Friday, January 15, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4371

9 Messages

Digest #4371

Messages

Thu Jan 14, 2016 7:51 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Lori Hantu Terbabas Depan Sekolah : Pemandu Warga Asing Ditahan

siakapkeli.my

Kajang, 14 Jan : Susulan tragedi lori hantu yang terbabas di hadapan SMK Bandar Damai Perdana petang tadi, seorang pemandu warga asing ditahan oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Di dalam kejadian terbabit, dua pelajar sekolah berusia 13 tahun maut manakala dua lagi pemandu wanita cedera.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, kejadian tersebut dipercayai berpunca dari masalah brek lori dimana ketika itu lori terbabit dipandu menuruni kawasan bukit ketika kejadian.

Katanya lagi, apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu tersebut gagal mengawal kenderaan sebelum melanggar dua kereta, sebuah van dan 15 motosikal sebelum melanggar pokok di hadapn sekolah.

"Kejadian berlaku ketika pelajar daripada sekolah terbabit pulang daripada waktu persekolahan. Terdapat dua orang mangsa tersepit di di bawah van terbabit.," katanya.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Wong Siow Xuen dan Lau Zi Xin, kedua-dua berusia 13 tahun itu dalam perjalanan ke sekolah.

Seorang saksi kejadian yang juga seorang penjual air di hadapan sekolah tersebut, Shahairi Abu Bakar, 40, berkata, dua pelajar terbabit sedang membeli makanan di gerai berhampiran dan mereka ditemui di bawah van selepas kejadian.

Saksi tersebut berkata, pemandu warga asing itu cuba melarikan diri namun ditahan pelajar sekolah sebelum diserahkan kepada pihak polis. - Siakapkeli.my

Lori Langgar 15 Buah Motosikal & Van Depan Sekolah, 2 Maut Manakala 1 Cedera
siakapkeli.my

Selangor, 14 Jan - Dua maut manakala 1 lagi cedera apabila sebuah lori melanggar 15 motosikal dan van dalam kejadian yang berlaku di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana.

Menurut Bomba Selangor, kejadian itu berlaku pada jam 1.11 tengahhari tadi.

Gambar-gambar kejadian dimuat naik oleh orang ramai di laman sosial.

Di dalam gambar-gambar tersebut turut kelihatan beberapa kenderaan, dipercayai kenderaan ibu bapa pelajar sekolah turut dilanggar oleh lori terbabit. - Siakapkeli.my

Laporan lanjut menyusul....

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Thu Jan 14, 2016 7:51 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Nasib Malang Cikgu Melayu Di Sekolah Cina

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga… Begitulah nasib malang yang menimpa pendidik bernama Cikgu Salina ini.

Hanya gara-gara dirinya berbangsa Melayu, dia diperlakukan seperti peminta sedekah di sebuah Sekolah Kebangsaan Jenis Cina di Mersing, Johor.

Malah, aduannya mengenai seorang pelajar yang biadap memakinya tanpa sebab ketika sesi pembelajaran langsung tidak diendahkan oleh pihak sekolah.

Lebih mendukacitakan, dia turut dimalukan di bilik guru apabila diserang oleh bapa pelajar berkenaan yang bertindak membaling buku dan alatan belajar miliknya.

Menurut Cikgu Salina, dia berasa sangat sedih dan tidak puas hati berikutan pihak sekolah itu tidak mempertahankan dirinya selaku pendidik, lantas membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatannya.

Apa yang mengejutkan kami, Cikgu Salina turut mendedahkan sebelum ini dia dan dua lagi guru Melayu pernah telah dihalau oleh guru besar sekolah berkenaan sendiri.

Ini berikutan, guru besar itu mendakwa masyarakat Cina sekolah tersebut tidak mahu guru Melayu bertugas di sana kerana konon kaum Melayu tidak pandai mengajar.

Alahai, jika benar apa yang didakwa oleh Cikgu Salina ini, diharap pihak Kementerian Pendidikan dapat menyiasat kes berbaur rasis ini hingga ke peringkat akar umbi.

Sebagai masyarakat yang berbilang kaum, isu sebegini sepatutnya tidak patut timbul kerana kita perlulah menghormati setiap kaum di Malaysia.

kredit

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Thu Jan 14, 2016 7:51 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Melecur Tesimbah Sup Ayam Panas, Ibu Bapa Saman Taska Setengah Juta

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


KOTA BHARU: Ibu Bapa kepada seorang kanal-kanak yang mengalami meleceur akibat tersimbah sup ayam panas di sebuah taska di Jalan Telipot pada dua tahun lalu dikatakan akan menyaman pihak taska sebanyak setengah juta ringgit.

Nor Ashikim Md Arifin, 30, memberitahu mahkamah seksyen Kota Bharu bahawa pengasuh di taska berkenaan tidak mempunyai asas pengetahun berhubung rawatan awal melecur.

Katanya, pengasuh tidak memberikan rawatan awal kepada anaknya, Nur Airish Daniesya Norizal, 5 yang sepatutnya disiram dengan air sejuk sejurus terkena sup panas berkenaan.

"Mereka (pengasuh) tidak ada latihan asas sekiranya berdepan kes sebegini dan tidak melakukan perkara sepatutnya iaitu menyiram dengan air sejuk bagi mengurangkan kecederaan.

"Oleh sebab itu, anak saya cedera teruk dan menerima rawatan di Unit Kebakaran HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) selama seminggu serta masih menerima rawatan susulan bersama pakar di hospital sama hingga sekarang," katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Dalam prosiding yang berlansung semalam, Nor Ashikim turut menceritakan kembali detik hitam yang berlaku pada 25 Ogos 2014. Pada jam 10 pagi di mana dia telah menerima satu panggilan telefon daripada suaminya Alim, 33, yang memaklumkan bahawa anak mereka itu berada di Kota Bharu Medical Centre kerana kes kecemasan yang berlaku di tadika.

"Pihak hospital bagaimanapun menolak untuk merawat anak saya menyebabkan kami membuat keputusan untuk menghantarnya ke HUSM. Setimbanya di hospital, saya sangat terkejut melihat keadaan anak yang sangat lemah, berbalut tuala dengan cedera melecur seluruh badan termasuk muka.

"Kos rawatan sepanjang tempoh itu dianggarkan berjumlah RM5,000. Krim kulit berharga RM50 dibeli setiap seminggu. Dia juga perlu memakai baju khas yang ditempah dengan hospital berharga RM160 yang dibasuh setiap hari bagi mengelak jangkitan serta perlu diganti setiap bulan kerana mudah koyak," katanya.

Beliau juga memberitahu, kerana kejadia berkenaan dia terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama 21 hari untuk menjaga anaknya itu selepas mangsa dibenarkan keluar dari hospital pada 31 Ogos 2014.

"Kejadian turut memberi kesan negatif kepada anak saya apabila dia merasa rendah diri dan kemurungan terutama apabila ditanya rakan sebaya tentang kesan parut di badannya. Saya turut risau akan masa depanya dan apabila dia dewasa nanti, lebih-lebih lagi dia adalah perempuan," katanya.

Pada 3 Disember 2014, plaintif melalui peguam cara Tetuan Rozma Baharin & Co mengemukakan saman terhadap taska berkenaan dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM500,000 bagi kos rawatan, kesakitan, kesusahan serta trauma yang dialami selain ganti rugi am dan teladan atas kecuaian dan kelalaian defendan dalam mengambil langkah keselamatan menguruskan taska berkenaan.

Dalam kejadian dua tahun lalu itu, mangsa yang baru berumur 3 tahu 17 hari baru mendaftar masuk ke tadika tersebut dengan yuran pendaftaran RM830, semasa hendak diberi makan sup ayam panas telah tertumpah atasnya dan juga seorang lagi kanak-kanak, Nur Afiqah Mazran, 2, menyebabkan anaknya itu mengalami elecur 42.5 peratus.

Nur Afiqah turut mengalami nasib sama, namun sebelum ini ibunya, Noradillah Ismail, 37, memberitahu tidak berhasrat mengambil tindakan ke atas pengusaha tadika berkenaan.

Perbicaraan bersambung 3 Februari depan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Thu Jan 14, 2016 7:55 am (PST) . Posted by:



BUSINES ROKOK KESEHATAN reminder
When: Thursday, 14 January 2016 05:00 PM to 06:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Thu Jan 14, 2016 7:55 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Axia Mula Dilancarkan di Singapura..Dengan Harga RM231,827

siakapkeli.my

Singapura, 13 Jan - Kereta Perodua Axia telah dilancarkan secara rasmi di Singapura oleh Perocom Auto, pengedar rasmi kereta Perodua di negara ini.

Perodua Axia mula diperkenalkan setelah kereta jenis 'hatchback' itu dilancarkan pada September 2014 di Malaysia. Di Singapura, Axia dijual pada harga SGD$75,888 atau RM 231,827.

Dengan wang tersebut, pembeli akan mendapat Perodua Axia 1.0 Advance (AT) yang juga merupakan Axia yang paling tinggi spesifikasinya.

Jika dibandingkan harga, Axia yang sama dijual pada RM41,967(solid) atau RM 42,377 (metallic) di Malaysia(OTR dengan insuran).

Dari segi 'power', Axia tersebut juga didatangkan dengan enjin 1KR-DE2 1.0L dengan keupayaan 66 hp pada 6000 rpm dan 90 Nm torque pada 3600 rpm.

Bagaimanapun, harga yang disenaraikan termasuklah cukai GST Singapura dan Certiface of Entitlement (COE), sehingga menjadikan harga terbabit begitu tinggi. Bagaimanapun, setiap pembelian didatangkan dengan 5 tahun/100,000 km waranti ditambah dengan servis penyelenggaraan percuma untuk 5 tahun/100,000 km.

Sebagai tambahan, sekiranya pembeli mendaftarkan keretanya sebagai kereta bukan waktu puncak (OPC), harga terbabit boleh dikurangkan kepada $GD$17,000 (RM51,925). Dengan berbuat sedemikian, pembeli boleh mendapat rebat COE sebanyak SGD$40,000 (RM122,177).

Paultan.org melaporkan, berdasarkan pemerhatian mereka di Carbase.my, pembeli di Singapura boleh mendapatkan Mazda MX-5, BMW 120i M Sport, Volvo S60 1.6 T4, Subaru WRX 2.0 CVT ataupun Mercedes-Benz A 200 dengan harga yang sama di Malaysia. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Thu Jan 14, 2016 7:55 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Datuk, Pekerja Cedera Dalam Nahas Lamborghini di LPT

siakapkeli.my

KUANTAN, 14 Jan - Seorang wanita dan majikannya cedera setelah kereta mewah jenis Lamborghini yang dinaiki terbabas di KM234.5 Lebuh Raya Pntai Timur di sini semalam.

Menurut Ketua Trafik Pahang, Superintendan Mohd Nor Yusof Ali, kemalangan tersebut berlaku kira-kira 2.45 petang ketika hujan renyai semasa kedua mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.

Menurut beliau, kerketa terbabit dipandu oleh jururunding wanita tersebut, Norfarahliya Daud, 26, dan dinaiki majikannya Datuk Lawrence Ng Teck Hoong yang berusia 50-an.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta mewah itu dipercayai hilang kawalan semasa cuba mengelak binatang yang melintas jalan.

"Ia menyebabkan kenderaan itu terbabas ke kanan jalan, berpusing serta melanggar besi penghadang laluan tengah jalan," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Kedua-dua mangsa yang masing-masing berasal dari Selangor dan Kuala Lumpur cedera ringan dan menerima rawatan di sebuah klinik disini.

Laporan dari Harian Metro pula melaporkan Datuk Lawrence Ng Teck, 59, mengalami kecederaan di ibu jari tangan kanan, pinggang dan badan serta hidung.

Norfarahliya pula mengalami luka di paha kanan dan kiri.

Mohd Nor berkata, kenderaan yang terlibat yang dianggarkan bernilai lebih RM 1 juta turut mengalami kerosakan teruk.

Kedua-dua mereka hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan itu di Balai Polis Trafik Kuantan malam tadi. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Thu Jan 14, 2016 7:55 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


10 Makanan Yang Mencegah Arteri Tersumbat...Jangan Kita Ingat Kurus Tiada Kolestrol

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

1. Bawang putih

Sejak zaman purba bawang putih telah digunakan untuk merawat hati penyakit dan tekanan darah tinggi. Menurut kajian yang diterbitkan dalam perubatan pencegahan, bawang putih menghalang arteri koronari menjadi keras menjadi kapur yang berfungsi sebagai penanda bagi plak pembentukan.

2 Anggur

Anggur kaya dengan flavonoid, quercetin, dan resveratrol. Ini flavonoid telah didapati untuk mencegah pengoksidaan kolesterol buruk yang membawa kepada pembentukan plak pada dinding arteri. Mereka juga mengurangkan risiko membangunkan darah beku yang boleh membawa kepada serangan jantung.

3 Bayam

Bayam kaya dengan kalium dan folik asid, kedua-duanya bertindak sebagai pertahanan terhadap tekanan darah tinggi. bayam adalah juga kaya dengan lutein, karotenoid tumbuhan yang bukan sahaja melindungi daripada umur degenerasi makula berkaitan tetapi juga mencegah serangan jantung dengan menjaga arteri bebas daripada kolesterol membina.

4 Ikan

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Southampton University mendapati bahawa Omega 3 minyak, hadir dalam ikan seperti tuna dan salmon, berhenti pengumpulan deposit lemak dalam arteri. Asid lemak mengelakkan pembekuan daripada membentuk dan kolesterol daripada menjadi teroksida.

5 Minyak zaitun

Kolesterol teroksida hanya mampu berpegang kepada arteri anda dinding dan bentuk plak. Lemak monotaktepu membentangkan di minyak zaitun apabila dicampur dengan molekul kolesterol tidak baik menjadi kurang mungkin teroksida.

6 Tomato

Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik Korea, lycopene, sebatian yang terdapat di dalam tomato yang memberi mereka warna mereka, membantu dalam mencegah pengerasan arteri. Para penyelidik mendapati bahawa wanita yang lycopene tertinggi tahap dalam darah mereka mempunyai kekukuhan kurangnya dalam arteri mereka.

7 Delima

Jus delima bukan sahaja muncul untuk mencegah pengerasan arteri dengan mengurangkan kerosakan saluran darah, tetapi boleh juga menterbalikkan perkembangan penyakit ini. delima buah-buahan dan jus yang tinggi kandungan antioksidan, yang boleh membantu perjuangan pengerasan arteri.

8 Kiwi dan tembikai

Makanan ini kaya antioksidan berfungsi dengan mengurangkan LDL toksik kolesterol, yang dibentuk melalui proses berkarat dalam anda arteri. Mereka boleh membantu menghentikan karat di trek dan juga mencegahnya daripada merebak. Makan satu cawan tembikai atau satu kiwi setiap hari untuk unclog arteri anda.

9 Jus Cranberry

Jus ini strain lemak daripada arteri. Daripada harus lemak terkumpul di dalam saluran darah, jus ini meningkatkan anda keupayaan sel untuk menyerap lemak dan menggunakannya untuk pengeluaran tenaga. Minum tiga gelas jus ini setiap minggu untuk unclog arteri anda.

10 Oat

Terima kasih kepada gentian larut dalam oat, kolesterol tidak berdiri peluang. Serat ini melekat pada kolesterol dan membawa ia keluar dari sistem anda. Beberapa kajian mempunyai menunjukkan bahawa pemakanan hanya 1 1/2 hingga 2 1/2 cawan oat- dimasak bijirin bran setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak hampir 20%.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Thu Jan 14, 2016 7:55 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Anak Saya 9 Orang Semua Berjaya Tapi Saya Tidak Bangga Kecuali Yang Bongsu Baru Darjah 6

siakapkeli.my

Disebalik kejayaan yang diidamkan ibu bapa dengan kerja besar atau berjaya belajar ke puncak menara gading, pasti ramai ibu bapa sebenarnya inginkan anak-anak mereka berjaya di dunia beserta amalan untuk berjaya di akhirat.

Tetapi jika dilihat dengan situasi sekarang, ramai antara kita lebih ramai mengejar kejayaan di dunia sehingga ada yang terlupa akan bekalan amalan yang akan menjamin kita diakhirat nanti.

Sebuah status yang dimuatnaik oleh Mek Siti di mana beliau telah memanjangkan kisah perkongsian Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani dalam Mau'izati radio IKIM.FM minggu lalu.

Kisah ini sungguh menyentuh hingga ke lubuk hati apabila membacanya.

Ia mengisahkan seorang bapa yang mempunyai ramai anak berjaya tetapi dia tidak bangga sebaliknya begitu bangga dengan anak bongsunya yang berumur 9 tahun.

Apa yang membuatkan beliau begitu berbangga dengan anak itu, jom sama-sama kita baca.

Ustaz, saya ada 9 orang anak, anak-anak saya semua hebat-hebat. saya tidak bangga langsung dengan mereka kecuali yang ke sembilan ustaz. Saya mula bangun tahajud sebab anak yang kesembilan ustaz. Dia baru darjah 6. Suatu malam ustaz,saya dengar bunyi air pukul 3 pagi dari bilik air saya, saya bingkas bangun, saya tengok anak perempuan saya ustaz dalam keadaan ambil wuduk, saya tunggu kat luar.

Apabila dia keluar saja, saya tengok saja dia dan tanya kenapa dik? "saya ambil wuduk abah" "kenapa ambil wuduk? "Adik tak solat isyak lagi?" "Adik nak solat tahajud bah" dengar sahaja nak solat tahajud saya diam. Saya pun biarkn dia.kemudian anak saya solat di ruang tamu.saya tengok dia berdiri ustaz. Lama-lama dia menangis dalam qiam dia. Saya terdiam tengok anak perempuan saya menangis dalam tahajud dia. Waktu mana saya terdiam tengok dia menangis, saya pun duduk dibelakangnya .

Namun selesai sahaja dia solat ustaz, dia angkat tangan. Dia berdoa pada Allah.Waktu mana dia berdoa pada Allah, menggigil-gigil tangan dia sambil menangis. Saya dengar dia sebut pada Allah dlm bisikan dia, " Ya Allah ampunkan dosa ayah saya ya Allah, dosa ibu saya, dosa keluarga saya ya Allah. ayah saya tak bangun ya Allah, ayah saya tak tahajud ya Allah, ibu saya tak bangun" dia sebut nama saya dalam doa dia ustaz, saya datang, saya peluk, saya cium anak saya ustaz.

Saya tanya kenapa adik menangis? adik nak tengok abah solat dengan adik" " bangun malam dengan adik" berjurai air mata saya ustaz. "Ya Allah anak aku darjah 6, dah bangun tahajud, tapi aku darjah 44 tak bangun-bangun lagi". saya kesat air mata dan janji dgn dia, akan bangun selalu dan solat dengan dia.

Bila kita diuji dgn penyakit, diuji dengan kehidupan yang susah tidak seperti yang lain. Kita rasa kehidupan dunia ini tidak adil untuk kita. Kita rasa kurang. Tapi bila kita bangun tahajud, kita rasa hati kita menang, hati kita menang untuk kehidupan akhirat. dan kita kenal mana yang kita nak tuju sebenarnya. Dosa banyak mana pun kita.Bila kita buat dosa pada siang hari, Allah tunggu malam hari untuk ampunkan dosa kita. Bila kita buat dosa mlm hari, Allah tunggu siang hari untuk ampunkn dosa kita. Selagi tidak sampai nyawa di halqum, Allah masih mahu ampunkan dosa kita...Allah. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Thu Jan 14, 2016 7:55 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Lelaki Cerita Sikap Sebenar Si Baju Hijau Yang Merupakan MA Klinik Kerajaan

siakapkeli.my

Kita sering terdengar pelbagai rungutan dan tuduhan terhadap golongan pekerja kerajaan terutama mereka yang berkhidmat dengan masyarakat atau dalam kata lain mereka yang kerjanya sentiasa bertemu orang ramai, ada mengatakan pekerja kerajaan tidak melakukan ekrja dengan ikhlas, sombong dan pelbagai tohmahan lagi.

Bagi admin sendiri, ya, memang ada mereka begitu tetapi hanya segelintir bahkan terlalu ramai lagi mereka yang melakukan kerja dengan ikhlas dalam membantu masyarakat.

Mereka juga manusia, jangan hanya kerana NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA, habis semua dicanang keburukan hingga lupa akan kebaikan.

Terbaru, seorang pengguna Faecbook bernama AbdAziz Ahmad telah berkongsikan sebuah cerita mengenai pengalamannya dan mendedahkan Sikap sebenar seorang doktor kerajaan di laman Facebook Siakapkeli.

Jom kita baca pengalamannya mengenai doktor berkenaan.

SIKAP SEBENAR SEORANG DOKTOR KERAJAAN!!!

Anak saudara saya telah terlibat dalam sebuah kemalangan pada pagi tadi dan sementara menunggu ambulan sampai, tiba-tiba ada seorang lelaki memberhentikan keretanya, telah keluar membawa sebuah beg dan terus memberi rawatan kecemasan kepada anak saudara saya.

Saya ternampak topi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan dalam hati saya terfikir lelaki ini mungkin anggota paramedik yang datang "on call' ke tempat kemalangan.

Selepas selesai merawat anak saudara saya sambil menunggu ambulan yang masih belum tiba saya sempat berborak dengan lelaki berkenaan dan lelaki itu memberitahu dia adalah seorang doktor yang bertugas di klinik kesihatan Kampung Pandan dan pada masa yang sama membantu JPAM.

Saya bertanya lagi, adakah dia datang membantu anak buah saya ini sebab "on call"?

Doktor berkenaan memberitahu dia sebenarnya dalam perjalanan balik ke Taiping, tetapi melihat kemalangan dia singgah dahulu membantu apa yang boleh.

Di dalam hati saya terdetik, MULIANYA hati dia, sanggup berhenti membantu walaupun dalam cuti bahkan di dalam beg kecemasannya yang digunakan itu adalah dari duitnya sendiri.

Keluarganya pula sangat 'sporting' sanggup dan tidak kisah pun tunggu di tepi jalan sambil menunggu beliau selesai membantu mangsa kemalangan.

Selepas hampir 3 jam akhirnya ambulan dan bomba sampai, doktor berkenaan pun meminta izin dan meneruskan perjalanan, sepupu saya hulurkan sedikit sumbangan namun ditolak dengan berkata dia ikhlas membantu.

Si baju hijau tu bernama Dr NAZRUL...terima kasih doktor atas keprihatinan anda..hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda..

Dari komen dalam pos berkenaan beliau adalah seorang Penolong Pegawai Perubatan atau Medical Assistant. Nama Facebooknya ialah Pokcik Tok.

- Siakapkeli.my

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: