Sunday, July 5, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4243[2 Attachments]

6 Messages

Digest #4243

Messages

Sat Jul 4, 2015 9:02 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

TAHUN INI JANGAN BALIK KAMPONG BERAYA DENGAN KELUARGA CADANGAN PAKAR MOTIVASI MENERIMA KRITIKAN KERAS DAN PEDAS.

Posted by OMAK KAU!!!

 

Pakar penasihat kewangan mencadangkan orang ramai khususnya umat Islam tidak balik kampung tahun ini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi menjimat perbelanjaan.

Syed Abdul Aziz Qubra berkata, langkah itu bagi mengawal perbelanjaan disebabkan kenaikan kos sara hidup.

Katanya, langkah tidak balik kampung untuk menyambut hari raya, orang ramai boleh mengawal perbelanjaan disebabkan kenaikan harga minyak dan bayaran tol.

Dia memberi cadangan itu dalam slot Celik Kewangan bagi program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan RTM pada Khamis yang membincangkan isu bertajuk Gaji oh Gaji.

Katanya, langkah tidak balik kampung untuk beraya tahun ini juga boleh menjimatkan perbelanjaan kerana tidak perlu menyewa hotel.

"Kalau dah ramai mesti tidur hotel dah menjadi trend sekarang tidur di hotel apabila balik beraya… tak main tidur rumah mak bapak, sempitlah..sedangkan perbelanjaan bertambah," katanya.

Syed Abdul Aziz berkata, jika perbelanjaan tahun ini meningkat berbanding tahun sebelumnya, mengapa orang ramai tidak mengubah sikap berbelanja.

Katanya, orang ramai tidak seharusnya berterusan menyalahkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sedangkan diri sendiri tidak mahu mengubah cara perbelanjaan.

Katanya, adalah sesuatu yang mengarut apabila terjebak dalam keaddan kewangan yang teruk dan terpaksa berhutang dengan along semata-mata mahu dipuji mak mertua apabila balik kampung.

Cadangan itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial tetapi rata-rata menyatakan tidak puas hati dengan kenyataan itu.

"Nasib baik dia tak cadang raya tahun ini ditangguhkan kerana nak berjimat," komen Mohd Zarul Zaqry.

"Lebih baik dia cadangkan rakyat Malaysia bunuh diri saja. Tak perlu beli beras untuk makan, tak perlu beli pakaian. Beli kain kapan dan upah penggali kubur saja," tulis Mamat Cengkerik.

"Protege Ahmad Maslan dah ditemui. Tahniah," komen Ariff Medina.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sat Jul 4, 2015 9:02 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DIHEMPAP BALAK YANG MELIBATKAN LIMA KENDERAAN.
Posted by OMAK KAU!!!!

 

Seorang penunggang motosikal menemui ajal dalam keadaan yang mengerikan setelah terlibat dalam kemalangan di hadapan Stesen Minyak Petronas di Jalan Semenyih, Kajang pada Jumaat.

Insiden yang berlaku kira-kira jam 9 pagi itu melibatkan lima buah kenderaan lain iaitu sebuah lori, sebuah jip dan dua buah kereta. Mangsa yang meninggal dunia merupakan lelaki berbangsa India berusia 25 tahun dikenali sebagai P. Ravi berasal dari Taman Sri Nanding, Hulu Langat.

Pengawai Penyiasat Trafik Kajang, ASP Mohd. Salleh Abd. Rahman berkata, kejadian berlaku apabila lori yang membawa muatan kayu balak yang hendak dihantar ke kilang telah hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan.

Akibatnya,kayu balak yang berada di atas lori berkenaan berguling jatuh dan menghempap penunggang motosikal terbabit yang berada di belakang.

Kayu balak tersebut turut mengenai beberapa kenderaan lain.

"Penunggang motosikal terbabit meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan yang mengerikan apabila tulang belakangnya patah dan tubuh berlipat.

"Seorang pemandu kereta mengalami cedera ringan manakala pemandu yang lain tidak mengalami sebarang kecederaa," katanya.

Tambahnya, pemandu lori balak yang berusia 40an itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala pemandu kereta yang cedera hanya mendapatkan rawatan pesakit luar di hospital sama.

Guru Agama Maut Dan Anak Lelaki Cedera Parah Dirempuh Semasa Baru Pulang Dari Bazar
siakapkeli.my

SEGAMAT: Seorang guru agama di Sekolah Agama Felda Moakil yang baru pulang bersama anaknya dari bazar Ramadan maut manakala anaknya mengalami cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka telah dirempuh oleh sebuah kereta.

Memetik laporan Sinar Harian,Ketua Polis Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, ketika kejadian mangsa Jamaluddin Abdullah, 43, dan anaknya, Mohd Faqih Helmi, 9, baru pulang dari bazar Ramadan ke rumah mereka di Taman Bukit Indah, Bukit Siput,

"Setibanya di lokasi kejadian, sebuah kereta Proton Saga FLX yang dipandu laju oleh seorang lelaki berumur 30-an dari arah Labis-Segamat hilang kawalan selepas mengelak kenderaan di hadapannya sebelum memasuki laluan bertentangan.

"Kereta itu berpusing sebanyak sekali sebelum melanggar bahagian kanan motosikal yang dinaiki mangsa dan anaknya itu. Akibat pelanggaran itu, mangsa dan anaknya tercampak beberapa meter dari motosikalnya," katanya.

Mangsa mengalami cedera parah di kepala dan anggota badan meninggal di tempat kejadian manakala anaknya pula mengalami patah kaki kanan.

Pemandu kereta berkenaan hanya cedera ringan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Isteri mangsa, Mahfuzah Mohamad, 40, ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat tidak menyangka suaminya akan pergi meninggalkannya di bulan Ramadan ini.

"Pada petang sebelum kejadian, dia (suami) ada memberitahu bahawa dia ingin pergi ke Bazar Ramadan Paya Pulai bersama anak bongsu kami untuk membeli juadah berbuka puasa.

"Bagaimanapun, saya reda dengan pemergiannya pada bulan Ramadan ini dan selepas ini saya perlu membesarkan tiga anak saya seorang diri. Saya juga belum buat perancangan sama ada mahu pulang ke kampung di Pagoh atau terus tinggal di sini," katanya.

Menurutnya, jenazah mangsa telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Besar, di sini. - Siakapkeli.my

INI APA KES!!!! .... LAGI KEMALANGAN BERLAKU DI "SIMPANG MAUT" SUNWAY KAYANGAN DAN KERAJAAN SELANGOR DIBERITAKAN HANYA DIAM MEMBISU?????

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Omak Kau mendapat kiriman gambar berlakunya suatu kemalangan petang tadi di "Simpang Maut" Persiaran Mokhtar Dahari Sunway Kayangan U9.

Ini bukan kali pertama berlakunya kemalangan jalanraya tetapi boleh dikatakan terlalu kerap malahan pernah berlaku kemalangan sampai meragut nyawa.

Penduduk tempatan sudah beberapa kali membuat pengaduan ke kerajaan negeri Selangor Pembangunan Berkualiti Rakyat DiPeduli memandangkan ini adalah jalanraya negeri namun tidak ada tanda-tanda positif yang kerajaan negeri pimpinan Azmin Ali akan mengambil suatu tindakan yang memberi nafas lega kepada penduduk tempatan.

Jika apa yang diberitahu ini benar maka wajar amat suatu tindakan segera perlu diambil ... jangan bila nak hampir pilihanraya baru terhegeh-hegeh nak ambil peduli.

 

Sat Jul 4, 2015 9:05 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

GADUH ANTARA DUA KUMPULAN SAMSENG DI TAPAK BAZAAR JALAN TAIPING KLANG KERANA BEREBUT MENGUASAI TAPAK BAZAAR.

Posted by OMAK KAU!!!!

Dua kumpulan samseng dilaporkan bergaduh di tapak bazar Ramadan di Jalan Taiping Klang, pada awal pagi semalam.

Rakaman visualnya kemudian dimuat naik dan dikongsi di laman Facebook Friends of PDRM.

Ketika aksi bergasak dirakamkan, kedengaran salah seorang daripada mereka meminta rakannya mengambil pistol dari dalam keretanya.

"Kunci…kunci…nak ambil pistol bos" antara audio yang sempat dirakam.

Ketika itu kelihatan seorang wanita cuba campur tangan dan cuba meredakan ketegangan yang berlaku.

Motif sebenar kejadian tidak dapat dipastikan.

Bagaimanapun berdasarkan komen yang diberikan, ia dikatakan mempunyai kaitan dengan perebutan tapak bazar.

PERGADUHAN DI CHOW KIT WARGA PAKISTAN BELASAH BUDAK MELAYU.

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Nanti ada yang sangka ini suasana pemilihan PKR tahun lepas .... sebenarnya adalah suatu pemandangan suatu pergaduhan dimana seorang warga Pakistan dikatakan telah membelasah seorang budak Melayu di Chow Kit, Kuala Lumpur awal pagi tadi yang dikatakan berpunca dari masalah uirus niaga antara kedua mereka.

Syjur Alhamdulillah dengan tindakan pantas pihak polis telah berjaya mengawal keadaan dari merebak.

Kes itu kini dalam siasatan pihak polis.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sat Jul 4, 2015 8:55 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Murid Tahun Satu Maut Akibat Strok Haba Selepas Dilarang Berbuka Puasa

bloglist-malaysia.blogspot
depalma-sp.blogspot
Famili Ceria
Seorang murid tahun satu kena stroke haba hanya kerana berpuasa dan meminta utk minum air pada petang tu tetapi ibunya tak bagi dan berkata siukit je lagi nak berbuka lalu ibunya menyuruh dia tido dahulu...akhirnya anaknya itu tido terus buat selama-lamanya...

Apabila dikenalpasti puncanya, budak tu sebenarnya terkena serangan stroke haba disebabkan cuaca hari ini terlalu panas dan haba telah naik ke kepala bagitu juga air dalam badan yang semakin berkurang

Motif kt sini kita janganlah terlalu memaksa anak kita berpuasa (bagi yang belum baligh terutamanya di bawah umur 10 tahun) sehingga tak bermaya seeloknya paksa anak untuk solat itu adalah lebih wajib...cuaca sekarang pun dah tak menentu sekejap panas terik sekejap mendung bukan macam cuaca zaman atok nenek dan mak bapak kita dulu...stroke haba ini adalah sangat-sangat merbahaya kepada budak-budak kecil..

Jadi, marilah kita ambil iktibar bila dah terjadi, jangan nanti menyesal tak sudah.

Sat Jul 4, 2015 8:57 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



SPAD Luluskan Kenaikan Sementara 10% Harga Tiket Bas Express Sempena Raya
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah meluluskan kenaikan kadar khas 10% iaitu harga lebih daripada kadar biasa bagi semua bas ekspres bermula 10 Julai hingga 27 Julai ini.

Perkara ini diumumkan oleh SPAD dalam satu kenyataan kerana langkah tersebut adalah untuk memastikan perkhidmatan pas ekspres tidak tergendala selain memastikan permintaan pengguna tehadap bas mencukupi di musim perayaan.

"Selain itu, kelulusan ini mengambil kira pelbagai faktor seperti menambah baik tahap pengendalian bas-bas tambahan, memperkemaskan sistem pengawasan bas ekspres dan mengekalkan mutu perkhidmatan bas ekspres bagi tujuan menjamin keselesaan dan keselamatan penumpang pada musim perayaan," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun pihak SPAD meminta supaya bas ekspres tambahan pada musim perayaan ini di Kuala Lumpur haruslah bertolak atau tiba menggunakan Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Mereka mengingatkan supaya orang ramai yang hendak membeli tiket hendaklah membeli tiket di kaunter tiket yang sah sahaja bagi mengelakkan kegiatan ulat tiket.

"Tiket yang sah adalah yang dicetak komputer, serta mempunyai nama syarikat dan nombor bas yang akan dinaiki penumpang. Pengguna diminta untuk memeriksa maklumat yang tertera pada tiket dan mengesahkannya semasa di kaunter pembelian.

"Bagi penumpang yang akan menaiki bas tambahan pula, mereka boleh memeriksa nombor pendaftaran bas berkenaan sepertimana yang telah didaftarkan dengan SPAD melalui lampiran yang dipamerkan di kaunter penjualan tiket," kata kenyataan itu.

Kepada pengguna perkhidmatan bas ekspres yang mengalami masalah dan hendak membuat aduan bolehlah menghubungi talian SPAD 1-800-88SPAD (7723). - Siakapkeli.my

Sat Jul 4, 2015 8:57 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Jokowi Turun Kadar Tol Lebuhraya Sempena Aidilfitri

siakapkeli.my

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo memberikan hadiah istimewa untuk rakyatnya sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

Hadiah tersebut adalah penurunan semua kadar tol lebuh raya di negara tersebut.

Memetik laporan dari Merdeka.com, langkah itu diambil oleh Jokowi supaya dapat meringankan beban rakyat Indonesia sempena Aidilfitri ini.

Menurut portal tersebut, kadar penurun tol mungkin akan bermula 10 hari atau 15 hari selepas hari lebaran.

"Pengurangan tol sebanyak 25 hingga 35 peratus," kata Presiden Indonesia itu. - Siakapkeli.my

Adoi!!! Tol Akan Dinaikkan Lagi Jika Kerajaan Tak Berikan Pampasan Sebanyak RM1.08 Bilion Kepada Syarikat Konsesi, Jom Terjah!!!
bloglist-malaysia.blogspot.
sedakasejahtera.blogspot

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menyampaikan sijil 'The Malaysia Book of Records' kepada Pengarah Kerja Raya Perak Datuk Dr Safry Kamal Ahmad selepas melawat Jambatan Batu 6 yang dinobatkan sebagai Jambatan Konkrit Satu Rentang Yang Terpanjang di Malaysia menggunakan 'Ultra High Performance Cencrete'. - Foto Bernama

GERIK - Kerajaan dijangka membayar sebanyak RM1.08 bilion dalam bentuk pampasan kepada 23 syarikat konsesi membabitkan 30 lebuh raya seluruh negara sekiranya tiada kenaikan kadar tol, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM580 juta kepada syarikat konsesi ketika ini, jika kadar tol tidak dinaikkan.

"Bayangkan jika kadar tol meningkat, wang ini (pampasan) boleh digunakan untuk tujuan lain seperti membina jalan raya, sekolah serta hospital yang masih memerlukan pembangunan.

"Adakah kerajaan mampu untuk membayar pampasan? Itulah yang perlu diambil kira. Jika kami membenarkan kenaikan tol, kami juga perlu mengambil kira kepentingan rakyat yang tidak mahu kenaikan itu dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Kelantan di sini, hari ini.

Fadillah berkata, kenaikan kadar tol tidak dilaksanakan sejak 2008 dan syarikat konsesi telah mencadangkan supaya kenaikan bayaran kadar tol dikaji semula.

"Syarikat konsesi layak meminta kenaikan kadar tol, ada yang perlu dikaji semula setiap tiga tahun, ada yang lima tahun dan ada yang tujuh tahun.

"Kerajaan masih boleh mengimbangkan dan masih boleh membayar pampasan kepada syarikat konsesi dan untuk itu juga sebarang kenaikan kadar tol memerlukan inisiatif tertentu supaya rakyat tidak terasa beban," katanya.

Sehubungan itu, banyak faktor perlu dipertimbangkan sebelum membenarkan kadar kenaikan itu bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat.

Beliau berkata kenaikan kadar tol perlu dipertimbangkan kerana ia membabitkan kepentingan banyak pihak termasuk pelabur dan pemberi pinjaman kerana ia turut memberi kesan terhadap keyakinan pelabur.

- Bernama
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: