5 Messages
Digest #4066
Messages
Fri Nov 21, 2014 8:33 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Putrajaya mansuh subsidi RON95, diesel mulai 1 Dis
telokbakong.blogspot
mimpi-senja.blogspot
by Stone525i
Putrajaya akan memansuhkan subsidi untuk petrol RON95 dan diesel mulai 1 Disember.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek mengumumkan, mulai 1 Disember, penetapan harga runcit RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal, lapor Bernama.
Katanya, tiada lagi subsidi untuk RON95 dan diesel mulai 1 Disember kerana harga pasaran lebih rendah berbanding harga di pam.
Hasan berkata, penetapan harga RON95 dan diesel pada 1 Disember bergantung pada harga pasaran minyak dunia.
Berikut adalah kenyataan penuh Datuk Hasan Malek.
Dimaklumkan bahawa Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan bermula dari 1 Disember 2014, penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal (managed float). Kaedah ini adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sedia ada sejak Julai 2010.
Harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Automatic Price Mechanism (APM) sejak tahun 1983. Melalui APM, Kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu dimana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit. Walau bagaimanapun, melalui pengapungan terkawal (managed float) ini, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya. Ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya.
Sebagai contoh daripada 1 hingga 19 November 2014, purata harga RON95 di bawah APM menurun kepada RM2.27 seliter yang mana lebih rendah daripada harga runcit RM2.30 seliter. Dalam hal ini, Kerajaan akan memantau harga pasaran pada 20 hingga 31 November 2014 dan jumlah sebenar akan menentukan purata harga runcit pada bulan Disember. Jika trend ini berlarutan, adalah dijangkakan harga runcit RON95 bagi bulan Disember akan dikurangkan sewajarnya berdasarkan formula APM.
Pada masa ini harga runcit RON95 di stesen minyak adalah pada harga RM2.30 seliter dan diesel pada harga RM2.20 seliter. Mulai pada 1 Disember 2014, penetapan harga di stesen minyak akan bergantung kepada kaedah yang disebut di atas. Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos setiap masa dan kadar pertukaran matawang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel.
Keputusan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel dibuat berikutan kejayaan pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON97. Langkah ini membuktikan hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat menikmati manfaat sepenuhnya berikutan penurunan harga minyak mentah dunia.
Kajian bagi pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel ini telah dilaksanakan oleh Kerajaan sebelum memutuskan pelaksanaan kaedah ini.
Hapus subsidi RON95, diesel tindakan terkutuk & tidak bertanggungjawab
telokbakong.blogspot
keadilandaily.com
Posted by Keadilan Daily
(Oleh Rafizi Ramli)
Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan Dato' Seri Najib Razak dan pentadbiran beliau yang mengorbankan kebajikan dan kepentingan rakyat apabila subsidi petrol RON95 dan diesel dihapuskan sepenuhnya bermula 1 Disember 2014, seperti yang diumumkan sebentar tadi.
Persoalan subsidi petrol dan diesel di negara ini bukan terhad kepada keputusan ekonomi sama ada subsidi baik atau buruk untuk ekonomi negara. Prinsip yang lebih besar ialah sama ada kekayaan hasil minyak dan gas negara dikongsi bersama dengan rakyat, bukannya dibelanjakan sewenang-wenangnya oleh pemerintah di Putrajaya.
Melalui kaedah subsidi petrol dan diesel yang digunapakai selama berpuluh tahun, sebahagian dari kekayaan itu dikongsi terus dengan rakyat tanpa perlu menunggu peruntukan yang diputuskan oleh pemerintah di Putrajaya.
Dengan penghapusan subsidi petrol dan diesel, keseluruhan kekayaan hasil minyak dan gas dibolot sepenuhnya oleh Barisan Nasional. Mereka menentukan berapa peruntukan yang sampai kepada rakyat. Dalam keadaan pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak telah terbukti tidak berniat untuk menghapuskan rasuah malah diburukkan lagi dengan skandal 1MDB dan lain-lain, penghapusan subsidi ini bermakna kekayaan hasil minyak dan gas dipusatkan sepenuhnya bagi membiayai segala pembaziran dan rasuah yang kian berlaku oleh pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak.
Saya menolak sepenuhnya penghapusan subsidi petrol dan diesel ini dan berazam akan terus bersama-sama aktivis dan rakyat menuntut harga minyak diturunkan bermula dengan demonstrasi #turunhargaminyak pada 31 Disember 2014. Dengan pengumuman Barisan Nasional pada hari ini, demonstrasi pada 31 Disember 2014 akan turut menuntut supaya sistem subsidi dikembalikan.
Sementara menunggu tekanan dari rakyat mengembalikan sistem subsidi petrol dan diesel, saya juga mendesak Dato' Seri Najib Tun Razak berlaku adil dengan rakyat dengan serta-merta mengumumkan perkara-perkara berikut:
1. Membatalkan hasrat menetapkan harga petrol dan diesel melalui sistem apungan harga terkawal (managed floating pricing system) sebaliknya membenarkan syarikat-syarikat minyak menetapkan harga petrol RON95 dan diesel masing-masing tertakluk kepada harga siling. Dengan cara ini, rakyat akan dapat memilih untuk membeli minyak pada harga paling rendah, bukannya yang ditetapkan oleh kerajaan. Ia juga memberi insentif kepada syarikat-syarikat minyak supaya lebih cekap dan tidak hanya bergantung kepada perlindungan kerajaan melalui harga seragam seperti yang berlaku sekarang. Melalui cara ini iaitu melaksanakan harga terbuka, syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan pimpinan Barisan Nasional seperti PETRON akan mengalami kesukaran untuk bersaing kerana mereka bukanlah syarikat minyak yang mempunyai operasi berintegrasi di hiliran dan huluan;
2. Mengumumkan penghapusan cukai eksais kereta secara berperingkat untuk memastikan harga kereta akan lebih selari dengan harga pasaran seperti yang dibayar oleh pengguna di negara-negara lain. Selama ini Barisan Nasional memberi alasan rakyat terpaksa membayar cukai eksais kereta yang tinggi kerana kerajaan memberikan subsidi petrol dan diesel, alasan ini kini tidak boleh digunapakai. Jika harga petrol dan diesel ditetapkan mengikut kos dan pasaran, maka harga kereta juga perlulah mengikut harga pasaran.
Kegagalan atau keengganan Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan kedua-dua perkara di atas bermakna beliau mengundang kemarahan rakyat. Jika cukai-cukai kereta tidak dihapuskan, pentadbiran beliau dijangka mengutip RM17.3 bilion dari rakyat bagi segala jenis cukai kenderaan tahun depan tanpa sedikit pun dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk subsidi.
Apa pun alasan Dato' Seri Najib Tun Razak selepas ini, saya menyeru semua rakyat, NGO dan aktivis untuk turun beramai-ramai pada 31 Disember 2014 untuk menuntut #turunhargaminyak dan dikembalikan sistem subsidi.
* Rafizi adalah Naib Presiden/Setiausaha Agung KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Pandan
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=64226

Fri Nov 21, 2014 8:34 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Langgar Jiran Sampai Mati Gara-Gara Sampah
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM
Georgetown: Seorang wanita maut dilanggar dan digilis kereta jirannya selepas mereka bertengkar dalam kejadian di flet Desa Intan, Bandar Baru, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa Lee Seok Pheng, 47, mati di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana mengalami kecederaan teruk di badan.
Ketika itu, suspek berada dalam kereta dan mangsa bersama suami cuba menegur perbuatan jirannya itu yang membuang sampah di kawasan rumah mereka.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berang selepas ditegur dan memandu keretanya secara melulu sebelum melanggar mangsa.

"Suspek cuba melarikan diri bagaimanapun dia dikejar orang ramai yang melihat kejadian itu.
"Dia kemudiannya berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis," katanya ketika dihubungi.
bloglist-malaysia.

Fri Nov 21, 2014 8:36 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
BENARKAH KWSP CARI JALAN STABILKAN KANTUNG ,Pengeluaran KWSP Umur 55 Tahun Naik Kepada 60 Tahun?
bloglist-malaysia.blogspot
pkrl.blogspot
Pengeluaran KWSP Umur 55 Tahun Naik Kepada 60 Tahun. KWSP Cari Jalan Stabilkan Kantung. Apa Respon Pencarum EPF?
Pengeluaran KWSP Umur 55 Tahun Naik Kepada 60 Tahun. KWSP Cari Jalan Stabilkan Kantung. Apa Respon Pencarum EPF? : Melalui sistem yang dibuat oleh KWSP Malaysia (EPF) sekarang ini, pencarum diberikan pilihan membuat caruman KWSP sehingga ke umur maksimum 75 tahun.
Manakala jikalau anda mempunyai perancangan untuk beli rumah, untuk pendidikan atau ansuran bulanan pinjaman contohnya anda dibenarkan untuk membuat pengeluaran dari akaun 2 KWSP anda. Anda juga dibenarkan untuk membuat pengeluaran akaun 2 EPF ketika berumur 50 dan anda boleh mengeluarkan kesemua duit EPF anda ketika berumur 55 tahun. Tetapi…..
Tetapi, nampaknya pihak KWSP Malaysia sudah berkira-kira untuk menaikkan & melanjutkan had umur yang dibenarkan kepada anda untuk membuat pengeluaran KWSP keseluruhan simpanan persaraan anda kepada 60 tahun. Anda mampu bersabar sehingga ke peringkat umur ini untuk merasa duit hasil keringat dan usaha keras anda selama ini?
Mengapa pula menjadi begini? Jikalau dalam bahasa dan kenyataan ang diungkapkan di media pastinya KWSP cukup risau dengan cara bagaimana kalangan pencarum mengggunakan duit itu kelak di hari tua selepas habis mengeluarkan duit daripada dalam kantung KWSP. Itu kata mereka.
Tetapi hakikatnya, dengan menaikkan had umur pengeluaran keseluruhan KWSP bakal menstabilkan semula kantung KWSP selepas pinjaman yang dibuat oleh kalangan GLC daripada KWSP, tidak mampu dibayar pada waktu yang ditetapkan dan juga bagi tujuan membantu kalangan GLC yang "sudah nyawa-nyawa ikan". Itu sebablah kita melihat pelbagai skim dan program yang diperkenalkan oleh pihak KWSP Malaysia bagi mencari jalan sebanyak mana yang boleh untuk menstabilkan kembali dana mereka.KLIK SINI : Pengeluaran KWSP Dikekalkan Pada Umur 55 Tahun
Pengeluaran KWSP Umur 55 Tahun Naik Kepada 60 Tahun. Pencarum Setuju?
Sepatutnya itu adalah duit pencarum, tanya kepada kalangan pencarum apa yang dimahukan mereka? Bagi pilihan 50, 55, 60 dan 65…sekurang-kurangnya pencarum diberikan kebebesan untuk merasai hasil titik peluh mereka selama ini. Samada kalangan pencarum mahu berjoli atau tidak dengan duit tersebut. Itu bukan hak dan urusan KWSP untuk menahan duit tersebut daripada dikeluarkan kesemuanya daripada tangan anda. Setiap pencarum ada perancangan mereka sendiri dengan duit mereka.
Cukuplah ditahan duit sehingga umur 55 tahun dengan kadar dividen yang cukup kecil. Jangan ditambah masa dan penantian kalangan pencarum lagi. Apa respon anda pula dengan cadangan terbaru daripada KWSP Malaysia kali ini? ~BS
KONGSIKAN & SEBARKAN...
ulasan:
Tanpa Nama berkata...
No way no jalan! Siharamjadah yang terlibat dalam perancangan ini semoga ditimpakan laknat serta kehancuran serta mampus dilanggar lori babi termasuk lah anak bini mak bapak nenek dan hatok yang mana mereka akan diserang wabak ebola serta taun dan puki serta lacau keturunanya dijangkiti penyakit siflis dan VD juga keturunanya yang jantan akan menjadi bapok meniaga lubang jubor serta anak perempuanya akan dirogol oleh negro Nigeria dan bininya menjadi pelacur di lorong Haji Taib serta menjadi penagih dadah dan akhirya mampus macam anjing kurap! Kah kah kah..

Fri Nov 21, 2014 8:37 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
AWAS TAKTIK TERBARU CURI PLAT KERETA PAMIR DAN SAMUN.
bloglist-malaysia.blogspot
blogtauhusumbat.blogspot.
Awas Sekiranya Anda Ditayangkan No Plat Kereta Anda…
Pelbagai kaedah digunakan penjenayah untuk melakukan kegiatan curi kereta dan samun. Terbaharu, kiriman WhatsApp yang kami terima mendedahkan taktik mengekori dan mencabut nombor plat pendaftaran kereta mangsa.
Difahamkan, modus operandi penjenayah bermula dengan mengekori hingga kenderaan mangsa diparkir di sesuatu tempat. Sejurus mangsa meninggalkan kenderaan, penjenayah akan menanggalkan no plat pendaftaran kenderaan mangsa.
Sebaik tiba, mangsa biasanya akan terus menaiki kenderaan dan bergerak tanpa memeriksa lanjut.
Maka di sinilah bermula, taktik kotor.
Mulanya penjenayah akan mengekori dan memotong kenderaan mangsa sambil menunjukkan no plat pendaftaran yang kononnya tercabut dan mahu dipulangkan.
Namun, di saat mangsa memberhentikan kenderaan dan hendak keluar bagi mengambil no plat berkenaan, penjenayah akan terus meluru sambil mengacu pistol dan ketika itu segala-galanya sudah terlambat.
Penjenayah tersebut bukan sahaja berkemungkinan merampas kenderaan, bahkan mungkin menculik mangsa bersama.
Taktik ini sememangnya licik kerana orang ramai pasti tidak mudah perasan satu jenayah sedang berlaku memandangkan mangsa sendiri yang memberhentikan kenderaan.
Jadi selepas ini jika terdapat individu memotong kenderaan lalu menayang no plat kereta anda sambil meminta supaya berhenti.. awas! Ia mungkin penjenayah yang sedang menjadikan anda target terbaharu mereka. Sumber Cari.com POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT
bloglist-malaysia.
blogtauhusumbat.

Bila pula Najib nak umum minyak orang miskin bagi turun nie?
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
Rafizi: Najib wajar umum harga RON95, diesel turun
RAFIZI RAMLI
PENGUMUMAN harga RON97 turun sebanyak 20 sen semalam membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan pentadbirannya tahu kemarahan rakyat yang semakin memuncak apabila harga petrol dan diesel tetap tidak turun sedangkan harga minyak mentah di pasaran dunia telah jatuh sebanyak 20 peratus sejak dua bulan lalu.
Pada harga minyak mentah di pasaran dunia yang berlegar sekitar AS$80 setong, harga pasaran (tanpa subsidi) bagi RON95 ialah RM2.43 seliter sementara harga pasaran (tanpa subsidi) bagi diesel ialah RM2.32 seliter.
Dengan harga RON95 dan diesel yang ditetapkan oleh BN pada harga RM2.30 seliter (RON95) dan RM2.20 seliter (diesel), subsidi bagi setiap liter petrol RON95 adalah 13 sen dan diesel adalah 12 sen.
Dengan unjuran harga minyak mentah dunia kekal sekitar AS$70 hingga AS$80 setong bagi tahun 2015, sebenarnya tanggungan subsidi petrol dan diesel oleh Kerajaan Persekutuan hanyalah RM2 bilion bagi tahun 2015.
Jumlah subsidi ini adalah penjimatan sebanyak RM11 bilion bagi tahun 2015 dan penjimatan RM2 bilion bagi suku terakhir 2014.
Penjimatan ini wajar dipulangkan kepada rakyat dan bukannya disalurkan kepada projek-projek BN yang tidak memanfaatkan rakyat biasa.
Oleh yang demikian, saya tetap dengan pengumuman semalam bahawa sekiranya harga RON95 dan diesel tidak turun menjelang 1 Disember 2014, PKR akan menggerakkan kempen menuntut #turunhargaminyak yang akan memuncak dengan satu demonstrasi pada 31 Disember 2014.
Jalan keluar yang menang-menang (win-win) bagi Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dengan mengumumkan penurunan harga petrol RON95 dan diesel semasa Perhimpunan Agung Umno minggu depan.
Saya pasti pengumuman itu akan mengurangkan juga kritikan dalaman terhadap beliau dan membantu populariti beliau di kalangan rakyat yang semakin merudum.
Sementara itu, saya akan mula menyusun kempen untuk memastikan demonstrasi pada 31 Disember 2014 nanti akan mendapat kehadiran besar dengan memulakan kempen di media sosial sebelum menjelajah negara bermula 1 Disember 2014 sekiranya harga petrol RON95 dan diesel belum turun.
RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong PKR
Ahli Parlimen Pandan
19 November 2014

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments:
Post a Comment