2 Messages
Digest #4152
Messages
Mon Mar 16, 2015 8:37 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Najib beli pesawat baru?
bloglist-malaysia.blogspot.
kerabubersuara.blogspot
Pulak dah. Jika benar benda ni, amat malang la.
Najib beli jet baru dedah Rafizi..
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka
Ketika rakyat berdepan peningkatan kos sara hidup dengan kenaikan harga barangan, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mendakwa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membeli sebuah jet peribadi baharu dengan sewenang-wenangnya, kata Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
Setiausaha agung PKR itu mendakwa, jet berkenaan adalah tambahan kepada 5 jet sedia ada yang dimiliki Putrajaya setakat ini, termasuk Boeing Business Jet.
"Pembelian sebuah lagi jet peribadi baharu yang kini di bawah pendaftaran 9H-AWK siap dicat dengan logo 1Malaysia membuktikan pentadbiran Najib terus bergelumang dengan keborosan dan pembaziran pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya.
Rafizi pada sidang media di lobi Parlimen hari ini turut melampirkan salinan surat perjanjian yang mengesahkan pembelian jet berkenaan bertarikh 1 Disember, 2014.
"Perolehan jet peribadi baharu untuk perdana menteri ini dianugerahkan secara rundingan terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd yang turut mengendalikan jet peribadi sedia ada, iaitu ACJ319," kata Rafizi.
Berikut adalah kenyataan media Rafizi..
16 MAC 2015
Dalam suasana rakyat tertekan akibat kenaikan harga barang dan Barisan Nasional terus memotong subsidi dan perbelanjaan pro-rakyat yang lain, saya terkejut dengan sikap tiada kepedulian pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak yang dengan sewenang-wenangnya membeli sebuah jet peribadi ("private jet") baru.
Menurut jawapan Parlimen yang diberikan Jabatan Perdana Menteri pada sidang November 2013, Kerajaan Malaysia sudah mempunyai sekurang-kurangnya 6 jet peribadi termasuklah sebuah Boeing Business Jet.
Saya sertakan bersama satu surat perjanjian yang mengesahkan pembelian jet baru ini yang bertarikh 1 Disember 2014. Perolehan jet peribadi baru untuk Perdana Menteri ini dianugerahkan secara rundingan terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd yang turut mengendalikan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319.
Penggunaan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319 melibatkan kos sebanyak RM28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta setahun dalam bentuk kos penyenggaraan.
Pembelian sebuah lagi jet peribadi baru yang kini di bawah pendaftaran 9H-AWK dan telah siap dicat dengan logo 1Malaysia (seperti di dalam gambar yang disertakan) membuktikan bahawa pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak terus menerus bergelumang di dalam keborosan dan pembaziran, pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1MDB.
Tindakan membeli sebuah lagi jet peribadi baru ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh 2 minggu dari sekarang. Rakyat terpaksa menanggung cukai baru yang sebahagiannya akan digunakan untuk membayar jet peribadi baru Perdana Menteri ini.
Saya mendesak supaya pembelian jet ini dibatalkan serta merta dan Dato' Seri Najib Tun Razak meminta maaf dengan rakyat kerana tindakan membeli jet peribadi baru ini membelakangkan kepentingan rakyat.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
Macai tak kisah... macai bangga sebab boleh melambai-lambai kepada Rosmah dan Najib dalam jet baru tu...
Comments
norliah abdullah ·
Kita sangka baiklah. Kjaan mesti dh merancang nk bw semua yg dpt BRIM utk pegi jln2 ke dubai dgn jet tu nnt. Macai mesti suka leh tumpang sama.
Anak koboi ·
Aku sokong norliah Abdullah. Bawa semua penerima brim jalan2 makan angin. Baru adil, sebab najib suruh rakyat pilih pemimpin berjiwa rakyat. Tapi aku cadangkan siapa2 kata dia pemimpin berjiwa rakyat macam si najib, jemput lah tidur dan makan bersama rakyat di kawasan pedalaman sabah dan Sarawak. Kami di kawasan pedalaman tidak berlampu, minum air sungai keruh, makan pucuk ubi pakis, banyak nyamuk. Ada berani berjiwa rakyat,
Kerajaan Beli Satu Lagi Pesawat Peribadi Untuk Kegunaan PM Malaysia.
bloglist-malaysia.blogspot.
amenoworld.net
Pembelian terkini sebuah jet peribadi baru bagi kegunaan Perdana Menteri menyerlahkan sikap boros kerajaan pusat tatkala rakyat diminta berjimat.
Dalam satu pendedahan Keadilandaily hari ini, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak pada 1 Disember lalu membeli sebuah lagi jet peribadi yang dianugerahkan secara terus kepada sebuah syarikat.
"Pentadbiran Najib Razak terus menerus bergelumang di dalam keborosan dan pembaziran, pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1MDB," kata Rafizi dipetik Keadilan Daily.
Ahli Parlimen Pandan itu turut merujuk kenyataan Jabatan Perdana Menteri pada sidang Parlimen November 2013 yang mana memaklumkan kerajaan telah memilik lima jet peribadi termasuk Boeing Businees Jet.
Katanya, sikap boros itu bertentangan dengan situasi dihadapi rakyat kini apabila berdepan dengan kenaikan harga barangan ekoran pemotongan subsidi bahan api.
"Tindakan membeli sebuah lagi jet peribadi baru ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh dua minggu dari sekarang.
"Rakyat terpaksa menanggung cukai baru yang sebahagiannya akan digunakan untuk membayar jet peribadi baru Perdana Menteri ini," katanya lagi. -SK.
Comments
jengkreng
adoi rosak mcm nie.. kompen ke berita nie?
Prince Noob
boleh bawak rakyat jalan2 tak?
Ahli umno
Hebat betul si najib ini.rakyat terhegeh heheh cari makan tetapi senang2 aje pakai duit rakyat. Kata suruh rakyat pilih pemimpin berjiwa rakyat. Cakap tak serupa bikin.
Baru kang
Jalanraya,fizikal sekolah, bekalan elektrik dan air di sabah masih macam sebelum merdeka. Beli jet pula. Tak percaya saya jemput Yb barisan nasional melawat sabah.yb dari sabah tak perlu sbb mereka tak tahu apa2 negeri sendiri.dijemput Yb barisan nasional dari semenanjung sahaja.
Pendedahan : Najib PM 'boros' beli jet peribadi baru – Rafizi
bloglist-malaysia.blogspot.
keadilandaily.com
Posted by Najib Hashim
a.. KUALA LUMPUR 16 MAC : Sikap 'boros' Datuk Seri Najib Razak makin terserlah dengan pembelian terkini sebuah lagi jet peribadi baru bagi kegunaan perdana menteri.
Dalam satu pendedahan kepada Keadilandaily, Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli memberitahu pentadbiran Najib pada 1 Disember lalu membeli sebuah lagi jet peribadi yang dianugerahkan secara terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd.
"Pembelian sebuah lagi jet peribadi baru yang kini di bawah pendaftaran 9H-AWK dan telah siap dicat dengan logo 1Malaysia (seperti di dalam gambar yang disertakan membuktikan bahawa pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak terus menerus bergelumang di dalam keborosan dan pembaziran, pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1MDB," kata Rafizi.
Ahli Parlimen Pandan itu turut merujuk kenyataan Jabatan Perdana Menteri pada sidang Parlimen November 2013 yang mana memaklumkan kerajaan telah memilik 5 jet peribadi termasuklah Boeing Businees Jet.
Sikap boros ini dilihat bertentangan dengan situasi yang dihadapi rakyat kini apabila berdepan dengan kenaikan harga barangan ekoran pemotongan subsidi bahan api.
Kesal dengan tindakan Najib itu, Rafizi turut mendakwa tindakan Najib ini juga mengesahkan lagi bahawa rakyat bakal berhadapan dengan satu bentuk cukai baru untuk membayar jet peribadi Perdana Menteri.
"Tindakan membeli sebuah lagi jet peribadi baru ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh 2 minggu dari sekarang.
"Rakyat terpaksa menanggung cukai baru yang sebahagiannya akan digunakan untuk membayar jet peribadi baru Perdana Menteri ini," ujarnya lagi.
Untuk rekod, penggunaan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319 melibatkan kos sebanyak RM28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta setahun dalam bentuk kos penyenggaraan.
Justeru, Rafizi menuntut pembelian jet peribadi ini dibatalkan kerana tindakan ini hanya akan membelakangkan kepentingan rakyat sekaligus Najib perlu memohon maaf atas tindakannya itu.
Sebelum ini, Najib dan Isterinya, Rosmah Mansor juga dilaporkan gemar berboros dan menghabiskan dana awam untuk tujuan peribadi. Tindakan ini juga turut mengundang kritikan banyak pihak yang memaksa Perdana Menteri itu berundur dan melepaskan jawatannya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=65672
Kerajaan jawab pasaipa depa beli jet baru
telokbakong.
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
Isu jet: JPM jawab dakwaan Rafizi
KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri hari ini menjelaskan bahawa pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ320) dibeli untuk menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang telah berusia 16 tahun.
JPM dalam satu kenyataan di sini berkata, kerajaan memperoleh ACJ320 melalui kontrak pembelian sewa beli untuk tempoh 15 tahun.
Pesawat BBJ itu akan dilupuskan bagi membiayai pembelian ACJ320.
Kenyataan itu bagi menjawab tuduhan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli di Parlimen hari ini bahawa ACJ320 itu untuk kegunaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut JPM, pesawat BBJ telah digunakan oleh MAS sejak 1999 sebelum kerajaan memperolehnya pada tahun 2003 untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong.
"Perbincangan untuk menggantikan BBJ telah dimulakan dua tahun lepas memandangkan kos penyelenggaraan kapal terbang itu semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan.
"Perolehan pesawat ACJ320 dalam fleet pesawat eksekutif kerajaan dapat mengurangkan kos operasi, pengurusan dan penyelenggaraan memandangkan kerajaan sudah mempunyai pesawat ACJ319," menurut kenyataan itu.
Menurut JPM, selain ACJ319 dan ACJ320, fleet pesawat eksekutif kerajaan termasuk kapal terbang yang lebih kecil iaitu pesawat Falcon yang diperolehi pada 1989 dan Global Express 2001, kata JPM. - Bernama
Mon Mar 16, 2015 8:40 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Penduduk Mengamuk DBKL Saman Kenderaan Diparkir Di Kaki Lima Flat
bloglist-malaysia.blogspot
kitabantai.info
Kita Bantai
Hari ini bersiar dilaman Facebook sebuah video yang menujukkan seorang penduduk di satu kawasan perumahan bertekak dengan anggota penguatkuasa DBKL kerana menyaman motosikal yang diparkir mereka di kaki lima flat tersebut.
Menurut sumbar kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah flat yang terletak di Setapak.
Didalam video tersebut seorang lelaki mempertahankan tindakan dia dan penduduk di situ memakir kenderaan di kaki lima kerana tidak menghalan laluan.
Bagaimanapun petugas DBKL tetap menegaskan situ bukan kawasan untuk parkir kenderaan.
Pada hemat admin pun kejadian tersebut sememangnya tidak mengganggu laluan tetapi ia menyusahkan pejalan kaki melalui kawasan tersebut.
Apapun harap pihak DBKL dapat tampil untuk menjelaskan kejadian ini. - sumber
Read more: http://www.kitabantai.info/2015/03/video-penduduk-mengamuk-dbkl-saman.html#ixzz3UQqiYx4B
bloglist-malaysia.blogspot
kitabantai.info
Kita Bantai
Hari ini bersiar dilaman Facebook sebuah video yang menujukkan seorang penduduk di satu kawasan perumahan bertekak dengan anggota penguatkuasa DBKL kerana menyaman motosikal yang diparkir mereka di kaki lima flat tersebut.
Menurut sumbar kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah flat yang terletak di Setapak.
Didalam video tersebut seorang lelaki mempertahankan tindakan dia dan penduduk di situ memakir kenderaan di kaki lima kerana tidak menghalan laluan.
Bagaimanapun petugas DBKL tetap menegaskan situ bukan kawasan untuk parkir kenderaan.
Pada hemat admin pun kejadian tersebut sememangnya tidak mengganggu laluan tetapi ia menyusahkan pejalan kaki melalui kawasan tersebut.
Apapun harap pihak DBKL dapat tampil untuk menjelaskan kejadian ini. - sumber
Read more: http://www.kitabantai.info/2015/03/video-penduduk-mengamuk-dbkl-saman.html#ixzz3UQqiYx4B
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment