Monday, November 24, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4068

6 Messages

Digest #4068

Messages

Sun Nov 23, 2014 6:52 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tangguh kenaikan tol 20 lebuh raya libatkan pampasan RM558.69 juta

selatanonline.net
Posted by penjualcendol

Kerajaan dijangka membayar sebanyak RM558.69 juta dalam bentuk pampasan kepada syarikat konsesi berikutan rancangan tidak menaikkan kadar tol 20 lebuh raya tahun depan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata 17 daripada lebuh raya berkenaan akan menerima pampasan tahun depan manakala selebihnya pada 2016.

"Peruntukan yang diluluskan kepada Kementerian Kerja Raya bagi bayaran pampasan adalah RM458 juta, manakala peruntukan tambahan bagi pampasan tol ini akan dipohon pada pertengahan 2015," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 peringkat jawatankuasa kementerian itu di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata pampasan itu berdasarkan formula pengiraan pampasan yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi dan jumlah sebenar bayaran pampasan tol akan ditentukan selepas proses verifikasi trafik dilakukan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Lebuh raya yang terlibat dengan penangguhan kenaikan tol ialah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Kuala Lumpur-Barat (Sprint), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Penguraian Trafik Lingkaran Kajang (Silk), Storm Water Management and Road Tunnel (Smart), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Sungai Desaru (SDE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuhraya Duta Ulu Kelang (Duke), Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Selat Klang Utara (NNKSB), Lebuhraya Pantai Timur Satu (LPT1), Lebuhraya KL-Karak (KLK), Lebuhraya Cheras-Kajang (GrandSaga), Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) dan Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA).

Dalam pada itu, Rosnah berkata pembinaan projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa Tiga (LPT3) di Kelantan melibatkan jajaran Kuala Terengganu-Besut-Setiu-Kelantan akan dilaksanakan kerajaan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11.

Lebuh Raya Pantai Timur melibatkan tiga fasa dan hanya LPT3 yang belum bermula projek pembinaannya.

Rosnah berkata berdasarkan laporan Pelan Induk Pembangunan Rangkaian Jalan Raya Semenanjung Malaysia Fasa 1, projek LPT3 berpotensi dilaksanakan menggunakan kaedah penswastaan.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat konsesi yang cuai dalam menjalankan projek penurapan jalan terutama berkaitan dengan kualiti penurapan.

Katanya ini termasuklah mengeluarkan amaran dalam bentuk 'Non Compliance Report' (Laporan Tiada Pematuhan) (NCR) dan pemotongan bayaran kepada syarikat konsesi terlibat.

Beliau berkata kualiti penurapan jalan perlu mematuhi piawaian ditetapkan oleh cawangan kejuruteraan teknikal Jabatan Kerja Raya yang digubal oleh piawaian antarabangsa.

Rosnah berkata pihaknya juga akan memantau perkembangan projek penurapan jalan melibatkan pegawai di peringkat bawahan sehinggalah ke peringkat atasan. – Bernama, 18 November, 2014

Sun Nov 23, 2014 6:53 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Haram pakai lilitan di lengan baju & Qasidah mohon bantuan Rasulullah syirik
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
NOORAZURA ABDUL RAHMAN

Datuk Dr Juanda Jaya

KANGAR - Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis meminta supaya anggota beruniform seperti polis dan ahli sukan beragama Islam tidak memakai lilitan hitam ataupun warna lain di lengan baju kerana perbuatan itu adalah haram.

Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya berkata, perbuatan berkenaan sering dilakukan ketika kematian sedangkan ia merupakan adat kebudayaan bagi orang kafir.

"Pihak kami telah menyemak perkara ini dan mendapati Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1987 telah membuat keputusan bahawa perbuatan itu haram, oleh itu Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju sebulat suara menerima keputusan itu.

"Setiap bentuk pakaian bagi tujuan sosial atau sebagainya yang dipakai oleh orang Islam hendaklah tidak melibatkan unsur-unsur yang khusus dengan adat atau keagamaan bagi agama lain," katanya merujuk kepada keputusan berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan Peringkat Negeri Perlis di sini, semalam.

Justeru beliau berharap pihak berkenaan dapat mengambil langkah drastik mengenai perkara ini apabila ia dilihat sering berlaku dalam kalangan anggota uniform dan ahli sukan semasa berkabung yang juga tidak disyariatkan agama Islam kecuali kepada ahli keluarga dan isteri dalam tempoh tertentu,

"Jadi kita tidak boleh mewarisi perbuatan penjajah sebelum ini sedangkan ia bertentangan dengan agama.

"Ini berdasarkan hadis riwayat Bukhari, Kitab al_Jihad Secara Taklil (Daripada Ibn Umar katanya: Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangan mereka.")," jelas Dr Juanda.

Qasidah mohon bantuan Rasulullah syirik

Jawatankuasa Fatwa Perlis turut melarang penduduk Islam di negeri ini, samada dalam bentuk qasidah, nasyid atau doa yang menyebut perkataan 'al-madad ya Rasulullah' yang membawa maksud 'mohon bantuan wahai Rasulullah' kerana ia adalah perbuatan syirik.

Dr Juanda berkata berdasarkan kajian penyelidik jabatan mufti berkenaan mendapati tidak ada ruang langsung untuk memahami ungkapan 'al madad ya Rasulullah' itu membawa kepada maksud lain kecuali meminta pertolongan daripada Nabi Muhammad.

Katanya ia adalah sejenis al- istighathah (doa) yang tidak dibenarkan dalam agama Islam.
Malah nas-nas dalam al-Quran dan hadis jelas melarang meminta tolong kepada orang yang mati termasuk Rasulullah yang telah wafat 1,400 tahun yang lalu.

"Untuk perkara ini jabatan mempunyai penjelasan dalam bentuk risalah hampir 50 muka surat.

"Antaranya menggariskan sebarang bentuk qasidah termasuk yang melaungkan ungkapan-ungkapan membawa syirik tidak boleh dilaksanakan di Perlis.

"Ini kerana kami mengesan ada pihak-pihak tertentu yang cuba membawa masuk qasidah dan doa sedemikian yang harus dielakkan," katanya.

Dr Juanda juga meminta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan penyelidikan tentang ungkapan sedemikian di dalam qasidah agar umat Islam terutama orang awam tidak tertipu oleh ungkapan yang boleh menyebabkan mereka secara tidak sedar jatuh melakukan perbuatan syirik dalam doa.

Pihaknya telah lebih setahun membincangkan mengenai ungkapan yang banyak disebut dalam qasidah atau syair dan jelas ia tidak menunjukkan maksud lain selain meminta pertolongan Rasulullah.

Ketika ditanya mengenai majlis qasidah yang dibawa oleh golongan tertentu yang semakin mendapat perhatian ramai, Juanda berkata sekiranya dalam qasidah tersebut mempunyai ungkapan sedemikian ia tetap syirik.

"Kita bukan menghukum majlis seperti itu, saya sendiri tidak pernah berada dalam majlis qasidah berkenaan.

"Bagaimanapun, kita bimbang jika ia ada diselit dengan ungkapan tersebut secara tidak langsung akan membawa kepada unsur Syiah seperti meminta pertolongan kepada cucu Rasulullah Hasan, dan Husein serta anakanda baginda Fatimah," katanya.

Sun Nov 23, 2014 6:54 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Lelaki didenda RM10,500 kerana aibkan polis

selatanonline.net
Posted by AbuJihad

Seorang jurujual kereta yang didakwa mengaibkan polis dalam posting di Facebooknya, didenda RM10,500 oleh Mahkamah Majistret di Melaka

Tan Keng Hong mengaku bersalah di hadapan Majistret Norina Maludin terhadap dua tuduhan menyiarkan satu kenyataan di laman Facebooknya yang mengaibkan dua anggota polis itu yang bertugas pada 25 September, lapor The Star hari ini.

Tan, 32, telah didakwa mengiabkan polis dengan menyiarkan kemas
kini status di Facebooknya dengan gambar yang menunjukkan dua anggota polis trafik itu semasa mereka bertugas pada jam 11.30 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan, yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Tan juga didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (b) Akta Komunikasi dan Multimedia di mana seseorang boleh didakwa kerana menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar, dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain.

Kesalahan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) Akta yang sama dan membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, peguam Tan, Ng Aik Beng, berkata anak guamnya menyesali tindakannya dengan membuang posting itu di Facebooknya.

Norina kemudian menjatuhkan hukuman RM3,500 ke atas Tan bagi kesalahan pertama atau penjara empat bulan. Dia didenda RM7,000 lagi bagi kesalahan yang atau penjara enam bulan.

Tan dibayar kedua-dua denda tersebut.

Sun Nov 23, 2014 6:55 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kecewa program TnG rebate 20% lebuhraya Plus berakhir
bloglist-malaysia.blogspot
pendapatanda.com
Program TnG rebate 20% lebuhraya Plus banyak mendorong saya menggunakan jalan bertol hampir di semua lebuhraya bertol di negara kita. Biasanya kalau bergerak atas urusan perniagaan, saya tak akan lepaskan kemudahan dan keselesaan penggunaan lebuhraya bertol.

Itu istimewanya orang yang berniaga. Apa saja kos yang terpaksa dikeluarkan dalam setiap urusan bisnes, perlu dioptimumkan untuk kepentingan perniagaan. Dalam masa yang sama dapat mengurangkan kos pembayaran cukai.

Apabila lebuhraya PLUS tawarkan rebate 20% pada pengguna lebihraya bertol yang melebihi 80 kali transaksi dalam tempoh sebulan, orang berniaga macam saya dapat 3 kali untung. Jimat kos cukai, jimat masa, kerja cekap dan seterusnya dapat lagi rebate untuk terus gunakan kemudahan lebuhraya.

Pergi tuntut rebate 20% lebuhraya Plus
Tadi pagi saya luangkan masa ke pusat TnG untuk semak kalau-kalau ada rebate untuk bulan-bulan yang lalu. Memang nak top up wang TnG pada kad yang ada. Biasanya kalau setakat nak top up lebih mudah pergi saja pada pintu masuk tol lebuhraya, tapi kalau nak dapatkan rebate kena ke pejabat terpilih lebuhraya.

Program TnG rebate 20% lebuhraya PLUS dah berakhir
Bila tanya kerani kat pejabat tu, baru tahu rupanya program tersebut dah ditamatkan sejak bulan Julai 2014 yang lalu. Alangkah kecewanya!.

Biasanya bila tuntut rebate tu akan dapat dalam lingkungan RM100 tolak campur. Jadi rasa ada sedikit keseronokan setiap kali dapat top up free dan boleh digunakan untuk berjalan lebih jauh dan kerap lagi.

Terpaksalah keluarkan duit untuk top up sendiri tanpa ada tambahan dari program TnG rebate 20% lebuhraya Plus. Apa nak buat, itu hak mereka untuk berikan apa saja keistimewaan pada pengguna dan tidak ada paksaan boleh dilakukan.

Program swasta lebuhraya PLUS
Kemudahan lebuhraya yang biasanya adalah inisiatif kerajaan untuk rakyatnya telah diserapkan ke Pasaran Bebas. Mungkin ada hujah tersendiri bila bekas PM kita Tun Mahathir merangka program menswastakan hampir semua keperluan infrastuktur di negara kita satu masa dulu.

Apa yang pastinya, program penswastakan banyak urusan pembinaan dan penyediaan infrastruktur di negara kita telah berjaya melahirkan ramai golongan korporat yang tersangat kaya jauh meninggalkan hampir kesemua orang kaya lain di negara kita khasnya orang Melayu.

Salah satu janji yang amat mengiurkan rakyat Malaysia adalah untuk mengkerajaankan hak milik lebuhraya PLUS. Jika itu dapat direalisasikan, maka akan lebih meriahlah urusan perniagaan negara kita dan sekali gus dapat menjimatkan banyak kos perniagaan.

Bila kos perniagaan dapat dijimatkan, sudah tentu banyak kos dapat dipotong dan rakyat akan mendapat manfaatnya. Kos inflasi akan turut sama diseimbangkan dalam satu tempoh yang tertentu. Mungkin negara akan lebih aman dan stabil dan rungutan rakyat akan lebih berkurangan.

Itulah luahan kecewa apabila dapat tahu program TnG rebate 20% lebuhraya Plus telah berakhir. Apa pandangan anda? ada komen?
comments:
1.. Anonymous
Biasala, bila niaga kena pikir untung, diaorg pun pikir kira untung jugak, semua promo, diskaun, rebat tu utk menggalakkan org lbh ramai pakai kad tu. Pakai kad ni paham paham aje la, kita dah bayar dulu, guna kemudian, dan biasanya takder org yg tinggal zero kredit dlm kadnya, tak bnyk sikit berbakilah jugak 20-30 ringgit. Bayangkanlah 20-30 ringgit ni kalau ada 2-3 juta kad, berapa bnyk yg diaorg boleh guna utk pelaburan jangka pnjg diaorg. Bila dah dikira kira jumlah yg guna dah capai target, promo promo tu stop la.

2.. teh ramuan
dalam untung kita ada rugi
dalam rugi kita ada untung

kadang2 pening nak fikir yang mana kita dapat lebih banyak
untung atau rugi

Sun Nov 23, 2014 11:47 am (PST) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Nov 23, 2014 11:47 am (PST) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: