Messages
Thu Jan 28, 2016 7:20 am (PST) . Posted by:
Pengubahsuaian Bajet 2016 : Ini 13 Perkara Yang Perlu Anda Tahu
siakapkeli.my
1 - Program MyBeras diperkenalkan. Program ini akan membekalkan 20 kg beras setiap bulan sehingga 2016 kepada keluarga miskin tegar yang berdaftar.
2 - Potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikurangkan kepada 3 peratus mulai Mac 2016 sehingga Disember 2017. Caruman majikan bagaimanapun kekal 13 peratus.
3 - Pelepasan cukai khas sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 kebawah untuk tahun taksiran 2015.
4 - Semua penjualan rumah berharga hingga RM300,000 kebawah terhadap kepada pembeli rumah pertama sahaja.
5 - Kerajaan akan menggandakan usaha pematuhan & pengauditan terhadap para pengelak cukai atau tax evaders.
6 - Kerajaan akan lebih berhemah dalam perbelanjaan terutamanya bekalan dan perkhidmatan, meneruskan usaha merasionalisasi pemberian geran.
7 - Program BR1M akan terus dilaksanakan.
8 - Kerajaan akan teruskan pelaksanaan kenaikan gaji tahunan kepada penjawat awam pada 1 Julai 2016 seperti yang dijanjikan dalam bajet 2016.
9 - Program Biasiswa Nasional bagi 20 orang pelajar terbaik lepasan SPM, untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka seluruh dunia.
10 - Program Khas Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis.
11 - Program Lepasan Bursary bagi 744 orang pelajar, untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam, dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta di dalam negara.
12 - Pengambilan baharu seramai 8 ribu pelajar akan diberikan biasiswa untuk mengikuti pengajian yang ditetapkan di peringkat Ijazah Pertama Dalam Negara.
13 - Peruntukan pembiayaan PTPTN sebanyak 5 bilion ringgit akan terus disalurkan kepada para mahasiswa.
Untuk melihat transkrip penuh ucapan Perdana Menteri sila ikuti pautan ini : www.najibrazak.com
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Thu Jan 28, 2016 7:21 am (PST) . Posted by:
Undang-Undang FAM Paling Bodoh, kata TMJ
siakapkeli.my
Pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menempelak tuntutan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) terhadap bekas pemain Harimau Muda C, Muhammad Hafiy Haikal Ismail yang memilih untuk menganggotai JDT II dalam saingan Liga Malaysia pada musim ini.
Menurut Tunku Ismail, seseorang pemain wajar memilih haluan kerjaya professionalnya sendiri selepas program Harimau Muda dibubarkan.
Tunku Ismail juga menyifatkan peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mewajibkan bekas pemain Harimau Muda untuk kembali ke negeri asal tidak relevan.
"Pada saya undang-undang FAM adalah undang-undang paling bodoh sekali. Pada saya pemain Harimau Muda boleh pergi ke mana-mana pasukan yang mereka mahu, kerana kita tidak boleh memaksa pemain untuk bermain bersama pasukan yang tidak dikehendaki mereka," kata Tunku Ismail sebagaimana lapor Astro Awani.
Sebelum ini, KLFA menegaskan akan menuntut Hafiy dan dua lagi bekas pemain Harimau Muda C, iaitu M. Kogileswaran dan R. Dinesh.
Selain itu, Tunku Ismail juga berkata dia masih lagi belum berpuas hati dengan aksi pra musim JDT dan pertemuan telah pun diadakan dengan pengendali pasukan Mario Gomez. Selain itu Tunku Ismail juga berkata dia tidak menolak kemungkinan akan melakukan rombakan.
"Saya telah berbincang dengan Mario, terdapat beberapa perkara akan kita ubah," katanya. - Siakapkeli.my
TMJ mahu Fifa siasat FAM
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) supaya menyiasat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana mendakwa badan tersebut gagal menangani korupsi dan menyimpan pendapatan hasil penyiaran.
Menurut Reuters, Tunku Ismail berkata, FAM juga patut dipersalahkan apabila ranking pasukan bola sepak negara jatuh ke tangga ke-171 selepas kalah kepada UAE 10-10 bulan lepas.
"Mungkin Fifa perlu soal-siasat FAM," dipetik kata Tunku Ismail kepada Reuters.
Tunku Ismail memberitahu, tiada siapa yang berminat untuk bergerak ke hadapan atau membawa bola sepak ke tahap yang lebih tinggi.
"Semuanya untuk kepentingan mereka sendiri dan kedudukan. Sebahagian besar kelab-kelab dikendalikan oleh ahli politik dan mereka semua mahu bermain dengan selamat," kata Tunku Ismail.
Januari lalu, FAM mengikat perjanjian 15 tahun dengan MP & Silva dan syarikat tersebut komited untuk memberi dana sekurang-kurangnya RM1.2 bilion ringgit ke dalam persatuan itu.
Perjanjian itu juga akan dapat melihat liga diswastakan musim depan.
Tunku Ismail berkata, rundingan masih diteruskan antara kelab, MP & Silva dan FAM tentang bagaimana wang itu akan diagihkan tetapi tidak berpuas hati dengan apa yang telah dicadangkan.
"Sepatutnya dalam setiap liga di dunia setiap kelab yang mengambil bahagian harus mempunyai 90-95 peratus daripada hak penyiaran yang akan membantu mereka untuk mempunyai projek pembangunan belia mereka sendiri, menambah baik infrastruktur dan mempunyai pasukan yang berkualiti," katanya.
"Tetapi masalahnya ialah FAM hanya memberikan 22 peratus kepada pasukan-pasukan, sehingga setiap pasukan hanya akan mendapat 1 juta ringgit, manakala FAM menikmati sebahagian daripada 47 juta.
"Sepatutnya, ia perlu diberikan kepada kelab. Apa yang FAM lakukan pada dasarnya mencuri wang dari kelab dan dunia perlu tahu bahawa. Ia adalah salah." tambah Tunku Ismail.
Tunku Ismail berkata, bantahan beliau ke atas FAM yang dikongsi di media sosial, telah menerima sokongan yang sedikit daripada rakan-rakan presiden kelab dan beliau menyalahkan jurang generasi dan kesungguhan mereka untuk mengekalkan status quo.
Beliau menggesa peminat untuk memboikot perlawanan di seluruh negara jika mereka mahu memberi kesan kepada pihak berkuasa.
"Kejahilan adalah kunci kepada huru-hara. Jika anda mengabaikan sesuatu dan tidak berminat untuk memperbaikinya maka kita selamanya akan menjadi seperti diri kita pada hari ini, " kata Tunku Ismail.
"Jika ahli presiden FAM dan semua Exco (jawatankuasa eksekutif) benar-benar mempunyai kepentingan dan niat yang baik untuk meningkatkan bola sepak Malaysia maka mereka harus melakukan sesuatu mengenainya. Jika tidak, saya rasa mereka tidak perlu ada kerana anda (FAM) memberikan Malaysia nama yang buruk." akhiri beliau. - Sinar Harian
Thu Jan 28, 2016 7:22 am (PST) . Posted by:
Nyamuk Betina dan Mukjizat Al Quran
bloglist-malaysia.blogspot.
detikislam.blogspot
Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. (QS. 2:26)
Sementara manusia diperintahkan untuk memikirkan dirinya sendiri sebagai ciptaan Allah, Al-Quran seringkali juga mengajak manusia untuk menyiasat alam dan melihat bukti dan tanda Kekuasaan Allah padanya. Seluruh alam semesta dengan semua elemen baik hidup maupun non-hidup terdiri dari tanda-tanda yang mendedahkan bahawa mereka semua itu 'diciptakan'.
Dan semuanya itu ada untuk menunjukkan Kekuatan, Sains dan Seni dari 'Penciptanya'. Dan manusia bertanggungjawab untuk mengenal tanda-tanda ini dan mengakui Sang Maha Pencipta, Allah SWT.
Semua makhluk hidup mempunyai tanda-tanda ini, namun terdapat beberapa haiwan yang secara spesifik telah disebutkan dalam Al-Quran. Nyamuk adalah salah satunya. Ini disebutkan dalam ayat Al-Quran berikut ini:
Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahawa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan:
"Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?". Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan oleh Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberinya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik, (QS. 2:26)
Apabila kita mengamati kehidupan nyamuk, kita boleh mengatakan bahawa nyamuk mempunyai pengembaraan yang luar biasa. Apa yang secara umum diketahui tentang nyamuk adalah adalah bahawa mereka menyerap dan makan darah. Namun ini tidak seluruhnya benar. Kerana tidak semua nyamuk, namun hanyalah nyamuk yang betina sajalah yang menghisap darah.
Dan keperluannya akan darah tidak ada kaitannya dengan makan sama sekali. Sebenarnya kedua nyamuk jantan dan betina makan cairan nektar bunga.
Satu-satunya alasan mengapa nyamuk betina, tidak seperti yang jantan, menghisap darah adalah untuk telurnya, yang memerlukannya untuk berkembang dengan protein yang ada dalam darah. Dengan kata lain, nyamuk betina menghisap darah hanyalah untuk memastikan kelangsungan hidup generasi barunya.
Mata yang ditekankan di sini adalah bahawa ayat Al-Quran menunjukkan hanya nyamuk 'betina'. Sebagaimana disebutkan terdahulu, hanyalah nyamuk betina yang mempunyai kemampuan superior yang akan dijelaskan terperinci di sini.
Jadi, kita dapati begitu ekspresif bahawa nyamuk betinanyalah yang ditekankan dalam Al-Quran. Selain itu, ini merupakan fakta yang luar biasa kita membuktikan bahawa pada masa turunnya wahyu Al-Quran, pengetahuan ini sama sekali belum diketahui umat manusia.
Fasa dan proses pertumbuhan nyamuk merupakan salah satu aspek yang paling mengagumkan. Nyamuk berubah dari suatu larva menjadi nyamuk setelah melewati fasa yang sama sekali berbeza-beza. Marilah kita melihat kisah pengembaraan nyamuk secara ringkas.
Telur nyamuk yang diberi makan dengan darah diletakkan pada daun lembab atau kolam yang kering untuk proses pendewasaan oleh nyamuk betina selama musim panas atau musim gugur. Namun sebelum ini, induk nyamuk pertama kali menguji tanah secara keseluruhan dengan menggunakan reseptor yang ada di bawah perutnya, yang berfungsi sebagai sensor suhu dan kelembapan. Dia mancari tempat yang selesa bagi telur-telurnya.
Ketika kawasan yang sesuai ditemuinya, ia mula mengeluarkan telurnya. Telur-telur ini yang mempunyai kepanjangan kurang dari 1 mm, disusun secara bergaris baik dalam kelompok maupun satu-persatu. Beberapa spesies meletakkan telur-telurnya saling menggabung membentuk suatu rakit yang mana boleh terdiri dari 300 telur.
Telur putih yang sudah diletakkan secara hati-hati ini akan mula merubah warnanya. Ini hanya memerlukan masa beberapa jama saja setelah diletakkan dan mereka menjadi hitam pekat warnanya. Dengan perubahan ini, telur-telur ini memelihara perlindungan yang bagus dari burung dan serangga. Warna gelapnya tak dapat dikenali oleh organisma ini.
Telur memerlukan tempoh inkubasi untuk sempurna pada musim sejuk. Kerana telur nyamuk ini diciptakan dengan struktur yang dapat bertahan selama musim sejuk yang lama dan dingin, mereka bertahan hidup hingga musim semi ketika masa inkubasinya selesai.
Ketika tempoh pengeraman telah sempurna, larva mula keluar dari telurnya semua hampir dalam masa yang sama. Telur pertama langsung diikuti oleh yang lain. Segera setelah menetas dari telurnya, mereka langsung berenang di air. Sekarang masa hari-hari di air mula bagi nyamuk.
Larva yang terus diberi makan tumbuh dengan cepat sekali. Segera kulit yang membungkus tubuhnya menjadi terlalu kecil baginya untuk berkembang lebih lanjut. Inilah pertama kali bagi pergantian kulit mereka. Kulit yang keras namun rapuh dapat mudah pecah. Sampai kitaran pertumbuhan ini selesai secara keseluruhan, larva nyamuk akan merubah kulitnya dua kali lagi.
Kerana awal kehidupan nyamuk mula di air, maka sistem yang direkabentuk untuk memberi makan larva begitu mengesankan. Larva menguatkan pusaran air dengan pemanjang sayap yang terletak di dua sisi mulutnya yang mengarahkan bakteria dan mikro-organisma lain untuk makanannya. Dan suatu penyelesaian juga terdapat untuk pernapasannya: setiap larva mempunyai peralatan menyelam di dalam.
Mereka bernafas via paip pernafasan di belakang punggungnya sementara berdiri terbalik di dalam air. Sistem ini mungkin mirip 'snorkel' yang dipakai oleh penyelam. Selema memakai kaedah ini, larva mengeluarkan cecair yang lekat dari tubuhnya untuk menghindari air bocor masuk ke dalam tubuhnya, melalui pintu keluar pernafasan.
Dalam waktu dekat, larva nyamuk hidup dengan bantuan harmoni tergabung dari semua keseimbangan alam yang lembut ini. Jika ia tidak mempunya paip pernafasan, maka ia tidak akan bertahan hidup; jika tidak mempunyai sekresi lekatnya, paip pernafasannya akan tersumbat.
Sementara waktu berlalu, sebahagian besar larva merubah kulitnya sekali lagi. Perubahan kulit terakhir kali ini agak berbeza dari sebelumnya. Dengan perubahan akhir ini, larva melewati fasa akhir pendewasaannya, 'fasa pupa' dan mereka bersedia menjadi nyamuk sebenar pada akhirnya. Jadi masa telah tiba bai pupa dewasa unutk keluar dari kelopak yang meliputi tubuhnya.
Namun, makhluk hidup yang mungkin keluar dari sarungnya ini begitu berbeza daripada fasa-fasa awal, nampak tak boleh dipercayai bagi mereka hanya melalui dua fasa pertumbuhan dari makhluk yang sama. Dan metamorfosis ini begitu rumit dan lembut untuk direkabentuk oleh larva itu sendiri ataupun oleh induknya atau oleh haiwan yang lain.
Selama tempoh peralihan yang terakhir ini, terdapat ancaman bagi nyamuk, kerana pintu pernafasan di atas air mungkin menjadi tertutup dengan kebocoran air di dalam. Perkara ini secara semula jadi bermakna bahawa pupa akan kehabisan nafas dan mati.
Namun kemudian, pernafasan tidak dilakukan via lubang-lubang ini. Di sana muncul dua paip baru di kepala anak lebah. Oleh karenanya, sebelum pupa bersedia untuk perubahan kulit yang terakhir kali, pertama kali dua paip ini muncul ke atas air.
Ini adalah kaedah pernafasan barunya. Selama 3 hingga 4 hari fasa pupa, tidak ada zat makanan bagi nyamuk akan jadi.
Sekarang nyamuk dalam kepompong pupa cukup dewasa dan siap terbang dengan semua organnya seperti antenna, belalai, kaki, dada, sayap, perut dan mata yang besar yang menutupi sebahagian besar kepalanya. Lalu kepompong pupa dikoyak di atas. Tahap di mana nyamuk yang telah lengkap muncul ini adalah tahap yang paling membahayakan.
Risiko terbesari adalah kebocoran air ke dalam kepompong. Namun bahagian atas yang koyak dilindungi oleh cecair yang lekat untuk mengelakkan kepala dari kenalan air. Nyamuk harus keluar dari air tanpa kenalan langsung dengan air, sehingga hanya kakinyalah menyentuk permukaan air.
Kelajuan ini sangatlah penting, walaupun angin tipispun boleh menyebabkan kematiannya. Akhirnya, nyamuk berlepas untuk penerbangan perdananya selepas berehat kira-kira setengah jam.
Harus kita perhatikan sekali lagi bahawa nyamuk telah keluar daripada air tanpa menyentuh sama sekali ... Pada titik ini, soalan yang muncul di fikiran adalah bagaimana nyamuk pertama memperoleh 'kemampuan' seperti ini?
Mungkinkan suatu larva memutuskan diri untuk berubah menjadi nyamuk setelah merubah kulitnya tiga kali? Sesungguhnya ini sangat tidak mungkin. Binatang yang sangat kecil yang dijadikan Allah sebagai contoh ini telah secara khusus diciptakan sebagaimana adanya.
Hal ini mengantarkan umat Islam untuk memikirkan ciptaan Allah dan berfikir bahawa Allah tidak menciptakan semua ini sia-sia saja, namun agar supaya mereka taqwa kepada Allah dan bertindak sesuai dengan kehendak-Nya.
(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya berkata):
"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (QS. 3: 191)
*sumber http://www.jurnalhajiumroh.com/
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Thu Jan 28, 2016 7:22 am (PST) . Posted by:
PANAS ANA TIDAK DERMA PADA NAJIB.....
bloglist-malaysia.blogspot.
gajahmenta.blogspot
DIRECTER Gajah Menta
Kementerian kewangan dan kementerian luar negara Arab Saudi tidak tahu menahu berkaitan sumbangan daripada kerabat diraja negara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, sumber tidak dinamakan dilaporkan mendakwa bahawa wang itu datang daripada allahyarham Raja Abdullah, yang meninggal dunia tahun lalu.
Menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ) hari ini, dua kementerian negara itu enggan mengulas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali semalam.
Kementerian-kementerian itu bagaimanapun dilaporkan berkata mereka tiada maklumat berhubung sumbangan itu, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Pegawai-pegawai kerajaan Saudi, ketika enggan mengulas secara khusus terhadap kenaytaan pendakwa, berkata kementerian luar dan kewangannya tiada maklumat berhubung pemberian sebegitu dan sumbangan diraja ke akaun peribadi pemimpin luar tidak mempunyai duluan.
"Wakil-wakil keluarga diraja tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan mereka," menurut laporan WSJ.
Dana lawan Ikhwan?
Sementara itu, memetik sumber, BBC juga mendakwa wang itu daripada Abdullah, bagi membantu Najib memang dalam pilihan raya umum 2013.
Media British itu melaporkan sumber mereka – yang berkedudukan tinggi dan enggan dikenali – mendakwa wang itu dikeluarkan daripada kewangan peribadi Abdullah dan simpanan-simpanan negara itu.
"Tujuan sumbangan itu mudah, kata sumber Saudi – untuk membantu Najib dan gabungannya menang pilihan raya, menggaji pasukan komunikasi yang mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa, menumpukan kepada wilayah-wilayah di Sarawak dan menaja program sosial melalui kempen parti.
"Tetapi kenapa Saudi ambil berat berkaitan pilihan raya di negara bukan Arab yang lebih 6,000km dari tempat mereka? Jawapannya, kata sumber, terletak terhadap kebimbangan peningkatan kuasa Ikhwanul Muslimin, yang mereka anggap pertubuhan pengganas.
"Saudi sebelum ini kesal dengan apa yang berlaku di Mesir, yang menyaksikan presiden Mohammed Morsi sibuk mengukuhkan penguasaan Ikhwan di negara itu," menurut laporan itu.
Laporan itu menyebut, hubungan pembangkang ketika itu, Pakatan Rakyat, termasuk PAS, menyaksikan pendiri-pendirinya dinspirasikan oleh Ikhwan.
Ia juga menyebut, terdapat kurang bukti menunjukkan Ikhwan mendapat sokongan sebegitu di Malaysia.
Semalam, Apandi membersihkan Najib daripada sebarang kesalahan salah laku yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Apandi antaranya menyebut, AS681 juta (RM2.08 bilion) disumbangkan kepada Najib daripada keluarga diraja Saudi tanpa apa-apa balasan.
Beliau juga berkata AS$620 (RM2.03 bilion) dipulangkan semula kerana tidak diguna pakai.
Sumbangan itu dibuat menjelang pilihan raya umum ke-13 dan semasa pemerintahan Abdullah.
Bagaimanapun, WSJ melaporkan penyiasat antarabangsa tidak percaya dengan versi ini.
"Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dan agensi kerajaan lain luar Malaysia terus menyiasat pemindahan itu," menurut laporan itu.
Laporan itu juga menyebut bekas penganalisis politik di Kedutaan Saudi di Washington berkata idea sumbangan sebanyak itu daripada kerabat Saudi ke akaun peribadi, dan bukan institusi kerajaan, hanya "suspek".
Bagaimanapun, sumber Saudi BBC berkata tiada yang tidak kena dalam sumbangan itu.
Katanya, negara-negara seperti Jordan, Maghribi dan Sudah sudah mendapat manfaat ratusan juta dolar daripada dana kerabat diraja Saudi.
comment:
1..
Anonymous
SEMUA RAKYAT TAHU PENIPUAN SERTA PENGKHIANTAN NAJIB DAN MENTERI MENTERI DIMALAYSIA SERTA KAKITANGAN KERAJAAN YANG BERSENGTONGKOL DGN PENGKHIANATAN RAKYAT MALAYSIA INI SEMUA YANG KONONYE BIJAK DARI SEGI UGAMA PUN DIPERGUNAKAN OLEH PENGKHIANAT NAJIB INI BERSAMA KUNCU KUNCU YG DIBELA BAGI MELINDUNGI MEREKA.KINI IALAH TELAH MENGUNAKAN KUASA KUASA LUAR BAGI MEMBELA BELIAU.KEBONGKAKAN DAN KEBANGSATAN NAJB INI MENYERLAH BILA BERLAKUNYE SEBEGINI RUPA.PENGKHIANAT NAJIB INI SERTA SERTA KONCU KONCU NYE KITA DOAKAN MOGA MOGA MEREKA DILAKHANATI OLEH ALLAH
Arab Saudi akan siasat jika benar Najib pulangkan AS$620 juta,
bloglist-malaysia.blogspot.
batuvskayu.blogspot
Arab Saudi berkata akan menyiasat dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memulangkan kepada keluarga Diraja Saudi sebanyak AS$620 juta daripada AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya pada 2013, lapor The Sydney Morning Herald.
Akhbar harian itu bagaimanapun melaporkan, jurucakap Kementerian Luar Saudi enggan memberi komen lanjut berhubung perkara itu.
Semalam, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata tiada bukti mencukupi untuk mengaitkan Najib atas sebarang salah laku dalam menerima wang berkenaan, di mana perdana menteri berkata ia daripada Arab Saudi untuk membantu kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) pada 2013.
Riyadh berdiam diri dalam isu itu, yang kali pertama didedahkan The Wall Street Journal (WSJ) pada Julai tahun lalu.
"Bukti diperoleh daripada siasatan itu tidak menunjukkan derma diberi sebagai dorongan atau habuan kerana melakukan sesuatu berkait kapasitinya sebagai perdana menteri," kata Apandi pada sidang media, semalam.
"Lebih pun, perdana menteri memulangkan AS$620 juta (RM2.03 bilion) kepada keluarga diraja Arab Saudi pada Ogos 2013 kerana wang itu tidak digunakan."
BBC hari ini memetik sumber Arab Saudi yang enggan dinamakan mengesahkan kerajaan itu mendermakan RM2.6 bilion kepada Najib, mengatakan ia disebabkan kebimbangan Riyadh berhubung pengaruh Ikhwan Muslimin di Malaysia, dalam usaha memastikan parti Islam PAS tidak memenangi pilihan raya umum pada 2013.
Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkata ia akan memohon semakan terhadap keputusan Apandi, dan akan membentangkan kertas siasatan kes Najib kepada panel penilai yang memantau agensi anti rasuah itu.- tmi
Kantoi: Nok pelawok tapi bodo!
bloglist-malaysia.blogspot.
[KANTOI] Zahid Hamidi Temui Raja Abdullah Yang Sudah Meninggal?
Sumber dakwa RM2.6 bilion dari Raja Abdullah Kementerian kewangan dan kementerian luar negara Arab Saudi tidak tahu menahu berkaitan sumbangan daripada kerabat diraja negara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bagaimanapun, sumber tidak dinamakan dilaporkan mendakwa bahawa wang itu datang daripada allahyarham Raja Abdullah, yang meninggal dunia tahun lalu.
Menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ) hari ini, dua kementerian negara itu enggan mengulas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali semalam.
Kementerian-kementerian itu bagaimanapun dilaporkan berkata mereka tiada maklumat berhubung sumbangan itu, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Pegawai-pegawai kerajaan Saudi, ketika enggan mengulas secara khusus terhadap kenaytaan pendakwa, berkata kementerian luar dan kewangannya tiada maklumat berhubung pemberian sebegitu dan sumbangan diraja ke akaun peribadi pemimpin luar tidak mempunyai duluan.
"Wakil-wakil keluarga diraja tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan mereka," menurut laporan WSJ.
Dana lawan Ikhwan?
Sementara itu, memetik sumber, BBC juga mendakwa wang itu daripada Abdullah, bagi membantu Najib memang dalam pilihan raya umum 2013.
Media British itu melaporkan sumber mereka – yang berkedudukan tinggi dan enggan dikenali – mendakwa wang itu dikeluarkan daripada kewangan peribadi Abdullah dan simpanan-simpanan negara itu.
"Tujuan sumbangan itu mudah, kata sumber Saudi – untuk membantu Najib dan gabungannya menang pilihan raya, menggaji pasukan komunikasi yang mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa, menumpukan kepada wilayah-wilayah di Sarawak dan menaja program sosial melalui kempen parti.
"Tetapi kenapa Saudi ambil berat berkaitan pilihan raya di negara bukan Arab yang lebih 6,000km dari tempat mereka? Jawapannya, kata sumber, terletak terhadap kebimbangan peningkatan kuasa Ikhwanul Muslimin, yang mereka anggap pertubuhan pengganas.
"Saudi sebelum ini kesal dengan apa yang berlaku di Mesir, yang menyaksikan presiden Mohammed Morsi sibuk mengukuhkan penguasaan Ikhwan di negara itu," menurut laporan itu.
Laporan itu menyebut, hubungan pembangkang ketika itu, Pakatan Rakyat, termasuk PAS, menyaksikan pendiri-pendirinya dinspirasikan oleh Ikhwan.
Ia juga menyebut, terdapat kurang bukti menunjukkan Ikhwan mendapat sokongan sebegitu di Malaysia.
Semalam, Apandi membersihkan Najib daripada sebarang kesalahan salah laku yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Apandi antaranya menyebut, AS681 juta (RM2.08 bilion) disumbangkan kepada Najib daripada keluarga diraja Saudi tanpa apa-apa balasan.
Beliau juga berkata AS$620 (RM2.03 bilion) dipulangkan semula kerana tidak diguna pakai.
Sumbangan itu dibuat menjelang pilihan raya umum ke-13 dan semasa pemerintahan Abdullah.
Bagaimanapun, WSJ melaporkan penyiasat antarabangsa tidak percaya dengan versi ini.
"Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dan agensi kerajaan lain luar Malaysia terus menyiasat pemindahan itu," menurut laporan itu.
Laporan itu juga menyebut bekas penganalisis politik di Kedutaan Saudi di Washington berkata idea sumbangan sebanyak itu daripada kerabat Saudi ke akaun peribadi, dan bukan institusi kerajaan, hanya "suspek".
Bagaimanapun, sumber Saudi BBC berkata tiada yang tidak kena dalam sumbangan itu.
Katanya, negara-negara seperti Jordan, Maghribi dan Sudah sudah mendapat manfaat ratusan juta dolar daripada dana kerabat diraja Saudi. - mk
TPM temui penyumbang derma RM2.6
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sudah bertemu ketua pegawai pelaburan dan pemegang amanah harta keluarga Arab yang mendermakan RM2.6 bilion kepada perdana menteri.
Timbalan perdana menteri itu berkata, apabila ditanya mengapa wang bernilai AS$700 juta itu diberikan kepada Malaysia, individu terbabit menjawab, negara ini bukanlah satu-satunya pihak yang menerima sumbangan berkenaan.
Kata Ahmad Zahid, individu tersebut mengakui ada banyak sahabat dari kalangan negara Islam mendapat sumbangan sama seperti itu.
"Mereka mahu Umno dan BN tetap memerintah negara," katanya di mesyuarat agung tahunan Umno Sri Gading hari ini.
Bahagian itu diketuai Datuk Ab Aziz Kaprawi yang juga timbalan menteri pengangkutan.
Naib Presiden Umno itu berkata, beliau juga melihat dokumen asal pemindahan dana berkenaan.
Tanpa mendedahkan identiti penderma Arab itu Ahmad Zahid berkata, ia membuktikan tiada wang daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) masuk ke akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.
Ahmad Zahid juga menjelaskan bagaimana wang berkenaan masuk ke akaun Najib.
"(Wang) AS$100 juta pertaa diberi atas nama Najib, manakala pindahan berikutnya dibuat melalui pelbagai syarikat kerana pihak penderma tidak mahu melihat ada cek 'seketul39; dalam nama Najib," katanya. -mk (22/08/2015)
ULASAN GB
Sudah kantoi! Ahmad Zahid Hamidi menyatakan beliau sudah menemui "penderma RM2.6 bilion" (berita 22/08/2015). Sementara semalam akhbar menyiarkan bahawa penderma itu ialah Allahyarham Raja Abdullah yang telah meninggal dunia pada 23 Jan 2015.
Bagaimana Ahmad Zahid boleh menemui penderma itu pada 22 September 2015 sedangkan yang dikatakan menderma itu iaitu Raja Abdullah telah meninggal pada Januari 2015?
Itulah hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan. Kebenran akan akhirnya terdedah untuk kita ketahui siapa pendusta.
Kedua, penafian dari pegawai kerajaan Saudi yang menyatakan bahawa "derma dari kerabat di raja Arab Saudi ke akaun peribadi pemimpin negara luar tidak pernah berlaku" menguatkan lagi pendustaan berkenaan.
Najib tidak boleh selama-lamanya menutup kebenran. Hukum akan tetap berjalan.
Dicatat oleh Green Boc
Posted by mountdweller
comment:
Boley Jalan said...
Mat ni macam mokhtar snake juga......jumpa dlm mimpi dah!
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Thu Jan 28, 2016 7:23 am (PST) . Posted by:
Kekadang kita Tak Faham Mengapa Hantar Anak Ke Tahfiz.
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net
"
Apabila saya membaca satu artikel Malaysiakini beberapa hari lalu tentang Hufaz,ilmu sains dan kaitan membebaskan islam dari kejumudan .Saya rasa penulis itu tak faham kehendak Islam sebenarnya. atas asbab itu saya terpanggil untuk membetulkan persepsi kita semua.
Saudaraku yang mulia
Pada zaman Rasulullah Saw, para Hufaz medapat kedudukan tersendiri dan diberi keutamaan dalam memimpin misi dakhwah . Mekanismanya, Rasulullah Saw. akan menguji hafalan, selanjutnya Rasulullah akan melantik ketua setiap jemaah berdasarkan pada yang paling baik hafalannya.
"Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia..." Kemudian Anas berkata lagi, "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?" Baginda manjawab, "yaitu ahli Qu'ran (orang yang membaca atau menghafal Qur'an dan mengamalkannya). Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah." (HR. Ahmad).
Saudaraku yang mulia.
Ketika semakin ramai yang mahu menjadikan anaknya hafiz namun kalangan telah hafiz seolah terlupa bahawa tujuan menghafal Al Quran bukanlah untuk memegang jawatan imam masjid ataupun mendapatkan title ustaz dan menyara kehidupan dengan sijil alhafiz atau Ijazah bidang Agama.
Namun demikian tujuan utama menghafal Al Quran adalah menjadi penjaga kesucian Al Quran.Tanggungjawab ini bukan sekadar mengesan kesalahan atau cubaan memalsukan Al Quran .Namun jauh lebih penting adalah untuk beramal dengan Al Quran dan menegakkan perintah Al Quran di muka bumi ini.
Bagamaimana pula pendapat melahirkan ahli sains yang hufaz lebih baik dari golongan hufaz yang hanya belajar agama semata-mata?Jawapannya marilah kita melihat sejarah.Belum ada seorang individu yang hebat dalam ilmu agama juga hebat dalam Ilmu sains.Sebagai contoh Imam Syafie bukanlah ahli Sains manakala Ibnu Sina kurang Faqih dalam ilmu Agama.Mungkin juga orang berkata Ibnu Khladun hebat namun beliau bukanlah sehebat Imam Syafie.Jadi sekiranya generasi sebelum kurun ke 6 pun tak mampu saya pasti kita pun tak akan mampu.Namun demikian menghasilkan seorang ahli sains yang hafal al Quran adalah kebiasaan di negara Arab & Pakistan .Namun untuk merujuk persoalan Agama secara lebih mendalam perlu kepada golongan yang mempunyai pengkhususan dalam Agama.
Saudaraku yang mulia,
Fitnah dan perbalahan dikalangan umat islam hari ini punca utamanya terdapat terlalu banyak pendapat tentang isu agama di bicarakan oleh kalangan yang kurang faqih dan kurang beramal .
Satu perkara yang pasti terjadi di akhir zaman adalah ramai yang ada ilmu agama tetapi tidak beramal akibatnya yakinnya lebih kepada makhluk melebihi yakin pada Allah.Ingatlah akhir zaman kalang ulamat Ussu`( Cinta Dunia ) lebih ramai dari ulamak akhirat .
Apakah cirri-ciri ulamak yang perlu kita ikut ???Mari kita hayati Kitab Kifayatul Atqiya' wa minhajul Ashfiya' syarah Hidayatul Adzkiya' ila Thariqul Auliya
وَهُمْ عٌلَمَآءُ الدِّينِ لِلتَّمْيِيْزِ يَبْنَهُمْ وَبَيْنَ عُلَمَآءِ الدُّنْيَا وَهُمْ عُلَمَآءُ السُّوْءِ الَّذِيْنَ قَصْدُهُمْ مِنَ الْعِلْمِ التَّنَعُّمَ بِالدُّنْيَا وَالتَّوَصُّلَ إِلَى الْجَاهِ وَالْمَنْزِلَةِ عِنْدَ أَهْلِهَا
Dan mereka itu adalah Ulama-ulama agama, karena ada perbedaan antara mereka dan antara Ulama dunia. Dan itulah mereka Ulama ussu`, yang tujuan mereka dari ilmunya akan kesenangan dunia dan mendapatkan tempat dan kedudukan pada ahli dunia
Ketahuilah bahwa bagi Ulama Akhirat itu ada beberapa tanda yang menunjuk kepadanya, sebagaimana kata Syaikh Zainuddin Al Malaibary dalam Hidayatul Adzkiya' ila Thariqul Auliya', sebagai berikut:
وَلِعَالِمِ الْأُخْرَى عَلاَمَةٌ تَرَى لاَيَطْلُبُ الدُّنْيَا بِعِلْمٍ مَسَائِلاَ
Tidaklah dia menuntut dunia dengan pengetahuannya dalam masalah-masalah agama
وَذَاكَ آيَاتٌ تَكُونُ كَثِيْرَةً أَنْ لاَ يُخَالِفَ قَوْلُهُ مَا يُفْعَلاَ
Tidak ada perbedaan antara perkataan dan perbuatannya.
وَيَكُونُ بِالْمَأْمُورِ أَوَّلَ عَامِلٍ وَعَنِ الَّذِى يَنْهَى تَجَنَّبَ أَوَّلاَ
Dan terhadap yang diperintah, dia adalah orang yang pertama yang mengamalkan. Sedangkan mengenai larangan, dia adalah orang yang paling menghindarkannya
وَيَكُونُ مُعْتَنِيَّا بِعْلْمٍ أَرْغُبَا فِى طَاعَةٍ نَاهٍ عَنْ الدُّنْيَا اجْتَلَى
Dan dia selalu mementingkan ilmu yang nyata, yang membawa kegemaran kepada taat serta menjauhi dari dunia
مُتَوَقِيَّا عِلْمًا يَكُونُ مُكَثِّرًا قِيْلاً وَقَالاً وَالْجَدَالَ مُسَوِّلاَ
serta menjauhi ilmu yang terlalu banyak retorika kata-kata dan berdebat.
وَيَكُونُ مُجْتَنِبًا تَرَفُّهَ مَطْعَمٍ وَبِمَسْكَنٍ وَأَثَاثٍ ذَاكَ تَجَمَّلاَ
Dia selalu menjauhi berpoya-poya dalam hal makanan, berbagus-bagus dalam tempat tinggal, perabot rumah
وَتَنَعُّمًا وَتَزَيُّنًا بِلِبَاسِهِ وَإِلَى الْقَنَاعَةِ وَالتَّقَلُّلِ مَائِلاً
Dan menjauhkan bersenang-senang, menjauhi berhias-hias dalam pakaiannya. Dan dia cenderung kepada ridha dengan apa yang ada
وَيَكُوْنُ مُنْقَبِضًا عَنِ السُلْطَانِنَا أَنْ لاَ يَكُونَ عَلَيْهِ يَوْمًا دَاخِلاَ
Dan menjauhi bergaul dengan penguasa, dengan pengertian tidaklah ia masuk walaupun satu hari
إِلاَّ لِنُصْحٍ أَوْ لِدَفْعِ مَظَالِمٍ أَوْ لِلشَّفَاعَةِ فِى الْمَرَاضِ فَأَدْخِلاَ
kecuali untuk menasehati atau menolak segala kedzoliman atau memberi pembelaan terhadap apa-apa yang membawa keridhoan Allah
وَإِلَى الْفَتَاوَى لاَ يَكُونُ مُسَارِعًا وَيَقُولُ اسْأَلْ مَنْ يَكُونُ تَأَهَّلاَ
Terhadap fatwa, ia tidak ceroboh. Dan selalu mengatakan: "Tanyalah kepada orang yang ahli"
وَأَبَى اجْتِهَادًا لاَيَكُونُ تَعَيَّنَا وَيَقُولُ لاَ أَدْرِى إِذَا لَمْ يَسْهُلاً
Dan tidak mau ia berijtihad kalau belum keadaan menentukan harus begitu, dan ia mengatakan: "Saya tidak tahu" jika hal itu sulit baginya
وَيَكُونُ يَقْصِدُ بِالْعُلُومِ وُجُوْدُهُ لِسَعَادَةِ الْعُقْبِى الْعَظِيْمَةِ نَائِلاَ
Dan ia bertujuan dengan ilmunya untuk mencapai kehidupan akhirat yang agung
فَيَكُونُ مُهْتَمًّا بِعِلْمِ الْبَاطِنِ ورِقَابِ قَلْبٍ لِلسِّيَاسَةِ فَاعِلاَ
Dengan demikian yang dipentingkannya adalah ilmu batin dan penelitian persoalan hati dan ia selalu berpikir untuk menyelamatkan hatinya
مُتَوَّقِعًا لِطَرِيْقِ عِلْمِ الْأَخِرَةِ مِمَّا يَكُونُ مِنَ الْمُجَاهَدَةِ انْجَلاَ
Dia selalu memperhatikan jalannya ilmu akhirat, dalam hal kesungguhan (mujahadah) perjuangan melawan hawa nafsu
وَيَكُونُ مُعْتَمِدًا عَلَى تَقْلِيْدِهِ لِشَرِيْعَةٍ عَلَى بَصِيْرَتِهِ انْجَلاَ
Dan ia adalah orang yang bersungguh-sungguh dengan SYARIAT disertai pandangan isi hatinya yang bersih
Demikianlah tanda-tanda Ulama akhirat, sedangkan tanda-tanda Ulama'ussu' atau Ulama dunia, kami ajak untuk mengikuti apa yang dikatakan Hujjatul IslamMuhammad bin Muhammad Al Ghozaly dalam Bidayatul Hidayah pada Hamisyi Maraqil Ubudiyyah halaman 7-8 sebagi berikut:
وَرَجُلٌ ثَالِثٌ اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِ الشَّيْطَانُ فَاتَّخَذَ عِلْمَهُ ذَرِيْعَةً إِلَى التَّكَاثُرِ بِالْمَالِ وَالتَّفَاخُّرِ بِالْجَاهِ وَالتَّعَزُّزِ بِكَثْرَةِ الْإِتْبَاعِ يَدْخُلُ بِعِلْمِهِ كُلَّ مَدْخَلٍ رَجَاءً أَنْ يُقْضَى مِنَ الدُّنْيَا وَطَرَهُ وَهُوَ مَعَ ذَالِكَ يُضْمِرُ فِى نَفْسِهِ أَنَّهُ عِنْدَ اللهِ بِمَكَانَةٍ لِاتِّسَامِهِ بِسِمَةِ الْعُلَمَآءِ وَتَرَسُّمِهِ بِرُسُمِهِمْ فِى الزَّيِّ وَالْمَنْطِقِ مَعَ تَكَالُبِهِ عَلَى الدُّنْيَا ظَاهِرًا وَبَاطِنًا, فَهَذَا مِنَ الْحُمْقَى الْمَغْرُوْرِيْنَ إِذِ الرَّجَاءُ مُنْقَطِعٌ عَنْ تَوْبَتِهِ لِظَنِّهِ أَنَّهُ مِنَ الْمُحْسِنِيْنَ وَهُوَ غَافِلٌ عَنْ قَوْلِهِ تَعَالَى : يَآأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لاَتَفْعَلُونَ . وَهُوَ مِمَنْ قَالَ فِيْهِمْ رَسُولُ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم أَنَا مِنْ عَيْرِ الدَّجَالِ أَخْوَفُ عَلَيْكُمْ مِنَ الدَّجَالِ فَقِيْلَ وَمَا هُوَ يَارَسُولَ اللهِ صلّى الله عليه وسلّم ؟ فَقَالَ : عُلَمَآءُ السُّوءِ وَهَذَا لِأَنَّ الدَّجَّالَ غَايَتُهُ الْإِضْلاَلُ وَمِثْلُ هَذَا الْعَالِمِ وَإِنْ صَرَفَ النَّاسَ عَنِ الدُّنْيَا بِلِسَانِهِ وَمَقَالِهِ فَهُوَ دَاعٍ لَّهُمْ إِلَيْهَا بِأَعْمَالِهِ وَأَحْوَالِهِ وَلِسَانُ الْحَالِ أَفْصَحُ مِنْ لِسَانِ الْمَقَالِ وَطِبَاعُ النَّاسِ إِلَى الْمُسَاعَدَةِ فِى الْأَعْمَالِ أَمْيَلُ مِنْهَا إِلَى الْمُتَابِعَةِ فِى الْأَقْوَالِ فَمَا أَفْسَدَهُ هَذَا الْمَغْرُوْرُ بِأَعْمَالِهِ أَكْثَرُ مِمَّا أَصْلَحَهُ بِأَقْوَالِهِ إِذْ لاَ يَسْتَجْرِئُ الْجَاهِلُ عَلَى الرَّغْبَةِ فِى الدُّنْيَا إِلاَّ بِاسْتِجْرَاءِ الْعُلَمَآءِ فَقَدْ صَارَ عِلْمُهُ سَبَبًا لِجَرْأَةِ عِبَادِ اللهِ عَلَى مَعَاصِيْهِ وَنَفْسُهُ الْجَاهِلَةُ مُدَلَّةٌ مَعَ ذَالِكَ تُمَنِّيْهِ وَتُرَجِّيْهِ وَتَدْعُوهُ إِلَى أَنْ يَمُنَّ عَلَى اللهِ عِلْمَهُ وَتُخَيِّلُ إِلَيْهِ نَفْسَهُ أَنَّهُ خَيْرٌ مِنْ كَثِيْرٍ مِنْ عِبَادِ اللهِ
Dan orang yang ketiga adalah orang yang telah terpengaruh syaitan di atasnya, maka dijadikannya pengetahuannya untuk perantaraan menimbun harta benda dan berbangga-bangga dengan pengaruh dan merasa jadi mulia dengan sebab banyak pengikut dan ia menipu dengan ilmunya akan segala tipuan karena mengharap berhasil segala hajatnya dari urusan dunia. Dan dalam keadaan demikin tersimpan dalam hatinya merasa bahwa ia di sisi Allah mempunyai kedudukan atau maqam, karena dia bergaya dengan gaya Ulama, dan berupa dia dengan rupa Ulama dalam berpakaian dan tingkah laku dan cara berbicara padahal sebenarnya dia dengan dzahir dan batinnya telah melompat kepada dunia belaka.
Maka inilah orang yang termasuk dalam golongan orang-orang yang binasa dan dari pada orang-orang yang kurang akal yang terpedaya. Karena harapan sudah putus dari pada tobatnya karena dia mempunyai sangkaan bahwa dia sudah tergolong orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan dia lengah dari firman Allah ta'ala: "Hai orang-orang yang beriman mengapa kamu mengatakan apa sesuatu yang tidak kamu perbuat". Dan dia tergolong dari pada orang-orang yang disabdakan Rasulullah saw terhadap mereka: Ada sesuatu yang aku lebih khawatirkan atas kamu dari pada Dajjal. Maka ditanya orang: "Apakah itu wahai Rasulullah" Sabdanya,: Ulama yang Ussu`. Penegasannya: karena Dajjal tujuannya adalah menyesatkan, sedangkan orang yang seperti orang Ulama ini sekalipun dia alihkan manusia dari pada dunia dengan lidahnya dan perkataannya, namun dia sebenarnya mengajak manusia kepada dunia dengan amalnya dan keadaannya. Sedangkan efeknya kelakuan lebih tajam dari efeknya perkataan. Dan thabiat manusia lebih condong mencontoh perbuatan daripada mengikuti perkataan.
Maka apa yang dirusak oleh "terpedaya" ini dengan pekerjaannya lebih banyak dari apa yang diperbaiki dengan kata-katanya. Karena tidak berani orang awam untuk menggemari dunia, kecuali dengan keberanian yang telah dicontohkan para Ulama. Dan jadilah nafsunya selalu membujuk dia, member harapan-harapan kepadanya dan mengajak dia mengungkit-ngungkit kepada Allah dengan ilmunya dan nafsunya memberi bayangan kepadanya bahwa ia adalah orang yang paling baik dari hamba-hamba Allah yang lainnya.
Kesimpulannya berusaha menghafal Al quran adalah yang terbaik namun yang lebih penting mengamalkan agama.Apabila kita musykil dalam hal Agama rujuklah kepada orang alim yang memenuhi cirri-ciri ulamak akhirat.Sekiranya tidak dtemui carilah sekumpulan(jemaah) ulamak yang ramai yang tidak terikat dengan pemerintah dan dapatkanlah pendapat mereka.
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: bukitkeplu
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Thu Jan 28, 2016 7:23 am (PST) . Posted by:
APA NAK JADI DENGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR NI, MAKIN LAMA MAKIN MENINDAS...
bloglist-malaysia.blogspot.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat
Dari FB Iron Steel
pagi tadi lepas sarapan aku pergi pejabat pos. da setel urusan bil di pejabat pos, hala tuju seterusnya ke MBSA untuk lunaskan cukai taksiran.
macam biase brader, ambil nombor giliran.. usha2 jodoh sepandang dua.. lebih kurang 10 minit, nombor aku di panggil.
awek kaunter tu tanye "nak bayar setahun atau separuh?"
aku jawab "ikut bil lah senang rm152.40".
sambil belek2 duit kat dompet, dalam hati memberontak juga. mane tak serabut, dalam setahun je berapa cukai nak kene hadap, tu belum cukai harian lagi. tapi aku rilek sambil senyum, hulur gak duit kat kaunter.
"rumah kos rendah?" dia tanya lagi. aku mengiyakan.
lantas bill tadi di pulangkan balik pada aku, dan berkata "cukai untuk tahun 2016 , kerajaan Selangor dah bayarkan.."
p/s- tu je nak kongsi, duit tu boleh beli barang untuk perbelanjaan dapur atau anak pokok lemon yg aku dah lama mengidam nak beli..
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Thu Jan 28, 2016 7:23 am (PST) . Posted by:
Daun Betik Penawar Denggi? Ikuti Penjelasan Dari Pakar Ini
siakapkeli.my
NADZIM (kanan) dan Dr Krishnan menunjukkan penawar yang dihasilkan untuk mengubati denggi.
Kuala Lumpur: Seringkali kita dengar, sekiranya seseorang itu menghidap demam denggi, berikan daun betik kerana daun buah itu penawar yang berkesan untuk penyakit terbabit.
Namun sebenarnya daun betik bukanlah penawar demam denggi seperti yang diwar-warkan, malah daun itu boleh menyebabkan kegagalan hati, jantung dan buah pinggang sekaligus boleh membawa maut kepada mereka yang mengamalkan pemakanan daun tersebut.
Menurut Ahli Farmasi dan Homeopati Prof Dr. A Krishnan, ramai dalam kalangan pesakit demam denggi di negara ini diberi daun betik yang kononnya boleh mengubati penyakit terbabit dengan lebih cepat dan berkesan.
Namun mereka tidak mengetahui sebenarnya daun betik bukan sahaja tiada khasiat malah boleh menyebabkan pesakit menghidap pelbagai penyakit lain yang seterusnya boleh membawa kepada maut.
"Saya sudah membuat kajian mengenai penggunaan daun betik sebagai penawar demam denggi dan hasilnya tumbuhan itu tidak membantu, malah berbahaya kepada kesihatan kerana kandungannya mempunyai 'cyanide' yang berperanan seperti racun.
"Oleh itu, penggunaan daun betik perlu dihentikan serta-merta kerana menjadikan pesakit demam denggi bertambah teruk, malah sistem imunisasi turut terganggu," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.
Selain itu, beliau turut menasihati orang ramai supaya menitik beratkan pengambilan makanan yang berkhasiat.
"Orang ramai dinasihatkan tidak mengambil sebarang makanan yang boleh memudaratkan kesihatan walaupun ia adalah daripada turun temurun kerana kesannya boleh dilihat dalam jangka panjang apabila seseorang sentiasa sakit dan menghidap penyakit kronik," katanya.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Thu Jan 28, 2016 7:24 am (PST) . Posted by:
Rupanya Tabung Haji Tenat Memang Benar?
bloglist-malaysia.blogspot.
addindeen.com
Posted by Addin Deen
Rupanya Tabung Haji Tenat Memang Benar? Putrajaya menyekat laluan ke blog yang mendedahkan surat amaran Bank Negara kepada Tabung Haji yang baru-baru ini memberi amaran simpanan Tabung Haji dalam paras bahaya.
Blog Tabunginsider dan OutSyed The Box memberikan notis "Laman sesawang ini tidak boleh diakses di Malaysia kerana melanggar undang-undang negara".
Posting terakhir Tabunginsider adalah "Amaran keras Daripada Pemantau Institusi Bukan Bank" yang memaparkan surat Bank Negara kepada Tabung Haji.
Ia mengandungi surat-surat Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Posting pertama Tabunginsider yang diterbitkan Jumaat minggu lepas, menyatakan ahli-ahli politik campur tangan dalam pentadbiran Tabung Haji dan mendakwa ia menjalankan pelaburan berisiko.
Syed Akbar Ali menerbitkan semula surat-surat kepada Jamil itu di blognya, Outsyed The Box pada hari yang sama.
Dalam posting blog tengah hari semalam, beliau berkata beliau menerima teks mesej daripada orang ramai yang mengatakan blognya tidak dapat diakses.
"Adakah ini demokrasi digital baharu? Laman web menjadi tidak boleh diakses. Apabila terdapat perkara yang perlu disembunyikan, seseorang itu perlu menyembunyikan perkara berkenaan," katanya.
The Malaysian Insider menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Malaysia (SKMM) untuk komen dan sedang menunggu jawapan.
Sementara itu, Syed Akbar memberitahu The Malaysian Insider, blognya disekat sejak semalam tanpa sebarang amaran daripada pihak berkuasa.
"Saya sangat sedih dan tidak puas hati terhadap mereka menyekatnya. Ia sangat tidak adil, saya hanya seorang blogger. Saya bukan ancaman kepada negara ini atau kepada keselamatan negara atau untuk rakyat Malaysia."
Rupanya Tabung Haji Tenat Memang Benar?
Beliau berkata, ia mungkin disebabkan penerbitan surat kepada Tabung Haji.
Katanya, beliau juga ada menulis mengenai artikel Sarawak Report beberapa hari lalu. Ia merupakan laman web pemberi maklumat yang diharamkan di Malaysia.
"Saya juga menerbitkan semula artikel Wall Street Journal. Tetapi selain itu, tiada apa-apa yang memerlukan pihak berkuasa menyekat blog saya.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini berkata sudah tugasnya menjamin keselamatan semua rakyat Malaysia daripada pengganas. Tetapi saya tidak melihat blog saya sesuai dalam kategori ini.
"Blog saya sangat terkenal di Malaysia kerana menentang keganasan. Saya selalu menentang keganasan. Itulah mesej utama dalam blog saya. Jadi bagaimana mengharamkan blog saya dapat disamakan seperti apa yang beliau (Najib) katakan?"
Rupanya Tabung Haji Tenat Memang Benar?
Syed Akbar berkata beliau tidak akan mengemas kini blognya selagi ia masih disekat.
Beliau percaya terlalu sedikit pembaca akan tahu bagaimana mengelakkan pengharaman menggunakan pelayan proksi atau melaraskan pelayan DNS.
"Saya pada dasarnya kehilangan pembaca saya. Jika saya menulis sekarang, terlalu sedikit orang yang akan membacanya. Saya akan membuang masa saya. Saya tidak boleh berbuat apa-apa sekarang.
"Saya perlu memikirkan semula keadaan saya. Mungkin saya akan menulis buku," katanya.
Sumber
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Thu Jan 28, 2016 8:40 am (PST) . Posted by:
Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Thursday, 28 January 2016 05:00 PM to 06:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London
Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429
Notes: Halo sahabat...
Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?
- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?
TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?
- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?
Mampukah kamu ?
Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME
Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!
Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME
Sukses Selalu!
Darman
http://goo.gl/1foLME
From: automobil Calendar
Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us
Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/