6 Messages
Digest #4142
Messages
Thu Mar 5, 2015 7:25 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Gaji RM14,000 untuk beza jantina anak ayam
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
WALAUPUN ditawar gaji RM 14,000 sebulan, namun tiada siapa mahu melakukan kerja ini.
Ini kerana kerja yang ditawarkan ini adalah sangat sukar dilakukan, iaitu menentukan jantina anak ayam yang baru menetas.
Industri ternakan di United Kingdom sedang mengalami masalah mencari pekerja yang sanggup melakukan pekerjaan ini.
Ia mengambil masa tiga tahun untuk mempelajari perbezaan kecil antara ayam jantan dan betina yang kebiasaannya hanya tiga hingga lima saat diperlukan untuk menentukan jantina ayam-ayam tersebut.
Setiap hari antara 800 hingga 1200 anak ayam perlu di tentukan jantinanya dan dengan ketepatan 97 hingga 98 peratus.
Ketua Eksekutif, Majlis Ternakan Ayam British, Andrew Large berkata, ia mengambil masa tiga tahun untuk melatih seseorang itu mempunyai kepekaan dalam menentukan jantina anak ayam dan ramai orang tidak mahu menghabiskan masa untuk mempelajari kemahiran tersebut.
"Saya rasa masalah ini adalah kerja itu sendiri. Anda menghabiskan masa berjam-jam sehari hanya untuk merenung bahagian belakang ayam. Dan ini bukanlah satu benda yang menarik untuk dilakukan.
'Di Asia Tenggara pekerjaan menentukan jantina anak ayam adalah pekerjaan yang status tinggi manakala di United Kingdom ia adalah lebih cenderung menjadi bahan jenaka. ' katanya dipetik Metro.uk
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.

Thu Mar 5, 2015 7:26 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Edisi Apa Lagi Rakyat Mau .... Keluarkan duit sendiri dari ATM pun akan dikenakan GST.
Posted by OMAK KAU!!!!
SILA MAKLUM BAHAWA CIMB DIWAJIBKAN UNTUK MENGENAKAN CUKAI GST KEATAS YURAN & CAJ EFEKTIF 1 APRIL 2015. SILA LAYARI WWW.CIMBBANK.COM.MY UNTUK MAKLUMAT LANJUT.
Apakah para pendokong dan penyokong UMNO/BN gembira sakan apabila diberitahu akan berita dan maklumat ini???
Masih percaya akan kata-kata Ahmad Maslan CGPA 3.85 bahawa GST memberi untung kepada rakyat dan harga barang akan menjadi lebih murah?????
Kalau keluarkan duit simpanan sendiri dari bank itu pun dikenakan GST, apa jaminan yang harga barang-barang keperluan harian akan menjadi lebih murah dan kualiti hidup rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah dan golongan miskin menjadi lebih baik.
Apa yang Omak Kau nampak dan rasa ... Kerajaan ambil duit rakyat melalui GST, pada PRU 14 nanti rakyat akan rentap kuasa kerajaan yang ada sekarang.
GST jika tidak ditangani secara bijak dan berhati-hati mampu mengubah kedudukan kerajaan dari pemerintah kepada pembangkang selepas PRU 14 nanti.
Perlu berikan keyakinan penuh bahawa pelaksanaan GST mulai awal bulan depan memberi rahmat dan keuntungan kepada rakyat dalam jangka masa pendek dan panjang .. jika tidak ... hayat kerajaan UMNO/BN akan menjadi pendek dan akan terus menjadi pembangkang untuk jangka masa yang cukup panjang.
Posted by OMAK KAU!!!!
SILA MAKLUM BAHAWA CIMB DIWAJIBKAN UNTUK MENGENAKAN CUKAI GST KEATAS YURAN & CAJ EFEKTIF 1 APRIL 2015. SILA LAYARI WWW.CIMBBANK.
Apakah para pendokong dan penyokong UMNO/BN gembira sakan apabila diberitahu akan berita dan maklumat ini???
Masih percaya akan kata-kata Ahmad Maslan CGPA 3.85 bahawa GST memberi untung kepada rakyat dan harga barang akan menjadi lebih murah?????
Kalau keluarkan duit simpanan sendiri dari bank itu pun dikenakan GST, apa jaminan yang harga barang-barang keperluan harian akan menjadi lebih murah dan kualiti hidup rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah dan golongan miskin menjadi lebih baik.
Apa yang Omak Kau nampak dan rasa ... Kerajaan ambil duit rakyat melalui GST, pada PRU 14 nanti rakyat akan rentap kuasa kerajaan yang ada sekarang.
GST jika tidak ditangani secara bijak dan berhati-hati mampu mengubah kedudukan kerajaan dari pemerintah kepada pembangkang selepas PRU 14 nanti.
Perlu berikan keyakinan penuh bahawa pelaksanaan GST mulai awal bulan depan memberi rahmat dan keuntungan kepada rakyat dalam jangka masa pendek dan panjang .. jika tidak ... hayat kerajaan UMNO/BN akan menjadi pendek dan akan terus menjadi pembangkang untuk jangka masa yang cukup panjang.
Thu Mar 5, 2015 7:27 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kisah Masyarakat: Motosikal Peragut Dilarikan Mangsanya...
telokbakong.blogspot
greenboc.blogspot
Posted by Green Boc
Bayangkan betapa bodohnya apabila seorang peragut yang meragut beg tangan seorang wanita tetapi kemudian dia menjadi mangsa curi apabila mangsa mencuri pula motosikalnya.
Itulah yang berlaku dalam satu klip video yang tersebar di laman Facebook hari ini menunjukkan betapa bodohnya peragut itu.
Seorang wanita sebelum itu berjalan kaki di dalam sebuah lorong di belakang sebuah bangunan tiba-tiba didatangi seorang lelaki yang menunggang motosikal yang kemudian meragut beg tangannya.
Wanita itu yang tidak panik terus bertindak menaiki motosikal si peragut dan beredar pergi.
Kelihatan dalam rakaman berkenaan mungkin dari rakaman kamera litar tertutup, peragut berkenaan mengejar wanita itu yang terus berlalu pergi.
Pasti wanita itu kemudian terus menunggang motosikal berkenaan ke balai polis untuk membuat laporan.
Bagaimanapun, daripada klip video berkenaan penulis berasa video itu adalah satu babak yang direka semula untuk memperlihatkan kebodohan peragut yang sekaligus melucukan.
Video berkenaan dimuatnaik ke laman Facebook Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia (MCAC) beberapa hari lalu.
Terpulang pada anda sendiri untuk menilainya… – PRU14.TV
telokbakong.

Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Thu Mar 5, 2015 7:28 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Honda Civic Type R 2015 bikin hati tertawan!
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
Digambarkan sebagai "kereta lumba untuk jalan raya", akhirnya Honda menayangkan model Civic Type R 2015 secara perdana pada hari pembukaan Geneva Motor Show semalam.
Civic Type R ini memiliki kit badan aerodinamik termasuklah bampar hadapan yang direka khas untuk "menghalang pergolakan udara di sekitar roda depan, mengurangkan seretan dan meningkatkan kestabilan kelajuan tinggi" dengan corong udara yang lebih besar serta front splitter baharu.
Pada bahagian belakangnya, terdampar wing belakang yang lebih garang dan panel bawah kerangka yang menyalurkan udara ke peresap belakang yang sporty. Ia juga menampilkan rim aloi bersaiz 19-inci yang dibaluti dengan tayar 235/35R19 yang dibangunkan khas untuk Type R.
Perubahan besar turut jelas kelihatan pada bahagian kabin termasuklah menampilkan tempat duduk sport balutan suede dengan jahitan kontra berwarna merah. Malah ia turut menampilkan roda stereng sport balutan kulit dan tombol gear aluminium.
Jentera ini dijanakan oleh enjin 2.0 liter empat-silinder pengecas turbo yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 310 PS dan tork setinggi 400 Nm. Ia juga dipadankan bersama transmisi manual enam-kelajuan yang membolehkan Civic Type R ini dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 5.7 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum sehingga 270 km/j.
Berkenaan dengan prestasinya, Civic Type R ini turut ditampilkan dengan Adaptive Damper System dan sistem brek hadapan Brembo dengan kaliper empat-omboh. Bukan itu sahaja, Honda turut memadankan Dual Axis Strut Front Suspension untuk membantu mengurangan pergeseran tork sebanyak 50 peratus berbanding suspensi standard Civic. Tidak cukup dengan itu, sistem Dual Pinion Electric Power Steering turut ditampilkan bagi memberikan kuasa stereng yang lebih responsif.
Untuk Civic Type R ini juga, pelanggan boleh menempah pakej GT bagi menambahkan kekemasan merah pada bahagian luaran, termasuk pengesan parkir hadapan dan belakang, lampu utama automatik, bilah pengilap cermin auto dan cermin sisi boleh lipat. Ia juga didatangkan dengan sistem audio premium, navigasi GPS dan beberapa sistem keselamatan lain termasuk Forward Collision Warning, Lane Departure Warning, dan Traffic Sign Recognition.
#gallery-1 { margin: auto; } #gallery-1 .gallery-item { float: left; margin-top: 10px; text-align: center; width: 20%; } #gallery-1 img { border: 2px solid #cfcfcf; } #gallery-1 .gallery-caption { margin-left: 0; } /* see gallery_shortcode() in wp-includes/media.php */
http://www.infokereta.com

Thu Mar 5, 2015 7:30 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Tasik 'Love' di Johor Bahru - Anda tahu ke?
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
KEMUNCULAN gambar keindahan tasik berwarna biru yang terletak di Bandar Seri Alam, Masai, Johor secara tiba-tiba menjadi perbualan ramai terutama di kalangan netizan.
Mana taknya, rata-rata masyarakat Malaysia termasuk penduduk negeri Johor sendiri tidak mengetahui kewujudan tasik indah yang tersembunyi ini.
Bila dah hangat diperkatakan, pasti ramai yang ingin melihat dengan mata kepala sendiri keindahan tempat ini apatah lagi tasik berwarna biru dikatakan amat sukar ditemui di tanah air kita.
Malangnya, keindahan tempat ini bukan mudah untuk dinikmati kerana menurut sumber yang dipercayai, selain lokasi tersembunyi, tasik ini merupakan tasik larangan kerana berbahaya.
Penduduk berdekatan kawasan ini mendakwa tasik tersebut merupakan bekas lombong kuari hingga menyebabkan kawasan indah ini tidak boleh diwartakan sebagai pusat pelancongan kerana air tasik tersebut mengandungi kandungan kimia berbahaya.
Menurut pengunjung yang pernah ke tasik biru ini, pemandangan tasik larangan ini sangat menakjubkan hingga segala penat lelah melalui jalan yang curam serta berbatu ke kawasan tersebut seolah-olah hilang dibawa angin sejurus tiba.
Tasik yang terletak berhadapan Universiti Kuala Lumpur Mitec, di Pasir Gudang ini sememangnya bukti keindahan ciptaan Ilahi.
Ia turut dikenali juga sebagai Tasik 'Love' kerana mampu membuatkan pengunjung jatuh cinta sebaik sahaja memandangnya
Sumber : http://um-fabolous.blogspot.com/

Adakah rumah anda dimasuki toyol
bloglist-malaysia.blogspot.
pendapatanda.com
Persoalan tentang toyol ini dah lama bermain dalam kepala saya dan saya masih tak dapat satu kepastian yang tetap samada benar-benar wujud kes toyol yang suka curi duit orang.
Kenapa saya agak berminat dengan isu toyol ini adalah kerana saya juga sering kehilangan duit sejak 10 tahun yang lalu tanpa dapat dikenal pasti ke mana duit itu telah pergi.
Pembuktian bahawa duit yang telah hilang itu dicuri oleh toyol atau tidak tidak pernah dapat dibuktikan oleh saya sendiri. Oleh itu saya anggap ianya masih kekal sebagai salah satu daripada sebab duit hilang. Ia hanyalah satu daripada andaian saja.
Andaian lain yang perlu dipertimbangkan adalah kemungkinan duit itu telah dibelanjakan dan orang yang membelanjanya telah hilang ingatan dan tak dapat kesan bahawa dia telah membelanjakan duitnya itu.
Satu lagi andaian adalah berkemungkinan duit itu telah jatuh. Atau mungkin juga duit tersebut telah diambil oleh manusia berkepala hitam yang tak mengaku dia telah mengambil duit orang tanpa kebenaran.
Namun begitu, saya telah membuat satu pendekatan mencatitkan secara terperinci semua duit dalam dompet dalam sebuah buku nota kecil. Segala perjalanan duit dalam dompet direkodkan dengan sistematik ke mana, untuk apa dan berapa serta bila ianya dibelanjakan. Walaupun bernilai sebanyak 20 sen akan dicatit.
Rumusan daripada aktiviti mencatit itu yang saya laku dalam tempoh masa lebih kurang setahun, dilakukan setiap hari, adalah memang benar duit telah hilang lesap tanpa dapat dikesan ke mana ianya pergi. Hanya jumlahnya sahaja yang dapat direkodkan setiap kali ia hilang.
Di bawah ini saya kongsikan satu update daripada pemilik akaun FB bernama Mohd Syamsuriyadi yang berkongsikan sedikit maklumat berkenaan kehilangan duit angakara toyol. Mungkin dia mencatitkannya berdasarkan pengalaman dirinya sendiri. Baca dan buat rumusan sendiri:
Nak tahu rumah dimasuki toyol atau tidak?
1.. Duit hilang sedikit demi sedikit. Yang saya perasan, duit RM300 tinggal RM150. Duit tu disediakan untuk bayar tukang rumah yang sedang buat renovasi bilik
2.. Di tingkap ada bekas 3 jari kecil. Tadi saya cek tingkap, ada beberapa tingkap yang terdapat bekas kemasukan makhluk ini
3.. Ia berwarna hijau? Ya. Ia dinyatakan sendiri oleh jiran-jiran yang cuba mengepung makhluk berkenaan. Apabila terkepung ia ghaib. Ia berwarna hijau berkilat
4.. Saiznya seperti bayi
5.. Apabila ia memasuki rumah, ia akan berbunyi seperti cicak berbunyi. Tetapi apabila masuk, cicak didalam rumah akan bertempiaran lari
6.. Toyol kat sini suka mengambil not RM50 ke atas. Terutamanya Not RM50 sangat digemari. Memilih betul...huhuhuh
7.. Kebiasaannya ia suka memasuki rumah ketika senja. Tapi banyak kes kat sini, siang hari pun dia sapu duit dari wallet yang diletakkan kat mana mana
8.. Ia tak ambil barangan berharga yang berada di badan manusia.
Cara mengatasi rumah dimasuki Toyol
1.. Amalkan membaca sural al-baqarah sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut. Baca bukan pasang MP3 ya..
2.. Dinding rumah dengan Ayatul Qursi dan air yang dirukyah. Sesetengah orang gunakan garam dan lada hitam
p/s: gambar dibawah gambar yang saya ambil pada tingkap berdebu (nak raya baru basuh). Beberapa tingkap ada bekas jari.
p/p/s: Saya pelik kenapa toyol tak curi duit dari ATM. Komfirm banyak duit..hahaha.
Apa pendapat anda...?
bloglist-malaysia.
pendapatanda.

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments:
Post a Comment