Monday, July 13, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4250

4 Messages

Digest #4250

Messages

Sun Jul 12, 2015 5:10 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Nama baru bagi pinjaman PTPTN

Dilulus untuk paparan oleh memo
tranungkite.net

"Akibat daripada tindakan PTPTN yang mengenakan interest yang terlalu tinggi.

"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: mahasiswa_united
Dilulus untuk paparan oleh memo

Kerajaan Tetapkan Kakitangan Awam Dipotong Gaji Untuk Bayar Hutang PTPTN
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Bagi menggalakkan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kerajaan akan membuat pemotongan gaji terhadap kesemua 163,007 penjawat awam yang tidak pernah membuat bayaran dan tidak konsisten dalam menyelesaikan hutang itu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal memberitahu, sebagai permulaan seramai 480 kakitangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan dipotong gaji pada September ini.

Manakala potongan gaji untuk kementerian dan agensi lain akan ditetapkan kemudian selepas mesyuarat bersama dengan semua Ketua Setiausaha dan Setiausaha Kerajaan Negeri pada Jumaat ini.

"Jumaat ini juga saya akan menyampaikan senarai nama penjawat awam yang membuat pinjaman PTPTN kepada KSU dan SUK agar penjawat awam membayar balik melalui potongan gaji," katanya.

Dalam pada itu jumlah potongan gaji bagi setiap kakitangan awam akan mengikut kemampuan masing-masing, selain maklumat mereka akan diselenggara di dalam Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) supaya tidak terlepas dari membuat bayaran balik.

"Sebagai penjawat awam, kita harus menunjukkan sikap bertanggungjawab dan menjaga integriti untuk melunaskan hutang (pinjaman PTPTN) dan bukan lari daripada tanggungjawab," katanya lagi. -Siakapkeli.my

Sun Jul 12, 2015 5:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Lebih 140,000 Lagi Unit Honda Perlu Pemeriksaan Semula

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia pada Jumaat berkata 143,970 unit modelnya - City (Tahun pembuatan 2006-2012), Civic (2006-2011), Civic Hybrid (2007-2011) CR-V (2007-2011), Insight (2011-2012), Jazz (2009-2012) dan Stream (2007-2012), perlu menjalani pemeriksaan semula sebagai langkah untuk melindungi keselamatan pelanggan.

Langkah proaktif ini bertujuan memastikan keselamatan pengguna, dan kami kesal atas masalah yang dilalui pemiliknya.

"Langkah pemeriksaan semula ini dilakukan bagi membolehkan pengepam beg udara bahagian hadapan pemandu ditukar dengan pengepam baharu," kata pembuat kereta itu dalam satu kenyataan.

Honda berkata semua model semasa yang dijual tidak terlibat.

"Kerja penggantian itu akan dilakukan sebaik semua alat ganti tersedia, dan kos alat ganti dan buruh akan ditanggung oleh Honda Malaysia," katanya. - Mstar

Sun Jul 12, 2015 5:13 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



LEPAS FACEBOOK KENA TUTUP, TWITTER PULAK ERK?
bloglist-malaysia.blogspot.
yongsukakuning.blogspot
Posted by Yong Intan Noor

Baru-baru ini riuh-rendah dalam media sosial kononnya ada ura-ura kerajaan nak tutup facebook. Tadi Shabery Cheek memuatnaik statusnya dalam facecebook miliknya:

FB SHABERY CHEEK

Senang cerita mamat ini sudah u-turn. Tetapi kenapa kaitkan dengan Dr M?

Bayangkan Facebook ini adalah sebuah rangkaian sosial terbesar di dunia. Di belakangnya MySpace, di tempat kedua. Data terkini menunjukkan terdapat 1.2 billion pengguna aktif di seluruh dunia. Dibuat pada tahun 2004 oleh mamat Yahudi, Mark Zuckerberg, Facebook telah berkembang menjadi platform popular yang digunakan sebagai buku harian peribadi, mempromosi perniagaan (syarikat besar atau kecil), menghubungkan bos dengan pekerja, memenangi hati pengundi dalam pilihan raya tahunan, mencari orang hilang, maklumat keselamatan, menyusun pergerakan protes dan sebagainya.

Seperti Twitter, Facebook dibangunkan menggunakan perisian OS. Facebook boleh dipasang pada telefon bimbit yang menjadikan ia mudah bagi pengguna untuk menyambung kepada orang lain, mengemaskini dan menyemak maklumat terkini.

China yang penduduknya 1.36 billion memang tak hairan dengan Facebook.

Kalau Facebook ditutup, siapa yang pening kepala?

Rakyat tak pening. Rakyat yang dahaga berita akan berpindah kepada MySpace, Twitter, Whatapps dan Telegram.

Takkan nak haramkan semua itu?

Bila haramkan semua applikasi itu, siapa yang pening kepala?

Tentunya bukan rakyat, tapi bos-bos syarikat Telco yang mengendali Wifi dan bos-bos lain. Ini belum lagi migrain yang akan dideritai oleh pemimpin politik (Kerajaan dan Pembangkang) yang mengalami kesukaran berhubung dengan penyokongnya.

Rakyat boleh guna sms untuk berhubung antara satu sama lain.

Takkan sms pun nak haramkan juga?

Dr Mahathir senang cakap. Sebab dia tak duduk dalam kerajaan.

Tolong erk. Yong mengalu-alukan kenyataan ringkas Shabery Cheek ini bukan bermakna Yong mempromosi Kerajaan Perpaduan dengan UMNO yer.

comments:
1..
ahmad salleh
Assalamualaikum Yong

Jika Shabery Cheek mengarahkan supaya facebook ditutup, yang tentu meroyan panas satu badan adalah FOBN. Apa tidaknye, jarum tak boleh nak jalan dan nak kalihkan fokus tiada medianya pula. Nak tampar orang lain alih-alih anak sendiri pun terkena juga, tak ke haru.

2..
Si Delima Merah
umah kamu pakai PARABOLA, umah rakyat kamu SEKATSEMUA. dasar menteti otak di kepala lutut.

3..
Hanz Azdi
Salam kak yong !

Dr.M who? haha .. he better just change the diaper.. ops ! Stop it, just change the broken record@ tune ! LIke you care for us all this whilst? Dia cuma takut BN gonna pay the price in coming GE14.. BUT thanks to some idiots-cum-bigots in PAS rendering them lifeline.

Alas many "majority"; the like of Wan Rosli are just so thick or tardy? to understand how the narrative of hypocrisy of some of their top dogs !

Rue no more di padang masyar, depan Allah manti coz' defo NO chance in hell. We just have to make the most of it !

haha well tak ape ler kite sabor aje... move on...no pain no gain.. we'll be having the last laugh ! InsyaAllah !

I am a non partisan effective, hmm, now ! hehe .. no need to "pecat" me.

Sun Jul 12, 2015 5:13 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



ETS KL-Padang Besar berhenti di 15 stesen dengan tambang RM80

kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dan Padang Besar ke Kuala Lumpur yang bermula hari ini akan berhenti di 15 hentian. Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan 15 hentian itu ialah KL Sentral, Tanjung Malim, Tapah Road, Kampar, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar, Bukit Mertajam, Butterworth, Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Star, Arau dan Padang Besar.

Harga tiket sehala dari Kuala Lumpur-Padang Besar atau Padang Besar-Kuala Lumpur ialah RM80. Tren dari Kuala Lumpur ke Padang Besar akan berlepas pada jam 9.30 pagi dan tiba pada jam 3 petang manakala dari Padang Besar ke Kuala Lumpur pada jam 4 petang dan tiba pada 9.15 malam. Bagi perkhidmatan tren ETS Transit Ipoh-Butterworth-Padang Besar dan sebaliknya yang telah bermula pada 10 Julai lepas akan berhenti di semua 24 stesen.

Sepuluh stesen hentian baharu diperkenalkan iaitu Anak Bukit, Bukit Ketri, Bukit Tengah, Kamunting, Kobah, Kodiang, Padang Rengas, Simpang Ampat, Tasek dan Tasek Gelugor. Tiket tren Ipoh ke Butterworth adalah RM23 manakala Butterworth ke Padang Besar adalah RM21. Waktu laluan Ipoh-Butterworth adalah 5 pagi dan tiba 6.50 pagi, Butterworth-Padang Besar (7.30 pagi-9.15 pagi), Padang Besar-Butterworth (2 petang-3.45 petang) dan Butterworth-Ipoh (5 petang-6.50 petang).

Buat permulaan, KTM Berhad hanya menyediakan satu perkhidmatan tren untuk setiap arah bagi kedua-dua perkhidmatan ETS dan kekerapan tren akan ditambah apabila tren-tren ETS yang baharu mula beroperasi.

Penumpang boleh mula membuat pembelian dan tempahan tiket bermula hari ini dan sebarang maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang www.ktmb.com.my atau menghubungi pusat panggilan di talian 1-300-88-5862. - BERNAMA

ETS Dari KL Ke Kuala Kangsar Mula Beroperasi Esok
siakapkeli.my

KUALA KANGSAR: Bermula esok perkhidmatan tren elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Padang Besar akan mula beroperasi.

Buat masa ini perjalanan hanya terhad kepada dua kali sehari iaitu dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dan satu lagi dari Padang Besar ke Kuala Lumpur, demikian menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Perkhidmatan ini dimulakan esok sempena sambutan Aidilfitri minggu depan dan kita menjangka ia mendapat sambutan orang ramai kerana perjalanan lebih cepat dan selesa," katanya pada sidang media di Stesen Kereta Api Kuala Kangsar, di sini hari ini.

Perkhidmatan itu akan berhenti di semua stesen utama termasuk Ipoh dan Butterworth.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar mengambil masa anggaran empat jam 45 minit.

Tren yang mempunyai enam gerabak itu boleh memuatkan 312 penumpang untuk satu perjalanan. -Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Friday, June 26, 2015 11:49 PM
Subject: Fw: ETS Akan Beroperasi Sepenuhnya Ke Utara Mulai 1 Julai Ini

ETS Akan Beroperasi Sepenuhnya Ke Utara Mulai 1 Julai Ini
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Apa yang dtunggu-tunggu oleh penduduk utara tanah air nampaknya akan mucul tiba apabila Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang menghubungkan Kuala Lumpur sehingga Padang Besar, Perlis bakal memulakan operasi sepenuhnya 1 Julai ini.

Menurut Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Leftenan Kolonel (B) Sarbini Tijan berkata, semua persiapan oprasi ETS ini yang dilakukan oleh KTMB tren ini boleh digunakan sebagai perkhidmatan pengankutan untuk Aidilfitri.

"Bagaimanapun, KTMB perlu menunggu kelulusan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebelum perkhidmatan itu dibuka kepada orang ramai.

"Sehingga kini, kami yakin SPAD akan memberi kelulusan berdasarkan beberapa ujian yang sudah dilakukan oleh kami bagi memastikan tahap keselamatan bemar-benar terjamin," katanya.

Pekhidmatan tren ETS ini dikatakan mampu mencapai kelajuan 160 km/j di mana jarak perjalanan dari Kuala Lumpur sejauh 500 km hanya mengambil masa 4 jam 30 minit. - Siakapkeli.my
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: