4 New Messages
Digest #3794
Messages
Mon Dec 16, 2013 8:02 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Seorang Atlet Remaja Angkat Berat Maut Terbabit Kemalangan
Seorang Atlet Remaja Angkat Berat Maut Terbabit Kemalangan
Seorang atlet remaja kebangsaan yang pernah menerima pingat emas dalam kejohanan angkat berat 2013 maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas.
Comments
a.. Chan •
a.. Tu la bawa motor elok2 dijalan raya kalau tidak ni la padahnye
b.. Berani •
Semoga rohnya dirahmatullah dan ditempatkan dalam kalangan yang soleh. Insya-Allah.
c.. Murali •
May he rest in peace and honored.
d.. sindeh •
dah suratan takdir, apa nak d kato....semoga ROHnya tenang dari segalanya...
e.. Miah Abdullah •
kalau dha ajal . dah tertulis cara kematianya bgitu. .
f.. AV 15 •
RIP brother. May god clean all your sins and put your soul in heaven kingdom of His.
g.. AV 15 •
Abdrahman you re so mean. You wait for your judgemant day
h.. Rieta •
Innalillahi wainailaihi rojiun... Al Fatehah.. semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Yang Maha Kuasa amin
i.. Amir •
dah sampai ajal semoga roh beliau bersama-sama syuhadah
j.. ahmad •
Al-Fatihah
k.. Umiey •
al-fatihah.smoga roh beliau teng di sna.
l.. abdrahman •
could he was one of mat rempit
m.. abby •
rempit?
n.. Suvarna_Tropics •
சிவன் அமைதி ஒரு நல்ல இடத்தில் ஓய்வு அவரை ஆகலாம்
o.. Musridza Zek •
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fua
Mon Dec 16, 2013 8:04 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
RM2,000 Untuk Baiki Kenderaan Terjejas Banjir
telokbakong.
greenboc.blogspot
Posted by greenboc
Bah yang melanda daerah ini awal bulan ini, bagai 'malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih', dengan ada yang mengalami kerugian dan ada pula yang meraih rezeki tanpa perlu dicari.
Peribahasa itu menggambarkan keadaan di bengkel-bengkel membaiki kenderaan di daerah ini yang dipenuhi kenderaan bersalut lumpur, menunggu untuk dibaik pulih selepas ditenggelami banjir.
Tinjauan Bernama mendapati ada bengkel yang beroperasi sehingga lewat malam bagi memastikan kenderaan pelanggan dapat dibaik pulih pada kadar segera.
Pemilik bengkel, Hashim Abdul Rahman berkata dalam situasi biasa bengkelnya menyelenggara sekitar lapan kenderaan sehari, namun kini mencecah 20 buah.
"Ada kenderaan yang ditenggelami air sepenuhnya dan ada yang hanya separuh. Dari segi kos baik pulih pula bergantung kepada tahap kerosakan, namun lazimnya paling teruk ialah sekitar RM2,000," katanya kepada Bernama.
Menurut Hashim, bagi memastikan pelanggannya memahami kos yang perlu ditanggung, beliau akan memberi penjelasan mengenai alat ganti yang mungkin perlu ditukar serta kosnya.
"Saya akan lihat komponen yang terlibat, jika masih elok ia tidak perlu ditukar. Kadang-kadang saya perlu mencari alat ganti kenderaan sama ada di Kuantan atau Kuala Lumpur," katanya.
Sementara itu, pengurus pusat servis Agenda Cendana Sdn Bhd, Mohd Fadil Ahmad berkata pihaknya menawarkan diskaun kepada pemilik kenderaan Perodua yang terjejas atas dasar keprihatinan.
"Kami menawarkan potongan sehingga 50 peratus untuk upah yang dikenakan dan 20 peratus potongan bagi alat ganti yang digunakan dan harga istimewa ini hanyalah untuk pemilik kenderaan yang ditimpa musibah banjir," katanya.
Katanya dengan diskaun itu pelanggan hanya perlu membayar sekitar RM1,200 berbanding RM2,500 bagi kenderaan yang rosak teruk dan kurang daripada RM500 bagi kenderaan yang mengalami kerosakan kecil.
"Sehingga kini, kami menerima 90 kenderaan untuk dibaik pulih dan saya jangka bilangannya akan terus meningkat," katanya. - Bernama
Kereta tenggelam banjir, dua pesanan mekanik untuk anda!
kininews.blogspot.
Banjir kali ini yang berlaku di Pahang dan Kemaman,Terengganu amat besar. Banyak kenderaan yang tenggelam akibat musibah banjir tersebut, malah ada kenderaan yang tenggelam terus selama beberapa hari dalam banjir.
Ini pesanan dan nasihat dari pemilik bengkel kereta, Mohd Roslan Dol dari Kuantan Pahang yang hampir 20 tahun berpengalaman dalam membaiki kenderaan.
a.. Jangan sekali-kali menghidupkan enjin kenderaan tersebut kerana kerosakan lebih teruk boleh berlaku.
b.. Pastikan minyak gear tak bercampur air, malah lebih baik minyak gear dan minyak enjin diganti.
Pesanan admin, sabar dan jangan pandai-pandai melakukan sendiri kecuali anda sememangnya berkemahiran. Serahkan kepada yang pakar.
Juga kepada pembeli kereta "second-
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
Sent: Thursday, December 12, 2013 1:02 PM
Subject: Fw: Tips Jika Kereta Anda Ditenggelami Banjir
----- Original Message -----
From: Haron, Saipudin
Sent: Tuesday, December 10, 2013 8:52 AM
Subject: FW: Tips Jika Kereta Anda Ditenggelami Banjir
PENTING!!!
Tips Jika Kereta Anda Ditenggelami Banjir
Di Malaysia, kejadian banjir sering kali berlaku dan banyak rumah-rumah yang rosak, begitu juga dengan kenderaan. Ramai yang tidak mengetahui apa yang harus dilakukan sekiranya kereta anda ditenggelami oleh banjir yang melanda. Di sini disediakan beberapa tips penting yang perlu anda lakukan sekiranya keretaanda ditenggelami banjir.
1. Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk Enjin dan bahagian dalam kabin kereta,
2. Jangan cuba hidupkan enjin kereta. Tindakan ini biasanya akan menyebabnya supaya anda punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti.
3. Kos untuk sebuah kotak komputer bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis enjin kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi. Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan. Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti. Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranti kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.
4. Apabila sampai ke bengkel, baraikan kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.
5. Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air telah masuk ke dalam enjin. Periksa juga minyak enjin. Pastikan minyak enjin tidak bercampur air. Dan tidak terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya (biasanya 2 atau 3 hari). Boleh dihidupkan enjin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear belum diperiksa.
6. Sekiranya enjin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu. Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan bertukar menjadi warna air bandung (merah susu). Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 7-8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear.
Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah, minyak enjin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara (original).
---copy paste---
p/s : untuk kepastian sila tanya mekanik yang anda percayai
Mon Dec 16, 2013 8:06 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
INI TIPS UNTUK LANGGAR LAMPU MERAH TAPI POLIS TAK BERANI SAMAN
telokbakong.blogspot.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
telokbakong.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
Mon Dec 16, 2013 8:07 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Bapa datang ke lokasi sekatan jalan, cepuk anak
telokbakong.
blog-hangit.
Posted by hangit
a..
b.. Ibu bapa remaja berkenaan datang berhampiran persimpangan Jalan Shahbandar selepas mendapat tahu anaknya ditahan dalam sekatan jalan malam, awal pagi semalam.
BANDARAYA MELAKA - "Macam mana engkau boleh ada kat sini? Aku dah kata jangan keluar, duduk rumah!" kata seorang bapa sebelum mencepuk kepala anak lelakinya yang ditahan polis dalam sekatan jalan raya kerana menunggang motosikal tanpa lesen.
Remaja lelaki berusia 17 tahun itu dipukul dengan tangan apabila membangkitkan kemarahan bapanya yang berusia sekitar 40-an, selepas mengetahui dia tidak ke rumah ibu saudaranya di kawasan berhampiran rumah mereka di Kampung Lapan, Tengkera.
Sebaliknya, remaja terbabit melencong ke kawasan berhampiran tapak Eye On Malaysia.
Malah, ibunya yang berusia penghujung 30an berkata, anaknya keluar rumah kira-kira 11 malam menggunakan motosikal jenis Honda EX5 milik bapanya ke rumah adik ipar di kawasan sama tempat tinggal mereka dan memintanya pulang sebelum 12 tengah malam.
"Motosikal ini baru dibeli ayahnya seminggu lalu dan sejak itu, dia meminta izin ayahnya untuk menggunakannya, tapi dilarang kerana dia tidak ada lesen memandu.
"Tapi tadi (malam kelmarin) dia bagitahu nak keluar sekejap pergi ke rumah makciknya. Sampai 12 (tengah) malam dia tidak pulang. Bila saya telefon, dia kata dah kena tahan polis," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, malam kelmarin.
Menurut suri rumah itu, dia datang bersama suami yang membawa geran motosikal terbabit serta terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira lebih 200 meter untuk mencari lokasi anaknya ditahan kira-kira 2.15 pagi.
Sementara itu, menurut sumber, remaja berkenaan antara lapan penunggang motosikal yang ditahan kerana memandu tanpa lesen dalam Ops Samseng Jalanan dan Rempit, berhampiran persimpangan Jalan Shahbandar bermula jam 10 malam, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisoner Salehhudin Abd Rahman berkata, operasi dijalankan 25 anggota polis termasuk seorang pegawai dari Bahagian Trafik Melaka Tengah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.
"Operasi bermula 10 malam semalam (kelmarin) dan berakhir 4.45 pagi tadi (semalam) membabitkan sepasukan polis termasuk sembilan anggota trafik, 10 anggota Sukarelawan Polis Di Raja Malaysia (SPDRM) dan empat anggota dari unit peronda (MPV).
"Sebanyak 57 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, antaranya tiada nombor pendafataran, memandu tanpa lesen, cukai tamat tempoh dan tiada cermin sisi selepas pemeriksaan dibuat terhadap 98 buah motosikal dan 75 kereta," katanya.
Menurut Salehhudin, meskipun tiada tangkapan, sembilan motosikal turut disita dalam operasi terbabit./ sinarharian
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment