Wednesday, December 4, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3781[1 Attachment]

6 New Messages

Digest #3781
2
4
Fw: Titik Hitam Jam 3 Pagi by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: Hati-hati dengan peminta sedekah by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6
Fw: RAHSIA BILIK HOTEL by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Tue Dec 3, 2013 8:10 am (PST) . Posted by:

"bashah" bwasi

Antara Porsche yg laju giler dan pokok sebatang yg tak bergerak
Mana yg kuat ?
RIP Paul.

On Monday, December 2, 2013 12:00 AM, -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:

 

Paul Walker, Hero "The Fast
and the Furious" maut akibat kemalangan. 
telokbakong.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot.
Posted by Anak Sungai Derhaka
 

Pelakon Paul Walker, 40, yang terkenal
dengan filem "The Fast and the Furious" maut akibat kemalangan jalan raya pada
petang Sabtu, lapor portal hiburan terkemuka TMZ.

Menurut laporan portal itu, kejadian berlaku di Santa Clarita,
utara Los Angeles, Amerika Syarikat.

Memetik sumber, laporan itu mendakwa
pelakon itu berada di dalam sebiji kereta Porshe bersama pemandu kereta
tersebut, apabila beliau hilang kawalan dan melanggar sebatang
pokok.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kereta itu terus meletup dan terbakar
ekoran perlanggaran itu.

Namun demikian, identiti pemandu yang berada
bersama Walker tidak dapat disahkan lagi walaupun dilaporkan bahawa beliau turut
meninggal dunia.

Walker dilaporkan berada di Santa Clarita untuk
pertunjukan kereta amal sempena tragedi taufan di Filipina.

Walker
membintangi beberapa siri filem "The Fast and the Furious" bersama seorang lagi
pelakon terkemuka Van Diesel.

Ni laporan dari Portal TMZ

Paul Walker Dead at 40 In Fiery Car
Crash 

Paul Walker -- best known for his role in "The
Fast and the Furious" movies -- died Saturday afternoon after a single-car
accident and explosion in Southern California ... TMZ has learned.

The
accident happened in Santa Clarita -- north of Los Angeles -- and according to
multiple sources connected to Paul ... the actor was in a Porsche when the
driver somehow lost control and slammed into a post or a tree ... and then the
car burst into flames.

Several of our sources -- some who are still at
the scene of the accident -- tell us Paul and another person in the car were
killed.

Law enforcement is still on the scene, and we're told the L.A.
County Coroner's Office is on the way.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
At this point, it's unclear what caused the
accident, or who was behind the wheel when it happened.

Paul was 40 years
old.

Sources close to Paul tell us he was in Santa Clarita for a car show
to support the Philippines typhoon relief effort, and had gone for a ride with a
friend in a new Porsche GT. The accident happened during that test
spin.

Paul took a pic with a fan at the charity event, and the guy posted
it ... noting how happy Walker was just hours before the crash.

The fan added, "The world lost an angel
in Paul. He dedicated so much of his life to helping disadvantaged kids and
people who are in need. I'm gonna do whatever I can to keep Paul's goals for the
charity alive."~ TMZ

Ni
pulak gambar-gambar dari tempat kejadian..

 
Gambar terakhir Paul Walker

 

Tue Dec 3, 2013 8:40 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



PESALAH PERASUAH TIDAK PULA MEREKA BURU SEBEGINI RUPA
malaysiaberih.blogspot.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-

Sent: Tuesday, November 26, 2013 11:35 PM
Subject: Fw: Saman Trafik. Tips jika polis datang ke rumah anda!

Saman Trafik. Tips jika polis datang ke rumah anda!
telokbakong.blogspot
thecybersniper.blogspot
Dicatat oleh TheSniper

oleh: Zul Hazmi

POLIS MULAKAN OPERASI MENCARI PESALAH TRAFIK.

Ada dua perkara aku nak sebutkan.

Pertamanya aku bersetuju. Aku setuju Polis buat kerja Polis.

Kedua, ada banyak yang aku tak setuju.

a) Katanya Polis mencari orang yang ada 2 waran tangkap & 15 saman tertunggak.

Untuk Waran Tangkap tu aku setuju. Waran Tangkap tak perlu dua (2) tapi ada satu (1) pun dah cukup untuk Polis cari org yang ada waran tangkap. waran Tangkap perlu disempurnakan, iaitu Polis kena cari org yang ada waran tangkap yg dikeluarkan oleh Mahkamah. Memang itu kerja Polis iaitu laksanakan waran tangkap. Tapi kenapa target 2, sedangkan jika ada 1 pun wajib dicari.

15 saman tertunggak. Aku dah sebut kerap sangat dah bhw saman tak boleh tertunggak. saman hanya akan tertunggak bila Polis tak buat kerja. Kalau polis buat kerja, daftarkan saman di mahkamah, maka saman tidak akan tertunggak. Kerana setiap saman WAJIB hadir mahkamah, jika tidak hadir maka Mahkamah akan keluarkan waran tangkap. Polis kena sempurnakan waran tangkap & OKS hadir Mahkamah. Saman selesai. Tidak tertunggak.

Yang disebutkan tertunggak tu apa??? Saman atau notis??? kalau notis, ada beribu pun tak ada masalah sbb notis perlu disusuli dgn saman. Adakah Polis faham apa itu saman atau notis??? Selesaikan bab undang2 bagi faham dulu.

b) Katanya lagi operasi dan sekatan jalanraya dibuat untuk pesalah bayar saman.

Ini aku cukup tak setuju. Aku dah cakap banyak kali sangat dah SAMAN TAK PERLU BAYAR. Jadi kenapa dibuat operasi supaya org bayar??? Kenapa paksa orang bayar saman? Saman perlu ke Mahkamah bukan bayar. Kalau nak bayar, bayar di Mahkamah bila kes disebut.

c) Akan bawa pesalah ke balai untuk bayar saman, jika tak bayar akan dilepaskan dgn penjamin.

Aku tak jumpa ada undang-undang yg sebutkan Polis ada kuasa nak paksa orang bayar saman. Ada pulak kuasa untuk paksa org jamin diri sendiri untuk lepaskan tak bayar saman.

NASIHAT AKU kpd semua.... kalau Polis datang rumah bagitau ada saman tertunggak atau ada waran tangkap, mintak Polis tunjukkan bukti Waran Tangkap & Saman yang tertunggak tu...... Kalau Polis berkeras bawa ke Balai, ikut saja & buat laporan Polis di Balai Polis bhw Polis salah guna kuasa. Mana ada dalam undang-undang Polis boleh PAKSA orang bayar saman....

OPERASI MENCARI PESALAH TRAFIK. "The objective of the operation is to get the offenders to pay up," he stressed. SAC Mohd Fuad said the police had prepared the warrants of arrest for 251,000 traffic offenders. "We are going ahead with roadblocks mounted nationwide to arrest errant vehicle users from next week. After being arrested at a roadblock, the motorist will be brought to the police station and if he or she refuses to pay the summons, the person will be released on police bail with one surety," he said, adding that the police would then apply for a new court date for the individual to either challenge the case or plead for a lower fine.

1) "Objektis operasi ialah untuk orang bayar saman" - Polis sudah menjadi pengutip hutang yang bukan hutang. Saman TAK WAJIB BAYAR!!! berbuih mulut aku sebut. Berkali-kali aku cabar untuk buktikan kat mana tulis saman wajib bayar tapi sapa pon tak respon, tiba2 buat operasi suruh org bayar saman. Gila jenis apa nie?

2) SAC Mohd Fuad kata Polis sediakan waran tangkap utk 251 ribu pesalah trafik. - Hello...... Waran Tangkap dikeluarkan oleh mahkamah. 251 ribu tu waran tangkap bila punya tu??? Bila sebutan kes? Kenapa baru la ni kalot??? Dulu buat apa??

3) Nak tangkap orang di roadblock lps tu bawak ke balai, kalau tak mau bayar akan dilepaskan dgn seorg penjamin. Pesalah trafik atau org yg ada saman la ni dah mcm penjenayah berat. Siap cari, lancarkan operasi menggila..... Nak kuatkuasa undang-undang ka nak cari duit??? Aku harap semua jangan panik, jangan takut, Polis cuma buat kerja Polis tp kadang2 Polis pun tak faham kerja Polis, jadi kita pakat2 tolong Polis.

Kalau Polis kata kita ada saman, ada waran tangkap, kita mintak depa tunjuk. Kalau ada saman, bgtau Polis saya tak mau bayar tp saya nak pi Mahkamah. Encik Polis boleh bagi tarikh Mahkamah untuk kami pi.... Encik Polis jgn tak pi plk Mahkamah sebab susah payah mai cari kami... Encik pi la sama.... KITA PAKAT2 JUMPA DI MAHKAMAH.

Tue Dec 3, 2013 8:41 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

[TAZKIRAH] Empat Malaikat Yang Mendatangi Orang Sakit
greenboc.blogspot.
Posted by greenboc

Sakit adalah sunatullah, ketentuan dari Allah swt yang ditimpakan pada manusia.

Memang betul, tidak ada yang menginginkan jadi sakit. Tapi dalam Islam, seperti kita tahu, ada banyak hal yang tersembunyi di sebalik keadaan itu.

Kalau kita tahu sebenarnya tak ada alasan untuk sedih dan mengeluh ketika kita sedang sakit, kerana sebenarnya itu adalah kasih sayang Allah swt pada kita. Kita mengeluh saat sakit kerana kita tak tahu rahsianya.

Sakit, dalam bentuknya yang lain, itu harus disyukuri karena itu adalah bukti kasih sayang Allah pada kita. Allah mengutus 4 malaikat untuk selalu menjaga kita sewaktu sakit.

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu pada saat sihat dan pada saat waktu senangnya."

Sabda Rasulullah SAW tsb diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili. Dalam hadith yang lain Rasulullah bersabda :

"Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya."

Allah memerintahkan :

1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.

2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya

3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat lesi.

4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya, maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.

Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah sang hamba.

Namun untuk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa-dosanya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata : "Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?"

Allah menjawab: "Tidak baik bagi kemuliaanKu jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut ke dalam laut."

Dengan ini, maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW : "Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun."

"Tiada seorang mu'min yang ditimpa oleh lelah atau pe­nyakit, atau risau fikiran atau sedih hati, sampaipun jika terkena duri, melainkan semua penderitaan itu akan di­jadikan penebus dosanya oleh Allah," (HR Bukhari-Muslim).

"Jika sakit seorang hamba hingga tiga hari, maka keluar dari dosa-dosanya sebagaimana keadaannya ketika baru lahir dari kandungan ibunya," (HR Ath-Thabarani).

"Penyakit panas itu menjaga tiap mu'min dari neraka, dan panas semalam cukup dapat menebus dosa setahun," (HR Al-Qadha'i). -islampos

ULASAN GB

Justeru itu jangan mengeluh jangan bersedih jika kita ditimpa "sakit". Khabarkan berita gembira kepada sahabat, saudara atau sesiapa juga yang sedang sakit, bahawa Allah menyayanginya. Jangan diresahkan jangan ditangiskan jangan ditertawakan jika seseorang itu menderita sakit sekalipun mungkin kehilangan tangan, kaki, mata atau apa juga bahagian jasad... kerana Allah mencuci dosa-dosa yang ada sebelum dikembalikan roh yang suci itu kepadaNya.

Yang belum sakit itulah yang sepatutnya resah gelisah, kerana entah bila dosa-dosa itu bakal dicucikan, atau apakah kita menghadapNya nanti dengan penuh dosa untuk dicucikan di sana?

comments:

Anonymous said...

Saya juga terbaca satu hadis (lupa perawinya): Kalau seseorang muslim itu bersabar ketika sakit, maka Allah akan gugurkan dosanya seperti pokok mengugurkan daun-daunnya...wallahualam.

Anonymous said...
Cakap pasal sakit for those pernah sakit u all kena ingat salah satu punca kenapa firaun sanggup syirik kpd allah s.w.t sampai mengaku dirinya sebagai tuhan kerana dia tidak pernah jatuh sakit. Hanya sebab ini shj firaun sanggup anggap dirinya adalah tuhan.

U all fikirkanlah betapa dahsyatnya org yg tak prrnah sakit sampai blh syirik kpd allah s.w.t.

Tue Dec 3, 2013 8:44 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Titik Hitam Jam 3 Pagi
telokbakong.blogspot
aiyangdisayang.blogspot.
Posted by Aiyang disayang
Kuala Terengganu: Samun dan rogol. Itu kejadian malang menimpa dua wanita apabila bukan saja disamun malah dilarikan sebelum dirogol dalam kejadian di sebuah inap desa di Jalan Kenanga, Dungun, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 pagi ketika kedua-dua mangsa berusia 20-an bersama tiga rakan lelaki berusia 20-an dalam perjalanan pulang ke rumah.

Beliau berkata, sebaik tiba di kawasan Bukit Chantak, Dungun, kereta Proton Satria dinaiki mereka dihimpit dua kereta Honda dengan nombor pendaftaran WWW1861 dan sebuah lagi yang tidak dapat dikesan nombor pendaftarannya sebelum suspek mengarahkan mangsa memberhentikan kenderaan dengan memperkenalkan diri sebagai polis.

"Suspek kemudian mengarahkan mangsa mengikuti arahan mereka dengan seorang daripada mereka memandu kereta mangsa sebelum merampas lima telefon bimbit milik mangsa lalu beredar meninggalkan lokasi kejadian.

"Bagaimanapun, sebaik tiba di Kampung Durian Mentagau, Dungun kira-kira jam 4.15 pagi, suspek yang memandu kereta Proton Satria milik mangsa melanggar pula sebuah kereta Perodua Kancil dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun bersama abang dan kakak iparnya.

"Sebaik melanggar kenderaan itu, suspek turut melarikan wanita di dalam Perodua Kancil itu sebelum meninggalkan wanita itu kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian kedua. "Namun, suspek sempat menyamun sebuah telefon bimbit milik mangsa," katanya. dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, semalam.
Manoharan berkata, suspek sekali lagi memberhentikan kenderaan dan meninggalkan tiga lelaki bersama Proton Satria kira-kira empat kilometer dari lokasi mereka meninggalkan seorang wanita sebelum itu dan beredar bersama dua mangsa wanita yang dilarikan dalam kejadian pertama.

Katanya, kedua-dua wanita itu kemudiannya dirogol suspek utama berusia 31 tahun di sebuah inap desa sebelum mereka dirogol oleh dua lagi suspek yang tiba di inap desa beberapa jam kemudian.
"Bagaimanapun, kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam), dua mangsa berjaya melarikan diri ketika suspek berada di kawasan Kampung Durian Mentagau dipercayai untuk menukar nombor pendaftaran kereta bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

"Susulan maklumat daripada dua mangsa masing-masing bekerja sebagai pelayan dan pekerja di sebuah kedai telefon bimbit, gerakan mengesan kesemua suspek dijalankan sekali gus membawa kepada penahanan dua suspek termasuk suspek utama dan seorang warga Indonesia berusia 30-an di sebuah rumah di Kampung Gong Pasir, di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi (semalam).

"Hasil siasatan awal mendapati dua suspek yang ditahan ini turut merogol kedua-dua mangsa. Siasatan mendapati suspek utama turut mempunyai rekod jenayah membabitkan samun bersenjata sebelum ini," katanya sambil memaklumkan polis turut menemui sebuah kereta Honda dengan nombor pendaftaran WWW1861 di rumah berkenaan.

Manoharan berkata, kumpulan itu dikesan mula bertapak di Dungun dan Kemaman dengan menyasarkan lelaki dan wanita sebelum mangsa disamun dan dirogol. Katanya, selepas kejadian pertama dan kedua, suspek turut mengulangi jenayah sama apabila cuba melanggar sebuah kereta Honda Civic dinaiki pasangan suami isteri yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu. di lampu isyarat Bukit Teruna, Kijal kira-kira jam 1.55 pagi semalam.

"Namun, mangsa yang curiga dengan keadaan itu tidak memberhentikan keretanya sebelum melarikan diri," katanya.

Menurut Manoharan, pihaknya kini sedang memburu lima lagi suspek dengan identiti empat daripadanya sudah pun dikenal pasti. dan percaya pihaknya dapat menahan kesemua suspek dalam masa terdekat. Sehubungan itu, katanya, polis mengesan tiga lelaki dikenali sebagai Wan Zazaliala Wan Hussin atau Zaza, 32, (bekas polis) dari Kampung Baru Pasir Akar, Jertih, Besut; Mohd Nuzul Mohamad atau Nuzul, 27, dari Kampung Baru Kiri, Kemasik, Kemaman dan Nazlie Ali atau Naza, 26, Kampung Padang Merchang, Kuala Terengganu.

Tue Dec 3, 2013 8:44 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Hati-hati dengan peminta sedekah
telokbakong.blogspot
mimpi-senja.blogspot
by STONE525i
Attachments with this message:
1 of 1 File(s)

Tue Dec 3, 2013 8:44 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

RAHSIA BILIK HOTEL
malaysiaberih.blogspot
amrayy-lensa-assault.blogspot
Posted by amrayy lensa

5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita Tidak Tahu

Di sini ingin berkongsi tentang rahsia bilik hotel yang kita sendiri tidak tahu. Namun begitu, jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kita boleh membuat pilihan sendiri.

Jom baca di bawah ini.

Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik

Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.

Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik

Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.

Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.

Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa? Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.

Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.

Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?

Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik

Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel.

Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.Jom tengok.
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: