Wednesday, January 20, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4376

10 Messages

Digest #4376

Messages

Tue Jan 19, 2016 7:24 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

"Mak, Boleh Ke Kaki Saya Tumbuh Balik?," Tanya Nuraisyah Kepada Ibu

siakapkeli.my

SUNGAI PANJANG: Semalam kita dikejutkan dengan berita kemalangan jalan raya melibatkan seorang pelajar perempuan di mana dia telah kehilangan kedua-dua belah kakinya selepas digilis oleh sebuah lori tanah dari arah bertentangan yang tidak sempat mengelak selepas pelajar tersebut dikatakan jatuh atas jalanraya kerana dihimpit sebuah kereta jenis Produa Kancil.

Kejadian berkenaan menjadi viral di laman sosial di mana rata-rata netizen melahirkan rasa simpati dengan pelajar berkenaan dan mereka mahu pihak yang terlibat dihukum dengan setimpalnya.

Selepas kemalangan, kereta jenis Produa Kancil berkenaan telah melarikan diri manakala pemandu lori tanah tersebut dikatakan telah membuat laporan polis Sabak Bernam.

Sumber Gambar: Huzaini Sahrin(abang mangsa)

Kami cuba menghubungi bapa tiri mangsa Roslan Bin Sardi, 40, di mana dimaklumkan bahawa Nuraisyah adalah anak tirinya yang telah dibela sejak kecil lagi.

Menurut Roslan, pagi ini anak tirinya itu bertanyakan kepada isterinya satu soalan yang agak susah untuk dijawab.

"Mak, boleh ke kaki saya tumbuh balik?," soalan yang membuatkan isterinya, Maimunah Binti Md Razalli tidak dapat berkata apa.

"Walaupun dia anak tiri saya, saya memang terasa dengan apa yang berlaku kepadanya kerana dia tinggal dengan saya sejak kecil lagi, dah macam anak sendiri"

"Saya sungguh kagum dan pada sama malu dengan Nursisyah , dia memang kuat kerana ketika kejadian dimana dia tidak menagis sedikit pun walaupun kehilangan kaki dan cedera teruk, sebaliknya senyap dan termenung, kalau saya di tempat dia sudah pasti saya meraung," ceritanya ketika dihubungi oleh Siakapkeli.

Ketika ditanya apa yang sebenarnya terjadi dan salah siapa, beliau memberitahu bahawa kejadian ini adalah takdir.

"Nak salahkan driver pun benda dah jadi, apa yang terjadi adalah ketentuanNya untuk kejadian ini terjadi, kalau diikutkan kereta Kancil berkenaan memotong anak saya dan pemandu kereta Kancil itu brek mengejut membuatkan anak saya jatuh dan lori datang dari depan tidak sempat mengelak dan melanggar anak saya."

"Pihak polis semalam telah menghubungi saya dan mengesahkan pemandu lori dan membuat laporan di Balai Sabak Bernam dan pemandu kereta Kancil tersebut sudah menyerah diri di mana pemandunya adalah seorang wanita, dia melarikan diri(meneruskan perjalanan) kerana dikatakan terkejut dan terkedu," cerita Roslan lagi.

Memetik laporan Sinar Harian pula, seorang penduduk kampung yang sempat menyelamatkan mangsa, Jamalulail Md Alias, 52, menceritakan detik beliau apabila sampai ke tempat kejadian.

Selepas kejadian dia telah dimaklumkan oleh anaknya melalui aplikasi WhatsApp kira-kira jam 3.15 petang dan terus bergegas ke tempat kejadian.

Beliau melahirkan rasa hiba apabila sampai ke lokasi kejadian di mana melihat banyak cebisan daging yang berselerakan di atas jalan dan mengutipnya.

"Walaupun itu bukan anak saya, tapi perasaan saya hiba setiap kali saya kutip cebisan daging yang berselerakan atas jalan raya."

"Semasa saya sampai ke lokasi kejadian, saya melihat pihak perubatan sedang membarikan bantuan kecemasan terhadap mangsa sambil saya terus mengutip daging bertaburan menggunakan kertas surat khabar."

"Saya masukkan daging yang dikutip ke dalam plastik. Masa tu saya tak fikir apa, melainkan dalam hati berdoa supaya dia (mangsa) selamat," katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Mangsa, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, putus kedua-dua belah kaki dan dikatakan membonceng sebuah motosikal jenis Honda EX5 bersama kakak tirinya, S Shamim Amira Roslan, 14 , yang hanya mengalami terseliuh kaki kiri dan kanan apabila tercampak ke tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, kedua-dua mangsa itu dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap dalam perjalanan menuju ke rumahnya di Parit 16 Sungai Panjang.

"Sebelum kejadian, sebuah Perodua Kancil dipercayai memintas motosikal mangsa dari arah sama sebelum kedua-dua mangsa tergesel lalu terjatuh.

"Pelajar tingkatan satu terbabit jatuh ke tengah jalan sebelum sebuah lori dari arah bertentangan sampai di tempat kejadian lalu menggilis kaki mangsa , manakala kakaknya tercampak di kiri jalan," katanya.

Katanya, Siti Nuraisah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaaah (HTAJ) Sabak Bernam sebelum dihantar ke Hospital Klang untuk rawatan lanjut.

Sesiapa yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di talian 0332242613 bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan kes kemalangan itu dikendalikan Inspektor Afiq Azhar Azrul Hardav di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Siakapkeli.my

Laporan Penuh & Penceritaan Kejadian Kes Pelajar Putus Kaki Kemalangan Siang Tadi
siakapkeli.my

SABAK BERNAM, 18 Jan: Seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap, putus kedua-dua di bawah paras lutut selepas dia digilis oleh sebuah lori dalam satu kemalangan di Parit 16, Sungai Panjang di sini petang tadi.

BH Online melaporkan mangsa, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, membonceng bersama kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan, 14, di dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu.

Dalam kejadian tersebut, motosikal mangsa bergesel dengan sebuah kereta dari arah sama yang cuba memintas sebelum mangsa tercampak.

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa, mangsa ketika itu dalam perjalanan dari sekolah ke rumahnya di Parit 16, Sungai Panjang.

"Akibat pergeselan itu, mangsa terjatuh di atas jalan raya, manakala kakak tirinya tercampak ke kiri jalan.

"Siti Nuraisyah yang tidak sempat mengelak, digilis sebuah lori yang datang dari arah bertentangan menyebabkan kakinya terputus, manakala kakak tirinya hanya cedera ringan di badan dan terseliuh kaki kanan," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Tambah Nor Azmi lagi, Siti Nuraisyah telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam sebelum dia dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.

Nor Azmi meminta pemandu kereta dan lori yang terbabit dalam kemalangan tersebut supaya menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di talian 03-32242613 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1897.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Afiq Azhar Azrul Hardav. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Tue Jan 19, 2016 7:24 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Sultan beri amaran keras pada 2 ahli politik Umno

bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot
Posted by canang
Written By canang

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar hari ini memberi amaran keras kepada dua ahli politik Umno.

Baginda "menasihatkan" ahli politik, khususnya anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat supaya tidak campur urusan istana atau membuat kenyataan mengaitkan istana.

Sultan Ibrahim juga memberi amaran keras kepada menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz yang sebelum ini memberi amaran untuk "membelasah" Tengku Mahkota Johor (TMJ) jika baginda campur tangan dalam politik.

"Ada juga pemimpin kerajaan yang langsung tidak beradab apabila bercakap, dengan melabelkan orang lain sebagai orang gila; dan lebih teruk lagi dengan angkuh dan sombong hendak "whack" anakanda saya (TMJ).

"Adakah pemimpin seperti ini patut dihormati? Ingatlah pepatah Melayu sering menyebut "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa".

Pertelingkahan Nazri dan TMJ tercetus selepas anakanda sultan Johor memperli kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir ke majlis dialog terus terang #Nothing2Hide berkaitan isu 1MDB di Kuala Lumpur.

Sultan Ibrahim bertitah demikian sempena majlis perasmian Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, di ibu pejabat polis kontinjen Johor.

Petikan ucapan itu dimuat naik ke Facebook rasmi pasukan bola sepak negeri Johor Southern Tigers.

Tengku Putra pula sebelum ini dilaporkan berkata, amaran Tunku Ismail kepada ahli politik yang cuba mendekati ayahandanya untuk kepentingan peribadi. patut juga dinyatakan kepada golongan taikun perniagaan negeri.

Sementara itu, dalam ucapan sama, baginda juga bertitah tidak akan mencampuri urusan mana-mana parti politik.

Titah baginda, walaupun banyak pemimpin politik yang datang berjumpa, baginda hanya mendengar cerita mereka dan tidak akan memihak kepada mana-mana parti atau individu.

"Apa yang saya pentingkan adalah kesejahteraan hidup rakyat saya dan kemakmuran negeri Johor mesti dijaga melalui perpaduan dan pengukuhan muafakat bangsa Johor," titah baginda.

Timbalan Muhyiddin Yassin sebelum ini mengadap baginda selepas digugurkan sebagai timbalan perdana menteri, yang dispekulasikan beliau mendapat dukungan istana.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Tue Jan 19, 2016 7:24 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kereta Klon : Dia Pandang, Ketawa Sebelum Pecut - Mangsa

siakapkeli.my

Kuala Lumpur: Sebelum memecut laju, seorang pemilik kereta klon sempat lagi ketawa apabila terserempak dengan pemilik kereta yang original.

Menurut mangsa yang juga pemilik kereta original, Steeven Sinniah, pemilik kenderaan klon itu terserempak dengannya ketika di Jalan Jelatek pada Isnin lalu.

"Pemandunya hanya memandang saya dan ketawa sebelum memecut kenderaannya," kata Steevan.

Menceritakan 'pertemuan' dengan 'kembar' keretanya itu, Steven berkata dia mengejar kenderaan terbabit kira-kira 400 meter sebelum menemui semula MPV klon itu di Stesen LRT Datuk Keramat.

Menurut Steven kereta itu mempunyai warna serta nombor pendaftaran yang sama dengan keretanya.

Tambah Steven lagi, dia pernah menerima saman di sekitar Kuala Muda, Kedah termasuk saman dari Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

"Saya tidak pernah melalui jalan di Kuala Muda. Saya hairan dan rupa-rupanya ia angkara MPV klon itu," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Steven juga berkata dia telah membuat laporan polis mengenai perkara itu di Balai Polis Damansara sebelum memuat naik gambar itu di Facebook sehingga menjadi 'viral'.

Jurucakap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata pihaknya akan menyiasat aduan yang dibuat oleh pengadu.

"Pemeriksaan akan dilakukan terhadap MPV klon itu di Pusat Pemeriksaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi menentukan sama ada nombor enjin kenderaan didaftarkan mengikut nombor pendaftaran MPV itu.

"Jika terdapat kesan nombor enjin itu cuba diubahsuai seperti dikikis, maka kenderaan itu boleh disenarai hitamkan," katanya. — Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Tue Jan 19, 2016 3:53 pm (PST) . Posted by:

"bashah" bwasi

55% kereta yg mengadu pula yg disenarai hitamkan.Kipidap JPJ

On Tuesday, January 19, 2016 11:25 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:


  Kereta Klon : Dia Pandang, Ketawa Sebelum Pecut - Mangsa  siakapkeli.my 
Kuala Lumpur: Sebelum memecut laju, seorang pemilik kereta klon sempat lagi ketawa apabila terserempak dengan pemilik kereta yang original.

Menurut mangsa yang juga pemilik kereta original, Steeven Sinniah, pemilik kenderaan klon itu terserempak dengannya ketika di Jalan Jelatek pada Isnin lalu.

"Pemandunya hanya memandang saya dan ketawa sebelum memecut kenderaannya," kata Steevan.

Menceritakan 'pertemuan&#39; dengan 'kembar&#39; keretanya itu, Steven berkata dia mengejar kenderaan terbabit kira-kira 400 meter sebelum menemui semula MPV klon itu di Stesen LRT Datuk Keramat.

Menurut Steven kereta itu mempunyai warna serta nombor pendaftaran yang sama dengan keretanya.

Tambah Steven lagi, dia pernah menerima saman di sekitar Kuala Muda, Kedah termasuk saman dari Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

"Saya tidak pernah melalui jalan di Kuala Muda. Saya hairan dan rupa-rupanya ia angkara MPV klon itu," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Steven juga berkata dia telah membuat laporan polis mengenai perkara itu di Balai Polis Damansara sebelum memuat naik gambar itu di Facebook sehingga menjadi 'viral&#39;.

Jurucakap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata pihaknya akan menyiasat aduan yang dibuat oleh pengadu.

"Pemeriksaan akan dilakukan terhadap MPV klon itu di Pusat Pemeriksaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi menentukan sama ada nombor enjin kenderaan didaftarkan mengikut nombor pendaftaran MPV itu.

"Jika terdapat kesan nombor enjin itu cuba diubahsuai seperti dikikis, maka kenderaan itu boleh disenarai hitamkan," katanya. — Siakapkeli.my      "Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17. Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail. Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
#yiv5909384798 #yiv5909384798 -- #yiv5909384798ygrp-mkp {border:1px solid #d8d8d8;font-family:Arial;margin:10px 0;padding:0 10px;}#yiv5909384798 #yiv5909384798ygrp-mkp hr {border:1px solid #d8d8d8;}#yiv5909384798 #yiv5909384798ygrp-mkp #yiv5909384798hd {color:#628c2a;font-size:85%;font-weight:700;line-height:122%;margin:10px 0;}#yiv5909384798 #yiv5909384798ygrp-mkp #yiv5909384798ads {margin-bottom:10px;}#yiv5909384798 #yiv5909384798ygrp-mkp .yiv5909384798ad {padding:0 0;}#yiv5909384798 #yiv5909384798ygrp-mkp .yiv5909384798ad p {margin:0;}#yiv5909384798 #yiv5909384798ygrp-mkp .yiv5909384798ad a {color:#0000ff;text-decoration:none;}#yiv5909384798 #yiv5909384798ygrp-sponsor #yiv5909384798ygrp-lc {font-family:Arial;}#yiv5909384798 #yiv5909384798ygrp-sponsor #yiv5909384798ygrp-lc #yiv5909384798hd {margin:10px 0px;font-weight:700;font-size:78%;line-height:122%;}#yiv5909384798 #yiv5909384798ygrp-sponsor #yiv5909384798ygrp-lc .yiv5909384798ad {margin-bottom:10px;padding:0 0;}#yiv5909384798 #yiv5909384798actions {font-family:Verdana;font-size:11px;padding:10px 0;}#yiv5909384798 #yiv5909384798activity {background-color:#e0ecee;float:left;font-family:Verdana;font-size:10px;padding:10px;}#yiv5909384798 #yiv5909384798activity span {font-weight:700;}#yiv5909384798 #yiv5909384798activity span:first-child {text-transform:uppercase;}#yiv5909384798 #yiv5909384798activity span a {color:#5085b6;text-decoration:none;}#yiv5909384798 #yiv5909384798activity span span {color:#ff7900;}#yiv5909384798 #yiv5909384798activity span .yiv5909384798underline {text-decoration:underline;}#yiv5909384798 .yiv5909384798attach {clear:both;display:table;font-family:Arial;font-size:12px;padding:10px 0;width:400px;}#yiv5909384798 .yiv5909384798attach div a {text-decoration:none;}#yiv5909384798 .yiv5909384798attach img {border:none;padding-right:5px;}#yiv5909384798 .yiv5909384798attach label {display:block;margin-bottom:5px;}#yiv5909384798 .yiv5909384798attach label a {text-decoration:none;}#yiv5909384798 blockquote {margin:0 0 0 4px;}#yiv5909384798 .yiv5909384798bold {font-family:Arial;font-size:13px;font-weight:700;}#yiv5909384798 .yiv5909384798bold a {text-decoration:none;}#yiv5909384798 dd.yiv5909384798last p a {font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv5909384798 dd.yiv5909384798last p span {margin-right:10px;font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv5909384798 dd.yiv5909384798last p span.yiv5909384798yshortcuts {margin-right:0;}#yiv5909384798 div.yiv5909384798attach-table div div a {text-decoration:none;}#yiv5909384798 div.yiv5909384798attach-table {width:400px;}#yiv5909384798 div.yiv5909384798file-title a, #yiv5909384798 div.yiv5909384798file-title a:active, #yiv5909384798 div.yiv5909384798file-title a:hover, #yiv5909384798 div.yiv5909384798file-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv5909384798 div.yiv5909384798photo-title a, #yiv5909384798 div.yiv5909384798photo-title a:active, #yiv5909384798 div.yiv5909384798photo-title a:hover, #yiv5909384798 div.yiv5909384798photo-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv5909384798 div#yiv5909384798ygrp-mlmsg #yiv5909384798ygrp-msg p a span.yiv5909384798yshortcuts {font-family:Verdana;font-size:10px;font-weight:normal;}#yiv5909384798 .yiv5909384798green {color:#628c2a;}#yiv5909384798 .yiv5909384798MsoNormal {margin:0 0 0 0;}#yiv5909384798 o {font-size:0;}#yiv5909384798 #yiv5909384798photos div {float:left;width:72px;}#yiv5909384798 #yiv5909384798photos div div {border:1px solid #666666;height:62px;overflow:hidden;width:62px;}#yiv5909384798 #yiv5909384798photos div label {color:#666666;font-size:10px;overflow:hidden;text-align:center;white-space:nowrap;width:64px;}#yiv5909384798 #yiv5909384798reco-category {font-size:77%;}#yiv5909384798 #yiv5909384798reco-desc {font-size:77%;}#yiv5909384798 .yiv5909384798replbq {margin:4px;}#yiv5909384798 #yiv5909384798ygrp-actbar div a:first-child {margin-right:2px;padding-right:5px;}#yiv5909384798 #yiv5909384798ygrp-mlmsg {font-size:13px;font-family:Arial, helvetica, clean, sans-serif;}#yiv5909384798 #yiv5909384798ygrp-mlmsg table {font-size:inherit;font:100%;}#yiv5909384798 #yiv5909384798ygrp-mlmsg select, #yiv5909384798 input, #yiv5909384798 textarea {font:99% Arial, Helvetica, clean, sans-serif;}#yiv5909384798 #yiv5909384798ygrp-mlmsg pre, #yiv5909384798 code {font:115% monospace;}#yiv5909384798 #yiv5909384798ygrp-mlmsg * {line-height:1.22em;}#yiv5909384798 #yiv5909384798ygrp-mlmsg #yiv5909384798logo {padding-bottom:10px;}#yiv5909384798 #yiv5909384798ygrp-msg p a {font-family:Verdana;}#yiv5909384798 #yiv5909384798ygrp-msg p#yiv5909384798attach-count span {color:#1E66AE;font-weight:700;}#yiv5909384798 #yiv5909384798ygrp-reco #yiv5909384798reco-head {color:#ff7900;font-weight:700;}#yiv5909384798 #yiv5909384798ygrp-reco {margin-bottom:20px;padding:0px;}#yiv5909384798 #yiv5909384798ygrp-sponsor #yiv5909384798ov li a {font-size:130%;text-decoration:none;}#yiv5909384798 #yiv5909384798ygrp-sponsor #yiv5909384798ov li {font-size:77%;list-style-type:square;padding:6px 0;}#yiv5909384798 #yiv5909384798ygrp-sponsor #yiv5909384798ov ul {margin:0;padding:0 0 0 8px;}#yiv5909384798 #yiv5909384798ygrp-text {font-family:Georgia;}#yiv5909384798 #yiv5909384798ygrp-text p {margin:0 0 1em 0;}#yiv5909384798 #yiv5909384798ygrp-text tt {font-size:120%;}#yiv5909384798 #yiv5909384798ygrp-vital ul li:last-child {border-right:none !important;}#yiv5909384798

Tue Jan 19, 2016 7:25 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Penjaga Gol Piala Presiden Perlis Maut Kemalangan

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


KANGAR – Penjaga gol Piala Presiden Perlis, Muhammad Saiful Niza Nasir, 18, meninggal dunia dalam satu kemalangan di Jalan Raja Syed Alwi, Titi Chai, dekat sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, DSP Zaini Talib berkata dalam kejadian pukul 7.45 pagi itu, mangsa, yang menunggang motosikal seorang diri, dikatakan mengelak sebuah lori padi yang diletakkan di bahu jalan.

"Semasa mengelak, penjaga gol itu merempuh kabel penambat tiang elektrik berdekatan lori tersebut menyebabkan kepalanya terpisah dari badan," katanya.
Mangsa dalam perjalanan dari rumah sewa di Taman Kemajuan, Kangar ke Gunung Medan di Utan Aji untuk menjalani latihan bersama pasukan Perlis.
Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk proses bedah siasat.
Bapa mangsa, Nasir Mat Arip, 47, berkata beliau dan ahli keluarganya berada di Penaga, Pulau Pinang dan bergegas ke Perlis sebaik diberitahu oleh anak perempuannya, Anis Maisara, 21, mengenai kemalangan itu.
"Saya tidak sangka dia pergi dulu dari saya. Baru Ahad lepas arwah telefon memberitahu dia akan beraksi bersama pasukan Perlis dalam Liga Perdana musim ini.
"Hasrat saya melihat dia pergi lebih jauh dalam bola sepak negara tidak kesampaian. Saya redha dengan ketentuan Allah SWT," kata pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu semasa ditemui di bilik mayat hospital.
Nasir berkata Muhammad Saiful, yang merupakan anak ketiga dari lima beradik dan dikenali sebagai 'Bob' oleh rakan-rakan sepasukannya, dijadualkan menandatangani kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai penjaga gol simpanan kedua esok.
Sementara Ketua Jurulatih Perlis, Dollah Salleh yang ditemui di luar bilik mayat HTF terkejut dengan kemalangan yang meragut nyawa Muhammad Saiful.
"Saya sedih dengan pemergiannya. Saya terkilan tidak dapat melihat potensi arwah yang mempunyai bakat menjadi penjaga gol terbaik dengan ketinggian hampir 180 sentimeter," kata Dollah.
Muhammad Saiful pernah bermain untuk Frenz United Bawah 15 tahun dan pasukan Piala Presiden Perlis selain mewakili pasukan Sekolah Sukan Negeri (SSN) (Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, Kangar) dalam Liga KPM.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Falah, Behor Mempelam di Arau selepas solat Asar hari ini.
Sementara itu, pengurus pasukan Perlis, Afifi Osman berkata segala urusan pengebumian jenazah Muhammad Saiful diuruskan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim. – BERNAMA
AL-FATIHAH

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Tue Jan 19, 2016 7:25 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

SEBAB KERTAS SIASATAN DIPULANGKAN BERBEZA ANTARA SPRM DENGAN BNM, TAPI BOLEHKAH KITA MENARUH HARAPAN?
shahbudindotcom
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH

Apabila Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan SPRM berkaitan derma RM2,600 juta dan dana RM42 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak kepada agensi itu untuk penjelasan lanjut setelah lebih dua minggu melakukan penelitian, persoalan yang timbul ialah apa jadi seterusnya?

Apakah kertas siasatan itu sedang dijadikan "bola" untuk ditendang ke sana dan ke sini bagi tujuan bermain dengan masa sehingga keputusan paling munasabah dapat dicapai atau ia akhirnya bakal senasib seperti kertas siasatan Bank Negara Malaysia atau BNM terhadap 1MDB sebelum ini yang ditolak begitu saja?

Setelah berbulan-bulan melakukan penyiasatan mengenai isu paling hangat berkaitan seorang Perdana Menteri, SPRM akhirnya berjaya menghantar kertas siasatannya kepada Peguam Negara pada 31 Disember lalu bersama beberapa syor serta cadangan mereka.

Bagaimanapun semalam Peguam Negara memulangkan semula kertas siasatan itu kepada SPRM kerana inginkan penjelasan lanjut.

"Setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas-kertas siasatan tersebut, jabatan ini pada hari ini mengembalikan kertas-kertas siasatan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh SPRM, " kata kenyataan pejabat Peguam Negara.

Dalam hal ini, jelas bahawa kertas siasatan itu dikembalikan bukan kerana tidak cukup keterangan, tiada bukti atau ditolak seperti kertas siasatan BNM, tetapi kerana Peguam Negara inginkan penjelasan lanjut berhubung beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh SPRM.

Jadi, apakah cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh SPRM itu sehingga Peguam Negara mahukan penjelasan lanjut mengenainya?

Kenapa Peguam Negara inginkan penjelasan lanjut, adakah kerana mereka tidak bersetuju dengan cadangan dan tindakan yang disyorkan SPRM itu?

Adakah ini bermakna Peguam Negara mahu SPRM meminda atau menggugurkan cadangan dan tindakan yang disyorkannya dalam kertas siasatan itu?

Logiknya, jika Peguam Negara berpuas hati dan bersetuju dengan cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh SPRM, tidak ada sebab mereka perlu mengembalikan semula kertas siasatan itu.

Dalam hal ini, kenapa Peguam Negara tidak terus bersetuju saja dengan cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh SPRM atau menolaknya terus jika tiada asas untuk pendakwaan?

Adakah Peguam Negara tidak terus menolak kertas siasatan SPRM itu kerana bukti dan keterangan yang ada terlalu sukar untuk diabaikan?

Hal ini berbeza dengan kertas siasatan BNM terhadap 1MDB beserta cadangan-cadangan tertentu yang ditolak untuk pendakwaan oleh Peguam Negara sebelum ini, tetapi kemudian dirayu oleh BNM untuk pertimbangan semula.

Namun, oleh kerana rayuan yang dikemukakan BNM tanpa disertakan bukti-bukti baru, maka Peguam Negara menolaknya sekali lagi. Ia akhirnya tutup kes begitu saja.

Persoalannya kini ialah apakah SPRM kekal dengan cadangan dan tindakan yang disyorkan sebelum ini atau akan mengembalikan kertas siasatan itu berserta cadangan dan tindakan yang baru kepada Peguam Negara?

Walaupun SPRM menafikan laporan Sarawak Report bahawa terdapat 37 cadangan pendakwaan dalam kertas siasatan yang dikemukakannya kepada Peguam Negara, berapa sebenarnya jumlah syor yang dikemukakannya?

Adakah SPRM kekal dengan kenyataannya sebelum ini bahawa wang RM2,600 juta itu merupakan derma atau ia sudah berubah berikutan adanya maklumat-maklumat baru yang diperolehi?

Bagaimana pula dengan dana RM42 juta daripada SRC international, adakah ia juga derma sama seperti wang RM2,600 juta atau hanya wang sekecil RM42 juta tersebut yang menyebabkan ada sesiapa "tersangkut&quot; untuk tindakan dan pendakwaan?

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Tue Jan 19, 2016 7:26 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Abang Terlajak Laris Merajuk Dengan Red Giants

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


PETALING JAYA: Desas-desus yang mengatakan D'Herbs Holding (M) Sdn Bhd akan menaja pasukan bola sepak Selangor tidak menjadi kenyataan apabila pemilik syarikat kosmetik popular itu mengambil keputusan menarik diri.

Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mendakwa, beliau sudah 'tawar hati' dengan 'lamaran&#39; untuk menjadi penaja pasukan bergelar juara Piala Malaysia itu.

Enggan mendedahkan punca sebenar kerjasama tersebut gagal diteruskan, Aliff Syukri berkata niat baiknya untuk membantu melonjakkan prestasi pasukan kesayangannya itu dipandang remeh pihak terbabit.

"Saya dah merajuk, dah tawar hati dengan pasukan Selangor. Mungkin mereka sudah ada peruntukan lain yang lebih besar. Itu hak mereka untuk buat pilihan.

"Apa yang berlaku antara saya dan pasukan Selangor...biarlah rahsia. Tak perlu saya dedahkan. Kami tak ada jodoh, saya doakan pasukan Selangor berjaya untuk musim ini," katanya kepada mStar Online di sini pada Selasa.

Keputusan untuk membatalkan rancangan penajaan kepada pasukan The Red Giants itu dipercayai dibuat selepas usahawan kosmetik berkenaan mengadakan perbincangan kedua bersama Penolong Pengurus Selangor, Noor Hisham Mohd Ghouth.

Gambar pertemuan itu dimuat naik usahawan muda yang terkenal dengan tagline 'Terlajak Laris' itu di laman Facebook beliau sendiri pada Isnin.

Ditanya sama ada keputusan untuk menarik diri itu dibuat susulan kecaman pelbagai pihak termasuk penyokong pasukan merah kuning terhadapnya, Aliff Syukri bagaimanapun enggan menyalahkan sesiapa.

"Saya hanya nak bantu pasukan Selangor, tapi macam-macam tohmahan yang saya dapat. Niat baik saya disalah erti.

"Bukan saya minta, tapi mereka yang datang memberi tawaran kepada saya. Sebagai ahli perniagaan saya perlu fikirkan tentang pulangan yang bakal diperolehi," katanya dengan nada kecewa.

Sebelum ini sebuah akhbar melaporkan bahawa Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) berkemungkinan menolak tawaran tajaan Aliff Syukri kerana beberapa syarat 'pelik&#39; yang sukar ditunaikan.

Laporan yang memetik sumber dalaman FAS turut mendedahkan, Aliff Syukri mengenakan beberapa syarat tambahan sehingga berjumlah 41, menjadikannya enam syarat lebih banyak berbanding yang dikemukakan usahawan Qu Puteh kepada pasukan Kelantan.

Sebelum ini mStar Online melaporkan Aliff Syukri nafi meletakkan syarat kontroversi untuk dipenuhi FAS antaranya mengecat Stadium Shah Alam dengan warna hijau serta menggunakan nama jolokan 'Terlajak Gol' bagi menggantikan The Red Giant.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Tue Jan 19, 2016 7:26 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Sebuah Restoran Makanan Segera Didakwa Tak Benar Anak Geladangan Jejak Kaki Di Tempat Mereka

bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

PETALING JAYA: Sebuah restoran makanan segera di KLCC didakwa membatalkan satu program kebajikan yang membabitkan pemberian makanan kepada anak gelandangan.

Kesal dengan perkara itu seorang individu yang hanya dikenali sebagai Shahrul unclebj mendakwa, pengurusan restoran makanan segera terbabit menarik balik kebenaran dan pemberian diskaun yang diberikan sebelum ini.

Katanya, program itu yang diadakan pada Sabtu lalu, dibatalkan tanpa sebarang alasan meskipun pihaknya mahu membayar sepenuhnya makanan yang hendak disajikan kepada anak gelandangan berkenaan.

"Di dalam perbincangan mereka telah bersetuju membenarkan kami membuat program di sana. Hari ini mereka menolak permintaan kita. Salahkan mereka anak gelandangan ini yang tidak berdosa mahu merasakan makan di restoran makanan segera ini di KLCC?

"Adakah mereka ini terlampau hina di sisi rakyat. Jijikkah mereka pada pandangan pengurusan restoran makanan segera ini di KLCC?

"Kami berbincang agar membayar makanan mereka tanpa diskaun tetapi mereka tetap menolak juga. Pihak pengurusan restoran makanan segera ini di KLCC tidak membenarkan mereka membeli makanan seperti rakyat biasa," tulisnya di Facebook rasmi restoran makanan segera terbabit.

Menurut Shahrul lagi, dia yang kesal kerana tidak dapat merealisasikan impian anak gelandangan itu hanya mampu berserah kepada suratan takdir.

Copy Paste Dari SINI

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Tue Jan 19, 2016 7:27 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pemandu Karpal Menangis Mohon Bantuan Bagi Bapa Sakit

bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Dalam nada sebak, bekas pemandu Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh merayu sumbangan derma buat ibu bapanya yang sakit di India.

C Selvam, 29, tidak dapat mencari pekerjaan kerana sedang menunggu perbicaraan atas tuduhan memandu secara cuai berhubung nahas jalanraya pada 14 April lalu yang meragut nyawa Karpal dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius.

Pada sidang akhbar di pejabat Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan di Pulau Pinang hari ini, Selvan berkata ibunya, yang bekerja sebagai buruh, hanya memperoleh kira-kira 40 sen bagi setiap hari.

"Ayah saya sakit sejak beberapa bulan lalu selepas mengalami kecederaan tulang belakang," katanya.

Selvam kini dibebaskan dengan ikat jamin dan di bawah jagaan Huan.

Huan membayar wang jaminan untuk Selvam pada 4 Ogos 2014. Sebelum itu, beliau ditahan di penjara Taiping sementara menunggu perbicaraan.

Keluarga Karpal menjarakkan diri daripada Selvan dengan alasan 'kepentingan konflik' kerana kes di mahkamah masih berjalan.

Selvan juga melahirkan kebimbangannya terhadap adik-beradiknya di India dengan seorang yang berusia 24 tahun itu perlu berhenti kolej di Tamil Nadu kerana masalah kewangan.

Huan berkata, sebarang jumlah derma daripada orang ramai akan membantu ibu bapa dan adik-beradik Selvan ini.

Huan sendiri telah membelanjakan wang yang banyak bagi menjaga Selvan, termasuk menyewakan sebuah bilik untuknya di Prai dan memberinya makanan dan pakaian.

Huan juga membantu Selvan memperbaharui pas khas di Jabatan Imigresen Ipoh yang melibatkan kos RM100 sebulan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Tue Jan 19, 2016 7:55 am (PST) . Posted by:



BUSINES ROKOK KESEHATAN reminder
When: Tuesday, 19 January 2016 05:00 PM to 06:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: