Tuesday, January 12, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4368

9 Messages

Digest #4368

Messages

Mon Jan 11, 2016 7:42 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

"Dia Sendiri Tak Pandai Parking Tapi Pancitkan Kereta Aku" - Mohd Fadzli

siakapkeli.my

Tersebar di laman sosial hari ini dikatakan pemilik sebuah kereta mewah jenis Nissan GTR Skyline dipercayai telah memancitkan tayar sebuah kereta jenis Produa Kancil gara-gara masalah parkir.

Gambar tersebut telah dimuatnaik ke Facebook oleh pemilik kereta Kancil berkenaan bernama Mohd Fadzli bersama kapsyen berbunyi "Si satu sifat manusia tidak bermoral...salah sendiri pancit.kan keta aku...jgn ingat bila pakai keta besar boleh buat sesuka hati...pnt aku nk bwk anak2..tlg viral kan sifat kurang akal pemilik kereta merah ni".

Selain itu terdapat nota yang ditinggalkan tertulis "W****S Do This!!"

Bagi admin sendiri, ada dua teori kejadian ini, pertama, kalau diperhatikan betul-betul, kereta milik Fadzli diparking elok dan tidak menggangu sesiapa kerana berada dalam kawasan kotak kuning parking. Mungkin kerana tidak berpuas hati pemilik kereta GTR berkenaan telah memancitkan tayar kereta Fadzli kerana menyebabkan ruang untuk parkir keretanya sempit.

Nota mungkin ditinggalkan oleh pemilik GTR berkenaan ataupun saksi yang nampak kejadian itu dan memaklumkan siapakah sebenarnya pelaku yang membocorkan tayar kereta Fadzli.

Yang kedua, mungkin ini adalah kerja khianat orang lain tetapi kertas ditulis untuk menyalahkan pemilik kereta GTR berkenaan ini kerana kejadian membocorkan tayar seumpama ini sering terjadi.

Apapun kita pembaca jangan cepat melatah kerana kita tidak tahu apa sebenarnya terjadi sehingga rakaman kamera litar tertutup didedahkan. Jika terbukti pemilik GTR itu salah, ambillah tindakan yang sewajarnya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Mon Jan 11, 2016 7:43 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Pakai Tudung Salah Ke? Tanya Rayani Air Kepada Tun Mahathir

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Syarikat penerbangan patuhi syariah yang pertama di Malaysia, Rayani Air menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ia hanya menggunakan nama Islam untuk mengaut keuntungan.

Ketua Pegawai Operasinya, Sumar Lee Hashim Lee berkata syarikat itu cuba menampilkan ciri-ciri Islam dalam Rayani Air kerana ia bertepatan dengan imej negara sebagai sebuah negara Islam.

Beliau berkata syarikat penerbangan itu juga cuba untuk membantu orang Melayu dalam mendapatkan pekerjaan.

Menurutnya, pemilik Rayani Air adalah berbangsa India, namun konsep keislaman yang diterapkan itu adalah cetusan idea daripada empat orang kakitangan dalam bidang operasi termasuk beliau sendiri.

"Itu pandangan peribadi Tun, dalam sesuatu perniagaan apa-apa pun memang nak untung, kalau tak mahu untung tak payahlah berniaga.

"Tapi bila ada dakwaan kita guna nama Islam untuk kaut keuntungan, itu tak betul, kita hanya bawa ciri-ciri Islam dalam syarikat penerbangan ini.

"Contohnya kita tengok perniagaan tudung Fareeda, Neelofar, kalau tak kerana ciri-ciri Islam yang ditampilkan, pengeluar tudung itu sendiri pun takkan untung," katanya yang dipetik dalam satu wawancara dengan portal BNBBC.my.

Rayani Air bulan lalu memperkenalkan imej sebagai syarikat penerbangan patuhi syariah dengan mewajibkan anak kapal kabinnya yang beragama Islam memakai tudung dan menyediakan makan minum daripada sumber halal serta melarang minuman keras.

Bacaan doa juga berkumandang sebelum memulakan penerbangan.

Mahathir dalam wawancara dengan portal Free Malaysia Today, awal minggu ini mempersoalkan sama ada melayan penumpang dengan memakai tudung adalah untuk menunjukkan siapa yang lebih Islam.

Sumar Lee bagaimanapun menyoal semula sama ada memakai tudung itu satu kelahan.

"Pakai tudung buat kerja salahkah? Ia sopan, Islam wajib pakai tudung, itu antara ciri-ciri Islam yang kita masukkan (dalam Rayani Air), di Malaysia juga sekarang ini ciri keislaman menjadi satu tarikan dan ia adalah satu kebaikan.

"Bukan nak tunjuk lebih Islam, cuma kita nak penuhi kehendak keislamaan dengan mengetengahkan konsep ciri-ciri Islam dimana kita wajibkan pekerja kita pakai tudung.

"Polisi yang kita buat tu disambut baik, bukan setakat pekerja menyambut baik, malah sekarang ni orang Malaysia semakin ramai memakai tudung," katanya kepada portal itu lagi.

'Kenapa Tun M hentam Rayani Air?' Soal Daud Che Ngah

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menyokong operasi syarikat penerbangan baharu, Rayani Air yang memberi perkhidmatan dengan konsep patuh syariah walaupun pemiliknya jelas bukan beragama Islam.

Pendakwah bebas Datuk Md Daud Che Ngah berkata, bukan sahaja Rayani Air malah usaha murni mana-mana syarikat bukan Islam yang beroperasi dengan berlandaskan syiar tidak boleh disalah erti dengan dakwaan mencari keuntungan dengan nama agama.

"Tun M tidak boleh mendakwa konsep patuh syariah yang diperkenalkan Rayani Air hanyalah untuk mendapatkan keuntungan dengan menggunakan agama Islam.

"Jika dakwaan Rayani Air mencari keuntungan dari Islam menjadi alasan, Tun M perlu faham dia sendiri tidak boleh menghentam operasi syarikat itu yang jelas menyokong ajaran Islam.

"Tidak kira apa agama atau siapa pemilik Rayani Air, usahanya itu harus diberi pujian dan bukan sebaliknya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Md Daud mengulas kenyataan Dr Mahathir di sebuah portal yang mendakwa, konsep patuh syariah yang diperkenalkan Rayani Air hanyalah untuk mendapatkan keuntungan dengan menggunakan agama Islam.

Tegas Tun Mahathir, syarikat penerbangan Malaysian Airline System Bhd (MAS) juga tidak perlu mengikut jejak langkah penerbangan itu yang memperkenalkan konsep tersebut.

Dalam pada itu kata Md Daud, Dr Mahathir perlu merujuk kisah sedih luahan hati pramugari MAS yang terpaksa menghidangkan arak dan tidak dibenarkan memakai tudung seperti yang dimaklumkan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin baru-baru ini.

"Sekurang-kurangnya Rayani Air jelas tidak menghidangkan arak selain membaca doa sebelum memulakan penerbangan.

"Pengurus Rayani Air beragama Islam. Adakah kerana pemiliknya bukan Islam jadi syarikat penerbangan itu boleh didakwa dengan sesuka hati?" ujarnya.

Rayani Air mempunyai 355 kakitangan, lapan juruterbang dan 50 petugas anak kapal kabin.

Nama Rayani Air merupakan hasil gabungan nama pemilik syarikat penerbangan itu iaitu Ravi Alegandrran dan isterinya Karthiyani Govindan

Pengarah Urusan Rayani Air, Jaafar Zamhari sebelum ini dilaporkan berkata, walaupun menjadi penerbangan patuh syariah pertama di negara ini, namun itu tidak bermakna Rayani Air tidak mengalu-alukan penumpang bukan beragama Islam atau mereka yang tidak bertudung di dalam kapal terbang mereka.

Rayani Air juga tidak memisahkan penumpang lelaki dan perempuan akan di dalam pesawat mereka.

Rayani Air memulakan penerbangan sulungnya pada 20 Disember lalu dengan menghubungkan terminal klia2 ke Kota Bharu dan Langkawi.

Syarikat penerbangan perkhidmatan penuh itu turut merancang memperluaskan laluan ke Sabah dan Sarawak pada Februari ini.- Astro

Kalau Rayani Air Jual Islam, Proton Jual Negara

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net/

KUALA LUMPUR: Sebelum ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa syarikat penerbangan berlandaskan syariah pertama negara, Rayani Air, menjual agama demi mendapatkan keuntungan.

Felo Kanan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Dr Maszlee Malik menjelaskan, sentimen tersebut tidak salah sepertimana Proton yang dinaungi Mahathir menggunakan semangat kenegaraaan atau patriotisme sebagai medium pemasarannya.

"Sebagai penyokong pasaran konsumerisme, saya merasakan penentunya adalah pengguna. Yang penting, pilihan di tangan pengguna dan mengelak aktiviti monopoli.

"Sebagai contoh Proton, mereka menjualnya menggunakan elemen patriotik," katanya lapor portal berita, hari ini.

Mahathir yang juga Pengerusi Proton ketika temubual bersama wartawan Free Malaysia Today baru-baru ini mendakwa pemilik Rayani Air, Ravi Alegandrran dan isterinya Karthiyani Govindan, mengambil sikap oportunis dalam menggunakan agama Islam untuk mempromosikan perniagaan penerbangannya.

Tambah Mahathir, syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines Berhad (MAB) tidak perlu mengikut jejak langkah Rayani Air dalam proses rasionalisasi syarikatnya.

"Tidak payah (ikut jejak Rayani Air). Saya tengok, syarikat Arab Saudi pun tidak ada konsep patuh Syariah. Kenapa kita hendak tunjuk kita ini lebih Islam dari orang lain," kata Mahathir dalam temubual tersebut.

-mD

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Mon Jan 11, 2016 7:43 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Lagi Kes Kanak-Kanak Terkunci Dalam Kereta, Kali Ini Di Batu Gajah

siakapkeli.my

IPOH: Seorang kanak-kanak berusia setahun sembilan bulan dilaporkan telah terperangkap di dalam kereta selepas ditinggalkan sementara oleh ibunya untuk menutup pintu pagar rumah kira-kira jam 6.14 petang semalam.

Memetik laporan Bernama, kejadian yang berlaku dirumah mereka di Taman Bemban Awam, Batu Gajah petang semalam menyebabkan kanak-kanak berkenaan Ahmad Furqan Mohd Azizul terperangkap hampir setengah jam sebelum pihak Bomba Dan Penyelamat Batu Gajah Sampai.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah Halid Md Zin berkata, anggotanya hanya mengambil masa seminit untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan dengan memecahkan cermin kereta.

Furqan itu ditinggalkan di dalam kereta sebenatar sementara ibunya mahu menutup pintu pagar rumah tetapi kanak-kanak berkenaan dipercayai telah tertekan kunci keselamatan yang ada di tempat suis kereta membuatkan kereta berkenaan terkunci dari dalam.

Halid berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.14 petang dan tiba di tempat kejadian tiga minit kemudian sebelum anggotanya berjaya menyelamatkan kanak-kanak berkenaan dan diserahkan kepada ibunya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Mon Jan 11, 2016 7:44 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Lelaki Bangladesh Ini "Income" 100K Sebulan Di Malaysia, Tapi Mengapa Kita Hidup Sengsara

siakapkeli.my

Terjejas dengan kos sara hidup kita yang semakin meningkat ramai kita yang mengeluh dengan tekanan yang diterima termasuk admin sendiri.

Tetapi tahukah anda, bahawa pekerja asing yang kita ketahui ramai antara mereka bekerja sebagai buruh sebenarnya ada yang berjaya di negara kita dan penadapatan mereka melebihi kita berkali ganda.

Bagaimana ada antara mereka berjaya? seorang perunding kewangan, Sydez Fadzil, berkongsikan apakah rahsia lelaki yang berasal daripada Bangladesh ini sehingga dia berjaya memperoleh pendapatan hampir RM100k sebulan.

Jom kita baca tulisan beliau.

Susulan kisah Nasir semalam yang ada sebuah kilang kecil, kereta Audi dan sales sekitar RM 100,000 sebulan. Ada komen yang mempertikaikan kenyataan say. Katanya mana mungkin Bangla berjaya di Malaysia sedangkan kita hidup sengsara.

2. Mereka ini (pendatang) bergolok bergadai untuk datang ke negara kita. mereka berjimat cermat dalam berbelanja dan mengikat perut untuk menghantar wang ke kampung. Kita mengikat perut sebab perlu bayar hutang kereta dan pinjaman peribadi.

3. Mereka melakukan 3 dan 4 pekerjaan Siang dan malam 7 hari seminggu tanpa cuti. Kita tak cukup dengan cuti Sabtu Ahad buka Kalendar kuda cari bila lagi ada cuti. (negara kita kaya dengan cuti umum)

4. Semua kerja pun mereka sapu. Potong rumput, kutip sampah, buruh binaan, orang gaji, kerja kilang, kerja ladang malah jual karpet. Orang kita? Eeeuuwww i ada degreee hokey!

5. Nasir dah 8 tahun tak balik Chittagong tapi kita tiap bulan pergi melancong.

6. Di tempat mertua saya setiap bulan warga Indonesia akan berkumpul untuk penyerahan wang kutu. Begitu juga dengan Mamak. Mereka ada persatuan. Jika ada ahli ingin membuka cawangan persatuan akan bantu. Sebab tu restoran mamak buat ubahsuai kaw-kaw xde masalah. Orang kita baru naik papan tanda sah kena santau.

7. Saya tertarik dengan tulisan Dr Azizul Azli Ahmad dalam buku nya Wang Ada Di Mana " bangsa asing diajar untuk melihat wang ada dimana sahaja. Sebab itu di sini mereka boleh kaya ". Malangnya kita diajar nak wang tunggu duit BR1M dan biasiswa.

8. Mereka bersahaja dalam bergaya.kita sibuk dengan tudung dan jubah ada jenama.

9. Saya mengalukan segala tambahan maklumat dan idea baru. Jangan segan silu ek.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Mon Jan 11, 2016 7:45 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Wanita Dikejarkan Ke Hospital Selepas 'Diserang' Ikan Duri

siakapkeli.my

Sao Paula - Seorang wanita dikejarkan ke hospital setelah dia diserang oleh seekor ikan duri.

Pekerja ambulan yang terlibat mengambil gambar kejadian pelik itu yang memaparkan bagaimana ikan tersebut terlekat di perut wanita berkenaan ketika membawa mangsa ke hospital untuk membuang objek tersebut.

Difahamkan, wanita tersebut sedang berenang di pusat peranginan Itanhaem di Sao Paulo ketika kejadian berlaku.

Salah seorang pekerja ambulan, Marcelo Araujo menulis di Facebooknya : "Satu kejadian yang jarang berlaku. Seorang perenang di serang seekor ikan".

Tambahnya : "Kami menerima laporan kejadian dimana satu objek telah menembusi badan seorang perenang dan apabila kami sampai di tempat kejadian, kami medapati ianya seekor ikan.

Difahamkan, wanita itu dikejarkan ke hospital setelah penyelamat tidak berupaya membuang tulang belakang ikan tersebut yang bergerigi.

"Dia (perenang) berada dalam kesakitan. Kami tidak boleh membuang tulang belakang (ikan) yang tersekat kerana hanya doktor boleh melakukannya. Kami membawanya ke hospital untuk pembedahan mikro."

Marcelo Araujo berkata, dia banyak menerima pesakit yang dicederakan oleh ikan, tetapi untuk kes ikan terlekat di perut, ini kali pertama. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Mon Jan 11, 2016 7:45 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kisah Toyota Estima Hitam Angkut Bawa Lari Stroller Bayi Jadi Viral

siakapkeli.my

Klang - Satu perkongsian dari seorang pengguna Facebook, Carmieylla Zulkifli yang menceritakan kisah sebuah kereta Estima bewarna hitam membawa lari stroller bayi adiknya menjadi viral di laman Facebook.

Secara ringkasnya, Carmieylla berkata kereta Estima hitam tersebut secara tiba-tiba muncul dan mengambil stroller kosong yang ditinggalkan berhampiran kereta.

Carmieylla berkata pada zaman kini, perasaan 'paranoid' terlebih adalah penting lagi-lagi pada masa kini.

Perkongsian dari Carmieylla itu mendapat lebih dari 7,000 shares.

Ikut perkongsian penuh dari Carmieylla :

Please read, please share.

Aku share creta ni, bukan niat nak salahkn or memalukan sape2. Tp utk kita sama2 (terutamanya parents), utk lebih berhati2 bila bawa anak2/ budak2 keluar zaman skrg.

Incident ni baru je jadi dlm 1 minggu lepas, kat shopping mall Klang. Adik aku, bini dia & anak dia umur 8 bulan keluar cam biasa, spending weekend together. As usual, shopping mall tu mmg sentiasa ramai org pun. So time nak cari parking, mmg la maha seksa kan. Round punya round, dapat la parking. Which mmg betul2 depan pintu masuk. Take note: Mmg amai org dok lalu lalang situ ye! (Org bleh nmpk kita, kita pun bleh nampak org).

Dah parking tu, adik aku ni turun kreta bukak bonet blkg nak keluar kan stroller baby dia tu. Dah setup stroller tu, die letak tepi kreta dia tapi belah dpn. Pastu gi blk kt kreta & siap sedia nak angkat anak dia masuk dlm stroller. (Bini nya tgh buatkan susu anak time ni).

Br beberapa langkah adik aku jln menuju kt kreta, dgn tiba2 & sepantas kilat ada 1 kreta estima black stop & blok dpn kreta dia. Sorang laki turun, and terus tarik & angkut stroller adik aku msk estima tu. Pastu blah dgn speed laju bak cheetah! And ofcos kita sedia tau…dorang bukan la niat nk curi stroller kot!! Allahuakhbar!!

So parents out there, zaman skrg mmg lg bgs jadi telebih paranoid even xde apa2! Being paranoid can be one of the safety measures to prevent this life-threatening incident from happening!

Adik aku almost hilang anak dia. The ony son! I almost lost my nephew & mak aku smp ke hari ni still x boleh sebut & cakap psl hal ni kat umah. In fact, kat umah nobody talked about it back home. We just did what we had to; leave it to the police.

Alhamdulillah, we can never thank you & sujud syukur kehadap Illahi for this protection. Frightening episode cmni bleh jadi dlm sekelip mata di tmpt yg open & x penah kita sangka! And yes, it also happened di siang hari! May Allah keep our children safe. Ameen. Kita sama2 doa, insyaAllah.

- Siakapkeli.my

Mon Jan 11, 2016 7:46 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Jawapan 'Menusuk Kalbu' Dari Dato Seri Vida Mengenai Permintaan Supaya Taja Belajar

siakapkeli.my

Berikutan menjadi viral status-status dilaman sosial yang meminta supaya Pengasas Vida Beauty, Dato Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan nama Datuk Vida menaja pelajar untuk sambung belajar, akhirnya jutawan kosmetik terkenal berkenaan tampil memberi jawapan.

Menurut Dato Vida yang terkenal dengan tagline produknya, "Qu Puteh, Qu Puteh Barulah Puteh", begitu ramai yang meminta derma dan sumbangan supaya beliau menaja pelajar menyambung pelajaran, namun baginya ada perkara yang lebih bermanfaat.

"Contoh, kalau taja seorang pelajar sambung belajar, kos yang diperlukan adalah RM50,000 tapi hanya seorang yang mendapat manfaat"

"Jika RM50,000 itu diberikan kepada rumah anak yatim, betapa bermakna untuk kegunaan anak-anak kecil ini, lebih 500 orang nak makan 5 bulan pun boleh, satu lagi, kejayaan bermula masa saya belajar."

"Masa saya berlajar dahulu, saya berniaga, berdagang, tambah duit poket, kadang-kadang saya lakukan 3 kerja dalam satu masa, siap kerja kilang lagi," kata Datuk Vida di dalam akaun Instaram miliknya.

BACA: 3 Tips Hebat Yang Diguna Pakai Oleh Tiga Jutawan Ini Membuatkan Mereka Berjaya

Beliau juga memberitahu bahawa dia juga mencari sumber untuk menampung perbelanjaannya, tetapi semua usaha dan ikhtiarnya itu membuka mindanya lebih kreatif dan lebih banyak merancang.

"Sekarang berkat usaha itu, saya mampu miliki apa yang diidamkan, maaf jika terasa, sekadar berkongsi," tulis Datuk Vida menamatkan statusnya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Mon Jan 11, 2016 7:46 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

'PTPTN Kejam! Desak Aku Bayar RM5,423.09 Cash!'
bloglist-malaysia.blogspot

thehypemedia.com/

Posted by: My Media Hub

Saya telah membuat pembayaran pinjaman pengajian pada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) secara konsisten sejak lima tahun yang lalu secara potongan gaji.

Tetapi, 26 November 2015 yang lalu, saya telah mendapat surat dari PTPTN yang mengarahkan saya membayar amaun baki pinjaman sebanyak RM5,423.09 secara tunai. PTPTN memberikan saya tempoh 30 hari bermula dari tarikh surat dikeluarkan. Jika gagal berbuat demikian, saya akan dikenakan tindakan undang-undang.

Gaji bersih saya tidaklah mencecah jumlah itu. Bagaimana saya mahu membayar PTPTN dengan jumlah sebanyak itu dalam bentuk tunai?

Janganlah buat saya begini wahai PTPTN. Saya juga mempunyai tanggungan anak-anak dan orang tua yang perlu diberi makan setiap hari. Bila saya menghubungi PTPTN untuk meminta pengecualian dan membayar secara ansuran jumlah RM4,423.09 itu, mereka menjelaskan yang saya mesti membayar hutang itu juga.

PTPTN ini nak apa dan bagaimana lagi? Hairan juga saya dibuatnya. Nak kata saya tak membuat pembayaran langsung, terang-terang dalam slip gaji saya menyatakan ada potongan PTPTN sebanyak RM271 sebulan. Salah siapakah ini sebenarnya? Salah saya tak membuat pembayaran atau salah sitem PTPTN sendiri?

Saya terus hilang selera nak makan biskut Osbon dek masalah yang ditimbulkan oleh PTPTN ini. Habis kredit telefon sebanyak RM40 untuk menghubungi PTPTN sehari dua ini untuk bertanyakan tentang masalah itu, namun tidak juga dapat diselesaikan.

Jika ada sesiapa yang senasib seperti saya, kongsikanlah jalan penyelesaiannya. - Cammellia Othman Kabilah.

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja. Artikel/aduan ini tidak dibenarkan disiarkan di mana-mana blog/laman sesawang.

Mon Jan 11, 2016 7:55 am (PST) . Posted by:



BUSINES ROKOK KESEHATAN reminder
When: Monday, 11 January 2016 05:00 PM to 06:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: