaan dengan apa yang berlaku di Korea Selatan kerana perkataan terbelah dan membelah itu sendiri membawa makna berlainan. Kejadian laut terbelah di Korea Selatan berpunca daripada faktor saintifik sedangkan keupayaan Nabi Musa membelah Laut Merah pada tanggal 10 Muharam dengan tongkatnya adalah disebabkan mukjizat yang dikurniakan Allah kepada baginda.

Kekejaman Firaun yang mengaku dirinya Tuhan sudah sampai di kemuncak, menyebabkan Nabi Musa membawa pengikutnya lari untuk mengelak daripada diseksa.

Pelarian membawa mereka ke tepi Laut Merah. Sekali pandang, Nabi Musa dan pengikut baginda bakal menjadi habuan kebuasan Firaun kerana terperangkap - di depan laut dan di belakang pula tentera Firaun semakin mendekati.

Namun Allah SWT mempunyai perancangan tersendiri untuk menyelamatkan Rasul serta makhluk-Nya yang beriman. Allah mengarahkan Nabi Musa mengetuk tongkat baginda, yang sebelum itu berjaya membuatkan ahli sihir Firaun ketakutan selepas menjelma menjadi ular besar menelan semua ular yang dijelmakan ahli sihir berkenaan, ke laut.

Dengan izin-Nya, Laut Merah itu terbelah dua, menyediakan laluan untuk Nabi Musa dan pengikut baginda menyeberang dengan selamat.

Firaun dan bala tenteranya yang ghairah mahu membunuh Nabi Musa dan pengikut baginda akhirnya masuk ke dalam perangkap maut apabila laut kembali bersatu sebaik mereka berada di tengah-tengah dan selepas Nabi Musa dan pengikut baginda sudah selamat tiba di tebing.

Bukti kejadian itu diungkap oleh seorang pakar arkeologi, Ron Wyatt, yang mendakwa menemui beberapa roda kenderaan perang purba di dasar Laut Merah. Katanya, ia mungkin sebahagian sisa kenderaan perang tentera Firaun yang tenggelam ketika mengejar Nabi Musa.

Katanya, selain roda kenderaan perang berkuda, Wyatt bersama pasukannya turut menemui tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama. Penemuan itu mengukuhkan dakwaan ia adalah sisa tulang tentera Firaun apatah lagi hasil kajian yang dilakukan di Universiti Stockholm ke atas tulang berkenaan mengesahkan ia berusia sekitar 3,500 tahun, sama waktu kejadian Nabi Musa membelah Laut Merah berlaku.

Apapun, kedua-dua kejadian itu berlaku atas kehendak Allah SWT yang cuma mengarahkan laut terbelah mengikut jadual, dan itulah yang akan terjadi. - beritaharian

adios

Fenomena Ikan Naik Ke Darat Di Lahad Datu Petanda Tsunami?
telokbakong.blogspot
aiyangdisayang.blogspot
Posted by Aiyang disayang
LAHAD DATU: Penduduk di Kampung Tambisan Darat, di sini, gempar apabila ribuan ikan 'naik' ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi.
Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit.
Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami.

Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini.

Semalam, jabatan terbabit mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.

GAMBAR-GAMBAR IKAN MENDARAT.ADAKAH FENOMENA TSUNAMI?
telokbakong.blogspot
wrlr.blogspot.
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR

LAHAD DATU-Fenomena aneh ini berlaku hari ini di Lahad Datu.Ramai yang membayangkan bahawa berlakunya gegran atau gelinciran dasar laut menyebabkan air laut panas.

Namun hanya ikan-ikan kecil yang muncul di permukaan seolah-olah kepanasan.

Orang ramai tidak melepaskan peluang bagi menangkap ikan yang timbul dan melompat kedaratan.Menurut penduduk di Lahad Datu, ianya juga kemungkinan fenomena ribut kerana kawasan Pulau Tambisan yang berdekatan selalu di landa ribut.

Kekuasan Tuhan tidak siapa akan menjangkanya, namun 26 disember 2004 , kawasan di Aceh, , Penang , Merbok Kedah , Phuket Thailand dan di Kepulauan Kecil di Selatan India , ikan2 besar dan kecil berdamparan naik ke panta.

Semua ini berlaku dgn tanda-tanda khusus dan jelas . Kesimpulan nya : semoga apa jua yang berlaku di Tambisan perlu diberi perhatian khusus dan serius . Namun perlu sama2 berdoa agar tiada suatu yg buruk yang mungkin berlaku di daerah kecil Lahad Datu ini

Maha suci Allah..jauhilah negara kami dari segala mala petaka. Teringat peristiwa tsunami bila banyak ikan dilaut menuju ke daratan.. Peristiwa ini berlaku pagi tadi di Lahad Datu Sabah
We are making changes based on your feedback, Thank you !
The Yahoo! Groups Product Blog
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: