Thursday, January 14, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4370

4 Messages

Digest #4370

Messages

Wed Jan 13, 2016 7:30 am (PST) . Posted by:

"Norain"

Baguslah gunakan islam...takkan nak guna yg lain pulak
On Jan 11, 2016 11:47 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:

> 
>
>
>
>
> *Pakai Tudung Salah Ke? Tanya Rayani Air Kepada Tun Mahathir*
> Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
> <http://www.tranungkite.net/v12/www.tkodaily.net>
> tranungkite.net
>
> Syarikat penerbangan patuhi syariah yang pertama di Malaysia, Rayani Air
> menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ia
> hanya menggunakan nama Islam untuk mengaut keuntungan.
>
> Ketua Pegawai Operasinya, Sumar Lee Hashim Lee berkata syarikat itu cuba
> menampilkan ciri-ciri Islam dalam Rayani Air kerana ia bertepatan dengan
> imej negara sebagai sebuah negara Islam.
>
> Beliau berkata syarikat penerbangan itu juga cuba untuk membantu orang
> Melayu dalam mendapatkan pekerjaan.
>
> Menurutnya, pemilik Rayani Air adalah berbangsa India, namun konsep
> keislaman yang diterapkan itu adalah cetusan idea daripada empat orang
> kakitangan dalam bidang operasi termasuk beliau sendiri.
>
> "Itu pandangan peribadi Tun, dalam sesuatu perniagaan apa-apa pun memang
> nak untung, kalau tak mahu untung tak payahlah berniaga.
>
> "Tapi bila ada dakwaan kita guna nama Islam untuk kaut keuntungan, itu tak
> betul, kita hanya bawa ciri-ciri Islam dalam syarikat penerbangan ini.
>
> "Contohnya kita tengok perniagaan tudung Fareeda, Neelofar, kalau tak
> kerana ciri-ciri Islam yang ditampilkan, pengeluar tudung itu sendiri pun
> takkan untung," katanya yang dipetik dalam satu wawancara dengan portal
> BNBBC.my.
>
> Rayani Air bulan lalu memperkenalkan imej sebagai syarikat penerbangan
> patuhi syariah dengan mewajibkan anak kapal kabinnya yang beragama Islam
> memakai tudung dan menyediakan makan minum daripada sumber halal serta
> melarang minuman keras.
>
> Bacaan doa juga berkumandang sebelum memulakan penerbangan.
>
> Mahathir dalam wawancara dengan portal Free Malaysia Today, awal minggu
> ini mempersoalkan sama ada melayan penumpang dengan memakai tudung adalah
> untuk menunjukkan siapa yang lebih Islam.
>
> Sumar Lee bagaimanapun menyoal semula sama ada memakai tudung itu satu
> kelahan.
>
> "Pakai tudung buat kerja salahkah? Ia sopan, Islam wajib pakai tudung, itu
> antara ciri-ciri Islam yang kita masukkan (dalam Rayani Air), di Malaysia
> juga sekarang ini ciri keislaman menjadi satu tarikan dan ia adalah satu
> kebaikan.
>
> "Bukan nak tunjuk lebih Islam, cuma kita nak penuhi kehendak keislamaan
> dengan mengetengahkan konsep ciri-ciri Islam dimana kita wajibkan pekerja
> kita pakai tudung.
>
> "Polisi yang kita buat tu disambut baik, bukan setakat pekerja menyambut
> baik, malah sekarang ni orang Malaysia semakin ramai memakai tudung,"
> katanya kepada portal itu lagi.
>
>
>
> *'Kenapa Tun M hentam Rayani Air?' Soal Daud Che Ngah*
>
> Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
> <http://www.tranungkite.net/v12/www.tkodaily.net>
> tranungkite.net
> <http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&new_topic=6>
>
> *KUALA LUMPUR*: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu
> menyokong operasi syarikat penerbangan baharu, Rayani Air yang memberi
> perkhidmatan dengan konsep patuh syariah walaupun pemiliknya jelas bukan
> beragama Islam.
>
> Pendakwah bebas Datuk Md Daud Che Ngah berkata, bukan sahaja Rayani Air
> malah usaha murni mana-mana syarikat bukan Islam yang beroperasi dengan
> berlandaskan syiar tidak boleh disalah erti dengan dakwaan mencari
> keuntungan dengan nama agama.
>
> "Tun M tidak boleh mendakwa konsep patuh syariah yang diperkenalkan Rayani
> Air hanyalah untuk mendapatkan keuntungan dengan menggunakan agama Islam.
>
> "Jika dakwaan Rayani Air mencari keuntungan dari Islam menjadi alasan, Tun
> M perlu faham dia sendiri tidak boleh menghentam operasi syarikat itu yang
> jelas menyokong ajaran Islam.
>
> "Tidak kira apa agama atau siapa pemilik Rayani Air, usahanya itu harus
> diberi pujian dan bukan sebaliknya," katanya ketika dihubungi di sini hari
> ini.
>
> Md Daud mengulas kenyataan Dr Mahathir di sebuah portal yang mendakwa,
> konsep patuh syariah yang diperkenalkan Rayani Air hanyalah untuk
> mendapatkan keuntungan dengan menggunakan agama Islam.
>
> Tegas Tun Mahathir, syarikat penerbangan Malaysian Airline System Bhd
> (MAS) juga tidak perlu mengikut jejak langkah penerbangan itu yang
> memperkenalkan konsep tersebut.
>
> Dalam pada itu kata Md Daud, Dr Mahathir perlu merujuk kisah sedih luahan
> hati pramugari MAS yang terpaksa menghidangkan arak dan tidak dibenarkan
> memakai tudung seperti yang dimaklumkan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul
> Abidin baru-baru ini.
>
> "Sekurang-kurangnya Rayani Air jelas tidak menghidangkan arak selain
> membaca doa sebelum memulakan penerbangan.
>
> "Pengurus Rayani Air beragama Islam. Adakah kerana pemiliknya bukan Islam
> jadi syarikat penerbangan itu boleh didakwa dengan sesuka hati?" ujarnya.
>
> Rayani Air mempunyai 355 kakitangan, lapan juruterbang dan 50 petugas anak
> kapal kabin.
>
> Nama Rayani Air merupakan hasil gabungan nama pemilik syarikat penerbangan
> itu iaitu Ravi Alegandrran dan isterinya Karthiyani Govindan
>
> Pengarah Urusan Rayani Air, Jaafar Zamhari sebelum ini dilaporkan berkata,
> walaupun menjadi *penerbangan patuh syariah pertama*
> <http://www.astroawani.com/berita-bisnes/rayani-air-syarikat-penerbangan-patuh-syariah-pertama-di-malaysia-85692>
> di negara ini, namun itu tidak bermakna Rayani Air tidak mengalu-alukan
> penumpang bukan beragama Islam atau mereka yang tidak bertudung di dalam
> kapal terbang mereka.
>
> Rayani Air juga tidak memisahkan penumpang lelaki dan perempuan akan di
> dalam pesawat mereka.
>
> Rayani Air memulakan *penerbangan sulungnya pada 20 Disember*
> <http://www.astroawani.com/gaya-hidup/rayani-air-video-bacaan-doa-sebelum-pesawat-berlepas-viral-di-laman-sosial-85993>lalu
> dengan *menghubungkan terminal klia2 ke Kota Bharu dan Langkawi.*
> <http://www.astroawani.com/berita-bisnes/penerbangan-pertama-rayani-air-berlepas-pagi-ahad-85849>
>
> Syarikat penerbangan perkhidmatan penuh itu turut merancang memperluaskan
> laluan ke Sabah dan Sarawak pada Februari ini.- Astro
>
>
> *Kalau Rayani Air Jual Islam, Proton Jual Negara*
> Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
> <http://www.tranungkite.net/v12/www.tkodaily.net>
> tranungkite.net/
> <http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&new_topic=6>
>
> *KUALA LUMPUR:* Sebelum ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
> mendakwa syarikat penerbangan berlandaskan syariah pertama negara, Rayani
> Air, menjual agama demi mendapatkan keuntungan.
>
> Felo Kanan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Dr Maszlee
> Malik menjelaskan, sentimen tersebut tidak salah sepertimana Proton yang
> dinaungi Mahathir menggunakan semangat kenegaraaan atau patriotisme sebagai
> medium pemasarannya.
>
> "Sebagai penyokong pasaran konsumerisme, saya merasakan penentunya adalah
> pengguna. Yang penting, pilihan di tangan pengguna dan mengelak aktiviti
> monopoli.
>
> "Sebagai contoh Proton, mereka menjualnya menggunakan elemen patriotik,"
> katanya lapor portal berita, hari ini.
>
> Mahathir yang juga Pengerusi Proton ketika temubual bersama wartawan Free
> Malaysia Today baru-baru ini mendakwa pemilik Rayani Air, Ravi Alegandrran
> dan isterinya Karthiyani Govindan, mengambil sikap oportunis dalam
> menggunakan agama Islam untuk mempromosikan perniagaan penerbangannya.
>
> Tambah Mahathir, syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines Berhad
> (MAB) tidak perlu mengikut jejak langkah Rayani Air dalam proses
> rasionalisasi syarikatnya.
>
> "Tidak payah (ikut jejak Rayani Air). Saya tengok, syarikat Arab Saudi pun
> tidak ada konsep patuh Syariah. Kenapa kita hendak tunjuk kita ini lebih
> Islam dari orang lain," kata Mahathir dalam temubual tersebut.
>
> -mD
>
>
>
>
> "Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
> (Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
> Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
>
> Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.
>
> Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
>
>
>
>

Wed Jan 13, 2016 7:55 am (PST) . Posted by:



BUSINES ROKOK KESEHATAN reminder
When: Wednesday, 13 January 2016 05:00 PM to 06:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Wed Jan 13, 2016 6:55 pm (PST) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

apa ni?
Apakah spam?

2016-01-13 23:55 GMT+08:00 <automobil@yahoogroups.com>:

>
>
> "BUSINES ROKOK KESEHATAN" reminder
> When
> Wednesday, 13 January 2016
> 05:00 PM to 06:00 PM
> (GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London
> Where
> http://rokokkesehatan.com/?ref=8429
> Notes
> Halo sahabat... Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? -
> . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ? - . Ingin memiliki Rumah Mewah ? - .
> Ingin memiliki Bisnis Besar ? - . Bebas Finansial ? - . Hidup Mapan dan
> Sejahtera ? TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ? - . Butuh Modal
> BESAR ? - . Harus berpendidikan TINGGI ? - . Harus Bekerja sangat KERAS ?
> Mampukah kamu ? Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
> http://goo.gl/1foLME Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan
> penghasilan milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras! Menggunakan sistem
> otomatis yang pasti akan menghantarkan anda menjadi seorang milyuner!
> DIJAMIN! Perlu BUKTI ? Kunjungi Website saya : http://goo.gl/1foLME
> Sukses Selalu! Darman http://goo.gl/1foLME
> From
> automobil Calendar
> Privacy <http://privacy.yahoo.com/privacy/us> | Terms
> <http://docs.yahoo.com/info/terms/>
>
>
>

Wed Jan 13, 2016 6:54 pm (PST) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

Politik? Hmm..
tapi memang tengah tunggu yang ni..
[image: Inline image 1]

2016-01-13 16:22 GMT+08:00 bashah bwasi@yahoo.com [automobil] <
automobil@yahoogroups.com>:

>
>
> Aiseh..ni grup automobilla bro..
> tapi kalau nak cakp juga pasal politik..
> ..PAS bawah hadi dah jadi Geng UMNO..
> mana dinamiknya ??
> hutang mdb lagi banyak aderlah ..
>
>
>
>
> On Tuesday, January 12, 2016 11:34 PM, "'-:eSpAcE9808:-'
> rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:
>
>
>
> 
> *INILAH DIA DEKAN UNISEL YANG BERKATA JUJUR HANYA PAS SAHAJA SATU-SATU
> YANG TEGUH MEMPERTAHANKAN PRINSIP DAN MEMPUNYAI KEDINAMIKAN PENDEKATAN
> POLITIK *
> Posted by OMAK KAU!!!!
> SERDANG: Hanya PAS yang teguh mempertahankan prinsip dan mempunyai
> kedinamikan pendekatan politik berbanding parti-parti lain di negara ini,
> demikian menurut Dekan Fakulti Perniagaan Universiti Selangor, Prof Madya
> Dr Mohd Fuad Salleh.
> Beliau menganalogikan prinsip kepada ciri-ciri sebuah rumah iaitu mesti
> mempunyai tiang, dinding, bumbung, bilik, ruang tamu dan dapur.
> Manakala pendekatan pula digambarkan beliau sebagai sering berbeza
> sepertimana terdapatnya rumah yang dibina dari asas kayu atau batu, selain
> didirikan atas tanah atau menggunakan tiang, serta pelbagai kedinamikan
> lain.
> Dr Mohd Fuad memuji PAS sebagai parti yang tegas dan jelas mempertahankan
> prinsip apabila sejak ditubuhkan pada tahun 1951 tidak pernah berubah,
> sebaliknya tetap kekal untuk menegakkan syariat Islam di negara ini.
> Sementara dalam pendekatan politik, PAS katanya telah menunjukkan
> perubahan yang dinamik sesuai dengan keadaan semasa sepertimana 'tahaluf
> siyasi' bersama parti-parti lain.
> "Tahun 1969, PAS berbincang untuk bergabung dengan Parti Perikatan,
> lambang kapal layar, masa itu. Ramai pimpinan PAS yang tak bersetuju dan
> bila keputusan telah dibuat, PAS menyertai Perikatan pada tahun 1970, ada
> pimpinan yang keluar, menubuhkan parti baru.
> "Ada yang tak setuju kekal dalam PAS dan dilantik pula menjadi Menteri,
> habuan yang Allah berikan kepada orang yang kekal dalam perjuangan. Dia tak
> setuju, tapi dia kekal dalam perjuangan.
> "Tapi apabila PAS mengambil keputusan untuk keluar daripada BN, tukar
> lambang daripada kapal layar kepada timbang dacing, (mereka) yang
> (dahulunya) tak suka (gabungan itu), punyalah suka. Tak nak pula keluar,
> dia nak kekal pula dalam BN.
> "Tengok ya, bagaimana Allah mengubah hati manusia. Mula-mula dia tak nak
> (bergabung), (tapi) dapat kedudukan, bila nak keluar, dia tak nak keluar,"
> terangnya dalam pembentangan bertajuk "Prinsip Gerakan Islam dan Dinamika
> Politik" pada Seminar Politik Islam: Gerakan Islam dan Politik Masa Kini di
> Hotel Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, di sini 12
> Disember lalu.
> Menegaskan prinsip sebagai perkara 'dharuriyyat' yang wajib ada dan
> diperlukan, beliau mengakui wujudnya kecenderungan manusia kepada keinginan
> iaitu 'hajiyyat' dan kelengkapan yakni 'tahsiniyyat'.
> Bagaimanapun tegasnya, apabila bertembung antara perkara tersebut,
> 'dharuriyyat' mesti dipertahankan berbanding 'hajiyyat' dan 'tahsiniyyat'.
> Dr Mohd Fuad menjelaskan hal tersebut sebagai membenarkan tindakan
> Presiden PAS selaku pemimpin tertinggi parti untuk mempertahankan prinsip
> yang 'dharuriyyat' berbanding desakan bersifat 'hajiyyat' dan 'tahsiniyyat'.
> "Soal kepatuhan dan walak. Ada yang bertindak untuk tak patuh atau tak
> walak. Pimpinan kata jangan, dia kata tak apa boleh buat. Sekiranya berlaku
> dalam rumah, contohnya ada dapur isteri nak letak langsir cantik-cantik.
> Suami kata jangan, sebab ini tempat api dan sebagainya, takut tersambar
> api, terbakar.
> "Tetapi kerana 'hajiyyat' isteri nak cantik juga, dia sanggup ketepikan
> 'dharuriyyah'. Adakah nak biarkan perkara ini berlaku? Sebagai pemimpin,
> suami kena tegah isteri. Tak boleh, sebab bahaya.
> Kecuali satu, tak payah ada dapur dalam rumah, tiap-tiap hari pergi makan
> luar, tak masak langsung, bolehlah hias cantik-cantik dalam rumah.
> "Tapi peranan dapur hilanglah, sedangkan ia diadakan kerana ada
> peranannya. Bila suatu jawatan diwujudkan dalam parti ada peranannya, ada
> tanggungjawabnya, jangan lari daripada peranan dan tanggungjawab ini,
> sebagaimana dalam kaedah pembentukan rumah tadi," perinci beliau.
> Oleh itu simpulnya, sebagai parti politik, perubahan pendekatan adalah
> perkara biasa dan sentiasa diperlukan bersesuaian dengan keadaan tanpa
> perlu merubah dan menggadaikan prinsip di mana sejarah telah membuktikan
> PAS telah melalui hal tersebut dengan jayanya.
>
>
>
>
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: