Wednesday, July 29, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4256[1 Attachment]

7 Messages

Digest #4256

Messages

Tue Jul 28, 2015 9:10 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

"Kepada Allah Saya Berserah..." - Reaksi Muhyiddin Terhadap Pemecatannya

siakapkeli.my

PETALING JAYA: Berikutan pemecatannya baru-baru ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau dapat menerima keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu dengan hati terbuka.

Muhyiddin berkata sepanjang beliau berkhidmat, beliau sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan juga menyokong kepimpinan Najib kecuali isu 1MDB.

"Saya menghormati kuasa prerogatif perdana menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota Kabinet.

"Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara.

"Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha," katanya memetik laporan dari mStar Online.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata dia akan tetapi berjuang dalam parti sebagai timbalan presiden dan menyerahkannya kepada Allah.

"Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan Umno. Sebagai timbalan presiden Umno, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada Umno.

"Kepada Allah saya berserah," katanya.

Muhyiddin juga turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah memberi peluang kepada untuk berkhidmat sebagai timbalannya.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai timbalan perdana menteri," katanya.

Tengahhari tadi, Najib Razak mengumumkan rombakan kabinet dan menggantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Zahid Hamidi.

Najwa Mahiaddin Luah Perasaan Di Twitter Selepas Bapa Digugurkan Dari Kabinet
siakapkeli.my

Selepas menerima berita bapanya dipecat dari kabinet yang baru diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak tengah hari tadi, anak kepada bekas TPM, Najwa Mahiaddin telah meluahkan perasaannya di laman Twitter.

Najwa menulis di laman Twitternya

"Allah lebih mengetahui," kata Najwa yang juga merupakan seorang penyanyi.

Ternyata apa ayng diluahkan oleh Najwa itu menerima simpati dan kata-kata semangat daripada rakan-rakan artis dan peminatnya.

Datuk Seri Najib telah menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dengan melantik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai penggantinya. - Siakapkeli.my

SIDANG MEDIA: Muhyiddin Yassin Digugurkan, Zahid Hamidi Dilantik Jadi Timbalan Perdana Menteri
siakapkeli.my

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin telah digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan digantikan oleh Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri baru.

Memetik laporan Astro Awani, perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mmerombak kabinet hari ini.

Najib mengumumkan perkara ini dalam satu sidang media yang berlangsung pada 1.50 petang tadi di sini sebentar tadi.

Perubahan portfolio turut melibatkan menteri lain antaranya Datuk Seri Shabery Cheek dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Reezal Merican (Timbalan Menteri Luar), Datuk Wan Junaidi (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Seri Mohd Salleh Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia), dan Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), dan Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan).

Selain, Muhyiddin, turut digugurkan ialah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015:

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan : Datuk Seri Mohd Najib Razak

Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Leow Tiong Lai

Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Mah Siew Keong
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
Datuk Azalina Othman

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz

Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin

Menteri Komunikasi dan Media: Mohd Salleh Keruak

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili

Menteri Pendidikan: Datuk Seri Mahadhir Khalid

Menteri KPDNKK: Datuk Hamzah Zainuddin

Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Wan Junaidi

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Dauglas Uggah Embas

Menteri Petanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman

Menteri Di Pejabat Perdana Menteri: Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Wilfred Madius Tangau

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rohani Abdul Karim

Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof

Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Richard Riot

Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Mansor

Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Seri Idris Jusoh - Siakapkeli.my

Khidmat Tan Sri Abdul Gani Ditamatkan, Peguam Negara Baru Dilantik
siakapkeli.my

Perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara telah ditamatkan mulai 27 Julai 2015 atas sebab-sebab kesihatan, memetik satu laporan dari Bernama.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamas berkata, jawatan itu diganti oleh Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, 65, bermula 27 Julai 2015.

Gani Patail telah berkhidmat sebagai Peguam Negara bermula 1 Januari 2002. - Siakapkeli.my

Tue Jul 28, 2015 9:10 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Gadgets World 666 Tawar Produk Serendah RM1

siakapkeli.my

Mohd Kamarul Huda

KUALA LUMPUR – Kedai pembekal aksesori gadgets, Gadgets World 666 menawarkan pelbagai produk dengan harga serendah RM1 kepada pelanggannya.

Menurut pengurus cawangan ibu pejabat merangkap pegawai penjenamaan dan pemasarannya, Mohd. Kamarul Huda Mohd. Kamal, harga terbabit ditawarkan untuk kemudahan pelanggan.

"Walaupun dijual pada harga murah, kami tetap memberi jaminan kepada pelanggan. Sebagai contoh, pemulangan semula wang dalam tempoh tiga hari untuk semua jenis kabel USB dan seminggu untuk fon telinga jika barang dibeli rosak.

"Kami (Gadgets World 666) sangat mementingkan kepuasan pelanggan dan bukan demi keuntungan semata-mata," katanya memetik laporan Kosmo!

Tue Jul 28, 2015 9:10 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Wanita Ditelan Eskalator di Pasaraya

siakapkeli.my

[Kami tak boleh masukkan video kejadian ke dalam artikel ini kerana video tidak sesuai untuk umum. Tetapi pautan ke video ada disertakan di bahagian bawah artikel. Watch at your own risk ]

China - Seorang wanita berumur 30 tahun maut apabila dia "ditelan" oleh eskalator ketika sedang menaiki tangga bergerak untuk ke tingkat atas bersama anaknya.

Kejadian berlaku di sebuah pasaraya besar di Jingzhou itu berlaku kira-kira jam 10.10 pagi hari ini.

Menurut rakaman CCTV kejadian, mangsa dan anaknya sudah sampai ke penghujung eskalator terbabit apabila tiba-tiba lantai yang menutupi eskalator itu tiba-tiba runtuh.

Mangsa kemudian ditelan oleh eskalator berkenaan tetapi sempat menghulurkan anaknya kepada orang yang berada berdekatan.

Si ibu sempat menghulurkan anaknya kepada mereka yang berdekatan dengan eskalator itu.
Mangsa dijumpai maut terlekat di bahagian bawah eskalator itu tiga jam kemudian. - Siakapkeli.my

(Amaran Video Hardcore) Link kepada video : Sumber

Tue Jul 28, 2015 9:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Dibuang Isteri Dan Mentua Kerana Tidak Mampu Beli Barang Kemas Dan Gaji Kecil

siakapkeli.my

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan nasib seorang penjawat kerajaan yang kini dikatakan tertekan dengan keadaan hidupnya.

Menceritakan tentang hidupnya kepada akhbar tabloid terkenal, Harian Metro, dia telah dibuang oleh isterinya hanya gara-gara tidak mampu untuk memenuhi kehendak isterinya yang mahukan barang kemas yang berharga ribuan ringgit.

Beliau yang hanya dikenali sebagai Amin, 24, bukan sahaja 'dibuang' oleh isterinya tetapi oleh keluarga mentuanya kerana baki pendapatan dari gajinya hanya tinggal RM900 sebulan selepas ditolak segala komitmen.

"Sejak dilahirkan Jun lalu, saya hanya sempat bertemu dengan anak dua kali. Paling lama pun 10 minit sebelum dihalau keluarga isteri."

"Kami berkahwin pada penghujung 2013 atas dasar suka sama suka, tetapi dia mula berubah sikap selepas hampir setahun kami berumah tangga.

"Tanpa memikirkan pendapatan saya yang hanya cukup untuk keperluan harian, dia kerap meminta barangan kemas seperti gelang dan rantai yang berharga ribuan ringgit. Disebabkan saya gagal memenuhi kehendaknya, dia buat perangai dan kami mula bertengkar," katanya yang ditemui selepas mendapatkan khidmat nasihat daripada Perunding Motivasi dan Kaunselor Berdaftar Hushim Salleh di Klang.

Menurut Amin lagi, perangai isterinya mula berubah selepas isterinya itu mendapat pekerjaan yang gajinya lebih lumayan berbandingnya. - Siakapkeli.my

Tue Jul 28, 2015 9:12 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

" KLIA2 MULA MENDAP DAN TENGGELAM OI. MENTERI NAK NAFI LAGI KAH "

bloglist-malaysia.blogspot
tikaqbuloh.blogspot
tikaq buloh

Habis duit berbilion-bilion, tetapi hasilnya macam sampah. Macam mana orang tak beranggapan adanya rasuah dan penyalahgunaan dana dalam pembinaan KLIA2.

Sebelum ini isu bangunan retak, banjir di landasan telah heboh dan menjadi viral. Menteri pula macam biasa nak mempertahankan kesilapan mereka.

Agaknya mau tunggu satu kapal terbang tenggelam dek kerana mendap baru nak mengaku kesilapan kot.

Tue Jul 28, 2015 9:15 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Honda Civic Berplet SKS645J Lari Selepas Isi Minyak Penuh

depalma-sp.blogspot
Famili Ceria
Posted by Sukan Star TV

Honda Civic SKS645J Lari Selepas Isi Minyak Penuh - Video yang menunjukkan kejadian di Petronas Lukut Port Dickson dimana lelaki berbangsa Cina merupakan pemilik Honda Civic berwarna putih dan berplet SKS 645 J terus melarikan kereta sebaik sahaja isian minyak RON97 ke dalam tangki keretanya penuh. Jumlah harga minyak yang dicuri itu adalah RM78. Video ini menunjukkan pekerja stesen minyak yang berusaha untuk mengejar dengan menggunakan motosikal namun perbezaan cc kenderaan mereka membuatkan motosikal tersebut tak dapat nak kejar.

Video di bawah diambil dari Nor Fattin Mat Saleh. Berikut merupakan caption beliau untuk video ini :

ni adalah manusia yg jenis aku tak tahu nak cakap ape....kau dtg msia pastu kau buat taik...busuk doh taikkk kau...
kau dtg isi minyak pastu ta reti nak bayar...kau ingat org msia ni kaya raya nak belanje kau minyak penoh?!
kalau takde duit ckp....aku sanggup malukan dri aku mintak sedekah tok kau...asalkan kau ta mencuri camni....hangin btl la aku....
da la bawak keta mcm org gila....stress aku tgk kau ni...
Harap pihak kastam dan imigresen di sempadan Malaysia - Singapura dapat memberi kerjasama dalam menahan kereta terbabit sebelum beliau dengan gembiranya melepaskan diri..

Mungkin kereta clone atau kereta curi

Salinan laporan yang dibuat di Balai Polis (SKS 645 J)
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Tue Jul 28, 2015 10:20 pm (PDT) . Posted by:

"muhamad zuki bin abdul kadir" myv183

1. pelanggaran akta buruh: berapa jam bekerja dalam sehari?bila OT terlalu
lama, badan letih. adakah produktiviti masih di tahap yang sama?adakah
fokus pada kerja masih sama?
2. gajinya mencecah rm5k kerana ditambah pelarasan rm2k.apakah pelarasan
itu sebenarnya?

2015-07-27 23:25 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil] <automobil@yahoogroups.com>:

>
>
> 
>
> *Percayakah Anda Bahawa Gaji Pekerja Bangladesh Di KLIA Melebihi RM5000
> Sebulan*
>
> siakapkeli.my
>
>
> <http://3.bp.blogspot.com/-H3iqDWwX42o/VbXc6Q1tTbI/AAAAAAAAUGc/KhNu2hI-HbQ/s1600/bangla1.JPG>
>
> Kita *sering* mengeluh kos sara hidup *yang* semakin tinggi tidak
> berpadanan dengan gaji yang diterima kerana sering terjadi gaji masuk pagi
> ini petang dah tinggal sikit.
>
> Ada yang mungkin tidak merasa apa yang SK cakapkan itu tetapi ketahuilah
> bahawa tidak semua rakyat Malaysia kaya dan merasa *nikmat* gaji besar.
>
> Tetapi anda perlu ketahui tentang pekerja asing yang bekerja di Malaysia,
> berapakah gaji mereka?
>
> Tersebar di laman sosial sejak beberapa hari ini gambar sekeping slip
> *gaji* yang dimiliki oleh seorang pekerja asing dari Bangladesh yang
> berpendapatan lebih dari *RM5000* sebulan.
>
> Banyakkan? *adakah* kita didiskriminasi dengan memberi mereka ini gaji
> tinggi sedangkan kita di beri gaji randah dari itu.
>
> Selepas melihat gambar tersebut ternyata kerajinan dalam bekerja menjadi
> faktor utama penyumbang kepada gaji besar yang diterima oleh warga asing
> berkenaan.
>
>
> <http://3.bp.blogspot.com/-EMRyYrCNu4Q/VbXl4sj7vMI/AAAAAAAAUG0/XRSGt010aQw/s1600/gaji.jpg>
>
> Gambar yang dimuatnaik oleh page Facebook Persatuan Bangsa Johor itu telah
> menjadi perbualan hangat kerana gaji 'basic' pekerja Bangladesh tersebut
> hanya RM900 tetapi kerana kerajinanya itu dia membuat kerja "overtime"
> yang banyak membolehkannya memperoleh gaji yang tinggi.
>
> Tidak mustahil untuk beliau mendapat gaji banyak sedemikian kerana
> pekerjaan di KLIA itu sendiri memerlukan pekerja tidak kira masa kerana
> beroperasi 24 jam sehari.
>
> Apapun apa yang dikongsikan ini bukanlah hendak merendahkan sesiapa kerana
> ia patut diambil sebagai contoh dan memberi persaingan dan cabaran kepada
> segelintir pekerja tempatan kita untuk bekerja bersungguh-sungguh
> termasuklah SK sendiri. - *Siakapkeli.my <http://siakapkeli.my/>*
>
>
>
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: