Sunday, November 9, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4053[1 Attachment]

6 Messages

Digest #4053

Messages

Sat Nov 8, 2014 8:06 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

IKLAN AMARAN MEROKOK THAILAND MEMANG GANAS
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Amacam sentap tak? Kah3....

Sat Nov 8, 2014 8:08 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Curi Motor Dan Dibogelkan, Ini Penjelasan Kariah Masjid

selatanonline.net
Posted by AbuJihad

Rentetan dari tersebarnya gambar tersebut di dalam media sosial banyak pihakan telah mempersalahkan jemaah masjid termasuk dengan Imam serta AJK Masjid.

Kerana ramai yang beranggapan suspek tersebut telah dipukul oleh kariah masjid tersebut disebabkan dalam gambar yang tersebar kelihatan jemaah Masjid turut berada disitu.

Persepsi yang timbul dari gambar tersebut ialah suspek dibelasah dan diaibkan oleh jemaah Masjid sendiri..

Bagaimanapun ahli kariah Masjid tersebut menafikan mereka yang memukul suspek, berikut adalah penjelasannya..

Salam hormat...
penjelasan mengenai kes curi motor di Masjid Mukim Pauh 5 semalam (4.11.2014)

Dato/Datin/Tuan/Puan/
Ramai yg mendakwa bahawa suspek telah dipukul dan dan ditelanjangkan oleh jemaah Masjid.
Untuk pengetahuan semua, suspek telah ditangkap oleh salah seorang ahli jemaah yg datang lewat utk solat isya..
Oleh kerana solat berjemaah sedang berada dirakaat akhir dan jemaah belum selesai melaksanakan solat, suspek telah dibawa keluar dari kawasan masjid dan pergi ke tepi jalan ditempat yang ada orang...
Suspek curi telah dipukul di luar kawasan masjid dan semakin ramai orang datang memukulnya termasuk pengguna jalanraya.
Sedikit pun tidak ada kaitan dengan imam dan Ahli jemaah yg lain. Ahli jemaah masjid hanya datang selepas suspek telah dipukul oleh orang ramai...
Akhirnya, saya tegaskan disini perbuatan memukul dan menelanjangkan pencuri motor itu bukanlah perbuatan Imam dan ahli jemaah seperti yg telah didakwa di WhatsApp, Telegram, Fesbuk dan lain2 laman sosial.
Akhir kata.. Siasatlah dulu Sebelum menghukum.
Muda2an kita semua dilindungi Allah..

Oleh: ahli Qaryah Pauh Lima.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-

Sent: Wednesday, November 05, 2014 11:37 PM
Subject: Fw: Dibogelkan Di Khalayak Ramai Akibat Curi Motosikal

Remaja Dibogelkan Di Khalayak Ramai Akibat Curi Motosikal

bloglist-malaysia.blogspot.
depalma-sp.blogspot
By Famili Ceria

Remaja Dibogelkan Di Khalayak Ramai Akibat Curi Motosikal, Pencuri Motosikal Dibogelkan Di Khalayak Ramai -

Assalamualaikum, remaja ini dilaporkan ditangkap dalam cubaan mencuri motor, dan dibogelkan di hadapan penduduk sekitar. Kejadian ini tidak sepatutnya berlaku, walaupun mencuri itu satu kesalahan. Tindakan ini bukan sahaja memalukan pesalah dan keluarga, malah menyebabkan masyarakat semakin berani menghukum dengan tangan mereka sendiri. Wajarkah tindakan ini berlaku dalam masyarakat kita dalam menangani kecurian motosikal? haa..ce jawab kat ruangan komen di bawah.

Comments
XUMNO
Yang pak2 haji sama2 menonton kekejaman yang dilakukan ke atas pencuri tersebut patut dicampakkan ke neraka!! Dahlah budak tu dibelasah sampai berdarah, kenapa mesti diaibkan dia begitu rupa??? Perbuatan penduduk tersebut lebih zalim dari perbuatan mencuri tersebut.

Anonymous
pak ustaz pun ade.......ke puak isil ni

Anonymous
Bersahaja pak2 lebai tengok pencuri yg di aibkan. W/pun mencuri takanlah diaibkan sebegitu rupa. Tangkap serah kpd pihak polis habis cerita.Nak belasah sikit2 tu xpa sbgai pengajaran.

Anonymous
Untuk mencuri itu oilihan masing masing, tetapi mangsa ta ada pilihan

Ummi Naimie

Menjadi hakim sendiri...

Anonymous

Kita kesian kat pencuri tapi pencuri tak kesian dekat kita. Dua buah motor saya kena curi. Yang pertama belum habis bayar. Nak pergi kerja punya pasal beli satu lagi. Baru berapa bulan kena curi lagi. Orang tak pernah merasa tak tahu macam mana peritnya. Kena telanjang siksanya orang nampak tapi tak kena tanggung hutang dan ikat perut siapa yang tahu.

Anonymous

Bila tgh marah mcm2 boleh berlaku... tak perlu dibogelkan tapi blasah asal tak mati sudah. Bnyk sgt terjadi kes curi, jadi, itu habuannya
Anonymous

Salam. Itu cikit je.. Kalau saya dh ada 4 orang saksi. Potong tangan je.. Laksana hukum ALLAH. Baru orang lain tak berani lgi. Kalau serah kat polis. 2 mingu keluar lokap dan ia mencuri lagi. Kita orang islam tapi mengaku islam tapi hukum hudud di tentang . itulah orang yang mengaku islam tapi bertopengkan syaitan

Anonymous

spai 2 buah moto ang kna curi no....cian...ang 2 bengap xqeti2 nk amek pgajaran dri kes prtama....

Anonymous

Nak kata orang bengap tengok keadaan dulu. Saya bukan orang kaya tinggal kat banglo. Tinggal kat flat, moto tinggal kat bawah. Malam2 takkan nak tido dengan motor kot.Motor dengan kunci, rantai mangga semua kena angkut.Orang yang kata orang bengap tolong hati-hati. Mana tau isok2 hari awak pula

Anonymous

Ko tu cerdik sgt?

Anonymous

Memang nampak kejam, tetapi rakyat sudah bosan hidup dlm ketakutan.Na harapkan polis ta tahu lah polis buat apa.

Berapa bnyk kes curi, samun, pecah rumah dll.rakyat dah bosan.

Orang yang belum jadi mangsa boleh ckp macam, yang dah alami bila leher di letak parang dan istri di cabul depan mata baru tahu
Anonymous

Untuk mencuri itu pilihan masing.Tetapi mangsa tiada pilihan

Anonymous

Walau marah macam mana sekali pun, serahkan aje pada pihak Polis untuk kenakan tindakan undang2. Tak perlu dibelasah dan diaibkan sebegitu rupa. Sudah la dibelasah diaibkan pulak sebegitu rupa. Jadi macam show bogel di masjid pulak. Pak2 Aji pulak tu penontonnya. Ada yang siap ambil gambar kemaluan dia gunakan hp. Nak sebarkan di laman2 sosial ke? Islam tak ajar suruh buat begitu. Kita kena la ada perasaan malu sikit.

Anonymous

Saya sokong nk jalankan hudud. Biar padan muka pencuri. Ayah saya baru tak sampai 2 jam beli motor. Dari kedai motor ayah menaiki motor terus ke masjid. Tujuanya hendak sembahyang asar. Selepas sembahyang terus ke parking motor tiba tiba motor ta ada yang ada hanyalah anak kunci di dalam poket. Kalau sesiapa tak kena curi motor bolehlah cakap. Tapi mangsa mcamana. Tolong fikir mangsa jangan fikir pencuri

Anonymous

agak2 lah pak aji kalau pencuri pun tak kan smpai dibogel kan, kalau pak aji & penduduk kampung lelaki tu tak malu ke bogel kan org utk ditonton macm tu..atau pak aji ni ada yang gay kut.. kahkahkah.. aku harap pihak berkuasa patut ambil tindakan terhadap mereka terlibat buat hukum sendiri macam ni..

Sat Nov 8, 2014 8:09 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

JPJ KAJI SEMULA OPERASI NOMBOR PLAT DAN LAMPU STROBE.
bloglist-malaysia.blogspot
blogtauhusumbat.blogspot
POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT

KEMAMAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menilai semula keberkesanan operasi khas yang dilancarkan sejak 1 November lepas bagi membanteras penggunaan lampu strobe, lampu HID dan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, penilaian terperinci sama ada operasi berkenaan diteruskan atau dihentikan akan diputuskan selepas operasi sebulan itu berakhir 30 November ini.

Dalam tempoh seminggu operasi itu, sebanyak 5,515 saman telah dikeluarkan terhadap tiga kesalahan itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya operasi bersepadu itu bukan untuk mencari kesalahan pengguna dan penguatkuasaan semata-mata malah ia lebih kepada mendidik pemandu mematuhi peraturan ketika berada di jalan raya.

Operasi itu turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Darat Awam (SPAD).

Ismail berkata, JPJ meneruskan penguatkuasaan dengan cara mendidik merupakan satu inisiatif untuk mengurangkan kadar kemalangan maut.

Beliau berkata, pihaknya menjangka sebanyak 10,716 nyawa akan melayang di atas jalan raya akibat kemalangan menjelang 2020.

"Jadi kita meneruskan penguatkuasaan dengan cara mendidik agar jumlah kematian itu dapat dikurangkan kepada angka 5,358 orang setahun dalam tempoh yang sama," katanya. - Bernama.

Apakah pula kaitan nombor plat dan kemalangan?

Sat Nov 8, 2014 8:10 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kenapa puting beliung hanya di Kedah..?????
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Pertama sekali, secara saintifiknya, saya pun tak tahu. Malah Pakar Meteorologi pun tak tahu nak explain. Jika ia fenomena alam akibat perubahan cuaca, kenapa hanya di Kedah? Adakah hanya Kedah mengalami perubahan cuaca?

2) Kerosakan akibat 3 puting beliung yang melanda Kedah tidak sedikit. Namun jika dibanding dengan taufan yang melanda negara luar, ia lebih mengerikan.

3) Jika Pakar Meterologi pun tak tahu nak jawab, malah tanya kita balik, maka satu-satu jalan untuk mengetahuinya puncanya adalah dengan cara mengkaji asal usul puting beliung, yakni siapakah yang menjadikan puting-beliung.

4) Dengan itu tahulah kita, Tuhan yang mencipta alam semesta inilah, yang menjadikan puting beliung tersebut, dan menghantarnya ke negeri jelapang padi itu.

5) Persoalan yg timbul lagi, kenapa Tuhan menghantarnya ke Kedah? Pelbagai spekulasi boleh diandai. Ada yang mengatakan ia adalah bala peringatan daripada Tuhan kepada penduduk Kedah dan Malaysia amnya.

6) Untuk mengatakan ia fenomena alam, sudah tidak relevan, kerana Pakar pun tak reti explain, malah pakar itu juga berkata tiada teknologi dalam sistem kaji cuaca - dalam dan luar negara yang mampu mengesan punca dan bagaimana ia terbentuk.

7) Maka kita letakkan keimanan, bahawa itulah bala dan peringatan daripada Tuhan yang sentiasa melihat kerja buat kita. Dia tidak tidur dan tidak mengantuk. Dia tidak lalai sekali-kali daripada mengetahui amalan hamba-hambaNya.

8 ) Apa yang orang Kedah dah buat, sehingga Tuhan menghantar puting beliung?

Wallahu a'lam...

p/s: yang degil untuk tunduk dan mengaku kesilapan, akan terus merapu mencari reason saintifik....

Sat Nov 8, 2014 8:11 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

[PENGAJARAN] Cermin Kereta Penyampai Radio Dipecahkan Penjenayah
greenboc.blogspot
Posted by Green Boc

Penyampai Radio Sinar FM iaitu Feeya Iskandar nyaris disamun oleh dua orang penunggang motosikal yang cuba memecahkan cermin keretanya ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Astro, Bukit Jalil dekat sini pada Jumaat.

Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan, 24, berkata, individu dipercaya sudah melihat beg mekap yang diletakkan pada kerusi hadapan penumpang lalu cuba memecahkan cermin keretanya jenis Mitsubishi ASX ketika dia sedang berhenti menunggu isyarat lampu merah di satu persimpangan jalan di Bukit Jalil.

"Saya sedang berhenti kerana lampu merah tiba-tiba terdengar satu bunyi yang kuat. Pada mula saya sangka ada berlaku kemalangan dan selepas saya lihat sebelah kiri cermin kereta saya sudah retak.

"Selepas itu, mereka cuba sekali lagi untuk mengetuk cermin tetapi gagal, mereka terus melarikan diri," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Feeya berkata, dia bernasib baik kerana tiada sebarang barang miliknya berjaya diambil oleh penjenayah tersebut.

Keadaan cermin kereta milik Feeya yang cuba dipecahkan penjenayah.

Dalam pada itu, Feeya mengakui beg alat solek yang diletakkan di sebelah tempat duduk penumpang menjadi punca kejadian tersebut.

"Cermin kereta saya tiada penapis udara dan mungkin mereka nampak beg alat solek di sebelah tempat duduk penumpang itu membuatkan mereka cuba memecahkan cermin itu. Alhamdulillah, nasib baik mereka tidak berjaya pecahkan cermin kereta dan ambil barang-barang saya," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang kejadian itu, Feeya berkata, dia terkejut dan mengigil ketika berhadapan situasi berkenaan. Dia juga masih trauma kerana pertama kali berhadapan dengan keadaan tersebut.

"Saya sangat terkejut dan menggigil takut kerana saya seorang sahaja dalam kereta dan di jalan raya pun tidak banyak kereta ketika kejadian itu. Mujur mereka terus berlalu selepas gagal pecahkan cermin kereta.

"Saya terpaksa keudara lambat sedikit hari ini sebab buat laporan dulu di Balai Polis Sungai Besi, ini pun masih lagi terkejut dan menggigil," ujarnya.

Feeya ke udara setiap hari pukul 3 hingga 7 petang di slot Santai Sinar, Sinar FM. -MSTAR

ULASAN GB

Ada pengajaran di sana.

Jangan letakkan beg tangan atau apa-apa benda yang berharga di kerusi hadapan atau di tempat yang boleh dilihat dari luar. Ia mengundang perhatian penjenayah bermotorsikal.

comments:
Anonymous said...
amankah Malaysia?

Sat Nov 8, 2014 8:54 pm (PST) . Posted by:

cirit3

Sepatutnya...dari kerajaan abis duit buat AES bagi mereka pasang
cctv dikawasan yg selalu kena....aku baru ni pun abis pecah
cermin kereta(masalahnya mereka pecahkan cermin pintu depan dan
belakang) masa solat jumaat kat Klang Gate...‎apa beg pun
tak ada dlm kereta aku tu
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
From: '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]Sent:
Sunday, 9 November 2014 12:11To: zzxmelayucyberReply To:
automobil@yahoogroups.comSubject: www.groupautomobil.blogspot.com
- Fw: Cermin Kereta Penyampai Radio Dipecahkan Penjenayah


[PENGAJARAN] Cermin Kereta Penyampai Radio Dipecahkan Penjenayah
<http://greenboc.blogspot.com/2014/11/pengajaran-cermin-kereta-pe\
nyampai.html> greenboc.blogspot Posted by Green Boc


<http://3.bp.blogspot.com/-ETti4xMiBl4/VFzFodLVMwI/AAAAAAABvp4/ny\
7pxdE636I/s1600/FEEYA.jpg> Penyampai Radio Sinar FM iaitu Feeya
Iskandar nyaris disamun oleh dua orang penunggang motosikal yang
cuba memecahkan cermin keretanya ketika dia dalam perjalanan ke
tempat kerjanya di Astro, Bukit Jalil dekat sini pada Jumaat.

Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan, 24,
berkata, individu dipercaya sudah melihat beg mekap yang
diletakkan pada kerusi hadapan penumpang lalu cuba memecahkan
cermin keretanya jenis Mitsubishi ASX ketika dia sedang berhenti
menunggu isyarat lampu merah di satu persimpangan jalan di Bukit
Jalil.

"Saya sedang berhenti kerana lampu merah tiba-tiba terdengar
satu bunyi yang kuat. Pada mula saya sangka ada berlaku
kemalangan dan selepas saya lihat sebelah kiri cermin kereta
saya sudah retak.

"Selepas itu, mereka cuba sekali lagi untuk mengetuk cermin
tetapi gagal, mereka terus melarikan diri," ujarnya ketika
dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Feeya berkata, dia bernasib baik kerana tiada sebarang barang
miliknya berjaya diambil oleh penjenayah tersebut.

Keadaan cermin kereta milik Feeya yang cuba dipecahkan
penjenayah.

Dalam pada itu, Feeya mengakui beg alat solek yang diletakkan di
sebelah tempat duduk penumpang menjadi punca kejadian tersebut.

"Cermin kereta saya tiada penapis udara dan mungkin mereka
nampak beg alat solek di sebelah tempat duduk penumpang itu
membuatkan mereka cuba memecahkan cermin itu. Alhamdulillah,
nasib baik mereka tidak berjaya pecahkan cermin kereta dan ambil
barang-barang saya," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang kejadian itu, Feeya berkata, dia
terkejut dan mengigil ketika berhadapan situasi berkenaan. Dia
juga masih trauma kerana pertama kali berhadapan dengan keadaan
tersebut.

"Saya sangat terkejut dan menggigil takut kerana saya seorang
sahaja dalam kereta dan di jalan raya pun tidak banyak kereta
ketika kejadian itu. Mujur mereka terus berlalu selepas gagal
pecahkan cermin kereta.

"Saya terpaksa keudara lambat sedikit hari ini sebab buat
laporan dulu di Balai Polis Sungai Besi, ini pun masih lagi
terkejut dan menggigil," ujarnya.

Feeya ke udara setiap hari pukul 3 hingga 7 petang di slot
Santai Sinar, Sinar FM. -MSTAR

ULASAN GB

Ada pengajaran di sana.

Jangan letakkan beg tangan atau apa-apa benda yang berharga di
kerusi hadapan atau di tempat yang boleh dilihat dari luar. Ia
mengundang perhatian penjenayah bermotorsikal. comments:
Anonymous said...
amankah Malaysia?



Attachment(s) from
1 of 1 Photo(s)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: