Wednesday, March 25, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4160

5 Messages

Digest #4160
1
Fw: BEBERAPA PRODUK DENGAN HARGA BARU by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2
Fw: Cas Telefon Guna Tembikai? by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3
Fw: Kes Curi Beg Tangan Mangsa Kemalangan by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: Had laju lebuh raya kekal 110km/j by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Tue Mar 24, 2015 8:17 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

BEBERAPA PRODUK DENGAN HARGA BARU SEBAIK SAHAJA PELAKSANAAN GST 1 APRIL 2015 TERSEBAR DI ALAM MAYA.

Posted by OMAK KAU!!!

 

Tidak dapat disahkan akan kesahihan maklumat ini tetapi jelas jika benar akan mencerut leher pengguna dari golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Tue Mar 24, 2015 8:17 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Percaya Tak Lelaki Ini Cas Telefon Guna Tembikai?
bloglist-malaysia.blogspot
kitabantai.info
Kita Bantai

Percaya atau tidak, sebenarnya buah tembikai mempunyai keunikan tersendiri dan boleh dijadikan sebagai sumber tenaga elektrik.
Kedengaran aneh dan pelik bukan?
Tapi menerusi video yang bakal kami kongsikan ini ternyata memberi 1001 kejutan buat anda.
Iyelah siapa sangka buah yang selama ini menjadi kegemaran dan juadah wajib kenduri mempunyai kelebihan luar biasa sebegini.
Menerusi eksprimentasi dalam video berdurasi satu minit 34 saat ini memperlihatkan bagaimana ilmu sains diguna pakai dalam kehidupan seharian.

Sebenarnya kami sendiri pun tidaklah begitu tinggi ilmu sains namun kami pasti sifat bahan iaitu garam dan tembikai yang digunakan sememangnya mempunyai hubung kait yang boleh memberi sumber tenaga.
Maka tidak hairanlah bateri iPhone yang digunakan dalam eksperimen boleh dicas secara tiba-tiba.
Apa pun, dengan adanya idea brilliant seperti ini boleh diguna dan dijadikan pengganti pengecas telefon pada waktu-waktu kecemasan kelak.
Cubalah, mana tahu menjadi!
sumber

Read more: http://www.kitabantai.info/2015/03/video-percaya-tak-lelaki-ini-cas.html#ixzz3VIkrdLV3

Tue Mar 24, 2015 8:17 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pemilik Kereta Alza Nafi Terlibat Kes Curi Beg Tangan Mangsa Kemalangan
siakapkeli.com.my

Berikutan tersiarnya video penumpang Alza WA 5367 W bewarna ungu yang menunjukkan seorang penumpang keluar dan mencuri beg tangan mangsa kemalangan yang bertaburan di atas jalan raya di atas lebuhraya PLUS berhampiran Senawang, tuan kereta tersebut telah tampil menafikan.

Pemilik kereta tersebut, Puan Nur Azura telah tampil menafikan beliau terlibat dalam kejadian tersebut dan menyertakan satu laporan polis.

Beliau mendakwa kereta tersebut telah dipinjam oleh adiknya untuk menghantar kawan yang bernama Aki ke Melaka.

Semasa sampai di atas Lebuhraya PLUS terdapat satu kemalangan dan tanpa disedari kawannya bernama Aki itu telah turun dan mengambil beg mangsa kemalangan yang bertaburan di atas jalan raya,

Berdasarkan laporan polis, Aki telah meminta adik puan Azura memberhentikannya di mana-mana sahaja dan beliau mengambil keputusan memberhentikan Aki di sebuah Stesen Minyak di Ayer Keroh, melaka.

Tujuan laporan dibuat adalah untuk menafikan pemilik kereta tidak terlibat dalam kejadian ini dan mahu polis mengambil tindakan kepada Aki. - Siakapkeli.com.my

Tindakan Lelaki Curi Beg Tangan Mangsa Kemalangan Berjaya Dirakam
siakapkeli.com

Tersebar di laman sosial hari ini tentang sebuah video yang memaparkan tindakan seorang lelaki yang berjaya dirakam mencuri beg tangan milik mangsa kemalangan.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Lebuhraya PLUS berhampiran Senawang, Negeri Sembilang dimana perakam yang dikenali sebagai Mashi Kamil telah tmengambil video kejadian kemalangan di kawasan tersebut.

Beliau secara tidak sengaja telah berjaya mengambil gambar seorang lelaki yang menaiki sebuah kenderaan jenis Produa Alza di depannya yang membuka pintu dan mengambil beg mangsa kemalangan di atas jalan raya.

Selepas video tersebut di sebarkan, tuan punya kenderaan tersebut telah tampil membuat penjelasan yang kereta tersebut telah dipinjam oleh adiknya dan yang mencuri beg tersebut adalah kawan adik beliau.

Siakap Keli
Penumpang Alza WA 5**7 W, video anda berjaya dirakam mengambil beg tangan mangsa kemalangan di lebuhraya Senawang semalam.
UPDATE: Report telah dibuat oleh tuan video dan report oleh tuan kereta.

Tindakan penumpang kereta Alza tersebut mencuri beg mangsa kemalangan tersebut menerima kritikan orang ramai yang menyifatkan tindakan tersebut amat keterlaluan.

Kami telah menghubungi Polis Trafik Seremban, Balai Polis Senawang dan lain berhampiran. Pihak polis mengesahkan masih belum menerima sebarang serahan beg tersebut. - Siakapkeli.com.my

Tue Mar 24, 2015 8:19 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pencuri 'Lahanat' Langkah Jemaah Ketika Sujud
bloglist-malaysia.blogspot
kitabantai.info
Kita Bantai

Perangai serupa syaitan.. Itulah ayat yang sesuai untuk diberikan kepada seorang pencuri 'lahanat' yang tergamak melangkah jemaah wanita yang sedang sujud dan mencuri beg tangan mereka.
Menerusi video yang dirakam di sebuah masjid itu, seorang pencuri yang bertelekung itu dilihat sememangnya menanti waktu yang sesuai untuk 'merembat' beg tangan jemaah wanita yang sedang solat disitu.
Walaupun beg tangan itu diletak di hadapan jemaah tapi itu tidak bermakna dia tidak boleh mencuri.
Inilah iblis yang bertopengkan manusia, dalam rumah Allah pun berani melakukan perkara keji sebegitu.
Semoga individu berkenaan diberi petunjuk dan hidayah satu hari nanti.

sumber

Read more: http://www.kitabantai.info/2015/03/video-pencuri-lahanat-langkah-jemaah.html#ixzz3V0e4LOE0

Tue Mar 24, 2015 8:19 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Had laju lebuh raya kekal 110km/j
kitabantai.info
Kita Bantai

KERAJAAN tidak bercadang untuk menaikkan had laju di lebuh raya iaitu 110km/j selepas mengambil kira pelbagai faktor selain memastikan tahap keselamatan pengguna secara keseluruhan.- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak ada cadangan untuk menaikkan had laju kebangsaan di lebuh raya kepada 110 kilometer sejam (km/j).

Ini kerana, reka bentuk geometri jalan raya di Malaysia hanya sesuai untuk kelajuan kenderaan 120km/j.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kriteria penetapan had kelajuan kenderaan di negara ini ditentukan berdasarkan beberapa faktor setelah mengambil kira reka bentuk jaringan jalan raya dan lebuh raya memenuhi piawaian ditetapkan.

"Kadar had laju yang diwartakan di jalan raya dan lebuh raya di negara ini bertujuan memastikan tahap keselamatan pengguna secara keseluruhan.

"Ini kerana aspek keselamatan merupakan antara faktor utama dalam menentukan had kelajuan di sesuatu lokasi seperti di kawasan berkepadatan tinggi, kawasan menghampiri plaza tol, susur keluar dan kawasan angin lintang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut) mengenai had laju kebangsaan kenderaan di lebuh raya perlu ditingkatkan memandangkan kenderaan semakin berkualiti dan berkelajuan tinggi pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam. - KOSMO!

Read more: http://www.kitabantai.info/2015/03/had-laju-lebuh-raya-kekal-110kmj.html#ixzz3VJLMYiKs
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: