Wednesday, July 8, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4245[1 Attachment]

7 Messages

Digest #4245

Messages

Tue Jul 7, 2015 4:14 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Isteri putus kepala, suami hilang tangan

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

PORT DICKSON – Seorang ibu berusia 39 tahun menemui ajal dalam keadaan ngeri dengan kepalanya terputus selepas motosikal berkuasa tinggi dinaiki mangsa bersama suaminya ketika menyertai konvoi sahur terbabas di Kilometer 14.2 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson semalam.

Dalam nahas pukul 4 pagi itu, Nor Azina Mohd. Ratki yang dipercayai tertidur secara tidak sengaja mengheret motosikal yang ditunggangi suaminya, Shamasrol Abu Bakar, 36, ke kiri lebuh raya menyebabkan leher wanita itu terseret di atas besi penghadang jalan sehingga kepalanya terputus.

Shamasrol yang cedera parah terputus tangan kiri selepas turut merempuh besi penghadang jalan tersebut.

Mangsa yang bekerja sebagai penghantar surat kini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.

Penceramah Bebas Maut Kereta Terbabas Di Dungun

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

DUNGUN – Seorang penceramah bebas maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Km352.3, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Bukit Besi-Ajil kira-kira pukul 9.20 pagi ini.

Sumber foto: Facebook (Allahyarham) Ustaz Shauqi A. Rahman.

Mohd Nor Shauqi A. Rahman, 29, disahkan meninggal dunia kira-kira 12.40 tengah hari tadi ketika menerima rawatan di Hospital Dungun.

Ketika kejadian, mangsa bersama-sama isterinya Siti Maryuni Mansor, 27, dan anaknya Safiyah Maisarah, 2, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk pulang ke rumah mereka di Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi Bernama berkata anak dan isteri penceramah itu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

– BERNAM

Tue Jul 7, 2015 4:14 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ringgit Hari Ini Jatuh Kepada Tahap Terendah, Prestasi matawang Paling Buruk Di Asia
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Nilai Matawang Ringgit Malaysia hari ini telah jatuh kepada paras terendah hari ini selepas tiada lagi tambatan ringgit pada dolar Amerika sejak tahun 2005.

Memetik laporan Astro Awani, menurut penganalisis, kejatuhan nilai ringgit ini didorong oleh situasi semasa negara Greece yang disingkir dari Zon Euro dan laporan siasatan penyelewengan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak isu wang 1MDB yang didedahkan World Street Journal.

Menurut laporan Bloomberg, sehingga jam 9.30 pagi tadi, nilai matawang ringgit telah jatuh sebanyak 0.6% kepada RM3.8025 iaitu lebih teruk berbanding semasa kegawatan ekonomi tahun 1998 di mana Tun Dr Mahathir telah menambat nilai ringgit dengan dolar Amerika Syarikat RM3.80.

Kesan kontroversi 1MDB juga turut mengheret turun ringgit sebagai prestasi matawang paling buruk di Asia selain situasi politik luaran turut menjejaskan matawang ringgit.

Selain itu penganalisis turut menjangkakan nilai ringgit akan terus jatuh pada paras 3.80 sekiranya situasi Greece terus tidak menentu. - Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Sunday, June 28, 2015 12:47 PM
Subject: Fw: Kejatuhan Ringgit Petanda Kos Sara Hidup Akan Lebih Tinggi

Pakar Ekonomi Bagi Amaran, Kejatuhan Ringgit Petanda Kos Sara Hidup Akan Lebih Tinggi
siakapkeli.my

KEJATUHAN nilai ringgit adalah tanda-tanda bahawa kos sara hidup akan lebih meningkat selain kenaikan harga barang dari makanan hingga ke lampin bayi selepas cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan, itu adalah amaran yang dikeluarkan oleh Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Memetik laporan The Malaysian Insider, dengan kejatuhan nilai ringgit paling rendah sejak 9 tahun lalu menyebabkan kebanyakan kos import bahan mentah dan barangan siap mengalami kenaikan harga.

Menurut pakar, kejatuhan hilai ringgit pada masa ini merupakan satu elemen yang memberi eksan keapda ekonomi negara terutamanya untuk menghadapi tekanan kejatuhan harga minyak, hutang tinggi dan inflasi.

Walaupun sebelum ini Bank Negara Malaysia (BNM) telah memgelaurkan kenyataan bahawa kejatuhan ini hanya bersifat sementara tetapi perkara ini telah dipertikaikan oleh pakar ekonomi kerana kelemahan mata wang ringgit telah mencerminkan tahap ekonomi itu sendiri.

"Nilai mata wang sesebuah negara seperti termometer yang mengukur tahap kesihatan ekonomi, bacaan ekonomi sekarang tidak berapa baik," kata bekas ketua setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Ramon Navaratnam.

Jika keadaan ekonomi kita sekarang dalam keadaan 'sakit' maka semua golongan rakyat akan menghadapi situasi sukar.

Nilai ringgit sekarang (9 Jun) satu dolar US bersamaan dengan RM3.77 dimana ia hampir sama dengan RM3.80 semasa krisis kemelesetan ekonomi Malaysia pada 1997.

Pada 9 Juga dalam satu kenytaan kepada Bloomber, Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar berkata mata wang tidak diniagakan pada tahap yang mencerminkan dasar ekonomi Malaysia.

Di dalam ekonomi, fundamental merupakan tiang asas ekonomi Malaysia.

Berdasarkan Laman web Investopedia menjelaskan ia meliputi kadar pekerjaan dan inflasi, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), penggunaan peribadi dan lain-lain yang boleh mempengaruhi nilai mata wang.

Menurut kata pakar ekonomi bebas, Sdr Azrul Azwar Ahmad Tajuddin bersetuju dengan sentimen BNM dengan ebrkata ringgit secara kasarnya di bawah nilai hanyalah sementara.

"Ekonomi negara kini lebih kuat berbanding 1997-1998 ketika dibelenggu dengan rizab asing yang rendah, kejatuhan ekuiti pasaran, pinjaman tidak berbayar dan kadar tertunggak," katanya.

Selain itu, menurut pakar akademik Prof Tan Sri Kamal Sali dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Malaya berkata kredibiliti kerajaan dalam menguruskan ekonomi amat penting dan mempengaruhi pemain pasaran.

"Hutang yang tinggi contohnya merupakan masalah struktur dan ia memberi kesan kepada persepsi pemain pasaran," katanya.

Keyakinan terhadap ringgit dan apabila ia mula terjadi apabila tahap keyakinan ekonomi menurun di mana unsur negatif terhadap ekonomi dan ringgit mula mempengaruhi satu sama lain.

Keadaan ekonomi yang lemah menjejaskan keyakinan pelaburan langsung asing dan modal swasta akan mula mengalir keluar dari negara.

Putrajaya perlu menangani kejatuhan ini dengan membanteras rasuah, mengamalkan urus tadbir yang baik dan menyelesaikan isu seperti saga 1Malaysia Development Berhad.

Menurut Azrul Azwar nilai ringgit yang rendah sebenarnya memberi leboih banyak keburukan dari kebaikan kerana ia mendatangkan manfaat kepada pengeksport terutama dalam sektor pelancongan dan pelaburan.

"Namun industri yang perlu mengimport bahan mentah akan merana kesan kenaikan kos dan mendapat pulangan rendah."

"Setakat ini pengeksport Malaysia nampaknya gagal mengambil kesempatan daripada kelemahan ringgit sejak eksport secara kasarnya jatuh ke paras 8.8% pada April 2015.

"Jika trend kejatuhan eksport kekal dalam beberapa bulan akan datang, ketika itu kita mula bimbang," katanya.

Memandangkan Malaysia mengimport banyak makanan segar, harga itu tentunya akan meningkat jadi harga akan terus naik tetapi bukan pendapatan. - Siakapkeli.my

Sumber: The Malaysian Insider

Tue Jul 7, 2015 4:15 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



PADAN MUKA ! INILAH JAWAPAN JURURAWAT INI KEPADA ANAK PESAKIT MEMBUATKAN SEMUA TERDIAM DAN TERKEDU .
telokbakong.blogspot
kachipemas.blogspot
Posted by Abu Luqman


Nota Penulis : Dibawakan cerita ini dari hasil tulisan Muhammad Rusydi yang penuh dengan pesanan kemanusiaan yang harus kitasemua hayati .

Ruangan dalam wad kecoh.

"Kenapa bising-bising ni?"

Seorang jururawat senior masuk
ke dalam wad. Dia nampak seorang jururawat pelatih sedang dimarahi oleh beberapa individu. Nampak seperti keluarga pesakit.

Menghampiri mereka.

"Macam mana korang buat kerja ni?!"

Seorang lelaki umur dalam lingkungan umur 40-an bercakap kasar dengan misi senior yang baru melangkah masuk. Diikuti dengan seorang wanita. Juga mulai memaki-hamun.
"Ni mak kami. Tapi, kalau kerja nak tak nak macam ni, panggil banyak kali pun buat tak reti saja, baik tak payah jadi jururawat!
Eh, kerja nurse memang basuh berak, basuh kencing, mandikan pesakit! Tapi, kami tengok service sini bukan main teruk lagi. Kami bayar mahal-mahal. Ambil insurans perubatan gred A nak check-in sini. Tapi, macam ni layanan yang kami dapat?!"
Wanita itu menyambung dengan menghamburkan kata cacian yang membingitkan gegendang telinga.
Semua ini gara-gara ibunya yang terlantar sakit, tiba-tiba buang air besar tidak menentu. Habis bersepah najis di katil pesakit. Bila mereka sampai di wad, jururawat tak ada di sisi ibu mereka. Bila panggil, lambat datang. Kebetulan masa tu waktu makan tengahari. Ada yang pergi solat, ada yang pergi makan.
"Maafkan kami, tuan, puan. Biar kami uruskan semuanya. Harap bersabar."
Jururawat senior cuba menenangkan keadaan. Namun, nampaknya tidak reda.
Anak lelaki makcik itu berang.
"Gila. Hospital swasta kot. Bukan hospital kerajaan. Kalau dah teruk macam ni, kami nak bawa keluar ke hospital lain!
Hari ini jugak!"
Jururawat pelatih hanya terdiam. Tak berani bicara. Biarkan saja jururawat senior yang handle.
"Bertenang, tuan. Pihak kami akan bereskan."
"Hish. Tahu tak kamu dah bazirkan masa kami. Kami keluar sekejap dari pejabat sebab nak ziarah mak. Tapi, jadi macam ni, lecehlah. Kena tunggu kamu nak bersihkanlah, mandikanlah. Nak tukar tilamlah. Aduhai!"
Wanita itu marah lagi.
Jururawat senior nampak seperti sudah hilang kesabarannya.
"Tuan dan puan, izinkan saya bercakap seketika. Minta maaf kalau terkasar bahasa.
Pertama sekali, ini wad. Jangan buat kecoh sini. Tak nampak ke sign 'jangan bising'. Mengganggu pesakit-pesakit lain.
Kedua, walaupun semua orang tahu tugas jururawat dan bidang skop jururawat untuk uruskan para pesakit.
Tapi, perlu juga kamu tahu, tugas utama dan wajib bukanlah pada kami sepenuhnya, tetapi pada semua anak dalam dunia ni.
Anak-anaklah yang wajib menguruskan dan melayani orang tua mereka 24 jam. Bukan kami. Kami tak mampu berada di samping pesakit sepanjang hari. Ada ramai lagi pesakit yang perlukan kami.
Kami bukan amah. Bukan orang gaji. Kami lakukan atas nama amanah. Hospital juga bukan rumah kebajikan orang-orang tua yang boleh sesuka hati sesiapa pun nak campakkan ibu-bapa mereka di sini.
Ketiga, bab aurat antara kami dengan pesakit. Adalah lebih baik aurat bapanya dilihat oleh anak lelakinya sendiri dan aurat si ibu yang sudah tua dilihat oleh anak perempuannya sendiri. Kami completely adalah orang luar bukan saudara-mara kamu dalam soal ini.
Seandainya kamu suatu hari sudah tua, adakah kamu tidak berasa malu mendedahkan aurat padajururawat yang bukan mahram kamu pun? Pasti semua orang berasa malu.
Kami juga segan dan malu, tapi atas dasar tanggungjawab dan perubatan, kami laksanakan.
Lebih afdal anak kandung yang mencuci najis, basuh berak ibu dan ayah mereka sendiri.
Itu ayah dan ibu kamu sendiri. Yang kandungkan kamu, yang bela kamu sejak kecil. Yang basuh berak kamu ketika kecil tanpa rasa jijik dan kotor sedikit pun.
Tapi, bila dah dewasa, anak-anak terasa loya dan tak sanggup nak uruskan ibu dan ayah sendiri.
Keempat, Syurga dan Neraka anak soleh dan solehah. Bab ini, semua orang tahu, anak jenis macam mana yang boleh bawa ayah mak ke Syurga dan sebaliknya.
Kalau benar cinta dan kasih pada ibu dan bapa, buktikan!
Kenapa perlu maki kami, makilah diri sendiri yang tak sedar tanggungjawab sebagai anak!"
"Maaf, tapi mohon tuan dan puan keluar dari bilik ini sebab kami nak uruskan ibu tuan dan puan sekarang juga. Ramai lagi pesakit lain menanti layanan kami."
Lelaki dan wanita itu terkejut mendengar reaksi dari jururawat senior itu. Membalas berang seakan tidak insaf,
"Kami akan saman kamu semua!"
Dijawab sinis oleh si jururawat,
"Silakan. Jangan sangka kami tidak ada persatuan jururawat dan doktor seluruh Malaysia. Jangan sampai kami semua boikot dan tak terima langsung kamu sekeluarga di mana-mana hospital di negara ini lepas ini.
Ingat, kita takkan sentiasa muda. Tidak akan sentiasa sihat. Allah Maha Adil."
Pintu bilik wad ditutup.
Kedua manusia itu terkedu di luar bilik. Tidak puas hati. Namun, dalam hati mereka juga bimbang jika benar apa yang jururawat itu tadi katakan.
Kerna waktu berputaran. Ada hari, 'kan sampai hukum Tuhan.
Cerita oleh: Muhammad Rusydi
comments

Abdul Jalil
Aku jadi drebar Mem aku yang jadi Jururawat di HKL selama 35 tahun dan dia selalu cerita kat aku kejadian yang serupa di atas di Wadnya. Tiada kata secantik bahasa aku bersetuju 1000% apa yang senior Jururawat itu cakap kat keluarga tersebut......rasakan dan bawalah ibu dan bapa kamu
balik kalau kamu boleh jaga mereka dengan sempurna dari Hospital.

Tue Jul 7, 2015 4:15 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Penyerang Pasukan Bola Sepak Negara, Rozaimi Cedera Parah Kemalangan
siakapkeli.my

KOTA KINABALU: Penyerang pasukan Bola sepak negara yang juga permain skuad Liga Perdana Sabah, Rozaimi Abdul Rahman mengalami cedera parah selepas kereta Honda Civic dinaikinya bersama sepupunya telah terbabas dan merempuh pokok di Batu 3.5 Jalan Tuaran Lama, Kota Kinabalu pada jam 1.40 tengah hari tadi.

Beliau, dilaporkan telah dikejar ke Hospital Queen Elizabeth dan dirawat di unit rawatan rapi Rozaimi kini masih belum sedarkan diri manakala sepupunya Mohd Faris dikatakan cedera parah dan masih tenat.

Bersama kita mendoakan agar beliau sembuh. Beliau baru sahaja timang cahaya mata. - Siakapkeli.my

Tue Jul 7, 2015 4:16 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Maksud Saintifik Perkataan "Mama" Ialah Sejenis Ibu Binatang??
siakapkeli.my

Ibu, emak, ummi, mama. Itu adalah beberapa nama panggilan yang digunakan anak-ank di seluruh Malaysia bagi membahasa ibu-ibu mereka.

Mengulas perkara ini, seorang peminat Fynn Jamal telah mengeluarkan satu kenyataan yang memeranjatkan para netizens.

Peminat Fynn Jamal itu mengatakan nama "Mama" secara saintifiknya adalah sejenis ibu bintang. Lebih mengeruhkan keadaan, kenyataan itu dibuat di satu posting Instagram Fynn Jamal yang menceritakan kisahnya dengan "Mama", iaitu mak mertuanya.

Peminat Fynn Jamal itu juga turut menyatakan sumber kenyataaan itu adalah dari satu majlis ilmu yang dihadiri olehnya.

Apa yang menarik perhatian adalah, peminat Fynn Jamal ini mengatakan dia baru menghadiri majlis ilmu terbabit. Dan jika benar apa yang dikatakannya, mohon ada pihak yang memberi pencerahan.

Jika majlis ilmu itu salah, sepatutnya ia di bendung kerana mengeluarkan fakta tidak berasas, jika majlis ilmu itu benar, patutnya perkara ini perlu diketahui umum. - Siakapkeli.my

Tue Jul 7, 2015 4:17 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



IKLAN AIDIL FITRI 2015 YANG CUKUP MENGURIS PERASAAN.

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Kurang 14 hari menjelang Aidilfitri, penonton sudah mula dihidangkan dengan pelbagai iklan raya.

Iklan terbitan Astro yang berjudul 'Tiada Noktah Untuk Kemaafan' antara yang terawal membawa mood raya kepada penonton.

Tidak hanya di kaca televisyen namun pengguna media sosial juga turut memperkatakan mengenai iklan berkenaan.

Berkisarkan mengenai seorang bekas penagih dadah yang dahagakan keampunan bapanya, video Herman kini menjadi viral di laman Facebook.

Memaparkan sebuah kisah benar, tumpuan pastinya terarah kepada pelakon utamanya, Herman yang bersungguh-sungguh memohon keampunan daripada abahnya.

Jalan cerita dan dialog yang digunakan pastinya memberi kesedaran kepada penonton.

"Assalamualakum abah. Abah sihat? Lama kita tak jumpa.

"Tengok, Herman dan semakin kuat. Semua Herman boleh buat sendiri, mandi, makan, Herman dah boleh drive (kerusi roda) dan handal bersukan.

"Alhamdulillah Herman dah tak tinggal solat. Selepas solat, Herman mesti doakan abah.. banyak dosa Herman pada abah tetapi Allah maha pengampun kan?

"Teringin sangat nak jumpa abah.. Abah, walaupun Herman dah hilang suara tapi Herman nak minta ampun," tutur Herman dalam video yang berdurasi 2 minit itu.

Penyesalan dan keikhlasan yang terbit daripada wajah Herman ternyata menjadikan video berkenaan 'hidup' di mata penonton.

Pengakhiran cerita penonton dikejutkan dengan kehadiran abah Herman yang pastinya membuat penonton menitiskan air mata. "Abah memang maafkan kau," tutur lelaki tua itu sambil menitiskan air mata dan memeluk erat anaknya.

 
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Tue Jul 7, 2015 4:17 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Seorang Kanak-Kanak Perempuan Berumur 18 Bulan Diterbangkan Ribut Di Sabah
siakapkeli.my

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak berumur 18 bulan telah diterbangkan angin bersama atap rumahnya semalam dalam satu kejadian ribut di Kampung Dungang, Tuaran.

Dalam kejadian berkenaan, Nurhasyikin Jainudin di katakan sedang tidur nyenyak di dalam buaian yang diikat pada alang rumah sebelum ribut membadai dan menerbangkan atap rumah berkenaan bersama kanak-kanak malang itu.

Kawasan sawah tempat Nurhasyikin dijumpai

Menurut Pengerusi JKKK Kg Dungang, Pn Rinting Banawa, penduduk kampung telah menjumpai Nurhasyikin di kawasan sawah padi berhampiran dan mengejarkannya ke hospital.

Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan peha kanan Nurhasyikin patah dan dirawat di Wad Kenanga 5, Hospital Likas.

Dia bagaimanapun kini telah dipindahkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil. - Siakapkeli.my
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: